4 Februari 2012
KAHERAH - Pelakon komedi terkenal di rantau Arab, Adel Imam, kelmarin dijatuhi hukuman tiga bulan penjara oleh mahkamah di Mesir atas kesalahan menghina Islam.
'via Blog this'
KAHERAH - Pelakon komedi terkenal di rantau Arab, Adel Imam, kelmarin dijatuhi hukuman tiga bulan penjara oleh mahkamah di Mesir atas kesalahan menghina Islam.
SEBAHAGIAN penunjuk perasaan anti tentera berkeliaran di Jalan Raja selepas beberapa kematian peminat bola sepak di stadium Port Said, kelmarin. |
WASHINGTON: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Leon Panetta percaya Israel akan melancarkan serangan terhadap Iran seawal April depan bagi menyekat Republik Islam itu daripada menghasilkan senjata nuklear.
Akhbar Washington Post semalam melaporkan, Panetta bimbang mengenai kemungkinan Israel melancarkan serangan itu dalam masa beberapa bulan lagi.
CNN kemudian mengesahkan laporan itu dengan memetik kenyataan seorang pegawai kanan pentadbiran Obama yang enggan dikenali.
“Panetta percaya ada kemungkinan besar Israel akan serang Iran pada April, Mei atau Jun - sebelum Iran memasuki apa yang disifatkan oleh Israel sebagai ‘zon kekebalan’ bagi memulakan kerja menghasilkan bom nuklear. “Tidak lama lagi, Israel bimbang Iran akan mempunyai secukupnya uranium yang sudah diperkayakan di kemudahan bawah tanah untuk menghasilkan senjata nuklear dan ketika itu hanya Amerika Syarikat saja yang boleh menyekatnya dari segi ketenteraan,” kata penulis pojok Washington Post, David Ignatius dalam laporannya. Beliau yang menulis laporan itu dari Brussels, tempat Panetta menghadiri mesyuarat Menteri Pertahanan Nato, tidak menyatakan sumbernya.
Artikel yang disiarkan Washington Post itu berkata, penangguhan latihan bersama tentera Amerika Syarikat-Israel yang dijadualkan pada musim bunga ini mungkin menjadi petanda Israel akan melancarkan serangan itu tidak lama lagi.
Panetta dan Pentagon enggan mengulas laporan itu.
Gaddafi memakai cincin perak dan baju warna kuning air apabila dia diheret keluar dari salur longkang berhampiran Sirte, bandar kelahirannya, sebelum dipukul dan ditembak.
Warga Libya, Ahmed Warfali dilapor meminta bayaran sebanyak RM6 juta untuk cincin dan baju berkenaan itu.
Dia percaya boleh mendapat harga lebih tinggi jika menjualnya di Eropah.
Gambar yang kelihatan seperti cincin itu dimuatnaikkan ke laman web ArabsToday.net dan menujukkan ukiran tarikh Gaddafi berkahwin dengan isteri, Safia, pada 10 September 1970, lapor ABC News.
Tetapi pengkritik berkata, Warfali tidak boleh menjual barangan itu.
Dokumen yang difailkan Facebook untuk tawaran penyenaraian awam mendedahkan Zuckerberg, yang melancarkan rangkaian sosial itu dari bilik asramanya di Universiti Harvard ketika berusia 19 tahun, menguasai 28.2 peratus saham syarikat itu.
Dengan nilai syarikat itu sebanyak AS$100 bilion (RM300 bilion), saham Zuckerberg akan bernilai RM84 bilion.
Lebih penting lagi, Zuckerberg, 27, Pengerusi Facebook dan Ketua Eksekutif, menguasai 57 peratus bahagian mengundi selepas pemegang saham lain menyerahkan hak mengundi mereka kepadanya menerusi ‘proksi yang tidak boleh ditarik balik.’ “Memandangkan Zuckerberg menguasai majoriti kuasa mengundi, kami adalah ‘syarikat yang dikuasai’ di bawah tadbir urus korporat untuk syarikat yang disenaraikan di bursa saham,’ menurut dokumen yang difailkan Facebook.
“Zuckerberg boleh menguasai semua hal yang dikemukakan kepada pemegang saham kami untuk diundi dan juga keseluruhan pengurusan dan hala tuju syarikat.
“Zuckerberg akan menentukan ‘pemilihan pengarah dan sebarang penggabungan atau penjualan semua atau sebahagian aset kami,” kata Facebook.
Penganalisis media sosial, Lou Kerner di secondshares.com berkata, bakal pemegang saham tidak perlu bimbang. “Pelabur hanya mahu hak untuk bercakap apabila ada kesilapan berlaku.
SURAM...jenazah mangsa dibawa keluar dari bilik mayat HKL untuk dikebumi, semalam. |
LAPOR...Laifi menunjukkan laporan polis dibuatnya. Gambar kecil, Fiebienly. |
JAKARTA - Banyak cara dilakukan pihak polis negara ini bagi meningkatkan kesedaran orang ramai dan pemandu tentang bahaya kemalangan jalan raya yang sering menyebabkan korban.
Kebiasaannya, papan tanda amaran akan diletakkan di tepi-tepi jalan terutamanya di laluan yang sering menjadi lokasi nahas, namun berbeza pula di Jalan Lenteng Agung, Tanjung Barat, Jakarta Selatan.
Pengguna yang melalui jalan tersebut 'disajikan' dengan pemandangan sebuah motosikal remuk yang diletak di atas sebatang tiang tinggi sebagai peringatan agar tidak memecut laju kenderaan masing-masing.
Turut dipampang bersama peringatan unik itu adalah perkataan 'Jangan Seperti Saya', merujuk kepada keadaan motosikal yang remuk kerana terlibat dalam nahas jalan raya.
Struktur tersebut dipasang di jalan berkenaan kerana laluan itu sering dijadikan lokasi lumba motosikal oleh para remaja pada waktu malam.
Tahun lalu sahaja, kemalangan jalan raya merupakan pembunuh kedua rakyat negara ini selepas penyakit batuk kering. Bukan hanya itu, Indonesia turut berada di tempat pertama dengan jumlah kemalangan raya paling tinggi di ASEAN.
Ia antara lain disumbangkan oleh pertambahan pengguna motosikal yang kini mencapai 30 peratus dalam masa setahun.
Pertambahan kenderaan itu juga tidak diseimbangkan dengan pembangunan infrastruktur yang memadai dan akibatnya bilangan kemalangan jalan raya semakin meningkat.
Nahas jalan raya melibatkan pengguna motosikal juga mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 67 peratus berbanding kenderaan lain. - AGENSIUtusan Malaysia Online - Luar Negara:TAIPEI 3 Feb. - Seorang lelaki Taiwan dilaporkan mati, selepas bermain permainan komputer selama 23 jam terus-menerus di sebuah kafe Internet, kelmarin.
Menurut laman web berita Apple Daily, anggota polis menemui mayat Chen Rong-yu, 23, tersembam pada kerusi dengan kedua-dua tangannya kaku di papan kekunci dan tetikus di kafe Internet di Taipei.
Seorang pekerja di kafe Internet itu berkata, Rong-yu datang ke kafe tersebut lewat Selasa lalu dan duduk di hujung terminal komputer.
Jelasnya, tindakan Rong-yu yang kerap berehat menyebabkan pekerja kafe menyangka dia sedang tidur.
Pada malam berikutnya, seorang pekerja wanita cuba mengejutkan Rong-yu tetapi mendapati badannya sejuk lalu menghubungi polis.
Sementara itu, keluarga mangsa berkata, Rong-yu pernah menerima rawatan bagi masalah jantung pada September lalu.
Polis masih menyiasat punca kematian Rong-yu tetapi mengesyaki keletihan, kekurangan pergerakan dan cuaca sejuk menyebabkan darah beku dan serangan jantung.
Rong-yu dipercayai sedang bermain permainan League of Legends yang dicipta oleh Garena, sebuah syarikat perkhidmatan permainan yang berpangkalan di Singapura. - DPAUtusan Malaysia Online - Luar Negara:KAHERAH 3 Feb. – Aktor komedi terkenal Arab, Adel Imam, dijatuhi hukuman penjara tiga bulan kerana menghina Islam dalam filem-filem serta dramanya, menurut satu dokumen mahkamah, semalam.
Imam yang juga Duta Muhibah Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB), dijatuhi hukuman tersebut tanpa kehadirannya selepas kesnya dikemukakan Asran Mansour, seorang peguam yang mempunyai hubungan dengan parti-parti Islam Mesir.
“Saya akan mengemukakan rayuan. Segelintir pihak yang mahu mencari publisiti telah memfailkan dakwaan itu ke atas saya, kononnya menuduh saya menghina Islam. Ia tidak benar sama sekali,” katanya.
Selebriti berusia 71 tahun yang digelar Charlie Chaplin dunia Arab itu, sering berselisih dengan parti Islam yang menyifatkan filem serta dramanya sebagai menghina Islam.
Dalam kes terbaru, Imam berkata, dia dikritik kerana membawakan watak seorang fundamentalis Islam dalam filem Al-Irhabi (The Terrorist) pada 1994 serta drama Al-Zaeem (The Leader) yang mempersendakan pemimpin autokrat rantau Arab.
“Semua hasil filem saya telah melalui proses tapisan. Jika ia didapati boleh mendatangkan penghinaan, sudah tentu ia tidak boleh ditayangkan,” katanya.
Sepanjang 40 tahun kariernya, Imam telah berlakon dalam lebih 100 filem termasuk filem The Yacoubian Building yang memenangi anugerah.
Selain hukuman penjara, Imam turut didenda sebanyak 1,000 pound Mesir (RM510). – AFPUtusan Malaysia Online - Luar Negara:NEW YORK 3 Feb. - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini mempertimbangkan satu pindaan draf resolusi yang mengecam tindakan kekerasan kerajaan Syria terhadap rakyatnya, sebagai usaha mengatasi tentangan sekutu kuat Damsyik, Rusia.
Draf terbaru itu tidak menjelaskan sama ada desakan peletakan jawatan Presiden Bashar al-Assad atau menyeru sekatan senjata dan sekatan ekonomi.
Namun, ia dipercayai 'menyokong penuh' pelan Liga Arab untuk melaksanakan peralihan kerajaan demokratik di negara itu.
Wakil-wakil PBB, semalam berkata, draf itu akan dihantar kepada negara-negara terbabit untuk dipertimbangkan, namun tidak pasti sama ada ia akan diluluskan dan dihantar semula kepada Majlis Keselamatan untuk diundi.
Duta Britain ke PBB, Mark Lyall berkata, setiap wakil akan mendapat arahan daripada kerajaan masing-masing dan berharap dapat mengundi secepat mungkin.
Usaha terbaru tersebut dibentangkan selepas perbincangan antara anggota Majlis Keselamatan tertangguh beberapa jam, dengan Rusia paling lantang menentang rangka resolusi itu yang ditulis oleh negara-negara Barat dan Liga Arab.
Draf itu juga 'menyokong penuh' permintaan Liga Arab pada 22 Januari lalu terhadap pemindahan kuasa al-Assad kepada timbalannya dan membentuk kerajaan perpaduan dalam tempoh dua bulan.
Namun, draf terbabit tidak menyebut mengenai peletakan jawatan al-Assad.
Sebaliknya, ia meminta Damsyik beralih ke arah demokratik dan sistem politik majmuk serta memulakan dialog politik secara serius dengan seluruh spektrum pembangkang Syria di bawah naungan Liga Arab, mengikut jadual yang ditetapkan.
Draf itu juga turut mengutuk sebarang tindakan keganasan daripada mana-mana pihak. - AFPUtusan Malaysia Online - Luar Negara:PHNOM PENH 3 Feb. - Bekas ketua penjara ketika era Khmer Rouge, Kaing Guek Eav (gambar) dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dalam satu kes rayuan di mahkamah jenayah perang Kemboja, tribunal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hari ini.
Mangsa yang terselamat daripada pemerintahan rejim, menyambut baik keputusan mahkamah itu, yang meningkatkan hukuman penjara daripada 30 tahun yang diputuskan pada 2010 kepada penjara seumur hidup atas kesalahan jenayah perang dan kemanusiaan.
Menurut hakim, hukuman sebelum ini terhadap bekas ketua penjara S-21 yang bertanggungjawab di atas kematian 15,000 tahanan di penjara itu tidak 'berpatutan dengan jenayah yang telah lakukannya pada lewat 1970-an'.
"Jenayah yang dilakukannya jelas merupakan antara rekod kekejaman kemanusiaan terburuk dalam sejarah.
"Dia seharusnya menerima hukuman paling berat," kata Presiden badan rayuan tertinggi mahkamah itu.
Dengan memakai baju putih dan jaket kuning, Duch, 69, yang duduk di kandang tertuduh kelihatan tidak memberikan sebarang reaksi ketika keputusan dibacakan.
Dia sebelum ini merayu dibebaskan kerana kesalahan yang dilakukannya itu adalah atas arahan pihak atasan, tetapi pendakwa raya turut mengemukakan rayuan dengan menyatakan hukuman sebelum ini tidak memadai.
Keputusan kali ini disambut baik oleh beratus-ratus rakyat Kemboja, termasuk sami-sami dan warga emas yang terselamat daripada kekejaman rejim Khmer Rouge dari 1975-1979, yang berhimpun di galeri awam di mahkamah itu.
Duch adalah kader Khmer Rouge pertama yang dihadapkan ke tribunal PBB itu. - AFPUtusan Malaysia Online - Luar Negara:KAJANG 3 Feb. - Polis sedang memburu sekumpulan lima lelaki warga Colombia setelah mereka gagal melarikan sebuah mesin juruwang automatik (ATM) dari sebuah pasar raya di Bandar Teknologi Kajang di sini Sabtu lepas.
Dalam kejadian itu, kelima-lima lelaki itu yang dipercayai pakar dalam sistem penggera bangunan cuba menarik keluar mesin ATM itu menggunakan kabel besi yang disambungkan kepada sebuah kenderaan MPV buatan China.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, cubaan mereka pada kira-kira 1.10 pagi itu dilihat anggota polis kereta peronda yang lalu di situ menyebabkan mereka melarikan diri tetapi seorang dapat diberkas.
"Lelaki yang ditangkap polis itu berusia 35 tahun memberitahu mereka adalah warga Columbia," katanya kepada pemberita di Ibu pejabat Polis Daerah Kajang hari ini.
Ab. Rashid berkata, polis menahan reman lelaki itu dari Sabtu sehingga Rabu lalu tetapi ditahan semula mengikut Akta Imigresen sehingga 15 Februari ini untuk siasatan di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan mencuri.
Dalam pada itu, polis Kajang juga menahan empat orang anggota geng Topoi yang terlibat aktif dalam kegiatan menyamun termasuk sebuah kedai serbaneka 7-Eleven di bandar ini Jumaat lepas.
Katanya, kesemua mereka berumur antara 21 hingga 64 tahun itu biasanya menyamun rokok dan wang menggunakan parang serta pisau sebagai senjata.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kumpulan itu terlibat dalam empat kes samun kedai 7-Eleven dan mereka mungkin terlibat lebih daripada 10 kes sejak tahun lepas. — BERNAMAUtusan Malaysia Online - Kota:KUALA LUMPUR 3 Feb. - Profil asid deoksiribonukleik (DNA) keluarga pemimpin kanan militan Abu Sayyaf dan pertubuhan Jemaah Islamiah (JI), Zulkifli Hir yang terbunuh dalam serangan ke atas kubu kuat mereka di selatan Filipina akan dihantar kepada polis negara berkenaan bagi mendapat pengesahan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sekiranya ujian DNA yang dijalankan itu didapati positif, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menguruskan jenazah Zulkifli untuk dibawa pulang bagi urusan pengkebumian.
Menurutnya, satu pasukan khas yang baru ditubuhkan kini berada di Manila dan bekerjasama dengan pihak penguat kuasa di sana.
"Pada masa yang sama, PDRM juga sedang menunggu pengesahan dua lagi mayat yang ditemui dalam serangan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Tiga pemimpin JI termasuk Zulkifli yang juga dikenali sebagai Marwan terbunuh dalam serangan terhadap kubu kuat mereka di selatan Filipina semalam.
Dua lagi yang turut terbunuh adalah anggota Darul Islam (DI) Sabah, Bacho dan Jeknal Adil yang berjaya melarikan diri dari polis pada November lalu.
Zulkifli dianggap pemimpin kanan dalam JI dan kerajaan Amerika Syarikat menawarkan hadiah sejumlah AS$5 juta (RM15.5 juta) untuk membunuh atau menangkapnya.
Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia memandang serius aktiviti militan serta kegiatan terorisme dan sentiasa bekerjasama erat dengan negara-negara luar berhubung keselamatan serantau.Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri:KUALA LUMPUR 3 Feb. - Meskipun tentera Filipina semalam mengesahkan membunuh tiga pemimpin paling dikehendaki daripada kumpulan Abu Sayyaf dan Jemaah Islamiah (JI) dalam serangan di selatan negara itu, namun mereka masih gagal menemui mayat militan terbabit termasuk rakyat Malaysia, Zulkifli Hir.
Sumber memberitahu, maklumat terkini mendedahkan bahawa tentera Filipina sehingga kini masih gagal menemui mayat Zulkifli yang juga dikenali sebagai Marwan.
Beliau berkata, ini kerana cubaan pasukan tentera memasuki lokasi mayat ditentang hebat oleh anasir asing, JI dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).
"Bagaimanapun, operasi ketenteraan dan mencari mayat mereka di kawasan yang dikuasai oleh MILF tersebut masih berjalan dan diyakini mayat Zulkifli sudah dikebumikan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, tentera Filipina membunuh tiga pemimpin paling dikehendaki daripada kumpulan Abu Sayyaf dan JI dalam serangan ke atas kubu kuat mereka di selatan negara itu.
Sumber itu berkata, pihak tentera Filipina akan menggali kubur untuk mengeluarkan mayat apabila berjaya menembusi tentangan anasir asing, JI dan MILF.Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri:SUNGAI PETANI 3 Feb. - Tinjauan Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan 2011 menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental.
Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr. Abdul Kadir Abu Bakar (gambar) berkata, statistik itu satu angka yang tinggi kerana menunjukkan seorang daripada enam rakyat negara ini ada penyakit mental.
"Macam kemurungan ada dua peratus, sakit risau ada 1.8 peratus dan psikosis ada satu peratus. Penyakit mental yang serius adalah macam psikosis dan kemurungan...penyakit keresahan itu pun kronik juga dan kemudiannya penyakit ringan-ringan lain," katanya ketika ditemui di sini.
Katanya, tinjauan Kajian Mobiditi dan Kesihatan itu juga mendapati wanita dua kali ganda lebih ramai mengalami sakit mental berbanding lelaki.
"Puncanya bagi wanita kerana masalah dengan pasangan dan masalah dengan anak-anak..kedua-dua ini punca yang penting. Bagi lelaki pula punca lebih kepada kemalangan jalan raya yang mana mengalami kecederaan otak dan penyalahgunaan dadah," katanya.
Sehubungan itu, beliau menyarankan agar golongan wanita mendapatkan rawatan doktor secepat mungkin jika mengalami kemurungan dan kerisauan berlanjutan dalam tempoh melebihi dua minggu bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk.
"Kalau kita (wanita) risau baca (surah) Yassin banyak, bincang dengan mak dan ayah serta suami...dapat kurangkan tetapi jika kita tidak dapat berbincang dan kurangkan, itu akan bagi masalah," katanya.
Beliau berkata, terdapat 45 jabatan psikiatri di seluruh negara di samping empat buah hospital mental untuk pesakit mental menjalani rawatan pemulihan dengan sebaik mungkin. - BERNAMAUtusan Malaysia Online - Berita Utama:KATHMANDU - Pakar-pakar Guinness World Records kelmarin menyatakan, mereka pergi ke sebuah lembah yang terpencil di barat daya Nepal untuk mengukur ketinggian seorang lelaki, Chandra Bahadur Dangi yang mendakwa dirinya sebagai lelaki paling rendah di dunia.
Dangi setinggi 56 sentimeter dan berat 12 kilogram.
Anggota-anggota keluarga lelaki itu yang dipetik media tempatan menyatakan keadaan kesihatan Dangi berada dalam keadaan baik dan dia tidak pernah mengambil ubat atau pergi ke hospital.
"Kami mengesahkan ketinggian Dangi sehingga ukuran rasmi diambil dan disahkan oleh para pegawai Guinness World Records," kata Ketua Pengarang Guinness World Records, Craig Glenday.
Dangi telah menjadi selebriti tempatan di selatan Nepal apabila dia muncul dalam majlis-majlis komuniti dan merasmikan festival keagamaan.
Rekod lelaki paling rendah di dunia ketika ini dipegang oleh Junrey Balawing dari Filipina yang berukuran 59.93 sentimeter.
Dia memegang gelaran itu pada tahun lalu.
Sebelum Balawing, lelaki paling rendah di dunia ialah Khagendra Thapa Magar juga dari Nepal yang setinggi 67 sentimeter.
Magar melawat banyak negara dan muncul di televisyen Eropah dan Amerika Syarikat semasa dia dinobatkan sebagai lelaki paling rendah di dunia. - AFPKosmo! Online - Dunia:WELLINGTON - Sekumpulan saintis telah berjaya menemui haiwan krustasia seperti udang gergasi pada kedalaman tujuh kilometer (km) di perairan New Zealand dengan saiznya dianggarkan 10 kali ganda berbanding spesies berkaitan yang bersaiz normal, lapor agensi berita AFP.
Haiwan laut dalam yang tergolong dalam kumpulan kategori amphipod itu ditemui ketika satu ekspedisi menuju ke Kermadec Trench, utara New Zealand oleh sekumpulan saintis dari University of Aberdeen dan Institut Penyelidikan Marin NIWA, Wellington.
Haiwan amphipod biasanya membesar sehingga tiga sentimeter (sm).
Seorang penyelidik, Alan Jamieson dari University of Aberdeen nyata terkejut apabila terjumpa haiwan amphipod seperti udang yang bersaiz 28sm apabila dia mengosongkan perangkap di atas dek kapal penyelidikannya.
"Saya berhenti dan fikir apakah benda ini sambil melihat ke arah seekor amphipod yang jauh lebih besar daripada yang pernah saya fikirkan. Ia seperti menjumpai lipas bersaiz satu kaki," kata Jamieson.
Amphipod lain yang kelihatan seperti udang dan dapat dirakamkan dalam ekspedisi sama tetapi tidak ditangkap dianggarkan sepanjang 34sm.
"Penemuan ini membuktikan bahawa kita hanya tahu sedikit mengenai kehidupan di kawasan laut dalam New Zealand dan habitat yang unik," jelas ketua saintis NIWA, Ashley Rowden.
Amphipod gergasi sebelum ini pernah sekali dijumpai pada tahun 1980-an.
Ia ditemui di Hawaii, kira-kira 7,000km ke arah utara. NIWA menyatakan ia masih belum menentukan hasil tangkapan itu adalah spesies baharu atau sebaliknya.
Para saintis itu juga mengakui bahawa mereka tidak tahu kenapa hidupan laut dalam boleh membesar dengan begitu besar. - AgensiKosmo! Online - Dunia: