Pages

Monday, August 1, 2016

Pengantin termuda


Kaherah: Seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengahwini sepupunya yang cuma dua tahun muda daripadanya dalam majlis yang diadakan besar-besaran selain menyebabkan mereka digelar pasangan pengantin termuda dunia.

Faris Abdul Aziz dan pasangannya Nancy berkahwin di sebuah kampung di utara Kaherah, Jumaat lalu, dengan dihadiri ratusan orang.

Laporan akhbar memetik bapa pengantin lelaki cilik itu berkata, dia mahu anaknya berkahwin kerana mahu mendapatkan sebanyak mungkin hadiah perkahwinan.

Menurut seorang jiran: “Dia berkata selama ini sudah ratusan penduduk kampung mendapat hadiah perkahwinan daripadanya dan kini tiba masa untuk dia pula mendapat hadiah.”

Peguam, Mahmoud Shabana dipetik akhbar Al Masry Al Youm menyifatkan perkahwinan itu sebagai perbuatan jenayah. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Julai 2016 @ 10:14 AM

Khaled sudah makin kurus


 
GAMBAR terbaru Khaled (kiri) dan pada 2013.

Agensi
Jeddah: Seorang remaja berusia 20 tahun yang satu ketika dulu mempunyai berat badan lebih 600 kilogram, sudah kehilangan dua per tiga beratnya itu.

Gambar Khaled al-Shaeri - yang pernah diisytiharkan remaja paling berat di dunia - sebelum dan selepas kehilangan berat badannya, viral di media sosial Arab Saudi sejak dua hari lalu.

Pada 2013, berat Khaled ialah 610 kilogram apabila dia dibawa dengan helikopter dari kediamannya di Jazan ke Pusat Perubatan King Fahd di Riyadh untuk menjalani rawatan atas arahan Almarhum Raja Abdullah.

Ketika itu, Khaled terpaksa diangkut dengan kren khas yang dipesan dari Amerika Syarikat serta memerlukan 30 pegawai perubatan dan pertahanan awam untuk membantunya.

Sejak itu, dia menjalani program kesihatan untuk menurunkan berat badannya.

Februari lalu, satu video menunjukkan dia berjalan dengan bantuan tongkat.

Kelmarin, doktor berkata, dia kini sudah kehilangan dua per tiga berat badannya, tetapi masih perlu menjalani rawatan untuk memastikan dia memperoleh berat badan paling sesuai. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Ogos 2016 @ 7:41 AM

Jual pontianak di Facebook



GAMBAR yang dimuat naik di Facebook menunjukkan seorang lelaki bersama wanita berwajah hodoh dan menakutkan. - Agensi

Agensi
Jakarta: Seorang pengguna Facebook di Indonesia menggemparkan komuniti laman sosial di negara itu apabila dia mengiklankan pontianak untuk dijual.

Achyar Yuliantoro memuat naik iklan berkenaan di satu laman kumpulan di Facebook pada Rabu lalu dan terus viral dalam tempoh beberapa jam.

Tidak cukup dengan itu, dia turut memuat naik gambar seorang lelaki bersama wanita berwajah hodoh dan menakutkan dipercayai pontianak.

“Pontianak asli untuk dijual. Khasiat rambutnya mempunyai pelbagai fungsi.

“Ilmu pengasih peringkat tinggi dan paling ampuh serta teman ghaib. Sehelai rambut dijual pada harga Rp700,000 (RM217),” katanya.

Iklan itu mendapat sambutan luar biasa daripada pengguna laman sosial di Indonesia dan dikongsi lebih 3,000 kali.

Bagaimanapun, beberapa pengguna laman sosial menganggap iklan berkenaan hanya gurauan, tetapi ramai juga yang mempercayainya.

“Sekiranya asli saya mahu, saya mahu jadikannya isteri saya,” kata seorang pengguna Facebook, Diajeng.

“Walaupun saya yakin pontianak itu hanya lakonan, tetapi ia masih membuatkan saya takut,” kata seorang lagi pengguna Facebook.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Julai 2016 @ 5:11 AM