Pages

Sunday, May 10, 2015

Kembar tapi lain bapa

Kembar tapi lain bapa

[VIDEO] ADAKAH kisah ini akibat meniduri dua lelaki apabila  seorang wanita di New Jersey, Amerika Syarikat, terkejut besar setelah diberitahu anak kembar yang dilahirkannya  mempunyai bapa yang berlainan.

Cerita ini terbongkar apabila wanita yang dirahsiakan identitinya itu cuba menuntut perintah mahkamah untuk nafkah anak kembarnya daripada seorang lelaki.

Bagaimanapun selepas ujian DNA ke atas salah satu anak perempuan itu mendapati  salah seorangnya bukan anak lelaki tersebut.

Selepas disoal, wanita itu mengaku meniduri dua lelaki dalam tempoh seminggu.

Mungkin saja situasi ini berlaku apabila seorang wanita melakukan hubungan seks  dengan dua lelaki dalam kitaran haid yang sama dan jangka hayat telur wanita berkeupayaan  sehingga 48 jam manakala  sperma lelaki  boleh hidup sehingga 10 hari.

Seterusnya  membolehkan persenyawaan berlaku walaupun membabitkan dua lelaki berlainan.

Menurut di sebuah hospital di New York,  biarpun agak janggal, kes seperti ini biasa berlaku namun jarang diketahui kerana ketiadaan sebab untuk melakukan ujian DNA dan paterniti.

Beruang berjalan seperti manusia



Vientiane (Laos): Seekor beruang yang suka berdiri dan berjalan seperti manusia kini menjadi tarikan di sebuah pusat perlindungan haiwan di sini.



Beruang itu juga popular di Internet selepas seorang pengunjung memuat naik video haiwan itu berjalan di laman perkongsian video YouTube.



Seorang pengunjung yang juga doktor haiwan, Eliza Jinata berkata, dia sangat terkejut dan kagum melihat beruang itu berdiri seperti manusia.



Katanya, haiwan itu tidak suka merangkak seperti beruang lain dan lebih gemar meniru pergerakan manusia.



“Kali pertama datang ke pusat perlindungan ini saya sangat terkejut melihat kelakuan beruang itu.



“Pada mulanya saya menyangka haiwan itu manusia yang memakai kostum beruang,” katanya.



Ujarnya, pekerja pusat perlindungan memberitahu beruang itu diselamatkan dari sebuah ladang selepas ia dikurung sejak kecil.



“Selepas dibawa ke pusat perlindungan ini, beruang itu selalu berdiri untuk mengambil makanan yang diberikan oleh pelawat.



“Kerana sudah biasa berdiri, beruang itu tidak mahu lagi merangkak.



“Beruang itu juga biasa bertemu dengan manusia sehingga ia meniru pergerakkan mereka,” jelasnya.



Menurutnya, beruang liar biasanya akan berdiri untuk menghidu dan melihat dengan lebih jauh sebelum kembali merangkak seperti biasa.

- Agensi



Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mei 2015 @ 7:29 AM



BERUANG ini gemar berdiri dan berjalan seperti manusia.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/49787#sthash.JAtASYOG.dpuf

Lebih 20 paus ditemui mati di Chile



SEBAHAGIAN daripada 20 ikan paus spesies sei yang ditemui terdampar di sebuah pantai di Teluk Penas, selatan Chile baru-baru ini.


SANTIAGO – Pihak berkuasa maritim di sini menjalankan siasatan berikutan penemuan fenomena luar biasa apabila lebih 20 ikan paus ditemui mati dan mulai mereput di sebuah pantai berbatu di selatan Chile.
Ikan paus yang rata-ratanya sepanjang 10 meter itu ditemui terdampar di sebuah pantai di utara Teluk Penas di sini, kata pihak berkuasa Perkhidmatan Perikanan Kebangsaan Chile.
Pihak berkuasa me­ngenal pasti mamalia itu sebagai ikan paus spesies sei yang dilindungi selepas menjadi ancaman aktiviti pemburuan dan hampir pupus.
“Haiwan itu ditemui sekumpulan saintis asing yang menjalankan kajian di kawasan itu,” kata seorang kakitangan perkhidmatan perikanan yang enggan dikenali.
Bagaimanapun, cuaca buruk di kawasan itu menyebabkan pihak berkuasa tidak dapat memberi jumlah sebenar ikan yang telah mati.
“Paus itu berada di merata-rata tempat, tetapi tiada tanda-tanda cedera. Jadi, kami mengganggap haiwan itu mati akibat alga merah atau virus.
“Saya rasa bangkai ikan itu dihanyutkan oleh arus. Sepanjang 15 tahun berkecimpung dalam bidang ini, saya belum pernah melihat fenomena seperti ini,” kata seorang ahli biologi Jerman, Vreni Haussermann yang mengetuai kumpulan penyelidik ber­kenaan. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0510&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3ZgKl751m 
Hakcipta terpelihara 

Amazon akan guna drone hantar barangan


Amazon menggunakan drone bagi mengesan pembeli dan menghantar
AMAZON menggunakan drone bagi mengesan pembeli dan menghantar pesanan mereka. - AFP
WASHINGTON 9 Mei – Syarikat perniagaan atas talian Amerika Syarikat (AS), Amazon dilapor akan memperkenalkan perkhidmatan penghantaran barangan menggunakan pesawat tanpa juruterbang atau drone bagi mengesan pembeli dan menghantar pesanan mereka.
Sebuah paten yang difailkan syarikat itu mendedahkan bahawa drone penghantaran itu akan dihubungkan dengan telefon pintar pembeli bagi membawa barangan yang dibeli berdasarkan lokasi semasa pengguna.
Mail Online melaporkan mesin itu itu juga dapat menyampaikan maklumat kepada drone lain tentang cuaca dan keadaan sebenar lalu lintas.
Sekiranya idea drone itu sedikit merisaukan pembeli, pembeli mempunyai pilihan untuk memaklumkan tentang lokasi lain supaya mesin itu dapat menghantar pesanan pengguna seperti ke rumah dan tempat kerja.
Malah, pengguna yang mengubah fikiran tentang lokasi penghantaran pesanan mereka itu boleh berbuat demikian kerana drone mampu mengemaskini laluan mereka ketika sedang terbang.
Amazon mendedahkan mereka juga akan menggunakan kenderaan tanpa pemandu, selain drone seperti kereta bagi menghantar pesanan pengguna bergantung kepada saiz yang ditempah.
Sementara itu, sistem radar, sensor, kamera dan sonar akan digunakan pada drone bagi mencari lokasi pendaratan yang selamat dan mengelak pendaratan di atas orang ramai.
Syarikat itu melepasi ujian daripada pihak berkuasa AS bagi menguji versi terbaharu drone itu pada bulan lalu selepas mengumumkan tentang rancangan berkenaan pada tahun lalu.
Difahamkan, Amazon akan menggunakan drone bagi penghantaran pesanan kepada pelanggan bagi jarak jalan 16 kilometer atau jarak yang dianggap memerlukan penggunaan drone. – AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/amazon-akan-guna-drone-hantar-barangan-1.90018#sthash.y2P7FRto.dpuf