Pages

Friday, February 3, 2012

Remaja dipenjara kerana bercium

ABU DHABI - Seorang remaja lelaki berumur 15 tahun dimasukkan ke pusat juvana selama tiga tahun di Emriah Arab Bersatu (AUE), selepas ditangkap bercium bersama dua remaja perempuan yang juga adik beradik.

Bapa mereka bertindak menghubungi polis, apabila menemui mereka melakukan perbuatan itu di rumahnya di Abu Dhabi.

Dia dituduh melakukan serangan seksual, memecah masuk ke dalam rumah mangsa, memberitahu hakim bahawa dua remaja perempuan berumur 13 tahun itu membenarkannya masuk dan kejadian itu bukan kali pertama, berikutan mangsa menjemputnya masuk ke dalam rumah serta rela berkucup.

Dalam perbicaraan Ahad lalu, dua remaja perempuan itu enggan menjawab soalan, mahu pun menafikan dan mengaku terhadap dakwaan terbabit. Hakim menetapkan remaja lelaki itu boleh ditahan sehingga berumur 18 tahun, tetapi boleh dibebaskan jika dia menunjukkan keinginan untuk berdisiplin.Remaja dipenjara kerana bercium - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Laporan: ‘Kemungkinan besar Israel serang Iran’

nuklear-IranWASHINGTON - Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Leon Panetta percaya bahawa ada "kemungkinan yang besar" Israel akan menyerang lokasi nuklear Iran menjelang pertengahan tahun ini, demikian menurut Washington Post dalam ruangan editorial disiarkan semalam.
Bagaimanapun, apabila wartawan yang mengiringinya ke Brussles bertanya mengenai pendapat ruangan itu, Panetta enggan mengulas.
"Saya tidak akan mengulas perkara itu. David Ignatius boleh menulis apa yang beliau boleh tulis tetapi berkenaan apa yang saya fikir dan apa pendapat saya, saya menganggap ia sebagai sesuatu yang milik saya dan bukannya pihak lain," kata beliau dipetik AFP.
"Israel telah membayangkan bahawa mereka sedang mempertimbangkang yang ini (serangan), kami telah melahirkan kebimbangan kami," katanya lagi.

Kolumnis akhbar itu berkata, Panetta "percaya ada kemungkinan yang besar Israel akan menyerang Iran pada April, Mei atau Jun ini sebelum Iran memasuki, apa yang Israel menggambarkan sebagai zon imuniti untuk memulakan proses pembinaan bom nuklear."
Presiden Barack Obama dan Panetta dikatakan telah mengingatkan Israel bahawa AS menentang sebarang bentuk serangan atas alasan ia boleh menjejaskan program sekatan ekonomi antarabangsa yang semakin berjaya dan begitu juga usaha-usaha bukan ketenteraan ke atas Teheran.Laporan: ‘Kemungkinan besar Israel serang Iran’ - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

6 warga Afghanistan ditemui tak bermaya

KOTA TINGGI: Polis menemui enam lagi individu dipercayai warga Afghanistan mendakwa terselamat dalam kejadian bot pancung karam di kedudukan 7 batu nautika, berhampiran pantai Teluk Semayong, Sedili Besar di sini, malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Che Mahazan Che Aik berkata, keenam-enam lelaki terbabit berusia antara 20 hingga 35 tahun dijumpai pihaknya berhampiran Jambatan Tanjung Sedili pada jam 10 malam.

“Hasil soal siasat, semua lelaki terbabit mendakwa warga Afghanistan dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri kononnya hilang ketika bot pancung karam.
“Mereka ditemui ketika duduk dalam keadaan tidak bermaya oleh pasukan peronda menjalankan rondaan rutin tiga kilometer dari Balai Polis Sedili.

“Semuanya tidak mampu berbahasa Inggeris dan kami mendapatkan khidmat jurubahasa merekodkan kenyataan mereka,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Kota Tinggi, di sini, semalam. Berkaitan perkembangan kes terbabit, Che Mahazan berkata, satu lagi mayat ditemui terdampar di pantai Teluk Semayong pada jam 2.30 petang semalam.

“Pemeriksaan mendapati semua penumpang bot terbabit adalah 29 orang termasuk dua tekong warga Indonesia. Kedua-dua tekong melarikan diri. “Daripada 27 warga Afghanistan, Iraq serta Pakistan yang menjadi penumpang, 18 mangsa terselamat,” katanya. Sembilan yang lemas membabitkan lima warga Pakistan manakala empat lagi belum dikenal pasti. ““Orang ramai diminta untuk menghubungi talian 07-8837222 bagi menyalurkan sebarang maklumat berkenaan kes ini,” katanya.myMetro | 6 warga Afghanistan ditemui tak bermaya:

'via Blog this'

‘Daun ketum untuk lembu’


BANYAK...Mohamad Fakri (kanan) bersama anggotanya  melihat   daun ketum dalam  yang dirampas di Sungai Jejawi.
BANYAK...Mohamad Fakri (kanan) bersama anggotanya melihat daun ketum dalam yang dirampas di Sungai Jejawi.


SERI ISKANDAR: Helah seorang lelaki yang mendakwa konon daun ketum dalam plastik dibawanya untuk diberikan kepada lembu ternakan gagal memperdaya polis apabila ditahan, semalam.
Suspek berusia 57 tahun itu mendakwa konon daun ketum itu makanan berkhasiat untuk tumbesaran lembu ternakannya selain menggalakkan pembiakan.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, suspek yang didesak akhirnya mengaku mahu menjual daun ketum itu kepada peraih tempatan dengan harga RM20 sekilogram.
“Suspek sebelum itu ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah yang melakukan Ops Tapis di sekitar Kampung Sungai Jejawi.

“Serbuan di rumah suspek dipercayai turut menyimpan daun ketum dalam stor sebelum menjualnya kepada peraih atau individu yang akan memprosesnya menjadi air khayal,” katanya.

Menurutnya, siasatan mendapati plastik berisi daun ketum seberat 71 kilogram ditemui disembunyikan dalam kereta miliknya iaitu dua di bahagian tempat duduk depan manakala tiga plastik lagi dalam but.
“Ketika serbuan, seorang lelaki berusia 26 tahun juga didapati singgah di rumah suspek untuk menghantar satu bungkusan plastik daun ketum seberat 10 kilogram.

“Polis percaya lelaki terbabit cuba menjual daun ketum itu kepada suspek yang bertindak sebagai ‘orang tengah’. Daun ketum itu kemudian dijual kepada individu dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang serta beberapa lokasi lain,” katanya.
Katanya, suspek mengaku memperoleh daun ketum itu daripada 40 pokok ditanamnya di belakang rumah selain dibeli daripada penduduk berhampiran.

“Ujian air kencing suspek juga mendapati dia positif dadah jenis ganja. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 30(3), Akta Racun 1952 yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum empat tahun atau kedua-dua sekali,” katanya.myMetro | ‘Daun ketum untuk lembu’:

'via Blog this'

Kembara ibu tunggal


BERKELANA...Fazilah ketika ditemui di Masjid Al Bukhari.
BERKELANA...Fazilah ketika ditemui di Masjid Al Bukhari.


KUALA LUMPUR: Seorang ibu tunggal yang hidup merempat dan mengemis bagi menghabiskan sisa-sisa kehidupan, mungkin mencatat rekod tersendiri apabila menjadikan tidak kurang 30 masjid di Lembah Klang sebagai tempat berkelana.
Mahu dikenali sebagai Fazilah, 59, bekas kakitangan awam itu berkata, dia memilih jalan hidup sedemikian selepas kematian suami pada 2009 dengan tinggal di masjid dan mengharapkan belas ihsan jemaah yang singgah menunaikan solat untuk mendapatkan sesuap nasi.

“Seperti orang lain, saya juga ingin memiliki rumah sendiri, tapi dengan keadaan sekarang jika ditakdirkan saya meninggal dunia di masjid, saya reda,” katanya ketika ditemui di Masjid Al Bukhari, di sini.

Fazilah berkata, dia tidak mempunyai penyelesaian lain untuk mendapatkan wang bagi menyara hidupnya bersama seorang anak lelakinya berusia 34 tahun yang lembam dan tergolong dalam kategori orang kelainan upaya (OKU).

Menceritakan keperitan hidupnya, Fazilah berkata, semuanya bermula pada 2002 selepas rumah setinggan yang diduduki keluarganya di Kampung Bukit Botak, dekat sini, dirobohkan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) untuk projek pembangunanmyMetro | Kembara ibu tunggal:

'via Blog this'

Dua bayi mati ‘misteri’


HUTAN MELINTANG: Dua bayi lelaki meninggal dunia secara mengejut di daerah ini, Isnin lalu akibat diserang demam misteri yang turut menyebabkan kedua-dua mangsa mengalami cirit-birit dan mata bengkak.
Dua bayi berkenaan dikenali sebagai sebagai Tamil Selvan berusia sembilan bulan dan M Varagaran yang baru berusia dua bulan. Mereka disahkan meninggal dunia selepas diserang demam dan cirit-birit berulang.

Ibu Tamil Selvan, M Puspanany, 31, berkata, anaknya mula diserang penyakit misteri itu Ahad lalu selepas mengalami cirit-birit dan muntah teruk sehingga menyebabkan badannya menjadi kaku.
“Berikutan itu, saya membawanya mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Teluk Intan, Isnin lalu sebelum diberikan ubat oleh doktor. “Ketika itu, doktor memberitahu anak saya kekurangan air dalam badan sebelum memberikan surat rujukan supaya anak saya segera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, sebaik tiba di rumah, anak saya langsung tidak bergerak dan matanya bengkak. Lebih menghairankan apabila badannya tiba-tiba bertukar menjadi kehijauan.

“Panik dengan kejadian itu, saya membawanya ke Klinik Kesihatan Hutan Melintang sebelum doktor mengesahkan anak saya sudah meninggal dunia.
“Saya amat terkejut dengan kejadian yang berlaku,” ” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Julaiha, di sini, semalam.

Sementara itu, bagi kes kedua, Varagaran dari Kampung Teluk Buluh, Hutan Melintang di sini, turut meninggal dunia dipercayai selepas diserang simptom penyakit sama.
Ibu bayi itu, Variamen, 36, berkata, anaknya mula mengalami demam dan cirit-birit sejak 23 Januari lalu selain tanda-tanda bengkak di mata.

Menurutnya, berikutan itu, dia membawa bayinya itu mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Hutan Melintang, Isnin lalu sebelum doktor mengesahkan anaknya meninggal dunia.

“Saya tidak pasti penyakit yang menyerang bayi saya dan masih menunggu jawapan daripada Kementerian Kesihatan,” katanya.

Dalam pada itu, beberapa bayi lain turut dilaporkan mengalami simptom penyakit sama dan sedang menerima rawatan di Wad Kanak-Kanak, Hospital Teluk Intan.

Seorang nenek, M Sariniya, 53, berkata, cucunya berusia dua tahun mula mengalami demam dan muntah sejak dua hari lalu dan kini menerima rawatan lanjut di Hospital Teluk Intan.

‘’Saya susah hati dengan keadaan cucu, apatah lagi selepas mengetahui dua bayi mati mengejut akibat penyakit misteri itu.

“Saya berharap Jabatan Kesihatan Perak dan Kementerian Kesihatan dapat menyiasat segera punca sebenar menyebabkan penyakit demam dan cirit-birit misteri yang berlaku di daerah ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Gok Kok Liang berkata, pihaknya sudah menerima laporan berhubung kematian mengejut dua bayi berkenaan dan akan meminta pihak berkuasa berkaitan menyiasat dakwaan dan punca sebenar yang berlaku.myMetro | Dua bayi mati ‘misteri’:

'via Blog this'

4 hari nikah sudah lari


KUCHING: Hasrat seorang lelaki menikmati mahligai bahagia dibina dengan isteri berusia 15 tahun pada Sabtu lalu, tidak kesampaian apabila insan tersayang itu menghilangkan diri hanya selepas empat hari mereka mendirikan rumah tangga.
Paling memedihkan, isteri lelaki terbabit yang tidak bekerja itu menghilangkan diri ketika suami berusia 21 tahun dari Kampung Gita, di sini, keluar mencari rezeki.

Sehingga semalam, usaha menjejak wanita berkenaan menemui jalan buntu menyebabkan laporan polis terpaksa dibuat.
Sumber berkata, wanita berkenaan dipercayai bertindak demikian kerana mempersoalkan kemampuan syahwat suaminya yang dikatakan gagal memuaskannya.

“Kali terakhir lelaki berkenaan bertemu isterinya ialah jam 11 pagi Selasa lalu, ketika menghantar isteri ke rumah saudaranya kerana mahu ke laut untuk menangkap ikan,” katanya.

Bapa lelaki terbabit yang enggan dikenali berkata, anaknya terkejut apabila mendapati isterinya tiada di rumah saudara ketika mahu menjemputnya pulang ke rumah pada hari kejadian.
“Sebaik menyedari menantu tiada di rumah saudara, anak saya cuba menghubungi telefon bimbit isterinya, tetapi telefon bimbit itu tidak berfungsi.

“Anak saya tidak putus asa sebaliknya menunggu keesokan hari, namun isteri anak saya masih gagal dihubungi sebelum mengambil keputusan membuat laporan polis.
“Kami tidak tahu punca menantu melarikan diri selepas mereka berkahwin, Sabtu lalu dan cukup bimbang apabila memikirkan keselamatannya,” katanya.

Justeru, laporan dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengesan wanita berkenaan.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dibuat bapa mangsa sehari selepas kehilangan wanita terbabit dilaporkan.myMetro | 4 hari nikah sudah lari:

'via Blog this'

Russia tetap eksport senjata ke Syria


MOSCOW: Russia tidak akan menghentikan eksport senjatanya ke Syria meskipun keganasan semakin meningkat di negara itu dengan alasan tidak ada sekatan dikenakan untuk berbuat demikian.
“Buat masa ini, tidak ada sekatan untuk penghantaran senjata dan kami perlu memenuhi janji kami kepada negara itu. Dan itulah yang kami lakukan,” kata Timbalan Menteri Pertahanan, Anatoly Anatonov.

Russia berulang kali berkata, sekatan terhadap eksport senjata ke Syria adalah ‘garisan merah’ yang tidak boleh ‘dilanggar’ oleh sebarang ketetapan Majlis Keselamatan PBB yang berkait dengan keganasan di negara itu.Terdahulu, Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov memberitahu televisyen Australia, Moscow menghantar senjata kepada Syria kerana memenuhi perjanjian kontrak perdagangan. - AFPmyMetro | Russia tetap eksport senjata ke Syria:

'via Blog this'

Ban dilontar kasut di Gaza


GAZA: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon dilontar kasut ketika memasuki bandar ini, beberapa jam selepas serangan roket dilancarkan terhadap Israel dari wilayah yang ditadbir Hamas itu.
Ketika ketua PBB itu memasuki wilayah Palestin berkenaan, penunjuk perasaan melontar kasut, pasir dan batu kecil terhadap konvoinya, menyebabkann ia terhenti seketika sebelum meneruskan perjalanan ke Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza.

Kira-kira 50 penunjuk perasaan, kebanyakannya anggota keluarga warga Palestin yang ditahan di penjara Israel berkata, mereka membantah kerana Ban enggan menemui mereka atau kumpulan tahanan Palestin ketika kunjungan singkatnya ke Gaza.
Hentian pertama lawatan Ban ialah di Sekolah Amal di Khan Yunis. Beliau turut melawat projek perumahan yang dibiayai kerajaan Jepun.

Ban tidak dijadual untuk bertemu dengan sebarang anggota kerajaan yang dikuasai Hamas.

Pegawai keselamatan PBB mengambil keputusan untuk meneruskan lawatan itu meskipun lapan roket dilepaskan ke sasaran di selatan Israel dari Gaza malam kelmarin.
Rabu lalu, selepas berunding dengan Perdana Menteri rejim Zionis, Benjamin Netanyahu, Ban mengecam serangan roket dari Gaza dengan menyifatkannya sebagai ‘tidak boleh diterima.’ Mereka turut berbincang mengenai gencatan senjata tidak rasmi antara Israel dengan Hamas.

“Saya menyuarakan kebimbangan saya mengenai keamanan yang rapuh dan menegaskan serangan roket dari Gaza mesti dihentikan,” katanya. - AFPmyMetro | Ban dilontar kasut di Gaza:

'via Blog this'

Ketua keselamatan kena pecat


KAHERAH: Kerajaan Mesir memecat ketua keselamatan Pelabuhan Said, bandar raya di utara selepas insiden keganasan bola sepak tercetus yang menyebabkan 74 orang maut, lapor media kerajaan, semalam.
Menteri Dalam Negeri, Mohammed Ibrahim memecat Ketua Keselamatan bandar raya itu, Essam Samak kerana rusuhan yang tercetus lewat malam semalam beberapa saat selepas wisel penamat dalam satu perlawanan antara dua pasukan, lapor agensi berita MENA.

Keganasan itu adalah satu daripada insiden terburuk dalam sejarah bola sepak, menyaksikan ratusan penyokong pasukan al-Masri dari Pelabuhan Said menceroboh ke padang untuk menyerang peminat pasukan al-Ahly dari Kaherah termasuk melontar batu dan botol.Televisyen kerajaan menyiarkan polis rusuhan berdiam diri ketika suasana huru-hara tercetus di sekeliling mereka. - AFPmyMetro | Ketua keselamatan kena pecat:

'via Blog this'

Renjer dibunuh sebagai balas dendam


BANGKOK: Seorang anggota tentera sukarelawan ditembak mati di daerah Khok Pho di Pattani semalam, manakala dua butir bom tangan dilempar ke arah sebuah kuil Buddha di daerah Nong Chik.
Kejadian itu dilihat sebagai balas dendam terhadap serangan oleh renjer separa tentera yang menyebabkan empat lelaki Islam tempatan maut dan empat lagi cedera malam Ahad lalu.

Anggota renjer sukarelawan itu, Thanong Sinthu, 40, ditembak mati dekat Jalan Nakate-Pattani No.42 dekat Moo 2 di Ban Khamao, semalam.

Dia bekerja sebagai pemandu di kem tentera Ingkhayutthaboriharn, Divisyen Renjer ke-43, Wilayah Nong Chik, Pattani.

Ia unit yang sama di mana anggota renjer yang terlibat dalam kejadian tembakan itu dipindahkan, beberapa jam sebelum tragedi berlaku.

Menurut polis, mangsa dalam perjalanan ke kem menaiki motosikal apabila dua orang penyerang dengan sebuah motosikal mengekorinya dan pemboncengnya melepaskan tembakan sebelum melarikan diri.

Polis berkata, pembunuhan itu mungkin dilakukan oleh anggota pemisah Islam yang mahu membalas dendam.

Kejadian malam Ahad lalu, berlaku selepas renjer tentera dari pangkalan 4302 sedang mengejar suspek militan yang melempar bom tangan M79 ke arah unit mereka.

Mereka bertembung dengan sebuah pikap yang membawa sembilan lelaki Islam di Lebuh raya 418 berdekatan Moo 1 di Ban Kayi di Pulom Poya dan cuba menahannya. - Bangkok PostmyMetro | Renjer dibunuh sebagai balas dendam:

'via Blog this'

Zulkifli antara 3 pemimpin JI, Abu Sayyaf mati ditembak tentera Filipina


MANILA: Tentera Filipina berkata, mereka membunuh tiga pemimpin kanan kumpulan Abu Sayyaf yang mempunyai hubungan dengan kumpulan militan Al-Qaeda dan Jemaah Islamiyah, dalam satu serbuan di sebuah pulau terpencil.
Komander tentera wilayah Mejar Jeneral Noel Coballes berkata, mereka antara 15 anggota militan yang terbunuh di Pulau Jolo, kubu kuat Abu Sayyaf di mana mereka dikatakan menahan warga asing yang diculik.

“Pasukan tentera yang berada di sana mengesahkan 15 anggota Abu Sayyaf dan JI terbunuh, termasuk Zulkifli bin Abdul Hir, atau Marwan, Mohammad Ali atau Muawiyah dan ketua Abu Sayyaf, Abu Pula,” katanya.

Zulkifli dari Malaysia adalah ketua Jemaah Islamiyah, kumpulan militan yang dituduh bertanggungjawab dalam beberapa siri serangan keganasan, termasuk pengeboman di Bali pada 2002 yang menyebabkan lebih 200 orang terbunuh.

Kerajaan AS menawarkan ganjaran AS$5 juta (RM15 juta) untuk menangkap Zulkifli.

Pegawai perisikan tentera Filipina berkata, Muawiyah yang mempunyai banyak nama samaran, adalah anggota JI dari Singapura yang melarikan diri ke Filipina tidak lama selepas serangan bom Bali.

Abu Pula, warga Filipina, adalah pengasas dan seorang daripada pemimpin kanan kumpulan Abu Sayyaf, yang ditubuhkan di selatan Filipina pada tahun 1990-an atas wang yang didermakan oleh rangkaian Al-Qaeda.

Kumpulan Abu Sayyaf dipertanggungjawabkan dalam beberapa serangan pengganas paling kejam di Filipina, termasuk mengebom sebuah feri di Manila yang membunuh lebih 100 orang dan beberapa kes culik di kawasan selatan yang ramai myMetro | Zulkifli antara 3 pemimpin JI, Abu Sayyaf mati ditembak tentera Filipina:

'via Blog this'

Wanita terkecil di dunia beri impak politik besar

MUMBAI: Wanita paling kerdil di dunia menjadi perhatian ramai dalam politik India apabila dia turut berkempen menyokong Parti Maharashtra Navnirman Sena (MNS) menjelang pilihan raya tempatan di Mumbai.
Dengan ketinggian hanya 76 sentimeter, Jyoti Amge berjaya menjadi daya tarikan orang ramai untuk menyaksikan kempen MNS.

Semalam, Jyoti, 18, diangkat tinggi di celah-celah perarakan penyokong MNS di bandar raya barat India itu.
Remaja terbabit diangkat seorang lelaki setinggi dua meter yang tampil seperti penggusti WWE, Great Khali.

Antara polisi diperjuangkan MNS ialah pelan antiimigran di Mumbai.

Jyoti diiktiraf wanita paling kerdil di dunia oleh Guinness World Records pada sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-18 pada Disember lalu. - TSmyMetro | Wanita terkecil di dunia beri impak politik besar:

'via Blog this'

Janda patahkan 4 kaki bayi dipenjara


TOKYO: Seorang wanita yang mematahkan kaki empat bayi kerana cemburu terhadap kegembiraan ibu mangsa, dipenjara empat setengah tahun, lapor media semalam.
Menurut laporan disiarkan Jiji Press, Yuko Soutome mencari mangsa terdiri daripada wanita yang membawa anak mereka di pasar raya atau kedai menjual barangan bayi.

Agensi berita itu menyatakan, mahkamah di Utsunomia di utara Tokyo diberitahu, dalam empat kejadian berasingan, Yuko, 30, berpura-pura meminta kebenaran kepada wanita terbabit untuk mendukung anak mereka.
Ketika mendukung itulah Yuko mematahkan kayi bayi terbabit.

Laporan Jiji Press menyatakan, janda itu terdorong melakukan kezaliman berkenaan selepas berasa sakit hati apabila melihat wanita lain yang hidup lebih gembira berbanding dirinya. - AFPmyMetro | Janda patahkan 4 kaki bayi dipenjara:

'via Blog this'

1,000 pekerja Facebook jadi jutawan


ZUCKERBERG  hanya memiliki kira-kira satu per lima daripada saham syarikat Facebook Inc.
ZUCKERBERG hanya memiliki kira-kira satu per lima daripada saham syarikat Facebook Inc.
ZUCKERBERG hanya memiliki kira-kira satu per lima daripada saham syarikat Facebook Inc.
SEBAHAGIAN daripada pekerja Facebook yang bakal menjadi jutawan menjadi penghias dokumen tawaran IPO dikemukakan Facebook Inc kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Saham AS.
SEBAHAGIAN daripada pekerja Facebook yang bakal menjadi jutawan menjadi penghias dokumen tawaran IPO dikemukakan Facebook Inc kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Saham AS.
LOS ANGELES: Mereka menghabiskan masa bertahun-tahun untuk merancang pengembaraan serba mewah, mengimpikan memandu kereta sport paling mahal dan menetap di apartmen serba lengkap di California.
Kini, ketika proses pengapungan bernilai RM15 bilion Facebook di pasaran saham semakin hampir, sekurang-kurangnya 1,000 pekerja rangkaian sosial berpangkalan di Menlo Park itu akan bakal menjadi jutawan.

Semalam, Facebook mengemukakan kertas kerja kepada pihak berkenaan untuk penawaran penyenaraian awam (IPO) paling ditunggu-tunggu sejak langkah sama dilakukan Google pada 2004.
Tindakan itu dijangka menjadikan syarikat sangat berjaya itu bernilai sehingga RM300 bilion.

Syarikat yang mempunyai 3,000 pekerja itu berharap dapat menyenaraikan Facebook di bawah simbol FB di Pasaran Saham New York atau Pasaran Saham Nasdaq.

Dalam peraturan difailkan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Saham, Facebook Inc membayangkan harapannya untuk mengumpul sehingga AS$5 bilion (RM15 bilion) melalui IPO berkenaan dan ia adalah rekod baru untuk syarikat teknologi di pasaran saham selepas Google mencatatkan nilai RM5.73 bilion pada 2004.

Ia menjadi perubahan besar terhadap syarikat yang dijelaskan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Inc, Mark Zuckerberg, dalam dokumen berkenaan sebagai “pada peringkat awal tidak dicipta untuk menjadi syarikat.” “Ia dibangunkan untuk menyempurnakan misi sosial - bagi menjadikan dunia lebih terbuka dan saling berhubung,” katanya.

Zuckerberg juga menyatakan, mereka menanam budaya unik dan pendekatan pengurusan dikenali sebagai “Kaedah Penggodam.” “Ungkapan ‘penggodam’ diberi gambaran negatif secara berlebihan dalam media sebagai seseorang yang menceroboh komputer.
“Hakikatnya, penggodaman bermaksud membina sesuatu dengan pantas atau mencuba batasan kemampuan diri,” katanya.

Dokumen dikemukakan Facebook Inc juga mendedahkan beberapa fakta penting firma banyak berahsia itu, selain kawalan ketat Zuckerberg ke atas pelbagai aspek pengurusan syarikatnya.

Ketika semua pihak menyangka setiap penutur berbahasa Inggeris memiliki akaun Facebook, sebenarnya rangkaian itu baru meneroka 60 peratus pasaran di Amerika Syarikat, Britain dan paling popular di Chile, Turki dan Venezuela.


Dokumen itu menyatakan, mereka menyasarkan China kini mengharamkan Facebook sebagai pasaran besar selanjutnya, tetapi ragu mampu menyediakan dasar tapisan diterima kerajaan negara berkenaan. - DMmyMetro | 1,000 pekerja Facebook jadi jutawan:

'via Blog this'

Tragedi Port Said ragut 74 nyawa, 1,000 cedera


SEBAHAGIAN penonton berlari untuk keluar dari stadium ekoran rusuhan
yang berlaku di sebuah stadium di Port Said, Mesir kelmarin.
PORT SAID - Sekurang-kurangnya 74 orang mati manakala 1,000 lagi cedera selepas satu rusuhan berlaku ekoran kemenangan mengejut 3-1 kelab bola sepak tempatan, Al-Masry ke atas kelab terkenal dari Kaherah, Al-Ahly di sebuah stadium di sini kelmarin.
Rusuhan itu berlaku selepas perlawanan tamat apabila para peminat kelab bola sepak Al-Masry meluru ke padang stadium di sini bagi meraikan kemenangan mengejut itu.
Para penyokong Al-Masry yang bersenjatakan pisau, kayu dan batu mengejar para pemain dan peminat daripada kelab Al-Ahly yang berlari ke arah pintu untuk menyelamatkan diri, kata beberapa saksi.
Seorang pemain dengan kelab Al-Ahly, Mohammed Abu Trika mengkritik polis kerana tidak campur tangan dalam keganasan tersebut.
"Orang ramai di sini mati dan tiada ada sesiapa yang melakukan apa-apa. Ia seperti satu perang," katanya kepada sebuah stesen televisyen.
Beberapa saksi menyatakan, puluhan peminat bola sepak mati ditikam manakala sebilangan lagi lemas selepas terperangkap di sebuah koridor panjang dan sempit ketika mereka cuba melarikan diri daripada sekumpulan peminat pasukan lawan.
Pertempuran melibatkan beberapa kumpulan peminat bola sepak Mesir kelmarin meragut 74 nyawa dengan sekurang-kurangnya 1,000 orang lagi cedera.
Dalam perkembangan berkaitan, ketua majlis tentera yang memerintah Mesir buat sementara waktu, Fil Marsyal Mohamed Hussein Tantawi semalam berikrar akan memburu mereka yang bertanggungjawab mencetuskan keganasan itu.Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

Artis Kenya hasilkan kerja seni unik



SALAH satu ciptaan Cyrus Kabiru.


NAIROBI - Artis seni Kenya, Cyrus Kabiru menunjukkan hasil kerja seninya yang menggunakan pelbagai objek untuk menghasilkan pelbagai reka bentuk bingkai seperti cermin mata. Cermin mata unik itu diberi nama c-stunners.

Dia menghasilkan kerja seni unik itu dengan menggunakan pelbagai serpihan barang yang ditemuinya semasa menuju ke studionya.

Kabiru mendapat ilham untuk menghasilkan kerja seni itu selepas mendengar cerita bapanya yang menyayangi cermin mata.

Bapanya telah dipukul oleh keluarganya kerana cermin matanya pecah. - AFPKosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Singa serang unta selepas terlepas dari kurungan



BEBERAPA pekerja zoo melihat seekor singa yang pengsan selepas ditembak dengan ubat pelali di Zoo Taman Satwa Jurug, Solo, Indonesia pada Selasa lalu.


SOLO, Indonesia - Seekor singa Afrika ditembak dengan ubat pelali selepas haiwan itu berjaya keluar dari kurungan di Zoo Taman Satwa Jurug di sini pada Selasa lalu.

Singa itu yang bernama Oni menyerang dan membunuh seekor unta sebelum dia ditembak dengan ubat pelali oleh pekerja zoo.- ReutersKosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Tepung dilempar ke arah calon Presiden Perancis



SEORANG wanita yang identitinya dikenali sebagai Claire Seguin (kanan) membaling tepung ke arah Francois Hollande di Paris kelmarin.


PARIS - Seorang wanita yang mendakwa dia diawasi polis dan nyawanya juga terancam bertindak mencurahkan tepung gandum ke atas calon utama pilihan raya Presiden Perancis kempen beliau di sini kelmarin.

Wanita berkenaan yang memperkenalkan diri di hadapan kamera televisyen sebagai Claire Seguin, 45, berlari ke atas podium tempat calon Presiden daripada Parti Sosialis, Francois Hollande yang berdiri untuk menandatangani 'kontrak sosial' sebagai simbolik sokongan beliau terhadap dasar perumahan untuk semua rakyat.

Hollande yang kini mendahului populariti Presiden Nicolas Sarkozy kekal tenang sepanjang insiden tersebut walaupun kaca mata, rambut dan pakaiannya dilitupi tepung gandum.

Beliau tetap meneruskan agendanya untuk bercakap mengenai pembaharuan dalam dasar perumahan negara selepas peristiwa memalukan itu berlaku.

Beberapa pegawai peribadinya kemudian menangkap Seguin dan menyerahkan wanita itu kepada polis.

Seorang anggota polis mengesahkan bahawa Sequin yang kini ditahan polis, membawa empat kilogram tepung gandum ketika kejadian.

Dia dipercayai bertindak demikian selepas menuduh ada pihak dalam Parti Sosialis cuba membunuhnya.- AgensiKosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Pembuat bom dari Malaysia mati di Filipina



SEORANG jurucakap Tentera Filipina, Kolonel Marcelo Burgos menunjukkan gambar Zulkifli Abdul Hir pada satu sidang akhbar di Manila semalam.


MANILA - Tentera Filipina mendakwa pihaknya telah berjaya membunuh tiga orang militan Islam paling dikehendaki termasuk seorang pembuat bom dari Malaysia, Zulkifli Abdul Hir (gambar) dalam satu serangan udara yang dibantu oleh penasihat tentera dari Amerika Syarikat (AS) semalam.

Serangan bom itu dilakukan menjelang subuh di sebuah pulau terpencil di bahagian selatan yang turut menyebabkan 15 orang ahli kumpulan Abu Sayyaf dan Jemaah Islamiah yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda terbunuh.

"Ini satu kemenangan besar. Tiga orang pemimpin kanan terbunuh. Ia akan memberi impak yang sangat besar terhadap kemampuan pengganas," kata seorang komander tentera wilayah Filipina, Mejar Jeneral Noel Coballes.

Pesawat-pesawat membedil pinggir sebuah kampung di pulau Jolo selepas sumber risikan memaklumkan bahawa kira-kira 30 militan berpangkalan di kampung berkenaan.

Tiada tentera darat dikerahkan dalam operasi tersebut.

Zulkifli yang juga dikenali sebagai Marwan merupakan seorang warga Malaysia yang didakwa menjadi orang kanan rangkaian pengganas Jemaah Islamiah dan dalang beberapa siri serangan bom di Filipina.

Zulkifli juga dituduh menjadi pemimpin Kumpulan Mujahidin Malaysia, sebuah kumpulan mirip Jemaah Islamiah yang mahu membentuk sebuah negara Islam di Asia Tenggara.

Pada tahun 2007, AS menawarkan wang sebanyak AS$5 juta (RM15 juta) sebagai ganjaran penangkapan Zulkifli, sekali gus menjadikannya antara orang yang paling dikehendaki oleh AS.

Dalam laman web Jabatan Negara AS yang memaparkan maklumat mengenai orang paling dikehendaki kerana aktiviti keganasan, hanya empat orang ditawarkan wang ganjaran tinggi.

Antaranya ialah Ketua Al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri.

Pihak berkuasa Malaysia menyambut baik berita kematian Zulkifli.

"Kami mengalu-alukan berita kematian Zulkifli ketika pasukan keselamatan di rantau ini meneruskan usaha menentang militan sepertinya," kata Ketua Gerak Khas Malaysia mengenai keganasan, Ayob Khan Mydin Pitchay.

Tentera Filipina memberitahu antara yang terbunuh dalam serangan sama ialah Abu Pula, juga dikenali sebagai Doktor Abu dan Umbra Jumdail, salah seorang pemimpin utama organisasi militan Abu Sayyaf.

Abu Sayyaf didakwa melakukan serangan-serangan pengganas terburuk di Filipina termasuk meletupkan sebuah feri di Manila yang membunuh lebih 100 orang, selain banyak kes penculikan di kawasan terpencil di selatan yang dihuni majoriti penduduk Islam. - AgensiKosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Penduduk Mesir berang


SEORANG lelaki yang cedera diusung oleh rakan-rakannya selepas dia tiba
dari Port Said di sebuah stesen kereta api di Kaherah semalam.
PORT SAID - Penduduk di Kaherah yang naik berang ekoran kematian 74 orang dalam insiden pergaduhan di stadium bola sepak Port Said mengadakan beberapa tunjuk perasaan semalam.
Siri bantahan tersebut diadakan selepas peminat dan ahli politik menuduh kepimpinan tentera yang memerintah Mesir gagal menghalang insiden terburuk itu berlaku sejak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan.
Sejumlah pemuda menyekat beberapa batang jalan raya berhampiran bangunan stesen televisyen Mesir dan Dataran Tahrir yang menjadi mercu tanda ibu kota negara berkenaan, Kaherah.
Orang ramai turut berkumpul di stesen kereta api utama Kaherah dengan harapan dapat melihat saudara-mara mereka kembali daripada menyaksikan perlawanan bola sepak tragis di sini.
Apabila mayat-mayat mangsa tragedi bola sepak terburuk dalam sejarah Mesir itu diangkut keluar dari beberapa buah kereta api, beribu-ribu orang menjerit slogan: "Jatuhkan pemerintahan tentera."
Seorang ibu yang panik turut menjerit: "Di manakah lelaki saya?"
"Pergi mati dengan perlawanan bola sepak, kembalikan anak saya," kata wanita berkenaan, Fatma Kamal selepas dia berulang kali menelefon anaknya tetapi panggilannya tidak dijawab.
Sekurang-kurangnya 1,000 orang cedera dalam keganasan kelmarin apabila sejumlah peminat bola sepak menceroboh padang permainan selepas kelab tuan rumah Al-Masry menewaskan pelawat iaitu kelab Al-Ahly dari Kaherah yang turut dikenali dengan nama jolokan Red Devils. - ReutersKosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'