Pages

Wednesday, January 4, 2012

Isteri minum racun serangga bila suami kahwin lagi

JAKARTA: Seorang wanita berusia 28 tahun dikatakan minum racun serangga kerana marah apabila mengetahui suaminya, seorang anggota polis, bernikah sekali lagi.

Ketua Detektif Polis Pamulang, Didik Putra Kuncoro semalam, berkata polis masih menyiasat kes itu.

Seorang jiran, Rusdi berkata, wanita yang dikenali sebagai Ina, yang berada dalam dalam keadaan lemah, telah dikejarkan ke Hospital Sari Asih di Pamulang, Tangerang.

Rusdi berkata, sebelum minum racun serangga itu, Ina dan suaminya bergaduh.


Dia sering murung sejak suaminya bernikah lagi dan jarang pulang ke rumah. - Jakarta PostmyMetro | Isteri minum racun serangga bila suami kahwin lagi:

'via Blog this'

Kerjasama dengan Washington dikajisemula

ISLAMABAD: Pakistan mengkaji semula kerjasama masa depan dengan Amerika Syarikat ketika hubungan antara kedua-dua negara semakin merosot akibat serangan udara Nato.

“Mulai sekarang, semua persefahaman mesti dalam hitam putih. Kami akan memastikan semua perkara didokumenkan dengan baik,” kata seorang pegawai kanan keselamatan Pakistan.


Hubungan Amerika Syarikat-Pakistan terjejas teruk sejak serangan sulit yang membunuh Osama bin Laden Mei lalu serta serangan udara 26 November lalu berhampiran sempadan Afghanistan menyebabkan 26 tentera Pakistan terbunuh.

Pakistan sebelum ini menolak hasil siasatan bersama Amerika Syarikat-Nato yang merumuskan kesilapan kedua-dua belah pihak menyebabkan kematian anggota tentera itu.


“Jawatankuasa Parlimen mengkaji semula hubungan dengan Amerika Syarikat dan jenis hubungan yang sepatutnya kami jalinkan dengan Washington pada masa depan.


“Satu perkara yang boleh saya nyatakan mengenai hubungan pada masa depan itu ialah ia akan bersifat telus dan akan ada terma baru mengenai pembabitan bersama Amerika Syarikat dalam memerangi keganasan,” kata pegawai itu.

Menurut laporan New York Times, pegawai Amerika Syarikat percaya pakatan memerangi keganasan dengan Pakistan akan terjejas, sekali gus merumitkan keupayaan untuk melancarkan serangan terhadap pangkalan pejuang Islam di Pakistan dan operasi menghantar bekalan ke Afghanistan. - AFPmyMetro | Kerjasama dengan Washington dikajisemula:

'via Blog this'

Iran ancam kapal AS

TEHERAN: Kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat yang ditempatkan di Timur Tengah dilarang kembali semula ke pangkalannya di Teluk Parsi, kata Ketua Tentera Iran semalam.

“Iran tidak akan mengulangi amarannya. Kapal pengangkut pesawat musuh belayar ke Laut Oman berikutan kerana latihan tentera kami.


“Saya mengesyor dan menegaskan supaya kapal Amerika Syarikat itu tidak kembali ke Teluk Parsi,” kata Brigadier Jeneral Ataollah Salehi kepada wartawan.

“Saya menasihati dan memberi amaran kepada mereka (Amerika Syarikat) supaya tidak kembali ke Teluk Parsi kerana bukan amalan kami untuk memberi amaran lebih daripada sekali,” katanya.


Ataollah tidak menyebut nama kapal pengangkut pesawat berkenaan atau memberi butir terperinci mengenai tindakan yang akan diambil jika ia kembali.


Bagaimanapun, hanya USS John C Stennis beroperasi di Teluk ketika ini. Iran menamatkan latihan 10 hari di Teluk Isnin lalu dan memberi amaran ketika latihan berkenaan bahawa ia mungkin menutup Selat Hormuz jika kuasa asing mengenakan sekatan terhadap eksport minyak mentahnya.

Empat puluh peratus perdagangan minyak dunia menggunakan selat berkenaan.


Armada Kelima Tentera Laut Amerika Syarikat yang berpangkalan di Bahrain berkata, ia tidak akan membenarkan aktiviti perkapalan di selatan berkenaan terganggu.

Dalam pada itu, Iran semalam turut mengumumkan kejayaannya menguji dua peluru berpandu jarak jauh ketika latihan terbabit yang diadakan ketika ia berdepan dengan peningkatan tekanan dari Barat berkait dengan program nuklearnya.


Iran juga berkata ia tidak berniat untuk menutup Selat Hormuz tetapi melakukan latihan ‘olok-olok’ untuk menutup laluan strategik itu.


Teheran menolak tuduhan Barat bahawa ia cuba menghasilkan bom atom, sebaliknya berkata, ia memerlukan teknologi nuklear untuk menjana elektrik.


Amerika Syarikat dan Israel tidak menolak kemungkinan menggunakan tindakan ketenteraan terhadap Iran jika usaha diplomasi untuk menyelesaikan isu nuklear republik Islam itu gagal.


Kesatuan Eropah menimbang untuk mengekori jejak Amerika Syarikat dalam mengharamkan import minyak mentah Iran.


Presiden Barack Obama menandatangani sekatan baru terhadap negara itu Sabtu lalu, meningkatkan lagi tekanan dengan menambah sekatan terhadap institusi kewangan yang berurusan dengan bank pusat Iran. - ReutersmyMetro | Iran ancam kapal AS:

'via Blog this'

400,000 kad kredit digodam

BAITULMAQDIS: Seorang penggodam Arab Saudi mendakwa dia telah mendedahkan maklumat daripada 400,000 kad kredit milik warga Israel di internet.

Bagaimanapun syarikat pengeluar kad berkenaan berkata, hanya 14,000 kad yang terjejas.


Maklumat mengenai penggodaman itu didedahkan kelmarin dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman web sukan Israel.

“Hi, saya 0xOmar dari kumpulan-xp, kumpulan penggodam terbesar Wahabi dari Arab Saudi,” kata kenyataan itu.


“Kami adalah penggodam tanpa nama Arab Saudi. Kami memutuskan untuk mengeluarkan bahagian pertama data kami mengenai Israel,” kata kenyataan itu. Perhubungan dalam kenyataan itu menjurus kepada laman web mengandungi maklumat mengenai kad kredit rakyat Israel, selain kad untuk membeli barangan daripada laman web Yahudi dan mereka yang kerap menyumbang kepada Rabai Zionis Israel. - AFPmyMetro | 400,000 kad kredit digodam:

'via Blog this'

Jel 7 tahun jika sembelih lembu

BHOPAL: Menyembelih lembu di negeri Madhya Pradesh boleh menyebabkan penyembelihnya dipenjara tujuh tahun.

Negeri berkenaan yang diperintah oleh parti pelampau Hindu, Parti Bhartiya Janata (BJP) akan menguatkuasakan hukuman itu bagi kesalahan membunuh lembu dan juga penjualan atau pemilikan daging lembu, kata jurucakap negeri di tengah India itu.


“Ia akan dikuatkuasakan tidak lama lagi menerusi pemberitahuan rasmi,” katanya.

Lembu dianggap haiwan suci oleh penganut Hindu. - AFPmyMetro | Jel 7 tahun jika sembelih lembu:

'via Blog this'

Kereta mesra alam serba boleh

KERETA yang dihasilkan uintuk pertandingan anjuran syarikat Volkswagen.
KERETA yang dihasilkan uintuk pertandingan anjuran syarikat Volkswagen.

BEIJING: Seorang pencipta China menghasilkan rekaan baru sebuah kereta yang menakjubkan, yang boleh bergerak di atas jalan tar, pasir, ais dan juga air.

Kenderaan itu yang mempunyai kelajuan maksimum 92 kilometer sejam dan beroperasi seperti hoverkraf, boleh bergerak antara permukaan itu tanpa gangguan.


Yuhan Zhang, 21, menghasilkan kereta yang diberi nama Volskwagen Aqua untuk menyertai pertandingan anjuran syarikat pembuat kereta Jerman itu.

Ia dilengkapi dengan empat kipas dan digabungkan dengan dua beg angin yang boleh menggelembung untuk membolehkannya bergerak seperti hoverkraf.


Ia juga mesra alam kerana kedua-dua motornya menggunakan kuasa hidrogen tanpa mengeluarkan sebarang karbon.


Satu daripada motor itu menggelembungkan ‘skirt’ di sekeliling kenderaan itu untuk membolehkannya terapung sementara satu lagi memacunya ke depan dan mengawal arah.

“Tidak ada pengangkutan yang lebih baik daripada kenderaan kusyen udara kerana ia boleh bergerak dengan baik di darat, ais dan air.


“Saya berharap Aqua satu hari nanti akan menjadi kereta super yang mampu dimiliki oleh orang awam,” kata Zhang.

Peserta pertandingan berkenaan dikehendaki menghasilkan sebuah kenderaan yang boleh digunakan di luar jalan raya. - AgensimyMetro | Kereta mesra alam serba boleh:

'via Blog this'

Pasukan pemantau bantu reda keganasan di Syria


BEIRUT 3 Jan. - Setiausaha Agung Liga Arab, Nabil Elaraby berkata, pasukan pemantau Liga Arab sedikit sebanyak membantu meredakan kekejaman pasukan keselamatan terhadap penunjuk perasaan antikerajaan di Syria.

Beliau berkata, ia terbukti melalui kejayaan misi itu menyalurkan bekalan makanan ke bandar Homs, lokasi utama keganasan selain membebaskan kira-kira 3,484 tahanan.

"Syria perlu memberikan peluang kepada pasukan pemantau untuk membuktikan kehadirannya di negara itu," katanya.

Kenyataan Elaraby itu dibuat selepas badan penasihat Liga Arab kelmarin menggesa pasukan pemantau tersebut diundurkan segera dari Syria kerana kehadiran mereka tidak membawa kesan bagi meredakan kempen kekerasan rejim Presiden Bashar al-Assad ke atas penunjuk perasaan.

Kebanyakan pembangkang Syria pula kurang percaya misi tersebut boleh mendesak Assad menghentikan kekejaman.

Elaraby, sebaliknya menggesa kerajaan pimpinan Assad melaksanakan satu pelan damai menyeluruh termasuk mengarahkan tentera dan kereta kebal berundur dari bandar-bandar.

Sementara itu, keadaan tidak banyak berubah di Syria, semalam apabila keganasan demi keganasan terus berlaku di seluruh negara.

Menurut pembangkang, pemberontak bersenjata Syria semalam menahan berpuluh-puluh anggota tentera apabila menawan dua pos kawalan, sementara satu pertempuran antara pemberontak dan tentera turut berlaku di pos kawalan ketiga.

Agensi berita SANA melaporkan, pasukan pemantau semalam turut melawat bandar Rastan, Baba Amro dan Idlib, selain bertemu penduduk. - REUTERSUtusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Iklan gigi paus di Facebook



Bangkai paus sepanjang 12 meter terdampar di pantai Old Hunstanton, utara Norfolk malam Krismas baru-baru ini. - AGENSI


LONDON 3 Jan. - Seorang lelaki yang cuba menjual gigi dan tulang rahang ikan paus di laman web Facebook diberi amaran akan berdepan dengan dakwaan.

Bangkai paus sepanjang 12 meter itu hanyut di pantai Old Hunstanton, utara Norfolk malam Krismas baru-baru ini.

Seorang lelaki pada Ahad lalu telah mengiklankan untuk menjual gigi ikan paus itu di dalam Facebook pada harga 5 pound (RM25) setiap batang atau 45 pound (RM222) untuk tulang rahangnya.

Lelaki dari barat Norfok itu sedang disiasat polis kerana menjual bahagian-bahagian paus yang telah mati. Penjualan bahagian-bahagian ikan paus yang telah mati tidak dibenarkan dan sesiapa yang cuba untuk memperdagangkan haiwan terancam ini akan didakwa.

Paus adalah haiwan yang dilindungi di bawah Suruhanjaya Paus Antarabangsa dan perdagangan giginya turut diharamkan di bawah Konvensyen Perdagangan Antarabangsa bagi Spesis Terancam (CITES).

Jurucakap Jabatan Alam Sekitar, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar berkata, sebarang penemuan paus tidak boleh diambil atau dimusnahkan tanpa kebenaran majlis tempatan dan Agensi Pengawal Pantai dan Maritim.

Paus besar itu kini menjadi tarikan pelancong sejak ia terdampar di pantai itu dan dilaporkan beribu-ribu pengunjung datang ke resort tepi pantai popular itu untuk menyaksikan bangkai haiwan itu.

Paus itu dipercayai telah mati beberapa lama sebelum ini dan ia kini sedang mereput di pantai tersebut dan dijadual akan dipindahkan dalam tempoh beberapa hari lagi. - AGENSIUtusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Suspek dera anak botak kepala elak dicekup



SUSPEK yang dipercayai mendera anak dibawa ke Mahkamah Majistret George Town semalam untuk direman.


GEORGE TOWN – Seorang pekerja barang lusuh yang cuba menukar penampilan dengan membotakkan kepala gagal mengaburi mata polis apabila dia yang disyaki terbabit dengan kes penderaan anak perempuannya ditahan semalam.

Jurucakap polis berkata, suspek yang berumur 49 tahun itu ditahan ketika cuba melarikan diri di Pasar Jelutong pada pukul 12.30 pagi. Dia ditangkap dengan bantuan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

Katanya, semasa ditahan suspek dipercayai cuba mengubah identitinya dengan membotakkan kepalanya untuk mengelak daripada dikenali namun cubaan itu tidak berhasil apabila dia diberkas ketika sedang menunggang motosikal.Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

Kereta 200cc dikeluarkan di India



PENGARAH Urusan Bajaj Auto, Rajiv Bajaj bergambar dengan kereta 200cc, RE60 di New Delhi semalam.


NEW DELHI - Pengeluar kereta Bajaj Auto di India mendedahkan sebuah kereta berkuasa 200cc yang hanya mengeluarkan 60 gram karbon dioksida bagi setiap kilometer.

Kereta itu yang dinamakan RE60 yang bergerak sejauh 35 kilometer bagi setiap satu liter petrol akan memasuki pasaran kenderaan berharga murah di negara ini.

Namun, harga kereta itu tidak didedahkan oleh Pengarah Urusan Bajaj Auto, Rajiv Bajaj.

Kereta itu untuk dinaiki seramai empat orang yang mempunyai kelajuan 70 kilometer sejam dan berat hanya 400 kilogram.

Ia dibina khas untuk kegunaan pengguna bandar. - AFPKosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Bertan-tan ikan mati di utara Norway



SEEKOR anjing berjalan di atas timbuan ikan di sebuah pantai di Kvennes, utara Norway kelmarin.


OSLO - Para saintis dan penduduk tempatan keliru tentang kejadian beberapa tan ikan herring terdampar di sebuah pantai di utara Norway, lapor media kelmarin.

Seorang penduduk setempat, Jan-Petter Jorgensen yang memeriksa pantai berkenaan di Kvaenes, Nordreisa bersama anjingnya pada hujung minggu lalu berkata, terdapat beberapa tan bangkai ikan tersebut.

Antara punca kematian besar-besaran itu termasuk ikan tersebut terperangkap di dalam air pasang selepas dikejar ikan-ikan pemangsa tepian pantai.

Teori yang lain menyatakan sekawanan ikan herring itu hanyut ke tepi pantai semasa ribut baru-baru ini. Terdapat teori lain yang menyatakan ikan-ikan berkenaan terperangkap di dalam air cetek dan mati kerana terperangkap dalam air tawar dari sebatang sungai yang mengalir ke pantai berkenaan. - DpaKosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Orang utan dirawat seperti manusia



MARVEL diberikan bantuan pernafasan di sebuah pusat Program Pemuliharaan Orang Utan Sumatera di Batu Mbelin pada 29 Disember lalu.


BATU MBELIN, Indonesia - Seekor orang utan jantan berusia 40 tahun bernama Puyul terpaksa dibedah bagi mengubati kaki haiwan itu yang patah.

Puyul menjalani pembedahan tersebut di sebuah pusat Program Pemuliharaan Orang Utan Sumatera (SOCP) di sini, Sumatera Utara baru-baru ini.

Kaki mamalia itu patah semasa ia diselamatkan oleh beberapa sukarelawan selepas ditemui berkeliaran di sebuah ladang getah berhampiran perkampungan manusia.

Selain Puyul, seekor orang utan berusia empat tahun, Marvel turut menjalani pembedahan di pusat berkenaan.

Kaki Marvel terpaksa dipotong kerana jangkitan kuman akibat dirantai semasa ia dijadikan sebagai haiwan peliharaan. - AgensiKosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Dua maut di selatan Thailand



BEBERAPA anggota pasukan keselamatan memeriksa sebuah trak yang dinaiki dua askar Thai yang musnah akibat letupan bom di Pattani semalam.


BANGKOK - Dua askar Thailand yang menaiki sebuah trak maut apabila sebutir bom meletup di tepi jalan di Pattani, selatan Thailand semalam, kata polis.

Kedua-dua askar yang berusia 26 tahun itu sedang dalam perjalanan ke satu majlis menyambut tahun baru di Pattani.

"Mereka diundang untuk menyertai parti tahun baru dengan penduduk tempatan," kata seorang pegawai polis tempatan.

Menurutnya, mangsa-mangsa itu mati di tempat kejadian.

Berdasarkan perangkaan terbaharu daripada pertubuhan Deep South Watch yang memantau konflik di selatan Thai, seramai 4,984 orang terbunuh dan 8,300 lagi cedera sejak keganasan meletus di selatan Thai pada 2004. - AFPKosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Saintis temui ikan jerung hibrid


GAMBAR yang disiarkan semalam menunjukkan seekor ikan jerung hibrid hitam di perairan Australia.


SYDNEY - Sekumpulan saintis semalam mendedahkan mereka telah menemui jerung hibrid pertama di dunia di perairan Australia.

Ketua penyelidik berkenaan, Jess Morgan berkata, jerung hibrid tersebut terhasil daripada proses mengawan antara jerung muncung hitam Australia dengan jerung muncung hitam biasa sekali gus merupakan satu penemuan mengejutkan di bidang sains.

"Ia amat mengejutkan kerana tiada siapa pernah melihat jerung hibrid sebelum ini, Inilah bukti proses evolusi," kata Morgan.

Menurutnya, penemuan jerung hibrid itu dibuat semasa kerja merekodkan spesies jerung di perairan timur Australia baru-baru ini.

Jerung muncung hitam Australia cuma hidup di kawasan beriklim tropikal tetapi jerung hibrid tersebut ditemui di perairan lebih sejuk pada jarak 2,000 kilometer dari pantai.

Saintis percaya proses mengawan antara dua baka berlainan itu berlaku kerana adaptasi bagi membolehkan jerung muncung hitam terus hidup walaupun suhu air laut kini berubah akibat pemanasan global. - AFPKosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'