Pages

Thursday, October 31, 2013

Kisah Anak Soleh, Mengunyahkan Makanan Untuk Ibunya Yang Lumpuh




Ibu selalu menjadi ratu di hati anak-anaknya. Saat yang merawat dan membesarkan mereka saat mereka belum tahu apa-apa dan belum tahu banyak tentang kehidupan ini. Namun kisah yang satu ini, akan menyentuh hati nurani anda ..

Zhang Rongxiang adalah seorang ibu yang tengah hamil ,kemalangan telah menimpanya pada tahun 2010 lalu. Sejak saat itu, ia koma dan divonis mungkin tak akan pernah bangun lagi. Si suami, Gao Dejin, dan doktor yang merawat Zhang Rongxiang, mendapati bahawa wanita itu sedang hamil.

Hari-demi hari berlalu, Zhang memang tidak bangun. Namun pada tahun 2011, akhirnya ia melahirkan meskipun masih dalam keadaan koma. Zhang melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Gao Qianbo. Tidak seperti kebanyakan bayi yang lahir, Gao Qianbo tidak merasakan belaian dan pelukan dari si ibu.

 Gao Dejin, memutuskan membawa isterinya pulang untuk dirawat di rumah. Si anak juga selalu berada tidak jauh dari si ibu. Dua tahun berlalu, Gao Qianbo masih setia berada di sekitar ibunya.

Doktor memang mengatakan bahawa Zhang mungkin tidak akan pernah bangun. Oleh sebab itu, tak mungkin selamanya Gao Dejin membiarkan isterinya di hospital. Sambil terus berharap dan berdoa akan kesembuhan isterinya, Gao Dejin juga membesarkan anaknya dengan penuh kasih sayang.


 Pada bulan Mei lalu, suara malaikat kecil Qianbo membangunkan Zhang dari tidur panjangnya selama 2 tahun. Namun wanita ini tak boleh mengunyah makanan. Ia hanya boleh menelan makanan yang masuk di mulutnya. Tak disangka, Qianbo yang masih kecil ini melakukan sesuatu yang sangat menyentuh hati.


Qianbo membantu mengunyahkan makanan bagi ibunya dan menyuapkan makanan dari mulut ke mulut. Koma selama dua tahun memang membuat Zhang Rongxiang mengalami kelumpuhan dan tak boleh bergerak banyak. Namun ternyata, malaikat kecil yang ia lahirkan merawat ibunya yang sedang tak berdaya.

Kisah hidup Gao Qianbo dan si ibu ini menunjukkan kasih sayang yang sangat mendalam di antara ibu dan anak. Seharusnya mungkin seorang ibu yang mencurahkan perhatian dan kasih sayang merawat anaknya yang belum tahu apa-apa. Tapi Tuhan menganugerahkan seorang Qianbo yang begitu penyayang ketika ibunya tak boleh buat apa-apa.SUMBER

Arca zaman pemerintahan Rom di Britain ditemui


Arca helang membaham ular yang ditemui bulan lalu merupakan bahan peninggalan zaman pemerintahan Rom kini ditempatkan di Muzium Arkeologi London (MOLA). - AGENSI
LONDON 30 Okt. - Muzium Arkeologi London (MOLA) mengesahkan arca helang membaham ular yang ditemui di sini pada bulan lalu, merupakan bahan peninggalan pada zaman pemerintahan Rom di Britain kira-kira 19,000 tahun lepas.
Ukiran berukuran 65 sentimeter tinggi dan 55 sentimeter lebar itu berkeadaan baik dan sangat rapuh ketika ditemui oleh ahli arkeologi yang melakukan penggalian di Minories, timur London, namun pada awalnya, ia dikhuatiri merupakan salinan kepada arca asal.
Namun, pakar arkeologi MOLA, Micheal Marshall berkata, arca tersebut merupakan bahan peninggalan yang tulen yang dihasilkan pada abad pertama atau kedua dan merupakan satu daripada dua patung seumpamanya di dunia ini.
Satu lagi arca yang sama ditemui di Jordan pada 1937.
Ukiran itu menunjukkan seekor helang membaham seekor ular dan juga memaparkan simbol kebaikan (helang) menentang kejahatan (ular).
Menurut Marshall, banyak pegawai tentera, kerajaan dan pedagang Rom yang kaya disemadikan di Britain bersama barangan berharga mereka.
Jelasnya, arca helang yang ditemui itu dipilih bagi menunjukkan kebaikan dan keburukan, selain mempamerkan kekayaan keluarga si mati.
“Helang sering dikaitkan dengan simbol Rom dan penemuan baharu ini memberi gambaran tentang kehidupan Roman London dan menjelaskan minat penduduk ketika itu terhadap ikonografi dunia klasik yang meluas.
“Pengkebumian patung di bandar ini jarang dilakukan dan penemuan ini membantu pihak muzium memahami bagaimana kubur dan arca saling berkaitan serta menjadi kepercayaan penduduk Rom kira-kira 1,900 tahun lalu," jelasnya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131031/lu_09/Arca-zaman-pemerintahan-Rom-di-Britain-ditemui#ixzz2jF3GgWOs
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Istana pasir paling tinggi di dunia



ISTANA pasir yang dibina oleh Jarrett di pantai Point Pleasant, New Jersey kelmarin.- AFP


POINT PLEASANT, New Jersey - Seorang artis seni, Ed Jarrett mendapat pengiktirafan Guinness World Records kerana membina istana pasir paling tinggi di dunia.
Istana itu setinggi 11.63 meter (m) dan dibina di sini kelmarin.
Dia memecahkan rekod istana pasirnya sendiri yang dibuat pada tahun 2011 di Farmington, Connecticut, Amerika Syarikat yang mencatatkan ketinggian 11.30m. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1031&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2jEzqiR29 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki tinggal 10 tahun dalam kereta



KERETA Volkswagen yang menjadi rumah Oscar.- REUTERS


APODACA, Mexico - Seorang lelaki berusia 83 tahun, Oscar Almaguer tinggal di dalam sebuah kereta Volkswagen Beetle keluaran tahun 1967 di pinggir Monterrey, Mexico,
Warga emas itu menjadikan kereta tersebut sebagai rumahnya selepas dia bercerai dengan isterinya 10 tahun lalu.
Dia mengubah suai kereta tersebut dengan meletakkan kusyen dari sebuah kereta keluaran Volkswagen yang lain di dalam kenderaannya itu.
Sebahagian barang-barang milik warga emas itu seperti besen dan kasut disimpan di dalam hud kereta tersebut.
Dia juga menggunakan penutup plastik berwarna hitam untuk melindungi badan kereta tersebut daripada pancaran cahaya matahari.
Oscar tidak menggunakan kunci untuk menghidupkan enjin kereta itu.
Sebaliknya, dia menyambung dua wayar untuk menghidupkan enjin kereta tersebut.
Enjin kereta itu adalah dari sebuah model kereta sedan Volkswagen.
Kereta itu juga mempunyai alat selak kunci yang dipasang pada pintu kenderaan tersebut.
Walaupun dijadikan tempat tinggal, Oscar turut memandu kereta yang berusia 46 tahun itu. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1031&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2jEzRVsPX 
Hakcipta terpelihara