Pages

Saturday, June 30, 2012

Pemimpin PULO dipenjara

Pemimpin PULO dipenjara:
Salah satu insiden keganasan di selatan Thailand. Beberapa orang pelajar sebuah sekolah kerajaan di daerah Yarang, wilayah Pattani memeriksa tapak bilik darjah mereka yang musnah dalam serangan pada 7 Jun lalu. Dalam serangan itu, pemberontak bertindak membakar sekolah itu yang kebanyakan pelajarnya adalah beragama Islam. - REUTERS
BANGKOK 28 Jun - Mahkamah Rayuan Thailand semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang anggota gerakan pemisah, Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (PULO), Koseng Cheloh atau Useng (gambar) .
Akhbar Bangkok Post melaporkan, ia sekali gus membatalkan keputusan Mahkamah Jenayah Thailand sebelum ini yang menggugurkan semua dakwaan keganasan ke atas Useng.
Anggota pemisah itu didakwa terlibat dengan pemberontakan, mengumpul senjata dan merekrut anggota untuk melakukan aktiviti keganasan dengan tujuan untuk memecah belahkan lima wilayah di selatan negara daripada Thailand.
Mahkamah dimaklumkan antara 1968 hingga 10 Februari 1998, Useng dan beberapa anggota PULO lain turut memeras ugut wang perlindungan daripada ahli perniagaan di lima wilayah tersebut dan menggunakan wang berkenaan untuk membeli senjata bagi menjalankan aktiviti keganasan.
Mahkamah juga dimaklumkan bahawa Useng dikenal pasti pada 1998 oleh seorang lagi anggota PULO, Hayee Dao yang ditangkap kerana disyaki mengetuai PULO baru, sebagai pemimpin sayap PULO yang beroperasi di bandar-bandar.
Dia ditangkap pada 7 Disember 2005 atas dakwaan membunuh.
Useng juga gagal membuktikan dakwaan dia tinggal di Malaysia selama 10 tahun dan melanjutkan pelajaran di Syria serta Libya selama beberapa tahun, kata mahkamah.
Mahkamah Jenayah menggugurkan kes terhadap Useng pada 1 Disember 2008 atas alasan bukti yang dikemukakan terhadapnya sangat meragukan.
Bagaimanapun, pihak pendakwa raya bertindak membuat rayuan ke atas keputusan itu.
Sebelum ini beberapa pemimpin dan anggota PULO yang ditangkap, telah dikenakan hukuman penjara.
Bekas komander lapangan PULO, Da-oh Thanam, 55, dikenakan hukuman penjara seumur hidup atas dakwaan menjalankan aktiviti gerakan pemisah antara 1968 hingga 1998.
Dua anak buahnya, Budo Betong, 75, dan bekas ketua unit senjata PULO, Sama-ae Thanam, 64, turut dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. - AGENSI

'via Blog this'

Bas tersadai di hutan selepas 'dialih' makhluk halus

Bas tersadai di hutan selepas 'dialih' makhluk halus:
ORANG ramai melihat keadaan bas Pahala Kencana yang tersadai di hutan Gadogan, Jawa Tengah selepas laluannya dipercayai 'dialihkan' oleh makhluk halus. - AGENSI
JAKARTA - Seorang pemandu bas bersama 33 penumpang lain mengalami peristiwa aneh apabila bas yang dinaiki mereka secara tiba-tiba berada di tengah-tengah hutan walaupun pada mulanya berada di atas jalan raya.
Dalam kejadian tersebut, bas milik syarikat Pahala Kencana yang dalam perjalanan dari Jakarta ke Madura, pada mulanya menggunakan jalan Juwana-Rembang sebelum pemandunya beralih ke jalan alternatif.
Namun ketika menyusuri jalan Jaken di wilayah Jati, bas tersebut secara tiba-tiba berada di hutan Gadogan yang terletak di Jawa Tengah. Pemandu bas tersebut cuba untuk bergerak ke depan dan ke belakang, namun gagal disebabkan pokok jati menghalang pergerakan kenderaan itu.
Selepas menyedari bas itu terperangkap di tengah-tengah hutan, pemandu itu kemudian meminta pertolongan daripada penduduk di kawasan terbabit.
Namun, kereta peronda polis tidak dapat memasuki lokasi kejadian disebabkan tiada jalan yang menghubungkan tempat tersebut.
Selepas lima jam tersadai, sekumpulan mekanik syarikat Pahala Kencana berjaya mengeluarkan bas tersebut selepas memotong pokok-pokok yang menghalang laluan kenderaan itu.
Pegawai polis yang ditemui, Briptu Suwignyo mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, badan bas itu tidak mempunyai kesan calar atau rosak akibat melanggar pokok di hutan terbabit.
Namun, jelasnya, ia bukan kejadian kali pertama kerana sebelum ini dua trak minyak pernah mengalami nasib yang sama dan ia dipercayai berkaitan gangguan makhluk halus.
"Kawasan hutan ini sering dijadikan pihak tertentu melakukan amalan syirik dengan harapan menjadi kaya dengan cepat.
"Oleh itu tidak hairan orang yang melalui jalan di sini sering diganggu makhluk halus yang dipuja golongan tidak bertanggungjawab itu," katanya kepada Tribunnews.com. - AGENSI

'via Blog this'

Pameran berlian terbesar

Pameran berlian terbesar:
kotak barangan kemas bertatah 3,000 butir berlian milik Raja Frederick dari Prussia, yang dibeli Ratu Mary pada 1932. - AGENSI
LONDON 29 Jun - Lebih 10,000 butir berlian akan dipamerkan pada satu pameran di Istana Buckhingham di sini pada minggu ini untuk meraikan ulang tahun ke-60 pemerintahan Ratu Elizabeth.
Pameran berlian yang dikumpul sejak berabad-abad itu juga melambangkan simbol kecantikan dan kuasa, kata kurator pameran, Caroline de Guitaut.
Beliau berkata, pameran itu akan bermula esok sehingga 8 Julai ini dan dari 31 Julai ini hingga 7 Oktober ini.
“Acara itu bertepatan dengan sambutan jubli intan Elizabeth pada tahun ini, dan turut mempamerkan permata yang dipakai beliau semasa menghadiri majlis rasmi di Britain dan di luar negara.
“Objektif pameran ini ialah untuk mempamerkan bagaimana pemerintah menggunakan berlian sebagai simbol kekayaan dan kuasa," katanya.
De Guitaut berkata, pameran tersebut akan diadakan dalam bilik gelap di istana itu yang boleh diakses melalu koridor serta dihiasi dengan potret diraja generasi sebelum ini.
“Kami akan cuba mempamerkan beberapa berlian penting yang dimiliki oleh keluarga diraja," katanya.
Barangan pertama yang akan dipamerkan adalah mahkota kecil milik Ratu Victoria yang dihiasi lebih 1,100 butir berlian. - AGENSI

'via Blog this'

Tentukan siapa etnik Rohingya rakyat Myanmar

Tentukan siapa etnik Rohingya rakyat Myanmar:PARIS 29 Jun - Ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi berkata, adalah penting untuk menentukan siapa di kalangan etnik Rohingya merupakan rakyat negara itu.
Akhbar Daily Star melaporkan beliau yakin sebahagian etnik Rohingya mempunyai hak sebagai warganegara Myanmar kerana memenuhi ketetapan di bawah undang-undang kewarganegaraan.
''Bagaimanapun, kita perlu memastikan siapa di kalangan mereka adalah warganegara Myanmar,'' katanya di sini semalam pada akhir lawatannya ke Eropah.
Beliau berkata, Myanmar memerlukan undang-undang kewarganegarasn yang adil dan kuat bagi mengelak kritikan antarabangsa.
Lebih 80 orang maut dalam pertempuran antara penduduk Rakhine yang beragama Buddha dengan etnik Rohingya yang beragama Islam.
Suu Kyi berkata, perbalahan agama dan etnik serta ketiadaan keharmonian antara puak selalunya berpunda daripada perbezaan agama serta budaya.
''Ia mengambil masa untuk menyelesaikannya. Bagaimanapun, melalui kedaulatan undang-undang, masalah yang berlaku sekarang dapat dikurangkan,'' katanya.
Menurut beliau, masalahnya di barat Myanmar, sistem pengawalan sempadan sangat lemah dan ada pegawai imegresen pula terlibat dalam rasuah.
''Bangladesh akan menyatakan mereka yang datang dari Myanmar adalah rakyat Myanmar, manakala Myanmar menyatakan mereka yang datang dari Bangladesh tidak boleh berada di sini. Jadi ia satu masalah,'' ujarnya. - AGENSI

'via Blog this'

Kebakaran hutan terburuk di Colorado, seorang terbunuh

Kebakaran hutan terburuk di Colorado, seorang terbunuh:
Sebuah helikopter digunakan untuk menaburkan air di kawasan kediaman di barat Akademi Tentera Udara AS dekat Waldo Canyon bagi mengelakkan kebakaran hutan merebak ke Colorado Springs, Colorado, kelmarin. - REUTERS
COLORADO SPRINGS 29 Jun - Sekurang-kurangnya seorang penduduk terbunuh, manakala dianggarkan 346 buah rumah musnah dalam kebakaran hutan paling teruk yang pernah melanda Colorado, Amerika Syarikat (AS), yang bermula awal minggu ini.
Kebakaran hutan tersebut turut memaksa berpuluh-puluh ribu penduduk di kawasan terbabit berpindah ke tempat yang lebih selamat.
Ketua Polis Colorado, Peter Carey berkata, mayat mangsa yang terbunuh ditemui di sebuah rumah yang sebelum ini terdapat laporan menyatakan dua orang hilang di lokasi yang sama.
Kebakaran hutan yang berlaku kali ini dianggap sebagai kejadian paling teruk di Amerika Barat dalam tempoh berpuluh-puluh tahun.
Setakat malam tadi, 15 peratus kebakaran hutan itu berjaya dikawal, manakala api yang marak ke Akademi Tentera Udara AS berjaya dipadamkan dan cuaca sejuk turut membantu memperlahankan api.
Kos untuk memadamkan kebakaran dilaporkan mencecah AS$3.2 juta (RM9.6 juta).
Datuk Bandar Colorado Springs, Steve Bach berkata, kira-kira 257 buah rumah di utara Colorado musnah dijilat api.
Katanya, kira-kira 35,000 penduduk terpaksa berpindah ke tempat yang lebih selamat ekoran kebimbangan dengan keadaan api yang marak dengan cepat di beberapa kawasan.
Keadaan yang masih berbahaya juga menyukarkan pihak berkuasa menyiasat punca kebakaran yang bermula awal minggu ini dan telah memusnahkan kawasan seluas 67 kilometer persegi.
Colorado Springs, bandar kedua terbesar Colorado, menempatkan Pusat Latihan Olimpik AS, Pasukan Pertahanan Angkasa Lepas Amerika Utara (NORAD) dan pusat operasi satelit tentera AS.
Bagaimanapun, kesemua fasiliti penting terbabit setakat ini tidak terjejas dengan kebakaran itu. - AGENSI

'via Blog this'

40 maut di pinggir Damsyik

40 maut di pinggir Damsyik:



Gambar yang dikeluarkan rangkaian berita pembangkang, Shaam News Network, semalam merakamkan mayat sebahagian penduduk awam termasuk kanak-kanak yang terbunuh dalam serangan tentera Syria di bandar Douma di pinggir Damsyik, selama dua hari sejak kelmarin. - AFP
BEIRUT 29 Jun - Aktivis hak asasi mendakwa berpuluh-puluh orang maut dalam serangan tentera Syria ke atas kawasan di pinggir Damsyik yang didiami pemberontak, selama dua hari sejak semalam.
Suruhanjaya Penyelarasan Tempatan dan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria berkata, sekurang-kurangnya 40 orang maut dalam serangan semalam sahaja.
Aktivis itu berkata, sekurang-kurangnya dua orang lagi terbunuh dalam serangan pagi ini.
‘‘Kebanyakan yang terbunuh merupakan orang awam,’’ kata aktivis.
Mereka berkata, kebanyakan mangsa yang terbunuh dari bandar Douma.
Serangan itu merupakan sebahagian daripada tindakan kekerasan rejim Syria untuk merampas semula kawalan di kawasan pinggir Damsyik yang kini dikuasai pemberontak.
Sementara itu, utusan khas Liga Arab-Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan melahirkan keyakinan rundingan peringkat menteri luar berhubung konflik Syria, esok akan membuahkan hasil seperti yang diharapkan.
‘‘Rundingan itu yang disertai menteri-menteri luar dari negara kuasa besar dan negara utama di rantau ini, akan diadakan di Switzerland dan bakal menghasilkan keputusan yang boleh diharapkan,’’ katanya kepada agensi berita, Reuters Televisyen.
Rusia semalam mencadangkan perubahan dibuat kepada pelan pembentukan kerajaan perpaduan oleh Annan, tetapi Amerika Syarikat (AS), Britan dan Perancis menolak perubahan tersebut. - AGENSI

'via Blog this'

Syiling lama ‘bernilai’

Syiling lama ‘bernilai’ - Selangor & KL - Sinar Harian:


Syiling lama ‘bernilai’
Abdul Rahman menunjukkan syiling lama tahun 1734 yang ada dalam simpanannya sejak lebih 10 tahun lalu.
KUALA LUMPUR - Warga emas ini bukanlah seorang pengumpul barangan antik mahupun menjadikan pengumpulan syiling lama sebagai hobi.

Namun, dia merasa terpanggil untuk berkongsi, mengenai sekeping syiling yang berada dalam simpanannya sejak lebih 10 tahun lalu, apabila tersiarnya berita dari Kelantan bertajuk ‘Syiling lama cecah RM16 juta’ pada 27 Jun lalu.

Bekerja sebagai pemandu peribadi, Abdul Rahman Ahmad, 56, berkata, syiling yang dikatakan bernilai RM16 juta itu adalah dari tahun 1770, tetapi yang ada dalam simpanannya adalah syiling yang sama, tetapi tahun 1734, 36 tahun lebih lama.

Menurutnya, dia memperoleh syiling tersebut daripada adik iparnya yang mempunyai lima syiling sama pemberian daripada seorang pensyarah di Universiti Putra Malaysia (UPM) 10 tahun dulu.

“Saya ingat lagi, ketika dia beri, dia suruh saya simpan, katanya, syiling lama ini mungkin boleh membantu ketika saya terdesak. Bukanlah saya terdesak mahu menjualnya, tapi jika tawaran lumayan, mungkin boleh dipertimbangkan. Jika ada yang berminat untuk tengok saja, juga boleh jumpa saya,” katanya.

Katanya yang kini menetap di Gombak, difahamkan syiling berkenaan dijumpai oleh pekerja kontraktor warga asing pembinaan bangunan di kawasan Bukit Bintang berpuluh tahun dulu.

Dalam laporan Sinar Harian sebelum ini, seorang pesara tentera mendakwa memiliki syiling berusia 242 tahun yang nilainya dikatakan boleh mencecah RM16 juta sekiranya dilelong di pasaran Amerika Syarikat.

Tanah runtuh di Bangladesh, ragut puluhan nyawa

Tanah runtuh di Bangladesh, ragut puluhan nyawa - Global - Sinar Harian:

Tanah runtuh di Bangladesh, ragut puluhan nyawa
Penduduk tempatan turut membantu pasukan mencari dan menyelamat mengeluarkan mangsa .
DHAKA - Lebih 50 penduduk di selatan Bangladesh terkorban dalam kejadian tanah runtuh dan banjir kilat susulan daripada hujan lebat secara berterusan selama tiga hari di wilayah itu.

Pihak berkuasa termasuk pasukan tentera dikerahkan ke kawasan pergunungan Chittagong tersebut bagi membantu usaha mencari dan menyelamat mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan.

Ketua Pentadbiran Wilayah, Sirajul Haq Khan berkata, sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh dalam insiden sama yang melanda pelabuhan Chittagong dan daerah Cox Bazar.

Pihak berkuasa mengesahkan 25 mayat lagi turut ditemui di beberapa kawasan di daerah Bandarban.

Lapangan Terbang Antarabangsa Shah Amanat Chittagong juga terpaksa menghentikan sementara operasi mereka.

Insiden tanah runtuh yang sering melanda wilayah itu sejak beberapa tahun lalu telah menyebabkan lebih lima juta penduduk kehilangan tempat tinggal.

Krisis bekalan air Tebing Barat semakin buruk

Krisis bekalan air Tebing Barat semakin buruk - Global - Sinar Harian:

Krisis bekalan air Tebing Barat semakin buruk
Penduduk di Tebing Barat mengalami krisis bekalan air akibat sekatan haram Israel.
BANDAR GAZA - Krisis bekalan air di Tebing Barat semakin buruk terutamanya di kawasan selatan berikutan sekatan haram Israel.

Ketua pihak berkuasa bekalan air Palestin, Shaddad Attili menegaskan rejim Zionis sememangnya bertanggungjawab terhadap masalah itu.

"Israel gagal untuk membekalkan air di wilayah Palestin mengikut seperti apa yang telah dipersetujui menerusi perjanjian di Oslo sebelum ini," katanya.

Sementara itu, laporan dikeluarkan kumpulan hak asasi manusia mendedahkan bekalan air ke Gaza turut tercemar dengan najis manusia.

Kandungan nitrat dalam bekalan air tersebut juga didakwa 10 kali ganda lebih tinggi daripada tahap yang dibenarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Keadaan itu menyebabkan penduduk di Gaza terutamanya wanita hamil dan kanak-kanak terdedah dengan penyakit seperti anemia serta serangan barah.

Pada masa ini, rejim Zionis mengawal kira-kira 84 peratus bekalan air di Tebing Barat selepas merampas tiga kolam takungan air milik penduduk Palestin dan turut menghalang mereka daripada menggunakannya untuk keperluan seharian.

Kerajaan sementara penyelesai konflik Syria?

Kerajaan sementara penyelesai konflik Syria? - Global - Sinar Harian:

Kerajaan sementara penyelesai konflik Syria?
Aktivis melaporkan lebih 15,000 terkorban akibat pergolakan yang tercetus di Syria sejak 16 bulan lalu.
WASHINGTON - Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab, Kofi Annan sekali lagi memberi cadangan yang diharap berhasil untuk meredakan ketegangan di Syria.

Kelmarin, Annan mencadangkan penubuhan kerajaan sementara yang akan menggabungkan penyokong Presiden Bashar al-Assad dan kumpulan pembangkang di negara itu.

Ringkasan pelan tindakan Annan tersebut menyebut kerajaan peralihan itu tidak akan menjejaskan kredibiliti kerajaan atau melemahkan usaha untuk menuju ke arah perdamaian.

Bagaimanapun, menurut diplomat PBB, Assad dan beberapa pemimpin pembangkang mungkin tidak tersenarai di bawah pelan yang dirangka bertujuan untuk menamatkan konflik semakin meruncing di negara tersebut.

Difahamkan, pelan 'Garis Panduan dan Prinsip Peralihan Pimpinan Syria' itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Menteri-Menteri Luar di Geneva pada Sabtu ini. April lalu, Syria didakwa gagal mematuhi syarat pelan damai termasuk gencatan senjata yang dipersetujui bersama Annan dan negara tersebut terus dikecam selepas angka korban semakin meningkat setiap hari.

Bashar turut mengakui Syria kini berada di dalam kancah peperangan sebenar selepas tercetusnya konflik yang telah menjejaskan hubungan diplomatik dengan Turki.

Ibu muda rakam aksi dera bayi sendiri

Ibu muda rakam aksi dera bayi sendiri - Global - Sinar Harian:

Ibu muda rakam aksi dera bayi sendiri
Bayi perempuan berumur 10 bulan ini menjadi mangsa penderaan ibunya sendiri.
CONNECTICUT - Seorang wanita didakwa mendera anaknya berumur 10 bulan dan turut merakamkan aksi kejam itu, menurut polis, kelmarin.

Kellie Park, 20, dari West Haven, Connecticut ditahan minggu lalu selepas menerima laporan dari bapa bayi tersebut yang menerima 55 khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan dan rakaman perbuatan tidak berhati perut isterinya itu.

Mahkamah mendapati ibu kepada dua anak tersebut bersalah atas kesalahan mengancam dan melakukan kekejaman serta menyebabkan kecederaan ke atas orang lain.

Kedua-dua anaknya kini ditempatkan di bawah jagaan sementara Jabatan Keluarga dan Kanak-kanak di Hartford.

Dia dibebaskan dengan ikat jamin dan kes itu akan disebut semula 11 Julai depan.

Makan bibir isteri selepas tuntut cerai

Makan bibir isteri selepas tuntut cerai - Global - Sinar Harian:
STOCKHOLM - Seorang profesor ternama dari Sweden, memotong dan menjamah bibir isterinya selepas minta diceraikan sebelum merancang untuk membunuh diri.

Tindakan nekad profesor dari Institut Karloinska yang berumur 52 tahun itu adalah sebagai hukuman kepada isterinya supaya menderita sepanjang hayat.

Beliau mendakwa, bibir isterinya dipotong dengan pisau bedah dan memakannya secara spontan.

"Pada mulanya saya hanya memotong separuh, namun selepas itu saya nekad memotong kesemuanya supaya ia tidak boleh disambung semula," katanya ketika soal siasat.

Akibat tindakan kejam itu, beliau didakwa atas tuduhan cuba membunuh oleh pihak polis, namun tuduhan itu diringankan kepada serangan keterlaluan oleh mahkamah tempatan.

Mursi bakal lantik wanita jadi timbalan

Mursi bakal lantik wanita jadi timbalan - Global - Sinar Harian:


Mursi bakal lantik wanita jadi timbalan
Pegawai kerajaan mengalu-alukan ketibaan Mursi (dua,kanan) yang pertama kali menjejakkan kaki ke pejabat beliau, Isnin lalu.
KAHERAH - Presiden Mesir, Mohammed Mursi akan melantik wanita sebagai salah seorang timbalan presiden di negara itu.

Penasihat dasar beliau, Ahmed Deif berkata, untuk pertama kali dalam sejarah Mesir, wanita akan diberi kepercayaan untuk bersama beliau menerajui negara tersebut.

'Wanita yang dilantik untuk memegang jawatan timbalan beliau itu tidak hanya mewakili suara golongan mereka tetapi akan turut memainkan peranan sebagai penasihat kepada presiden," katanya.

Difahamkan, Mursi sebelum ini pernah melarang penglibatan wanita dalam politik tetapi pendiriannya berubah selepas pilihan raya pusingan kedua pada awal bulan ini.

'Wanita mempunyai hak setaraf dengan lelaki. Jadi, selagi ia tidak melanggar Perlembagaan, tidak perlu wujud jurang antara jantina di negara ini," menurut Mursi.

Presiden Syria tolak penyelesaian asing

Presiden Syria tolak penyelesaian asing - Global - Sinar Harian:


Bashar pengecut
$entry.content.caption.value
DAMSYIK - Presiden Syria, Bashar Al-Assad menolak sebarang bentuk penyelesaian krisis negara itu yang dibawa oleh pihak asing.
Laporan media semalam menyebut bahawa Utusan Khas PBB, Kofi Annan mahu membawa idea kerajaan perpaduan, yang akan melibatkan penyertaan wakil-wakil pembangkang. Ia sepatutnya dibincangkan esok.
Dalam temu bual kepada stesen TV Iran, Bashar berkata, hanya rakyat Syria yang bertanggungjawab menyelesaikan konflik negara itu.
"Isu dalam negara tiada kaitan dengan negara-negara luar," kata beliau.
"Kami perlu mengatasi sendiri perbezaan dalaman dan percanggahan pandangan," kata Bashar lagi.
Tambah beliau, tekanan asing tidak akan mempengaruhi pendirian pihaknya.
"Kami telah berhadapan dengan tekanan (seperti ini) sejak satu tempoh yang lama, ia tidak membawa apa-apa kesan pada masa lalu dan tidak akan membawa apa-apa kesan dalam masa depan," kata beliau lagi.

Presiden Mesir Mohammed angkat sumpah hari ini

Presiden Mesir Mohammed angkat sumpah hari ini - Global - Sinar Harian:

mesir
Presiden Mesir, Mohammed Morsi (kanan) yang baru dipilih menyampaikan ucapan sulung beliau di Dataran Tahrir, Kaherah semalam. Beliau dijadual mengangkat sumpah hari ini. - Foto
KAHERAH - Mohammed Morsi,  Presiden Mesir yang baru dipilih, menyampaikan ucapan sulung di Dataran Tahrir di sini semalam sambil menyifatkan rakyat merupakan sumber kepada autoriti beliau selaku pemimpin pertama dipilih secara demokratik.
Katanya, revolusi, yang menyaksikan kejatuhan kepimpinan Presiden Hosni Mubarak awal tahun lalu, harus diteruskan sehingga kesemua matlamat dicapai.
"Seluruh negara mendengar saya," kata beliau. Mohammed akan mengangkat sumpah hari ini.
Mohammed menegaskan, "saya berjanji saya tidak akan menyerahkan sebarang kuasa yang telah diberikan kepada presiden" - kata-kata yang dilihat merujuk secara langsung kepada Majlis Agung Angkatan Tentera (Scaf) yang dua minggu lalu mengehadkan kuasa presiden.
Mahkamah pula telah menggantung Parlimen, beberapa hari sebelum keputusan pemilihan presiden diumumkan.
Keputusan rasmi pemilihan pusingan kedua diumumkan Ahad. Beliau memperoleh 51 peratus undi untuk menewaskan bekas Perdana Menteri, Ahmed Shafiq.
Dalam ucapannya, Mohammed sekali lagi berjanji bahawa beliau akan melindungi hak kesemua rakyat Mesir sama ada mereka mengundi beliau ataupun sebaliknya.
"Hak mereka yang mengatakan tidak kepada saya tidak akan dicabut sama sekali," katanya sambil menambah bahawa pemilihan sebagai presiden satu penghormatan ke atas dirinya.
"Saya hargai misi ini," kata beliau.
Laporan CNN menyebut dalam ucapannya, Mohammed juga menyentuh tentang Sheikh Omar Abdel-Rahman, ulama yang cacat penglihatan dari Mesir, yang kini ditahan di Amerika Syarikat (AS) atas kesalahan berkonspirasi dengan pihak yang meletupkan Pusat Dagangan Dunia pada 1993.
Katanya, beliau mahu membebaskan tahanan-tahanan politik termasuk Sheikh Omar.
"Hak mereka di bahu saya dan saya tidak mengetepikan usaha untuk membebaskan mereka," kata beliau yang bertanding mewakili Parti Kebebasan dan Keadilan.
Pemimpin dari Ikhwanul Muslimin ini menambah, beliau tidak akan membentuk sebuah negara Islam fundamentalis.
"Saya akan melaksanakan dan memelihara sistem republik dan keluhuran undang-undang dan kedaulatan akan dipertahankan," kata beliau lagi.

Isteri Mursi enggan dipanggil wanita pertama

Isteri Mursi enggan dipanggil wanita pertama - Global - Sinar Harian:

Isteri Presiden Mesir, Naglaa Ali Mahmoud
Isteri Presiden Mesir, Naglaa Ali Mahmoud
KAHERAH - Isteri Presiden Mesir, Naglaa Ali Mahmoud enggan digelar 'wanita pertama Mesir' sebaliknya lebih selesa dipanggil Ummu Ahmed bermaksud ibu kepada Ahmed iaitu anak lelaki sulung pasangan itu.

Wujud perbezaan di antara Naglaa dan isteri bekas presiden terdahulu, Suzanne Mubarak yang disifatkan sebagai elegan, berpendidikan tinggi dan dari keluarga Britain tetapi dikritik kerana memiliki sifat pentingkan diri, melampau dan suka menguasai  orang lain.

Sebaliknya, Naglaa adalah wanita Islam konservatif yang memakai hijab dan tidak pernah menjejakkan kaki ke universiti ataupun kolej. Pengkritik menyifatkan gayanya sebagai lambang kepada kestabilan pimpinan Islam konservatif di  Mesir.

Manakala penyokong suaminya berkata, tingkah laku sederhana dan latar belakang wanita itu membangkitkan semangat revolusi dalam demokrasi dan disenangi rakyat.

"Saya hanya mahu dipanggil isteri presiden. Siapa kata isteri presiden adalah 'wanita pertama?'," katanya.

Kapal angkasa Shenzhou-9 selamat mendarat

Kapal angkasa Shenzhou-9 selamat mendarat - Global - Sinar Harian:

Kapal angkasa Shenzhou-9 selamat mendarat
Angkawan yang selamat mendarat di Mongolia.
BEIJING - Kapsul angkasa lepas China dengan membawa tiga angkasawan kembali dari misi melabuh modul di orbit bumi selamat mendarat di wilayah pedalaman Mongolia.

Kapal angkasa Shenzhou-9 yang turut membawa angkasawan wanita pertama, Liu Yang berusia 33 tahun itu selamat kembali selepas misi 13 hari pada jam 10.05 pagi semalam.

Laporan media sebelum ini berkata, kapal angkasa Shenzhou-9 bercantum secara manual dengan modul Tiangong-1 selepas misi berlabuh secara automatik selesai pada Isnin lalu.

Misi berkenaan menguji teknik berlabuh yang merupakan keperluan utama bagi membolehkan China membina sebuah stesen angkasa lepas menjelang 2020.

Sebelum ini, timbul kerisauan kerana berlabuh secara manual sukar dikuasai, apabila melibatkan percantuman dua kapal angkasa lepas yang berada di orbit yang sama dan bergerak mengelilingi Bumi pada kelajuan beberapa ribu kilometer sejam.

Sebarang kesilapan menyebabkan keduadua kapal angkasa itu hancur tetapi misi ini berjaya direalisasikan dengan sempurna. China melancarkan selepas berlepas dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di wilayah Giansu pada jam 6.37 petang, 16 Jun lalu.

Nelayan berpesta kutip wang

Nelayan berpesta kutip wang - Global - Sinar Harian:

Nelayan berpesta kutip wang
Puluhan nelayan berebut mengutip ratusan wang kertas terapung di kawasan paya di Guwahati.
NEW DELHI - Sekumpulan nelayan terkejut apabila niat untuk menjala ikan berakhir dengan penemuan ratusan gumpalan wang di sebuah paya di Chachal, daerah Guwahati, India, semalam.

Wang itu kelihatan terapung dengan setiap satunya bernilai 500 rupee (RM28.30) dan 1,000 rupee (RM56.70). Penemuan itu membuatkan seluruh penduduk di kawasan tersebut bertukar kecoh apabila menyerbu kawasan berkenaan.

Kelihatan juga beberapa dewasa dan kanak-kanak menebarkan jala. Manakala, wanita pula mengutip wang tersebut di tepi paya yang dihanyutkan dan ada juga yang sanggup berenang untuk mengumpul sebanyak mungkin wang  kertas tersebut.

Seorang penduduk enggan dikenali berkata, beliau mengaut sehingga 1,000 rupee dan tidak memikirkan hasil tangkapan ikannya bagi tempoh seminggu ini. "Kami melepaskan semula ikan yang dipancing kemudian mengutip wang ini. Pada mulanya saya hanya nampak sekeping wang kertas terapung- apung, tetapi ada yang berjaya mengaut puluhan helai wang kertas bernilai 1,000 rupee," katanya.

Pegawai polis, Apuba Jibon Baruah berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan terhadap ketulenan wang itu dan punca kejadian itu.

"Polis percaya siasatan akan berhasil dengan adanya sampel mata wang yang akan di serahkan ke Bank Reserve untuk mendapatkan pengesahan. Kami mengesyaki ianya adalah wang haram," katanya.

Chachal adalah perkampungan nelayan yang kebanyakannya penduduk miskin.

Mangsa kekejaman suami dapat hidung baru

Mangsa kekejaman suami dapat hidung baru - Global - Sinar Harian:

Mangsa kekejaman suami dapat hidung baru
Mangsa kekejaman suami dapat hidung baru
WASHINGTON -Trauma mangsa kekejaman, Aesha Mohammadzai yang didera selepas hidung dan telinga dipotong oleh suaminya, berakhir selepas menjalani pembedahan di Amerika Syarikat.

Aesha, 22, sebelum ini terpaksa mengharungi kehidupan perit, penuh penderitaan selepas diseksa oleh suaminya apabila dia cuba melarikan diri dari cengkaman kezaliman selama lebih dua tahun.

Perkahwinan mereka di Afghanistan dilakukan secara paksa ketika dia berumur 12 tahun. Bagi membina semula struktur hidung, beliau menjalani enam pembedahan dalam tempoh dua tahun secara berperingkat.

Peringkat pertama dilakukan pada minggu lalu di Pusat Perubatan Tentera Kebangsaan Walter Reed di Maryland. Aesha turut melalui proses penyambungan kulit pada bahagian muka bagi pembinaan semula struktur hidungnya.

Menurut pakar, pembedahan peringkat pertama disahkan berjaya namun tiada jaminan untuk peringkat seterusnya.

Iran ingatkan EU sekali lagi

           
TEHERAN: Ketua perunding Iran, Saeed Jalili, mengingatkan Kesatuan Eropah bahawa sekatan ke atas negara itu “memberi kesan” ke atas rundingan program nuklear negara itu.

Melalui kenyataan disiarkan media semalam, Saeed berkata, “gangguan” Barat itu tidak dapat diterima dan dilaksanakan secara haram ke atas republik berkenaan. Kenyataan itu dikeluarkan ketika AS mengenakan sekatan ke atas syarikat asing yang menjalankan perniagaan dengan Bank Pusat Iran.


Sekatan EU ke atas eksport minyak Iran pula akan mula dilaksanakan esok.

Mesej Saeed itu dihantar melalui surat dan dialamatkan kepada Ketua Polisi Asing EU, Catherine Ashton, yang mewakili kumpulan P5+1. - AFP

Negara asing jadi dalang: Bashar

TEHERAN: Presiden Bashar al-Assad berkata, dia percaya Barat dan sesetengah negara Timur Tengah memainkan peranan menyokong kebangkitan pembangkang di Syria.

Dalam temu bual disiarkan stesen televisyen Iran semalam, Bashar berkata, tiada bukti dapat ditunjukkan kerana sokongan asing itu dibuat secara tidak langsung dan tersembunyi.


“Namun, hubungan mereka dengan pemberontak bersenjata memang jelas,” katanya. Temu bual itu dirakam di Damsyik minggu lalu dan sebelum beberapa perkembangan penting - termasuk serangan ke atas jet tentera Turki - berlaku. Menurut Bashar, penyelesaian isu Syria terletak di tangan warga negara itu. Bashar juga mendakwa al-Qaeda dan kumpulan pelampau agama terbabit dalam aktiviti keganasan. “Tanggungjawab kami ialah melindungi orang awam.

“Apabila seorang pengganas dibunuh, puluhan nyawa orang awam dapat diselamatkan,” katanya. - AFP

Mursi berarak dengan rakyat




         
KAHERAH: Presiden Mesir, Dr Mohamed Mursi Isa al-Ayyat, dijadual menyampaikan ucapan kepada rakyat negara itu dari Dataran Tahrir semalam, sehari sebelum mengangkat sumpah jawatannya.

Agensi berita Mena, melaporkan Mohamed Mursi akan mengambil bahagian dalam perarakan bersama jutaan warga Mesir di Dataran Tahrir dan di seluruh negara. Mena berkata, presiden akan menyampaikan ucapan kepada rakyat negara itu mengenai “program kelahiran semula Mesir.” Ikhwan Muslimin menyeru diadakan demonstrasi besar-besaran di Dataran Tahrir semalam dengan tema “Hari Peralihan Kuasa.” Mohamed Mursi dijadual mengangkat sumpah di Mahkamah Perlembagaan pada jam 5 petang (waktu Malaysia) hari ini.


Beliau kemudian akan ke Universiti Kaherah bagi meraikan pelantikan itu sebelum menyampaikan ucapan sulung sebagai presiden. Media pula menyatakan, Mohamed Mursi mendapatkan pandangan pelbagai pihak sebelum melantik perdana mentri dan anggota Kabinetnya yang diisi sebahagian besar ahli teknokrat. - AFP

Bekas menteri Hosni dijel



         
KAHERAH: Sebuah mahkamah Mesir semalam mengarahkan bekas Menteri Minyak negara itu - juga sahabat karib Hosni Mubarak - dipenjara 15 tahun selepas didapati bersalah melakukan rasuah dalam penjualan gas asli ke Israel.

Sameh Fahmy dan ahli perniagaan, Hussein Salem, didakwa menjejaskan kepentingan Mesir dengan mengeksport gas asli itu ke Israel dengan harga lebih rendah berbanding harga pasaran dunia.


Bagaimanapun, perbicaraan itu dilangsungkan tanpa kehadiran Hussein yang kini ditahan di Sepanyol. Sebelum ini, Hussein melarikan diri daripada pihak berkuasa Mesir lebih setahun sebelum ditangkap di Sepanyol awal tahun ini.

Hussein didakwa menjual lima vila mewah kepada Hosni dan keluarganya dengan harga murah sebagai imbuhan kerana mendapat kontrak mengeksport gas asli ke Israel.


Hosni dan anak lelakinya didapati tidak bersalah atas tuduhan rasuah bulan ini kerana peruntukan undang-undang semasa mengehadkan mahkamah daripada mensabitkan mereka atas faktor masa. Mesir dan Israel menandatangani perjanjian jual beli gas pada 2005 dan ia dilihat buktikan keakraban Hosni dengan rejim Zionis.


Di sebalik penjualan gas asli secara murah, dagangan itu menguntungkan sekutu rapat Hosni. Mesir akhirnya menamatkan perjanjian itu pada April lalu. - AP

Gempa kuat 6.3 magnitud landa China

BEIJING: Gempa kuat 6.3 magnitud menggegarkan Wilayah Xinjiang di barat daya China, awal pagi ini.

Gempa di kedalaman 9.8 kilometer itu itu terletak di 99 kilometer dari selatan Bandar Dushanzi, demikian lapor Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (uSGS).
Setakat ini, belum ada laporan mengenai mangsa yang cedera atau kerosakan yang dialami berikutan gempa yang berlaku jam 5.07 minit pagi waktu tempatan itu.
AP dalam laporannya berkata, Pusat Rangkaian Gempa Bumi China bagaimanapun mengeluarkan ukuran gempa 6.6 skala Richter. 

Sementara itu, AFP melaporkan setakat ini sekurang-kurangnya 17 orang cedera manakala seorang parah.

Kebanyakan mangsa terbabit cedera selepas rumah mereka ranap akibat gempa. - Agensi

3 disyaki minum racun elak tindakan disiplin

PELAJAR disyaki cuba membunuh diri dengan meminum racun menerima rawatan di hospital, semalam.

PELAJAR disyaki cuba membunuh diri dengan meminum racun menerima rawatan di hospital, semalam.
Dua pelajar belum sedar, seorang stabil 

SEPANG: Tiga pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pantai, Sepang Putra di Sungai Pelek, dekat sini dimasukkan ke hospital selepas disyaki minum racun.
Semua mangsa yang belajar di Tingkatan Empat, dikatakan bertindak demikian selepas mengetahui pihak sekolah mahu mengambil tindakan disiplin terhadap mereka.
Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman, berkata ketiga-tiga mangsa berusia 16 tahun dan dipercayai cuba membunuh diri selepas pihak sekolah dikatakan mahu mengambil tindakan itu. 

Beliau berkata, polis dimaklumkan pihak hospital kira-kira jam 2 petang apabila ketiga-tiga mangsa dibawa untuk rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), Negeri Sembilan. 

“Tiga pelajar itu didakwa minum racun kerana takut dikenakan tindakan disiplin. Mereka ditemui tidak sedarkan diri dalam kawasan sekolah sebelum dihantar ke hospital. Setakat ini, kita belum tahu jenis racun diminum dan kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh diri,” katanya ketika dihubungi, semalam. 

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Selangor, Abdullah Mad Yunus, ketika dihubungi, berkata pihaknya belum mendapat maklumat mengenai kejadian itu, tetapi akan menyiasatnya secepat mungkin. 
Di SEREMBAN, dua daripada tiga pelajar terbabit masih belum sedarkan diri dengan seorang daripada mereka ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Pelajar yang stabil bagaimanapun menafikan dakwaan dia minum racun rumpai. 

Ketika ditemui wartawan, pelajar itu mendakwa tidak tahu mengapa guru mengarahkannya mengikut dua lagi rakannya yang ketika itu tidak sedarkan diri ke hospital. 

“Saya akui dua lagi rakan mempunyai masalah disiplin di sekolah. Mungkin mereka tidak dapat menerima hakikat dibuang sekolah hingga mengambil tindakan sedemikian,” katanya yang kesal dengan perbuatan dua rakan karibnya itu.

13 maut serangan bom di Iraq

BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 13 maut dan lebih 50 cedera dalam beberapa kejadian serangan bom dan tembakan di Iraq semalam. 

Dalam satu kejadian, dua motosikal membawa bom merempuh dua pasar harian, manakala satu lagi serangan ke atas sebuah balai polis di Balad, utara Baghdad.
Ahli Majlis Kerajaan Wilayah, Mohammed Radhi, berkata tujuh orang terbunuh manakala 50 lagi cedera akibat serangan bom berkenaan.
Sumber di Hospital Balad mengesahkan angka kematian berkenaan dan mereka yang cedera kemudian dipindahkan ke Hospital Baghdad. 

Terdahulu, seorang lelaki bersenjata menyerang pusat pemeriksaan di Khan Bani Saad, di selatan Bandar Baquba, menyebabkan empat pejuang Sahwa terbunuh manakala empat lagi cedera. 

Sementara di Baquba, satu bom tangan yang diletakkan di tepi jalan meletup menyebabkan seorang askar yang sedang melakukan rondaan terbunuh. - AFP 

Angkasawan wanita selamat pulang

LIU YANG (tengah) melambai tangan sejurus keluar dari kapal angkasa Shenzhou 9 di Siziwang, utara China, semalam.

LIU YANG (tengah) melambai tangan sejurus keluar dari kapal angkasa Shenzhou 9 di Siziwang, utara China, semalam.
China isytihar misi pertama ke modul Tiangong 1 berjaya 

BEIJING: Angkasawan wanita pertama China dan dua lagi krew kembali dengan selamat ke bumi semalam daripada misi 13 hari ke modul pengorbit yang juga sebuah prototaip untuk stesen angkasa lepas akan datang.
Kapal angkasa Shenzhou 9 mendarat di padang rumput meluas negara itu di rantau Inner Mongolia kira-kira jam 10 pagi (0200 GMT). China mengisytiharkan misi pertama manusia ke modul Tiangong 1 sebagai langkah utama ke hadapan sebelum program angkasa lepas bercita-cita tinggi negara itu.
Kira-kira sejam kemudian, komander misi dan angkasawan veteran Jing Haipeng, 45, muncul dari kapsul itu diikuti rakannya Liu Wang, 43 dan Liu Yang, 33, 
angkasawan pertama wanita China. 

Ketiga-tiganya, semuanya juruterbang tentera udara berpengalaman, dikeluarkan dari kerusi berlipat dan jelas dalam keadaan sihat. Mereka tersenyum, melambai, berbual dan memberi tabik hormat ketika televisyen tempatan menyiarkan secara langsung rakaman daripada tapak pendaratan. 

“Tiangong 1, rumah kami di angkasa lepas, selesa dan memuaskan. Kami amat bangga dengan negara kami,” kata Liu Yang kepada penyiar kebangsaan CCTV. 
Komander program angkasa lepas, Jeneral Chang Wanchuan, mengisytiharkan angkasawan terbabit dalam keadaan sihat dan mengisytiharkan misi itu “berjaya sepenuhnya.” 

Beliau diekori Perdana Menteri Wen Jiabao, yang berkata misi itu menandakan “perkembangan amat penting” untuk program angkasa lepas. 

Misi itu termasuk kedua-dua alat kawalan jauh dan pendaratan berpemandu dengan modul dan pemantauan hebat perubatan angkasawan sebagai sebahagian persediaan untuk mengendalikan sebuah stesen angkasa lepas kekal. 

Matlamat China berikutnya termasuk satu lagi misi pengendali ke modul yang dijadualkan lewat tahun ini namun mungkin ditangguhkan bergantung kepada satu penilaian misi Shenzhou 9 dan keadaan Tiangong 1. China amat berhati-hati dan teliti dalam misi pengendalian manusianya dengan lebih tiga tahun berlalu sejak yang pertama dan kesemuanya tidak mendatangkan masalah. – AP

Morsi angkat sumpah hari ini

Foto
MORSI berbincang dengan wakil beberapa parti politik di Kaherah, semalam.
Foto
PENYOKONG Morsi bersolat sebelum mengadakan tunjuk perasaan terhadap tentera yang mahu menghapuskan Parlimen di Dataran Tahrir, semalam.
Presiden baru Mesir sampaikan ucapan di Dataran Tahrir

KAHERAH: Presiden Mesir, Mohamed Morsi, menyampaikan ucapan kepada rakyat negara itu dari Dataran Tahrir semalam, sehari sebelum beliau mengangkat sumpah di sebalik kesukaran menjalin kerjasama dengan tentera.
Morsi mengambil bahagian dalam perhimpunan jutaan rakyat Mesir di Dataran Tahrir dan di seluruh negara, agensi berita rasmi, MENA, memetik jurucakap Yasser Ali sebagai berkata, beliau akan memberi ucapan kepada rakyat negara itu.
Morsi berucap mengenai usaha melancarkan program untuk kelahiran semula Mesir. Sementara itu, Ikhwanul Muslimin menggesa perhimpunan besar-besaran diadakan di dataran itu dengan slogan: 'Hari peralihan kuasa'. - Yasser Ali, Jurucakap kerajaan
Ali berkata, Morsi akan berucap mengenai usaha melancarkan program untuk kelahiran semula Mesir. Sementara itu, Ikhwanul Muslimin menggesa perhimpunan besar-besaran diadakan di dataran itu dengan slogan: ‘Hari peralihan kuasa.’

Pejabat presiden mengumumkan lewat kelmarin Morsi akan mengangkat sumpah esok (hari ini) di depan Mahkamah Perlembagaan, selepas perbezaan pendapat dengan tentera berhubung penyerahan kuasa kepada presiden awam pertama negara itu.

Morsi akan pergi ke Mahkamah Perlembagaan pada jam 11.00 pagi waktu tempatan untuk mengangkat sumpah, kata kenyataan yang dikeluarkan MENA.

Beliau kemudian akan pergi ke Universiti Kaherah untuk meraikan pengurniaan itu dan menyampaikan ucapan kepada rakyat. 
Laporan media menyebut Morsi berunding dengan pelbagai lapisan masyarakat sebelum melantik Perdana Menteri dan Kabinet kebanyakannya dianggotai golongan teknokrat.

Secara tradisi, presiden mengangkat sumpah di Parlimen tetapi mahkamah tinggi Mesir mengarahkan pembubaran dewan yang dikuasai anggota perundangan Ikhawanul Muslimin itu.

Tentera memegang kuasa perundangan dan juga membentuk majlis keselamatan berpengaruh diketuai presiden tetapi dikuasai jeneral. Dengan bersetuju mengangkat sumpah di Mahkamah Perundangan, Morsi mengakui keputusan mahkamah membubarkan Parlimen.

Presiden awam pertama Mesir, dan yang pertama dilantik sejak kebangkitan rakyat yang menyingkirkan Presiden Hosni Mubarak tahun lalu, masih perlu bersaing dengan Majlis Agung Pasukan Bersenjata (SCAF).

SCAF, yang mengambil alih kuasa selepas peletakan jawatan Mubarak, akan kekal memegang kuasa walaupun selepas ia secara rasmi menyerahkan kawalan kepada Morsi.

Ia turut mengekalkan hak melantik ahli perundangan baru jika yang dilantik Parlimen perlu dibubarkan oleh keputusan mahkamah yang dijangkat 1 September ini.

Namun Ikhwanul Muslimin menegaskan cuma Parlimen boleh berbuat demikian. – AFP

Kapal layar dikendalikan menerusi iPad




KAPAL layar Adastra berlabuh di Pelabuhan Manila di Manila, Filipina semalam.


MANILA, Filipina - Sebuah kapal layar futuristik berharga AS$15 juta (RM47.7 juta) milik seorang ahli perniagaan perkapalan Hong Kong telah berlabuh di Pelabuhan Manila di sini semalam.
Berbentuk seperti sebuah kapal angkasa, kapal persiaran mewah sepanjang 42.5 meter yang diberi nama Adastra itu memiliki dua lunjuran besar.
Adastra diperbuat daripada gentian karbon dan Kevlar bagi menjadikan kapal berkenaan ringan.
Syarikat reka bentuk kapal layar, John Shuttleworth Yacht Designs Ltd menyatakan kapal tersebut amat canggih dan ia boleh dikendalikan dengan menggunakan sebuah komputer tablet iPad.
Akhbar South China Morning Post melaporkan pada awal bulan ini bahawa Adastra dibina di Zhuhai, China oleh firma Australia, McConaghy untuk usahawan, Anthony Marder.
Marder memberitahu akhbar berkenaan bahawa kapal tersebut berlabuh di sini untuk kerja-kerja pelarasan sebelum ia melakukan pelayaran ke seluruh dunia. - Agensi

Perniagaan sewa kereta kebal




SEORANG pengunjung mengendalikan sebuah kereta kebal di Kasota pada 9 Jun lalu.


KASOTA, Minnesota - Sebuah syarikat, Drive-a-Tank menawarkan kepada para pengunjung peluang mengendalikan kereta kebal tentera dan kenderaan perisai lain di sebuah kuari batu kapur di sini.
Para pengunjung itu turut dibenarkan untuk merempuh kereta lama seperti dalam filem Hollywood dengan menggunakan kereta kebal.
"Pengalaman memandu kereta kebal sungguh hebat," kata seorang pemuda berusia 19 tahun dari Connecticut selepas dia menggelek sebuah kereta dengan kereta kebal yang dipandunya pada minggu lalu.
Pemilik syarikat tersebut, Tony Borglum yang merupakan seorang kontraktor peralatan berat membuka perniagaan itu tiga tahun lalu selepas melihat perniagaan yang sama ketika melawat England.
Dia membeli sebanyak 11 kereta kebal era Perang Dingin untuk disewa oleh orang ramai di kawasan seluas 8 hektar di sini, 80 kilometer ke barat daya Minneapolis, Amerika Syarikat.
Pakej asas Drive-a-Tank berharga AS$399 (RM1,270) termasuk memandu sebuah kereta kebal dan menembak mesingan.
Para pengunjung yang mahu meremukkan sebuah kereta perlu membayar caj tambahan sebanyak AS$549 (RM1,748).
Bayaran sekitar AS$3,500 (RM11,145) dikenakan jika mereka memandu kereta kebal untuk merempuh sebuah rumah treler. - Agensi

Melapah ular tedung untuk dijual di Bantul




HEMPEDU ular tedung dikumpulkan dalam sebuah bekas.



BANTUL, Indonesia - Beberapa pekerja melapah dan memotong ular tedung di sebuah gudang di sini bagi menyara kehidupan mereka.
Seorang pekerja pernah memotong dan melapah antara 10 hingga 300 ekor ular tedung berbisa sehari.
Hempedu, daging dan beberapa bahagian lain ular tersebut dibeli oleh pemilik-pemilik restoran di sekitar Yogyakarta untuk dijadikan makanan. - Agensi