Pages

Sunday, March 2, 2014

Tukar remaja dengan 2 beg beras


Abuja: Seorang remaja dijual pada harga AS$120 (RM393) sebagai pertukaran untuk membeli dua beg beras.

Kejadian berlaku apabila seorang lelaki yang tidak mempunyai wang ingin membeli beras dari sebuah kedai.

Selepas diberitahu harga dua beg beras, lelaki itu berkata dia akan mengambil beras itu tetapi tidak mempunyai wang untuk membayarnya.

Dia sebaliknya meninggalkan remaja yang mengikutnya sebagai cagaran sehingga dia berjaya mendapatkan wang untuk membayar beras itu.

Bagaimanapun, lelaki itu tidak muncul lagi di kedai berkenaan.

Seorang paderi tempatan menemui remaja 15 tahun itu menangis di kedai berkenaan sambil menceritakan dia diculik dan dijual untuk dua beg beras.


- Agensi

Khutbah Jumaat Masjidil Haram dalam Inggeris, Urdu


MAKKAH: Jawatankuasa Hal Ehwal Dua Masjid Suci di sini mula memberikan perkhidmatan terjemahan Khutbah Jumaat di Masjidil Haram.

Perkhidmatan itu yang dinamakan intra-FM menterjemahkan khutbah itu ke bahasa Inggeris dan Urdu dan dimulakan Jumaat lalu bagi mereka yang di bangunan King Fahd.
Satu ruangan khas disediakan di kawasan berkenaan yang dilengkapi kemudahan mendengar terjemahan melalui fon kepala yang dibekalkan.

Selepas penilaian dibuat, khidmat itu akan disediakan ke semua kawasan Masjidil Haram sebelum Masjid Nabawi. - Agensi



Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/02

Keju 3,500 tahun pada mumia


Menurut kajian yang dilakukan di Institut Max Planck Cell Biology and Genetics, keju berkenaan berasal dari tahun 1615 Sebelum Masihi (SM), 3,500 tahun lalu, menjadikannya keju tertua di dunia pernah ditemui. 
“Penemuan ini membuktikan teknologi pembuatan keju yang mudah dan murah sudah wujud sejak lama dulu,” kata ahli arkeologi, Andrej Shevchenko. 

Pada mulanya, ahli arkeologi menemui beberapa cebisan kecil pada dada dan leher mumia berkenaan dan selepas pemeriksaan dilakukan didapati ia sebenarnya keju.
Foto
ANAK panah menunjukkan cebisan keju yang terdapat di leher mumia yang ditemui di China.

Andrej berkata keju itu mungkin ditaburkan pada mayat sebagai bekalan makanan untuk kehidupan selepas mati mengikut kepercayaan masyarakat zaman itu.

Kajian sebelum ini menunjukkan teknologi pembuatan keju bermula sekitar 7,000 tahun lalu tetapi keju yang dibuat pada zaman itu tidak pernah ditemui. 

Ahli arkeologi yakin teknologi sama digunakan dalam pembuatan keju pada zaman berkenaan, dengan campuran susu dan yis. 

Mumia berkenaan ditemui di perkuburan Xiohe yang juga dikenali sebagai Small River Cemetery Number 5 yang menyaksikan penemuan pertama di situ sekitar tahun 1930-an oleh ahli arkeologi Sweden. 

Mumia di kawasan berkenaan ditempatkan dalam keranda berbentuk perahu. Keranda berkenaan dibalut dengan kulit lembu, mewujudkan ruang tidak berjisim, membolehkan mayat didalamnya diawet.- Agensi 
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/02

Hanya hirup udara


Walaupun ada yang mendakwa dia melakukan pembedahan plastik selain menggunakan Photoshop untuk kelihatan seperti anak patung, namun mungkin juga susuk tubuhnya yang terlalu kurus adalah disebabkan tidak makan sehingga berminggu-minggu lamanya.
Model berusia 23 tahun itu mendakwa kini mengamalkan ‘Breatharianism’ apabila melatih dirinya mendapat khasiat daripada cahaya dan udara.

“Malah sejak beberapa minggu ini saya tidak rasa lapar langsung dan berharap ini peringkat terakhir sebelum saya betul-betul mampu hidup hanya berbekalkan cahaya dan udara,” katanya.
Foto
VALERIA yang terkenal sebagai patung Barbie hidup dikatakan tidak lagi makan atau minum.

Breatharianism adalah fahaman yang mempercayai makanan dan air tidak perlu untuk kehidupan, sebaliknya seseorang didakwa boleh hidup dengan menyerap ‘makanan mikro-kosmik.’

Amalan itu dilihat berbahaya malah ada pengikutnya dilaporkan mati kelaparan.
Ini bukan kali pertama Valeria membuat kenyataan pelik. 

Sebelum ini dia pernah mendakwa berasal dari planet lain, mungkin Zuhrah, namun mengakui dia sendiri tidak pasti planet asalnya.

Berikutan itu, Valeria mendakwa mampu bercakap dengan makhluk asing selain mampu mengembara merentasi masa.

Valeria yang menyasarkan untuk menjadi ‘wanita paling sempurna di Internet’ juga mengaku mendapat rawatan pakar psikiatrik kerana sering mendengar suara halus. 

Walaupun ada pengguna YouTube, Tumblr dan laman sosial, Valeria mendapat sokongan kuat suaminya yang juga bertindak sebagai pengurusnya.- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/02

Dubai haram 'terapi puntianak'



Dubai haram 'terapi puntianak'
Aktres Kim Kardashian dikatakan amat meminati
rawatan wajah puntianak.
2014/03/02

Dubai: Pihak berkuasa Dubai mengharamkan rawatan kecantikan yang menggunakan sel darah pelanggan untuk mengekalkan keremajaan wajah.

Prosedur platelet kaya plasma (PRP) itu dikenali sebagai rawatan wajah puntianak dan popular di kalangan pelanggan di banyak spa dan klinik di bandar raya itu.


Pembantu Pengarah Jabatan Kesihatan di Pihak Berkuasa Kesihatan Dubai (DHA), Dr Laila Mohammad Al Marzouqi mengesahkan PRP diharamkan.

“Ia satu bentuk prosedur baru dan perlu dikawal selia seperti prosedur kosmetik atau terapeutik lain untuk memastikan keselamatan pesakit, yang menjadi keutamaan kami,” katanya.

Pengurus operasi Klinik Dermalase di Dubai, Natasha Bennett, berkata beliau berhenti menawarkan rawatan berkenaan di kliniknya berikutan arahan itu.

Suntik ke wajah Namun sebahagian klinik di Bandar Raya Penjagaan Kesihatan Dubai terus menawarkan rawatan berkenaan, dengan berkata mereka tidak tertakluk dengan garis panduan DHA.

Rawatan PRP adalah prosedur selama sejam yang memerlukan pakar terapi mengambil darah daripada kulit pesakit dalam dua hingga empat tiub. Ia kemudian diletakkan dalam mesin emparan yang memisahkan sel darah merah daripada plasma dalam darah.
Plasma dikumpulkan dalam 12 hingga 14 jarum suntikan dan disuntik ke wajah pesakit. Harga purata bagi satu sesi PRP antara Dh4,000 dan Dh5,000 (RM3,575 dan RM4,469).

Selebriti Kim Kardashian adalah antara yang menjalani prosedur itu, walaupun keberkesanan dan keselamatannya belum dikaji dalam ujian klinikal terkawal. - AGENSI

Hujan ais batu di Amritsar


BEBERAPA orang mengumpulkan ais batu yang jatuh bersama hujan di Amritsar semalam.


AMRITSAR - Hujan ais batu melanda bandar Amritsar yang terletak di utara India semalam ekoran cuaca yang terlalu sejuk.
Beberapa orang mengutip ketulan ais kecil yang jatuh bersama hujan di tepi jalan.
Suhu di bandar ini dilaporkan jatuh kepada 0 darjah Celsius ekoran cuaca yang terlampau sejuk. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0302&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2umiUVZbO 
Hakcipta terpelihara 

Replika kereta Batman dijual RM3.2 juta


Kereta Tumbler ketika dipamerkan semasa tayangan perdana filem The Dark Night pada 18 Julai 2012 di Leicester Square, London. - AGENSI
LOS ANGELES 1 Mac - Sebuah kenderaan replika Batman dari filem Batman Begins arahan Christopher Nolan yang dibintangi Christian Bale, kini dijual pada harga AS$1 juta (RM3.2 juta) di Internet.
Dalam satu senarai pada laman web barangan mewah James Edition, penjual kereta 'Tumbler' tersebut menyatakan pihaknya telah membina kenderaan menakjubkan itu untuk berada di jalan secara sah.
Ciri-ciri kereta konsep itu termasuk penggunaan transmisi automatik, enjin lapan silinder (LS1), tayar 44 inci dengan rim, hiasan dalaman hitam, lima kamera bantuan pemandu, sistem kedudukan global (GPS) dan sebagainya.
Dengan hanya pilihan warna hitam, pemandu kenderaan itu mungkin kecewa kerana kenderaan tersebut tidak dilengkapi dengan senjata seperti dalam filem Batman, lapor hollywoodreporter.com.
Pembuat dan penjual kereta Tumbler itu bagaimanapun tidak dapat dikenal pasti menerusi laman web James Edition, namun menyatakan lokasi kenderaan berkenaan berada di Indialantic, Florida.
Bagaimanapun, sekiranya ada pihak berminat membeli kenderaan itu, James Edition mungkin berdepan tindakan mahkamah oleh Warner Bros atas kesalahan hak cipta.
Studio filem itu sebelum ini memenangi kes saman ke atas Mark Towle, penduduk California yang mengusahakan perniagaan menghasilkan replika yang terdapat pada program televisyen dan filem.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140302/lu_07/Replika-kereta-Batman-dijual-RM32-juta#ixzz2umgfr8Za
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pondok paling berbahaya


Pendaki gunung yang berada di Solvay Hut boleh menikmati pemandangan mengagumkan dari puncak Gunung Monte Rosa di Itali. - AGENSI
GENEVA 1 Mac - Sebuah pondok kecil yang dibina di timur laut rabung Gunung Matterhorn di daerah Canton of Valais, Switzerland layak digelar sebagai pondok paling berbahaya di dunia.
Diberi nama Solvay Hut, pondok dibina pada ketinggian 3,962 meter dari aras laut itu juga merupakan struktur seumpamanya yang tertinggi di benua ini, iaitu 457 meter dari bawah puncak gunung atau dua pertiga ketinggian gunung.
Odditycentral melaporkan, pondok itu dimiliki oleh kelab Swiss Alpine yang bertujuan untuk memberikan perlindungan dan menyediakan makanan kepada pendaki gunung Matterhorn.
Pendaki yang berada di situ boleh menikmati pemandangan menakjubkan kesemua puncak Gunung Monte Rosa di Itali dan mengambil gambar di situ.
Pondok yang boleh memuatkan sebanyak 10 orang itu dibina pada 1915 yang mengambil masa selama lima hari untuk disiapkan.
Kesemua bahan binaan itu terlebih dahulu dibawa ke kawasan Hornli Hut, 762 meter di bawah pondok dengan menggunakan haiwan sebelum dibawa ke atas dengan menggunakan kereta kabel.
Struktur itu dibina semula pada 1966 sebelum dipasang dengan telefon kecemasan pada 1976.
Solvay Hut dinamakan sempena nama seorang pendaki Belgium, Ernest Solvay yang menyumbang dana bagi pembinaannya serta mengenang usaha beliau membangunkan kawasan tersebut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140302/lu_06/Pondok-paling-berbahaya#ixzz2ukgyfXCn
© Utusan Melayu (M) Bhd