Pages

Wednesday, June 15, 2011

Syria terus gempur penentang


DAMSYIK: Tentera Syria terus menjalankan kempen “bakar bumi” dalam usaha mereka menekan kebangkitan rakyat di kawasan pergunungan di utara negara itu, kata saksi semalam.
Menurut pelarian yang kini berlindung di Turki, tentera kerajaan membakar tanaman, selain membunuh haiwan peliharaan di kawasan perkampungan berhampiran sempadan.

Aktivis hak asasi manusia pula berkata, pertempuran sengit berlaku kelmarin ketika tentera dengan sokongan helikopter serta 200 kereta kebal melancarkan serangan menjelang subuh.

Sementara itu, televisyen Syria mendakwa, tentera menjalankan operasi menangkap “kumpulan bersenjata” di kawasan hutan dan pergunungan Jisr al-Shughur - bandar yang menjadi pusat protes rakyat minggu lalu. - AFP
myMetro | Syria terus gempur penentang

Ibu bogel diarak satu kampung


ISLAMABAD: Seorang ibu dipaksa berbogel dan diarak di sekitar kampung selepas anak lelakinya dituduh menjalin hubungan sulit dengan isteri orang sehingga hamil, kata polis semalam.
Sumber polis berkata, seorang penduduk Kampung Neelor Bala, Mohammad Salman, menuduh dua anak lelaki mangsa meniduri isterinya.

Mohammad bersama adik-beradiknya kemudian cuba bersemuka dengan suspek - dikenali sebagai Rashid dan Kazim - tetapi pemuda terbabit melarikan diri dan meninggalkan ibu mereka.

Kata polis, wanita terbabit kemudian diheret keluar dari rumah sebelum pakaiannya dikoyakkan.

“Wanita itu kemudian dipaksa berjalan di sekitar kampung berkenaan,” katanya.


Polis kini menjalankan siasatan selepas mendapat tahu insiden itu daripada penduduk kampung.

Dua lelaki kini ditahan untuk soal siasat, manakala keterangan ibu berusia 50 tahun itu turut diambil. - AFP
myMetro | Ibu bogel diarak satu kampung

Sorok mayat ibu demi wang


Jasmine (kiri) dan Hazel.
Jasmine (kiri) dan Hazel.

LONDON: Aktres televisyen yang menyimpan mayat ibunya selama enam bulan dalam bilik di kediaman mereka dan mengambil wang pencen milik wanita tua itu diberi amaran oleh mahkamah semalam yang mereka mungkin menghadapi hukuman penjara.
Jiran tetangga melaporkan tidak melihat Olive Maddock yang berusia 95 tahun sejak beberapa bulan lalu.

Mereka kemudian menghubungi polis dan polis merempuh masuk ke bilik Olive di mana mereka menemui mayatnya.
Janda kepada seorang profesor jurutera marin, Olive pernah bekerja sebagai penari tetapi kemudian dia menyendiri dan tinggal di kediaman yang kotor dan usang. Semalam, aktres Hazel Maddock, 61, yang pernah berlakon di samping bekas bintang EastEnders, Nigel Harman dan anak perempuannya yang berusia 35 tahun, Jasmine, mengakui mereka menghalang Olive daripada mendapat pengebumian secara rasmi.

Hazel juga mengakui melakukan penipuan selepas dia menuntut wang pencen ibunya dan kredit pencen ekoran kematian wanita tua itu.

Polis yang menyerbu kediaman kembar dua tingkat yang usang itu yang dihuni tiga wanita terbabit di Wallasey, Wirral, Merseyside, Ogos lalu amat terkejut dengan keadaan menjijikkan di rumah berkenaan. Mereka terpaksa memecahkan pintu bilik Olive sebelum menemui jasadnya terbaring di lantai. Pakar gagal mengesahkan punca kematiannya kerana keadaan mayatnya, tetapi ujian bedah siasat menunjukkan Olive mati antara dua hingga enam bulan lalu. Hazel dan Jasmine sepatutnya dibicarakan atas tuduhan kerana merahsiakan kematian Olive. Bagaimanapun, semalam dia mengaku bersalah kerana menghalang pengebumian secara sah wanita itu. Hazel juga mengaku menipu yang ibunya masih hidup bagi melayakkannya menerima faedah antara 6 Julai hingga 6 Ogos tahun lalu. Penipuan itu membolehkannya menerima bayaran pencen ibunya bernilai 176.92 pound (RM884.60) dan bayaran kredit pencen 34.44 pound (RM172.20).myMetro | Sorok mayat ibu demi wang

Besarnya kuasa Tuhan


TERTUDUH...Zalina diiringi anggota polis selepas dijatuhi hukuman,  semalam.
TERTUDUH...Zalina diiringi anggota polis selepas dijatuhi hukuman, semalam.

MELAKA: “Takdir tidak memihak kamu. Selepas kejadian di surau Melaka Mall kira-kira jam 5.20 petang (Sabtu), kamu ditangkap di Mydin MITC dua jam kemudian. Saya tidak pernah berjumpa kes macam ini yang menunjukkan betapa besarnya kuasa Tuhan.”
Begitu kata Majistret Muhammad Hazri Hanafi ketika menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM7,500 terhadap seorang wanita pekerja kilang, Zalina Shidid, 38, yang mengaku bersalah atas dua pertuduhan mencuri dompet dan wang tunai RM650 milik Penolong Juruaudit Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Nor Azzren Bazid, 26, di sebuah surau di Melaka Mall, Rabu lalu.

Muhammad Hazri juga dalam penghakimannya itu memerintahkan Zalina yang tidak diwakili peguam, menjalani hukuman penjara tambahan enam bulan jika gagal membayar denda.
“Apa alasan kamu melakukan perbuatan ini, adakah kerana kesempitan hidup? Atau peluang terbuka depan mata? “Jika mahu bayar sewa sekali pun, carilah sumber halal dan jangan ambil wang orang lain. Mana tahu, mangsa juga perlukan duit itu untuk bayar sewa dan sebagainya.

“Saya bimbang ia jadi tabiat awak mencuri dan berdoa kamu jadi lebih baik, berubah selepas ini,” katanya. Zalina sebelum itu mengaku bersalah mencuri dompet jenama Cardirino, kad pengenalan, lesen memandu kelas B2/D, dua kad kredit Maybank American Express dan Master Card, kad ATM Ambank, telefon bimbit Nokia E71 yang semuanya bernilai kira-kira RM1,700 kepunyaan Nor Azzren di surau tingkat satu Melaka Mall, Jalan Lebuh Ayer Keroh, dekat sini, pada 8 Jun lalu, kira-kira jam 5.20 petang.

Dia dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda.
Tertuduh juga mengaku pertuduhan kedua, iaitu mencuri wang tunai RM650 milik pengadu di mesin ATM Ambank Pasaraya Mydin, Jalan Ayer Keroh, pada hari sama, kira-kira jam 7.20 malam.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, jika disabitkan boleh dipenjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Majistret menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM5,000 bagi pertuduhan pertama dan setahun penjara serta denda RM2,500 bagi kesalahan kedua yang berjalan serentak dari tarikh ditangkap.

Mengikut fakta kes, ketika berada di surau itu, pengadu masuk ke bilik air dan meninggalkan beg tangan di tepi dinding manakala rakannya bersembahyang.

Apabila keluar dan memeriksa beg tangannya, didapati dokumen penting, telefon bimbit dan wang tunai hilang.

Pengadu sebelum itu menyedari suspek berada di dalam surau itu sebelum kehilangan barangan miliknya. Pengadu menghubungi Maybank dan diberitahu kad kreditnya digunakan di Pusat Pakaian Hari-Hari di Pusat Dagangan Antarabangsa Ayer Keroh (MITC), Ayer Keroh.

Pengadu terus menghubungi rakannya membantu mengesan suspek dan berjaya menahannya berhampiran pasar raya itu sebelum diserahkan kepada polis.myMetro | Besarnya kuasa Tuhan

Serah kembar kurus kering


LIHAT...Sidatol’ Aini melihat keadaan seorang daripada kembar yang disyaki didera.
LIHAT...Sidatol’ Aini melihat keadaan seorang daripada kembar yang disyaki didera.



TIDUR... seorang kembar dimasukkan dalam wad.
TIDUR... seorang kembar dimasukkan dalam wad.

MELAKA: Tindakan seorang bapa menyerahkan tiga anaknya termasuk sepasang anak kembar berusia empat tahun untuk dijaga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka Tengah, dekat sini, Isnin lalu, atas alasan tidak mampu menjaga mereka menimbulkan tanda tanya kemungkinan kanak-kanak berkenaan disyaki didera dengan tidak diberi makan berikutan fizikal mereka yang terlalu kurus.
Difahamkan, lelaki berusia 34 tahun dari Hutan Perca, Alor Gajah mendakwa tidak mampu menjaga anaknya kerana bekerja sebagai pekerja am di syarikat swasta.

Curiga dengan keadaan fizikal ketiga-tiga kanak-kanak berkenaan, pegawai JKM menghantar mereka menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Melaka.
Penolong Pengarah Bahagian Kanak-kanak JKM negeri, Sidatol’ Aini Jafri berkata, setakat ini pihaknya tidak dapat memastikan sama ada ketiga-tiga kanak-kanak terbabit didera atau mengalami kekurangan zat makanan dan masih menunggu laporan perubatan daripada pihak hospital.

“Pasangan kembar bersama abangnya berusia enam tahun diserahkan kepada JKM oleh bapa mereka yang bekerja sebagai pekerja am.

“Lelaki itu menyatakan dia tidak mampu menjaga anaknya,” katanya ketika melawat kanak-kanak berkenaan di Hospital Melaka.
Menurutnya, lelaki berkenaan memperoleh hak jagaan terhadap ketiga-tiga anaknya daripada mahkamah syariah selepas bercerai dengan isterinya baru-baru ini sebelum berkahwin dengan wanita lain.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan kronologi kes itu, ketiga-tiga kanak-kanak berkenaan pada mulanya diserahkan ibu kandung mereka ke Pejabat Kebajikan Daerah Melaka Tengah pada 8 Julai 2010 ditempatkan di institusi JKM atas alasan tidak mampu menjaga mereka.
Katanya, kanak-kanak berkenaan ditempatkan sementara di Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras, Kuala Lumpur sehingga Mahkamah Kanak-Kanak bersidang pada 5 Ogos 2010.

“Kanak-kanak berkenaan diperintahkan majistret diletak di bawah jagaan bapa kandung mengikut Seksyen 30 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dengan membayar bon jaminan RM1,500 tanpa cagaran selama dua tahun.

“Mahkamah turut mengenakan syarat penjaga mesti hadir bersama kanak-kanak itu bagi seliaan di hadapan pelindung kanak-kanak Pejabat Kebajikan Masyarakat Alor Gajah bagi tempoh dua tahun, manakala ibu kandung dibenarkan melawat mereka,” katanya.

Sidatol’ Aini berkata, bapa kandung dan ibu tiri bersetuju menjaga kanak-kanak di hadapan Majistret Mahkamah Kanak-Kanak Melaka kerana pernah menjaga mereka pada usia enam bulan bagi tempoh tiga bulan.

“Sepanjang tempoh seliaan ibu bapa, kanak-kanak itu ada dibawa berjumpa pelindung dua kali dan mereka dihantar menjalani pemeriksaan doktor kerana dikatakan kurang selera makan sehingga menyebabkan anak pertama diserahkan kepada nenek untuk dijaga kerana khuatir keadaan mereka.

“Ibu bapa kanak-kanak memberitahu doktor mengesahkan mereka sihat dan tidak mengalami masalah kesihatan,” katanya.

Katanya, JKM mengambil alih penjagaan kanak-kanak berkenaan dan pemeriksaan dilakukan mendapati mereka terlalu kurus disyaki kekurangan makanan.

“Keadaan itu mencurigakan dan kami menghantar mereka ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan. Namun, kami tidak boleh membuat sebarang kesimpulan sebelum mendapat laporan perubatan daripada doktor.

“Pada masa sama, kami tidak menolak kemungkinan berlaku penderaan berdasarkan keadaan mereka,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, tidak terdapat tanda penderaan fizikal terhadap kanak-kanak terbabit dan menegaskan perbuatan tidak memberi makan juga ditakrifkan sebagai penderaan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Pekan Kecil, Pemulihan Projek dan NGO negeri, Datuk Seet Har Cheow berkata, pihak berkuasa perlu menunggu laporan perubatan kanak-kanak berkenaan sebelum mengambil tindakan lanjut.

“Kes ini dikendalikan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri, Datuk Norpipah Abdol,” katanya.myMetro | Serah kembar kurus kering

Budi bahasa budaya kita - buat malu malaysia saja

SINGAPURA
LAYANAN BURUK IMIGRESEN JB
Dua wanita mahu buat aduan rasmi
Oleh
Nurul Dayana Simangoon

KEDEDUA wanita yang dihumban ke dalam pusat tahanan dan diarah ketuk ketampi dalam keadaan berbogel gara-gara pasport tidak dicap akan mengemukakan aduan secara rasmi kepada Jabatan Imigresen Malaysia.Salah seorang wanita itu, yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Lim, ejen hartanah berusia 20-an tahun, menyatakan demikian ketika dihubungi Berita Harian semalam.Pada awal pagi Khamis lalu, Cik Lim memandu ke Johor Bahru bersama rakannya, Cik Chang, lewat 30-an tahun, dengan pasport masing-masing tidak dicap ketika melalui kaunter imigresen.Selepas 48 jam disoal oleh pegawai-pegawai imigresen Malaysia, digari, ditahan selama satu malam dan diarahkan ketuk ketampi sebanyak 10 kali tanpa berpakaian atas dakwaan cuba masuk ke Malaysia secara tidak sah, mereka diberi amaran dan diizin pulang ke Singapura.'Kementerian Ehwal Luar (MFA) memberitahu kami mereka akan menyampaikan aduan kami kepada pihak Imigresen Malaysia dan mendapatkan penjelasan daripada mereka,' ujar Cik Lim.Seorang jurucakap MFA, ketika dihubungi semalam, mengesahkan kededua wanita itu bertemu pegawai konsular MFA awal petang.Mereka menyatakan niat mengemukakan aduan secara rasmi kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia.'MFA akan menyampaikan aduan mereka kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura sebaik sahaja kami menerimanya,' ujar jurucakap MFA itu lagi.Dalam kejadian sekitar 1.30 pagi pada Khamis lalu itu, Cik Lim berkata beliau memandu ke laluan imigresen yang berlampu hijau, namun kaunternya tidak dijaga pegawai.Beliau terus memandu ke depan kerana menyangka akan melalui kaunter sistem pengimbas cap jari.Mereka serta-merta berpatah balik setelah menyedari tiada kaunter di depan dan menjelaskan kepada pegawai tentang kesilapan mereka.Namun, mereka dibawa ke bilik mesyuarat dan diberitahu akan dibebaskan jika setiap seorang membayar denda RM3,000 ($1,200).Selepas menunggu tiga jam, mereka dibawa ke Pusat Tahanan Pontian. Mereka bermalam bersama 50 lagi wanita di tempat yang menurut mereka dipenuhi nyamuk dan lipas.Selepas melalui pengalaman itu, Cik Lim berkata: 'Saya tidak akan melangkah ke Malaysia lagi. Buat selama-lamanya.'Cyberita Online Singapura

Tunisia bicarakan mantan presiden 20 Jun

TUNIS: Perbicaraan terhadap bekas Presiden Tunisia, Encik Zine el Abidine Ben Ali, yang kini dalam buangan di Arab Saudi akan dimulakan pada 20 Jun ini.

Perdana Menteri sementara Tunisia, Encik Beji Caid Essebsi, semalam memberitahu saluran televisyen Al-Jazeera, Encik Ben Ali dan sekutunya akan berdepan dengan lebih 90 pertuduhan.
Setakat ini, kerajaan Arab Saudi tidak memberi sebarang reaksi terhadap permintaan Tunisia bagi menyerahkan bekas presiden itu kembali untuk menghadapi perbicaraan berkenaan.Encik Ben Ali telah melarikan diri dari Tunisia pada Januari lalu menyusuli bantahan rakyat ke atas pemerintahannya selama 23 tahun.Menurut anggota keluarganya, Encik Ben Ali telah mengalami serangan angin ahmar pada Februari lalu dan sejak itu tidak pernah muncul di khalayak ramai.Pihak berkuasa baru Tunisia berkata pihaknya akan membicarakan Encik Ben Ali dan isterinya, Cik Leila Trabelsi, atas tuduhan rasuah dan penyalahgunaan dadah dan senjata, walaupun mereka gagal hadir di mahkamah.Sebelum ini, pihak berkuasa telah menjumpai wang tunai bernilai AS$27 juta ($33 juta), senjata dan dadah seberat hampir dua kilogram di istana Presiden.Pihak berkuasa juga akan menyiasat dakwaan pembunuhan, penyalahgunaan kuasa, pengubahan wang haram serta penyeludupan artifak purba.Satu kenyataan yang dikeluarkan minggu lalu oleh peguam Encik Ben Ali, Encik Jean-Yves Le Borgne, mengecam siasatan dan perbicaraan yang bakal diadakan itu.'Perbicaraan yang bakal diadakan di Tunisia terhadapnya hanya sandiwara semata-mata, yang bertujuan memutuskan secara simbolik pertalian dengan masa lampau,' kata Encik Le Borgne.Sebelum ini, Encik Ben Ali berkata beliau tidak mempunyai aset atau hartanah di Perancis atau di negara luar lain.Namun, beberapa negara Eropah berkata mereka telah membekukan aset yang dimiliki Encik Ben Ali dan sekutunya. -- AFP.Cyberita Online Luar Negara

Pas tolak kerjasama UMNO






ALOR SETAR 14 Jun - Pas tidak akan menyambut cadangan kerjasama yang dihulurkan oleh UMNO pada masa ini walaupun atas nama penyatuan Melayu kerana telah serik dengan sejarah silam.
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu (gambar)berkata, UMNO hanya menghulurkan tangan untuk bekerjasama dengan Pas apabila mereka berasa tersepit seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1969.
Bagaimanapun, katanya, selepas itu Pas ditendang keluar oleh UMNO apabila parti itu kembali kuat dan pulih.
"Sekarang apabila UMNO kembali lemah, mungkin akan kehilangan Putrajaya, sekali lagi dia menghulurkan tangan, marilah kita bersatu," katanya ketika berceramah sempena pelancaran perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di Kompleks Pas Kedah di sini, malam tadi.
Pada ceramah sulungnya di negeri ini sebagai orang nombor dua Pas, Mohamad turut menggunakan pentas tersebut untuk menyerang kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO yang didakwa menjadi punca kepada pelbagai masalah dihadapi oleh rakyat negara ini.
Beliau yang sering menggunakan bahasa kasar ketika berucap bagi menarik perhatian hadirin mendakwa, UMNO yang menyebabkan orang Melayu semakin hilang kuasa apabila melakukan persempadanan semula menjelang PRU pada 2004.
Mengenai perhimpunan Bersih yang dijadual diadakan di ibu negara pada 9 Julai ini, Mohamad mendakwa, perhimpunan itu tidak akan menimbulkan kekacauan atau menyebabkan kerosakan harta benda kerana ia akan diadakan secara aman.
Utusan Malaysia Online - Politik

Mati dipukul ganggu isteri orang




Anggota polis memeriksa mayat yang ditanam berhampiran rumah kongsi di Kampung Pelangi, Kota Kinabatangan, semalam.


KINABATANGAN 14 Jun - Akibat mengganggu isteri orang, seorang lelaki warga asing maut dipukul dengan tukul besi di sebuah rumah kongsi di Kampung Pelangi di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Jaini Abul Kadir berkata, mayat mangsa ditemui ditanam berhampiran rumah kongsi berkenaan, kira-kira pukul 8 malam.
"Berdasarkan laporan, suami wanita berkenaan yang baru pulang dari kerja terlihat isterinya sedang bergelut dengan mangsa di dalam rumahnya.
"Isteri suspek kemudian memaklumkan bahawa mangsa telah memasuki rumah mereka lalu mengganggunya.
"Suami wanita berkenaan kemudian bertindak memukul mangsa, seorang rakyat asing dengan tukul besi yang dipegangnya," katanya di sini hari ini.
Tambah Jaini, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah sebelum mayat lelaki itu dibawa ke kawasan lereng bukit sebelum ditanam.
Katanya, suspek kemudian menyerah diri kepada penduduk di rumah kongsi berkenaan sebelum pihak polis dimaklumkan berhubung kejadian itu keesokan harinya.
"Pasangan suami isteri warga asing berkenaan ditahan dan tukul besi yang digunakan memukul mangsa dirampas. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk bedah siasat.
"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan," katanya.
Utusan Malaysia Online - Jenayah

Mangsa culik sakit

 SAIDIN  dan ibu Mohd Nazarrudin, Siti Hamdan Ahmad sedih dengan nasib yang menimpa anak mereka.
SAIDIN dan ibu Mohd Nazarrudin, Siti Hamdan Ahmad sedih dengan nasib yang menimpa anak mereka.
Nazarrudin dilapor enggan makan, rindu anak

SUNGAI BULUH: Mohd Nazarrudin Saidin yang ditahan kumpulan penculik di Pulau Jolo, selatan Filipina, dilaporkan tenat selepas dikatakan tidak lalu makan seminggu lalu.
Berita Harian yang menghubungi kumpulan penculik untuk memberi peluang kepada bekas isterinya, Mazlina Mohammad serta enam anaknya bercakap dengannya, semalam, dimaklumkan keadaan tidak mengizinkan untuk mangsa bercakap.
“Ya, ada di sini,” kata jurucakap penculik ketika ditanya di mana Nazarrudin.

“Cakap dengan anak-anak (Mohd Nazarrudin), dia selamat,” kata jurucakap kumpulan itu kepada Mazlina menggunakan bahasa Melayu seakan-akan dialek Sabah.

“Tapi sekarang tidak boleh cakap dengan Nazar, mungkin lain kali. Lain kali boleh... pada bila-bila masa boleh cakap dengan dia,” katanya sebelum mematikan telefon selepas memaklumkan kepada Mazlina bahawa suaminya selamat ketika ini.

Berita Harian kemudian menghubungi seorang lagi anggota kumpulan penculik bagi mendapatkan pengesahan keadaan Mohd Nazarrudin dan anggota yang bercakap dalam bahasa Suluk diselang seli bahasa Melayu mengesahkan Nazarrudin kini sakit.
“Dia sakit mungkin sebab rindu anak. Dia tidak mahu makan sejak beberapa hari lalu,” kata anggota kumpulan itu yang berjanji akan membeli ubat dan membawanya berjumpa doktor.

Mohd Nazarrudin berlepas ke Pulau Jolo, April lalu untuk mencari cicak tokek sebelum diculik pada 8 Mei oleh kumpulan yang disyaki ada kaitan dengan Abu Sayyaf.

Bulan lalu, polis di selatan Filipina menyatakan kumpulan disyaki dipimpin Albahsy Misaya itu menuntut tebusan RM5.6 juta atau 80 juta peso bagi membebaskan Mohd Nazarrudin.

Sementara itu, bapa Mohd Nazarruddin, Saidin Abdul Aziz, 63, berkata beliau berharap dapat bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi mencari jalan membebaskan anak sulungnya.

“Kami hidup miskin. Di mana hendak dicari wang sebanyak itu. Lihatlah keadaan rumah kami yang serba kekurangan,” katanya yang bersama isteri dan empat anak mereka menjual nasi lemak secara kecil-kecilan di kawasan lapangan terbang lama di Subang.

“Saya sudah menghantar banyak surat termasuk kepada Menteri Besar (Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) dan pemimpin UMNO.

“Namun sudah lebih sebulan anak saya ditahan, belum ada sebarang maklum balas daripada mereka.

“Kini hanya Perdana Menteri menjadi harapan saya,” katanya.

Berita Harian sebelum ini menjejaki Nazarrudin di selatan Filipina dan berjaya berhubung dengan penculik menggunakan perantara di Pulau Jolo, namun dihalang bertemu Mohd Nazarrudin. Berita Harian Online | Mangsa culik sakit

Nilai banglo dibeli Khir RM5.6j

Harga pasaran dibuat saksi berdasarkan laporan penilaian firma lain

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu nilai pasaran ketika dua lot tanah dan banglo di Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7, di sini, yang dibeli bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo ialah RM5.55 juta.

Saksi Pendakwaan Kelapan, Penilai Kanan Hartanah di syarikat perunding aset antarabangsa, Henry Butcher Malaysia, Long Tian Chek, 54, berkata nilai pasaran itu dibuatnya berdasarkan laporan penilaian sebuah lagi firma penilaian, Rahim & Co, yang dibekalkan kepadanya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2009.
Ketika menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar pada pemeriksaan utama, semalam, katanya beliau diminta suruhanjaya itu membuat penilaian terhadap harga pasaran hartanah berkenaan pada 31 Julai 2009 bagi melihat berapa nilai pasarannya pada 14 Mei 2007.

Tian Chek memberitahu mahkamah, beliau menggunakan maklumat perbandingan berdasarkan laporan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) pada 2007.

“Lot tanah dinilai sebagai RM2.35 juta dan bangunan dinilaikan pada RM3.2 juta. Jumlah keseluruhan nilai pasaran RM5.55 juta.

“Nilai pasaran ialah harga dipersetujui penjual serta pembeli tanpa paksaan dan penjual tidak dipaksa menjual hartanya di bawah harga pasaran,” katanya ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Datuk Mohtarudin Baki.
Tian Chek memberi keterangan perbicaraan terhadap Dr Mohamad Khir yang didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, mendapatkan bagi dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di nombor 8 dan 10, Jalan Suasa 7/1L, pada harga RM3.5 juta sedangkan hartanah itu dibeli Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) dengan harga RM6.5 juta pada 23 Disember 2004.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, di sini, pada 29 Mei 2007.

Tian Chek berkata, penilaian berkenaan dibuat menggunakan kaedah perbandingan dengan hartanah lain yang sama dijual di kawasan berkenaan.

“Kami menggunakan empat perbandingan lot banglo kosong yang kesemuanya berada di Seksyen 7. Tiga daripadanya ( dijual pada) 2007 dan satu (dijual pada) 2009.

“Antara Februari hingga April 2007, harga bagi setiap kaki persegi ialah antara RM50 hingga RM60, tetapi saya mengira nilai hartanah di Jalan Suasa 7/1L itu pada harga RM45 bagi setiap kaki persegi,” katanya.

Terdahulu, Saksi Pendakwaan Ketujuh, Penolong Pegawai Penilaian daripada JPPH, Noor Faiza Zainuddin, 48, memberitahu mahkamah, beliau menilaikan hartanah di Lot 8 dan 10 Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7 itu berjumlah RM4.8 juta apabila diminta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada Julai 2007.

Noor Faiza berkata, beliau bertanya kepada penjual rumah, Pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni sebab mahu menjual rumah itu, dan dimaklumkan ada masalah dan terpaksa jual.

Perbicaraan bersambung hari ini.
Berita Harian Online | Nilai banglo dibeli Khir RM5.6j

Mualaf mangsa tipu pakej umrah murah


KHALID menunjukkan slip bank sebagai bukti pembayaran ketika membuat tuntutan di TTPM, di Kuantan, semalam.
KHALID menunjukkan slip bank sebagai bukti pembayaran ketika membuat tuntutan di TTPM, di Kuantan, semalam.

Agensi pelancongan diarah bayar balik dalam tempoh 14 hari

KUANTAN: Malang berganda buat seorang pemandu teksi mualaf yang bukan saja gagal menunaikan umrah bersama isteri dan ibunya, tetapi kerugian RM9,600 apabila agensi pelancongan menguruskan pakej umrah gagal memulangkan semula wang selepas beliau membatalkan hasratnya.
Khalid Abdullah, 57, bekerja sebagai pemandu teksi berkata, beliau terpaksa berbuat demikian selepas syarikat terbabit gagal mendapatkan visa untuk beliau dan isterinya sebaliknya syarikat itu mendakwa memperoleh visa ibunya.
Katanya, beliau tertarik menyertai pakej umrah disediakan syarikat berkenaan selepas dimaklumkan seorang penumpang bahawa syarikat terbabit menawarkan harga murah untuk mualaf.

“Saya membuat tempahan dengan syarikat itu pada hujung Disember lalu dan kami dikenakan bayaran RM10,400 pada mulanya iaitu masing-masing RM2,200 untuk saya dan ibu memandangkan kami mualaf, manakala isteri pula sebanyak RM6,000.

‘Saya kemudian membuat bayaran deposit untuk tiga orang sebanyak RM2,400 sebelum kami menyertai kursus dianjurkan mereka pada Januari lalu,” katanya ketika ditemui selepas membuat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) negeri, di sini, semalam.

Katanya, pada 7 Februari lalu, syarikat berkenaan memintanya membayar baki RM8,000 dan mereka dijadual berangkat menunaikan umrah pada 11 Mac lalu namun tarikh berkenaan ditunda sebanyak dua kali, iaitu pada 25 Mac dan 4 April lalu.
Khalid berkata, penganjur kemudian memaklumkan bahawa hanya ibunya mendapat kelulusan visa manakala beliau dan isteri tidak memperolehnya.

“Bagi memujuk kami, syarikat memberi diskaun sebanyak RM800 namun ibu tidak mahu pergi bersendirian menyebabkan kami mengambil keputusan membatalkan tempahan berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun, masalah dihadapi Khalid berakhir semalam apabila Presiden TTPM, M Suppiah mengarahkan syarikat terbabit memulangkan bayaran itu dalam tempoh 14 hari. Berita Harian Online | Mualaf mangsa tipu pakej umrah murah

Serah teman wanita dirogol bergilir-gilir

Dua beradik ditahan dalam serbuan di Taman Perling

JOHOR BAHRU: Seorang pemuda merogol teman wanitanya sebelum menyerahkan mangsa untuk dirogol secara bergilir-gilir oleh adiknya dan seorang rakan mereka dalam kejadian di pinggir bandar ini minggu lalu, ditahan polis di flet sewaan dekat Taman Perling di sini, malam kelmarin.

Dua beradik terbabit masing-masing berusia 24 dan 22 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara, yang menyerbu flat yang terletak di tingkat empat perumahan dekat Jalan Camar 14, Taman Perling, kira-kira jam 10.30 malam.
Ketika serbuan, dua beradik terbabit yang dikatakan sedang memasak, cuba menyembunyikan diri tetapi tidak berhasil kerana polis sudah mengenal pasti kedudukan mereka di situ.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Mohd Akhir Ishak, berkata kedua-dua mereka kini berada dalam tahanan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

“Polis juga sudah mengenal pasti identiti dan sedang memburu seorang lagi rakan suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian rogol terbabit,” katanya.

Difahamkan, dalam serbuan itu, polis merampas tilam, bantal, cadar serta pakaian dalam dua beradik terbabit untuk ujian forensik bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Dua beradik terbabit yang berasal dari Kota Tinggi, dikatakan menyewa flet berkenaan berikutan bekerja di sekitar bandar ini sejak beberapa bulan lalu.

Dalam kejadian yang berlaku pada malam Khamis lalu, mangsa berusia 18 tahun berasal dari Pasir Gudang itu, menjadi mangsa rogol selepas keluar bersiar-siar dengan membonceng motosikal teman lelakinya, sebelum dipujuk datang ke rumah suspek.

Setibanya di flet sewaan teman lelakinya, gadis itu dipaksa masuk ke dalam bilik suspek sebelum diarah menanggalkan pakaiannya.

Remaja berkenaan pada mulanya enggan mengikut arahan suspek terpaksa akur kerana ketakutan apabila suspek memaksa dan mengugut akan mencederakan serta meninggalkan mangsa sekiranya tidak mahu mengikut kehendaknya.

Suspek kemudian mengambil kesempatan merogol mangsa sebanyak tiga kali sebelum mangsa diserahkan kepada adiknya dan seorang lagi rakan mereka yang menunggu untuk melakukan perbuatan sama secara bergilir-gilir.

Selepas dikurung dalam bilik berkenaan beberapa jam, teman lelaki mangsa kemudian menghantar mangsa pulang ke rumah dengan menaiki sebuah kereta pada jam 1 pagi pada Jumaat.

Mangsa mengadu kejadian itu kepada ibunya sebelum dibawa untuk membuat laporan di Balai Polis Pasir Gudang.
Berita Harian Online | Serah teman wanita dirogol bergilir-gilir

Debu ancam ruang udara Eritrea



IMEJ debu yang dirakam NASA di Eritrea, kelmarin.
IMEJ debu yang dirakam NASA di Eritrea, kelmarin.

Penerbangan dari Arab Saudi batal, dijadual semula ekoran gunung berapi

RIYADH: Beberapa penerbangan dari Arab Saudi ke destinasi di Afrika termasuk ke Eritrea, Habsyah, Sudan dan Djibouti dibatalkan atau dijadual semula selepas debu tebal memasuki ruang udara Eritrea berikutan letusan gunung berapi.
Jurucakap Saudi Arabian Airlines, Abdullah Al-Azhar, berkata penerbangan domestik ke Tabuk dan beberapa destinasi lain juga terjejas akibat debu itu.
Arab Saudi dan Jordan dijangka terjejas ekoran debu itu dan pihak syarikat penerangan berkenaan meneliti laporan terbaru mengenai pergerakannya.

“Debu itu dijangka tiba di ruang udara Arab Saudi hari ini,” kata seorang pegawai syarikat penerbangan Afrika yang memetik ramalan Pusat Nasihat Pergerakan Debu Gunung Berapi (VACC) yang berpusat di Perancis.

Debu itu juga dijangka menjejaskan ruang udara di Mesir, Sudan, Israel, Yaman dan Iraq.

Sebuah gunung berapi yang tidak aktif meletus di Eritrea menyembur debu setinggi 13.5 km ke udara, kata VACC.
Sementara itu di SYDNEY, lebih banyak penerbangan Australia dibatalkan semalam disebabkan debu dari gunung berapi Chile, kali ini sebesar sebuah lapangan terbang bersaiz sederhana, ketika syarikat penerbangan berusaha menerbang keluar penumpang yang terkandas selama dua hari di Melbourne.

Syarikat penerbangan nasional Qantas dan syarikat penerbangan tambang murah Jetstar, berkata mereka merancang untuk menambah kapasiti ke Melbourne, bandar kedua terbesar Australia dan berharap menerbangkan semua penumpang semalam.

Lebih 60,000 penumpang terkandas akibat gangguan itu, yang muncul di tengah cuti hujung minggu tiga hari di Australia. Tidak jelas berapa ramai penumpang terkandas di Melbourne ketika penerbangan diteruskan di sana. – Agensi Berita Harian Online | Debu ancam ruang udara Eritrea

Gempa bumi 2 kali gegaran

MEDAN: Gempa bumi 5.5 magnitud dilaporkan berlaku di Tarutung, Tapanuli Utara, Wilayah Sumatera Utara semalam, sebanyak dua kali iaitu pada jam 7.08 pagi dan 10.01 pagi waktu tempatan.

Kakitangan Pelayanan Data dan Informasi Balai Besar Meterologi Klimatologi dan Geofizik Wilayah 1 Medan, Albertus Simanullang berkata gegaran pertama berpusat pada 1.79 lintang utara dan 99.13 bujur timur.

Gempa pada jam 7.08 (Waktu Indonesia Barat) itu berlaku di 30 km ke tenggara Tarutun dengan kedalaman kira-kira 10 km di bawah tanah.
Manakala gempa kedua berpusat pada 1.83 lintang utara dan 99.07 barat timur atau 22 km ke tenggara Tarutung dengan kedalaman 10 km di bawah tanah. – Agensi
Berita Harian Online | Gempa bumi 2 kali gegaran

Tiga gempa bumi gegar negara


ALYA BATRISYA, 5, yang menangis ketakutan kerana merasai gegaran gempa ditenangkan oleh ibunya di Bangunan Suruhanjaya Pilihan Raya di Putrajaya semalam.


KUALA LUMPUR - Tiga gempa bumi berlaku semalam masing-masing dua di Sumatera Utara, Indonesia dan Sandakan di Sabah menyebabkan beberapa kawasan di ibu negara, Putrajaya, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan dilaporkan mengalami gegaran.
Gempa bumi pertama bermagnitud 5.5 pada skala Ritcher di Sumatera Utara dikesan pada pukul 8.08 pagi manakala gempa bumi kedua bermagnitud 5.7 dilaporkan berlaku pada 11.01 pagi.
Pada sebelah petang, satu lagi gempa bumi berukuran 4.0 pada skala Richter menggegarkan daerah Tongod di Sandakan, Sabah pada pukul 5.21 petang.
Antara bangunan di ibu negara yang merasai gegaran pada pukul 11 pagi ialah Wisma Bernama, Menara Kenanga, ibu pejabat Tenaga Nasional Bhd. (TNB) dan Megan Avenue.
Bagaimanapun, ketiga-tiga kejadian gempa tersebut tidak mengakibatkan tsunami.
Kosmo! Online - Negara

Dua rumah hangus dijilat api



ANGGOTA bomba dan penyelamat memadamkan sisa api daripada dua buah rumah yang terbakar di Kampung Paroi, Seremban kelmarin.


SEREMBAN - Dua keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka yang terletak bersebelahan musnah dijilat api dalam satu kebakaran di Kampung Paroi di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, pemilik salah sebuah kediaman terbabit, Roslan Marduni (gambar), 49, bersama isteri dan tiga anaknya berjaya menyelamatkan diri.
Roslan yang bekerja sebagai pemandu lori berkata, ketika kejadian dia sekeluarga sedang tidur sebelum dikejutkan dengan jeritan jiran sebelah rumah yang juga saudaranya.
"Sebaik keluar, saya lihat rumah bersebelahan yang merupakan milik bapa saudara saya sedang terbakar.
"Ketika itu saya juga lihat beberapa sepupu saya di rumah bersebelahan keluar menyelamatkan diri," katanya di sini semalam.
Kosmo! Online - Negara

Hilang di Alor Setar, jumpa di Kuantan





Saya terkejut diberitahu telah hilang sejak 26 hari lalu sedangkan saya rasa baru empat hari hilang


JITRA – Seorang doktor pelatih Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dekat sini yang hilang selama hampir sebulan didakwa akibat dipukau ditemui selamat di pusat beli-belah Berjaya Mega Mall di Kuantan, Pahang pada Sabtu lalu iaitu pada hari dia sepatutnya melangsungkan majlis pertunangan..
Dr. Mohd. Noor Azam Mohd. Nazri, 26, ditemui oleh ketua pengawal keselamatan di pusat beli-belah tersebut apabila dia ditahan kerana tidak membayar bil makanan sushi RM70 di sebuah restoran pada pukul 5 petang.
Ketika ditemui, Noor Noor mengenakan baju T putih dan seluar sukan sambil membawa sebuah beg galas mengandungi pakaian yang dipakainya pada hari dia dilaporkan hilang iaitu kemeja, kasut dan tali pinggang.
Turut disimpan dalam beg sama beberapa barangan lain antaranya kain pelikat, kopiah, berus sabut dan berus gigi.
Bagaimanapun, telefon bimbit dan beg kerjanya berwarna hitam yang mengandungi beberapa dokumen penting hilang.
Mengimbas kehilangannya, Noor Azam berkata, dia tidak menyedari apa yang berlaku pada dirinya sepanjang dilaporkan hilang sejak 26 hari lalu sehinggalah pengawal keselamatan membuka dompetnya untuk mengambil kad pengenalan.
“Pengawal itu bertanya sama ada saya Dr. Mohd. Noor Azam yang hilang selepas melihat kad pengenalan dan kad pekerja saya tetapi saya masih tidak ingat sehingga saya melihat gambar bakal tunang di dalam dompet.
“Saya tersedar dan terus menangis lalu bertanya kepada pengawal itu tarikh dan tempat saya berada pada ketika itu,” kata doktor itu ketika ditemui di rumah keluarganya di Taman Bunga Raya di sini semalam.
Kosmo! Online - Negara

'Iron Man' masuk pejabat




KOSTUM Wang Kang menarik perhatian rakan-rakan sekerjanya.


SHANG HAI, China - Seorang pekerja telekom, Wang Kang mencetuskan sensasi di Internet apabila dia hadir di pejabat dengan memakai kostum watak adiwira Iron Man yang dibuatnya sendiri, lapor sebuah akhbar semalam.
Rakan-rakan sekerja pemuda berusia 25 tahun itu terkejut melihatnya berjalan masuk ke dalam pejabat di sini dengan memakai sut tersebut.
Kostum yang diperbuat daripada busa dan kerangka aluminium itu mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan. Ia memerlukan kos sekitar AS$450 (RM1,364) dan seberat 50 kilogram.
"Rakan-rakan sekerja saya tidak tahu misi saya. Sebahagian mereka tergamam apabila melihat saya menghampiri mereka," katanya.
Dia mendapat idea untuk membina kostum tersebut selepas menonton filem Iron Man yang dibintangi Robert Downey Junior pada tahun 2008.
Klip video kejadian tersebut dirakam oleh seorang rakan sekerjanya yang kemudian, menghantar rakaman itu ke laman web perkongsian video YouTube. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Rihanna ada pengawal payu dara

LOS ANGELES - Penyanyi popular, Rihanna yang sering beraksi dan berpakaian menjolok mata di hadapan khalayak akhirnya memilih untuk memiliki seorang pengawal untuk menjaga payu daranya.
Pengawal payu dara itu berperanan mengawal tumpuan orang ramai terhadap aset tubuh badan Rihanna terutama ketika dia berpakaian seksi.
Lelaki bertubuh besar yang mengiringi Rihanna itu juga dilihat memegang payu dara penyanyi tersebut selepas dia habis membuat persembahan di Montreal, Kanada beberapa bulan lalu.
Sebelum ini, Rihanna, 23, yang membuat persembahan pada konsert jelajah di Miami minggu lalu dianggap seperti seorang penari erotik di kelab malam. Dia juga pernah menggemparkan industri hiburan setelah dipukul oleh bekas kekasihnya, Chris Brown tiga tahun lalu. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Simpan mayat ibu kerana pencen RM996


WALLASEY - Gara-gara mahu mendapatkan duit pencen bulanan berjumlah £200 (RM996), seorang aktres di Britain tergamak menyimpan mayat ibunya selama enam bulan di rumahnya, lapor sebuah akhbar semalam

Aktres berkenaan Hazel Maddock, 61 dan anak perempuannya yang berusia 35 tahun, Jasmine, berdepan hukuman penjara selepas mengaku bersalah gagal melaporkan kematian Olive, 95, di sebuah mahkamah di sini.
Polis menemui mayat Olive yang reput dengan separuh tubuhnya dimakan tikus di belakang pintu bilik tidur kediaman Hazel di sini, barat daya England, baru-baru ini.
Hazel turut mengaku salah kerana memalsukan tuntutan pencen kerajaan yang diberikan kepada ibunya.
Beberapa jiran kedua-dua wanita itu yang ditemui kelmarin berkata, mereka terkejut dengan penemuan tersebut dan apa yang dilakukan oleh Hazel dan Jasmine.
"Apa yang mereka dilakukan amat menjijikkan. Hanya untuk mendapatkan wang lebih, mereka sanggup membiarkan mayat ibu mereka dalam keadaan itu," kata seorang jirannya.
Siasatan forensik mendapati punca kematian Olive adalah disebabkan faktor semula jadi dan dia meninggal dunia di antara dua hingga enam bulan lalu.
Hazel yang menggambarkan dirinya sebagai pelakon, penyanyi dan penghibur berpengalaman pernah muncul dalam drama tempatan, Hollyoaks and The Outsiders. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Tulang dinosaur 'bermusuh' dilelong


Sepasang tulang dinasour yang 'bermusuh', Allosaurus dan Stegasaurus dijual kepada sebuah muzium pada harga AS$2.75 juta (RM8.33 juta).


DALLAS - Tulang dua ekor dinasour yang lengkap dan berkualiti tinggi telah dilelong, sebelum berjaya dijual kepada sebuah muzium pada harga AS$2.75 juta (RM8.33 juta).
Dilelong oleh rumah lelongan Heritage Auctions, tulang dua ekor dinasour yang setinggi 5.79 meter itu adalah daripada keluarga dinasour triceratops.
Diperoleh daripada seorang pengumpul pada harga AS$657,250 (RM1.9 juta), dinasour Allosaurus dan Stegasaurus dikatakan bermusuh kerana rahang Allosaurus ditemui di bahagian kaki Stegasaurus, sekali gus membawa teori dua pemangsa itu terlibat dalam pergaduhan.
Lelongan yang berlangsung di Dallas tersebut melibatkan lebih 200 barangan. Antaranya batu meteorit, mineral dan fosil-fosil.
Heritage Auctions enggan mendedahkan muzium mana yang membeli tulang dinasour itu. Ia bagaimanapun menyatakan muzium tersebut terletak di luar Amerika Syarikat (AS).
"Saya gembira kerana pasangan dinasour ini mendapat 'rumah' yang baru. Ia merupakan spesimen era Jurassic yang ikonik dan penting. Kini, ia akan pergi ke destinasi terakhir dan orang ramai berpeluang melihatnya secara dekat," kata pengarah sejarah semula jadi Heritage Auctions, David Herskowitz. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Cermin mata Mahatma Gandhi dicuri



MUMBAI - Sepasang cermin mata berbingkai bulat milik ikon kemerdekaan India, Mahatma Gandhi (gambar) dilaporkan dicuri dari sebuah muzium di Nagpur, India semalam.
Kakitangan muzium Sevagram Ashram, menyedari kehilangan cermin mata tersebut apabila mereka mahu membuat persediaan bagi meraikan ulangtahun penubuhannya.
Ia merupakan sebahagian daripada barang-barang peribadi milik Gandhi, selain satu pemegang pen dan berus bilik mandi yang dipamerkan di dalam sebuah kabinet berkunci.
Pengurus Ashram, Aakash Lokhande memberitahu, pihaknya kurang pasti bila cermin mata itu hilang. Biarpun pihak polis sudah mengetahui mengenai insiden itu, namun masih belum ada laporan rasmi dibuat.
Presiden muzium itu, M.M. Gadkari dilaporkan berkata: "Isu ini akan dibincangkan dalam mesyuarat lembaga pemegang amanah. Keputusan sama ada laporan polis secara rasmi akan dibuat atau sebaliknya akan ditentukan nanti."
Kira-kira 300,000 pengunjung dikatakan melawat Sevagram Ashram tersebut setiap tahun. - AFP
Kosmo! Online - Dunia

Feri 25 tahun terhenti kini beroperasi


SEBAHAGIAN daripada 201 orang penumpang kapal Scotia Prince tiba di Colombo, Sri Lanka selepas bertolak dari Tuticorin India yang memakan masa selama 10 jam.


Sri Lanka - Perkhidmatan feri antara Sri Lanka dan India yang dihentikan selama 25 tahun akibat perang saudara, kembali beroperasi secara rasmi semalam.
Menurut pengarah syarikat perkapalan Sri Lanka, W. Chandradasa, feri yang diberi nama Scotia Prince dengan kapasiti 1,044 penumpang itu tiba di Colombo pagi Selasa dari Tuticorin, sebuah pelabuhan di selatan India.
Jelasnya, feri tersebut akan beroperasi dua kali seminggu dengan tempoh pelayaran selama 10 jam bagi setiap perjalanan, sebelum beberapa buah feri lagi ditambah dalam masa terdekat.
Perkhidmatan feri terawal di antara Rameswaran, bandar di selatan India dan Taimannar di barat laut bandar Sri Lanka dihentikan akibat perbalahan etnik besar-besaran pada tahun 1980-an.
Pada tahun 2009, kerajaan Sri Lanka mengalahkan pemberontak Harimau Tamil Eelam (LTTE) yang berjuang untuk menubuhkan negara bagi etnik Tamil.
Selatan India menjadi penempatan kepada hampir 60 juta etnik Tamil. Ia memiliki persamaan dari segi budaya dan agama yang rapat dengan puak minoriti Tamil di Sri Lanka. - AP
Kosmo! Online - Dunia