Pages

Saturday, January 28, 2012

Keperibadian Nabi Muhammad saw

‎[[ Bab Keperibadian Nabi Muhammad saw ]] Dinukil dari Kitab Syamail Muhammad S.A.W - Imam Al-Tirmidzi

Fizikal Rasulullah saw1. Rasulullah saw memiliki perawakan yang sedang, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek. Tubuh beliau menarik. (Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim dan Ahmad)

2. Dari Anas ibnu Malik r.a : Rasulullah saw memiliki perawakan yang sedang, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek. Tubuh beliau menarik. Rambut beliau tidak terlalu kerinting dan tidak pula lurus tergerai. Warna kulit beliau berwarna coklat. Ketika berjalan, tubuh beliau saw tegap. (Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim dan Ahmad)

3. Al-Bara' ibnu Azib r.a : Saya belum pernah melihat seseorang yang hujung rambutnya menyentuh bahagian bawah telinganya serta mengenakan baju berwarna merah yang lebih gagah daripada Rasulullah saw. Rambut beliau saw separas bahu, tubuh di antara kedua bahunya lebar, dan postur beliau saw sederhana (tidak pendek dan tidak tinggi)."

Tanda Kenabian Rasulullah saw4. Dari Jabir bin Samurah r.a : Saya melihat tanda kenabian di antara kedua bahu Rasulullah saw; iaitu daging berwarna merah sebesar telur burung merpati. (Riwayat Tirmidzi, Muslim dan Ahmad)

Rambut Rasulullah saw5. Dari Anas ibnu Malik r.a : Panjang rambut Rasulullah saw sampai setengah telinga beliau saw. (Riwayat Tirmidzi, Muslim, Abu Dawud, Nasa'i dan Ahmad)

6. Abdullah ibnu Mughaffal : Rasulullah saw melarang kami untuk merapikan rambut dengan berlebihan, kecuali hanya sesekali. (Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud, Nasa'i dan Ahmad)

7. Dari Ibnu Abbas r.a : Abu Bakar r.a berkata kepada Rasulullah saw, "Wahai Rasulullah saw, anda telah beruban." Rasulullah saw bersabda, "Yang membuatku beruban adalah Surah Hud, Al-Waqiah, Al-Mursalat,An-Naba' dan At Takwir." (Riwayat Tirmidzi, Ibnu Sa'd dan Hakim)

8. Dari Qatadah : Saya bertanya kepada Anas bin Malik r.a, "Apakah Rasulullah saw mewarnai rambutnya? Beliau menjawab, "Rasulullah saw tidak pernah melakukannya, meski pada kedua pelipisnya terdapat uban. Tetapi Abu Bakar r.a pernah mewarnai rambutnya dengan inai dan al-katm." (Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Nasa'i, Ahmad dan Abu Dawud)

9. Dari Jabir bin Samurah : Jika Rasulullah saw memakai minyak rambut, uban beliau tidak terlihat. Tapi, ketika beliau sedang tidak memakai minyak rambut, nampaklah uban beliau. (Riwayat Tirmidzi, Muslim, Nasa'i dan Ahmad)

10. Utsman bin Mauhab : Abu Hurairah r.a pernah ditanya "Apakah Rasulullah saw mewarnai rambutnya?" Abu Hurairah r.a, mengiyakannya. (Riwayat Tirmidzi)

Bercelak11. Dari Ibnu Abbas r.a : Rasulullah saw memiliki sebuah bekas celak yang beliau saw gunakan untuk bercelak setiap malam, sebanyak tiga kali di sini (mata kanan) dan sebanyak tiga kali di sini (mata kiri). (Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah, Ahmad dan Hakim)

12. Dari Ibnu Abbas r.a : Rasulullah saw bersabda, "Alat celak yang paling baik bagi kalian adalah batu celak (al-itsmid) kerana hal itu dapat memperjelas penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata)." (Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud, Ibnu Majah, Nasa'i dan Ahmad)

Sandal/Selipar/Kasut13. Dari Abu Hurairah r.a : Salah seorang dari kalian tidak boleh berjalan dengan menggunakan satu sandal (bukan sepasang). Hendaklah ia menggunakan atau melepaskan keduanya. (Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ahmad, Malik dan Ibnu Majah)

14. Dari Abu Hurairah r.a : Apabila salah seorang dari kalian menggunakan sandal, hendaklah ia memulai dari kaki kanan, dan ketika ia melepaskannya, hendaklah ia memulai dari kaki kiri. Jadikan kaki kanan sebagai kaki pertama ketika menggunakan sandal dan kaki terakhir ketika melepaskannya. (Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Abu Dawud, Ahmad dan Humaidi)

Cincin15. Dari Ibnu Umar : Rasulullah saw membuat cincin dari perak. Beliau saw memfungsikan cincin itu sebagai stempel (cop), bukan untuk digunakan. (Riwayat Tirmidzi dan Ahmad)

16. Dari Anas bin Malik : Ketika Rasulullah saw hendak mengirim surat kepada Raja Persia, Raja Romawi dan Raja Najasyi, beliau saw mendapatkan maklumat bahawa mereka tidak akan menerima surat yang tidak berstempel. Maka Rasulullah saw membuat cincin yang lingkarannya terbuat dari perak dan bertuliskan 'Muhammad Rasul Allah'. (Riwayat Tirmidzi dan Muslim)

17. Dari Ali bin Abi Thalib : Rasulullah saw mengenakan cincin di jari tangan kanan beliau saw. (Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud, Nasa'i dan Ibnu Hibban)

Serban18. Amr bin harits r.a : Sungguh, Rasulullah saw pernah berkhutbah di hadapan orang-orang dengan menggunakan serban hitam di kepala beliau. (Riwayat Tirmidzi, Muslim, Abu Dawud, Nasai, Ibnu Majah dan Ahmad)

19. Ibnu Umar r.a : Ketika Rasulullah saw mengenakan serban, beliau saw menjulurkan serban itu di antara kedua bahu beliau. (Riwayat Tirmidzi dan Abu Syaikh)

Pakaian20. Dari Abu Burdah : Aisyah r.anha menunjukkan sehelai pakaian yang kasar dan sebuah sarung yang tebal kepada kami, kemudian ia berkata, "Rasulullah saw wafat ketika mengenakan pakaian ini. (Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad dan Abu Syaikh)

Cara Berjalan21. Dari Ali bin Abi Thalib : Apabila Rasulullah saw berjalan, tubuh beliau tegap, seperti sedang menuruni tanah yang landai. (Riwayat Tirmidzi dan Hakim) Makanan22. Dari Umar bin Khathab r.a : Rasulullah saw bersabda, "Makanlah minyak zaitun dan manfaatkanlah sebagai minyak. Sungguh, minyak zaitun berasal dari tumbuhan yang diberkati." (Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim)

23. Dari Aisyah r.anha : Rasulullah saw menyukai manis-manisan dan madu. (Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim Abu Dawud dan Ibnu Majah)

24. Dari Abdullah bin Harits r.a : Kami memakan daging bakar bersama Rasulullah saw di dalam masjid. (Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad)

25. Dari Aisyah r.anha : Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah saw adalah minuman yang manis dan dingin. (Riwayat Tirmidzi, Ahmad, Hakim dan Abu Syaikh)

Cara minum26. Dari Ibnu Abbas r.a : Rasulullah pernah meminum air zam-zam dengan berdiri (Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)

27. Dari Abdullah ibnu Amr ibnu Ash r.a : Saya terkadang melihat Rasulullah saw minum dalam keadaan berdiri dan kadangkala dalam keadaan duduk. (Riwayat Tirmidzi dan Ahmad)

28. Dari Barra' ibnu Zaid ibnu Ibnati Anas ibnu Malik : Suatu ketika Rasulullah saw bertamu ke rumah Ummu Sulaim. Di sana ada qirbah (bekas air daripada kulit) yang sedang digantung. Beliau saw minum dari mulut qirbah itu dalam keadaan berdiri, kemudian Ummu Sulaim mengambil dan melepaskan qirbah itu (dari gantungan). (Riwayat Tirmidzi, Ahmad dan Darami)

Wangian29. Dari Ibnu Umar r.a : Rasulullah saw bersabda, "Ada tiga pemberian yang tidak boleh ditolak, iaitu bantal, minyak wangi dan susu." ((Riwayat Tirmidzi, Abu Syaikh dan Baghawi) - Hadis Hasan

30. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, "Wewangian bagi lelaki adalah wangian yang keras, aromanya (bau) keras dan warnanya tidak nampak. Sedangkan wangian bagi perempuan adalah wangian yang warnanya nampak dan aromanya tidak menyengat (hidung)." (Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud, Nasa'i dan Ahmad)

Berbicara31. Dari Anas ibnu Malik r.a : Rasulullah saw mengulangi perkataannya sebanyak tiga kali agar mudah difahami (oleh pendengarnya). (Riwayat Tirmidzi dan Hakim)

Bergurau32. Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw pernah memanggilnya, "Wahai orang yang memiliki dua telinga!" (Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud dan Ahmad) - Maksud hadis -Rasulullah bergurau begitu kerana Anas r.a pendengar yang baik.

Tidur33. Dari Bara' bin Azib r.a : Ketika hendak tidur Rasulullah saw selalu meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan beliau dan berdoa 'Rabbi qiniy adzaabaka yama tab'a-tsu 'ibaadaka (Ya Rabb, lindungilah aku dari azab-Mu pada hari ketika engkau membangkitkan hamba-hambaMu |dari kubur|) (Riwayat Tirmidzi, Ahmad dan Nasa'i)

34. Dari Hudzaifah r.a : Setiap hendak tidur Rasulullah saw selalu berdoa (Ya Allah, dengan namaMu aku mati dan hidup). Dan setiap kali bangun tidur, beliau berdoa (Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah sebelumnya mematikan kami dan kepadaNyalah (kami) dibangkitkan). (Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Abu Dawud dan Ibnu Majah dan Nasa'i)

‎7 JENIS WAJAH MAYAT DALAM KUBUR



1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mencengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata, menghina, mengkritik dan mengumpat orang LAIN.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum. Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

Budak terlepas bas pandu kereta ke sekolah

PARIS: Polis menahan seorang budak lelaki berusia 10 tahun selepas dia memandu kereta bapanya untuk ke sekolah apabila tertinggal bas, semalam.
Budak lelaki terbabit turut membawa bersamanya seorang kawan berusia sembilan tahun yang juga ketinggalan bas sekolah.

Jurucakap polis Valence berkata, budak itu memandu kereta Renault Megane bapanya sejauh kira-kira dua kilometer sebelum terbabas ke tepi jalan, tetapi tiada sesiapa cedera.

Ketika polis tiba, budak terbabit merayu tidak ditahan. - DM

Pepsi sangkal dakwaan guna janin dalam produk

CHICAGO: Senator dari Oklahoma, Ralph Shortey semalam mencadangkan undang-undang untuk mengharamkan sebarang penggunaan janin dalam makanan.
Rang undang-undang itu dikemukakan selepas khabar angin tersebar menerusi Internet, mendakwa syarikat minuman ringan, Pepsi, menggunakan janin dalam produknya.

PepsiCo menafikannya dan menyifatkan khabar angin itu sebagai palsu.

“PepsiCo tidak pernah menjalankan atau membiayai kajian yang menggunakan sebarang tisu manusia atau sel yang diperoleh daripada janin,” kata jurucakapnya, Peter land.

Khabar angin itu bermula ekoran permohonan paten daripada satu pembekal Pepsi yang memetik penggunaan sel HEK293 dalam proses kajian bagi satu penguji-rasa tiruan.

HEK293 diperoleh daripada janin yang digugurkan dan ia banyak digunakan dalam kajian bioteknologi. - AP

Harimau bintang baham wanita hamil

HARIMAU bintang yang dikurung di zoo di Guwahati selepas ditangkap semalam.
HARIMAU bintang yang dikurung di zoo di Guwahati selepas ditangkap semalam.
MOZIZ...mangsa.
MOZIZ...mangsa.
GUWAHATI: Dua orang, termasuk seorang wanita hamil cedera parah selepas dibaham seekor harimau bintang semalam, serangan ketiga seumpamanya dalam masa beberapa minggu.
Dalam kejadian terbaru itu, haiwan liar berkenaan dikatakan sesat dan berkeliaran di Guwahati, bandar terbesar di negeri Assam, India.

Harimau bintang itu mencetuskan panik apabila berkeliaran di kawasan berpenduduk padat di bandar berkenaan, tempat dia membaham seorang lekaki berusia 20 tahun dan seorang wanita hamil.
Suami wanita terbabit, Abid Ali berkata, isterinya kehilangan banyak darah dan pengsan.

“Dia cedera parah di belakang kepala,” kata lelaki itu.

Seorang lagi mangsa, Moziz Haq berkata, dia juga cedera di kepala.


“Ia seolah-olah mengetuk dan menampar dan saya rebah ke tanah dengan darah memercik pada seluruh tubuh,” kata Moziz kepada wartawan ketika ditemui di hospital.

Haiwan berkenaan kemudian ditembak menggunakan ubat pelali oleh pegawai hutan sebelum dihantar ke zoo di bandar itu.
Ia adalah serangan ketiga membabitkan harimau bintang di Guwahati bulan ini.

Dalam kejadian ngeri yang dirakam menerusi kamera, tiga orang cedera dan seorang mati apabila dibaham oleh seekor harimau bintang pada 7 Januari lalu.

Tiga lagi penduduk cedera dalam serangan berasingan minggu lalu.

Beribu-ribu penduduk India menjadi mangsa serangan haiwan liar setiap tahun, membabitkan gajah, harimau, harimau bintang dan ular.

Aktivis pemuliharaan alam sekitar berkata, semakin banyak haiwan liar memasuki bandar kerana perkembangan kawasan bandar dan industri menyebabkan habitat mereka semakin kecil. - AFP

Penggodam Israel serang laman sesawang Iran

BAITULMAQDIS: Sekumpulan penggodam Israel semalam berkata, mereka menyerang beberapa laman sesawang Iran sehari selepas laman sesawang negara Yahudi itu ditutup dalam insiden perang siber terbaru di antara kedua-dua pihak.
Dalam kenyataan diterbitkan Pastebin.com, Pasukan Pertahanan Israel itu berkata, serangan berkenaan adalah tindak balas terhadap tindakan sama dilakukan ke atas laman sesawang akhbar dan hospital Israel kelmarin.

“Jika penggodam Arab menyangka serangan mereka akan dibiar begitu saja, saya ingin nyatakan bahawa kamu silap,” kata kenyataan menggunakan bahasa Inggeris yang lemah itu.

Kumpulan terbabit berkata, mereka akan melumpuhkan laman sesawang Kementerian Kesihatan Iran serta saluran Press TV negara itu. - AFP

Perancis saman 13 syarikat minyak wangi mewah



28/01/2012 2:53am

PARIS 28 Jan. – Mahkamah Perancis semalam menyaman 13 syarikat pengeluar minyak wangi mewah termasuk Chanel, Christian Dior dan L'Oreal berjumlah AS$53 juta (RM164.3 juta) kerana didakwa berpakat mengekalkan harga jualan yang tinggi.
Jelas mahkamah, tuntutan saman yang difailkan oleh kumpulan pemerhati Perancis pada 2006 itu mendapati syarikat-syarikat tersebut berpakat mengadakan perjanjian tidak sah berhubung mengekalkan paras harga yang tinggi.
Sementara itu, syarikat lain yang turut disaman termasuk Jean-Paul Gaultier, Issey Miyake, Clarins Fragrance Group, Hermes, Clinique, Estee Lauder, Guerlain, LVMH Fragrance Brands, Sisheido Europe dan YSL. – AFP

Filipina sedia terima lebih ramai tentera AS



MANILA 27 Jan. - Kerajaan Filipina hari ini mengesahkan bahawa ia bersedia menerima kehadiran lebih ramai pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) bagi membantu mempertahankan kepentingannya dan memastikan keamanan di negara ini.
Setiausaha Luar, Albert del Rosario berkata, kerajaan Filipina mahukan lebih banyak latihan bersama diadakan dengan bekas penjajah itu serta pertambahan askar AS bagi bergilir-gilir menjaga keamanan di negara-negara Asia Tenggara.
"Ini merupakan kelebihan kepada kami untuk meningkatkan hubungan dengan AS melalui kaedah yang memberi keuntungan bersama," katanya dalam satu kenyataan.
Del Rosario, bagaimanapun tidak menyebut China sebagai punca Filipina mahukan kehadiran lebih ramai tentera AS, namun tetap menekankan mengenai 'perbalahan antara wilayah'. - AFP

3,000 penumpang terima pampasan



GIGLIO 27 Jan. - Kira-kira 3,000 penumpang yang terselamat dalam kejadian kapal persiaran mewah Costa Concordia terbalik pada 13 Januari lalu akan menerima pampasan berjumlah AS$14,450 (RM44,795) seorang.
Menurut pertubuhan pengguna, perjanjian pembayaran pampasan itu dipersetujui hampir 85 peratus daripada penumpang yang terlibat.
"Perjanjian itu melibatkan kira-kira 3,000 penumpang dari 60 negara termasuk 800 warga Itali," kata Adoc, iaitu satu daripada kumpulan pengguna yang terlibat dalam perjanjian itu.
Dalam pada itu, pasukan penyelam tentera laut pada pagi ini menebuk lubang pada bangkai kapal terbabit untuk meneruskan operasi mencari mangsa yang masih hilang walaupun peluangnya adalah tipis.
Angka korban tragedi tersebut kini mencecah 16 orang manakala 16 lagi dilaporkan masih hilang. - AFP

Ketua orang Asli Australia kutuk tindakan



SYDNEY 27 Jan. - Ketua-ketua kumpulan orang Asli Australia hari ini mengkritik tindakan kurang hormat kumpulan hak asasi orang Asli yang menyebabkan Perdana Menteri Julia Gillard terpaksa diberi perlindungan oleh ejen keselamatan ketika berada di sebuah restoran di Canberra, semalam.
Pesuruhjaya Keadilan Rangkaian Penduduk Pulau Teluk Torres dan Aboriginal, Mick Gooda (gambar) berkata, sikap yang ditunjukkan kumpulan terbabit sangat memalukan.
"Tunjuk perasaan yang agresif, berpecah-belah dan mengancam keselamatan orang lain tidak mendapat restu komuniti orang Asli di pulau ini," katanya.
Gillard dan ketua pembangkang, Tony Abbott terpaksa diberi perlindungan oleh ejen keselamatan selepas dikelilingi berpuluh-puluh aktivis orang Asli di sebuah restoran di Canberra yang mengetuk tingkap restoran sambil melaungkan perkataan 'malu' dan 'perkauman'. - AFP

Nyamuk gergasi gemparkan penduduk




Nyamuk gergasi yang berjaya ditangkap penduduk Kampung Sumarran di Sulawesi Barat. - AGENSI


POLEWALI - Penduduk di Kampung Sumarran di Sulawesi Barat digemparkan dengan kehadiran seekor nyamuk gergasi berukuran tujuh sentimeter dan mempunyai sayap berukuran 2.5 sentimeter.
Haiwan tersebut ditemui bersama kumpulan nyamuk lain di sebuah masjid ketika para jemaah mahu menunaikan solat Maghrib. Para jemaah kemudiannya menangkap nyamuk itu beramai-ramai.
Penangkapan nyamuk itu dipercayai merupakan yang terbesar di Indonesia dan haiwan tersebut disimpan di rumah seorang daripada penduduk.
Penduduk kampung, Harli Mulyadi berkata, dia bimbang haiwan tersebut membiak di kampung tersebut yang pernah dilanda kes demam denggi berdarah dan cikungunya.
"Jika nyamuk ini membiak di daerah ini, ia akan mengancam keselamatan dan kesihatan penduduk di sini," katanya kepada news.okezone.com.
Katanya lagi, kampung tersebut merupakan sebuah kawasan yang memiliki suhu lembap, sekali gus berpotensi untuk pembiakan nyamuk.
Penduduk kampung juga berharap kerajaan dan Kementerian Kesihatan dapat menyelesaikan masalah itu dengan melakukan penyemburan asap bagi menghapuskan pembiakan nyamuk gergasi berkenaan. - AGENSI

Penduduk berang sikap menteri




Beratus-ratus baju dalam wanita digantung di pagar pejabat Kementerian Dalam Negeri, Jakarta Pusat. - AGENSI


JAKARTA - Beratus-ratus penduduk Tanah Merah di Jakarta Utara mengadakan tunjuk perasaan di hadapan pejabat Kementerian Dalam Negeri di Jalan Merdeka Utara, Jakarta Pusat.
Dalam tunjuk perasaan itu, mereka turut menggantung beratus-ratus baju dalam wanita di pagar pejabat tersebut sebagai simbolik terhadap tindakan Menteri Dalam Negeri, Gamawan Fauzi yang begitu takut mempermudahkan urusan mendapatkan kad pengenalan (KTP) penduduk Tanah Merah.
Beratus-ratus penduduk Tanah Merah berasa kecewa kerana urusan memperoleh kad pengenalan tidak dipermudahkan, walaupun surat rasmi telah dihantar kepada gabenor dan ketua-ketua kota di seluruh negara.
Gabenor Fauzi Bowo menolak surat itu dengan alasan penduduk menduduki tanah milik orang lain, lapor Kompas.com.
Menurut ketua penganjur protes, Aris, mereka kecewa dengan sikap Kementerian Dalam Negeri kerana tidak berani menentang tindakan Fauzi.
"Fauzi yang hanya seorang gabenor jelas melanggar arahan Gamawan, tetapi Menteri itu dilihat tidak berani menentangnya," kata Aris.
Aris berkata, jika tiada usaha diambil untuk mengatasi masalah ini, maka protes besar-besaran akan diadakan dan mereka akan menutup jalan-jalan utama di bandar itu. - AGENSI

Remaja Islam berdepan hukuman penjara 25 tahun



Muhammad Hussain


WASHINGTON 27 Jan. – Seorang remaja Islam kelahiran Amerika Syarikat (AS) semalam mengaku bersalah atas dakwaan cuba mengebom pusat rekrut tentera AS dan berdepan hukuman 25 tahun penjara.
Antonio Martinez, 22, yang menukar nama kepada Muhammad Hussain selepas memeluk Islam, mengaku menggunakan senjata yang boleh mendatangkan kemusnahan terhadap harta kerajaan dalam cubaan mengebom pusat rekrut di Baltimore, Maryland.
Pendakwa Raya Jabatan Kehakiman AS, Rod Rosenstein dalam kenyataannya berkata, Hussain dan beberapa suspek lain ditangkap sebelum sempat melancarkan serangan itu dan mereka disiasat mengikut undang-undang keselamatan negara.
“Jika hakim menerima pengakuan bersalah tersebut, tertuduh mungkin dipenjarakan selama 25 tahun.
“Mahkamah akan membuat keputusan pada 6 April ini,” katanya.
Ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menahan Hussain pada Disember 2010 selepas merancang untuk menyerang tentera AS.
Dia ditahan ketika cuba memasang bom yang dipercayai diletakkan pada sebuah kereta yang terdapat di pusat rekrut itu yang sebenarnya palsu.
Pusat rekrut itu dibuka di pusat membeli belah di Catonsville, Maryland selatan Baltimore.
Suspek sebelum itu turut menyiarkan komen secara terbuka dalam akaun Facebook yang menyeru menghentikan penindasan terhadap umat Islam. – AFP

Pengasas PIP dibebas




Gambar fail bertarikh 17 Januari lalu di La Seyne-sur-Mer, selatan Perancis merakamkan Jean-Claude Mas memegang implan payu dara keluaran syarikatnya. - AFP


MARSEILLE 27 Jan. - Pengasas syarikat implan payu dara, Poly Implant Prothese (PIP), Jean-Claude Mas hari ini dibebaskan selepas ditahan polis semalam dan berdepan dakwaan mencederakan tanpa niat.
Doktor di Perancis melaporkan terdapat 20 kes kanser di kalangan wanita yang memakai implan jenama itu, 16 daripadanya menghidap kanser payu dara, walaupun belum disahkan sama ada ia berkaitan dengan pemakaian produk tersebut.
Peguamnya, Yves Haddad berkata, Mas mungkin tidak akan disiasat atas dakwaan menyebabkan kematian seperti yang dijangka dan dia kini diletakkan di bawah pengawasan mahkamah.
Katanya, anak guamnya dibebaskan sehari selepas disoal siasat oleh seorang hakim dan siasatan rasmi mungkin mendorong kepada tuduhan jenayah yang hukumannya lebih berat berbanding kes penipuan yang sedang dihadapi Mas ketika ini.
Awal tahun ini, beberapa maklumat polis yang bocor menunjukkan Mas mengakui melakukan penipuan mengenai kualiti implan PIP, sekali gus mendatangkan kemarahan masyarakat umum terhadapnya.
Mas yang menjual kira-kira 300,000 implan di seluruh dunia, didapati menggunakan silikon yang tidak diluluskan, namun dia menafikan produknya itu mendatangkan bahaya kepada kesihatan pengguna.
Perbicaraan kes penipuan itu dijangka diadakan pada Oktober ini.
Mas dan bekas ketua eksekutif PIP, Claude Couty sebelum ini disoal siasat polis yang turut menggeledah rumah tertuduh.
Mereka kemudiannya ditahan polis di bandar pelabuhan Mediterranean atas arahan pendakwa raya Jacques Dallest.
Mas dan Couty boleh ditahan sehingga 48 jam sementara hakim mempertimbangkan untuk membuka kertas siasatan rasmi dengan syarat ikat jamin dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh.
Pihak berkuasa Perancis sebelum ini dikritik ekoran reaksi yang lambat terhadap kes itu yang mendatangkan kebimbangan terhadap wanita yang menggunakan implan PIP. - REUTERS

2 penduduk Islam Uighur dipenjara seumur hidup



BEIJING 27 Jan. - Mahkamah China hari ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap dua orang penduduk Islam Uighur yang diusir dari Kemboja, lapor Stesen Radio Free Asia.
Tindakan itu, sekali gus menunjukkan tiada tanda-tanda Beijing akan melonggarkan cengkaman terhadap wilayah autonomi Uighur di Xinjiang yang kaya dengan sumber minyak dan gas asli.
Hukuman itu dilaksanakan ketika China mahu memastikan kestabilan diutamakan dan dicapai menjelang peralihan kepimpinan hujung tahun ini.
Namun, tiada butiran lanjut mengenai kesalahan kedua-dua penduduk terbabit.
Dua penduduk Islam Uighur itu merupakan antara 20 pencari suaka politik di Kemboja selepas rusuhan etnik meletus antara penduduk Uighur dengan penduduk China Han di ibu negeri Xinjiang, Urumqi pada Julai 2009 yang menyebabkan hampir 200 orang terbunuh.
Radio Free Asia yang memetik kenyataan kumpulan aktivis melaporkan, kumpulan suaka politik itu melarikan diri selepas menyaksikan pihak keselamatan menggunakan senjata serta menahan penunjuk perasaan Uighur semasa rusuhan tersebut.
Beberapa ahli kumpulan suaka politik itu turut dipenjarakan selama 17 tahun dan bakinya tidak diketahui memandangkan perbicaraan mahkamah dikendalikan secara rahsia.
Presiden Persatuan Uighur Amerika Syarikat, Alim Seytoff berkata, tindakan China itu sepatutnya mendapat perhatian dunia terhadap layanan Beijing kepada pencari suaka politik Uighur.
"Etnik Uighur di Kemboja dihantar semula ke China dan ditindas atas tindakan mereka melarikan diri ketika keganasan tercetus.
"Kita tidak boleh membiarkan kerajaan China menekan pencari suaka politik Uighur yang berada di negara lain," katanya. - REUTERS

Bayi gigit kepala ular



28/01/2012 2:53am

BAITULMAQDIS 28 Jan. – Seorang bayi berusia setahun mengejutkan ibunya apabila dia menggigit kepala ular yang masuk ke dalam rumahnya di timur bandar pelabuhan Haifa, semalam.
Ghadir Aleeyan berkata, dia berasa amat terkejut selepas melihat terdapat kepala ular sebesar 30 sentimeter dalam mulut anaknya, Imad Aleeyan.
“Ketika kejadian, saya sedang membancuh susu untuk Imas dan ternampak kepala ular di dalam mulutnya,” katanya. – AFP

Kasino mini diserbu kali ketiga



MALINDA ABDUL MALIK LALUAN masuk ke kasino mini di Mount Erskine, Pulau Tikus, Pulau Pinang.


GEORGE TOWN – Tidak pernah serik. Itu yang berlaku apabila polis terpaksa melakukan serbuan dua kali berturut-turut ke atas kasino mini di Mount Erskine, Pulau Tikus di sini yang pernah diserbu polis pada 5 Januari lalu.

Dalam serbuan pertama malam kelmarin, polis berjaya menahan 11 lelaki yang baru sejam leka berjudi manakala dalam serbuan kedua pada pukul 5 petang semalam, polis memberkas 26 kaki judi termasuk seorang wanita dan seorang Orang Kurang Upaya (OKU).

Kedua-dua serbuan dijalankan oleh sepasukan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) diketuai Asisten Superintenden Fauzi Md. Yusop dan Cif Inspektor Mohd. Rozi Aziz.

Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

Batu zamrud sudah dipotong terbesar dunia dilelong



REGAN REANEY melihat batu zamrud Teodara di Rumah Lelongan Western Star, Kelowna, British Columbia kelmarin.


KELOWNA, British Columbia - Seketul batu zamrud yang seberat 11.5 kilogram (kg) dan bernama Teodara akan dilelong pada minggu ini.

Batu zamrud yang bersamaan dengan berat 57,500 karat itu ditemui di sebuah lombong di Brazil dan telah dipotong menjadi seperti bentuk buah tembikai di India.

Ia akan dilelong di sini, Kanada pada hari ini.

Batu zamrud tersebut dijangka dilelong di antara AS$2 juta (RM6.07 juta) dan AS$2.5 juta (RM7.59 juta).

Selepas dipotong, ia menjadi milik seorang pemborong Regan Reaney yang membelinya pada 13 Januari lalu.

Sejumlah orang melihat batu zamrud itu semasa ia dipamerkan di Rumah Lelongan Western Star di sini. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

PBB minta Iran beku program nuklear





DAVOS, Switzerland - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon semalam menggesa Iran supaya membekukan program nuklearnya dan menyambung semula rundingan dengan kuasa Barat.

Ki-moon berkata, keputusan kini terletak di tangan Iran untuk menunjukkan bahawa negara berkenaan berniat baik.

"Tiada alternatif lain bagi menangani krisis ini selain penyelesaian damai menerusi rundingan," kata Ki-moon dalam satu acara sampingan semasa persidangan Forum Ekonomi Dunia di sini.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad berkeras menyatakan bahawa Teheran tidak menolak untuk berunding dan bersedia duduk semeja bersama kuasa dunia terdiri daripada Britain, China, Perancis, Rusia, Amerika Syarikat dan Jerman bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Mahmoud membuat kenyataan itu kelmarin selepas Kesatuan Eropah (EU) mengumumkan sekatan import minyak dari Iran.

Sekatan itu menyebabkan timbul kebimbangan bahawa harga minyak akan meningkat.

Enam kuasa dunia berkenaan masih menunggu jawapan Teheran berhubung sepucuk surat yang dihantar Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Catherine Ashton pada Oktober lalu yang menekankan bahawa rundingan perlu tertumpu kepada 'persoalan utama' isu nuklear Iran.

Sebelum ini, beberapa rundingan yang diadakan setahun lalu di Istanbul, Turki gagal mencapai sebarang kemajuan.

Menurut Ki-moon, beliau amat bimbang berhubung satu laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) baru-baru ini yang mendapati program nuklear Iran melibatkan dimensi ketenteraan. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'