Pages

Wednesday, September 14, 2011

Karachi lumpuh dilanda banjir

AIR naik memaksa pemandu keluar dari kenderaan mereka di jalan raya Karachi, selain melumpuhkan urusan harian penduduk.
AIR naik memaksa pemandu keluar dari kenderaan
mereka di jalan raya Karachi, selain melumpuhkan
urusan harian penduduk.

Pakistan hadapi bencana baru hujan berterusan dua minggu 

KARACHI: Bandar terbesar Pakistan, Karachi, yang juga pusat komersial lumpuh selepas dilanda banjir selepas hujan berterusan sejak dua minggu lalu melanda kawasan selatan wilayah Sindh itu.
Ia memaksa sekolah dan pasar ditutup selain menyebabkan pemandu terpaksa membiarkan kenderaan mereka begitu saja selepas jalan raya ditenggelami air.
Banyak kampung juga dinaiki air selepas terusan melimpah dan kurangnya usaha untuk menurunkan paras air ketika kebimbangan meningkat bencana baru melanda Pakistan yang belum pulih daripada banjir besar tahun lalu.

Bencana tahun lalu menyebabkan 800,000 keluarga hilang tempat berteduh manakala lebih sejuta lagi memerlukan bantuan, kata agensi bantuan kemanusiaan.

Kira-kira 200 orang di Sindh terkorban kerana banjir terbaru selain menyebabkan 280,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.

Banjir kali ini juga merosakkan atau memusnahkan 1.2 juta rumah dan membanjiri 4.5 juta ekar (1.82 juta hektar) kawasan sejak hujung Ogos lalu, kata pegawai pengurusan bencana dan kumpulan bantuan Barat.
Di Sindh, hujan diramalkan berterusan, kebanyakan jalan raya tidak boleh dilalui, kereta terkandas dan ada stesen minyak ditenggelami air.

“Kami merekodkan 50-100 milimeter hujan di Karachi dan situasi agak teruk. Banyak jalan utama dan kawasan ditenggelami air buat masa ini dan ia mungkin menjadi lebih teruk,” kata Mohammad Hussain Syed, pegawai yang menyelaras bantuan.

Pegawai saham Pakistan di sini berkata mereka akan tutup lebih awal manakala banyak bank turut mengambil langkah sama.

“Saya fikir boleh sampai ke tempat kerja, namun ia ternyata salah. Kini saya terkandas. Kereta saya rosak malah saya tidak dapat cari sesiapa untuk membantu,” kata pegawai bank Khalid Hussain yang berdiri dengan air paras lutut.

Musim hujan melanda kawasan Asia Selatan mulai Jun hingga September dan ia amat penting untuk pertanian. Banjir 2010 mengorbankan kira-kira 2,000 orang dan menyebabkan 11 juta penduduk kehilangan kediaman, bencana alam terburuk Pakistan.

Satu perlima Pakistan ditenggelami air, kawasan bersaiz Itali dan kerajaan berdepan bil AS$10 bilion (RM30 bilion) untuk membaiki kerosakan rumah, jambatan, jalan raya dan infrastruktur lain.

Pekerja bantuan melahirkan kebimbangan berhubung kemungkinan wabak penyakit berikutan banjir baru, terutama di kalangan kanak-kanak.

Bandar dekat Laut Arab ini dan pelabuhan utama negara, menyumbang kira-kira dua pertiga hasil cukai keseluruhan kerajaan dan 25 peratus keluaran dalam negara kasar Pakistan.

Banjir adalah perkara terakhir yang diperlukan di bandar dengan kira-kira 18 juta penduduk itu. Keganasan politik dan etnik, jenayah terancang, samseng dadah dan militan Islam mengkucar kacirkan ibu kota ini, mencetuskan gesaan terbaru untuk satu tindakan keras tentera. – Reuters 

Taliban serang ibu pejabat NATO

POLIS Afghanistan berdiri berhampiran mayat penyerang berani mati di Kabul semalam.
POLIS Afghanistan berdiri berhampiran mayat
penyerang berani mati di Kabul semalam.

Operasi ala komando turut sasar kedutaan Amerika korbankan 12 nyawa 

KABUL: Pergerakan Taliban melancarkan serangan serentak di ibu negara Afghanistan semalam yang menyasarkan ibu pejabat NATO dan Kedutaan Amerika Syarikat, membunuh sekurang-kurangnya enam orang.
Kira-kira lima jam selepas serangan bermula, kejadian berbalas tembakan masih berlaku. Kerajaan Afghanistan mengesahkan kematian empat penduduk awam dan dua anggota polis, selain sekurang-kurangnya enam anggota pergerakan itu dengan dua lagi masih meneruskan tentangan.
Pegawai Afghanistan berkata, penyerang berkubu dalam bangunan masih dalam pembinaan yang menghala ibu pejabat NATO dan Kedutaan Amerika, berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan ketika dua helikopter berlegar di udara.

Dua penyerang bunuh diri berasingan turut menyasarkan polis di beberapa kawasan dikawal ketat di Kabul membabitkan kematian anggota Taliban paling ramai sejak tentera penceroboh diketuai Amerika menyingkirkan pemerintahannya 10 tahun lalu.

Serangan serentak yang berjaya menyasarkan ibu pejabat NATO dan Kedutaan Amerika menjadi operasi gaya komando paling berjaya Taliban dalam pertempuran menumbangkan kerajaan Kabul dan mengalahkan tentera Barat.

Dalam sebarang kes, serangan itu memberi tamparan hebat kepada kerajaan Afghanistan dan NATO, menunjukkan kawalan keselamatan yang semakin teruk di Kabul, lokasi pemberontak melancarkan serbuan gaya komando ke atas sasaran Barat dan Afghanistan.
Wartawan AFP mendengar siri letupan kuat sejurus selepas jam 1.30 petang waktu tempatan dua hari selepas Amerika menyambut ulang tahun ke-10 serangan 11 September yang mencetuskan perang panjang di Afghanistan.

Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) diketuai Amerika bekerjasama dengan misi diplomatik untuk menyokong kerajaan Afghanistan yang dilihat sebagai rasuah. Ibu pejabat utama pasukan itu bersambung dengan perkarangan Kedutaan Amerika.

“Ibu pejabat ISAF diserang buat masa ini,” seorang pegawai tentera Barat terdahulu mengesahkan ketika penduduk yang ketakutan dan pekedai bercerita bagaimana mereka mencari tempat berlindung.

Kedutaan Amerika, salah satu misi diplomatik terbesar negara itu di dunia, paling dikawal ketat di Afghanistan dan kediaman beratus-ratus diplomat, mengesahkan serangan di kawasan itu.

“Tiada kematian buat masa ini di kalangan kakitangan kedutaan,” kata jurucakap kedutaan, Kerri Hannan, dalam kenyataan yang die-melkan tanpa memberi maklumat lanjut.

Pegawai Kementerian Dalam Negeri Afghanistan, yang enggan dikenali, berkata empat pegawai polis dan dua penduduk awam maut manakala sekurang-kurangnya lima penduduk awam dan tiga anggota polis cedera.

“Pasukan keselamatan sudah tiba di tingkat kedua dan ketiga bangunan dalam pembinaan itu. Dua penyerang masih melancarkan serangan. Kami berharap tentangan akan berakhir tidak lama lagi. Mereka pasti kehabisan peluru,” kata jurucakap polis, Hashmat Stanikzai.

ISAF mengesahkan ia menyediakan bantuan tentera walaupun Ketua NATO, Anders Fogh Rasmussen, meluahkan keyakinan tentera Afghanistan mampu menangani serangan itu. – AFP 

Hotel Lastel untuk si mati


DUA bilik di mana keranda mayat dihantar melalui pintu menerusi sistem penyimpanan automatik.
DUA bilik di mana keranda mayat dihantar melalui pintu menerusi sistem penyimpanan automatik.



SEORANG sami melalui Hotel Lastel yang menempatkan orang mati di Yokohama.
SEORANG sami melalui Hotel Lastel yang
 menempatkan orang mati di Yokohama.
YOKOHAMA: Ia adalah tempat di mana saudara-mara menempatkan anda apabila anda sudah tiada lagi di dunia ini.
Terletak di pinggir bandar Yokohama di Jepun, hotel berkenaan kelihatan seperti hotel penginapan kecil lain di bandar raya itu.

Namun demikian, ia bukan hotel biasa, tetapi hotel untuk orang yang sudah meninggal dunia.

Semua 18 tetamunya adalah mayat yang diletak dalam peti sejuk mayat dengan harga 12,000 yen (RM476) menunggu giliran di salah satu tempat pembakaran mayat di bandar raya itu.

Hisayoshi Teramura memperoleh pendapatan melalui kematian dan kini pasaran untuknya semakin melonjak di tengah-tengah kelembapan ekonomi Jepun.

Menurut rekod kerajaan, pada 2010, kira-kira 1.2 juta orang meninggal dunia, mencatat 0.95 peratus kadar kematian tahunan bagi negara itu berbanding kadar purata sedunia iaitu 0.84 peratus.


Kadar kematian tahunan dijangka meningkat kepada 1.66 juta pada 2040 berikutan sejumlah besar generasi dengan kadar kelahiran tinggi negara itu lupus.

Waktu itu, populasi Jepun mungkin menurun pada kira-kira 20 juta orang, kadar kematian yang tidak pernah berlaku dalam sesebuah negara sama ada akibat peperangan atau disebabkan oleh kebuluran.

Namun, walaupun dibelenggu masalah ekonomi di negara itu, rakyat Jepun masih berbelanja besar untuk upacara pengebumian.

Rakyat Jepun masih mebayar secara purata 1.2 juta yen (RM47,731) untuk bunga, bekas abu mayat, keranda dan perbelanjaan lain pengebumian - dua kali ganda yang dibelanjakan rakyat Amerika untuk pengebumian setahun.

Teramura yang mengasaskan syarikat perkuburan Nichiryoku, berkata: “Terdapat permintaan di pasaran.”

Di Yokohama, purata tempoh menunggu untuk tempat membakar mayat lebih empat hari, menyumbang kepada permintaan yang tinggi bagi rumah mayat sementara seperti Lastel.

“Jikalau tidak, mereka perlu menyimpan mayat di rumah yang pastinya tidak cukup ruang,” katanya. - DM

100 pasangan Malaysia nikah di Siam sebulan

NARATHIWAT: Majlis Agama Islam Narathiwat (MAIN) menganggarkan 100 rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan majlis itu setiap bulan bagi melangsungkan perkahwinan termasuk berpoligami.

Pendaftar Nikah MAIN, Bahagian Luar Negeri, Ishak Mohamed, berkata kajian menunjukkan daripada enam pasangan bernikah dalam sehari menggunakan perkhidmatan majlis berkenaan, dianggarkan empat daripadanya adalah pasangan Malaysia.
Katanya, antara fakta menyebabkan pasangan berkenaan bernikah menggunakan perkhidmatan majlis itu kerana masalah peribadi termasuk membabitkan poligami.
“Pasangan Malaysia berkahwin di sini membabitkan kahwin dengan perempuan negara sendiri (Malaysia) atau berkahwin dengan wanita Thailand serta Indonesia. Apa yang peliknya, ada warga Arab yang kahwin di sini kerana mahu mengelak kos tinggi berkahwin di negara mereka,” katanya.

Ishak juga mengesahkan tiada sindiket nikah palsu dilakukan ahli jawatankuasa MAIN dan kegiatan seperti itu dikesan melalui orang tengah yang mengambil kesempatan terhadap pasangan yang terlalu ingin berkahwin dengan cara mudah. 

Anak Gaddafi dalam tahanan rumah di Niger: ASAnak Gaddafi dalam tahanan rumah di Niger: AS

WASHINGTON: Saadi, anak bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi, yang tiba di Niger hujung minggu lalu kini dalam tahanan di sebuah kediaman kerajaan, menurut Jabatan NegaraAmerika Syarikat.

“Kami difahamkan beliau ditahan di rumah tetamu negara dan adalah penting untuk Niger dan TNC bersama menyelesaikan perkara itu," kata jurucakapnya, Victoria Nuland, merujuk kepada Majlis Peralihan Kebangsaan iaitu kerajaan sementara Libya.
Saadi, 38, anak lelaki ketiga Gaddafi, tiba di Niger Ahad lalu dalam konvoi bersama beberapa bekas anggota rejim yang ditumbangkan itu. - AFP

Tinggal di rumah sama selama 100 tahun




VIOLET STRUGNELL berdiri di luar kediamannya yang menjadi tempat tinggalnya selama 100 tahun di Portsmouth, Britain.


PORTSMOUTH, Britain - Seorang pesara wanita, Violet Strugnell telah tinggal di sebuah rumah yang sama di Jalan Sheffield di sini selama 100 tahun, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Portsmouth yang merupakan sebuah bandar pelabuhan di selatan Britain, kerap dibom pesawat-pesawat perang Jerman semasa Perang Dunia Kedua tetapi kediamannya terselamat dan ia masih mengekalkan reka bentuk asalnya sehingga kini.
Dia pernah bersembunyi di dalam bilik bawah tanah semasa jet-jet tentera Nazi dari Jerman melancarkan serangan bom semasa Perang Dunia Kedua.

GAMBAR bertarikh 1927 menunjukkan Violet Strugnell membonceng motosikal saudara lelakinya di luar kediamannya itu.


Warga emas itu yang berusia 100 tahun pada minggu lalu, berpindah ke rumah tiga bilik tidur selepas ia siap dibina pada tahun 1911.
"Saya seperti tidak percaya sudah tinggal di rumah ini sejak sekian lama. Rumah ini tidak akan dijual sebaliknya, ia akan diwariskan kepada keluarga saya," kata Strugnell.
Menurutnya, dia mewarisi rumah tersebut daripada ibu bapanya, Emma dan Vernon yang membeli kediaman berkenaan pada harga £175 (RM483.85) pada masa itu.
Ia kini bernilai £150,000 (RM725,927). - Agensi

Kembar Siam tertua akan sambut hari jadi ke-50



PASANGAN kembar Siam berlainan jantina, George (kanan) dan Lori Schappell.


PHILADELPHIA, Amerika Syarikat (AS) - Pasangan kembar Siam tertua di dunia, George dan Lori Schappell akan menyambut hari jadi mereka yang ke-50 sekali gus mengetepikan ramalan doktor bahawa mereka tidak akan dapat hidup lama, lapor sebuah akhbar semalam.
Kembar Siam perempuan itu yang bercantum di kepala, menyambut ulang tahun kelahiran mereka pada Ahad ini dengan melancong ke London, Britain.
Walaupun berkongsi kepala, mereka menjalani kehidupan yang berbeza dengan Lori pernah bercinta manakala George pula memutuskan untuk hidup sebagai lelaki.
Lori juga merupakan seorang juara sukan boling manakala George mencari nafkah dengan berkecimpung sebagai penyanyi irama Country.
"Semasa kami lahir, doktor-doktor meramalkan kami tidak akan dapat hidup sehingga berusia 30 tahun tetapi kami membuktikan mereka telah silap," kata Lori.
Berketinggian 1.54 meter, Lori dilahirkan dengan tubuh badan sempurna tetapi George yang memiliki ketinggian cuma 1.3 meter, sukar bergerak kerana mengalami masalah saraf tunjang.
Disebabkan George lumpuh, dia terpaksa duduk di sebuah kerusi roda khas yang ditolak oleh Lori untuk memudahkan mereka bergerak.
"Ramai orang tidak percayakan kami tetapi kami hidup secara normal seperti orang lain," ujar George.
"Kami melancong, mengemas flat kami, malah, Lori pernah mempunyai teman lelaki. Tiada yang dapat menghalang kami daripada melakukan perkara yang kami mahu," tambahnya.
Kata George lagi, Lori hilang dara semasa dia berusia 23 tahun setelah berasmara dengan teman lelakinya yang kedua. - Agensi

Pengantin pegang senjata dalam majlis perkahwinan di Tripoli



PENGANTIN lelaki dan wanita memakai senjata api dalam majlis perkahwinan mereka di sebuah hotel di Tripoli, Libya pada Ahad lalu.


TRIPOLI - Kebanyakan pasangan pengantin memilih untuk mengenakan aksesori mewah seperti tali leher atau kafling perkahwinan untuk meraikan hari istimewa itu.
Bagaimanapun, situasi itu tidak menjadi keutamaan bagi salah seorang bakal suami kerana dia memilih untuk bergaya dengan membawa senjata perang pada hari tersebut pada Ahad lepas.
Pasangan itu bergaya dengan memegang senjata api dalam majlis perkahwinan mereka di salah sebuah hotel di Tripoli. Mereka memegang senjata perang itu sepanjang berlangsungnya majlis tersebut.
Pengantin perempuan memutuskan untuk memakai pakaian tradisional iaitu gaun putih dengan kain yang menutupi wajahnya.
Peperangan di Libya yang bermula sejak Februari lalu masih belum berakhir walaupun para pemberontak telah berjaya menumbangkan rejim Muammar Gaddafi menjelang Hari Raya Aidilfitri lalu.
Para pemberontak itu kini memburu Gaddafi yang masih bersembunyi termasuk saki-baki para penyokongnya.
Libya kini ditadbir sebuah badan yang mewakili para pemberontak itu yang dikenali sebagai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC). - Agensi

Peserta Angola menang Ratu Cantik Universe Dunia



LEILA LOPES dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Universe Dunia oleh bekas pemenang tahun 2010, Ximena Navarrete dari Mexico di Sao Paulo kelmarin.


SAO PAULO, Brazil - Pelajar jurusan perniagaan dari Angola, Leila Lopes dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Universe Dunia yang berlangsung di sini kelmarin dengan mengalahkan 88 peserta lain.
Berasal dari bandar Benguela di Angola, dia memenangi pertandingan ratu cantik itu setelah berjaya menarik perhatian barisan juri dengan kecantikan dan kebijaksanaannya.
Lopes, 25, ketawa dan mengukir senyuman apabila dia dipeluk oleh pemenang kedua dari Ukraine, Olesia Stefanko selepas diisytiharkan sebagai pemenang.
Pada awal pertandingan, Lopes diajukan soalan berhubung apakah bentuk fizikalnya yang perlu diubah jika dia boleh berbuat demikian.
Lopes terus menyatakan bahawa dia sudah berpuas hati dengan rupa parasnya yang dikurniakan Tuhan.
"Saya menganggap diri saya seorang wanita yang dikurniakan dengan kecantikan dalaman," katanya kepada panel juri dan penonton.
Lopes merupakan pemenang yang ke-60 dalam pertandingan tahunan berkenaan yang ditonton di televisyen oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia.
Para peserta bertanding dalam beberapa kategori termasuk gaun petang dan pakaian renang selain perlu menjawab soalan kritikal bagi membantu panel juri membuat penilaian terhadap mereka.
Tempat ketiga dimenangi Ratu Cantik Brazil, Priscila Machado.
Ratu Cantik Filipina, Shamcey Supsup dan peserta dari China, Luo Zilin berjaya menempatkan diri dalam barisan lima finalis yang bertanding untuk menentukan pemenang selain Lopes, Stefanko dan Machado.
Pertandingan kali ini turut terpalit kontroversi apabila Ratu Cantik Colombia, Catalina Robayo diberi amaran kerana tidak memakai seluar dalam pada satu acara rasmi yang disertainya. - Agensi

Pusat beli-belah terbesar Eropah dibuka




LAKARAN artis ruang dalam pusat beli-belah Westfield Sratfort City, London.


LONDON - Ribuan orang berhimpun di pintu masuk pusat beli-belah Westfield Stratfort City semalam yang menempatkan 300 kedai, 70 bar dan restoran.
Mereka menunggu untuk menjadi kumpulan pertama memasuki pusat tersebut.
Pusat itu merupakan yang terbesar di Eropah yang terletak di antara stesen bas dan tren bawah tanah Sratfort dengan Taman Olimpik di timur London.
Pembukaan pusat itu menyediakan 18,000 peluang pekerjaan untuk komuniti di timur London.
Pusat itu dikendalikan oleh Kumpulan Westfield yang mempunyai 124 pusat beli-belah di Britain, Amerika Syarikat dan Australia.
Seornag jurucakap pusat itu menyatakan bangunan pusat beli-belah tersebut menggunakan cahaya semula jadi dan penggunaan tenaga yang lebih efisen. - Agensi

Ketua baharu Al-Qaeda puji kebangkitan Arab



AYMAN AL-ZAWAHRI


DUBAI - Pemimpin baharu Al-qaeda, Ayman Al-Zawahri memberi sokongan ke atas kebangkitan rakyat yang berlaku di Asia Barat.
Menurutnya, penduduk Arab tidak lagi takut kepada Amerika Syarikat (AS), sepuluh tahun selepas negara itu menjadi sasaran serangan militan.
Beliau membuat kenyataan itu menerusi satu rakaman video yang disiarkan di sebuah laman bagi meraikan ulang tahun serangan 11 September 2001 di AS.
Ayman merupakan seornag rakyat Mesir yang menjadi pemimpin baharu Al-Qaeda selepas Osama bin Laden mati dibunuh oleh komando AS di rumah persembunyiannya di Abbottabad, Pakistan pada Mei lalu. - Agensi

Jepun ada 47,756 rakyat berusia 100 tahun ke atas



CHIYONO HASEGAWA


TOKYO - Jepun mempunyai 47,756 rakyat yang berusia 100 tahun ke atas, kebanyakannya adalah wanita.
Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan semalam menyatakan bahawa ia merupakan peningkatan sebanyak 3,307 orang berbanding setahun lalu.
Sebanyak 87.1 peratus daripada mereka adalah wanita.
Rakyat yang paling tua ialah Chiyono Hasegawa yang berusia 114 tahun.
Dia dilahirkan pada 20 November 1896.
Kewibawaan statistik itu pernah dipersoalkan pada tahun lalu apabila beberapa orang yang disenaraikan dalam senarai tersebut telah mati dan hilang.
Pihak kementerian bergantung kepada rekod pendaftaran penduduk untuk membuat statistik itu.
Jepun merupakan salah sebuah negara yang mempunyai ramai masyarakat tua. - AP

Islam sederhana di Libya




MUSTAFA ABDEL JALIL melambaikan tangan ke arah para penyokongnya di Dataran Syahid di Tripoli, Libya kelmarin.


TRIPOLI - Barisan kepimpinan baharu Libya berikrar untuk melaksanakan pemerintahan Islam sederhana di sebalik pejuang-pejuang mereka didakwa melakukan jenayah perang.
Kenyataan tersebut dibuat ketika bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang kini bersembunyi, bersumpah untuk terus berjuang sehingga memperoleh kemenangan.
Pemimpin sementara Libya, Mustafa Abdel Jalil disambut sebagai wira negara apabila beliau membuat ucapan umum di dataran utama di sini lewat kelmarin.
Beribu-ribu orang meraikan kekalahan Gaddafi menjelang Hari Raya Aidilfitri lepas di Dataran Syahid.
Menurut Mustafa, Islam sederhana akan menjadi sumber perundangan utama dalam era selepas Gaddafi.
"Kita tidak akan menerima sebarang ideologi pelampau baik yang berhaluan kiri atau kanan. Kita ialah orang Islam yang mengambil jalan Islam yang sederhana," katanya.
Sementara itu, dalam satu laporan terbaru yang disiarkan semalam, pertubuhan hak asasi manusia Amnesty International menuduh rejim Gaddafi melakukan jenayah kemanusiaan namun ia turut mendakwa Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mungkin terbabit melakukan jenayah sama.
NTC merupakan badan yang mewakili pemberontak yang berjuang menentang kepimpinan Gaddafi.
Dalam pada itu, Gaddafi dalam satu kenyataan yang disiarkan stesen televisyen Syria, Arrai Oruba, berikrar untuk mengalahkan mereka yang mendalangi rampasan kuasa sehingga menyebabkannya tersingkir.
"Libya tidak boleh dikembalikan kepada golongan kolonial sekali lagi," kata Gaddafi.
"Kami akan terus berjuang sehingga rampasan kuasa ini dikalahkan," tambahnya. - AFP

4 pelajar bakal saingi Zuckerberg




dari kiri ZUCKERBERG, Dan Thompson, Feross Aboukhadijeh dan Ashkay Kothari


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Empat pelajar AS yang merupakan usahawan muda kini menjadi rebutan syarikat gergasi Internet, lapor akhbar Daily Mail semalam.
Rilex with M.Nasir and his 'Hang' Buddies by taking a break with KIT KAT.

Mereka dianggap sebagai genius Internet selepas mencipta beberapa aplikasi komputer yang berpotensi besar untuk dimajukan.
Kejayaan empat bakat baharu itu menyebabkan mereka turut menjadi buruan syarikat-syarikat gergasi Internet temasuk, Facebook, Google dan YouTube yang tidak mahu terlepas peluang untuk mengambil mereka bekerja.
Mereka muncul selepas kejayaan Mark Zuckerberg menghasilkan laman sosial Facebook bersama beberapa rakannya yang lain semasa belajar di Universiti Harvard.
Seorang usahawan muda itu, Feross Aboukhadijeh, 20, yang pernah bekerja di Facebook dan menjadi rakan Zuckerberg, mencipta nama kerana menghasilkan laman web YouTube Instant yang dapat menyiarkan klip video carian pengguna dengan cepat.
Laman web tersebut kini dilawati lebih sejuta kali manakala pelajar Universiti Stanford di AS itu turut mendapat tawaran kerja daripada firma enjin carian Internet, Google.
Dia pernah bertaruh dengan seorang rakan bahawa dia dapat menghasilkan laman web YouTube Instant dalam masa sejam.
"Saya kalah pertaruhan itu," katanya dalam temu bual bersama majalah tempatan, New York.
"Saya mengambil masa tiga jam untuk menyiapkan laman web tersebut," tambahnya lagi.
Seorang lagi pelajar, Joseph Huang turut menarik perhatian nama-nama besar Internet kerana mencipta sistem pengesanan global (GPS) yang dinamakan WiFiSlam untuk kegunaan dalam bangunan.
Aplikasi Android ciptaannya boleh memandu arah di dalam bangunan dengan teknologi tersebut berpotensi untuk dijual sebagai sistem navigasi untuk digunakan di dalam muzium dan pusat beli-belah.
Seorang lagi pelajar, Ashkay Kothari pula mengasaskan aplikasi berita, The App yang dibeli sebuah firma Internet pada harga AS$4 juta (RM12.2 juta), lima minggu selepas ia dihasilkan.
Turut tidak ketinggalan menjadi tumpuan penggiat industri Internet ialah pelajar dari negeri New Hampshire, Dan Thompson yang pakar menghasilkan pengaturcaraan Internet yang sukar. - Agensi

Budak temui fosil berusia 160 juta tahun





TAMAN AIR COTSWOLD, Britain - Seorang budak berusia lima tahun, Emily Baldry menemui fosil cangkerang berusia lebih 160 juta tahun selepas menggali tanah dengan menggunakan sebatang penyodok yang selalu digunakan untuk membina istana pasir, lapor sebuah akhbar semalam.
Emily menemui fosil seberat 57 kilogram itu yang jarang didapati itu di kawasan Taman Air Cotswold di sini dengan bantuan bapanya Jon, 40, pada Mac tahun lalu.
Fosil lengkap berdiameter hampir 40.6 sentimeter itu berasal daripada haiwan moluska yang mempunyai cangkerang yang hidup di lautan.

EMILY BALDRY menemui cangkerang berusia lebih 160 juta tahun di Taman Air Cotswold, Britain pada Mac tahun lalu.


Ia kini disimpan di kediaman keluarga berkenaan di sini setelah ia dipamerkan kepada umum.
Cangkerang itu diberi nama Spike oleh Emily.
Selepas cangkerang itu ditemui, dia menyerahkannya kepada seorang ahli geologi, Neville Hollingworth untuk dibersihkan.
Emily yang kini berusia enam tahun berasa gembira apabila melihat cangkerang itu yang kelihatan berkilat semasa ia dipamerkan di Pusat Penerangan Gateway dekat Cirencester pada Ahad lalu.
Menurut bapa Emily, cangkerang itu akan dibawa pulang ke rumah selepas tempoh ia dipamerkan berakhir. - Agensi

Mentadak sambar ikan emas




MENTADAK tersebut kemudian menyambar ikan emas itu dari balang kaca itu.


BANDAR RAYA OKLAHOMA, Amerika Syarikat (AS) - Detik-detik seekor mentadak menyambar seekor ikan emas dari sebuah balang kaca dirakamkan oleh jurugambar hidupan liar AS, Scott Cromwell, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Gambar berkenaan menunjukkan mentadak itu menyambar ikan emas tersebut dari dalam balang berkenaan.
Usaha mentadak itu berhasil apabila ia menangkap seekor ikan segar untuk dijadikan makanannya.
"Saya terpaksa menarik bangkai ikan emas ini daripada cengkaman serangga belaan saya. Jika tidak, ia akan memakan tulang ikan itu," kata Cromwell. - Agensi

Saintis hasilkan kucing bersinar



SEEKOR kucing yang kelihatan hijau bersinar-sinar semasa ia diletakkan di bawah cahaya biru.


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Sekumpulan saintis AS menghasilkan seekor kucing yang bersinar-sinar dalam kajian mereka untuk menangani penyakit virus Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS)
Apabila kucing itu diletakkan di bawah cahaya biru, bulu, misai dan kuku kaki haiwan berkenaan kelihatan bersinar dengan warna hijau..
Kumpulan penyelidik berkenaan menggunakan gen yang mengeluarkan kilauan untuk menandakan kehadiran sejenis protein yang dimasukkan ke dalam telur haiwan tersebut.
Protein itu diambil daripada monyet Macaque.
Kajian itu disiarkan kelmarin dalam jurnal Nature Methods yang menyatakan gen monyet tersebut dimasukkan ke dalam telur kucing.
Saintis-saintis juga memasukkan gen obor-obor yang menyebabkan sel-sel kucing menjadi berkilauan.
Ujian ke atas sel-sel yang diambil dari kucing itu menunjukkan ia mampu menangani virus yang menyebabkan AIDS ke atas kucing. - Reuters

Bina jambatan dengan akar pokok




DUA buah jambatan akar yang terdapat di kampung Nongriat, negeri Meghalaya, India.


NEW DELHI - Penduduk sebuah kampung di negeri Meghalaya, India membina sebuah jambatan dengan menggunakan akar pokok. Jambatan semula jadi itu berusia beratus-ratus tahun dan ia mampu untuk menampung berat 50 orang pada satu-satu masa. Ia dibina menerusi sistem mengalihkan akar pokok yang dilakukan oleh penduduk kampung tersebut sejak ratusan tahun lalu. Akar itu diajar supaya ia bergerak menyeberangi sungai. - Agensi