Pages

Saturday, May 12, 2012

Kisah pemuda dan orang alim

 Kisah pemuda dan orang alim 
Pada zaman dahulu tinggal seorang alim.Pada suatu hari,si alim tadi telah didatangi oleh seorang pemuda.Si pemuda tadi berkata,'Wahai tuan,saya ialah seorang pemuda yg jahil.Saya tidak pernah bersolat.Saya tidak pernah berbuat kebaikan.Saya seorang yg jahat.Saya selalu buat maksiat.Saya selalu langgar perintah Allah.Saya selalu berjudi.Saya selalu minum arak.Tetapi,saya mahu berubah.Izinkan saya menjadi pengikut tuan.'

Si alim tadi berkata sambil tersenyum,'Baiklah.Aku tersangat berbesar hati jika kamu mahu berubah dan insaf.Aku akan bantu kau'.

'Tetapi,sy ada satu masalah tuan',balas pemuda tadi perlahan.'Saya tidak mampu meninggalkan ketagihan saya kepada arak.'

Orang alim itu berkata,'Oh,tidak mengapa wahai anak muda.Perkara ketagihan itu bukan masalah.Kesanggupan kamu untuk cuba berubah itu sudahpun merupakan satu rahmat yang besar.Mulai hari ini,kamu bawa semua barang milikmu ke pondok kecilku.Aku mahu kau tinggal bersama-samaku'.

Sejak hari itu,pemuda kaki minum tadi tinggal bersama-sama orang alim itu.Dia belajar agama dengan si alim tadi.Namun,dia masih juga tidak mampu melepaskan keinginannya yg kuat kepada arak itu.Lalu pada suatu hari,dia meminta kebenaran utk minum arak dengan org alim itu.

'Wahai guru,aku sudah mencuba utk meninggalkan arak ini.Namun keinginanku membuak-buak menyebabkan aku tidak mampu menahan keiginanku ini.Izinkanlah aku untuk minum sebotol arak',pinta pemuda itu dgn bersungguh-sungguh.

'Tahukah kamu bahawa minum arak itu berdosa besar?',tanya si alim itu dgn lembut.

'Ya.aku tahu.Tapi aku benar-benar tidak mampu mengawal ketagihanku.Aku bimbang perkara yg lebih buruk akan berlaku jika aku tidak dapat minum'.

'Baiklah,jika begitu kau boleh minum tetapi kau mestilah minum di dalam tandas tanpa pengetahuan orang lain',jawab orang alim itu dengan meletakkan syarat.
Maka,si pemuda tadipun pergilah ke tandas untuk minum arak itu.Setiap kali keinginannya memuncak,dia akan minum di dalam tandas tanpa pengetahuan sesiapapun.Suatu hari,semasa dia sedang menikmati arak itu,tiba-tiba dia tersedar.Sudah kerap sungguh dia minum arak secara sembunyi di dalam tandas.Dia terfikir betapa hinanya dirinya itu.Dia sedang menikmati minuman yg hina di tempat yg hina!Dia rasa malu dan menyesal lalu dia mencampakkan botol arak itu tika itu juga.

Sejak dari itu,dia sudah tidak lagi minum arak.Dia benar-benar sudah insaf dan bertaubat.
***

Jika ada sesiapa yg berminat utk mendalami islam,maka kita haruslah terima dgn hati yg terbuka.Terima keadaannya seadanya.Yang penting,azamnya itu.Sedikit demi sedikit,kita ajak dia berubah.Janganlah kita terlalu memaksa dia untuk berubah kerana takut-takut dia akan lari.Janganlah kerana sikap kita yg terlalu memaksa dan menekan menyebabkan keinginan mereka utk kembali kepada islam hancur.Oleh itu bertindaklah dengan kesabaran dan penuh bijaksana.Ingatlah,yang memberi hidayah bukannya kita tetapi Allah.

http://paksi.net

'via Blog this'

Jawapan dengan Penampar...


Soalan 1 Penamp0r...

Jawapan dengan Penamp0r...

Pemuda : Anda siapa Dan bolehkah menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda : Saya ada 3 soalan:-

1. Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukkan wujud tuhan kepada saya?

2. Apakah yang dinamakan takdir?

3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.

Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)

Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3
pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak faham.

Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.

Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya!

Imam : Tunjukkan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda : Saya tidak boleh.

Imam : Itulah jawapan pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Imam : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Imam : Itulah yang dinamakan takdir.

Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Imam : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Imam : itulah jawapan untuk soalan ketiga.Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan...

"Sahabat, Mari kita duduk, beriman sejenak?"

Sebarkan pada MUSLIM yang lain..:P

Bas langgar pokok, pemandu maut 28 cedera

Bas langgar pokok, pemandu maut 28 cedera - Semasa - Sinar Harian:

Bas langgar pokok, pemandu maut 28 cedera
Seorang pemandu bas persiaran maut manakala 28 penumpang cedera apabila
bas yang mereka naiki terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan
Gadong Jaya
Seorang pemandu bas persiaran maut manakala 28 penumpang cedera
Seorang pemandu bas persiaran maut manakala 28 penumpang cedera apabila
bas yang mereka naiki terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan
Gadong Jaya
NILAI - Seorang pemandu bas persiaran maut manakala 28 penumpang cedera apabila bas yang mereka naiki terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan Gadong Jaya berhampiran Kampung LBJ dekat sini, hari ini.

Kejadian pada pukul 4.30 pagi itu menyebabkan K. Gunachandar, 52, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan, kata jurucakap polis.

Tujuh daripada penumpang yang cedera itu kini dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar manakala yang lain dirawat sebagai pesakit luar.

Beliau berkata bas terbabit membawa sembilan penumpang lelaki dan 19 wanita berusia dalam lingkungan 40 hingga 72 tahun dan ketika kejadian bas itu dalam perjalanan dari Tampin ke Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), di Sepang.

Difahamkan kesemua mereka ingin ke Chiangmai, Thailand untuk bercuti.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pemandu bas berkenaan dipercayai gagal mengawal kenderaannya ketika melalui satu selekoh sebelum terbabas ke tepi jalan dan melanggar pokok. - Bernama

'via Blog this'

Ribuan rakyat Jordan adakan perhimpunan jalanan

Utusan Malaysia Online - Luar Negara: "

AMMAN 12 Mei - Beribu rakyat Jordan semalam mengadakan perhimpunan jalanan sebagai pembantah penubuhan kerajaan yang baru ditubuhkan kira-kira dua minggu lalu.

Perhimpunan yang disertai oleh penyokong sayap kiri dan aktivis bebas itu memohon Fayez Tarawneh, yang merupakan bekas ketua mahkamah yang dilantik oleh Raja Abdullah II sebagai Perdana Menteri diusir daripada kerajaan baru.

Malah, mereka juga memohon untuk pembentukan ‘Perpaduan Kerajaan Kebangsaan’ bagi menggantikan Tarawneh. - dpa"

'via Blog this'

Gempa bumi 5.4 skala Richter gegar Assam

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:


GUWAHATI 12 Mei - Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter menggegarkan negeri Assam, timur laut India pada pukul 6.31 petang (waktu tempatan) semalam.
Dalam kejadian tersebut, beberapa bangunan rosak di sekitar bandar itu dan penduduk lari lintang pukang menyelamatkan diri dan harta benda.
Menurut jurucakap kerajaan, sebuah rumah roboh selepas gempa itu berlaku di Kampung Kampur kira-kira 40 kilometer daripada Guwati. - AFP

'via Blog this'

‘Kembar seiras’ rakan

myMetro | ‘Kembar seiras’ rakan:

KUANTAN: Selama 16 tahun menggunakan kad pengenalan milik rakan yang mempunyai wajah miripnya, seorang pendatang tanpa izin warga Indonesia dikesan melakukan pelbagai urusan termasuk membuat pinjaman bank, memohon lesen memandu serta mendaftarkan perkahwinan dengan seorang wanita tempatan.
Lelaki berasal dari Jawa Barat yang masuk ke negara ini 18 tahun lalu menggunakan pasport sah, tidak pulang ke negaranya, sebaliknya menetap secara haram di beberapa negeri sebelum melarikan diri ke Kuantan dan bertemu seorang warga tempatan yang menjadi rakan karibnya.

Secara kebetulan, wajah mereka hampir sama dan selepas berkawan baik selama beberapa tahun, rakannya itu menyerahkan kad pengenalan miliknya kerana kasihankan warga asing berkenaan.
Rakan lelaki terbabit membuat aduan mendakwa kad pengenalan miliknya hilang dan membawa salinan laporan polis ketika memohon membuat MyKad baru di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Dengan kad pengenalan itu, pendatang asing berkenaan memulakan hidup baru sebagai buruh dan menyamar diri sebagai rakyat negara ini sehingga membolehkan dia membuat pinjaman bank untuk membeli kereta, mendapatkan lesen memandu dan berkahwin dengan seorang gadis tempatan hingga mendapat tiga cahaya mata.

Sekali imbas, sukar bagi mana-mana pihak mengatakan bahawa lelaki itu warga Indonesia kerana gaya pertuturannya sudah menyamai rakyat tempatan.
Bagaimanapun, tembelang lelaki berusia 40 tahun itu terbongkar apabila ditahan Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Pahang, Mohd Rozi Ghazali bersama pegawainya ketika membuat serbuan di kediaman lelaki terbabit di Jalan Darat Makbar, di sini, jam 11 pagi kelmarin.

Pengarah Imigresen Pahang, Datuk Mohamad Nasir Osman berkata, pihaknya mengintip gerak-geri lelaki terbabit sejak sebulan lalu termasuk mengenal pasti kediaman, jenis kenderaan serta pekerjaannya.
Menurutnya, ketika pintu rumah lelaki terbabit dibuka selepas diketuk beberapa kali, warga asing berkenaan kelihatan tenang memperkenalkan dirinya dan dengan senang hati menunjukkan ‘kad pengenalan bermutu tinggi’ yang didakwa miliknya itu.

Katanya, ketika meneliti kad pengenalan itu, pegawainya mendapati gambar terpampang padanya sama dengan wajah lelaki berkenaan, sekali gus menyebabkan pihaknya sukar mengesan identiti sebenar lelaki terbabit.

“Atas rasa curiga, kami membawa lelaki berkenaan ke JPN untuk pemeriksaan lanjut dan ketika itu, lelaki terbabit mula kelihatan tidak senang duduk dan cemas sepanjang perjalanan ke JPN.

“Belum sempat tiba di JPN, dia akhirnya mengaku statusnya sebagai pendatang dan menggunakan kad pengenalan bermutu tinggi milik rakannya sejak 16 tahun lalu iaitu selepas tarikh pasport miliknya tamat tempoh,” katanya di sini, semalam.

Mohamad Nasir berkata, lelaki terbabit dihantar ke Depot Tahanan Imigresen di Ajil, Terengganu manakala pihaknya mengesan pemilik sebenar kad pengenalan dipegang lelaki itu.

'via Blog this'

2 madu pegang amanat

myMetro | 2 madu pegang amanat:

SEHATI SEJIWA...Jainah dan Minah menghabiskan sisa hidup bersama.
SEHATI SEJIWA...Jainah dan Minah menghabiskan sisa hidup bersama.
BATU PAHAT: Walaupun suami mereka sudah enam tahun meninggal dunia, dua wanita warga emas yang hidup bermadu tetap selesa tinggal sebumbung di rumah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Kampung Muhibbah, Jalan Peserai Lama, di sini.
Keikhlasan dua wanita itu membuktikan persefahaman utuh antara mereka yang terjalin sejak puluhan tahun lalu ketika tinggal bersebelahan di rumah panjang tanpa bilik di Batu 3, Tanjung Labuh, dekat sini, ketika suami masih hidup.
Berbekalkan beberapa petua, kedua-dua madu itu bukan saja mengelak perselisihan faham, malah hidup bahagia sejak berkahwin walaupun dihimpit kemiskinan.

Jainah Diso, 61, isteri pertama arwah Abdul Aziz Asot berkata, arwah suami berpesan supaya mereka saling menjaga diri masing-masing dan hidup bersama tanpa mengira keadaan susah atau senang.

Menurutnya, sejak arwah suami memberitahu hasrat berkahwin dengan seorang wanita dari Minyak Beku, di sini, pada pertengahan 1980-an, dia menerima berita itu dengan reda.

'via Blog this'

Empat ‘polis’ samun RM58,000

myMetro | Empat ‘polis’ samun RM58,000:

KUALA LUMPUR: Berbekalkan lencana polis dan mendakwa pegawai siasatan dari Bukit Aman, empat lelaki tempatan nekad menyamun sebuah pejabat swasta di Menara Haw Par, di sini, jam 4 petang, kelmarin.
Difahamkan, dalam kejadian berkenaan, keempat-empat suspek yang bersenjatakan pistol itu melarikan mata wang asing berjumlah AS$11,000 (RM33,000) dan wang tempatan, RM25,000 serta barangan berharga lain di pejabat berkenaan.

Bagi meyakinkan mangsa mereka pegawai polis, kumpulan lelaki itu mengarahkan pengarah syarikat dan semua stafnya menjalani ujian air kencing kerana mendakwa mereka ke pejabat itu atas arahan pihak atasan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sumber polis berkata, pengarah syarikat berkenaan dipaksa membuka peti keselamatan sebelum melarikan wang bernilai lebih RM58,000 termasuk mata wang asing. Mereka turut merampas telefon bimbit dan komputer riba milik staf syarikat berkenaan.

“Tidak cukup dengan itu, kumpulan terbabit turut mengugut meletakkan sepeket kecil serbuk putih dipercayai dadah di pejabat berkenaan sekiranya mangsa enggan bekerjasama dengan ‘siasatan’ mereka,” katanya.

Sumber berkata, pengarah syarikat berkenaan yang tertipu dengan penyamaran suspek meminta kebenaran mereka untuk menghubungi peguam syarikat bagi membantu siasatan.
Bagaimanapun, kumpulan suspek naik angin selepas mangsa memaklumkan akan menghubungi peguam dan ketika itu, pengarah syarikat berkenaan baru tersedar mereka penjenayah dan bukan polis.

Katanya, akibat risau penyamaran mereka terbongkar, suspek menolak pengarah syarikat itu ke dalam pantri dan menguncinya dari luar sebelum melarikan diri.
Susulan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan dijalankan.

'via Blog this'

Serangan kamikaze


SIASAT...anggota polis forensik mengumpul bahan bukti dalam kes pecah rumah, semalam.
SIASAT...anggota polis forensik mengumpul bahan bukti dalam kes pecah rumah, semalam.



BUKTI...Raja Shahrom menunjukkan peralatan yang digunakan suspek.
BUKTI...Raja Shahrom menunjukkan peralatan yang digunakan suspek


ALOR GAJAH: “Sebaik membuka pintu bilik, saya nampak seorang lelaki sebelum dia membaling pemotong besi yang mengenai kepala menyebabkan saya melepaskan sedas tembakan ke arah kaki kirinya,” kata mangsa samun bersenjata, Mohd Shamir Fauzi, 28.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi di Pantai Belimbing, Durian Tunggal, dekat sini, rumah didiami Mohd Shamir bersama isteri, Azarita Abd Rahim, 28, ibunya Nory Md Noor, 58, serta anak tunggal mereka, Muhammad Reza Fauzi, 2, dipecah masuk tiga lelaki bersenjatakan parang, pisau dan pemotong besi.
Bagaimanapun, cubaan ketiga-tiga suspek untuk menyamun rumah berkenaan gagal apabila seorang daripada mereka cedera di kaki kiri dan seorang lagi cedera di perut akibat terkena tembakan senapang patah dilepaskan Mohd Shamir yang turut cedera di dahi.

Seorang lelaki warga Indonesia berusia 37 yang ditembak di kaki, berjaya ditahan polis kira-kira 100 meter dari rumah mangsa dalam keadaan mengerang kesakitan manakala rakannya yang cedera di perut serta seorang lagi sempat melarikan diri.

Mohd Shamir berkata, sejurus dia melepaskan satu tembakan, seorang rakan penjenayah itu yang turut berada dalam rumah, menjerit sambil membaling basikal, kerusi dan pelbagai peralatan ke arah saya yang mengarahkan mereka menyerah diri.

'via Blog this'

‘Pisau lekat di dada’

myMetro | ‘Pisau lekat di dada’:
PARAH...Norziatul Akma terlantar 
di hospital akibat ditikam penjenayah.

PARAH...Norziatul Akma terlantar di hospital akibat ditikam penjenayah.
TAIPING: “Biarpun bermandi darah akibat ditikam bertubi-tubi oleh perompak, saya tetap melawan dalam keadaan pisau masih tertusuk di dada,” kata Norziatul Akma Tajuddin, 22, yang menjadi mangsa serangan seorang perompak, tengah hari semalam.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa yang menjaga kedai dobi milik kakaknya di Jalan Air Kuning, Changkat Jering, dekat sini, ditikam empat kali oleh seorang lelaki yang menyamar pelanggan.
Norziatul Akma berkata, lelaki tempatan yang berusia awal 20-an itu masuk ke kedai dan berpura-pura bertanya harga upah bagi membasuh kain langsir seberat satu kilogram.

“Disebabkan tidak pasti berapa harganya, saya segera menghubungi kakak (Rosliana Tajuddin, 28) yang ketika itu berada di rumah untuk mendapatkan kepastian.

“Bagaimanapun, lelaki itu tiba-tiba meluru sebelum mengeluarkan pisau dan meletakkannya di leher saya. Dia kemudian mengarahkan saya supaya jangan melawan dan menyuruh saya berjalan ke arah belakang premis,” katanya yang masih dirawat di Wad 17, Hospital Taiping, di sini.

'via Blog this'

Bas melekat di pokok

myMetro | Bas melekat di pokok:


NILAI: Pemandu sebuah bas persiaran yang dalam perjalanan membawa 28 penumpang ke Terminal Tambang Murah (LCCT) Sepang, terbunuh selepas kenderaan itu terbabas dan merempuh pokok di Batu 11, Jalan Gadong Jaya, dekat sini, awal pagi semalam.
Kejadian kira-kira jam 4 pagi itu turut menyebabkan tujuh penumpang, rata-ratanya wanita warga emas cedera termasuk seorang masih kritikal.

Pemandu bas berkenaan, K Gunachandar, 52, maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), dekat sini. Jurucakap polis berkata, bas yang membawa sembilan lelaki dan 19 wanita berusia antara 40 hingga 72 tahun itu dalam perjalanan dari Tampin ke LCCT.
“Setiba di tempat kejadian, pemandu bas dipercayai gagal mengawal kenderaannya di satu selekoh lalu terbabas dan melanggar pokok serta terbalik.

“Mangsa meninggal dunia akibat cedera teruk di kepala dan badan manakala semua penumpang yang cedera dirawat di HTJS termasuk seorang di Unit Rawatan Rapi (ICU),’’ katanya di sini, semalam.

Menurutnya, kemalangan mengakibatkan bahagian depan bas itu remuk teruk yang terpaksa dipotong pihak bomba untuk mengeluarkan mangsa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut masih dijalankan.

'via Blog this'

'Arwah hanya perhati saya dari jauh'


UMI  menunjukkan kain pertunangannya dengan Allahyarham di kediaman rumah tunangnya di Kampung Baru Kuala Abang, semalam.
UMI menunjukkan kain pertunangannya dengan
Allahyarham di kediaman rumah tunangnya
 di Kampung Baru Kuala Abang, semalam.
Berita Harian Online | 'Arwah hanya perhati saya dari jauh':
Tunang mangsa letupan Loji GPP 3 reda hajat kahwin 12.12.2012 tak sampai 

DUNGUN: “Jika ikutkan perancangan kami akan mendirikan rumah tangga pada 12.12.2012 dan persiapan sudah dibuat dengan membeli barang hantaran, tetapi semuanya kini tinggal kenangan.
“Kali terakhir saya bertemu dengan arwah dua minggu lalu, tetapi ketika itu saya sibuk bekerja dan tidak dapat bersamanya,” kata Umi Nurul Aeisyatun Jaffar, 22, tunang kepada Rosli Mansor, 31, yang maut ketika letupan di Loji Memproses Gas (GPP) 3, Kompleks A, PETRONAS, Kertih di sini, kelmarin.
Umi berkata, biarpun sedih, beliau reda dengan pemergian tunangnya itu dan akan menyimpan cincin pertunangan serta kain untuk dipakai ketika majlis akad nikah dan Aidilfitri nanti sebagai kenangan. 

“Arwah ada membeli dua pasang kain untuk dibuat baju Melayu pada majlis pernikahan dan hari raya nanti, tetapi beliau terlebih dulu pergi meninggalkan kami buat selamanya,” katanya. 

Beliau yang bekerja di kedai makan di Jalan Baru Telekom di sini, juga terkilan kerana tidak sempat berbual dengan arwah ketika bertemu dua minggu lalu di tempat kerjanya kerana sibuk melayan pelanggan. 

“Saya terkilan kerana ketika kali terakhir bertemu, kami tidak sempat berbual dan arwah hanya memerhatikan saya dari jauh. Sepanjang mengenali arwah sejak lima tahun lalu, arwah seorang yang bertanggungjawab dan mengambil berat serta pandai mengambil hati sekiranya berselisih faham. 
“Arwah seorang yang periang, namun berubah menjadi pendiam dan serius ketika berhubung menerusi SMS dua minggu lalu. Saya tidak sangka perubahan sikap arwah memberi petanda beliau akan meninggalkan kami selamanya,” katanya yang bertunang dengan arwah pada 11.11.2011. 

Beliau yang tinggal di Kampung Che Lijah, berkata, pemergian bakal suaminya itu cukup dirasai apatah lagi arwah tidak sabar untuk hidup bersama, namun reda dengan ketentuan Ilahi. 

Jenazah Rosli selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Baru Kuala Abang jam 2.30 pagi, semalam. 

Rakan sekerja mangsa, Mohd Afendi Yahya, 32, berkata, arwah seorang yang mudah mesra, tetapi sebelum kejadian berubah dan enggan bercakap dengan rakan serta bersendirian pada waktu rehat. 

“Pada waktu rehat hari kejadian, arwah memaklumkan yang kakinya gatal-gatal dan mahu bekerja separuh hari dan pulang ke rumah,” katanya yang bersyukur kerana terselamat walaupun turut terperangkap dalam kepulan api sebelum terpelanting akibat letupan itu. 

Berita Harian semalam melaporkan, seorang maut manakala sembilan cedera termasuk seorang parah dalam letupan di Loji GPP 3, Kompleks A, PETRONAS, Kerteh jam 3 petang kelmarin.
'via Blog this'

Lapan penjenayah perang

Berita Harian Online | Lapan penjenayah perang:
pix_gal0

Tribunal putuskan bekas Presiden Amerika, tujuh sekutu bersalah

KUALA LUMPUR: Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur (KLWCT) semalam, memutuskan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W Bush dan tujuh sekutunya bersalah dan disabitkan sebagai penjenayah perang kerana melakukan penyeksaan dan kekejaman serta layanan yang tidak berperikemanusiaan ke atas mangsa perang.
Panel lima hakim tribunal diketuai bekas Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Lamin Mohd Yunus sebulat suara memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan diketuai Pegawai Pendakwa diketuai Profesor Gurdial Singh Nijar berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Dalam penghakiman dibacakan selama sejam setengah, Lamin berkata, pihak pendakwaan membuktikan cabang eksekutif AS diwakili Presidennya (Bush), Naib Presiden, Setiausaha Pertahanan dan peguam mereka secara sedar dan rela hati merancang tidak memberikan layanan kepada tahanan mengikut Konvensyen Geneva.

Katanya, pendakwaan juga membuktikan Bush bersalah dengan mengeluarkan perintah seperti memorandum pada 7 Februari 2002 mengisytiharkan tahanan al-Qaeda tidak termasuk dalam perlindungan konvensyen berkenaan selanjutnya memberikan kuasa supaya mereka menerima layanan yang membawa kepada jenayah perang.

“Bush berniat supaya arahan itu dipatuhi, mengetahui ia memang dilaksanakan dan AS melanggar Konvensyen Penyeksaan 1984 dan Konvensyen Geneva serta gagal untuk campur tangan bagi menghalang pelanggaran itu.

“Tindakan dilakukan semua tertuduh serius kerana ia satu penyeksaan seperti dimaksudkan dalam Konvensyen Penyeksaan. Memorandum daripada Pejabat Peguam Negara bertarikh 1 Ogos 2002 satu kesilapan perundangan dengan menyatakan pemahaman AS bahawa penyeksaan adalah terhad hanya kepada layanan tidak berperikemanusiaan dan kejam secara ekstrem,” katanya. 
Dalam perbicaraan kali ini, Bush dituduh bersama-sama dengan bekas Naib Presiden AS, Dick Cheney, bekas Setiausaha Pertahanan AS, Donald Rumsfeld; bekas Peguam Negara AS, Alberto Gonzales; bekas Ketua Staf Pentadbiran Presiden Bush, David Addington; bekas Penasihat Jabatan Pertahanan AS, William Haynes; bekas Hakim Mahkamah Rayuan AS, Jay Bybee dan profesor Undang-Undang John Yoo, melakukan jenayah penderaan serta jenayah perang.

Empat hakim lain Tunku Sofiah Jewa, Alfred Lambremont Webre, Prof Salleh Buang dan Mohd Saari Yusuf. Peguam Jason Kay Kit Leong bertindak sebagai sahabat mahkamah mewakili Bush dan tujuh lagi.

Dalam perbicaraan selama empat hari bermula Isnin lalu, bekas tahanan Teluk Guantanamo, termasuk tahanan perang Iraq yang didera dan diseksa, iaitu iaitu Abbas Abid, Moazzam Begg dan Jameelah Hameedi memberikan keterangan manakala dua lagi, Ali Shalal dan Rhuhel Ahmed mengemukakan akuan bersumpah masing-masing kepada tribunal.

Sementara itu, Lamin berkata, KLWCT berharap kesemua saksi yang juga mangsa jenayah perang dengan berpandukan kepada keputusan tribunal membawa kes mereka kepada mana-mana negara atau entiti perundangan yang sanggup untuk menjalankan bidang kuasanya bagi menguatkuasa keputusan berkenaan terhadap kelapan-lapan tertuduh dan AS.
'via Blog this'

Sekutu Gaddafi ditahan, diseksa

Berita Harian Online | Sekutu Gaddafi ditahan, diseksa:
4,000 penyokong bekas pemimpin Libya berada dalam penjara rahsia 

NEW YORK: Kira-kira 4,000 orang yang didakwa penyokong bekas diktator Muammar Gaddafi dilaporkan masih ditahan di pusat tahanan militia Libya, kebanyakannya secara rahsia dan ramai yang diseksa, kata seorang wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin.
Ketua misi PBB ke Libya, Ian Martin, berkata perkembangan baik ditunjukkan menjelang pilihan raya demokratik pertama negara itu tetapi penjara militia adalah satu daripada ‘halangan serius’ dalam mewujudkan kedaulatan undang-undang.
“Kes layanan buruk dan penganiayaan tahanan berterusan,” kata Martin kepada Majlis Keselamatan PBB. PBB melahirkan rasa amat bimbang terhadap tiga kematian pada April di sebuah penjara di Misrata yang berada di bawah kuasa kerajaan. 

Ada ‘maklumat yang boleh dipercayai’ bahawa kematian itu adalah disebabkan penderaan dan sekurang-kurangnya tujuh yang lain diseksa di penjara yang sama, kata ketua Misi Sokongan di Libya atau UNSMIL itu. 

Ada juga dakwaan penderaan di penjara di Tripoli, Zawiya dan Zintan. 

PBB berkata pada Oktober seramai 7,000 tahanan, terutama penyokong Muammar Gaddafi ditahan oleh briged kebangkitan yang mengetuai perjuangan menjatuhkan bekas diktator itu tahun lalu. 
“Kira-kira 4,000 lagi dianggarkan masih lagi berada di penjara rasmi dan rahsia di seluruh negara di mana kerajaan peralihan secara perlahan-lahan mula berkuasa,” kata Martin. 

Beliau berkata kementerian kehakiman kini mempunyai 31 kemudahan tahanan dengan 3,000 banduan, katanya. Tetapi kawalan terhadapnya dikongsi bersama dengan militia yang masih terus berkuasa. 

“Menangani amalan ini sepatutnya menjadi keutamaan kerajaan dalam mengejar budaya baru hak asasi kemanusiaan dan kedaulatan undang-undang,” kata Martin. 

Kerajaan sementara meluluskan satu undang-undang yang mengarahkan militia merujuk semua kes terhadap penyokong Gaddafi kepada pendakwa pada 1 Julai. 

Duta itu juga menyuarakan kebimbangan mengenai beberapa aspek undang-undang baru yang boleh memberikan pengampunan kepada pejuang yang terbabit menumbangkan Gaddafi dan melakukan jenayah terhadap diktator yang dibunuh pada Oktober itu. – AFP
'via Blog this'

Letupan buat Afendi terpelanting

Kosmo! Online - Negara:



UMI NURUL AEISYATUN menunjukkan sepasang kain baju Melayu yang dibeli oleh Mohd. Rosli untuk majlis perkahwinan mereka di Kampung Baru Kuala Abang, Dungun semalam.


DUNGUN – “Sebelum kejadian, saya dengar bunyi gas bocor sebanyak tiga kali sebelum terdengar bunyi letupan kuat yang menyebabkan saya terpelanting.”
Itu pengalaman ngeri dialami salah seorang mangsa, Mohd. Afendi Yahya, 32, dalam kejadian letupan gas di Loji Pemprosesan Petronas, Kerteh, Kemaman kelmarin yang meragut nyawa rakannya Mohd. Rosli Mansor, 31.
Menurutnya, beberapa saat sebelum letupan kuat itu berlaku, dia berada hanya beberapa meter dari penutup bay hole loji berkenaan iaitu tempat gas itu bocor dan meletup.
Jelas Mohd. Afendi, pada mulanya dia cuba mencari punca bunyi kebocoran gas itu dan apabila bunyi sama berulang sebanyak tiga kali, dia yang dapat menjangkakan sesuatu perkara buruk akan berlaku cuba melarikan diri.
Bagaimanapun, jelasnya, belum sempat dia berbuat apa-apa, satu letupan kuat berlaku diikuti dengan percikan api dan pada masa itu dia tidak menyedari bahawa rakannya terjatuh ke dalam bay hole itu.
“Saya bernasib baik kerana hanya melecur sikit sebab kena percikan api tetapi nasib tak menyebelahi rakan saya,” katanya ketika menghadiri majlis pengkebumian Mohd. Rosli di Kampung Baru Kuala Abang dekat sini, semalam.

'via Blog this'

Hajat ke Chiangmai berakhir di HTJ

Kosmo! Online - Negara:



KEADAAN bas persiaran yang terbabas selepas melanggar sebatang pokok di Jalan Gadong Jaya, Nilai semalam.


NILAI - Hajat 28 penumpang sebuah bas persiaran untuk bercuti di Chiangmai, Thailand tidak kesampaian apabila kenderaan yang mereka naiki terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di Jalan Gadong Jaya berhampiran Kampung LBJ di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 4.30 pagi itu menyebabkan pemandu bas, K. Gunachandar, 52, maut ketika dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJ) manakala semua penumpang cedera.
Jurucakap polis berkata, bas terbabit membawa sembilan lelaki dan 19 wanita berusia 40 hingga 72 tahun dalam perjalanan dari Tampin dekat sini menuju ke Terminal Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT), Sepang.
Semua penumpang itu berasal dari beberapa kawasan sekitar Tampin di sini.
Jarak antara Tampin dan lokasi kejadian kira-kira 80 kilometer.
Menurut beliau, sampai di lokasi kejadian pemandu bas berkenaan dipercayai gagal mengawal kenderaan ketika melalui satu selekoh sebelum terbabas ke tepi jalan lalu melanggar sebatang pokok

'via Blog this'

Jabatan Penjara Israel mungkin longgarkan sekatan untuk pujuk banduan mogok lapar Palestin

myMetro | Jabatan Penjara Israel mungkin longgarkan sekatan untuk pujuk banduan mogok lapar Palestin:

BAITULMAQDIS: Perkhidmatan Penjara Israel (IPS) menawarkan pengurangan sekatan ke atas warga Palestin yang ditahan dalam usaha menamatkan mogok lapar beramai-ramai yang setakat ini menyebabkan beberapa daripada mereka hampir meninggal dunia.
Pegawai kumpulan Addameer yang memperjuangkan hak banduan Palestin berkata, rundingan kini dijalankan di antara tahanan terbabit dan IPS.

“Kami difahamkan banduan terbabit, ketua mereka bertemu dengan wakil IPS di Penjara Nafha dan mungkin ada keputusan positif beberapa hari lagi,” katanya.
Hampir 1,600 penduduk Palestin yang kini menjadi banduan Israel enggan mengambil sebarang makanan bagi membantah perintah tahanan tanpa bicara yang dikenakan rejim Zionis ke atas mereka.

Beberapa hak banduan terbabit turut dinafikan, termasuk untuk bertemu keluarga, disekat daripada belajar serta pelbagai kemudahan lain.

Dua daripada tahanan tertabit - Bilal Diab dan Thaer Halahla - mogok lapar untuk hari ke-72, semalam.
Bantahan itu menarik perhatian antarabangsa dengan Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan kebimbangan mereka. Sementara itu, sumber IPS berkata, mereka mungkin melakukan beberapa perubahan, seperti membenarkan tahanan menerima lawatan keluarga dari Gaza, serta membatalkan beberapa sekatan lain, termasuk dalam aspek pendidikan. - AFP

'via Blog this'

Hamas tidak serang rejim Zionis demi Iran

myMetro | Hamas tidak serang rejim Zionis demi Iran:

GAZA: Pejuang Hamas tidak akan membiarkan mereka terseret dalam perang ke atas Israel jika negara Yahudi itu menyerang kemudahan nuklear Iran.
Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, berkata mereka adalah pergerakan Palestin yang bertindak dalam lingkungan negara itu.

Katanya, Hamas melakukan tugas politik yang sesuai dengan kepentingan warga Palestin.
“Iran tidak meminta apa-apa daripada kami dan saya fikir, Iran tak perlukan kami,” katanya kepada media, semalam.

Kata Ismail, ancaman Israel dibuat secara terbuka dan tiada keperluan untuk dianalisis.

“Namun, saya rasa, isu itu akan membawa kesan buruk ke atas seluruh wilayah Teluk,” katanya.
Tel Aviv berkata, mereka mungkin berdepan serangan Hamas di selatan dan tentera Hizbullah di utara jika Iran dibom.

Menurut Israel, kedua-dua pertubuhan itu memiliki roket dibekal Iran untuk melakukan keganasan. - Reuters

'via Blog this'

Barat dalangi serangan

myMetro | Barat dalangi serangan:

TEHERAN: Iran semalam mengecam serangan bom terbaru di negara sahabatnya, Syria, dan menganggap insiden itu didalangi Barat.
Naib Presiden Pertama Iran, Mohammad Reza Rahimi, berkata tindakan pengganas itu dibantu musuh negara demokrasi dunia yang bersifat angkuh.

“Ia dilakukan bagi menghalang proses reformasi demokrasi dibawa Presiden Bashar al-Assad di Syria,” katanya kepada media.
Dalam insiden semalam, dua letupan berlaku dan mengorbankan sekurang-kurangnya 55 orang.

Kerajaan dan pembangkang saling menuding jari atas serangan itu.

Insiden berkenaan turut mencederakan hampir 400 orang, serta membayangi gencatan senjata disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang gagal bertahan sejak berkuat kuasa pada 12 April lalu.
Majlis Keselamatan PBB mengecam serangan itu dan mendesak semua pihak mematuhi pelan damai berkenaan.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Ramin Mehmanparast, turut mengecam serangan bom.
Katanya, ia adalah tindak balas pihak tertentu terhadap pilihan raya Parlimen diadakan rejim Bashar. “Mencari penyelesaian melalui keganasan seperti itu dan menyasarkan orang awam Syria adalah strategi diamalkan kumpulan penentang kehendak majoriti yang mengundi dalam pilihan raya,” katanya. Syria adalah sekutu utama Iran di Timur Tengah.

Bagaimanapun, negara itu kini berdepan dengan kebangkitan rakyat yang menolak kepemimpinan Bashar sejak pertengahan Mac tahun lalu. Sehingga kini, Teheran berikrar memberi sokongan penuh terhadap rejim Bashar. - AFP

'via Blog this'

5 kanak-kanak hangus terbakar

myMetro | 5 kanak-kanak hangus terbakar:

KEADAAN rumah Philpott selepas terbakar. Gambar kecil, Philpott.
KEADAAN rumah Philpott selepas terbakar. Gambar kecil, Philpott.
LONDON: Seorang wanita disoalsiasat semalam kerana disyaki membunuh selepas sebuah rumah terbakar dan menyebabkan lima daripada 17 anak seorang lelaki terbunuh.
Wanita berusia 20-an itu ditangkap selepas kebakaran pada jam 4 pagi memusnahkan rumah berkenaan.

Mangsa berusia antara lima dan 10 tahun dan tidur di tingkat atas. Kanak-kanak keenam berusia 13 tahun kini dirawat di hospital.
Dua orang dewasa yang turut menghuni rumah berkenaan hanya cedera ringan.

Rumah di Allenton, Derby itu dipercayai dihuni bersama oleh Mick Philpott, 54, isteri, Mairead, 31, dan lapan anak mereka.

Jurucakap polis, Penolong Ketua Konstabel Steve Cotterill berkata, Philpott, bekas pengurus kedai roti itu berusaha untuk menyelamat anaknya ketika kejadian.
Dia muncul dalam akhbar The Sun pada Ogos 2007 kerana membantah penolakan permohonannya untuk mendapat sebuah rumah majlis perbandaran yang lebih besar untuk keluarganya.

Ketika itu, dia menceritakan bagaimana dia tinggal di rumah kecil itu bersama isteri, wanita simpanan, Lisa Willis, 27 dan lapan daripada 14 anaknya ketika itu. Dia kini mempunyai 17 anak. Mereka termasuk empat anaknya bersama Mairead, tiga bersama Lisa dan seorang hasil hubungannya dengan wanita lain.
Lisa dikatakan hamil dengan anak ke-15 Philpott.

Lelaki itu juga mengadu kepada The Sun kerana terpaksa tidur dalam khemah apabila enam anaknya hasil daripada hubungan dengan wanita lain sebelum ini datang untuk tinggal bersamanya. - DM

'via Blog this'

Catatan baharu astronomi kaum Maya ditemui

Kosmo! Online - Dunia:



GAMBAR menunjukkan lukisan yang terdapat di dinding sebuah bilik peninggalan kaum Maya di hutan Xultun, Guatemala.


NEW YORK - Sekumpulan arkeologi menemui sebuah bilik kecil peninggalan kaum Maya di hutan hujan Xultun di Guatemala.
Dinding bilik berkenaan terdapat catatan mengenai ilmu astronomi dan kalendar Maya yang berusia sekitar 1,200 tahun.
Ia merupakan rekod astronomi Maya yang tertua. Rekod itu 600 tahun lebih tua daripada penemuan sebelum ini.
Dinding itu turut mempunyai pelbagai bentuk lukisan.
Beberapa pakar berkata, rekod itu tidak mempunyai ramalan tentang kiamat. Beberapa kalendar Maya lain menyatakan dunia akan kiamat pada Disember depan.
Kalendar dinding itu mengandungi kiraan tarikh melebihi tempoh 6,000 tahun sekali gus melangkaui tahun 2012.
"Mengapa kaum Maya bersusah payah untuk melakukan pengiraan itu jika mereka tahu bahawa dunia akan kiamat pada tahun ini?" kata seorang pakar astronomi Maya daripada Universiti Colgate di New York, Anthony Aveni.
Aveni bersama seorang ahli arkeologi Universiti Boston, William Saturno dan beberapa pakar lain melaporkan penemuan tersebut dalam jurnal Science yang disiarkan semalam. - Agensi

'via Blog this'

Spiderman panjat bangunan tertinggi Perancis

Kosmo! Online - Dunia:



AKSI Robert sewaktu memanjat bangunan tertinggi Perancis, First Tower di Paris kelmarin.


PARIS - Pemanjat bangunan pencakar langit, Alain Robert memanjat sebuah bangunan tertinggi di Perancis, First Tower kelmarin.
Dia memanjat bangunan setinggi 231 meter itu selepas mendapat kelulusan daripada pemilik bangunan berkenaan.
Beratus-ratus orang melihat aksi warga Perancis itu.
Robert tidak menggunakan sebarang alat bantuan memanjat menyebabkan dia digelar Spiderman.
Dia telah memanjat lebih 100 bangunan pencakar langit di seluruh dunia sejak 15 tahun lalu.
"Saya tiada masa untuk berasa takut kerana banyak perkara lain yang saya perlu lakukan," katanya. - Agensi

'via Blog this'

Wanita kelihatan tua jalani rawatan

Kosmo! Online - Dunia:


WAJAH baharu Mai (dua dari kiri) kelihatan muda semasa dia bergambar dengan adik lelakinya (dua dari kanan) dan Chen (kiri) di Taipei semalam.


TAIPEI - Seorang wanita muda Vietnam, Nguyen Thi Ngoc Mai yang kelihatan seperti berumur 70 tahun walaupun usianya baru 28 tahun kini menjalani rawatan perubatan di Taiwan, kata beberapa doktor semalam.
Mai mula menghidap sindrom Werner yang menyebabkan dia kelihatan tua sejak berumur 10 tahun.
Dia sebelum ini tidak mampu menjalani rawatan kerana mengalami masalah kewangan.
Menurut beberapa doktor di Hospital Universiti Perubatan China, dia sukar berjalan dan mengalami masalah kesihatan sebelum datang ke Taiwan pada April lalu.
Mai menjalani pembedahan plastik dan beberapa pembedahan lain bagi mempermudakan penampilannya, kata mereka.
Dia turut menjalani rawatan kulit dan paru-paru.
Doktor-doktor menyatakan, dia merupakan pesakit pertama sindrom tersebut di negara ini.
Wanita itu akan mengambil ubat-ubatan dan mengelak diri daripada terkena cahaya matahari.
"Saya seperti dilahirkan semula dan terdapat harapan dalam kehidupan saya," katanya menerusi jurubahasa di sini.
Semasa dia bergambar dengan adik lelakinya dan doktor pembedahan plastik, Hung-Chi Chen di sini semalam, wajahnya kelihatan semakin muda selepas dia menjalani rawatan. - Agensi

'via Blog this'