Pages

Wednesday, September 28, 2016

Guna syiling beli motosikal




MOTOSIKAL Honda CBR 150 RR Repsol. - Agensi

SEKUMPULAN pekerja mengira wang syiling seorang pelanggan yang membeli sebuah motosikal. - Pos Kota News


Depok (Indonesia): Pekerja sebuah kedai menjual motosikal di sini terkejut selepas seorang pelanggan membeli motosikal dengan menggunakan wang syiling Rp1,000 (RM0.30).

Jurujual di Honda Motor Care, Yulia Anggraeni, 23, berkata, seorang pelanggan menghubungi syarikat itu dan bertanya bolehkah dia membeli sebuah motosikal dengan menggunakan wang syiling.

“Selepas saya berkata boleh, lelaki itu datang ke kedai kami semalam (kelmarin) untuk membeli motosikal Honda CBR 150 RR Repsol yang berharga Rp32 juta (RM10,218).

“Apa yang mengejutkan kami dia mahu membeli motosikal itu secara tunai dengan menggunakan wang syiling Rp1,000,” katanya kepada portal Pos Kota News.

Menurutnya, lelaki itu membawa syiling berkenaan dalam tong cat seberat 25 kilogram dan 14 karung plastik.

“Lelaki berusia 46 tahun itu memberitahu, dia mengumpul wang syiling berkenaan selama lima tahun untuk membeli motosikal idamannya itu,” jelasnya.

Menurutnya, semua pekerja syarikat itu diarahkan mengira wang syiling berkenaan kerana jumlahnya terlalu banyak.

“Kami menjangkakan wang syiling ini siap dikira dalam tempoh dua hari,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 September 2016 @ 10:36 AM

Jambatan kaca terpanjang di China dibuka semula


28 SEPTEMBER 2016
Jambatan kaca terpanjang di China dibuka semula

Jambatan kaca terpanjang di China dibuka semula Jumlah kehadiran pengunjung yang menggalakkan menyebabkan jambatan berkenaan terpaksa ditutup buat sementara waktu.
HUNAN – CHINA . Jambatan kaca terpanjang dan tertinggi di dunia yang terletak di Zhangjiajie kini dibuka semula buat orang ramai selepas ditutup buat sementara sebelum ini.

Difahamkan, selepas jambatan berkenaan dibuka semula, sambutan yang diterima daripada orang ramai adalah sangat menggalakkan.

Selain daripada itu, tiket bagi mengunjungi jambatan terbabit juga sudah mula terjual pada Selasa lalu bermula jam 10 pagi.

Sebelum ini, pihak pengurusan memaklumkan bahawa jambatan terbabit terpaksa ditutup selepas dibuka selama 13 hari dan ia adalah merupakan sesuatu yang normal.

Penutupan sementara jambatan  itu adalah berikutan daripada sambutan menggalakkan daripada para pengunjung serta kekurangan pengalaman pengurusan di kalangan kakitangan.

Jambatan kaca sepanjang 430 meter itu mula di buka kepada orang ramai pada 20 Ogos lalu.

Selain itu, ia turut diturap dengan tiga lapisan 99 panel kaca telus yang tergantung antara dua tebing curam setinggi 300 meter dari permukaan tanah.

Malah, jambatan kaca ini turut memecahkan 10 rekod dunia sebelum ini.- travel.asiaone.com

Anaconda gergasi ditemui di Brazil


28 September 2016 12:49 AM
KREN digunakan untuk memindahkan anaconda sepanjang lebih 30 meter

 
KREN digunakan untuk memindahkan anaconda sepanjang lebih 30 meter yang ditemui di tapak pembinaan empangan di Para, Brazil pada 25 September lalu. AGENSI
Para, Brazil 27 Sept. – Seekor ular anaconda gergasi sepanjang lebih 10 meter ditemui bersembunyi di dalam gua berhampiran tapak pembinaan sebuah empangan di Brazil, baru-baru ini.
Reptilia seberat hampir 400 kilogram itu ditemui oleh pekerja tapak pembinaan tersebut selepas mereka melakukan letupan terkawal di Gua Altamira di utara Para pada 25 September lalu.
Dalam video yang dimuat naik ke laman YouTube, pekerja tersebut terpaksa menggunakan kren untuk memindahkan ular tersebut yang kelihatan sudah mati akibat letupan tersebut.
Video tersebut, bagaimanapun mengundang banyak kritikan oleh netizen yang berpendapat ular gergasi tersebut tidak sepatutnya dibunuh. – AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/anaconda-gergasi-ditemui-di-brazil-1.388008#sthash.YK1csP4n.dpuf