Pages

Monday, January 16, 2012

Ketampanan lelaki tingkat peluang hamil

PHILADELPHIA: Satu kajian yang dijalankan di Universiti Negeri Pennsylvania menyatakan bahawa penampilan fizikal dan ketampanan seseorang lelaki mempunyai fungsi besar untuk meningkatkan peluang kehamilan pasangannya.

Kumpulan penyelidik di universiti itu mendapati daya tarikan fizikal lelaki mempunyai kaitan dengan kepuasan bercinta bagi pasangannya dan mempengaruhi peluang kehamilan.
Penyelidik berkenaan menjalankan kajian ke atas 110 pasangan yang datang dari pelbagai wilayah di Amerika. Mereka mengambil gambar lelaki terbabit dan mengukur bentuk tubuh berdasarkan penilaian tubuh yang ideal.
Responden wanita kemudian diminta membuat penilaian berdasarkan susunan gambar dan menyatakan tahap kepuasan ketika bercinta dan berasmara.

“Hasil penelitian yang dijalankan menunjukkan, wanita memperoleh lebih kepuasan jika pasangannya mempunyai tubuh dan wajah yang dianggap penarik.

“Kami juga mendapati responden wanita yang memiliki pasangan tampan, cenderung untuk mempunyai ramai anak,” kata seorang penyelidik dalam kumpulan itu.

Bagaimanapun, hasil kajian itu menimbulkan kontroversi dan ia dipercayai menyebabkan lelaki berwajah tampan berasa angkuh.
Pakar kesihatan dan terapi seks dari New Zealand, Robyn Salisbury, berkata beliau meragui wujudnya kaitan antara kepuasan bersama pasangan tampan dengan peningkatan peluang kehamilan.

“Ketampanan pasangan mungkin menjadi satu faktor mempengaruhi kehamilan, tetapi ia bukanlah faktor utama,” katanya. – Agensi 

Indonesia pantau 25 gunung berapi

PADANG: Dua puluh lima gunung berapa di Indonesia menunjukkan aktiviti tidak normal atau diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga atau status pemantauan, kata pembantu khas presiden, Andi Arief, kelmarin.

“Menurut data rasmi, 25 gunung berapi diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga atau status pemantauan dan ia perlu diberi keutamaan merujuk kepada pelan mengurangkan bencana pada peringkat daerah atau bandar raya,” katanya dalam satu bengkel kerja mengenai peranan wartawan dalam pengurusan bencana.
Beliau berkata, di Sumatera Barat dua gunung berapi perlu dipantau rapi iaitu Merapi dan Talang kerana masih dalam status berjaga-jaga.
Gunung berapi Merapi terletak di daerah Agam dan Tanahdatar serta setinggi 2,891 meter di atas paras laut dan gunung berapi Talang setinggi 2,597 di atas paras laut di daerah Solok terletak kira-kira 40 kilometer dari Padang.

Selain dua gunung berapa itu, kerajaan dan agensi pengurusan bencana daerah turut memberikan perhatian kepada Gunung Papandayan di Jawa Barat, Gunung Karangetan dan Lokon di Sumatera Utara, Gunung Ijen di Jawa Timur, Gunung Gamalama di Maluku Utara, Gunung Krakatau di Banten dan Lampung serta Gunung Lewoloto Nusa Tenggara Timur.

“Tidak mustahil semua gunung berapi itu yang kini masih normal boleh berubah menjadi tidak normal disebabkan gempa bumi yang berlaku untuk mencetuskan magma dalam gunung untuk meningkatkan aktiviti mereka, jadi, penduduk perlu sentiasa bersedia dan berjaga-jaga,” katanya.

Andi berkata, gempa bumi dengan kekuatan di bawah 5.0 boleh mencetuskan magma dalam gunung berapi meningkat dan penduduk bukan sekadar perlu berjaga-jaga dengan gegaran besar tetapi juga gempa bumi berukuran kecil.
Gempa bumi berukuran 4.4 seperti yang berlaku di Singkawang, Kalimantan Barat adalah salah satu contoh, yang menyaksikan penduduk tidak meramalkan ia berlaku di situ, katanya.

“Gempa bumi berukuran kecil kini dikaji oleh penyelidik bagi meminimumkan kerosakan jika letusan berlaku dalam negara kerana banyak gunung berapi di Indonesia,” katanya. – Agensi </div>

ElBaradei tidak mahu jadi presiden

KAHERAH: Pemimpin pembaharuan Mesir, Mohamed ElBaradei, menarik diri daripada persaingan sebagai presiden, dan berkata pilihan raya adil tidak boleh dilakukan dengan cengkaman pemerintahan tentera hampir setahun selepas penyingkiran bekas Presiden Hosni Mubarak.

Ramai juga bimbang jeneral yang memerintah akan meletakkan calon kegemaran bagi membolehkan tentera terus memegang kuasa.
Penarikan diri pemenang Hadiah Nobel Keamanan itu menjadi tamparan kepada tentera dan kredibiliti pelan peralihan Mesir. ElBaradei dilihat sebagai calon paling menyokong revolusi dan sokongan perubahan terkuat di negara yang sekian lama diperintah secara autokratik.
Namun dalam kenyataan kelmarin, ElBaradei menunjukkan dengan jelas beliau tidak melihat sebarang harapan pilihan raya presiden yang dijadualkan menjelang Jun ini akan menamatkan pemerintahan tentera dan meluahkan kritikan pedas tentera bertindak seolah-olah rejim Mubarak tidak pernah tumbang.

“Saya sudah katakan sejak mula gerak hati tidak membenarkan saya bertanding sebagai presiden atau sebarang kedudukan rasmi kecuali benar-benar ada rangka kerja demokratik yang menjunjung demokrasi dan bukan hanya bentuknya.

“Majlis tentera, yang diketuai Menteri Pertahanan ketika pemerintahan Mubarak selama 20 tahun bertegas mahu menggunakan laluan lama yang sama, seolah-olah revolusi tidak pernah berlaku dan tiada rejim yang tumbang,” katanya.

Keputusan ElBaradei dilihat dapat membantu pergerakan bantahan antitentera, yang tidak teratur dan gagal memberikan laluan alternatif kepada peralihan untuk demokrasi.
Pada pertemuan dengan ElBaradei selepas pengumumannya kelmarin, beberapa aktivis menyuarakan harapan beliau kini melangkah ke depan untuk menjadi pemimpin penuh kuasa bagi pergerakan itu

“Dalam cubaan menjadikan langkah itu tidak membantu menyemarakkan bantahan antitentera majlis tentera meminta ElBaradei tidak mengumumkan keputusannya sehingga lewat petang,” kata pegawai yang rapat dengan bekas ketua pemerhati nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.

Kebanyakan kumpulan yang menganjurkan bantahan berasakan tentera mengekalkan struktur rejim Mubarak dan kuasanya.

Mereka bimbang pertubuhan Ikhwanul Muslimin, yang dijangka menguasai Parlimen baru, akan mengurangkan pengaruh tentera terhadap eksekutif sebagai balasan menulis Perlembagaan baru.

Kata ElBaradei dalam video yang disiarkan lewat kelmarin, beliau akan bekerja untuk menyatukan kumpulan belia, mencapai matlamat revolusi dan memberi tumpuan kepada keadilan sosial, kebebasan dan perkembangan ekonomi. – AP

Salji landa Kabul dianggap petanda tuah

SEORANG penduduk mengayuh basikal di satu kawasan yang dipenuhi salji di Kabul, semalam. - Foto AFP
SEORANG penduduk mengayuh basikal di satu kawasan
yang dipenuhi salji di Kabul, semalam. - Foto AFP

KABUL: Jika telahan rakyat Afghanistan benar dan salji membawa tuah, negara bergolak itu dijangka menerima berita baik di tengah langkah yang masih belum muktamad ke arah perjanjian damai dengan anggota Taliban berikutan salji yang turun mengubah landskap kering dan berdebu Kabul kepada seni indah berwarna putih bersih.

Pokok di sepanjang jalan dan tembok dengan kesan letupan dihiasi warna putih, dengan lelaki di ruang pejalan kaki dan pengawal yang bersenjatakan raifal berbual, tersenyum kepada orang ramai yang lalu lalang.
Laman web sosial Twitter, yang digunakan secara meluas di Afghanistan untuk mengesan keganasan terbaru dalam perang selama 10 tahun itu, menyatakan kegembiraan.
“Salji lebat turun di Kabul sejak 24 jam lalu. Kelihatan cantik,” kata Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF), yang mempunyai kira-kira 130,000 anggota tentera diketuai Amerika Syarikat di negara itu dalam Twitter.

“Polis Kabul meninggalkan senjata AK47 mereka dan bermain orang salji di Kabul,” kata seorang penduduk. – AFP 

Gempa bumi sederhana landa Semenanjung Minahassa di Indonesia

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Semenanjung Minahassa di Indonesia pada jam 4.26 petang tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, gempa itu berpusat di 283 kilometer barat daya Manado, Indonesia, dan 763 kilometer tenggara Tawau, Sabah.
Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami. - BERNAMA

Sekatan Barat: Dilema pelajar Iran di Malaysia

SHAH ALAM – Tindakan negara-negara Barat mengenakan sekatan dan tekanan ke atas Iran bukan sahaja menggugat kestabilan ekonomi republik itu, malah kesannya turut dirasai penuntutnya di negara lain termasuk di Malaysia.

Sinar Harian Online yang menjejaki beberapa penuntut Iran univerisit di Lembah Klang berkongsi kesan dan implikasi khususnya dalam meneruskan pengajian tinggi mereka.

Sara, 25, yang sudah berada di Malaysia lebih dua tahun mengikuti pengajian ijazah sarjana berkata, pada awal tahun pertama semuanya berjalan lancar dan mereka dapat menjalani kehidupan normal serta tumpuan terhadap pelajaran lebih berfokus.

Jumlah wang sara diri yang diperlukan oleh mereka dalam sebulan adalah RM2,000 termasuk untuk bayaran sewa rumah, keperluan makanan, kenderaan dan duit poket.

“Apabila konflik mula berlaku, ibu bapa kami mula menghadapi kesukaran untuk mengirim wang... apabila inflasi meningkat dan nilai mata wang dolar juga melambung," katanya dengan merahsiakan identiti diri atas faktor keselamatan.

“Kami amat sedih mengenangkan ibu bapa yang terpaksa berusaha mencari wang untuk menampung kos sara diri kami,” katanya.

Apa yang mengejutkan, cara ibu bapa mereka menghantar wang kepada mereka juga semakin sukar, apabila pada awal Disember lalu, Amerika Syarikat (AS) mengundi untuk mengenakan sekatan baru ke atas bank pusat Iran.

Langkah itu menyekat institusi kewangan asing berurusan dengan bank berkenaan.

“Apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa kami adalah menggunakan khidmat ejen di Iran. Selepas membuat bayaran kepada ejen, pihak mereka akan menghubungi wakil ejen mereka yang berada di Malaysia dan kami akan dimaklumkan bahawa wang kami telah dimasukkan.

“Adakalanya ibu bapa kami juga berhadapan dengan penipuan apabila terdapat ejen yang mengambil kesempatan dan menipu. Apabila ini berlaku, keadaan kami lebih menderita,” katanya.
Tambah Sara, sebagai alternatif, jika ada sahabat, kenalan atau saudara mara yang dikenali ingin datang ke Malaysia, ibu bapa akan kirim wang melalui mereka.
Bagaimanapun ia jarang-jarang berlaku, katanya lagi.

Ketika ditanya jika mereka ada membuat kerja sampingan, rakannya Mina, 24, mencelah, “menjadi kesalahan jika kami bekerja kerana kami berada di sini atas visa pelajar dan kerana kekangan inilah kami tidak dapat membuat kerja sampingan.”

“Apa yang boleh kami lakukan hanyalah berdoa setiap hari agar negara kami berhenti bergolak dan keamanan kembali menyinari setiap rakyat Iran,” ujarnya.

Seorang lagi penuntut, Maryam, 23, berkata, kesan perang di antara Iran dan Iraq yang berlangsung selama lapan tahun hingga Ogos 1988 masih dirasai.

Dan, kini rakyat terpaksa pula merasai penderitaan lain pula.

Ujar Mina, alangkah baiknya jika Iran seperti Malaysia di mana rakyatnya hidup dengan aman damai dan hidup muafakat dalam keadaan berbilang kaum.

“Rakan-rakan Malaysia juga sangat baik dan sering membantu kami ketika kami bermasalah dalam pelajaran.

“Pensyarah di sini juga sangat prihatin dan mengambil berat tentang kemajuan pelajar-pelajar,” katanya.

Ditanya mengenai perancangan masa hadapan selepas tamat pengajian, mereka bertiga telah sepakat untuk merantau ke negara lain untuk mencari pekerjaan dan kehidupan baru.

“Bukan tidak sayangkan tanah air sendiri, tetapi selagi konflik seperti yang berlaku sekarang tiada penyelesaian, kami sendiri takut untuk pulang.

“Sudah ramai saudara-mara dan sahabat kami yang berada di negara seperi Sweden dan Amerika berjaya serta mampu membentuk kehidupan yang lebih baik," katanya lagi.

Sementara itu, Malaysia menjadi pilihan utama pelajar Iran untuk melanjutkan pelajaran peringkat sarjana dan kedoktoran berikutan suasana pembelajaran yang sesuai di negara ini.

Pengarah Hal Ehwal Pelajar Iran di Asia Tenggara, Prof Dr Azizollah Memariani sebelum ini pernah berkata, jumlah pelajar Iran di Malaysia merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara sekitar 13,000 orang. Sekatan Barat: Dilema pelajar Iran di Malaysia - Nasional - Sinar Harian:

'via Blog this'

Kapal angkasa Rusia terhempas di Lautan Pasifik


Kapal angkasa

MOSCOW - Kapal angkasa Rusia terhempas ke dalam Lautan Pasifik, di luar persisiran pantai Chile, semalam, dua bulan selepas ia dilancarkan.

Serpihan kapal angkasa yang sepatutnnya digunakan untuk mengkaji planet Marikh itu ditemui bertaburan di laut dan lebih banyak pecahan kapal akan memasuki atmosfera Bumi, menurut Pasukan Pertahanan Angkasa Rusia.
Roket milik negara bekas Soviet itu gagal keluar dari orbit Bumi sejak ia dilancarkan, 9 November lalu.
Agensi angkasa Rusia memaklumkan serpihan kapal angkasa seberat 14 tan itu, termasuk 11 tan minyak roket bertoksik dijangka jatuh ke dalam Laut Atlantik antara Brazil dan Afrika Barat.
Kapal angkasa bernilai AS$165 juta (RM520 juta) direka untuk mengambil sampel tanah dari bulan planet Marikh tetapi ia terkandas di orbit dan mula jatuh ke Bumi secara perlahan-lahan akibat tarikan graviti.
Kapal angkasa Rusia terhempas di Lautan Pasifik - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Jari hitam ubah siaran TV


Jari hitam ubah siaran TV

GOMBAK – Diganggu orang minyak ketika berada di dalam rumah adalah antara pengala­man yang tidak dapat dilupakan oleh seorang kanak perempuan berusia 8 tahun.

Kanak-kanak terbabit, Nurul Aishah Abdul Jamal berkata, dia terkejut selepas terpandang jari berwarna hitam tiba-tiba muncul dan menukar siaran televisyen kira-kira 10.45 malam, 31 Disember lalu.

Menceritakan kisah itu, Nurul Aishah berkata, dia pada mulanya mengagak kakaknya sedang bergurau untuk menakut-nakutkannya.

“Bila saya toleh ke kiri saya nampak orang warna hitam, kurus dan tinggi, macam tidak pakai seluar berdiri di dalam bilik dan kemudian hilang begitu sahaja,” katanya ketika ditemui.

Difahamkan ketika kejadian dia sedang menonton siaran Astro Ceria sebelum rancangan itu berubah ke siaran TV3.

Sementara itu, bapanya, Abdul Jamal Mohd Isa, 53, berkata, anaknya itu hanya menceritakan tentang perkara yang dialami sehari selepas kejadian itu.

“Ketika kejadian ibu dan kakaknya berada di rumah dia langsung tidak cerita apa-apa sehinggalah keesokannya, itu pun setelah dia ternampak seorang lelaki bertubuh gelap,” katanya.

Menurutnya kejadian itu benar-benar menakutkan, namun dia bersyukur anaknya tidak trauma dan tidak diapa-apakan oleh makhluk itu.

“Pelik sebab ketika kejadian di luar rumah ramai penduduk sedang sibuk menyiapkan makanan untuk sambutan tahun baru 2012, jadi berkemungkinan makhluk cuba mengambil kesempatan muncul di dalam rumah,” katanya.

Difahamkan kejadian yang menimpa anaknya itu merupakan kali kedua dilaporkan berlaku di pangsapuri berkenaan sebelum ini. Jari hitam ubah siaran TV - Selangor & KL - Sinar Harian:

'via Blog this'

Orang minyak masuk botol


Orang minyak masuk botol

GOMBAK – Tiga pakar ilmu Islam bergabung. Pengalaman dan ilmu digunakan sepenuhnya. Biarpun terpaksa berhempas pulas lebih dua jam, misi memerangkap orang minyak berakhir dengan jaya.

Melegakan penduduk kampung, bukan hanya orang minyak yang masuk perangkap, gangguan sampingan oleh jin-jin lain turut tumpas. Kesudahan misi, 25 botol digunakan untuk memerangkap jin-jin terbabit, termasuklah jelmaan jin orang minyak yang menjadi ibu gangguan misteri di kampung tersebut.

Pengamal Perubatan Darul Muhsinin, Ustaz Othman Mohd Salleh ketika ditemui Sinar Harian berkata, dia yakin makhluk dikaitkan dengan kehadiran orang minyak di kampung itu dapat diperangkap.

Menurutnya, lima jin utama yang berada sekitar kawasan kampung itu telah diperangkap dan dimasukkan ke dalam botol.

“Orang minyak itu adalah jel­maan jin, jika pengamalnya menggunakan minyak maka jin atau khadamnya akan muncul dalam bentuk itu dan dengan kuasa ALLAH, saya yakin salah satu daripadanya jelmaaan makhluk yang dikatakan orang minyak itu dapat diperangkap ,” katanya.

Upacara pembersihan dengan doa dan ayat suci al-Quran dilakukan jam 11.30 malam semalam, di sebuah rumah dibantu seorang wanita yang menjadi pengantara.

Program bermula dengan soal jawab dilakukan Ustaz Othman melalui jin yang memasuki tubuh wanita sebelum satu persatu jin diperangkap dan dimasukkan ke dalam botol.

Perjalanan upacara terganggu seketika selepas jin-jin yang hadir terlalu banyak di dalam rumah itu menyebabkan dua lagi ustaz daripada Perubatan Syifa’ Al-Ikhlas dipanggil.

Kehadiran dua ustaz nyata membantu, apabila satu persatu jin yang dikatakan mula memenuhi segenap pelosok rumah berkenaan berjaya diperangkap.

Tepat jam 1.45 pagi upacara tersebut selesai dan terdapat 25 jin berjaya diperangkap dan dimasukkan ke dalam botol. Orang minyak masuk botol - Selangor & KL - Sinar Harian:

'via Blog this'

Pukau guna ayat al-Quran


warga emas dipukau

TAL TUJOH – Seorang warga emas kerugian RM60,000 apabila dia dikatakan dipukau dua lelaki ketika pulang membeli kuih di Kampung Tal Tujoh, jam 10 pagi, semalam.

Mangsa, Azizah Yaacob, 66, berkata, dia ditegur dua lelaki lingkungan 40-an dan salah seorang daripadanya menggunakan dialek Indonesia.

Menurutnya, mereka menunjukkan sebentuk batu cincin dan membaca ayat-ayat suci al-Quran serta berselawat ke atas batu permata berkenaan.

“Selepas mendengarnya membaca ayat al-Quran, saya rasa kosong dan menuruti semua arahannya.

“Mereka menyuruh saya membuka rantai, dua cincin dan dua gelang tangan seterusnya menyuruh saya meletakkannya ke dalam sampul surat yang diberi,” katanya semalam.

Menurutnya, mereka membacakan ayat al-Quran dan berselawat sekali lagi, konon untuk memberikan rahmat bagi semua barangan kemas tersebut.

Menurutnya, selepas mereka membaca ayat al-Quran, mereka menyuruhnya membuat satu pusingan dan akhirnya mengembalikan sampul surat berkenaan.

Azizah berkata, mereka hanya membenarkan saya membuka sampul surat itu setelah tiba di rumah.

“Sekembalinya di rumah, saya terus membuka sampul berkenaan dan terkejut apabila saya dapati barang kemas tiada tetapi telah ditukarkan kepada gelang besi.

“Saya akan membuat laporan polis berhubung perkara ini, dan menasihati semua penduduk agar tidak mudah mempercayai individu tidak dikenali,” katanya. Pukau guna ayat al-Quran - Kelantan - Sinar Harian:

'via Blog this'

‘Culik’ budaya Sasak

KUALA LUMPUR: “Tiada apa yang menghairankan kerana kaedah ‘culik’ ini memang menjadi amalan suku kaum Sasak di Pulau Lombok ini. Bukan sehari dua, tapi saya difahamkan sudah lebih 15 generasi dari zaman nenek moyang kami mengamalkannya.

“Mengikut adat Lombok, menculik bukannya bermakna mencuri, tapi lebih kepada mengambil. Gadis itu pula bukannya dibawa ke mana-mana, tapi diletakkan sementara di rumah orang berpengaruh dan boleh dipercayai di kampung sebelah lelaki sementara menunggu wakil keluarga pergi berbincang dan menetapkan tarikh perkahwinan,” kata Embar, 49, wakil masyarakat Sasak ketika ditemui di kampungnya di Desa Sade, Rembitan, baru-baru ini.


Katanya, sudah menjadi adat bagi mereka yang tinggal di pulau itu untuk menculik anak gadis sebelum dimaklumkan kepada keluarga dan diijab kabul dengan lelaki pilihan, malah perkara itu amalan kaum Sasak sejak beratus tahun dulu.

Menurutnya, sehingga kini ia masih diamalkan dan di kampungnya terdapat kegiatan ‘menculik’ oleh pemuda yang jatuh cinta dengan gadis dan kemudiannya perbincangan lanjut antara dua keluarga diaturkan sebelum tarikh perkahwinan ditentukan.


“Cuma ketika ini ia semakin moden. Kalau dulu, si lelaki perlu memencilkan diri di dalam hutan untuk upacara ‘menyucikan diri’ kerana dalam tempoh mendapat persetujuan keluarga perempuan, dia perlu bersih daripada dosa.


“Biasanya selepas perempuan diculik dan tidak kembali ke rumah semalaman, keluarganya akan bersetuju untuk dikahwinkan dengan pilihan hatinya selepas melalui proses perbincangan yang biasanya diuruskan kepala desa (penghulu) di sesebuah kampung,” katanya.

Perkara itu turut diakui seorang pemuda tempatan yang mahu dikenali sebagai Awan, 39, yang sudah menculik gadis bagi pihak rakannya sebanyak 10 kali di kampung berkenaan.


Katanya, dia membantu beberapa rakannya yang ingin berumahtangga dengan menculik bakal isteri mereka dan dibawa ke rumah individu berpengaruh di kampung dan kepakarannya itu digunakan pemuda lain yang memintanya melarikan bakal pengantin perempuan.

“Sama ada culik mereka di rumah atau lari mengikut saya berjumpa keluarga lelaki, itu tidak penting kerana mengikut adat di sini, jika sudah mendapat kebenaran ibu bapa, mereka akan disatukan dalam pernikahan,” katanya.


Ditanya mengenai kemungkinan mempunyai rahsia tertentu untuk menculik perempuan, Awan yang mencari nafkah dengan melakukan kerja kampung berkata, tiada amalan tertentu untuk melakukan kegiatan itu kerana ia sudah menjadi adat dan sesiapa saja boleh melakukannya.


“Saya sendiri tidak ada kelebihan. Cuma, di sini, ia sudah diterima sebagai adat, jadi tiada masalah untuk menculik kerana masing-masing sudah faham dan menerima adat ini dengan hati terbuka. Paling mudah, jumpa dulu di luar rumah dan terus dibawa lari,” katanya yang mula menculik sejak 1994.


Seorang lagi pemuda, Jali, 40, berkata, selain adat berkenaan, pemuda Lombok juga bijak bermain kata-kata untuk memikat teman wanita menyebabkan mereka bersetuju untuk pulang mengikut teman lelaki seterusnya melangsungkan perkahwinan.


“Kami menggunakan gurindam dan seloka untuk mencairkan hati wanita untuk memikat seseorang sebelum menculiknya.


“Lakukan saja begini. Kalau anda mahu menculik gadis Lombok dan dibawa ke Malaysia, silakanlah,” katanya.

myMetro | ‘Culik’ budaya Sasak:

'via Blog this'

Nyawa Bibik diragut pagar

TUTUP...mayat mangsa di tempat kejadian, semalam.
TUTUP...mayat mangsa di tempat kejadian, semalam.

JOHOR BAHRU: “Ketika saya cuba mengangkat pagar itu, Bibik masih bernyawa, tetapi beberapa minit kemudian dia diam dan tidak bergerak,” kata Shahrul Hassan, 41, menceritakan insiden amahnya terbunuh akibat dihempap pintu pagar rumah majikannya di Jalan Raja Udang, Larkin Jaya, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang dikenali sebagai Oneh, 50-an, tergelincir ketika membersihkan halaman rumah dan memaut pintu pagar bagi mengelakkan terjatuh, namun pagar besi seberat lebih 200 kilogram itu tumbang lalu menghempap kepala serta badannya.

Shahrul berkata, dia menyedari kejadian itu apabila terdengar dentuman kuat.

Sebaik keluar rumah untuk mencari punca bunyi, dia menemui Oneh yang dipanggil Bibik dan bekerja dengan ibu bapanya sejak lebih tiga tahun lalu, berlumuran darah dihempap pintu pagar.


“Saya sedih melihat keadaannya dan tidak banyak yang dapat kami buat untuk menyelamatkannya. Saya juga sebak mengenangkan hasrat Bibik mengerjakan haji tidak tercapai kerana dia pernah memberitahu wang simpanannya sudah mencukupi.


“Bagaimanapun, kami sekeluarga reda dengan ketentuan ini dan menganggap ia sebagai takdir Allah,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

myMetro | Nyawa Bibik diragut pagar:

'via Blog this'

Lebih ramai mati?

KAPAL mewah Costa Concordia tersadai dan mula karam di perairan Pulau Giglio di utara Itali selepas terlanggar batu karang malam kelmarin ketika menuju Laut Mediterranean. Sekurang-kurangnya 39  orang masih hilang sehingga malam tadi.
KAPAL mewah Costa Concordia tersadai dan mula karam di perairan Pulau Giglio di utara Itali selepas terlanggar batu karang malam kelmarin ketika menuju Laut Mediterranean. Sekurang-kurangnya 39 orang masih hilang sehingga malam tadi.
KESAN kerosakan jelas kelihatan di bahagian bawa kapal Costa Concordia tidak jauh dari pantai Pulau Giglio, semalam. Tiga disahkan maut dan ramai lagi hilang akibat pelanggaran yang berlaku beberapa jam selepas ia memulakan pelayaran.
KESAN kerosakan jelas kelihatan di bahagian bawa kapal Costa Concordia tidak jauh dari pantai Pulau Giglio, semalam. Tiga disahkan maut dan ramai lagi hilang akibat pelanggaran yang berlaku beberapa jam selepas ia memulakan pelayaran.

ROME: Operasi menyelamat penumpang kapal mewah Itali yang terbalik di Laut Mediterranean berlanjutan selepas sepasang suami isteri yang berbulan madu ditemui hidup, semalam.

Awal malam tadi (waktu Malaysia), penyelamat berjaya menarik keluar mangsa ketiga - pengarah perkhidmatan kabin, Manrico Giampedroni, 57, yang ditemui dalam satu daripada kabin kapal berkenaan yang separuh tenggelam.

Dia dipercayai mengalami patah kaki.

Lebih 4,000 orang dipindahkan apabila kapal Costa Concordia terlanggar batu karang di luar pantai Tuscany malam kelmarin.


Dua penumpang warga Perancis dan seorang kru Peru disahkan mati, tetapi sehingga malam tadi, 38 orang masih hilang.


Pasangan pengantin baru yang diselamatkan itu berasal dari Korea Selatan.

Mereka - kedua-duanya berusia 29 tahun - terperangkap dua tingkat di bawah geladak apabila kapal berkenaan tiba-tiba karam.

Seramai 35 orang penyelamat mengambil masa 90 minit mengeluarkan pasangan terbabit pada awal pagi semalam (waktu tempatan) selepas mendengar mereka menjerit meminta tolong.

Menurut pasangan terbabit, mereka tidak melihat atau mendengar mangsa lain sepanjang tempoh 24 jam terperangkap di situ.

Sementara itu, kapten Costa Concordia, Francesco Schettino, ditahan bersama pegawai pertama, Ciro Ambrosio, di Balai Polis Porto Santo Stefano, Itali, untuk disoal siasat mengenai insiden itu.

Pegawai pendakwa, Francesco Verusio, pula menyiasat kemungkinan untuk mengenakan tuduhan membunuh dan meninggalkan kapal ketika penumpang masih dalam bahaya.

Katanya, kapal berkenaan menghampiri Pulau Giglio melalui “jalan salah.”

Sumber pula berkata, Schettino, 52, meninggalkan kapal itu kira-kira jam 11.30 malam (waktu tempatan) - kira-kira sejam selepas ia terlanggar batu karang.

Penumpang terakhir pula diselamatkan kira-kira tiga setengah jam kemudian.

Penyelamat berkata, mungkin ada mayat belum ditemui di bahagian kapal yang dimasuki air.

Jurucakap bomba, Luca Cari, berkata pakar selam akan memeriksa bahagian dalam kapal itu untuk mengetahui keadaan sebenar.

“Kami tidak menolak kemungkinan lebih banyak korban dicatatkan,” katanya.

Laporan sebelum ini mendakwa, 29 pekerja dapur warga Filipina dikhuatiri terperangkap di bahagian bawah kapal sepanjang 290 meter itu. - DM

myMetro | Lebih ramai mati?:

'via Blog this'

Rela mati daripada ditangkap

BANDUNG: Seorang pencuri membunuh diri di hadapan polis dan penduduk yang mahu menangkapnya.

Kejadian berlaku selepas dia menembak seorang wanita untuk menyamun begnya di dalam van mini awam di sini, kelmarin, kata polis. “Pencuri dan dua konconya cuba menyamun beg tangan milik seorang penumpang, Rahma Nurbaiti ketika mereka menaiki van mini.


“Bagaimanapun, Rahma enggan melepaskan beg tangannya membuatkan pencuri itu berang,” kata Ketua Polis Bandung, Sangi Nugraha.

Beliau berkata, lelaki itu kemudian menembak Rahma di perut dan cuba melarikan diri. Apabila dikepung orang ramai dan polis, lelaki itu mengambil keputusan membunuh diri dengan menembak dirinya. -JP

myMetro | Rela mati daripada ditangkap:

'via Blog this'

Israel mesti tamatkan penjajahan: Ban Ki-moon

BEIRUT: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, semalam menyeru supaya penjajahan Israel di dunia Arab dihentikan.

Beliau juga berkata pembinaan penempatan haram menghalang usaha menyelesaikan sengketa yang sudah berlarutan puluhan tahun. “Penaklukan Israel terhadap wilayah Arab dan Palestin perlu diakhiri. Begitu juga dengan keganasan ke atas orang a awam,” katanya dalam ucaptama pada persidangan di Beirut mengenai demokrasi di dunia Arab. “Pembinaan penempatan sama ada baru atau lama adalah haram. Ia menghalang kewujudan sebuah negara Palestin,” katanya. - AFP

myMetro | Israel mesti tamatkan penjajahan: Ban Ki-moon:

'via Blog this'

Amah akui sihir keluarga majikan

AL-MUJAMA’A (Arab Saudi): Seorang lelaki menuduh pembantu rumah warga Indonesia yang bekerja dengannya membunuh anak perempuannya yang berusia lapan tahun melalui sihir, lapor al-Watan, semalam.

Pembantu rumah itu yang didisoalsiasat kemudian mengaku mengamalkan ilmu hitam terhadap keluarga majikannya.


Lelaki itu, Misaad Al-Rikhaimi berkata, dia sudah melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai perkara itu sebulan lalu. - AP

myMetro | Amah akui sihir keluarga majikan:

'via Blog this'

Iraq tetap bergelora

RAMADI: Kumpulan pemberontak melancarkan beberapa serangan sebelum menyerang sebuah balai polis di sini, semalam, meragut.

Kejadian itu menyebabkan sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan mencetuskan persoalan mengenai kemampuan pasukan keselamatan Iraq, sebulan selepas tentera Amerika Syarikat meninggalkan negara itu.


Keganasan semalam berlaku ketika Iraq dilanda konflik politik dan memberi tamparan terhadap dakwaan kerajaan Iraq serta AS bahawa pasukan keselamatan negara itu mampu mengawal keselamatan negara.

Insiden keganasan yang berlaku di Ramadi, yang majoriti penduduknya berfahaman Sunnah berlaku sehari selepas seorang pengebom berani mati mensasarkan penduduk Syiah dan membunuh 53 orang di pinggir bandar Basra, serangan terbaru seumpamanya yang sudah meragut hampir 200 nyawa.


Menurut polis, dua bom kereta meletup kira-kira jam 11.30 pagi waktu tempatan dekat Masjid Dawlah Kabir di tengah Ramadi, disusuli bom kereta ketiga dan serangan terhadap sebuah balai polis. - AP

myMetro | Iraq tetap bergelora:

'via Blog this'

Bashar beri pengampunan kepada penunjuk perasaan Syria

DAMSYIK: Presiden Syria, Bashar al-Assad, memberi pengampunan ke atas jenayah yang dilakukan ketika kekacauan melanda negara itu sejak 10 bulan lalu.

Agensi berita rasmi Syria, Sana semalam melaporkan, Bashar mengeluarkan perintah itu untuk rakyat yang melakukan kesalahan bagi tempoh 15 Mac 2011 hingga 15 Januari tahun ini.


Rejim Bashar kini digegarkan dengan kebangkitan rakyat yang menolak kepemimpinannya sejak Mac tahun lalu.

Pertengahan Disember lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan krisis berkenaan mengorbankan lebih 5,000 orang.


Bagaimanapun, Damsyik mendakwa korban sebenar jauh lebih rendah, selain mengaitkan “kumpulan pengganas bersenjata” yang disokong negara luar bertanggungjawab atas keganasan di Syria.


Sejak November tahun lalu, rejim Bashar mengumumkan, hampir 4,000 tahanan “tanpa darah di tangan mereka” akan dibebaskan.

Pada awal bulan itu juga, kerajaan berjanji memberi pengampunan kepada pemilik senjata api yang menyerahkan senjata mereka kepada polis dalam tempoh lapan hari. - AFP

myMetro | Bashar beri pengampunan kepada penunjuk perasaan Syria:

'via Blog this'

Amaran Iran untuk Teluk

TEHERAN: Iran semalam mengingatkan negara Teluk supaya tidak menambah eksport minyak mereka untuk mengatasi kekurangan bahan itu yang berlaku akibat daripada sekatan baru AS dan Kesatuan Eropah ke atasnya.

Menurut wakil Iran ke Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (Opec), Mohammad Ali Khatibi, jika negara jiran membantu mengatasi kekurangan minyak yang berlaku, Teheran “tidak akan menganggap mereka sebagai sahabat.” “Mereka akan bertanggungjawab atas apa yang berlaku,” katanya dipetik akhbar Sharq.


Mohamad Ali berkata, tiada sesiapa yang dapat menjangka kesan yang akan berlaku. Amaran itu dibuat ketika Iran terus ditekan pelbagai pihak ekoran program nuklear yang didakwa Barat sebagai cubaan Republik Islam itu untuk membuat bom atom.

Tuduhan itu disangkal oleh Teheran.


Jika sekatan baru dikenakan, ekonomi Iran sebagai negara yang banyak bergantung kepada minyak dijangka terjejas.


Tekanan ketenteraan juga semakin meningkat, dengan AS dan Britain menghantar kapal perang ke rantau Teluk, manakala laporan lain pula mengesyaki Israel mungkin melancarkan serangan udara terhadap tapak loji nuklear Iran.

Rabu lalu, seorang saintis Iran yang terbabit dalam program berkenaan maut dalam letupan selepas keretanya diletakkan bom. Sebelum itu, Teheran mengancam menutup Selat Hormuz yang menjadi laluan 20 peratus perdagangan minyak dunia.


Pegawai kanan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) akan melawat Iran pada 28 Januari ini bagi membincangkan aktiviti mencurigakan seperti dipetik dalam laporan badan itu dua bulan lalu.

Pada 23 Januari ini pula, Menteri Luar EU dijangka mengumumkan sekatan baru ke atas eksport minyak Iran dan mungkin menyasarkan bank pusat negara itu. - AFP

myMetro | Amaran Iran untuk Teluk:

'via Blog this'

Gempa bumi kuat skala 6.5 landa Antartika


16/01/2012 2:14am

WASHINGTON 16 Jan. - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.5 skala Richter menggegarkan wilayah South Shetland Islands di Antartika, semalam.

Pusat Kaji Gempa Amerika Syarikat berkata, pusat gempa dikesan pada kedalaman satu kilometer, kira-kira 464 kilometer di barat Pulau Coronation.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikeluarkan setakat ini. - AFP

Utusan Malaysia Online - Terkini:

'via Blog this'

Serang bom tepi jalan di Syria, 6 maut


16/01/2012 2:13am

DAMSYIK 16 Jan. – Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan 16 lagi cedera dalam serangan bom tepi jalan di barat laut Syria, semalam, dipercayai didalangi kumpulan pengganas bersenjata.

Agensi berita SANA berkata, bom tersebut yang ditanam di tepi sebatang jalan di wilayah Idlib, meletup ketika sebuah bas mini melalui jalan tersebut.

Serangan itu berlaku antara jalan yang menghubungkan Ariha dan Al-Matsuma, berdekatan sempadan Turki.

Pihak keselamatan turut mematikan dua lagi bahan letupan yang ditemui di Jabal al-Zawai yang terletak dalam wilayah yang sama. – AFP

Utusan Malaysia Online - Terkini:

'via Blog this'

Thailand buru suspek pengganas



LAKARAN wajah suspek yang disyaki merancang serangan bom di Bangkok.


BANGKOK 15 Jan. - Pihak berkuasa Thailand sedang memburu seorang suspek pengganas yang dituduh berkomplot untuk menyerang pusat pelancongan di Bangkok, sehingga menyebabkan 11 pejabat kedutaan asing di negara ini mengeluarkan amaran perjalanan.

Polis kelmarin mengeluarkan lakaran gambar seorang lelaki Arab, beberapa jam selepas lelaki kacukan Sweden dan Lebanon ditahan kerana disyaki anggota kumpulan Hezbollah, laporBangkok Post.

Ketua polis kebangsaan, Jeneral Priewpan Damapong berkata, Attis Hussein, 48, mengaku mengetahui mengenai komplot itu tetapi menyatakan serangan tersebut telah dibatalkan.

"Suspek memberitahu kami mereka telah membatalkan rancangan itu selepas pihak berkuasa mengetahuinya," katanya.

Kata Priewpan , walaupun Attis telah membuat pengakuan tetapi dia tidak akan didakwa kerana komplot itu tidak dilakukan.

Dia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi selepas Amerika Syarikat dan Israel mengeluarkan amaran kepada rakyatnya supaya mengelak kawasan pelancongan di Bangkok ekoran komplot itu.

Thailand mengetahui mengenai komplot itu tetapi tindakan hanya diambil selepas pejabat kedutaan asing mengeluarkan amaran perjalanan, sekali gus mencetuskan kritikan. - DPA

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Laura Kaeppeler dinobat Ratu AS



Laura Kaeppeler


LAS VEGAS 15 Jan. - Laura Kaeppeler dari Wisconsin dinobatkan sebagai Ratu Cantik Amerika Syarikat (AS) 2012 dalam satu pertandingan yang telah dikemas kini dengan format rancangan realiti televisyen di sini, semalam.

Format terbaru itu turut menyaksikan seorang daripada peserta selamat daripada penyingkiran.

Kaeppeler dipilih menjuarai pertandingan selepas mempersembahkan nyanyian opera selain berjalan di atas pentas dengan memakai pakaian mandi dan gaun rona hitam yang menawan.

Ditanya soalan berhubung perpecahan parti-parti politik di Washington, Kaepeller berkata, sebagai ratu cantik ia mewakili semua pihak dan dalam menghadapi kemelut ekonomi, ahli-ahli politik perlu menyelami keperluan negara ini.

Sebaik sahaja diumumkan sebagai pemenang dalam pertandingan yang disertai 53 wanita dari seluruh AS itu, Kaeppeler menitiskan air mata dan mengucapkan terima kasih berulang kali.

Betty Thompson yang mewakili Oklahoma berada pada tempat kedua diikuti Kaitlin Monte dari New York, Jennifer Sedler (Arizona), dan Noelle Freeman (California).

Pertandingan tersebut disiarkan menerusi rangkaian televisyen ABC anjuran Organisasi Ratu Cantik AS bertujuan membantu golongan belia wanita di negara ini membina personaliti dan kerjaya yang diidami.

Pada 2011, organisasi terbabit menawarkan wang tunai berjumlah lebih AS$45 juta (RM139.5 juta) serta bantuan biasiswa.

Pertandingan ratu cantik disiarkan di televisyen sejak 1954 dan menjadikan ia sebagai rancangan siaran langsung keempat tertua di AS. - REUTERS

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Dataran Tahrir bukan gambaran keseluruhan Mesir


Selepas hampir setahun berlakunya revolusi yang menggulingkan bekas Presiden Hosni Mubarak, Mesir kini secara perlahan-lahan menjadi sebuah negara demokrasi.

Pilihan raya Parlimen pertama untuk pemilihan Dewan Rendah sejak penggulingan Mubarak baru sahaja berakhir dan bakal diikuti dengan Pilihan raya Parlimen untuk pemilihan Dewan Tinggi pada Februari ini.

Selepas pilihan raya itu selesai, ia akan disusuli pula dengan pembentukan Perlembagaan baru dan akhir sekali mengadakan pilihan raya Presiden dalam tempoh enam bulan akan datang.

Bagi mengulas lebih lanjut mengenai situasi terkini di Mesir, Wartawan Utusan Malaysia, MUHAMMAD ZULKIFLI SAINUDDIN menemu bual Duta Besar Mesir ke Malaysia, MOHAMED SAAD EBEID.

UTUSAN: Kebangkitan rakyat yang menggegarkan Mesir pada awal tahun lalu mencetuskan keadaan huru-hara di seluruh Mesir. Selepas hampir setahun berakhirnya revolusi itu, bagaimana dengan situasi terkini di Mesir secara keseluruhannya?

MOHAMED: Selepas beberapa bulan tamatnya revolusi, semua langkah-langkah yang perlu telah diambil. Keadaan di Mesir kini telah kembali kepada normal. Tiada lagi yang perlu dibimbangkan kerana Mesir 100 peratus selamat. Sesetengah orang menilai Mesir dengan hanya melihat apa yang berlaku di Dataran Tahrir, tetapi Dataran Tahrir sebenarnya bukanlah menggambarkan keseluruhan negara kami. Walaupun kedatangan pelancong terjejas akibat revolusi ini, tetapi kehadiran mereka masih dapat dilihat terutamanya di bahagian utara Mesir yang menempatkan monumen-monumen bersejarah serta di pusat pelancongan Sharm el-Sheikh di Laut Merah kerana kawasan itu tidak terjejas dan sangat selamat untuk dikunjungi.

Selepas kebangkitan rakyat pada awal tahun lalu, Mesir sering digegarkan dengan protes jalanan. Mengapa ini terus berlaku?

Sejak revolusi, tidak dinafikan protes sering berlaku tetapi ini adalah normal kerana semua orang mahu menyuarakan pendapat, kekecewaan dan kemahuan mereka. Ramai juga di kalangan rakyat kini berpendapat ini adalah masanya untuk bangkit menyuarakan pelbagai isu tidak kiri mengenai ekonomi, sosial dan politik. Satu persekitaran baru telah muncul di Mesir di mana setiap rakyat mahu terlibat dengan segala isu yang timbul dan setiap rakyat mempunyai hak untuk bersuara, sesuatu yang sihat untuk masa depan sesebuah negara. Kadang kala ia berlaku secara aman dan sebaliknya, tetapi ini adalah normal dalam usaha membentuk masyarakat yang baru. Secara keseluruhannya, revolusi telah mewujudkan suasana dan masyarakat baru yang sesuai dengan demokrasi.

Bagaimana dengan proses pilihan raya Parlimen Mesir yang baru sahaja berakhir pada minggu lalu?

Proses pilihan raya Parlimen untuk memilih Dewan Rendah telah dikendalikan secara bebas dan adil, sekali gus mencerminkan demokrasi. Ini adalah satu langkah progresif yang telah berjaya dicapai, tidak seperti pilihan raya sebelum ini di mana kesahihannya diragui. Sebanyak 60 peratus pengundi berdaftar dilaporkan menyertai pilihan raya itu. Kejayaan mengadakan pilihan raya yang adil dan bebas ini juga menggambarkan Mesir kini menuju ke arah negara demokrasi dan ini akan diikuti dengan langkah seterusnya termasuk mengadakan pilihan raya Parlimen untuk pemilihan Dewan Tinggi pada Februari ini dan pembentukan Perlembagaan baru sebelum pilihan raya Presiden dalam tempoh enam bulan akan datang.

Keputusan pilihan raya Parlimen baru-baru ini dikuasai oleh parti berhaluan Islam, terutamanya pergerakan Ikhwan Muslimin dengan Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP). Mengapa ini boleh berlaku?

Keputusan ini sememangnya sesuatu yang mengejutkan. FJP yang ditubuhkan oleh Ikhwan Muslimin telah memperolehi 40 peratus daripada jumlah undi. Ini berlaku kerana rakyat mahukan perubahan dan parti itu telah meraih simpati daripada rakyat yang mahu membalas dendam kepada rejim sebelum ini. Ikhwan Muslimin juga adalah sebuah pertubuhan yang berpengaruh dan mempunyai banyak pengalaman selepas lebih 80 tahun ditubuhkan. Kedudukan mereka sebagai pembangkang juga telah memberikan mereka peluang lebih baik selain mereka aktif berkempen.

Bagaimanapun keputusan pilihan raya ini dilihat mencetuskan kebimbangan pada segelintir rakyat Mesir sendiri yang bimbang dengan dasar konservatif parti berhaluan Islam serta daripada pihak Barat yang khuatir dengan perubahan dasar luar Mesir?

Ini adalah pilihan rakyat sendiri dan rakyat membuat pilihan melalui kebolehan sesuatu parti itu dan mereka juga boleh menyingkirkan pemimpin yang tidak disukai. Inilah yang dinamakan demokrasi. Mungkin ada yang tidak berpuas hati dengan keputusan ini, tetapi perkara sama turut berlaku di Magribi dan Tunisia baru-baru ini di mana parti berhaluan Islam telah memenangi pilihan raya di negara itu. Namun yang pastinya, FJP kini mengambil pendirian mewujudkan pengasingan. Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh FJP yang kami ikuti, mereka memerlukan beberapa perubahan dan pengubahsuaian pendirian berhubung pelbagai isu tidak kira mengenai isu di dalam atau di luar negara. Dalam bidang politik, pendirian yang terlalu keras bakal merosakkan kredibiliti sesuatu parti itu. Kestabilan dan kekuatan ekonomi sangat penting dan setiap masalah perlu diselesaikan dengan cara yang betul bukan lagi melalui retorik atau ucapan semata-mata.

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Suu Kyi sedia terima jawatan kerajaan Myanmar


YANGON 15 Jan. - Pemimpin prodemokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi tidak menolak kemungkinan beliau menerima jawatan dalam kerajaan jika beliau memenangi kerusi Parlimen pada pilihan raya akan datang.

"Semuanya bergantung kepada situasi dan jawatan Kabinet yang ditawarkan," kata Suu Kyi apabila ditanya sama ada beliau akan menerima jawatan dalam kerajaan jika ditawarkan.

Seorang wartawan menyebut kemungkinan jawatan Menteri Luar ditawarkan kepadanya.

"Saya akan perlu memikirkan tawaran itu dengan sangat serius," jawab Suu Kyi.

Beliau hari ini mengadakan rundingan dengan Menteri Luar Perancis, Alain Juppe, diplomat tertinggi Perancis yang pernah melawat negara ini.

Suu Kyi, 66, yang dibebaskan dari tahanan di rumah pada November 2010 tidak lama selepas pilihan raya kontroversi dimenangi oleh sekutu politik tentera, merancang untuk bertanding di sebuah kawasan Parlimen dekat Yangon pada pilihan raya kecil 1 April ini.

Sebuah kerajaan awam mengambil alih kuasa di Myanmar tahun lepas, menamatkan pemerintahan tentera selama hampir lima dekad, tetapi barisannya dipenuhi oleh bekas-bekas jeneral.

Sejumlah 48 kerusi dipertandingkan pada pilihan raya tersebut, 40 untuk dewan rendah Parlimen, enam untuk dewan tertinggi dan dua untuk dewan undangan wilayah.

Pengundian itu bertujuan untuk mengisi kerusi yang dikosongkan oleh mereka yang telah dipilih untuk menjadi menteri dan timbalan menteri dalam kerajaan berikutan pilihan raya 2010.

Bagaimanapun bilangan kerusi yang dipertandingkan tidak cukup banyak untuk menggugat majoriti besar yang dikuasai oleh parti pemerintah. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Rakyat Kazakhstan mengundi



Dua wanita berpakaian tradisional mengundi semasa pilihan raya Parlimen di kampung Karasu, kira-kira 240 km dari Almaty, Kazakhstan, semalam. - AFP


ZHANAOZEN, Kazakhstan 15 Jan. - Rakyat Kazakhstan mula mengundi hari ini dalam pilihan raya yang bertujuan untuk meletakkan parti kedua di Parlimen dan meredakan rasa tidak puas hati selepas rusuhan maut menjejaskan imej kestabilan yang ingin dijaga oleh pemimpin veteran negara Asia Tengah ini.

Tidak diragui parti Nur Otan pimpinan Presiden Nursultan Nazarbayev akan mencapai kemenangan besar.

Parti yang mendapat tempat kedua juga dijamin menduduki kerusi di dewan yang mempunyai 107 anggota itu, tidak kira sama ada ia memperoleh sekurang-kurangnya tujuh peratus undi yang disyaratkan sebelum ini.

Namun penentang keras Nazarbayev dihalang daripada bertanding dan parti yang dijangka menduduki tempat kedua ialah kumpulan properniagaan yang diketuai oleh seorang bekas anggota parti pemerintah.

Nazarbayev, 71, yang berkuasa sejak kemerdekaan dari Kesatuan Soviet pada 1991, masih popular di kalangan 16.7 juta penduduk negara ini, yang majoritinya Islam.

Selaku negara pengeluar minyak yang memiliki ekonomi terbesar di Asia Tengah, kekayaan Kazakhstan memastikan negara ini terselamat daripada kekacauan yang disaksikan di bekas republik Soviet di rantau ini.

Bagaimanapun rungutan makin kuat kedengaran bahawa ramai rakyat masih miskin sedangkan segelintir golongan elit bertambah kaya.

Kemarahan meletus di wilayah terpencil Mangistau di barat negara ini pada bulan lepas apabila pekerja minyak yang dipecat oleh syarikat milik kerajaan memprotes selama tujuh bulan.

Pegawai berkata, 17 orang terbunuh dalam pertempuran dengan polis yang melepaskan tembakan peluru hidup.

Penduduk di bandar minyak ini percaya angka kematian lebih tinggi daripada yang dilaporkan. - REUTERS

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Militan al-Qaeda tawan bandar kecil di Yemen


SANAA 15 Jan. - Berpuluh-puluh militan al-Qaeda menawan sebuah pekan kecil yang terletak kira-kira 170 kilometer dari ibu negara Yemen di sini semalam, kata sumber polis dan saksi.

Menurut sumber, anggota militan memasuki pekan Radda di wilayah al-Baydah pada malam semalam yang ditentang oleh sekumpulan kecil pasukan polis sebelum menawan sebuah kubu kota lama dan masjid.

Penawanan pekan itu meluaskan lagi penguasaan militan di luar wilayah selatan Abyan dengan beberapa pekan turut ditawan sejak kebangkitan rakyat menentang Presiden Ali Abdullah Salleh yang bermula awal tahun lalu sebelum krisis itu berakhir dengan perjanjian pemindahan kuasa pada November lalu.

Beberapa penduduk pekan Radda, yang mempunyai kira-kira 60,000 orang, berkata, kumpulan itu diketuai Tareq al-Dahab, militan yang disyaki diserahkan oleh Syria kepada Yemen baru-baru ini ketika cuba menyusup masuk ke Iraq.

Tareq merupakan abang ipar kepada seorang guru agama kelahiran Amerika Syarikat yang dikaitkan dengan al-Qaeda yang terbunuh dalam serangan udara pada tahun lalu.

Timbalan Ketua Parti Sosialis Yemen, Yahia Abu Usba mendakwa pihak keselamatan tidak bersungguh-sungguh menentang kumpulan militan daripada memasuki Radda.

Beliau turut memberi amaran kumpulan al-Qaeda itu merancang untuk menyerang wilayah Maarib yang kaya dengan sumber minyak.

Namun tiada pegawai Yemen yang mengeluarkan sebarang kenyataan setakat ini berhubung kejadian tersebut.

Pengeksport minyak terbesar dunia, Arab Saudi dan AS menyatakan kebimbangan dengan penguasaan militan al-Qaeda yang semakin berkembang di Yemen yang berdekatan dengan laluan utama perkapalan minyak.

Pengkritik Saleh menuduh presiden itu yang masih mempunyai pengaruh dalam pasukan keselamatan, sengaja tidak mengambil endah terhadap kes itu, demi untuk menunjukkan pemerintahannya amat penting bagi mengusir al-Qaeda dari Yemen. - REUTERS

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Hantar askar Arab ke Syria



WANITA-wanita mengadakan tunjuk perasaan menentang Presiden Bashar al-Assad di bandar Baba Amro dekat Homs dalam gambar yang diterima Sabtu lalu. - REUTERS


DAMSYIK 15 Jan. - Qatar menyokong penghantaran tentera Arab ke Syria untuk menghentikan kempen kekerasan yang dijalankan oleh rejim Presiden Bashar al-Assad ke atas penentang kerajaan sejak 10 bulan lalu.

Amir Qatar, Sheikh Hamad bin Khalifa al-Thani dalam wawancara yang disiarkan oleh stesen CBS hari ini berkata, beliau menyokong penghantaran tentera Arab ke Syria bagi 'menghentikan pembunuhan' yang telah meragut lebih 5,000 nyawa sejak Mac lalu.

Wawancara beliau dalam rancangan '60 Minutes' itu ialah seruan pertama yang dilaungkan oleh seorang pemimpin Arab agar tentera Arab ditempatkan di Syria, di mana rejim Assad meneruskan kempen kekerasannya.

"Bagi menghentikan pembunuhan dalam situasi sedemikian, sebilangan askar perlu dihantar bagi menghentikannya," jawab Sheik Hamad apabila ditanya sama ada beliau menyokong campur tangan Arab.

Kenyataan Amir itu dibuat ketika Liga Arab bersiap sedia untuk mengkaji semula misi pemantaunya di Syria pada minggu ini.

"Penilaian semula menyeluruh terhadap tugas misi pemerhati akan kami bincangkan dalam mesyuarat peringkat menteri yang akan diadakan di Kaherah pada Sabtu, 21 Januari ini," kata Setiausaha Agung Liga Arab, Nabil al-Arabi kepada AFP di Oman.

Katanya, sedikit sebanyak kemajuan sudah dicapai sehingga kini tetapi pertumpahan darah masih berlaku setiap hari di Syria dan Liga Arab mahu menghentikannya.

"Sekretariat Am Liga Arab mengkaji sama ada berfaedah atau tidak untuk misi itu meneruskan tugasnya memandangkan keganasan masih berterusan," kata Arab menurut agensi berita Mesir, MENA.

Wawancara dengan Sheikh Hamad diadakan di tengah-tengah kebimbangan makin mendalam misi Liga Arab untuk memantau keadaan di Syria menemui kegagalan.

Amir berpengaruh itu kini antara pemimpin yang paling lantang mengkritik Assad, walaupun negaranya yang kaya pernah menjalinkan hubungan baik dengan Damsyik. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Imam terjatuh dalam lubang



MOHD. Jidin Shafee (kanan) bersama Rohaizat Abd. Ani (dua dari kanan) meninjau lubang yang terjadi akibat arus deras sungai berhampiran jambatan Hulu Seladang yang membahayakan pengguna jalan raya selepas seorang imam terjatuh ketika melalui jalan itu semalam. Gambar kecil: Ismail Mohd. yang dirawat di Hospital Setiu, semalam. - UTUSAN/AZLAN BAHRUM


SETIU 15 Jan. - Ketika mangsa banjir sibuk berpindah ke Surau Pekan Sahari malam tadi, penduduk di sini gempar apabila imam surau berkenaan terjatuh ke dalam lubang mendap di tengah jalan di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu di Bandar Permaisuri.

Ismail Mohd., 75, nyaris maut apabila motosikal ditungganginya terjerumus ke dalam lubang yang tiba- tiba mendap sedalam kira-kira dua meter sebaik sahaja pulang ke rumah selepas selesai solat Isyak.

Berikutan kejadian yang berlaku pukul 9.30 malam itu, warga emas itu patah tulang hidung selain cedera di bahagian muka.

Ismail yang terjatuh bersama motosikalnya tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Hospital Setiu namun keadaannya dilaporkan stabil.

Anak mangsa, Maliki Ismail, 58 memberitahu, ketika kejadian, bapanya dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Bukit Pelong tidak jauh dari tempat kejadian.

"Mujurlah ada orang yang berada di surau yang dijadikan pusat pemindahan ternampak kemalangan itu dan segera membantu ayah saya selain beberapa anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu.

"Jalan itu mungkin mendap akibat hujan lebat di kawasan ini," katanya ketika ditemui di Hospital Setiu, hari ini.

Menurut Maliki, ayahnya bernasib baik kerana tiada air di dalam lubang berkenaan.

"Keadaan ayah saya kini stabil tetapi percakapan dia masih belum jelas sebab luka di bahagian mulutnya," katanya.

Sementara itu, pihak berkuasa telah memasang papan tanda amaran bagi mengelak pengguna jalan raya lain terlibat kemalangan ekoran kejadian sebelum kerja baik pulih dijalankan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Rohaizat Abd. Ani dan Ahli Parlimen Setiu, Datuk Mohd. Jidin Shafee turut menziarahi Ismail serta meninjau lokasi tempat kejadian.

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri:

'via Blog this'

Burung pipit jantan jadi tumpuan di kampung England



BURUNG pipit Sepanyol.


CALSHOT, England - Ratusan orang mengerumuni sebuah kawasan di kampung Calshot dekat Southampton kelmarin semata-mata untuk menyaksikan seekor burung pipit Sepanyol.

Menurut peminat burung, burung itu kemungkinan berasal dari Sepanyol, Turki atau Afrika Utara, lapor agensi berita AP.

Ratusan peminat burung membawa kamera masing-masing dan berdiri dekat sebatang jalan untuk merakamkan gambar burung berkenaan.

Berdasarkan laporan Stesen Penyiaran British (BBC), burung jantan itu dilihat buat kali pertama di sini sejak hampir dua dekad lalu. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'