Pages

Thursday, February 17, 2011

Balik jalan kaki 25 km


Ustaz Azhar Idrus

Waktu-Waktu Mustajab untuk Berdoa


1.      Ketika hujan.
2.      Hendak memulakan solat dan selepas solat.
3.      Ketika menghadapi musuh dalam peperangan.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah iaitu pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan.” (Hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab al-Azkar)

4.      Antara azan dan iqamat.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak ditolak doa yang dimohonkan antara azan dan iqamat.” (Riwayat al-Tirmizi)

5.      Ketika iktidal yang akhir dalam solat.
6.      Ketika sujud dalam solat.
7.      Ketika khatam al-Quran (30 juzuk).
8.      Sepanjang malam, terutamanya pada sepertiga yang akhir dan pada waktu sahur.
9.      Sepanjang hari Jumaat.

Kerana mengharapkan bertemu dengan saat ijabah (saat diperkenankan doa) yang terletak antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.

10.  Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.

Penjara sesiapa yang cetuskan tunjuk perasaan seperti di Mesir





2011/02/17

ENTEBBE: Presiden Uganda, Yoweri Museveni berkata, beliau akan memenjara sesiapa saja yang cuba mencetuskan tunjuk perasaan seperti di Mesir menjelang pilihan raya kebangsaan yang dijangka menyaksikan pemimpin itu melanjutkan pemeritahannya yang kini sudah mencapai 25 tahun. 

"Tidak akan ada tunjuk perasaan seperti di Mesir," kata Museveni pada sidang akhbar semalam.
"Tiada sesiapa boleh menggunakan cara yang luar biasa daripada Perlembagaan untuk mengambilalih kuasa di sini. Itu terkeluar daripada persoalan," katanya.
Menjelang pilihan raya Presiden, pencabar utama, Kizza Besigye mengulangi bahawa proses pengundian tidak kemas dan mengancam untuk mengadakan tunjuk perasaan sekiranya pengiraan yang dibuat partinya tidak sama seperti keputusan rasmi. 

Bagaimanapun Museveni berkata, dia akan menahan sesiapa yang cuba mencetuskan tunjuk perasaan. - AP 

Banduan bina penjara sendiri selepas dibebas





2011/02/17

PHILADELPHIA: Seorang bekas banduan mengambil keputusan membina penjaranya sendiri berhampiran rumahnya selepas dibebaskan dari penjara baru-baru ini. 

Michael Ta’Bon yang dijatuhi hukuman penjara hampir 10 tahun kerana melakukan rompakan bersenjata berkata dia berbuat demikian selepas mendapat pengalaman berguna ketika di penjara.
Ta’Bon sudah tinggal di penjara buatan sendiri itu sejak 1 Februari lalu lengkap dengan pakaian seragam banduan berwarna oren dan gari yang tidak berkunci. – Agensi

'Mak maafkan Yah'



Oleh Hamzah Osman 
bhnews@bharian.com.my
2011/02/17

NOR Saidi memerhatikan Dayah (kanan) bercakap melalui telefon dengan  Nooriah (gambar kecil), di rumahnya, di Langkawi, semalam.
NOR Saidi memerhatikan Dayah (kanan) bercakap melalui telefon dengan Nooriah (gambar kecil), di rumahnya, di Langkawi, semalam.
Mangsa cinta Lombok tak sabar mahu pulang 

LANGKAWI: Nooriah Abdullah, 30, yang dilaporkan lari mengikut seorang lelaki ke Mataram, Lombok, Indonesia sejak 13 tahun lalu kini tidak sabar untuk pulang ke tanah air kerana terlalu rindukan keluarga, terutama ibunya.
Nooriah menyatakan perkara itu selepas berpeluang bercakap menerusi telefon dengan ibunya, Dayah Sibun, 64, hasil bantuan Pergerakan Pemuda UMNO Langkawi di rumahnya Kampung Bohor Tok Ad, di sini, semalam.
Anak keempat daripada tujuh beradik itu dilaporkan ditemui sepasukan perisik yang dihantar Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO di sebuah kampung terpencil di Cakranegara, Mataram, Lombok. 

Nooriah yang meninggalkan rumahnya di sini ketika berusia 17 tahun, berkahwin dengan seorang lelaki penduduk asal pulau berkenaan dan dikurniakan dua anak berusia 12 dan 8 tahun. 

Kisah Nooriah pernah dilaporkan Berita Harian pada 1 Februari lalu apabila ibunya, Dayah tampil meminta bantuan orang ramai untuk menjejaki dan membawa anak perempuannya yang dilarikan lelaki Lombok supaya dapat kembali ke pangkuan keluarga. 

Susulan itu, Ketua Pemuda UMNO Langkawi, Nor Saidi Nanyan menggerakkan jawatankuasanya sehingga Nooriah berjaya dikesan dengan bantuan Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO diterajui Datuk Muhammad Khairun Aseh. 
Semalam, Nor Saidi bersama 10 ahli jawatankuasanya mengunjungi semula rumah Dayah untuk memaklumkan khabar gembira berkenaan, selain memberi peluang ibu tunggal itu bercakap sendiri dengan anaknya di Lombok. 

“Mak dah maafkan Yah (Nooriah). Kakak, abang dan adik-adik sedang tunggu kepulangan Yah. Baliklah cepat, mak rindu sangat dan selalu mimpi Yah saja setiap malam,” kata warga emas itu teresak-esak ketika bercakap menerusi telefon dengan Nooriah di depan wakil media di sini. 

Dayah berkata, dia dan ahli keluarga menerima kepulangan anaknya itu dengan hati yang terbuka. 

“Saya akan adakan kenduri sebaik Nooriah pulang ke sini. Terima kasih kepada semua yang membantu dan saya difahamkan Nooriah akan pulang dalam tempoh sebulan lagi,” katanya. 

Dua mati dalam tunjuk perasaan di Bahrain





2011/02/17

MANAMA: Dua terbunuh di Bahrain ketika polis anti rusuhan melepaskan peluru getah dan gas pemedih mata untuk meleraikan penunjuk perasaan di Dataran Manama, kata ahli keluarga mangsa dan pembangkang, semalam. 

Dalam pada itu, kira-kira 70 penunjuk perasaan cedera ketika operasi mengejut berkenaan termasuk dua serius dan pasukan keselamatan bertempur dengan salah satu kumpulan terbesar penunjuk perasaan di negara berkenaan.
"Mereka menyerang dataran, di mana ratusan orang bermalam di dalam khemah," kata seorang saksi, Fadel Ahmad, 37.
Di Hospital Salmaniya, kakitangan perubatan bekerja keras ketika ambulans dan kereta persendirian membawa mereka yang tercedera, lebih tiga jam selepas pertempuran tercetus. 

Wanita menangis adalah antara ahli keluarga kepada mangsa berkumupul di luar. 

Ketika pertempuran itu, kedengaran bunyi letupan dan siren ambulans pada jarak 100 meter dari dataran itu yang ditutup. - AFP 

Mubarak enggan tinggalkan Mesir hingga mati





2011/02/17

SHARM EL-SHEIKH: Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak ditawarkan ke Arab Saudi tetapi menolaknya kerana sudah berputus asa dan mahu mati di resort Laut Merah di Sharm el-Sheikh di mana beliau menginap sejak digulingkan. 

Mubarak, 82, yang menderita akibat masalah kesihatan sejak beberapa tahun lalu, menjalani pembedahan hempedu di Jerman Mac lalu.
Pegawai rasmi di Arab Saudi berkata negara itu menawarkan tempat untuk Mubarak tetapi beliau tetap mahu berada di Mesir sehingga digulingkan.
“Beliau belum mati tetapi tidak sihat langsung, malah enggan meninggalkan negara. Pada dasarnya, beliau sudah putus asa dan mahu mati di Sharm,” kata pegawai rasmi Arab Saudi yang enggan namanya disiarkan. 

Mubarak bersumpah akan mati di Mesir semasa beliau berucap di hadapan 80 juta rakyatnya semasa masih dalam pemerintahan. 

Sumber yang rapat dengan keluarga Mubarak berkata bekas presiden itu berada dalam keadaan baik dan masih menjawab telefon. 

Mubarak banyak menghabiskan masa di kediamannya di Sharm el-Sheikh di akhir tempohnya sebagai pemimpin untuk mendapatkan udara bersih dan angin laut bagi memulihkan penyakitnya. 
Di seberang laut, pelancong boleh melihat persisiran pantai Arab Saudi di mana bekas Presiden Tunisia Zine al-Abidine Ben Ali terbang ke negara itu selepas digulingkan. 

Pengalaman Tunisia turut memberi ilham kepada per gerakan bantahan di Mesir yang menyebabkan peletakan jawatan Mubarak. 

Di bandar hujung semenanjung Sinai ini, Mubarak pernah menerima kunjungan pemimpin dunia dan ia menjadi pentas bagi persidangan antarabangsa dan rundingan damai Israel - Palestin. 

Mereka yang kecewa dengan pemerintahan kuku besi Mubarak menyifatkan Sharm el Sheikh sebagai bandar bekas pemimpin itu mengasingkan diri daripada kekusutan yang melanda rakyat Mesir biasa. – Reuters 

Doktor hadapi hukuman mati



Syarif Usman ketika dihadapkan ke Mahkamah Daerah Jakarta Selatan, November tahun lalu. – Agensi


JAKARTA 16 Feb. – Seorang doktor dan seorang pekerja perkhidmatan kiriman cepat dibicarakan di Mahkamah Daerah Jakarta Selatan hari ini atas tuduhan terlibat dengan aktiviti keganasan.
Dr. Syarif Usman dipercayai membiayai kegiatan pengganas manakala Abdul Haris dituduh menghantar wang untuk aktiviti tersebut, lapor tempointeraktif.com.
Pendakwa raya Mayasari berkata, Syarif menyalurkan 200 juta rupiah (RM70,000) dan sebuah kamera video Sony kepada guru agama, Abu Bakar Bashir (yang turut dibicarakan secara berasingan) menerusi Haris pada Februari tahun lepas.
Wang itu didakwa digunakan oleh Abu Bakar untuk membiayai kegiatan latihan pengganas di Aceh Besar, Aceh.
Jika didapati bersalah, Syarif seperti Abu Bakar boleh dikenakan hukuman mati.
Kedua-dua lelaki itu dijadual dibicarakan minggu lepas, tetapi kes itu ditangguhkan kerana pendakwa raya berkata, mereka belum bersedia.
Perbicaraan tersebut merupakan antara kes keganasan yang dikemukakan ke mahkamah Indonesia, negara yang dihuni majoriti penduduk Islam.
Isnin lalu, Abu Bakar menyifatkan tuduhan keganasan terbaru ke atasnya sebagai satu konspirasi, apabila perbicaraan kesnya kerana didakwa membiayai kumpulan militan ala al-Qaeda disambung semula.
Abu Bakar, 72, yang didakwa menjadi pengasas pertubuhan Jemaah Islamiah (JI) tersenyum dan melambaikan tangan ke arah penyokongnya yang melaungkan takbir setibanya dia di mahkamah di Jakarta Selatan.
“Saya faham bahawa pada dasarnya saya dituduh menjadi ketua sebuah kumpulan militan di Aceh.
“Dakwaan sedemikian telah diada-adakan dan hanyalah omong kosong,” katanya kepada panel hakim selepas mendengar tuduhan dibacakan kepadanya. – Agensi

365 maut sepanjang demonstrasi selama 18 hari di Mesir



17/02/2011 9:21am

KAHERAH 17 Feb. - Sekurang-kurangnya 365 orang terkorban dalam insiden tunjuk perasaan yang yang berlaku selama 18 hari sejak 25 Januari lalu, menurut kementerian kesihatan Mesir hari ini.
Itu adalah jumlah menyeluruh pertama yang diberikan oleh kerajaan dalam pemberontakan yang menggulingkan pemimpin lama Hosni Mubarak.
Menterinya, Ahmed Sameh Farid berkata jumlah tersebut hanya bilangan awal orang awam yang terbunuh dan tidak termasuk polis dan tahanan. - Agensi

Ikhwan tidak mahu peroleh majoriti


KAHERAH: Pemimpin kanan Ikhwan Muslimin di Mesir berkata, semalam mereka tidak akan berusaha untuk mendapatkan majoriti di Parlimen dalam pilihan raya yang akan berlangsung kelak.
Kumpulan pembangkang yang berhasrat membina negara Islam secara aman itu menjadi musuh utama kerajaan hinggalah revolusi memaksa Presiden Hosni Mubarak berundur pada 11 Febrauri lalu. “Kami tidak berazam untuk mendapatkan majoriti dalam Parlimen baru kelak dan ini mesej kami kepada semua parti politik,” kata pemimpin kumpulan itu, Essam al-Erian. “Ini bukan masanya untuk bersaing,” tambahnya.

Pemimpin kedua kumpulan itu, Mahmud Ezzat berkata, Ikhwan tidak akan bertanding bagi semua kerusi Parlimen dalam pilihan raya yang dijadualkan kelak sebelum majlis tertinggi tentera menyerahkan kuasa kepada kerajaan yang dipilih rakyat. - AFP

Era regim boneka AS sudah berakhir: Mahmoud


TEHERAN: Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad berkata, era regim boneka sudah berakhir dan revolusi di Timur Tengah berlaku bagi menentang diktator yang disokong Amerika Syarikat di rantau berkenaan.
Ketika berucap kepada rakyat di Bushehr, sebuah bandar di baratdaya negara itu dalam lawatan ke-86 di situ, pemimpin Iran itu berkata, terdapat kuasa luar biasa yang semakin berkembang bagi menentang kuasa syaitan di rantau itu. “Kami sudah katakan kebebasan berucap, hak menentukan masa depan serta hak untuk menuntut keadilan dan kerohanian menjadi hak semua negara,” ujarnya. Beliau menyifatkan revolusi yang tercetus di Timur Tengah semuanya menentang diktator yang mengabaikan negara mereka, beliau merujuk kepada revolusi di Mesir dan Tunisia.

“Diktator terbabit tidak setia kepada negara mereka dan dibenci rakyatnya. Lebih banyak mereka berbuat demikian, lebih banyak mereka bergantung kepada kuasa yang angkuh itu,” tambahnya lagi.
-hmetro

2,000 polis Yaman sekat bantahan


SANAA (Yaman): Seramai 2,000 anggota polis berkawal di sekitar jalan raya di ibu negara Yaman, semalam bagi mengekang bantahan terhadap presiden negara itu yang sudah memerintah selama 32 tahun, sekutu utama AS dalam perang menentang al-Qaida.
Anggota polis termasuk yang berpakaian preman melepaskan tembakan ke udara dan menghalang beribu-ribu pelajar Universiti Sanaa daripada menyertai ribuan penunjuk perasaan lain di tempat berasingan di ibu negara Yaman itu dalam demonstrasi hari keenam.

Berdasarkan inspirasi daripada kejadian penyingkiran pemimpin di Mesir dan Tunisia, penunjuk perasaan di Yaman menuntut pembaharuan politik dan pengunduran Presiden Ali Abdullah Saleh dengan memperjuangkan isu kemiskinan, pengangguran dan rasuah.

Saksi berkata, polis mengunci pagar universiti bagi menghalang pelajar berlari keluar ke jalan raya berdekatan.

Mereka berkata, sekurang-kurangnya empat orang tercedera ketika bergelut dengan polis.

Tunjuk perasaan turut berlaku di bandar Aden dan Taaz di mana beribu-ribu penunjuk perasaan melaungkan, ‘Berambus...berambus Ali Abdullah Saleh’ Ali Abdullah yang cuba meredakan ketegangan yang tercetus di negaranya mengatakan beliau tidak akan bertanding untuk satu penggal lagi dalam pilihan raya 2013. - AP

14 cedera dalam pertempuran ‘Hari Kemarahan’ di Libya


TRIPOLI: Seramai 14 orang tercedera dalam pertempuran di bandar Benghazi, lapor akhbar di Libya semalam ketika penunjuk perasaan mengadakan ‘Hari Kemarahan’ berikutan revolusi yang berlaku di negara jiran Mesir dan Tunisia.
Akhbar Quryna berkata, 14 orang cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dan penunjuk perasaan di bandar di timur negara itu semalam yang disifatkan dilakukan oleh ‘pensabotaj’ di kalangan penunjuk perasaan.

Pasukan keselamatan terpaksa campur tangan bagi menghentikan konfrontasi antara penyokong pemimpin negara itu, Mammar Gadhafi yang sudah memerintah lebih daripada 40 tahun dengan penunjuk perasaan.

Pemimpin veteran itu menghadapi bantahan penunjuk perasaan yang menyebarkan maklumat melalui Internet untuk mengadakan demonstrasi hari ini sebagaimana dilakukan penunjuk perasaan di Mesir dan Tunisia. - AFP

Rakyat Bahrain tuntut reformasi


ORANG ramai mengangkat keranda seorang mangsa penunjuk perasaan yang terbunuh  ketika berhimpun di Sanabi, di barat ibu negara Bahrain, semalam.
ORANG ramai mengangkat keranda seorang mangsa penunjuk perasaan yang terbunuh ketika berhimpun di Sanabi, di barat ibu negara Bahrain, semalam.

MANAMA: Penunjuk perasaan di Bahrain menuntut pembaharuan politik daripada pemerintah mereka, semalam sama seperti rakyat Mesir, dengan berhimpun di dataran utama di ibu negara itu. Ia adalah hari ketiga demonstrasi menentang kerajaan hingga menimbulkan tekanan kepada pemimpin negara yang menjadi satu daripada sekutu paling strategik Washington di rantau Teluk.
Pasukan keselamatan sudah berkawal semula untuk meredakan ketegangan - selepas pertempuran berlaku menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang maut dan berpuluh-puluh lagi cedera. Helikopter polis terbang rendah pada pengebumian seorang mangsa yang digelar ‘pejuang syahid’ dan penunjuk perasaan menggesa lebih banyak bantahan dilakukan di negara itu - tempat yang menjadi pangkalan tentera Amerika Syarikat.

Beribu-ribu orang bermalam di khemah sementara di Dataran Pearl di sini yang menjadi kem penunjuk perasaan sehari sebelum itu. Seorang penunjuk perasaan juga menggunakan pembesar suara bagi mendesak orang ramai kekal di situ hingga tuntutan mereka dipenuhi.

Tunjuk perasaan antikerajaan bermula Isnin lalu menggesa pemerintah sistem monarki di negara itu melakukan pembaharuan termasuk jawatan tinggi kerajaan yang dipilih dan membuka lebih peluang kepada majoriti rakyat berfahaman Syiah di negara itu yang disekat daripada menjawat jawatan penting.

Ketua parti politik berfahaman Syiah terbesar di negara itu, Sheik Ali Salman berkata, tiada tuntutan peranan Islam dalam politik.

“Kami tidak mencari ulama sebagai pemimpin kerajaan seperti Iran tetapi kami menuntut kerajaan yang mewakili golongan Syiah dan Sunnah,” ujarnya. - AP

Wartawan AS jadi mangsa serangan seksual





GAMBAR Lara Logan (tengah) dirakamkan di Dataran Tahrir, Kaherah sebelum dia diserang pada Jumaat lalu.


NEW YORK - Seorang wartawan stesen televisyen CBS, Lara Logan menjadi mangsa serangan seksual oleh sekumpulan lelaki ketika dia membuat liputan mengenai pergolakan di Mesir.
Menurut kenyataan stesen itu, kejadian tersebut berlaku semasa Logan, 39, berada di Dataran Tharir, Kaherah pada Jumaat lalu terpisah daripada anggota-anggota kumpulannya pada Jumaat lepas.
"Dia dan pasukannya serta petugas-petugas keselamatan mereka dikelilingi golongan berbahaya semasa orang ramai meraikan pengunduran Hosni Mubarak. Dia dikelilingi lebih 200 orang yang hilang akal," jelas CBS.
Menurut kenyataan itu, Logan dikelilingi dan mengalami serangan seksual yang kejam selain dipukul sebelum dia diselamatkan oleh sekumpulan wanita serta kira-kira 20 askar Mesir.
Wartawan itu terpisah daripada kumpulannya di antara 20 hingga 30 minit.
Menurut sumber akhbar Wall Street Journal, Logan, 39, yang merupakan ibu dua anak tidak dirogol
Dia diterbangkan ke Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu lalu dan kini beransur pulih selepas menerima rawatan di sebuah hospital di New York.
Wanita kelahiran Afrika Selatan itu yang pernah membuat liputan konflik di Iraq dan Afghanistan merupakan antara koresponden peperangan paling dikenali di AS.
Dia dilantik sebagai ketua koresponden asing CBS pada 2006. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Ketam labah-labah semakin membesar





KETAM labah-labah yang dipamerkan di Akuarium Sea Life Weymouth, Dorset memiliki berat 15 kilogram.


WEYMOUTH - Seekor ketam labah-labah gergasi seberat 15 kilogram semakin membesar selepas ia ditangkap oleh seorang nelayan di Heda, Teluk Suraga, barat daya Tokyo, lapor sebuah akhbar semalam.
Ketam labah-labah Jepun itu pada mulanya mahu dijual untuk dijadikan hidangan makanan.
Bagaimanapun, nelayan itu menghubungi seorang ahli biologi yang bekerja dengan Akuarium Sea Life Weymouth di Britain, Robin James.
James pernah melawat kampung nelayan itu beberapa minggu sebelum ketam tersebut ditangkap.
Ahli biologi tersebut kemudian mengatur rancangan untuk menyelamatkan ketam labah-labah itu daripada dibunuh untuk dijadikan makanan.
Kakitangan di akuarium itu percaya bahawa ketam tersebut adalah yang paling besar pernah dipelihara di dunia.
Ketam labah-labah yang berusia 40 tahun itu kini dipamerkan di akuarium tersebut di Weymouth, Dorset, Britain sebelum ia dipindahkan ke Munich, Jerman. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Penyu gergasi ganggu majlis perkahwinan





KATHRYN dan suaminya menolak penyu gergasi di Akuarium Sea Life di London pada Isnin lalu.


LONDON - Seekor penyu gergasi mengganggu satu majlis perkahwinan yang diadakan di dalam Akuarium Sea Life di sini pada Isnin lalu.
Insiden itu berlaku semasa pengantin lelaki menyarungkan cincin di jari pengantin wanita.
Seekor penyu gergasi itu kemudian menghampiri mereka sebelum ia menggigit gaun pengantin perempuan, Kathryn O'Connor.
Kathryn dan pengantin lelaki, James Oliver kemudian bertindak menolak penyu tersebut dengan tangan mereka.
Oliver kemudian meneruskan majlis perkahwinan dengan mendukung isterinya itu manakala seorang jurugambar merakamkan peristiwa melucukan itu. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Kereta baru PM Britain kalis bom





CIRI-CIRI istimewa kereta rasmi Perdana Menteri Britain, David Cameron.


LONDON - Kereta Jaguar XJ X351 yang digunakan sebagai kenderaan rasmi Perdana Menteri Britain, David Cameron, dilengkapi pelbagai ciri istimewa bagi menghalang serangan pengganas, lapor sebuah akhbar semalam.
Banyak ciri tersebut dirahsiakan tetapi kereta mewah berharga £200,000 (RM977,309) itu dilaporkan memiliki perisai kalis bom, tayar masih boleh bergerak walaupun pancit, tingkap kalis peluru dan bekalan oksigen untuk digunakan dalam serangan kimia atau biologi.
Kereta itu juga dipercayai dilengkapi senjata yang boleh digunakan petugas keselamatan untuk membalas tembakan sekiranya mereka diserang.
Kereta XJ X351 itu mampu memecut selaju 264 kilometer sejam kerana ia dijana enjin petrol berkuasa tinggi dengan kapasiti 5.0 liter yang berupaya mengeluarkan 503 kuasa kuda (hp).
Kenderaan itu jauh lebih berkuasa berbanding Jaguar XJ standard yang cuma mengeluarkan 385 hp.
Satu kelemahan kereta tersebut adalah ia menggunakan banyak petrol iaitu 3.78 liter petrol untuk jarak 36.8 kilometer manakala pengisian tangki penuh memerlukan belanja sebanyak £104 (RM507).
- Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Tunjuk perasaan tuntut kenaikan gaji




SEJUMLAH graduan arkeologi menuntut diberikan pekerjaan di Kaherah semalam.


KAHERAH - Sejumlah graduan arekeologi berhimpun bagi menuntut diberikan pekerjaan semalam selepas Hosni Mubarak meletakkan jawatan pada Jumaat lalu.
Protes bagi menuntut kenaikan gaji juga dilakukan oleh pekerja-pekerja lapangan terbang manakala sejumlah pekerja tekstil melakukan mogok meminta pihak berkuasa melakukan siasatan skandal rasuah.
Para penduduk di bandar Suez turut mendesak supaya sebuah kilang kimia ditutup kerana ia membuang bahan toksik ke sebuah tasik.
Beberapa bank di Mesir ditutup kerana pertikaian buruh sekali gus menjejaskan banyak sektor ekonomi di negara itu.
"Hosni telah tiada, tetapi masalah-masalah yang melanda negara masih sama malah lebih teruk lagi," kata pakar ekonomi Bank Saudi Fransi, John Sfakianakis.
Kehidupan di Mesir masih belum pulih sepenuhnya lima hari selepas Hosni meletakkan jawatan susulan tunjuk perasaan rakyat selama 18 hari.
Askar-askar yang dibantu sejumlah kereta kebal masih berkawal di jalan-jalan raya di sini dengan sekolah dan bank masih ditutup.

Rakyat Mesir didapati masih dalam fasa menyesuaikan diri dengan kebebasan yang diperoleh mereka selepas pengunduran Hosni sebagai presiden.
Hosni berundur selepas sejuta penunjuk perasaan menuntut beliau meletakkan jawatan kerana beliau dianggap gagal membawa kemakmuran ekonomi manakala pemerintahannya selama hampir 30 tahun dicemari skandal rasuah. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Wajah-wajah bilionair Malaysia

Kosmo! Online - Negara: "


KUALA LUMPUR - Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok Hock Nien yang telah kembali ke perniagaan gula tahun lalu mendahului senarai orang terkaya di Malaysia dengan memiliki kekayaan bernilai RM50.04 bilion, demikian menurut kaji selidik majalah Malaysian Business keluaran semalam.

Tempat kedua pula diduduki oleh taikun telekomunikasi, T. Ananda Krishnan (RM45.78 bilion) dan diikuti oleh Pengerusi Kumpulan Public Bank, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow yang naik satu kedudukan kepada tempat ketiga dengan jumlah kekayaan dianggarkan RM12.77 bilion.

'Usahawan bumiputera dan pengasas Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pula menduduki tempat ketujuh dengan nilai kekayaan sebanyak RM8.84 bilion,' jelas kenyataan tersebut.

Tempat kelapan senarai berkenaan diduduki oleh isteri mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, pengasas Kumpulan Genting, Puan Sri Lee Kim Hua dengan kekayaan yang dianggarkan bernilai RM7.43 bilion.

'Terdapat tiga pendatang baru dalam senarai itu dengan dua daripadanya merupakan kemasukan kali pertama.

Mereka ialah Pengarah Urusan Mah Sing Group Bhd., Tan Sri Leong Hoy Kum; Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Supermax Corporation Bhd., Datuk Seri Stanley Thai dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Tan Chong Motors Holdings Bhd., Datuk Tan Heng Chew,' ujarnya."