Pages

Wednesday, May 11, 2016

Ular sawa makan kucing depan pagar


NOOR AZURIN MOHD SHARIF
10 MEI 2016
Ular sawa makan kucing depan pagar

 Ular sawa makan kucing depan pagar Anggota JPAM memegang ular sawa seberat 20 kilogram yang berjaya ditangkap.
MELAKA - Seekor ular sawa sebesar tiang elektrik menelan seekor anak kucing mencemaskan pengawal keselamatan di Telekom Jasin, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, Bellsobri Mohamed, 40, yang sedang membuat rondaan di sekitar premis menemui ular sawa yang dilihat di dalam longkang kemudian masuk ke dalam sebuah lubang.

"Saya nampak ular itu dari pagar telah menelan seekor kucing kemudian masuk ke dalam sebuah lubang dalam tanah.

"Saya tak sedap hati...sebab ular sawa itu sebesar tiang elektrik...ia akan membahayakan orang ramai. Jadi, saya terus hubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Jasin untuk tindakan," katanya.

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) negeri, Effendy Ali berkata, ular sepanjang 15 kaki dan berat dianggarkan 20 kilogram itu dijumpai di hadapan pintu masuk pagar Telekom Jasin.

"Pengawal keselamatan di situ menjumpai seekor ular sawa berhampiran pagar pintu masuk premis.

"Ular  sawa tersebut telah menelan seekor kucing dan masuk ke dalam lubang yang terbelit di akar pokok," katanya.

Menurutnya, anggota JPAM terpaksa mengali lubang bagi mengeluarkan ular tersebut.

1,284 planet ditemui di luar sistem solar

DUNIA RABU, 11 MEI 2016 @ 7:56 AM

Teleskop Kepler NASA. - Foto www.nasa.gov


CAPE CANAVERAL: Ahli astronomi menemui lebih 1,284 planet di luar sistem suria kita, sembilan daripadanya mungkin dalam orbit sesuai untuk air permukaan yang boleh meningkatkan prospek menyokong kehidupan, kata saintis semalam. Pengumuman itu menjadikan jumlah planet yang disahkan di luar sistem solar kepada 3264.

Sebahagian besar kumpulan planet yang dipanggil exoplanets ini dikesan teleskop Kepler Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat (NASA), yang mencari planet boleh didiami seperti Bumi.

Planet baharu ini dikenal pasti semasa misi utama empat tahun Kepler, yang berakhir pada tahun 2013, dan sebelum ini hanya dianggap sebagai 'calon-planet'. Ahli sains mengumumkan penemuan tunggal terbesar planet setakat ini menggunakan teknik analisis baru yang menggunakan model statistik untuk mengesahkan kumpulan itu sebagai planet, sambil menolak senario palsu yang kelihatan seperti planet yang mengorbit.

"Kita kini tahu bahawa kemungkinan ada lebih banyak planet daripada bintang," kata Pengarah Bahagian astrofizik NASA, Paul Hertz, dalam satu kenyataan akhbar. - REUTERS

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/152438

Lima Pulau Hilang Ditengalami Laut


Diterbitkan: Rabu, 11 Mei 2016 11:24 AM

PULAU SOLOMON: Sebanyak lima pulau di sini dilaporkan 'hilang' selepas ditengelami akibat kenaikkan paras laut.
Kelima-lima pulau berkenaan dilaporkan hilang sepenuhnya dari penglihatan sejak tujuh dekad lalu.
Manakala enam pulau lagi kini semakin tengelam dengan 20 peratus telah berada di bawah paras laut.
Akibat kehilangan pulau yang ditengelami itu, penduduk mula berpindah dan mencari penempatan baru.
"Empat hingga lima generasi selepas ini bakal kehilangan tempat tinggal, ini perlu diberi perhatian," kata seorang pengkaji dari University of Queensland.
Pengkaji menyatakan bentuk pulau di sekitar Lautan Pasifik juga semakin berubah berbanding gambar yang dirakam pada 1947.