Pages

Sunday, September 6, 2015

2 pakar bedah bergabung rancang lakukan pemindahan kepala


Beijing: Seorang pakar bedah China merancang bergabung dengan pakar Itali untuk melakukan pembedahan pemindahan kepala pertama di dunia dalam masa dua tahun.

Pakar bedah neuro Itali Dr Sergio Canavero mengumumkan rancangannya mencari doktor yang sanggup membantunya melakukan pembedahan itu ketika berucap di Amerika Syarikat awal tahun ini.

Dia akhirnya menemui Ren Xiaoping, pakar bedah di Universiti Perubatan Harbin.

“Kejayaan melakukan pemindahan kepala akan mengubah sejarah perubatan manusia. Ren Xiaoping adalah satu-satunya orang yang dapat mengetuai projek ini,” kata Canavero pada satu persidangan akademik di wilayah Heilongjiang.



Ren sebelum ini dilapor melakukan pembedahan pemindahan kepala ribuan tikus.

Bagaimanapun, paling lama seekor tikus hidup selepas menjalani pembedahan itu ialah sehari.

Canavero dan Ren bercadang mewujudkan satu pasukan perubatan antarabangsa dan setakat ini sudah mengenal pasti saintis komputer Russia berusia 30 tahun yang menghadapi masalah distrofi otot sebagai pesakit pertama mereka.

Bagaimanapun, kedua-duanya mengaku akan menghadapi banyak kerumitan teknikal berhubung dengan sistem saraf, saluran darah dan saraf tunjang yang akan menghalang tubuh menerima kepala lain.

“Jika semua berjalan lancar, projek itu dapat dilaksanakan dalam masa dua tahun,” kata Canavero. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 September 2015 @ 5:04 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/75553#sthash.PcFimtjc.dpuf

Boeing 777-9X kapal terbang terbesar di dunia

Everett (Amerika Syarikat: Ia akan menjadi pesawat penumpang terbesar pernah dibina sehinggakan rentang sayapnya terpaksa dilipat ke atas untuk membolehkan ia muat di lapangan terbang.
Dalam kenyataannya, Boeing berkata, pesawat Boeing 777-9X itu akan menjadi kapal terbang paling besar selepas ini dan pesawat dua enjin paling efisien di dunia, kata Boeing.
Menurutnya, walaupun akan mula dikeluarkan pada 2017, sebanyak 320 pesanan sudahpun diterima daripada pelbagai syarikat penerbangan di seluruh dunia.
Boeing berkata, pesawat itu akan memiliki kabin yang lebih lebar dan tingkap lebih besar berbanding pesawat yang dikeluarkannya sebelum ini, Boeing 787 Dreamliner.
Pesawat itu juga akan mempunyai rentang sayap paling lebar berbanding pesawat lain - 71.8 meter.
Di dalam, 777-9X akan mempunyai 400 tempat duduk, lebih 34 berbanding pesaing terdekatnya - Airbus A350-1000.
Kilang pesawat itu di Everett di Amerika Syarikat begitu besar, cukup untuk memuatkan 25 padang bola sepak di dalamnya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 September 2015 @ 5:05 AM

LAKARAN pesawat Boeing 777-9X.