Pages

Sunday, September 7, 2014

Mahu komputer riba dalam tahanan


Dalam usul setebal enam muka itu, Jessica yang juga seorang peguam berkata, dia berhak mendapat akses Internet untuk komputer ribanya. 
Menurut Jessica, ia amat penting bagi membolehkannya menjalankan kajian perundangan serta berhubung dengan peguamnya. 

Peguam Jessica, Anacleto Diaz pula berkata, senator itu berhak menggunakan komputer dan kemudahan Internet bagi mempercepatkan persediaan pembelaan diri di mahkamah.
Foto
JESSICA Lucila

“Dengan adanya komputer riba, pencetak dan akses Internet, ia membolehkan Jessica mengkaji bukti yang dikaitkan terhadapnya serta menyediakan dokumen pembelaan berkaitan,” katanya.

Jessica berdepan 15 tuduhan rasuah membabitkan penyalahgunaan dana awam. 

Usul Jessica berkenaan akan didengar di mahkamah hari ini. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/07

Tak boleh tahan!

Mumbai: Seorang suami terpaksa merayu kepada hakim supaya meluluskan permohonannya untuk bercerai dengan isteri gara-gara tidak terdaya memuaskan kehendak batin wanita terbabit.

Lelaki itu memberitahu mahkamah di Mumbai isterinya sering ‘membulinya’ untuk mengadakan hubungan seks secara berterusan sejak mereka berkahwin pada April 2012.


Menurut laporan media semalam, lelaki berkenaan mendakwa isterinya turut memaksa dia melakukan pelbagai cara untuk memuaskan dirinya, termasuk aksi luar tabii.

“Apabila saya cuba menolak permintaan melampau berkenaan, dia mula mendera sehingga akhirnya saya terpaksa akur permintaan itu,” kata lelaki terbabit.


Dalam keterangannya, lelaki terbabit mendakwa sikap melampau isterinya kian menjadi-jadi sejak dia mengalah.


Pada ketika tertentu, kata lelaki itu, isterinya membeli ubat tenaga batin dan memaksanya mengambil bahan berkenaan.

"Dia juga memaksa saya meminum arak untuk menambah nafsu," katanya.

Lelaki itu memberitahu mahkamah, dia mengalami tekanan kerana suasana di rumah tidak sedikit pun membantunya selepas kepenatan bekerja.

Katanya, dia bekerja secara syif.

Untuk menguatkan tuntutannya, lelaki terbabit mendedahkan pada 2012 dia mengalami masalah kesihatan dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

Isterinya pula enggan menemani, sebaliknya pulang ke rumah kakaknya.

Dua minggu kemudian apabila si suami pulih sedikit, isterinya pulang dengan kemahuan sama dan enggan mengambil kira keadaan kesihatannya.

“Kini saya uzur terus dan tidak boleh berehat,” katanya ketika ditemui.

Kesabaran lelaki itu berakhir ekoran insiden pada Oktober tahun lalu.

Selepas menjalani pembedahan membuang apendiks nasibnya tidak berubah dan terpaksa berdepan dengan tuntutan melampau si isteri.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada: 2014/09/07

Gambar kahwin menang Anugerah Selfie Dunia


Gambar berkenaan dirakam pasangan terbabit ketika mereka memeterai perkahwinan di sebuah gereja di Treales, Lancashire.
Kata Robinson, ia bermula dengan sekadar rakaman gambar suatu keseronokan, tetapi juruukur binaan, itu nyata amat teruja selepas menyedari ada pertandingan selfie di Internet.

“Saya memutuskan untuk mengambil selfie setelah mendapat kelulusan daripada paderi dengan menggunakan ‘pengapit lelaki’ saya, iPhone,” katanya.
Foto
ANDREW dan Sally pada majlis kahwin mereka.
Dia kemudian menghantar penyertaannya.
Sally - jururawat di Hospital Royal Preston - berkata, dia bukan penggemar media sosial dan tidak tahu langsung suaminya menghantar penyertaan.

Pasangan itu bertemu ketika di bangku sekolah lagi dan bertunang selama dua tahun di Menara Empire State.

Gambar selfie pasangan ini dimuatkan dalam ruangan perkahwinan Lancashire Evening Post Julai lalu.

Pertandingan berkenaan dianjurkan Mobiles.co.uk dan menerima hadiah telefon pintar pilihan sendiri, selain piala kristal yang terukir dengan selfie mereka. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada: 2014/09/07

Pampasan AS$41 juta untuk lima bekas banduan



TERTUDUH dari kiri, Korey Wise, Antron McCray, Kevin Richardson, Raymond Santana dan Yusef Salaam yang dihukum penjara lebih 10 tahun akan menerima pampasan AS$41 juta selepas mereka didapati tidak bersalah dalam satu kes rogol dan cubaan membunuh di New York pada tahun 1989.


NEW YORK - Seorang hakim persekutuan Amerika Syarikat (AS) meluluskan bayaran penyelesaian AS$41 juta (RM130.28 juta) kepada lima lelaki yang dipenjara secara silap berkaitan kes rogol dan cubaan membunuh seorang wanita kulit putih ketika mangsa keluar berjoging di taman awam Central Park di sini pada 1989.
Bayaran penyelesaian itu sekali gus menamatkan saman sivil berhubung kes tersebut yang berlarutan selama beberapa dekad.
Ketika dijatuhi hukuman, semua remaja lelaki yang berketurunan Amerika Latin itu didapati bersalah kerana hampir menyebabkan kematian pelabur institusi perbankan, Trisha Meili, 28. Mereka dituduh melakukan serangan seksual beramai-ramai terhadap mangsa pada suatu malam pada bulan April 1989.
Datuk Bandar, Bill de Blasio memuji penyelesaian itu yang menyaksikan setiap seorang daripada mereka mendapat kira-kira AS$1 juta (RM3.17 juta) untuk setiap tahun merengkok di penjara.
Sebelum ini, saman ganti rugi itu turut diperjuangkan oleh datuk bandar terdahulu, Michael Bloomberg.
"Kelulusan oleh hakim persekutuan pada hari ini (kelmarin) membolehkan kita melupakan kes ini manakala kelima-lima lelaki ini boleh memulakan hidup baharu bersama keluarga masing-masing," kata de Blasio
Kelima-lima remaja itu didapati tidak bersalah selepas seorang perogol bersiri, Matias Reyes mengaku melakukan jenayah tersebut pada 2002.
Bukti asid deoksiribonukleik (DNA) di lokasi kejadian turut menyokong pengakuan Reyes.
Namun, ketika pengakuan itu direkodkan, kelima-lima remaja berkenaan telah menamatkan hukuman penjara masing-masing.
Korey Wise yang berusia 16 tahun ketika serangan itu berlaku dipenjara selama 13 tahun dan akan menerima pampasan AS$12.25 juta (RM38.92 juta).
Empat rakannya, Antron McCray, Kevin Richardson, Raymond Santana dan Yusef Salaam pula akan menerima bayaran AS$7.12 juta (RM22.62 juta) seorang ekoran kesilapan yang sehingga kini dinafikan oleh pihak berkuasa.
Mangsa hilang ingatan berhubung kes tersebut dan polis menahan kelima-lima remaja itu secara tergesa-gesa selepas menerima tekanan daripada pelbagai pihak termasuk media. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0907&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3CZbqYHXR 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki jujur bayar saman trafik selepas 50 tahun



ROBERT ATHERTON disaman kerana meletakkan motosikal di kawasan yang tidak dibenarkan sewaktu melancong ke Itali pada tahun 1964.


PHOENIX, Arizona - Seorang pelancong Amerika Syarikat (AS), Robert Atherton yang telah dikenakan saman trafik sebanyak 57Penny (RM2.99) ketika melancong ke Itali pada tahun 1964 membayar saman tersebut 50 tahun kemudian, lapor akhbar Daily Mail semalam.
Saman berkenaan berjumlah kira-kira £8 (RM41) menurut nilai mata wang semasa.
Atherton disaman selepas dia meletakkan motosikal vespa yang dinaikinya di tempat larangan di bandar Lerici dalam negeri Liguria.
Saman itu sepatutnya dibayar dalam tempoh 15 hari.
Dia mendapat tahu mengenainya baru-baru ini ketika menyelongkar dokumen yang dibawa semasa melancong ke Itali pada tahun berkenaan.
Lelaki yang berasal dari Phoenix, Arizona kemudian mengirimkan wang AS$50 (RM158) kepada Majlis Perbandaran Lerici untuk menjelaskan saman tertunggak itu.
Atherton turut menyertakan sekeping nota untuk memohon maaf kerana terlupa membayar saman itu.
"Atherton merupakan seorang yang jujur dan saya berharap dia mampu menjadi tauladan kepada orang lain," kata Datuk Bandar Lerici, Marci Caluri yang tidak mengenakan penalti kepada lelaki itu walaupun dia terlewat membayar saman selama 18,000 hari. - Agensi


Artikel terpelihara