Pages

Friday, September 5, 2014

Cerita Sedih di Sebalik April Fool’s Day

http://detikislam.blogspot.com/2014/04/cerita-sedih-di-sebalik-april-fools-day.html

Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya ‘pandang ke barat’. Berbalik kepada perayaan April Fool’s Day ini, ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.

Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk- penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya sama ada lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja diSepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

*Sumber dari rangeboy.wordpress.com

Kisah Benar Pakar Bedah dengan Pesawat Yang Rosak

http://detikislam.blogspot.com/2014/04/kisah-benar-pakar-bedah-dengan-pesawat.html

Kisah benar berlaku di Pakistan.  Seorang Dr Pakar Bedah terkenal bernama Dr Ishan tergesa-gesa menuju airport.  Beliau akan menghadiri Seminar Dunia dalam bidang perubatan yang akan membincangkan penemuan terbesarnya di dalam bidang perubatan.

Selepas perjalanan pesawat kira-kira 1 jam, tiba-tiba pesawat mengalami gangguan dan perlu mendarat di airport yang terdekat.

Beliau pergi ke bilik penerangan dan berkata: "Saya ini doktor pakar, setiap minit nyawa manusia bergantung pada saya dan sekarang kamu meminta saya menunggu pesawat dibaiki dalam tempoh 16 jam?"

Pegawai itu menjawab: "Wahai doktor, jika anda terburu-buru anda boleh menyewa kereta, tujuan anda tidak jauh lagi dari sini, kira- kira dengan kereta mengambil masa 3 jam."

Dr. Ishan setuju dengan cadangan pegawai tersebut dan lalu dia menyewa sebuah kereta. Baru berjalan 5 minit, tiba-tiba cuaca mendung disusuli dengan hujan lebat yang mengakibatkan jarak pandang sangat terhad.

Setelah berlalu hampir 2 jam, dia tersedar yang dia telah tersesat dan terasa keletihan. Kelihatan sebuah rumah kecil tidak jauh dari hadapannya, lalu dia singgah di rumah tersebut. Dia mengetuk pintu dan terdengar suara seorang wanita tua: "Sila masuk, siapa ya?"

Dia masuk dan meminta kepada wanita tua tersebut untuk berehat dan mahu meminjam telefon. wanita tua itu tersenyum dan berkata: "Telefon apa Nak? Apa kamu tidak sedar ada di mana? Di sini tidak ada elektrik, apalagi telefon. Namun demikian, masuklah dahulu untuk berehat, tunggu sebentar saya buatkan teh dan sedikit makanan untuk menyegarkan dan mengembalikan kekuatan kamu. "

Dr. Ishan mengucapkan terima kasih kepada ibu itu, lalu memakan hidangan. Sementara wanita tua itu bersolat dan berdoa, doktor tersebut perlahan-lahan mendekati seorang kanak-kanak yang terbaring tidak bergerak di atas katil disisi wanita tua tersebut dan dia kelihatan gelisah. Wanita tua tersebut meneruskan solatnya dengan doa yang panjang.

Doktor mendatanginya dan berkata: "Demi Allah, anda telah membuat saya kagum dengan keramahan anda dan kemuliaan akhlak anda, semoga Allah mengakbul doa-doa anda."

Berkata   wanita tua   itu: "Nak, anda ini adalah ibnu sabil yang sudah diwasiatkan Allah untuk dibantu. Sedangkan doa-doa saya sudah dimakbul Allah semuanya, kecuali satu"

Bertanya Dr.  Ishan: "Apa doanya?"

Wanita tua itu berkata: "Anak ini adalah cucu saya, dia yatim piatu. Dia menderita sakit yang tidak boleh diubati oleh doktor-doktor yang ada di sini. Mereka berkata kepada saya ada seorang doktor pakar bedah yang mampu menyembuhkan, namanya Dr. Ishan. Tetapi dia tinggal jauh dari sini dan tidak mungkin untuk saya membawa anak ini ke sana. Saya bimbang jika berlaku apa-apa semasa dalam perjalanan. Makanya saya berdoa kepada Allah agar memudahkannya."

Menangislah Dr. Ishan dan berkata sambil teresak: "Allahu Akbar, Laa haula wala quwwata illa billah. Demi Allah, sungguh doa ibu telah membuat pesawat rosak dan perlu diperbaiki lama serta membuat hujan petir dan menyesatkan saya, hanya untuk mengantarkan saya ke sini secara cepat dan tepat. Saya lah Dr. Ishan, sungguh Allah swt telah menciptakan sebab seperti ini kepada hambaNya dengan doa. Ini adalah perintah Allah kepada saya untuk merawat anak ini."

Jangan berputus asa untuk berdoa.

*  Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

Panda gergasi diberi kek bulan

Mekanik bina kereta Ghostbusters



REPLIKA kereta Ghostbusters yang diubah suai Harborne dan Jordan.


DUDLEY, Britain - Seorang mekanik mengambil masa selama dua tahun dan membelanjakan hampir £50,000 (RM158,972) bagi mengubah suai sebuah kereta klasik menjadi replika sebuah kereta yang pernah digunakan dalam filem Ghostbusters, lapor MailOnline kelmarin.
Mekanik tersebut, Paul Harborne, 52, berkata, dia mengambil masa selama beberapa tahun untuk mencari sebuah kereta jenis Cadillac Miller-Meteor model tahun 1960 untuk digunakan dalam projek berkenaan.
Katanya, selepas menemui kereta itu dia bersama rakannya, Tim Jordan mengambil masa selama dua tahun lagi untuk mengubah suai kereta berkenaan.
"Saya mengecat kereta ini dengan warna putih dan meletakkan logo Ghostbusters serta memasang beberapa peralatan menangkap hantu seperti yang terdapat dalam filem itu," katanya.
Menurutnya, dia membina replika kereta Ghostbusters tersebut kerana ia tidak pernah dilakukan oleh mana-mana individu sebelum ini.
"Terdapat beberapa replika kereta Batmobile daripada filem Batman tetapi kereta Ghostbusters ini adalah yang pertama," ujarnya. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0905&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3CNsl6xtQ 
Hakcipta terpelihara 

Wanita hidap penyakit misteri miliki tangan gergasi


Duangjay Samaksamam memiliki dua tangan gergasi yang
menyakitkan akibat menghidap penyakit
Macrodystrophia Lipomastosa.- AGENSI
BANGKOK 4 Sept - Seorang wanita warga Thailand yang menderita pe-nyakit misteri dengan memiliki dua tangan gergasi yang menyakitkan tidak mempunyai pilihan terpaksa memotong kedua belah tangannya untuk meredakan kesakitan yang dialaminya.
Akhbar Daily Mail melaporkan, Duangjay Samaksamam, 59, dari wilayah Surin, Thailand dipercayai memiliki tangan paling besar di dunia seberat 9.5 kilogram setiap satu, menderita penyakit yang jarang-jarang berlaku, selain menyebabkan anggota badannya membengkak.
"Tangan saya sangat berat sehingga saya tidak mampu mengangkatnya untuk menyikat dan menyampu rambut. Saya mengalami kesakitan yang amat sangat untuk memakai pakaian.
"Beberapa orang doktor menasihati saya, satu-satunya cara bagi menanga-ni penyakit ini ialah dengan memotong tangan saya supaya saya boleh bergerak bebas. Tapi saya tidak mahu melakukannya," katanya.
Beberapa orang doktor pakar percaya pemilik kedai runcit itu merupakan satu-satunya individu di dunia ini yang menghidap penyakit Macrodystrophia Lipomastosa iaitu penyakit yang menyebabkan tangan membengkak dari bahu hingga ke jari di kedua-dua belah tangan.
Menurut Duangjay, dia pernah menjalani pembedahan bagi merawat penyakit berkenaan ketika dia berusia 25 tahun. Bagaimanapun pembedahan itu bukan sahaja gagal mengubatinya malah menyebabkan keadaannya semakin buruk.
Kerana malu dengan keadaan yang dialaminya, Duanjay menghabiskan masa selama 20 tahun `berkurung' di dalam rumah dan tidak pernah bersekolah.
Namun, Duangjay tiada pilihan apabila dia terpaksa menguruskan kedai runcit milik ibu bapanya yang kini telah uzur.
Keadaan yang dialami Duangjay itu juga menarik perhatian doktor dari seluruh dunia dan ramai yang cuba mengubatinya dengan menghilangkan bengkak berkenaan, namun gagal.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140905/lu_11/Wanita-hidap-penyakit-misteri-miliki-tangan-gergasi#ixzz3CNqrK4oM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Arab Saudi nafi pindah makam Nabi



Masjid Nabawi di Madinah di mana terletak makam Rasulullah SAW. - AGENSI
JAKARTA 4 Sept. - Kerajaan Arab Saudi menafikan akan memindah makam Nabi Muhammad SAW seperti yang dilaporkan media antarabangsa beberapa hari lalu.
Penafian berita dibuat oleh Duta Besar Arab Saudi ke Indonesia, Mustofa bin Ibrahim Al-Mubarok kepada Menteri Agama Indonesia, Lukman Hakim pada satu pertemuan di Kementerian Agama, di sini hari ini.
"Duta Besar (Arab Saudi) menjelaskan berita itu sumbernya berasal dari (media) The Independent dan ia bukannya kenyataan rasmi pemerintah Arab Saudi. Itu (laporan berkenaan) tidak benar sama sekali," kata Lukman kepada wartawan.
Lukman berkata, kerajaan Arab Saudi menyifatkan laporan berita tentang pemindahan makam Nabi Muhammad SAW itu sebagai fitnah yang bertujuan memecah belahkan umat Islam di seluruh dunia.
Duta Besar Arab Saudi itu juga meminta umat Islam di seluruh dunia supaya tidak mudah terpengaruh dengan laporan berita yang tidak benar itu.
"Pemerintah Arab Saudi tidak mempunyai rancangan (untuk memindahkan makam Nabi Muhammad SAW) seperti yang dilaporkan.
"Sebaliknya, kerajaan Arab Saudi mempunyai komitmen yang cukup besar untuk terus melindungi makam Rasulullah kekal di Masjid Nabawi," tambah Lukman.
Media antarabangsa sebelum ini melaporkan Arab Saudi merancang untuk memindahkan makam Nabi Muhammad SAW dari Masjid Nabawi di Madinah bagi mengelakkan kawasan itu menjadi tapak pemujaan.
Berita yang bersumberkan laman web The Independent itu mendakwa jasad Nabi Muhammad SAW akan dipindahkan ke tanah perkuburan al-Baqi yang terletak berhampiran Masjid Nabawi.
Bagaimanapun, lokasi baharu makam Nabi Muhammad SAW tidak akan didedahkan dan tidak akan ditandakan. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140905/lu_03/Arab-Saudi-nafi-pindah-makam-Nabi#ixzz3CNodEXj5
© Utusan Melayu (M) Bhd