Pages

Saturday, February 26, 2011

Algeria tarik balik darurat



ALGIERS 25 Feb. - Algeria semalam menarik balik perintah darurat yang berkuat kuasa di negara ini selama 19 tahun, sebagai satu konsesi yang ditawarkan kepada puak pembangkang bagi tujuan menyekat gelombang pemberontakan di negara ini.
Menamatkan kuasa darurat itu adalah antara tuntutan yang disuarakan oleh kumpulan-kumpulan pembangkang yang telah mengadakan protes setiap minggu di ibu negara ini, dengan harapan untuk meniru pemberontakan di Tunisia dan Mesir.
Bagaimanapun seorang penganjur protes berkata, penarikan balik perintah darurat itu tidak memadai, dan kerajaan mesti membenarkan lebih banyak kebebasan demokratik.
Di Washington, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menyambut baik tindakan itu tetapi meminta kerajaan Algeria mengambil langkah-langkah seterusnya bagi membolehkan rakyat Algeria melaksanakan hak mereka sepenuhnya.
Satu arahan yang ditandatangani oleh Presiden Abdelaziz Bouteflika untuk menarik balik perintah darurat itu mula berkuat kuasa, semalam selepas disiarkan di warta rasmi kerajaan.
Perintah darurat itu dikenakan untuk membantu pihak berkuasa memerangi pemberontak berhaluan Islam tetapi sejak beberapa tahun lalu, keganasan telah reda dan kerajaan dituduh menggunakannya untuk menyekat kebebasan politik.
Penarikan balik perintah darurat tidak membawa banyak implikasi praktikal kerana peraturan baru juga diluluskan bagi membolehkan tentera bertindak menjaga keselamatan dalam negeri, seperti dilakukannya di bawah perintah darurat.
Bouteflika, 73, dijangka terus mengalami tekanan daripada penunjuk perasaan antikerajaan dan daripada anggota kerajaannya sendiri untuk melaksanakan lebih banyak perubahan dan menjelaskan rancangan beliau kepada rakyat. - Reuters
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Switzerland beku aset Gaddafi



GENEVA 25 Feb. - Switzerland semalam mengarahkan pembekuan segera ke atas sebarang aset milik pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dan penyokong kuatnya, kata Kementerian Luar negara ini.
Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, Majlis Persekutuan mengutuk tindakan keras yang digunakan oleh pemimpin Libya itu ke atas rakyat Libya.
''Dengan melihat perkembangan tersebut, Majlis Persekutuan mengambil keputusan untuk membeku sebarang aset Gaddafi dan penyokongnya di Switzerland berkuat kuasa serta-merta,'' kata kementerian itu.
Kerajaan negara ini berkata, ia mahu mengelak sebarang penyalahgunaan harta negara Libya yang masih berada di Switzerland.
Dalam pada itu, Britian juga akan mengambil tindakan merampas aset Gaddafi bernilai berbilion pound yang disimpan di Eropah, lapor akhbar Telegraph, hari ini.
Jabatan Kewangan Britain menubuhkan satu unit untuk menjejaki aset Gaddafi di Britain yang dipercayai termasuk di akaun bank, harta komersial dan rumah di London bernilai 10 juta pound (RM49.4 juta), kata akhbar itu.
''Perkara utama adalah mengeluarkan rakyat Britain dari Libya.
''Kemudian kami bersedia untuk mengambil tindakan untuk merampas aset Gaddafi, ia sedang dilaksanakan," kata sumber kerajaan.
Britain difahamkan Gaddafi memiliki aset mudah tunai kira-kira 20 bilion pound (RM98.8 bilion) di London.
Menurut akhbar itu, tindakan pembekuan itu akan dilaksanakan dalam tempoh beberapa hari ini. - AFP
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Gaddafi sedia guna senjata biologi




Gambar yang dikeluarkan oleh agensi berita Xinhua merakamkan penunjuk perasaan antikerajaan menaiki kereta kebal tentera Libya yang berpaling tadah selepas bandar Albayda di timur Libya jatuh ke tangan penunjuk perasaan, kelmarin. - AP


TRIPOLI 25 Feb. - Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi tidak akan teragak-agak untuk menggunakan senjata biologi dan kimia apabila semakin banyak kawasan di negara ini jatuh ke tangan penunjuk perasaan antikerajaan.
Bekas Menteri Kehakiman, Mustafa Abdel Galil memberitahu stesen televisyen Al-Jazeera, Gaddafi memiliki senjata tersebut dan tidak akan keberatan untuk menggunakannya ke atas penduduk awam.
"Jika dia benar-benar berasa tertekan, dia sanggup melakukan apa sahaja.
"Saya percaya Gaddafi akan membakar apa sahaja yang ditinggalkannya," kata Galil, malam tadi.
Rejim Gaddafi diketahui masih memiliki cukup banyak gas mustard.
Gaddafi bersetuju pada 2003 untuk membubarkan program senjata nuklear dan kimia Libya dan telah memusnahkan kira-kira 50 peratus daripada senjata kimianya, tetapi dipercayai masih menyimpan sebanyak 9.5 tan gas mustard.
Sementara itu, pertubuhan antarabangsa dan diplomat menganggarkan bilangan penunjuk perasaan yang dibunuh oleh pasukan keselamatan Gaddafi ialah antara 600 hingga 2000 orang.
Askar Gaddafi menembak mati sekurang-kurangnya 100 penunjuk perasaan di bandar Zawiya malam tadi, lapor Al-Jazeera.
Sementara itu, sekurang-kurangnya lima orang maut apabila pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan antikerajaan di daerah Janzour di barat Libya, hari ini.
"Tentera yang setia dengan Gaddafi melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan anti-Gaddafi di Janzour menyebabkan antara lima hingga tujuh penunjuk perasaan dipercayai terbunuh," kata seorang penduduk. - dpa/Reuters
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Rakyat Libya telah menguasai sebahagian sumber minyak LibyA



http://38.121.76.242/memoadmin/media//version4_136497_340_309_.jpg
Terjemahan Google
Jurutera Petroleum menegaskan ahli kepimpinan interim bandar Benghazi pada hari Jumaat, para pengunjuk rasa menahan semua ladang-ladang minyak timur bandar Ras Lanuf Libya hampir, menunjukkan bahawa ladang-ladang minyak dan terminal beroperasi pada sekitar 25% dari kapasiti.
Dan eksport ke Libya minyak dari pelabuhan dan stesen, termasuk kepala hidung dan Zueitina, Marsa Brega Harika dan ikan belanak, teratai dan sudut dan Mellitah.
Said Abdel Salam Najib, seorang jurutera minyak di syarikat minyak Teluk Parsi Jamahiriya, seorang ahli gabungan 17 Februari – yang menguruskan urusan kedua terbesar bandar Libya Libya secara sementara: – Semua ladang minyak Libya di sebelah timur Ras Lanuf hampir di bawah kawalan rakyat dan kerajaan tidak mempunyai kawalan di daerah ini.
Dia menambah, menurut Reuters, yang bekerja di ladang dan pekerja dalam pengangkutan minyak ke pelabuhan masih meneruskan pekerjaan mereka, tetapi bekerja terputus oleh hampir 75%.
Najib berkata dia bekerja di ladang minyak dan itu mengatakan kepadanya bahawa seseorang yang bekerja di sebuah syarikat minyak besar di Brega.
Dan Marsa Brega adalah suatu terminal minyak di selatan timur Benghazi, Libya.
Hal ini terletak beberapa daerah pengeluaran dan eksport minyak utama di Libya timur di negara anggota OPEC dan sekarang sebahagian besar yang sekarang di bawah kawalan pengunjuk rasa ingin menggulingkan Kolonel Muammar Gaddafi.
Dalam konteks berkaitan, saksi mengatakan pada hari Jumaat bahawa bandar Libya daripada syarikat minyak kilau Timur dan kemudahan sekarang dikenakan untuk menulis & menerbitkan Para pengunjuk rasa melarikan diri askar daripada tentera untuk membantu mereka melindungi pelabuhan.
Selamat, “kata Maghribi, seorang peguam dari peserta Benghazi sekarang dalam jawatankuasa-jawatankuasa tempatan untuk mempertahankan berkilau bahawa daerah di bawah kawalan masyarakat tempatan.
Stop minyak eksport:
Di sisi lain, sumber-sumber di sektor minyak pada hari Jumaat bahawa sebahagian besar eksport minyak Libya dihentikan kerana pengeluaran menurun dan jumlah kecil pekerja di pelabuhan dan masalah keselamatan.
Dia memuji masalah keselamatan daripada beberapa syarikat pelayaran untuk berlayar ke Libya, yang menyaksikan pemberontakan terhadap kuasa pemimpin Muammar Gaddafi telah ada selama 41 tahun.
Sumber mengatakan bahawa beberapa dari kapal menolak untuk dermaga di pelabuhan Libya atau tidak diselesaikan dan kembali jalan, walaupun cuaca buruk di Mediterranean menyebabkan suspensi kerja.
Seorang peniaga berkata syarikat membeli minyak mentah Libya: “Ini adalah kombinasi dari penangguhan dan cuaca buruk.”
Sebuah sumber di syarikat minyak utama, “kapten kapal tanker itu, Astojrnaha menolak untuk pergi ke Libya Katanya dia bimbang keselamatan di pelabuhan ..”
Dia mengatakan pembeli lain untuk minyak Libya: “anda tidak bisa akses ke port ada tidak ada koneksi ..” Ia melanjutkan: “Kami telah mendengar laporan tentang kembalinya beberapa kapal.”
Harga minyak melompat kerana rusuhan di Libya dan shutdown eksport minyak 1,3 juta barel per hari. London Brent crude naik menjadi sekitar $ 120 per barel pada hari Khamis, level tertinggi sejak 2008.
Libya menghasilkan 1,6 juta barel per hari minyak berkualiti tinggi, atau sekitar dua peratus daripada output global dan berhenti antara 30 peratus dan 75 peratus pengeluaran akibat gejolak di negara ini.
Blog Peribadirasulullah

21 bayi di Baby Hatch sejak Mei



Oleh Nadia Hamid
nnadia@bharian.com.my
2011/02/26

pix_gal0
Orphan CARE berjaya urus pengambilan 20 bayi untuk keluarga angkat

PETALING JAYA: Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak Yatim (Orphan CARE) menerima 21 bayi yang dibuang dengan purata penerimaan tiga bayi sebulan sejak penubuhan Pusat Perlindungan Bayi (Baby Hatch) pada Mei tahun lalu.
Berdasarkan angka berkenaan, 20 daripadanya sudah diberikan kepada keluarga angkat masing-masing yang datang daripada pelbagai latar belakang sosial dan agama, manakala seorang lagi bayi masih menunggu untuk diserahkan kepada keluarga angkat selepas urusan dokumen pengambilan anak angkat selesai.
Setiausaha Kerja Orphan CARE, Azra Banu, berkata sehingga kini, hanya dua kes membabitkan bayi diletakkan secara sembunyi ke dalam Baby Hatch manakala, 19 bayi lain diserahkan sendiri oleh ibu kandung mahupun ahli keluarga wanita yang melahirkan anak berkenaan.

“Kebanyakan ibu muda yang ingin menyerahkan anak mereka lebih yakin sekiranya dapat bersemuka dengan pihak pengurusan bagi memastikan anak mereka dijaga dan diberi kepada pihak berwajib. Malah ada juga ibu mengandung yang berjumpa kami untuk menawarkan anak mereka selepas dilahirkan kelak.

“Berdasarkan bilangan bayi sedia ada yang diterima di Baby Hatch, 13 daripadanya adalah rakyat tempatan dengan 12 bayi berketurunan Melayu, satu berketurunan India, manakala lain-lain, Filipina (tiga), Indonesia (dua) dan Nigeria (satu),” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Baby Hatch yang julung kali diperkenalkan pada 29 Mei tahun lalu menerima bayi lelaki pertama pada 26 Jun lalu. Bayi lelaki seberat 2.7 kilogram dilahirkan sehari sebelum itu dan sudah diserahkan kepada keluarga angkat selepas 11 hari dijaga.
Dalam perkembangan sama, Azra menjelaskan pihaknya sedang bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menubuhkan sekurang-kurangnya lima Baby Hatch di seluruh negara terutama utara, selatan, timur, Sabah dan Sarawak.

Sehubungan itu, beliau memohon kerjasama orang ramai menyalurkan cadangan mahupun sumbangan bagi merealisasikan lebih banyak penubuhan Baby Hatch di kawasan masing-masing.

“Orang ramai boleh melayari www.orphancare.org.my untuk berkongsi idea, maklumat dan cadangan bernas bagi memperkasakan penubuhan Baby Hatch di seluruh negara.

“Mengenai maklumat peribadi ibu bapa bayi yang diserahkan, semua maklumat adalah rahsia. Bagaimanapun, ibu bapa kandung bayi berkenaan masih dibenarkan mengikuti perkembangan anak mereka dari semasa ke semasa melalui Orphan CARE,” katanya.
Berita Harian Online

'Gaddafi akan bunuh diri atau dibunuh'


Jenazah pejuang. Penunjuk perasaan mengusung jenazah rakan mereka yang maut dalam pertempuran di Benghazi, Libya, semalam.  - Foto Reuters

2011/02/26

TRIPOLI: Seorang menteri kanan Libya yang berpaling tadah dan menyertai penentang meramalkan pemimpin negara itu, Muammar Gaddafi, tidak mungkin menyerah kalah menyebabkan beliau sama ada 'akan dibunuh atau membunuh diri'.

Menteri Dalam Negeri Libya, Abdel-Fattah Younis al-Obeidi, sudah meletakkan jawatan dan menyertai ‘revolusi popular’ yang bermula di negara itu minggu lalu.

Beliau meramalkan kemenangan rakyat tetapi menegaskan, Gaddafi merancang serangan besar-besaran ke atas orang awam. Menteri itu berpaling tadah selepas mengetahui hampir 300 orang awam yang tidak bersenjata dibunuh di Benghazi sejak beberapa hari lalu.
Dalam satu temuramah, Obeidi berkata: “Gaddafi memberitahu saya bahawa beliau merancang menggunakan pesawat ke atas penduduk di Benghazi dan saya berkata kepadanya tindakan itu akan menyebabkan beribu-ribu orang terkorban.”

Obeidi menyatakan sokongannya kepada rakyat yang menyertai revolusi itu dan menegaskan mereka akan memperoleh kemenangan dalam ‘beberapa hari atau jam’.

Beliau juga menyeru pasukan keselamatan Libya agar menyertai penentangan itu.

Obeidi adalah seorang lagi pemimpin kerajaan Libya yang meninggalkan rejim Gaddafi selepas peletakan jawatan sekumpulan duta dan diplomat sebagai bantahan kepada keganasan berterusan yang dilakukan kerajaan Tripoli ke atas penduduk bermula 17 Februari lalu.
Pertumpahan darah berterusan selepas sekurang-kurangnya lima terbunuh dalam kejadian terbaru militia Gaddafi menembak penunjuk perasaan yang keluar daripada beberapa masjid di ibu negara.

Penunjuk perasaan melaungkan nama Gaddafi berpusu-pusu keluar dari masjid dekat Dataran Hijau selepas solat Jumaat dan berdepan askar dan anggota militia.
Tembakan juga dilepaskan dari atas bumbung bangunan dekat dataran itu.

Sementara itu, di Ankara, Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy menjadi pemimpin pertama menyuruh Gaddafi melepaskan kuasa sambil menjanjikan dunia akan menyiasat dan mengenakan tindakan atas serangan ke atas penunjuk perasaan. – Agensi
Berita Harian Online | 'Gaddafi akan bunuh diri atau dibunuh'

Penentang guna web atur protes

Berita Harian Online


2011/02/26

TRIPOLI: Kumpulan anti- pemerintah Libya menggunakan laman web berpacaran untuk merancang bantahan mereka terhadap Muammar Gaddafi selain bagi mengelak mudah dikesan oleh polis rahsia negara itu, dakwa bekas pemimpin pembangkang, Omar Shibliy Mahmoudi.

Beliau menggunakan laman web ‘Mawada’ untuk menghimpunkan rakyat bersama bagi mengelakkan ia dikesan polis rahsia Libya yang turut memantau halaman sosial seperti Facebook dan Twitter.
“Ia adalah untuk tujuan pembebasan, bukan untuk perkahwinan,” kata Mahmoudi kepada ABC News.

Omar juga memberitahu tidak pernah bergiat aktif dalam politik sebelum ini tetapi sebaik menyaksikan kebangkitan yang menumbangkan kerajaan di negara jiran, beliau tahu bahawa dia perlu bertindak.

Jadi, beliau mereka sebuah profil Mawada yang dipanggil “Di Mana Miriam?” dan menyamar bertujuan mencari seorang isteri. – Agensi"

Anak Gaddafi tak lari ke Malta





2011/02/26

AISHA memberi pandangan dalam wawancara dengan televisyen dan menolak laporan sudah lari ke Malta, kelmarin.
AISHA memberi pandangan dalam wawancara dengan televisyen dan menolak laporan sudah lari ke Malta, kelmarin.
Aisha nafi laporan Al Jazeera, dunia kaji sekatan lebih meluas ke atas Libya

TRIPOLI: Anak perempuan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi menafikan laporan media Arab bahawa beliau sudah lari ke Malta berikutan keadaan yang semakin meruncing di negara Afrika Utara berkenaan.
Bercakap kepada televisyen tempatan, Aisha Gaddafi, berkata: “Saya katakan kepada penduduk Libya yang saya sayang dan yang sayangkan saya bahawa saya masih di sini, di sebuah rumah yang rosak ini,” kata peguam berusia 33 tahun berkenaan.
Dengan mengenakan tudung, beliau tampil di hadapan kediaman beliau di kawasan tentera Gaddafi, Bab al-Aziziya di Tripoli yang dibom oleh tentera udara Amerika Syarikat pada 1986.

“Rakyat Libya yang mengenali saya amat mengetahui bahawa saya akan terus berada di sini sebagai seorang duta muhibbah bagi penduduk Libya,” katanya.

Beliau juga mendakwa tidak mengetahui pengumuman oleh PBB, Rabu lalu, bahawa beliau sudah digugurkan sebagai duta berkenaan berikutan keganasan yang membunuh sekurang-kurangnya 2,000 penduduk yang menentang pemerintahan bapanya.

Beliau memilih kawasan Bab al-Aziziya sebagai latar belakang untuk menyampaikan ucapan beliau pada Selasa lalu.
Rangkaian televisyen Al Jazeera melaporkan Aisha menaiki sebuah pesawat penumpang 14 tempat duduk yang memasuki ruang udara Malta tanpa mendapat kebenaran dan tidak dibenarkan untuk mendarat di lapangan terbang Valletta.

Di NEW YORK, pemimpin dunia mendesak tindakan lebih tegas diambil ke atas Gaddafi kerana mengarahkan serangan lebih ganas dilakukan terhadap penentang ketika penentangan ke atasnya meningkat.

Perancis dan Britain mencadangkan resolusi sekatan dan senjata diluluskan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata diplomat kanan Paris.

Menteri Luar Perancis, Michele Alliot-Marie juga berkata, negaranya mencadangkan semua anggota rejim pemerintahan Libya dihadap-kan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa atas tuduhan melakukan jenayah kemanusiaan.

“Tiada siapa boleh bertindak sesuka hati,” katanya yang menambah sekatan itu termasuk larangan ke luar negara selain tindakan kewangan.

“Saya mahu resolusi kuat sebagai jawapan kepada tindakan bunuh Gaddafi,” katanya lagi.

Diplomat Kesatuan Eropah (EU) kemudian berkata, negara Eropah bersedia menyertai usaha melaksanakan zon larangan terbang di Libya bagi melindungi penunjuk perasaan anti Gaddafi daripada serangan udara, selepas PBB meluluskannya. – Agensi
Berita Harian Online

Peluang temui mangsa selamat amat tipis

myMetro
"CHRISTCHURCH: Pihak berkuasa New Zealand semalam memberi amaran kepada penduduk supaya bersedia berdepan dengan berita buruk selepas pasukan penyelamat gagal mencari lebih ramai mangsa yang hidup berikutan gempa bumi Selasa lalu.

Ketika usaha mencari dan menyelamat di Christchurch terjejas akibat hujan lebat, Menteri Luar, Murray McCully berkata: “Usaha menyelamat kini hampir di penghujung.” Menurut polis, 113 mayat kini ditempatkan di rumah mayat sementara dan 228 orang masih disenaraikan hilang selepas gempa berukutan 6.5 magnitud itu memusnahkan bangunan di pusat bandar Christchurch dan kawasan pinggirnya.


Pakar memberi amaran, peluang menemui mangsa yang hidup kini amat tipis. “Kita perlu kuatkan semangat memandangkan jumlah kematian akan meningkat,” kata Datuk Bandar Christchurch, Bob Parker. - AP"

Jarah, tipu berleluasa

CHRISTCHURCH: Polis semalam menyuarakan rasa kecewa terhadap kegiatan menjarah, menghantar e-mel palsu dan menyamar berikutan gempa bumi yang melanda bandar raya ini.
Ketika pekerja penyelamat meneruskan usaha mencari mangsa selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda Selasa lalu hingga menyebabkan 113 orang terbunuh, polis berkata, mereka terkejut dengan penjenayah yang mengambil kesempatan terhadap kesusahan orang lain.

Mereka berkata, penduduk mengadu penjenayah yang menyamar sebagai pegawai kerajaan, lengkap dengan pakaian dan kad pengenalan palsu, melawat dari rumah ke rumah untuk cuba memasuki kediaman penduduk.

Laporan menjarah dan merompak, termasuk di rumah seorang wanita yang dikhuatiri mati dalam bencana itu, juga diterima.

Aduan mengenai e-mel untuk mendapatkan derma juga berleluasa.


“Saya sungguh meluat dengan perbuatan orang seperti itu yang melihat bencana ini sebagai peluang untuk memperdaya mangsa,” kata Superintendan Russel Gibson kepada Radio New Zealand.

Ketua Polis Daerah, Dave Cliff pula berkata, kekacauan akibat mabuk juga semakin meningkat di Christchurh, bandar kedua terbesar New Zealand yang dilanda dua gempa bumi besar dan ribuan gegaran selepas gempa dalam masa enam bulan.

Menurutnya, antara mereka yang ditangkap kerana menjarah dan mencuri ialah dua lelaki yang cuba melarikan generator yang digunakan untuk membekalkan tenaga elektrik sementara lapan yang lain ditahan kerana menceroboh kawasan larangan di sekitar pusat bandar.

Di Kapiti, bandar di Pulau Utara, seorang lelaki yang mendakwa menjadi mangsa gempa, ditangkap ketika meminta derma daripada ibu bapa di luar sebuah sekolah. - AFPmyMetro | Jarah, tipu berleluasa

AS, Eropah rancang beku aset Gaddafi

myMetro


WASHINGTON: Amerika Syarikat dan Eropah akan menimbang kemungkinan membekukan aset pemerintah Libya, Muammar Gaddafi ketika rejimnya bertindak kejam mematahkan tunjuk perasaan di Tripoli.

Jurucakap Jabatan Negara, PJ Crowley berkata sebelum ini, tindakan itu mungkin antara langkah yang akan diambil terhadap Gaddafi dan pegawai kanannya.


Sementara itu, kerajaan Switzerland mengeluarkan kenyataan dengan berkata, ia sudah membekukan semua aset Gaddafi.

“Merujuk kepada perkembangan di Libya, Majlis Persekutuan memutuskan untuk membekukan serta-merta aset Gaddafi di Switzerland,” menurut kenyataan Kementerian Luar Switzerland.


Kementerian Luar Libya mengecam tindakan itu dengan berkata, Gaddafi tidak mempunyai sebarang akaun bank atau dana di negara Eropah berkenaan dan berikrar untuk menyaman kerajaan Switzerland. - Agensi"

Tentera tembak jemaah keluar masjid

myMetro


BENGHAZI: Pasukan keselamatan yang setia kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, dilapor menembak penunjuk perasaan di beberapa kawasan di Tripoli, membunuh beberapa orang.

Seorang saksi yang dihubungi menerusi telefon oleh AFP berkata: “Pasukan Keselamatan melepaskan tembakan membabi-buta terhadap penunjuk perasaan” kata seorang penduduk di daerah timur Tripoli, yang menyaksikan pertempuran antara penentang dan penyokong Gaddafi beberapa hari lalu.


“Ada yang terbunuh,” kata saksi itu.

Beberapa penduduk di kawasan lain juga mengesahkan tembakan dilepaskan terhadap sesiapa saja di jalan raya.


“Mereka menembak orang awam yang tidak bersenjata yang meninggalkan masjid selepas solat Jumaat,” kata seorang penduduk di Ben Ashur.


Tentera yang setia kepada Gaddafi mengawal masjid di seluruh Tripoli bagi menghalang tunjuk perasaan diadakan selepas solat.


Sementara itu, khatib juga diarah membaca khutbah yang disediakan oleh pihak berkuasa yang menggesa supaya kestabilan diwujudkan semula dan ‘tindakan sabotaj’ dihentikan,’ kata beberapa jemaah. - AP"

Kami akan mati di Libya: Saif


BEBERAPA kanak-kanak Libya menunjukkan tanda kejayaan ketika mereka berdiri di atas atas sebuah kereta perisai yang musnah di pangkalan tentera Al-Katiba 
di Benghazi semalam. Benghazi jatuh ke tangan pemberontak beberapa hari lalu.
BEBERAPA kanak-kanak Libya menunjukkan tanda kejayaan ketika mereka berdiri di atas atas sebuah kereta perisai yang musnah di pangkalan tentera Al-Katiba di Benghazi semalam. Benghazi jatuh ke tangan pemberontak beberapa hari lalu.

ANKARA: Anak Muammar Gaddafi semalam berkata keluarganya akan tetap tinggal dan mati di Libya dan tidak akan membenarkan ‘sekumpulan kecil pengganas’ untuk mengambil alih kuasa negara itu.
Dalam wawancara yang disiarkan oleh televisyen Turki semalam, Saif al-Islam ditanya sama ada keluarganya mempunyai ‘pelan B’ dalam menghadapi kekacauan yang semakin meruncing di Libya dan merancang meninggalkan negara itu. 
“Kami mempuntyai Pelan A, Pelan B dan Pelan C. Pelan A ialah menetap dan mati di Libya. Pelan B ialah menetap dan mati di Libya. Pelan C ialah menetap dan mati di Libya,” katanya sambil menunjukkan ke arah peta negara itu.

Wawancara itu dikendalikan oleh peneraju rancangan berita CNN Turkey, Cuneyt Ozdemir.

Cuneyt tiba di Tripoli dengan jet peribadi milik seorang ahli perniagaan Turki yang mempunyai banyak konrak binaan di Libya.

Saif berkata, keadaan di Libya berbeza dengan di Mesir dan Tunisia.

Menurutnya, dalam kes yang membabitkan Libya, kekacauan diketuai oleh kumpulan pengganas.

Beliau menyangkal dakwaan kononnya berlaku serangan tembak curi atau serangan udara terhadap penunjuk perasaan di negaranya dan menegaskan, kawasan yang dibedil pesawat tentera udara Libya ialah ‘depoh peluru pengganas.’

“Laporan itu tidak benar. Kami tidak memerangi rakyat kami sendiri. Kami memerangi kumpulan pengganas,” katanya.

Beliau juga menafikan laporan kononnya bapanya akan membakar lapangan minyak Libya.

“Tidak!” katanya.

Menurutnya, seramai 242 orang terbunuh sejak kekacauan bermula dan ia membabitkan orang awam dan juga anggota tentera.

Bagaimanapun, Menteri Luar Itali, Franco Frattini berkata sebelum ini, laporan bahawa kira-kira 1,000 orang terbunuh boleh dipercayai.

Saif turut berkata, kebanyakan kawasan di negara itu kini tenang dan ia di bawah penguasaan kerajaan kecuali bandar Zawiya dan Misrata yang dikuasai kumpulan ‘pengganas.’

Beliau mendakwa kumpulan berkenaan mengisytiharkan bandar seperti Beyda dan Derne sebagai ‘Emiriah Islam.’ - AFP
http://www.hmetro.com.my

Buku berpusing di hujung jari 30 minit




SENASKHAH buku Guinness World Records berpusing di hujung beberapa jari Thaneshwar Guragai di Kathmandu, Nepal semalam.


KATHMANDU - Seorang pemuda berusia 22 tahun, Thaneshwar Guragai mencipta rekod dunia apabila memusingkan senaskhah buku Guinness World Records dengan menggunakan jarinya selama 30 minit.
Dia mencipta aksi itu di sini semalam sekali gus mengatasi pemegang rekod, Aaaron Sass dari Amerika Syarikat yang membuat catatan masa selama 6.51 minit.
Pemuda itu memang terkenal dalam kalangan penduduk Nepal sebelum ini kerana dia pernah mencipta rekod melantunkan bola keranjang sebanyak 444 kali dengan tangannya dalam tempoh satu minit pada tahun lalu. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Ibu jari kaki kucing beri tanda bagus




SATU rakaman klipvideo di laman YouTube menunjukkan seekor kucing bernama Jimmy yang memberikan isyarat bagus dengan menggunakan ibu jari kakinya.


LONDON - Satu klip video di laman YouTube menunjukkan seekor kucing memberikan isyarat bagus menerusi ibu jari kakinya, lapor sebuah akhbar semalam.
Dalam klip itu, terdapat seorang wanita yang bercakap dengan menggunakan loghat British meminta haiwan tersebut memberikan isyarat bagus.
Satu maklumat mengenai klip video itu di laman tersebut menyatakan bahawa kucing tersebut bernama Jimmy dan ia merupakan haiwan yang amat bijak walaupun boleh dianggap pemalas. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Kereta diterbalikkan gajah




SEEKOR gajah mendekati sebuah kereta yang dinaiki John dan Carina Lowers di Taman Pilanesberg, Afrika Selatan baru-baru ini.


TAMAN PILANESBERG, Afrika Selatan - Satu pasangan terselamat selepas kereta yang dinaiki mereka menjadi mangsa serangan seekor gajah jantan, lapor sebuah akhbar semalam.
Kejadian itu berlaku kerana gajah tersebut berang selepas tersilap sangka bahawa kereta itu adalah seekor gajah betina yang sedang duduk di sini, baru-baru ini.
Pasangan yang berada dalam kereta itu, John dan Carina Lowers merangkak keluar dari kereta tersebut selepas mereka melihat gajah berkenaan beredar selepas ia menterbalikkan kenderaan tersebut. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Beckham beli kereta baru




MODEL kereta Chevrolet Camero yang dibeli oleh David Beckham.


BEVERLY HILLS - Bintang bola sepak dari England, David Beckham membeli sebuah kereta berkuasa tinggi buatan Amerika Syarikat (AS), Chevrolet Camero sebagai tanda dia menyenangi kehidupannya di AS, lapor sebuah akhbar semalam.
Beckham, 35, yang bermain untuk kelab bola sepak liga AS, LA Galaxy, dilihat memandu kereta berharga AS$55,000 (RM167,942) tersebut semasa dia meninggalkan kem latihan La Galaxy di sini, negeri California, kelmarin.
Bintang bola sepak itu yang berkahwin dengan bekas anggota kumpulan pop Spice Girls, Victoria kembali ke AS selepas tiga bulan berada di tanah airnya, Britain.
Dia memandu kereta berwarna hitam itu pulang ke kediamannya di sini dengan diekori seorang pengawal peribadi yang menaiki sebuah kenderaan berasingan.
Kereta Chevrolet Camero pernah digunakan dalam filem aksi popular, Transformers yang diarahkan oleh Michael Bay.
Sejak dia berpindah ke kota Los Angeles empat tahun lalu, Beckham mengumpul beberapa kenderaan buatan AS termasuk kereta Cadillac Escalade dan Jeep Wrangler berharga AS$40,000 (RM122,140). - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Sembilan makam purba ditemui




BEBERAPA ahli arkeologi menemui sembilan makam purba di wilayah Cusco, Peru baru-baru ini.


LIMA - Pakar-pakar arkeologi menemui sembilan makam purba di wilayah Cusco, kata pemerintah Peru seperti yang dilaporkan sebuah akhbar kelmarin.
Makam-makam itu berasal daripada Tamadun Wari yang telah lama wujud di Peru sebelum negara Amerika Selatan itu dijajah oleh Sepanyol pada tahun 1500.
Penemuan penting tersebut yang dibuat di banjaran Andes, selatan bandar ini, menunjukkan bangsa Wari terlebih dahulu memerintah rantau berkenaan sebelum empayar Inca berkembang pesat.
Tamadun Wari memiliki zaman kegemilangan di Andes di antara tahun 700 hingga 1200.
"Penemuan ini adalah penemuan terbaru yang paling penting iaitu sejak penemuan Machu Picchu," kata seorang pegawai tempatan, Juan Garcia.
Machu Picchu merupakan kota peninggalan tamadun Inca di Peru yang ditemui pada 1911.
Kota bersejarah itu menerima kehadiran 500,000 pelawat pada setiap tahun.
"Bangsa Inca mungkin mendapat inspirasi daripada tamadun Wari dalam membangunkan sistem politik mereka," kata Menteri Pelancongan Peru, Juan Ossio
Bangsa Inca membina empayar terbesar di rantau Amerika di antara tahun 1400 dan 1531. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Sekurang-kurangnya 113 terbunuhdi Christchurch

Kosmo! Online - Dunia: "
CHRISTCHURCH, New Zealand - New Zealand semalam memberi amaran kepada sanak saudara mangsa gempa bumi untuk menerima berita lebih buruk selepas pasukan penyelamat gagal mencari mereka yang terselamat berikutan gempa bumi yang melanda pada Selasa lalu.

Setakat ini, hanya 113 mayat ditemui di celah runtuhan bangunan oleh anggota-anggota penyelamat.

'Ini adalah hari paling gelap buat New Zealand. Harapan memang tipis untuk menjumpai mangsa yang mungkin masih hidup dan terperangkap di sebalik runtuhan,' kata Perdana Menteri New Zealand, John Key.

Kebanyakan kawasan Christchurch yang merupakan bandar kedua terbesar di New Zealand terputus bekalan elektrik dan air. Kerugian dianggarkan berjumlah AS$7.5 bilion (RM22.9 bilion).

Sementara itu, seorang doktor hanya menggunakan sebilah pisau untuk memotong kaki seorang mangsa yang terperangkap di celah runtuhan semata-mata untuk menyelamatkan nyawanya. - Agensi"

Putera William lawat Universiti St. Andrews




PUTERA WILLIAM (kiri) dan tunangnya, Kate Middleton (tengah) berjalan dengan Canselor Universiti St. Andrews, Sir Menzies Campbell di Scotland semalam.


GLASGOW - Pasangan diraja Britain, Putera William dan tunangnya, Kate Middleton meluangkan masa melawat tempat mereka belajar dahulu, Universiti St. Andrews di Scotland semalam.
Ia merupakan lawatan pertama mereka sejak menamatkan pengajian pada tahun 2005.
William menyatakan beliau berasa seperti 'pulang ke rumah' dan menerima sorakan gemuruh daripada lebih 3,000 orang apabila mengumumkan bahawa tempat pengajian itu sebagai universiti yang terbaik di dunia.- Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Wajah penagih dadah bertukar hodoh




PEJABAT Syerif daerah Multnomah, Oregon mengeluarkan imej wajah seorang wanita yang berubah disebabkan pengambilan pil methamphetamine.


SALEM - Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menyiarkan wajah-wajah penagih pil khayal methamphetamine yang bertukar menjadi hodoh selepas mereka mengambil dadah berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.
Pendedahan yang mengerikan itu dibuat dalam satu klip video selama 48 minit berjudul From Drugs to Mug. Klip video itu dibuat bagi memberi kesedaran kepada golongan muda supaya jangan terjebak ke dalam kancah penagihan dadah.
Klip video itu diterbitkan oleh pejabat Syerif Daerah Multnomah di negeri Oregon.
Ia dibuat selepas klip video yang mempunyai mesej sama Faces of Meth mencetuskan kontroversi pada 2004.
Antara lain, ia menunjukkan beberapa penagih pil methamphetamine kehilangan gigi mereka.
Beberapa penagih turut dilihat menggaru tulang muka selepas wajah mereka menjadi amat cekung kesan pengambilan dadah itu.
Beberapa anggota polis yang terbabit dalam penerbitan klip video itu merakamkan wajah penagih-penagih baru yang pertama kali ditangkap.
Wajah-wajah mereka yang bertukar semakin hodoh dirakam semula beberapa bulan kemudian selepas mereka ditangkap semula oleh pihak berkuasa.
"Saya mahu penonton dapat membayangkan bagaimana dadah memusnahkan kehidupan seseorang penagih," kata Timbalan Syerif Multnomah, Bret King, 45. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Gaddafi umum insentif untuk rakyat





RIBUAN penunjuk perasaan anti-Muammar Gaddafi berhimpun di bandar Tobruk, Libya semalam.


TRIPOLI - Stesen televisyen Libya semalam mengumumkan setiap keluarga di negara itu akan menerima wang AS$400 (RM1,221) dalam usaha rejim Muammar Gaddafi mengekang bantahan meluas yang kini menyebabkan sebahagian besar negara tersebut jatuh ke tangan para penentang.
Stesen televisyen berkenaan turut menyatakan, sebahagian kakitangan sektor awam Libya akan menikmati kenaikan gaji sehingga 150 peratus.
Rejim Gaddafi kini menggunakan pendapatan hasil minyak negara untuk membeli sokongan rakyat selepas orang ramai bangkit menentang pemimpin itu.
Bantahan rakyat terhadap pemerintahan empat dekad Gaddafi yang memasuki hari ke-11 semalam, telah menyebabkan sebahagian besar timur negara itu jatuh ke tangan pihak penentang.
Pasukan militan dan mereka yang setia kepada Gaddafi kini bertempur di bandar-bandar berhampiran Tripoli, barat Libya bagi mengekang bantahan rakyat. - AFP
Kosmo! Online - Dunia

Penduduk pertaruhkan nyawa



SEJUMLAH penunjuk perasaan mendengar khutbah Jumaat di Benghazi, Libya semalam.


BENGHAZI - Para penunjuk perasaan di ibu kota Libya, Tripoli mempertaruhkan nyawa mereka untuk menunaikan solat Jumaat semalam apabila mereka menjadi sasaran tembakan kumpulan yang setia kepada pemerintah, Muammar Gaddafi.

Pasukan keselamatan di Tripoli melepaskan tembakan rambang ke arah orang ramai yang meninggalkan beberapa masjid di sini selepas menunaikan solat Jumaat.

Tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan bagi mengelakkan penunjuk perasaan berhimpun dengan tujuan mengadakan demonstrasi baru pada hari tersebut yang merupakan cuti umum di Libya.

Beberapa penduduk tempatan berkata, imam-imam di Tripoli dipaksa membaca khutbah yang disediakan oleh pihak berkuasa yang antara lain menggesa orang ramai tidak melakukan hasutan.

Bagi memastikan arahan tersebut dipatuhi, pasukan polis dan tentera dikerah berkawal di luar beberapa buah masjid sekitar Tripoli.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berhubung dengan pemimpin Britain, Perancis dan Itali bagi mencari kata sepakat mengenai tindakan segera yang perlu dilakukan bagi menangani kekejaman rejim Gaddafi.

Britain dan Perancis sebelum ini meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya menguatkuasakan sekatan di samping mendakwa anggota-anggota rejim Gaddafi di Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Kira-kira lebih 1,000 orang maut dalam pertempuran melibatkan penunjuk perasaan dengan tentera upahan Gaddafi di Libya. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia