Pages

Saturday, July 31, 2010

Rahsia kebesaran Kaabah dalam kajian sains terbaru



http://www.hespress.com/_img/miraclemekka.jpg
1.618  angka yang Kaabah mengikut kiraan geografi yang menyamai angka denyutan jantung, lihatlah kehebatan tersebut dalam laman :
http://www.hespress.com/?browser=view&EgyxpID=18724

Lubang Hitam di langit



http://www.kaheel7.com/userimages/black_hole_milkyway_00.JPG
Baru-baru ini para saintis menemui  adanya bintang-bintang yang disebut sebagai  lubang hitam, yang memiliki ciri khas pada tiga sifat:
1 - tidak terlihat (nampak).
2 – bergerak  pada kecepatan tinggi.
3 - menarik segala sesuatu yang dekat kepadanya selalu menyapu halaman langit.
Bahkan para saintis  pun menyebutnya sebagai  pembersih alam semesta, dan yang menakjubkannya lagi bahawa perkara  tersebut telah disebutkan dalam Al-Quran dalam  firman Allah:
َفلَا أُقْسِمُ بِالْخُنَّسِ * الْجَوَارِ الْكُنَّسِ
“ Sungguh, aku bersumpah dengan bintang-bintang,  yang beredar dan terbenam ”. (At-Takwir:: 15-16].
Perkataan  "al-khunnas" berarti tidak nampak.  Dan "al-jiwar"  adalah yang bergerak, sedangkan "al-kunnas"  yang membersih  dan menarik segala sesuatu oleh adanya graviti yang sangat kuat tarikannya.  Bukankah ayat ini membuktikan kehebatan  Al-Quran?
http://www.kaheel7.com/userimages/black_hole_milkyway.JPG

Api didasar lautan




http://www.kaheel7.com/userimages/lava_00000.JPG
Baru-baru ini muncul sebuah fenomena yaitu terjadi retakan di dasar lautan yang mengeluarkan lava, dan lava ini menyebabkan air mendidih hingga suhunya lebih dari seribu derajat Celcius. Meskipun suhu lava tersebut luar biasa tingginya, ia tidak bisa membuat air laut menguap, dan walaupun air laut ini berlimpah luah, ia tidak bisa memadamkan api. Allah bersumpah dengan fenomena kosmik unik ini. Firman-Nya:
(وَالْبَحْرِ الْمَسْجُورِ) [الطور: 6].
“dan laut yang di dalam tanahnya ada api”
http://www.kaheel7.com/userimages/lava_0001.JPG
Para ilmuwan telah memperlihatkan fenomena ini melalui foto, untuk menjadi bukti bahwa Al-Quran mukjizat di zaman kita.
http://www.kaheel7.com/userimages/lava_0003.JPG

Bukti amerika berperang kerana agama kristian



http://www.yaqen.net/news.php?action=image&id=1659

Gambar tentera cacat kerana berperang di Iraq



http://www.yaqen.net/news.php?action=image&id=226

Bandar-bandar Besar di amerika akan muncul masjid-masjid baru



http://www.moheet.com/image/43/225-300/436328.jpg
Kerajaan amerika menjangkakan seluruh bandar-bandar besar di amerika akan memiliki masjid-masjid yang akanmerubahkan suasana dan budaya amerika  jika diamati perkembangan Islam yang begitu cepat. Alhamdulillah dengan adanya Teknologi dan IT sekarang Islam telah tersebar setiap detik sehingga kerajaan amerika terpaksa mengiklankan kebimbangan mereka terhadap perkembangan Islam dalam iklan-iklan mereka dalam bas pengangkutan awam danmedia massa mereka. Kini seolah-olah Islam berkembang secepat kalajuan IT dan Teknologi ke seluruh dunia dan media.
Semoga Allah SWT memberi semangat kepada umat Islam untuk terus mempertahankan keimanan dan sentiasa menolak nikmat maksiat serta syirik kepada Allah SWT dalam semua kegiatan kehidupan kita seharian. Semoga dengan semangat dan kesungguhan tersebut dapat mempercepatkan Sinar Ilahi menerangi dunia ini dan memakmurkan penduduk dunia yang jauh dari hasutan syaitan laknatullah.
واشنطن : بالتزامن مع الجدل المحتدم داخل أمريكا حول خطط لبناء مسجد في موقع برجي مركز التجارة العالمية في نيويورك ، كشفت صحيفة "كريستيان ساينس مونيتور" الخميس أن كبريات المدن بالولايات المتحدة تشهد حملة دعائية معادية للإسلام تتخذ من حافلات المواصلات العامة وسيلة للترويج لأفكارها وإذكاء جدل حول مكانة الإسلام في المجتمع الأمريكي.
وأضافت الصحيفة أن جماعة تطلق على نفسها اسم "أوقفوا أسلمة أمريكا" بدأت بإلصاق إعلانات دعائية في حافلات نقل الركاب العامة في المدن الكبرى تحث فيها المسلمين على الردة عن دينهم.
ومن الشعارات التي تحملها الملصقات الدعائية في الحافلات وتدعو المسلمين للارتداد عن دينهم " "هل أنت مستعد لتحمل فتوى ضدك؟" و"هل أسرتك أو جماعتك تهددك؟" و"هل تركت الإسلام؟" .
ومن جانبها ، ذكرت قناة "الجزيرة" أن بعض منظمات الحقوق الدينية بالولايات المتحدة أعربت عن قناعتها بأن الهدف الحقيقي من تلك الحملات هو إثارة الفزع من الإسلام.
تاريخ التحديث :- 
توقيت جرينتش : الخميس , 29 - 7 - 2010 الساعة : 10:36 مساءً
توقيت مكة المكرمة : الجمعة , 30 - 7 - 2010 الساعة : 1:36 صباحاً

Muslimah Palestin turut terlibat dalam pembinaan terowong dan pencarian sumber air



http://www.middle-east-online.com/pictures/biga/_95659_gaza.jpg
فلسطينيات تحترفن حفر الخنادق لكسب الرزق
Hamas membenarkan wanita Palestin untuk terlibat sama dalam usaha mencari sumber air di ladang-ladang bagi menampung keperluan air dalam sistem pertanian di Gaza.
Semoga Allah SWT  teus memberi tarbiah kepada umat Islam Palestin dalam persediaan menyambut kedatangan Imam Mahdi dan Nabi Isa A.S., hanya insan yang benar-benar mulia dan murni dari kalangan umat Islam sahaja yang akanmenyertai kader-kader dakwah Iman Mahdi dan Nabi Isa A.S..
'غزاويات' يقتحمن مجالا جديدا في القطاع المحاصر بسعيهن لكسب الرزق عن طريق حفر خنادق في الحقول لتجميع مياه الأمطار.
ميدل ايست اونلاين
دير البلح (قطاع غزة) - من نضال المغربي
تخوض مجموعة من الفلسطينيات مجالا جديدا في قطاع غزة بسعيهن لكسب الرزق عن طريق العمل في حفر خنادق في الحقول لتجميع مياه الأمطار.
وقال مسؤولون في اتحاد لجان العمل الزراعي الذي يحصل على تمويل دولي ان نحو 300 امرأة تقدمن للعمل في حفر الخنادق بحقول غزة في إطار مشروع نظمه الاتحاد.
وعلى الرغم من أن نساء غزة عادة ما تعملن في مزارع الأسرة لجمع ثمار الفاكهة والخضروات الا أن هذه هي المرة الأولى التي تحملن فيها أدوات الحفر لممارسة عمل كان عادة حكرا على الرجال في القطاع المحافظ حيث تصل نسبة البطالة الى 60 في المئة.
وقالت الفلسطينية نجاح الفرا انها ستعمل في حفر الخنادق لرعاية أطفالها العشرة بعدما تركها زوجها.
وأضافت "أنا نزلت للشغل لان ظروفي صعبة جدا. أنا أكسب 1200 شيقل (ما يعادل 318 دولارا) كل عشرين يوما."
وقال محمد البكري المدير التنفيذي للاتحاد ان هدف الاتحاد اعطاء النساء فرصة متساوية مع الرجال في مشروعات توفير فرص العمل بقطاع غزة الذي تسيطر عليه حماس.
وأضاف "كنا متخوفين في البداية ولكن أثبتت النساء أنهن أكفاء للقيام بالعمل."
وقالت امرأة تدعى حنان ان القيام بمثل هذا العمل اليدوي قد يكسر الأعراف والتقاليد في قطاع غزة لكنها مهتمة أكثر بكسب قوت اطفالها الأربعة.

Ayat Al-Quran yang telah membunuh 4 jin



http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs364.snc3/23501_393080507256_267755442256_4286332_6684630_n.jpg
Dalam salah satu sembahyangnya, Khulaid dalam qiraatnya telah membaca ayat yang bermaksud: " Tiap-tiap jiwa akan merasai mati " (Al-A'nkabut) Dia telah mengulangi ayat itu beberapa kali sehinggakn tiba-tiba dia terdengar suara orang yang mengatakan kepadanya: " Berapakali kamu mesti  ulangi ayat tersebut ?  Bacaan kamu telah menyebabkan kematian empat jin !!! "

Tangisan yang menyebabkan Para Malaikat turut menangis



http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs246.snc4/39614_138360089530850_100000705805449_223895_7355408_n.jpg
Pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. telah mendengar seorang sahabat Baginda  s.a.w. yang sedang membaca Al-Quran. Apabila sampai keayat yang bermaksud:
"Maka apabila langit terbelah dan menjadi merah seperti kulit yang merah"(AL-RAHMAN-37)
Bulu roma sipembaca itu berdiri tegak dan dia menangis tersedu-sedu sambil bertanya:"Aduh, apakah yang akan berlaku pada diriku apabila langit terbelah? Malang sungguh nasibku ini." Nabi Muhammad s.a.w.berkata kepadanya:" Tangisanmu telah menyebabkan para malaikat turut menangis bersama-sama."

Sahabat Rasulullah SAW meninggalkan dunia apabila membaca Al-Quran



http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs047.snc3/13452_131402310226672_100000707116816_194700_855544_n.jpg
Pada suatu ketika Zurarah bin Aun sedang bersembahyang dimasjid. Apabila ia membaca ayat yang bermaksud: " Maka apabila ditiup sangkakala, maka yang demikian dihari itu, hari yang payah" (Al-Maudasir-8-9) Zurarah bin Aun jatuh dan meninggal dunia!!!

Gelombang baru kebajikan



SELEPAS menjalani kehidupan ber jimat cermat, bekas tentera Taiwan, Hu Shou-hung mendermakan segala-galanya yang ada padanya iaitu harta bernilai AS$30,000 (RM96,408) kepada badan amal.
Warga emas berusia 88 tahun yang menyewa sebuah rumah buruk di bandar kecil Hsinpu di utara pulau itu menjadi tajuk-tajuk utama akhbar apabila dia memberikan simpanan sepanjang hayatnya kepada kumpulan veteran perang untuk membantu anak-anak yatim piatu ahli yang meninggal dunia.
"Wang sepatutnya diberikan kepada mereka yang memerlukan. Saya sudah tua dan subsidi bulanan yang diberikan oleh kerajaan sudah cukup untuk menampung hidup," kata Shou-hung yang mendapat AS$420 (RM1,350) sebulan.
Shou-hung merupakan seorang daripada gelombang amal baru yang melanda Taiwan. Di negara itu semakin ramai golongan sederhana yang memberi sumbangan kepada mereka yang kurang bernasib baik.
Apa yang menakjubkan ialah mereka melakukannya tanpa mengharapkan balasan, baik menjadi terkenal atau mahu selamat pada kehidupan seterusnya, tetapi membantu orang lain seikhlas mungkin.
Pemerhati trend itu menyatakan bahawa ia dimulakan oleh Chen Shu-chu, seorang penjual sayur berusia lewat 50-an yang mendermakan NT$10 juta (RM995,651) kepada badan amal khususnya kepada anak-anak yatim.
Dia telah menyumbang selama bertahun-tahun namun perhatian hanya diberikan di Taiwan dan di peringkat antarabangsa selepas majalah Time menamakannya sebagai antara 100 individu paling berpengaruh di dunia pada tahun ini.
"Keputusan saya dipengaruhi oleh dia," kata Shou-hung ketika menutup radio, satu-satunya hiburan dalam ruang tamu yang sempit sebelum merenung ke arah dinding yang catnya hampir tertanggal.
"Saya terfikir jika perempuan seperti Shu-chu boleh melakukan pelbagai perkara baik, kenapa tidak saya?" katanya selepas lama mendiamkan diri.
Shou-hung yang enggan disensasikan oleh media di Taiwan telah menyalakan semula minat saling memberi kata badan amal terlibat.
United Way of Taiwan yang beribu pejabat di Taipei dan membantu golongan orang kurang upaya (OKU) menyatakan, sejak beberapa minggu lalu nilai sumbangan yang diperoleh melonjak lebih satu pertiga kepada lebih NT$100,000 (RM9,946).
"Apa yang penting mengenai Shu-chu ialah secara tiba-tiba ramai golongan yang kurang berada memberi sumbangan kecil tetapi secara berterusan.
"Ia adalah satu bantuan besar kepada orang lain," kata Hu Yu-fang dari United Way of Taiwan.
Keghairahan mungkin menurun selepas Shu-chu memilih untuk menyembunyikan diri, namun impaknya akan kekal, demikian menurut beberapa badan amal.
Bekerja 18 jam
"Shu-chu bak benih yang tertanam dengan akarnya menembusi hati ramai orang. Pengaruhnya sangat meluas," kata pekerja sosial kanan di Yayasan Kanak-Kanak dan Keluarga Taiwan di bandar Taichung, Phyllis Weng.
Shu-chu yang dilahirkan dalam keluarga miskin dengan lapan perut perlu diisi, menghabiskan masa 18 jam bekerja sehari bagi mengumpulkan harta sedikit demi sedikit sebelum diserahkan kepada badan amal.
Ketika pakar-pakar tertanya-tanya apakah yang menjadi motivasi kepada komitmen sepanjang hayatnya untuk melakukan perkara baik, penderma yang cukup malu dengan media itu ringkas menyatakan yang dia gembira setiap kali dapat menghulur bantuan.
"Ia memeranjatkan dan menjadikannya unik. Tidak seperti sebilangan kumpulan domestik yang memberi bantuan untuk keselamatan hidup selepas mati dan atas sebab-sebab keagamaan, Shu-chu melakukannya tanpa sebab-sebab tertentu sejak 47 tahun lalu," kata pakar sains sosial, Chang Wei-an di Universiti Kebangsaan Tsing Hua.
Sudah menjadi tradisi, masyarakat Cina mendermakan wang kerana percaya ia dapat menebus dosa-dosa mereka atau saudara mara mereka.
Sebilangan yang lain melakukannya atas sebab lain, seperti peluang untuk menerima rebat cukai daripada kerajaan.
Motif Shu-chu lebih mudah dan mendalam iaitu menyumbang kepada masyarakat. Itu merupakan garis panduan hidup masyarakat Cina sejak berkurun lamanya.
"Cara berfikir sebegini menjadi amalan pelbagai peringkat masyarakat. Ia diturunkan daripada satu generasi ke generasi lain menerusi cerita legenda dan drama, bukan daripada buku-buku," kata Wei-an lagi. - AFP

Iran dakwa rokok seludup ada darah babi



TEHERAN - Seorang pegawai Iran menyatakan rokok yang diseludup ke Iran telah dicemari dengan darah babi dan bahan nuklear sebagai sebahagian daripada satu konspirasi negara-negara Barat.
Agensi berita separa rasmi Iran, Mehr memetik jurucakap Persatuan Memerangi Perokok, Mohammad Reza Madani sebagai berkata, rokok seludup jenama Marlboro telah dicemari dengan hemoglobin babi dan bahan nuklear yang tidak dikenal pasti.
Dia mendakwa syarikat Philip Morris International yang menjual rokok jenama Marlboro di luar Amerika Syarikat (AS) diketuai rejim Zionis dan ia dengan sengaja mengeksport rokok yang telah dicemari.
Namun, dia tidak menyediakan bukti atau maklumat mengenai rokok yang tercemar itu. Laporan semalam turut tidak menjelaskan maklumat lengkap mengenai bagaimana rokok darah babi itu ditemui.
Pemerintah Iran yang kerap mendakwa negara-negara Barat melakukan beberapa konspirasi menyatakan, sebanyak 20 bilion rokok diseludup masuk ke Iran setiap tahun. - AP

Sembang lucah di iPhone 4




Pelakon filem lucah, Teagan Presley menguji perkhidmatan sembang lucah dengan menggunakan iPhone 4 baru-baru ini.


NEW YORK - Orang ramai kini boleh bersembang lucah secara langsung menerusi panggilan video iPhone 4 keluaran Apple Inc., di Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.
Dengan menggunakan perisian Face Time iPhone 4, banyak syarikat di AS termasuk firma pengiklanan lucah, Craiglist giat memajukan sidang video perbualan lucah.
Di lima bandar raya AS, firma Craiglist itu menyiarkan iklan-iklan mencari model khusus untuk sesi bicara video seks di Face Time.
Perisian FaceTime membolehkan pengguna iPhone 4 membuat panggilan video menerusi sambungan Wi-Fi dengan menggunakan kamera dan skrin telefon tersebut.
Baru-baru ini, seorang pelakon filem lucah, Teagan Presley menguji perkhidmatan Face Time dengan menggunakan iPhone 4.
Populariti perkhidmatan terbaru itu meningkat ekoran berlaku perubahan dalam industri pornografi global masa kini.
Pengguna-pengguna kini tidak mahu melihat model-model lucah di Internet sebaliknya mahu bersembang dengan mereka. Sesi bersembang itu dijangka mengenakan bayaran AS$5 (RM15.90) dan AS$6 (RM19.08) selama satu minit dengan bayaran dibuat menggunakan kad kredit. - Agensi

Sumber nadi kini bawa malapetaka






WAJAHNYA kelihatan sugul. Hujan yang tidak henti mencurah sejak beberapa hari lalu mengundang keresahan. "Sangkaan saya ia hujan biasa saja. Tak sangka pula sebegini lebat dan berlarutan dalam tempoh yang panjang. Dalam keadaan ini, macam-macam perkara buruk boleh berlaku," keluh Wang Guisheng, 72.
Luahan warga emas dari Kampung Yiluo, China itu ada sebabnya. Bukan dia seorang saja berperasaan sedemikian. Perasaan itu turut menyelubungi penduduk tempatan yang lain sejak kebelakangan ini, terutamanya kelompok petani dan penternak.
Mereka menyifatkan hujan lebat tanpa penghujung itu boleh menyebabkan banjir dahsyat seperti yang pernah berlaku pada 12 tahun lalu. Bah besar itu telah memusnahkan tanaman dan ternakan yang selama sedekad lalu diusahakan dengan penuh jerih payah. Paling menakutkan, bah yang kuat boleh menghanyutkan rumah mereka sekelip mata.
Ternyata sangkaan dan kebimbangan sejak beberapa minggu sudah benar-benar terjadi. Hujan lebat yang melanda di bahagian tengah, selatan dan beberapa wilayah di negara itu sejak awal Julai lalu telah menyebabkan paras air di beberapa buah sungai dan tasik meningkat ke paras bahaya. Sungai Yangtze tidak terkecuali.
Bacaan paras air di Sungai Yangtze pada tahun ini lebih tinggi berbanding paras air yang tercatat pada tahun 1998. Tragedi 12 tahun lalu itu telah mengorbankan seramai 4,150 orang manakala 18 juta yang lain pula terpaksa dipindahkan ke tempat yang selamat.
Dari aspek geografi, Sungai Yangtze merupakan sungai terpanjang di China dan di Asia serta ketiga terpanjang di dunia.
45 juta tahun
Menurut laporan jurnal ahli geologi dan pengkaji dari Universiti Durham, England, Dr. Alexander Densmore, sungai sepanjang 6,300 kilometer itu berusia 45 juta tahun dan bukannya satu dan dua juta tahun seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.
"Aliran Sungai Yangtze berpunca dari wilayah Qinghai dan mengalir ke arah timur serta Laut China Timur di Shanghai. Sebagai sungai terbesar di wilayah ini, Sungai Yangtze amat penting dari aspek sejarah, kebudayaan dan ekonomi di China.

DAHSYATNYA malapetaka yang dibawa Sungai Yangtze membuatkan bangunan- bangunan pencakar langit seumpama deretan rapuh yang sedia untuk runtuh.


"Di bahagian tengah dan hulu sungai terebut terdapat tiga lembah iaitu Qutang, Wuxia dan Xiling. Apabila digabungkan panjang ketiga-tiga lembah hampir mencecah 200 kilometer dan di situ tersimpan rahsia pemandangan yang indah," ulas Densmore.
Secara puratanya, kebanyakan petani di China amat bergantung pada aliran air Sungai Yangtze untuk kemudahan harian dan kesuburan tanaman.
Buktinya, pada tahun lepas kerajaan China terpaksa menyalurkan air dari Sungai Yangtze bagi membantu berjuta-juta penduduk termasuk petani yang dilanda kemarau terburuk sejak awal 1950-an.
Ternakan dan tanaman
Menurut Pegawai Kanan Kementerian Sumber Air, Zhang Zhitong, lebih 4.3 juta penduduk dan 2.1 juta ternakan menghadapi masalah kekurangan air dalam kemarau itu termasuklah di wilayah tanaman padi di tengah dan barat daya China.
Enggan membiarkan masalah kemarau berterusan membebankan penduduk, air dari Sungai Yangtze disalurkan dengan segera ke kawasan utama Wilayah Jiangsu dan bahagian timur di wilayah tersebut.
Selain itu, sumbangan Sungai Yangtze bukan sahaja terletak pada sumber air untuk tanaman para petani. Ia juga bertindak sebagai infrastruktur bagi meningkatkan ekonomi di China.
Pada penghujung tahun lalu, kerajaan China membuka terowong pertama merentasi dasar Sungai Yangtze hasil teknologi kejuruteraan canggih.
Proses pembuatan terowong yang menelan kos sebanyak AS$292 juta (RM935 juta) itu menghubungkan sistem lalu lintas di pusat bandar Wuhan .
"Pada masa yang sama terowong sepanjang 3.63 kilometer dengan empat lorong itu menjimatkan masa perjalanan daripada 30 minit menjadi tujuh minit antara bandar raya di wilayah selatan dengan pusat perniagaan daerah Hankou," jelas salah seorang pegawai tempatan.
Dalam aspek yang lain, Sungai Yangtze turut dijadikan laluan perantaraan dan persinggahan kapal dagang antarabangsa. Apatah lagi lokasinya yang strategik memudahkan kapal-kapal dari China belayar ke laut seterusnya ke destinasi yang direncanakan.
Namun malangnya, selain dianggap sebagai lubuk sumber asli dan rezeki, pada masa yang sama Sungai Yangtze dianggap pembunuh kejam dan tegar.
Paras air sungai yang meningkat ketika musim hujan boleh membawa limpahan deras dan banjir dahsyat di sekitar wilayah laluannya.
Mengikut sejarah, sebelum berlakunya tragedi banjir dek limpahan Sungai Yangtze pada tahun 1998, China terlebih dahulu meratapi kematian 100,000 nyawa pada 1911 gara-gara paras air Sungai Yangtze meningkat. Dua dekad selepas itu, 145,000 orang pula menjadi mangsa diikuti 142,000 nyawa telah terkorban sekitar tahun 1935.
Korban nyawa

USAHA menyelamat dan memindahkan mangsa banjir sedang giat dijalankan di kawasan terlibat di China.


Terbaru, sejak hujan lebat melanda beberapa wilayah di negara itu, kerajaan tempatan melaporkan lebih daripada 700 orang terbunuh, 100,000 masih hilang manakala lebih 700,000 penduduk terpaksa dipindahkan akibat banjir dan tanah runtuh di wilayah Shaanxi dan Sichuan.
"Kami kerap berhadapan dengan tragedi banjir yang serius setiap 10 tahun terutamanya hujan lebat yang bermula sejak bulan Jun sehingga bulan Ogos setiap tahun.
"Tetapi dengan pembinaan Empangan Three Gorges iaitu projek hidro elektrik terbesar di dunia ini barangkali kejadian banjir dashyat akan berlaku 100 tahun sekali," ujar Timbalan Ketua Jurutera di Jawatankuasa Sumber Air Sungai Yangtze, Wang Xiamao pada hari pembukaan empangan berkenaan.
China sebelum ini mempertahankan pembinaan empangan mega itu mendatangkan tiga faedah utama seperti menghalang banjir yang berpunca daripada peningkatan paras air di Sungai Yangtze, menjana kuasa dan membaiki sistem pelayaran di Sungai Yangtze.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Sumber Air Sungai Yangtze, Wei Shanzhong menyifatkan Empangan Three Gorges bukanlah penawar terbaik bagi masalah banjir di China. Biarpun sesetengah pihak bersetuju dengan tujuan pembinaan empangan itu tetapi Wei Shanzhong berpendapat bahawa paras air di empangan itu juga ada hadnya.
Kualiti kebersihan
Memetik pendapat Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Ahmad Zaharin Aris, biarpun China mengambil inisiatif dengan membina Empangan Three Gorges tetapi mereka tidak boleh terlalu bergantung pada empangan berkenaan, memandangkan setiap empangan di seluruh dunia mempunyai paras tampungan air yang tertentu.
"Walau sebesar manapun empangan atau teknologi canggih digunakan, ia tidak bermakna jika kualiti kebersihan sungai tidak dititikberatkan. Maka, kekerapan banjir tetap terjadi. Inilah situasi yang sering dialami oleh penduduk China sejak beberapa tahun.
"Peningkatan kepadatan jumlah penduduk dan kepesatan pembangunan di sekitar Sungai Yangtze sedikit sebanyak menghalang proses pendalaman dan pelebaran sungai.
"Tambahan pula perkembangan perindustrian di China secara tidak langsung menyumbang kekotoran pada sungai berkenaan," ulas Ahmad Zaharin yang menyifatkan sampah sarap di yang dihanyutkan ke sungai itu juga menyekat sistem pengaliran.
Hal yang sama juga bakal berlaku di Malaysia jikalau orang ramai tidak bertanggungjawab dengan mencemarkan Sungai Kelang yang bersambung dengan Sungai Gombak yang menjadi titik permulaan Kuala Lumpur.

USAHA membina benteng daripada guni pasir ini seumpama sia-sia.


Disebabkan sungai ini mengalir melalui Lembah Klang yang padat jumlah penduduk pencemaran sungai ini semakin ketara. Pembangunan pesat pula telah mengecilkan sebahagian sungai sehingga ia menyerupai parit besar. Keadaan sungai sebegini sering mengakibatkan banjir kilat di Kuala Lumpur, terutamanya apabila hujan lebat.
Dengan terbinanya terowong Syarikat Mengurus Air Banjir &Terowong Sdn. Bhd. (SMART), ia membantu mengalirkan air dari hulu Sungai Kelang dan Sungai Ampang ke terowong itu. Maka, sekitar Masjid Jamek, Jalan Tun Perak, Lebuh Ampang dan Jalan Melaka terselamat daripada masalah banjir.
"Sehubungan itu, janganlah kita terlalu bergantung pada terowong SMART saja. Saranan saya agar masyarakat dan pelbagai pihak bertanggungjawab memelihara dan memulihara sungai tempatan.
"Pengurusan air sungai secara sistematik dan berterusan dapat menjamin kesejahteraan dan mampu menghalang kejadian banjir," katanya kepada Kosmo!.
Jelas Ahmad Zaharin setiap sungai berpotensi menyebabkan banjir yang dahsyat. Jadi, tiada gunanya jika Malaysia mempunyai kuantiti sungai yang banyak jika kualiti tidak terpelihara.

Misteri wajah manusia di planet Marikh terlerai




SATU siri gambar menunjukkan perubahan kualiti imej yang dirakamkan dari sebuah bukit di Marikh dari Julai 1976 hingga 2001.


HOUSTON - Sekeping gambar yang menunjukkan wajah manusia di permukaan planet Marikh yang dirakamkan kapal angkasa Viking 1 Amerika Syarikat (AS) pada Julai 1976 lalu sebenarnya sebuah bukit berbatu besar di tengah padang pasir, lapor sebuah akhbar semalam.
Gambar itu mencetuskan teori konspirasi kononnya Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat (AS) merahsiakan bahawa Marikh sudah memiliki tamadun tersendiri.
Namun, gambar wajah manusia itu dirakamkan kembali oleh sebuah kapal angkasa peninjau pada 25 Julai lalu dari jarak 1,873 kilometer dengan menggunakan kamera definisi tinggi HiRise.
Gambar terbaru itu mendedahkan wajah asal tersebut disebabkan sudut pantulan cahaya matahari yang membentuk lengkok kawah permukaan. - Agensi

Kos kahwin anak Clinton RM9.54j



CHELSEA CLINTON


RHINEBECK, New York - Kos perkahwinan Chelsea Clinton berumur 30 tahun yang merupakan anak bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Bill Clinton di sebuah hartanah peribadi di New York hari ini dianggarkan mencecah lebih AS$3 juta (RM9.54 juta).
Walaupun pakar-pakar industri perkahwinan menganggarkan kosnya hampir AS$5 juta (RM15.9 juta), namun Timbalan Editor majalahBrides, Sally Kilbridge menyatakan Chelsea tidak akan bersikap begitu ekstrem.
"Saya fikir kosnya ialah di antara AS$2 juta (RM6.3 juta) hingga AS$3 juta (RM9.54 juta)," katanya.
Antara kos anggaran yang dinyatakan oleh Kilbridge ialah gaun perkahwinan Vera Wang berharga AS$20,000 (RM63,630), kek lima tingkat buatan Sylvia Weinstock berharga AS$20,000 (RM63,630), kos bunga-bungaan AS$250,000 (RM795,374) dan katering bernilai AS$750,000 (RM2.38 juta).
Anggaran lain meliputi khemah berharga AS$600,000 (RM1.9 juta), kos tandas bergerak AS$15,000 (RM47,722) hingga AS$20,000 (RM63,630) dan kos hiburan AS$40,000 (RM127,260).
Chelsea yang juga anak perempuan Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton itu berkahwin dengan seorang pegawai bank pelaburan, Marc Mezvinsky berusia 32 tahun.
Kira-kira 500 orang tetamu diundang untuk menghadiri majlis itu.
Bill yang menjadi Presiden AS pada tahun 1993 hingga 2001 sebelum George W. Bush dan Barack Obama itu dilaporkan tiada masalah untuk membiayai perkahwinan tersebut kerana beliau memperoleh pendapatan AS$40 juta (RM127 juta) hanya dengan mengadakan ceramah sejak enam tahun lalu. Bagi memastikan majlis berjalan lancar, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan turut membantu dengan mengumumkan zon larangan terbang di sepanjang tebing Sungai Hudson.
Pihak polis juga menjangka kehadiran kumpulan wartawan dan orang awam namun ketua polis negeri, Mejar Michael A. Kopy yakin bahawa pelan-pelan trafik yang digunakan pada acara-acara besar sebelum ini adalah berkesan untuk memastikan kelancaran majlis berkenaan. - AP

Misteri makhluk aneh di Britain




GAMBAR yang dirakamkan oleh Gill Pearce menunjukkan makhluk misteri yang berleher panjang di Goodrington, Britain.


EDINBURGH - Seorang wanita Britain, Gill Pearce merakamkan gambar yang menunjukkan imej seekor makhluk misteri mirip dinosaur yang berleher panjang, Plesiosaur pada Selasa lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Beberapa penduduk tempatan turut melihat makhluk itu yang pada mulanya disangka sebagai seekor penyu gergasi sedang mengejar sekumpulan ikan di Teluk Saltern Cove, di Goodrington dekat Paignton, Devon, England.
Pearce melaporkan penemuan itu kepada sebuah badan pemuliharaan marin Britain, Marine Conservation Society (MCS).
Gambar itu kemudian dikaji oleh pasukan pakar hidupan air dan dihebahkan ke seluruh dunia menerusi laman web mereka.
"Dia (Pearce) mengesan makhluk itu kira-kira pukul 3.30 petang waktu tempatan pada 27 Julai lalu dan sempat mengambil kamera untuk merakamkannya semasa ia muncul di permukaan air," kata seorang anggota MCS, Clare Fischer. - Agensi

Penduduk Pakistan anggap Amerika musuh



WASHINGTON 30 Julai - Majoriti rakyat Pakistan melihat Amerika Syarikat (AS) sebagai musuh, menentang kempen perang yang diketuai oleh AS di Afghanistan dan kurang bimbang mengenai ancaman Taliban dan al-Qaeda berbanding setahun lalu.
Walaupun Washington menyalurkan bantuan ekonomi dan ketenteraan berjumlah berbilion-bilion dolar kepada Islamabad, imej AS di Pakistan adalah yang paling negatif di kalangan 22 negara, yang tersenarai dalam tinjauan yang dibuat Pew Global Attitudes Survey 2010.
Tinjauan itu dijalankan dari 13 hingga 28 April lalu dengan meminta 2,000 rakyat Pakistan memberikan pandangan mereka mengenai 22 negara terlibat serta beberapa isu lain.
Sebanyak 59 peratus responden menggambarkan AS sebagai musuh, hanya 17 mempunyai tanggapan positif terhadap AS dan cuma 11 peratus menganggap Washington sebagai rakan, menurut hasil tinjauan yang disiarkan semalam.
Hanya lapan peratus yang mempercayai Presiden AS, Barack Obama akan mengambil langkah yang betul berhubung hal-ehwal dunia, peratusan terendah dalam tinjauan itu, manakala hanya 20 peratus berpandangan positif terhadap Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari, merosot daripada 64 peratus dua tahun lalu.
Kebanyakan rakyat Pakistan juga menentang campur tangan AS di Afghanistan, dengan 65 peratus responden mahu tentera AS dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) diundurkan dari negara jiran itu secepat mungkin, dan tidak ramai yang menganggap Taliban dan al-Qaeda sebagai ancaman serius terhadap negara mereka sendiri. - AFP
Hanya 25 peratus berpendapat Pakistan akan menerima kesan buruk jika Taliban kembali berkuasa di Afghanistan, manakala 18 peratus menganggapnya sebagai sesuatu yang positif dan 57 peratus lagi tidak mempunyai pandangan atau menganggapnya tidak membawa apa-apa kesan.
Responden tidak begitu bimbang mengenai kemungkinan Taliban dan al-Qaeda mengambil alih kuasa di Pakistan.
Hanya 54 peratus melihat Taliban sebagai ancaman besar, berbanding 73 peratus pada tahun lepas, sementara cuma 38 peratus menganggap al-Qaeda sebagai ancaman, menurun daripada 61 peratus setahun lalu.
Sebanyak 65 peratus responden mempunyai tanggapan negatif terhadap Taliban dan 53 peratus berpandangan negatif terhadap al-Qaeda.
Majoriti responden juga melihat India sebagai ancaman lebih besar berbanding Taliban atau al-Qaeda. - AFP

Air bawah glasier bawa ancaman





Beberapa juruteknik memasang alat amaran di glasier Tete Rousse di atas gunung Mont-Blanc di pergunungan Alps, selepas saintis menemui takungan air sebanyak 65,000 meter padu yang mengancam keselamatan penduduk di lembah Saint-Gervais di kaki pergunungan itu. – AFP



LYON 30 Julai – Satu takungan air yang boleh mengisi 20 kolam renang saiz Olimpik, terperangkap di dalam sebuah glasier di Gunung Blanc, dan boleh pecah pada bila-bila masa serta mengancam nyawa penduduk di sebuah lembah di Pergunungan Alp di Perancis.
Penyelidik di Pusat Kebangsaan bagi Penyelidikan Saintifik (CNRS) berkata, sebanyak 65,000 meter padu air yang ditemui terperangkap di dalam glasier Tete-Rousse boleh mencurah keluar dan memusnahkan segala yang berada di laluannya termasuk kampung-kampung berdekatan dan hampir 900 rumah kediaman.
Mala petaka sedemikian pernah berlaku di kawasan tersebut pada 1892, menyebabkan kira-kira 200 orang maut.
Penyelidik menemui takungan air itu sewaktu melakukan pemeriksaan rutin ke atas glasier berkenaan.
“Kami tidak menjangka menemui takungan air itu,” kata jurutera geofizik CNRS, Christian Vincent.
Beliau menyifatkan penemuan itu sebagai sesuatu yang jarang berlaku kerana air di dalam glasier selalunya meleleh keluar perlahan-lahan.
“Dalam kes ini, glasier itu memerangkap air yang sangat sejuk dan boleh meletup akibat tekanan. Ia sekarang seperti sebuah periuk tekanan,” kata Vincent.
Pihak berkuasa memberi amaran kepada kira-kira 3,000 penduduk dan memberitahu mereka mengenai langkah-langkah yang sedang diambil untuk mengalirkan air itu.
“Operasi mengepam air melalui lubang-lubang yang digerudi ke atas glasier itu akan dijalankan mulai pertengahan bulan depan sehingga Oktober ini untuk mengalirkan air itu,” kata Datuk Bandar St. Gervais, Jean-Marc Peillax. – Reuters

Asyraf juara Imam Muda





JUARA Imam Muda musim pertama, Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan (kiri) bersama pengetua, Hassan Mahmood (dua dari kiri); tenaga pengajar, Sharizan Daud At-Turabi serta pemenang tempat kedua, Hizbur Rahman Omar Zuhdi (kanan). – UTUSAN / MOHD NAIM AZIZ


KUALA LUMPUR 30 Julai – Setelah tiga bulan bersiaran, program pencarian imam di kalangan generasi muda iaitu Imam Muda akhirnya menobatkan Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan sebagai juara.
Kemuncak program pertama di dunia yang mengangkat peranan imam ke kaca televisyen itu berlangsung di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam malam ini.
Program itu turut mendapat perhatian dan permintaan daripada beberapa stesen penyiaran gergasi luar negara termasuk salah sebuah rangkaian televisyen di Switzerland dan Turki.
Beliau mengenepikan pencabar terdekatnya Hizbur Rahman Omar Zuhdi.
Selain trofi, sijil penyertaan dan kad tauliah yang diiktiraf Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hadiah turut merangkumi tawaran kontrak Imam Ratib di salah sebuah masjid di ibu kota, biasiswa pakej ‘berlian’ pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi, pakej menunaikan haji dan umrah, kereta Proton Exora serta wang tunai RM20,000.
Hadiah lain termasuklah pakej percutian ke Bandung selama 4 hari 3 malam, pakej perabot jati bernilai RM10,000, pakej spa Maghribi, komputer riba Apple Macbook Pro dan sebuah iPhone 3G.
Hizbur Rahman pula membawa pulang hadiah pakej ‘emas’ pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Saudi Arabia, pakej umrah, wang tunai RM15,000, pakej percutian ke Bandung 4 hari 3 malam dan pakej perabot jati bernilai RM7,000.
Hadiah lain termasuklah sebuah komputer riba Apple Macbook Pro, iPhone, pakej spa Maghribi di samping trofi, sijil penyertaan dan kad tauliah daripada Jawi.
Hadiah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.
Peserta Imam Muda dipandu oleh pengetua, Datuk Hassan Mahmood serta dua tenaga pengajar iaitu Ustaz Shahrizan Daud dan Syed Mohd. Norhisyam Tuan Padang

16 Waktu dan Tempat yang paling mustajab dimakbulkan doa


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs193.snc4/37974_138360556197470_100000705805449_223899_3413530_n.jpg
16 WAKTU DIMAKBULKAN DOA
  • MALAM JUMAAT ATAU SIANGNYA
  • MALAM HARI RAYA AIDIL FITRI
  • MALAM HARI RAYA AIDIL ADHA
  • MALAM 10 MUHAMRRAM
  • MALAM NISFU SYA'ABAN
  • MALAM 'LAILATUL QADAR'
  • MALAM SEPERTIGA MALAM YANG YANG AKHIR
  • KETIKA HENDAK BERBUKA
  • ANTARA AZAN DAN IQAMAH
  • PADA WAKTU KHATIB DUDUK ANTARA DUA KHUTBAH
  • SETELAH SELESAI SOLAT FARDHU
  • ANTARA ZOHOR DENGAN ASAR
  • SELEPAS KHATAM AL-QURAN
  • KETIKA MULA-MULA TURUN HUJAN TERUTAMA SELEPAS KEMARAU
  • SETELAH MELAKUKAN AMAL SOLEH
  • SELEPAS BERSEDEKAH KEPADA FAKIR MISKIN
16 TEMPAT DIMAKBULKAN DOA
  • KETIKA MELIHAT KAA'BAH
  • DITEMPAT MELAKUKAN TAWAF
  • DISISI MULTAZAM
  • DIBAWAH PANCURAN EMAS
  • DISISI TELAGA ZAMZAM KETIKA TENGGELAM MATAHARI
  • DIBELAKANG MAKAM IBRAHIM
  • DIATAS BUKIT SOLAT
  • DIATAS BUKIT MARWAH
  • DITEMPAT SA'I
  • DI ARAFAH TERUTAMA SELEPAS ASAR MENJELANG MATAHARI HENDAK MASUK
  • DI MUZDALIFAH
  • DI MINA
  • DISISI JAMRAH AL-ULA
  • DISISI JAMRAH AL-WUSTO
  • DISISI JAMRAH AL-'AQABAH
  • DIDALAM RAUDHAH MASJID NABAWI (MADINAH)
Terdapat lebih kurang 55 tempat lain yang diperkenankan doa kerana ia sebagai syiar ibadah Haji dan tempat-tempat ibadah yang disunnatkan.
(Sila rujuk: Safwan Fathy, Penyucian Hati, Warisan Al-Fathy, Shah Alam, cetakan ke-5, Julai 2000:154)