Pages

Wednesday, May 19, 2010

Temuramah bersama Preston dan Duncan

Telah banyak yang diperkatakan tentang projek-projek rahsia Amerika lewat Perang Dunia oleh pelbagai lapisan masyarakat khususnya para pengkaji, saintis dan ahli sejarah. Sepertimana pihak Jerman atau Rusia yang melakukan pelbagai ujikaji ketika perang yang makin mendesak, saintis-saintis Amerika bertungkus-lumus mencari dan mengkaji dari pelbagai sumber; hukum-hukum fizik, mekanikal, elektronik, graviti, portal masa hinggalah terpaksa merujuk kepada subjek kerohanian, kawalan minda, ajaran-ajaran mistik seluruh bangsa di dunia termasuk Sufisme dan Buddha-Tibet menjadikan apa yang mereka telah buat di Montauk ini merupakan satu misteri kemanusiaan yang mungkin terbesar dalam sejarah dunia. Kombinasi fizik (sains) dan metafizik (ajaran kerohanian) akhirnya bertembung dalam projek-projek berprofil tinggi ini. Tidak dinafikan peranan Al-Masih Ad-Dajal yang merupakan mastermind dalam penculikan manusia di semua poin pertembungan
arus panas-sejuk (terutama di Segitiga Bermuda yang termasyhur itu) untuk di jadikan tentera-tenteranya. Di bawah ini adalah temuramah dengan saksi-saksi (Preston Nichols dan Duncan Cameron) yang terselamat dari projek-projek yang digelar Philadelphia-Rainbow-Phoenix-Montauk.

-MistisOrganization



Temuramah berkenaan 'Montauk Chair' dan ujikaji Phoenix


S: Berkenaan ujikaji Montauk, anda telah berkata bahawa terowong itu (terowong ruangmasa 'wormhole') cukup besar untuk sebuah trak dipandu menerusinya, soalannya; dimana mereka pandu trak itu?

DC: Dimana mereka pandu trak itu?Baiklah, itu hanyalah gambaran untuk menyatakan yang anda boleh memandu trak menerusinya. Di sana terdapat semacam fenomena yang berkaitan sama ada ia adalah maklumat atau seseorang atau sebagainya.

PN: Tetapi yang penting, dapatkan trak di bawah tanah.

DC: ...sesuatu yang bukannya di paras bawah tanah. Ia adalah di bawah tanah yang di bawah...semua elemen ruangmasa adalah tersembunyi seperti di bawah tanah.

PN: Ia adalah kemuncak dengan struktur Delta T.

S: Berapa jauh kedalamannya?

PN: 1/4 batu, mungkin satu tempat di antara beribu kaki dan 1/4 batu. Ia adalah bawah tanah. Ini berdasarkan apa yang kami dapati. Kami tidak mempunyai buktinya.

PN: Adakah di sana ada alasan yang mengatakan ia menjadi tersembunyi seperti di bawah tanah?

PN: Alasannya berdasarkan apa yang mereka bina, lihat portal ruang masa Montauk yang pada dasarnya adalah satu artifak yang datang dari apa yang dipanggil sebuah antena Delta T. Anda boleh gambarkan ia seolah-olah satu benda yang besar diperbuat dari kayu dengan wayar dibentuk seperti ini. Inilah sebab kami memanggilnya antena Delta T. Portal itu sebenarnya muncul ditengah-tengahnya. Jika anda dapat keterangan mengenainya. Mereka mempunyai masalah untuk membinanya di atas tanah sebab mereka telah mula membuat ujian di atas tanah dari peralatan pemancar yang sangat kuat yang mana mereka menempatkan ia cukup rendah di bawah tanah yang mana di sana terdapat titik neutral terletak pada kerusi di mana Duncan pernah duduk di atasnya.

Jadi saya beranggapan bahawa mereka tidak mahukan apa jua denyutan yang kasar. Lihatlah antena ini yang menghasilkan denyutan kasar dari mudulator denyutan pemancar radar dan pada dasarnya meletakkan ia kepada fungsi Del Cross F Cross E Cross B Cross G. Yang mana bermaksud mereka pada dasarnya menjana gelombang graviti yang membentuk gelombang ruangmasa dengan sendirinya. Dan anda harus membuat satu portal ruangmasa; hanya satu dari hujungnya dapat dikawal, seperti dalam tahun 1983 anda harus membuat sambungan untuknya dimana-mana saja pada waktu yang lepas, kini atau masa depan sebagaimana yang anda inginkan. Jika saya letakkan antena itu di sini dan ditambah denyutan dari modulator denyutan di dalam sebuah pemancar radar, ia mungkin memusnahkan setiap set televisyen di dalam 50 batu di sekelilingnya. Tetapi mereka simpan benda ini jauh ke dalam bawah tanah jadi interferens elektromagnetik EMR tidak teradiasi.Mereka juga ingin menjadikannya cukup besar, saya fikir dalam 250 kaki, yang ini adalah sepuluh kaki. Saya fikir kita mempunyainya di Montauk berukuran 250 kaki ke 300 kaki. Yang ini, portal yang sebenar mungkin besar (beberapa inci) tetapi jika anda ada yang 10 kali ganda besar dan secara literal anda mempunyai sebuah portal...saya percaya portal itu bersaiz 10 hingga 20 kaki yang mereka sebenarnya mampu untuk membuatnya. Saya boleh membuat sebuah portal mungkin dalam 2 inci di sini menyebabkan antena itu lebih kecil.

Sudah pasti di atas tanah di mana terdapat masalah pembinaan yang tertentu. Dengan membuat benda itu di bawah tanah di mana mereka mempunyai pekerja-pekerja bawah tanah membuat lubang di dalam lantai dan menerusi paip dan wayar menerusi lantai itu dan ke atas dan anda tidak perlu bimbang akan angin akan merosakkannya atau sebagainya. Di sana ada sejumlah sebab ia adalah di bawah tanah.

S: Dan anda telah menyatakan ia sukar untuk dikesan?

PN: Yeah, siapa yang lihat ia dari atas udara?

S: Mereka akan naikkannya ke atas?

PN: Kebocoran Hertizan juga berkurangan jika ia di bawah tanah. Ia tidak merosakkan televisyen di Montauk. Montauk cukup jauh yang mana mereka mempunyai kuasa yang besar dan sinaran berputar yang mana mereka boleh lihat di Boston atau di Rhode Island atau Connecticut juga di New York. Dan kekuatan isyarat pada Montauk adalah sangat lemah jadi ia tidak mengganggu televisyen di Montauk. Mereka tidak mahukan kota itu huru-hara.

S: Adakah mereka gunakan semua ini untuk membina kota lagenda di Marikh?

PN: Ini maklumat yang kami terima. Kami tidak pun mampu untuk menutupnya. Ia hanyalah kenangan kepada Cameron dan Albielek. Saya tidak terlibat pada bahagian ini secara diri saya sendiri. Mereka tidaklah membina kota yang besar. Mereka hanya menjumpai satu tamadun purba yang ditinggalkan. Mereka pertama kali pergi ke Marikh dan menyedarinya dan ya, di sana telah pun ada satu tamadun pada suatu ketika dan di atas tanah terdapat puing-puing yang musnah berdebu. Tetapi mereka telah mengesan satu pepasangan yang besar di bawah tanah yang mana peralatan di sana masih menjana medan magnetik dan semacam itu yang mereka kesan dan sedar bahawa di sana masih ada mesin-mesin beroperasi di bawah tanah dan sudah pasti mereka menjelajah di sekitar Marikh dan mereka tidak dapat menggambarkan bagaimana membawa peralatan-peralatan itu ke bawah tanah dan membuat terowong ke dalamnya. Ketika Montauk mempunyai keupayaan untuk beroperasi ia menjadi kehilangan arah untuk menentukan hujung pusaran ruangmasa dari tahun 1983 menerusi apa jua masa yang mereka mahu untuk pergi di sebalik Marikh itu sendiri dan ini yang mereka buat. Dan Duncan sendiri boleh berkata apa yang dia lihat di atas Marikh.

S: Apa yang anda semua telah lakukan?

DC: Sesuatu yang baru-baru ini telah tiba-keduanya Preston dan diri saya sendiri telah menghadiri satu perjumpaan peribadi di Long Island dengan seorang lelaki yang telah diketahui berkecimpung dalam bidang UFO. Dia telah berkata; dia telah beri beberapa gambar berkaitan UFO. Dia datang dengan beberapa gambar menunjukkan bulan Phobos. Saya beranggapan ini satu pendedahan yang kukuh. Ketika saya memanggil secara fizikal, di sana adalah reaksi fizikal dan saya telah memulakannya. Selepas meluangkan sedikit masa dengannya-menyiasat ia, ia sekarang seolah-olah dari penyiasatan saya sendiri dan di luar pembacaan. Bila saya katakan saya membaca, saya secara asasnya sensitif dengan elektromagnetik dan boleh mencapai zon-zon maklumat sama ada mereka di atas skala tempatan, Akashic yang mana ia di dalam sistem domain atau di luar domain, berkembang lebih dan sebagainya.

Maklumat yang saya dapat dari luar zon maklumat adalah bahawa di sana terdapat sistem yang mana masih berada di atas Marikh. Ia pada asalnya adalah sebuah sistem jenis kristal elektronik yang mana sebahagian dari struktur pertahanan untuk sistem solar yang telah dipadamkan fungsinya (turn off). Pertahanan bermaksud untuk mengekalkan sesuatu. Ia bermaksud kita mempunyai medan-medan tenaga dan di sana adalah satu bentuk pertahanan untuk mengelakkan ancaman luar. Jika anda memikirkan tentang skala planet-planet di dalam sistem solar, jika pertahanan seperti itu dibuat, jika setiap satunya mempunyai stesen, untuk menghindarkan kejahatan atau menjaga kebijaksanaan di dalam sistem solar tetap hidup dan secara dinamik bergerak, jika ia dipadamkan di sana akan berlaku semacam penonjolan yang luar biasa. Sama ada satu dari perintah terlibat di dalam projek Montauk atau jika satu dari matlamat mereka adalah sesuatu atau sebagai satu produk, sistem pertahanan di Marikh ini adalah bermasalah dan di sana semacam ada masalah yang berkaitan adn menganggu kerananya. Ia adalah sistem yang berhubungan yang mana kami tidak dapat mengambarkan ciri-cirinya. Saya teruskan, ia hanya penerangan yang ringkas. Saya dan Albielek, menurut ingatan yang kembali segar, menyedari bahawa telah berlaku misi yang diarahkan di sana. Semacam apa yang dikatakan 'mata yang melihat' (seeing eye) Sebahagian dari tugas saya di Montauk pada asasnya semacam sistem jenis-hilang kesedaran dan sesuatu menembusi saya yang mana-bagaimana nak saya katakan-untuk kepentingan maklumat pergi ke satu-satu tempat atau sebagainya. Ia adalah salah satu dari sistem arahan jadi saya hanya boleh beritahu anda pada fungsi yang paling mudah terhadap apa yang terjadi. Pada dasarnya saya di sana hanya untuk memerhatikan. Pada dasarnya ia berukuran 300 atau 400 kaki di bawah tanah ditambah sistem jenis lubang yang besar. Di sana seolah-olah ada terdapat rujukan yang melambangkan sesuatu. Frekuensi yang berton. Ia tidak perlukan satu penjana, tetapi semacam frekuensi yang bertindak, hampir kepada suatu rencana yang bijak oleh satu pihak. Ia adalah sebahagian dari tugas saya untuk pergi dan menyiasat apa yang terjadi. Jadi terdapat lebih atau sekurang-kurangnya dua perkara yang saya nampak.

S: Adakah anda telah kembali ke masa lepas?Dan melihat satu tamadun di Marikh?

DC: Tidak,tidak. Bukan saya seorang sahaja. Dengan Al (panggilan untuk Albielek). Saya hanya mempunyai 5 atau 6 misi yang spesifik yang mana saya terlibat di dalamnya, sebagai sebahagian dari apa yang saya ingat. Apa yang dibuat oleh Al saya tidak tahu. Sehingga baru-baru ini saya telah pun menafikan apa jua perkaitan dengan Eksperimen Philadelphia atau Montauk atau masalah yang berkaitan kerana satu sistem penafian di dalam diri saya sendiri jadi sekarang saya bergerak ke depan dan cuba untuk belajar dan mendidik diri saya jadi saya dapat lebih maklumat sebagaimana yang kita bincangkan ini.

S: Adakah 'Wajah di atas Marikh' (face on Mars) mempunyai fungsi disebaliknya?

DC: Ia adalah satu soalan yang baik. Saya tidak pernah tahu akannya. Saya hanya mengagak. Montauk bertanggungjawab memelihara dan mempengaruhi kesedaran kepada Bumi. Itu satu dari keutamaan, mungkin, alatan untuk bekerja bagi memelihara dan mengawal orang.

PN: Dari maklumat yang saya ingat dari pembacaan yang anda katakan bahawa ia pada dasarnya sebuah pertahanan untuk sistem solar kita. Sistem Marikh telah melindungi kita dengan baik. Itu adalah perkara pertama mereka mematikannya jadi mereka dapat ke dalam.

DC: Ia mengandungi makna tertentu.

S: Jadi jika mereka mempunyai ia terpasang sebelum Projek Montauk kemudian ia dimatikan ketika Projek Montauk.

PN: Seseorang dari Projek Montauk telah pergi menerusi portal yang mana dari ruang titik A ke ruang titik B di masa nyata. Perkara pertama yang mereka buat ialah mematikan ia. Mereka menggodam sistem pertahanan itu dan mematikannya. Mungkin mereka mempunyai kunci untuk mematikannya. Saya tidak tahu. Saya bukanlah sebahagian dari projek itu. Saya hanyalah seorang lelaki yang bekerja dalam bidang elektronik untuk projek itu. Saya tidak terlibat dengan sesiapa yang pergi ke sana. Saya tidak percaya saya pergi ke tempat yang khusus dalam waktu.

BERSAMBUNG.........

pengaruh rom sejak awal masihi


Menyingkap sejarah Baitulmuqaddis,membentang semula sekitar 5.000 tahun yang telah lama lepas. Pada sekitar 2500 SM orang-orang Kanaan mendiami bandar ini. Kemudian, Baitulmuqaddis menjadi benteng bagi orang Jerusalem. Ketika Nabi Daud menduduki bandar ini sekitar 1000 SM, orang Jebus (Jebus adalah panggilan oleh mereka yang menetap di Jerusalem) itu diserap ke dalam orang-orang Yahudi. Nabi Daud menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu kota kerajaannya dan dikatakan Nabi Sulaiman mendirikan tempat suci pertama sebagai rumah tempat tersimpannya Tabut As-Sakinahnya (Ark of Covenant). Pada 586 SM,pemerintah kepada negara Babel, Nebuchadnezzar II menghancurkan Jerusalem dan tempat suci dan orang-orang Yahudi dibuang ke Babel. Lima puluh tahun kemudian (537 SM), Cyrus The Great dari Parsi menakluk Babylon dan membenarkan orang Yahudi kembali ke Baitulmuqaddis dan membina semula tempat suci mereka. Kerajaan Parsi menguasai bandar ini sehinggalah pada tahun 333 SM Alexander anak Philips menakluki Palestin untuk kerajaannya. Pada 323 SM, Ptolemy I dari Mesir pula mengambil alih Palestin sebagai kerajaannya.
Sekitar 198 SM, Raja Seleucid, Antiochus III menakluk Judea (dimana Baitulmuqaddis adalah sebahagian daripadanya), sehingga ke Syria. Orang-orang Yahudi kemudian memberontak di bawah kepimpinan kedua Macabeees dan mengalahkan Syria. Tempat suci itu dibina semula pada 165 SM dan orang-orang Macabee atau Hasmonea memerintah sehinggalah Rom berkuasa ke atas kota ini pada tahun 63 SM. Bangsa Rom mendirikan sebuah dinasti tempatan, The House of Herod untuk memerintah sebahagian besar Palestin kemudian Herod The Great (40-4 r. SM) membina semula Baitulmuqaddis termasuk tempat-tempat Suci.
Herod’s Palace
Walau bagaimanapun Gabenor Rom memegang kawalan utama pemerintahan iaitu Pontius Pilate. Beliaulah yang mengesahkan hukuman mati ke atas Nabi Isa sepertimana mereka tertipu oleh jasad yang menyerupai wajahnya.(Nabi Isa a.s tidak mati di tiang salib seperti yang di dakwa mereka). Sementara itu penindasan utama ke atas pemberontakan Yahudi dan kemudian orang-orang Rom memusnahkan Bait Suci Kedua pada tahun 70 Masihi. Pada 135, selepas kegagalan pemberontakan BAR KOkHBA, orang-orang Yahudi diusir dari Baitulmuqaddis. Dari awal abad ke-4, ketika agama Kristian menjadi undang-undang di Empayar Rom, Baitulmuqaddis dibangunkan sebagai pusat ziarah Kristian. Gereja, Makam yang Suci dan banyak tempat-tempat suci Kristian lain ditubuhkan. Kecuali untuk tempoh pendek pemerintahan Parsi (614-28) bandar itu tetap berada di bawah Rom (kemudian Byzantium) kawalan hingga 638, ketika orang-orang Arab Muslim menakluki Baitulmuqaddis. Orang-orang Arab membina (688-91) The Dome of Rock di halaman tempat terletaknya Bait Suci ini.
Wadi Murabaat atau Nahal Darga di mana naskah Bar Kochba dijumpai.
Kitab-kitab lama diolah beberapa kali


Pada tahun 200SM ini wujudnya Septuagint iaitu kitab perjanjian lama (Old Testament) yang diterjemahkan ke dalam bahasa Yunani bagi kegunaan masyarakat Yahudi perantauan di negara Greek dan Rom. Apabila adanya dua kitab dengan bahasa yang berbeza ini maka timbullah satu konflik di antara Yahudi Ortodok yang mengekalkan bahasa Ibrani dan Yahudi Helenis yang tidak lagi tahu berbahasa Ibrani tetapi menggunakan bahasa Yunani.
Old Testament
Sehingga kini Kitab Perjanjian Lama hanya tinggal namanya sahaja kerana ianya telah mengalami beberapa kali penulisan semula sehinggakan isi kandungannya juga menimbulkan kecurigaan. Manakala Kitab Perjanjian Baru pula telah banyak tercemar dengan ajaran-ajaran baru mengikut kesesuaian penulis pada masa itu.
Orang-orang Yahudi yang unik tidak kehilangan identiti mereka. Kejayaan awal Kristian adalah karena menarik orang-orang Yahudi Helenis yang melintasi batas seorang Yahudi yang sebenar. Helenis merupakan satu proses di mana mereka ini mengamalkan budaya dan bahasa Yunani yang berasal dari kepercayaan Greek dan Rom.
Dari kepercayaan Greek ini mereka banyak dipengaruhi oleh agama-agama pagan dan salah satunya adalah kepercayaan terhadap Zeus. Seorang penguasa tertinggi dari semua dewa-dewa Greek. Dia juga dikenali sebagai dewa langit dan dewa keadilan. Banyak orang Greek percaya bahawa Zeus kelihatan di puncak Gunung Olympia Greek (terletak di Olympia, Greece) dalam tanggapan mereka bahawa Zeus dapat mengawal cuaca, mengumpulkan semua manusia dan menciptakan awan hujan atau mencipta badai lain yang melibatkan langit.
Ketika Constantine berkuasa ia berusaha untuk menyatukan empayar ketika itu dalam satu sistem dan dia berusaha melakukannya melalui Kristian. Apa yang dia tidak menyedari adalah bahawa puak Rom bukan puak dominan dan bahawa doktrin gereja telah menjadi bingung dengan keadaan gereja yang sebenar. Kebingungan ini menyebabkan serangkaian perang antara dua puak. Keputusan akhir dari kesalahan doktrinal dan keinginan untuk dominasi politik melalui agama adalah perang terus-menerus dan penganiayaan selama ratusan tahun. Kesalahan dan konflik pada akhirnya akan membawa planet ini kepada kehancuran dan ianya merupakan kenyataan yang seharusnya diterima oleh semua lapisan agama di dunia.
Pada 303 M, maharaja pagan Diokletianus (The Emperor Gaius Aurelius Valerius Diocletianus 284-305M) memerintahkan penghancuran semua tulisan Kristian. Pada 324 M Konstantine (Caesar Flavius Valerius Aurelius Constantinus Augustus) menjadi penguasa Empayar Rom keseluruhannya.
Maharaja pagan Konstantin ingin menyatukan puak saingan Kristian di Empayar Rom kerana alasan politik. Dalam masa selepas 325 Masihi, ia mengadakan Majlis Nicea (Council of Nicea).
Para pengikut Paulus menguasai dewan. Mereka memerintahkan perubahan besar iaitu:
Jesus of Nazareth telah diumumkan sebagai Tuhan. Mereka mendakwanya sebagai tuhan dan bukanlah seorang nabi seperti yang kita percayai hari ini. Hanya empat daripada Injil dipilih sebagai injil rasmi Gereja. Versi baru dari kitab-kitab Injil mesti ditulis lalu mereka menuliskannya semula untuk membuat Rom tidak bersalah dan orang-orang Yahudi lebih bersalah diatas penyaliban Jesus.
Lebih dari tiga ratus naskah Injil lain diperintahkan untuk dihancurkan
(Termasuk semua Injil ditulis dalam bahasa Ibrani).
Satu pengumuman pemerintah dikeluarkan yang menyatakan bahawa sesiapa yang dijumpai memiliki sebuah Injil yang tidak sah akan dihukum mati.
Majlis Nicea menukar ulang tahun kelahiran Jesus dari 6 Januari – 25 Disember (Natalis Invictus) untuk menyamakan ulang tahun dari Sun-God Sol Invictus (Mithras) dan perubahan hari Sabat dari Sabtu ke hari Ahad.
Mithras
Penerimaan aspek agama pagan Rom membuatkan Kristian menyamai kepada apa yang di anuti persatuan agama Rom hari ini. Bangsa Rom merasa permusuhan yang besar terhadap orang Yahudi kerana pemberontakan yang terus-menerus mereka terhadap kekuasaan Rom. Mereka juga menyalahkan Penyaliban Jesus terhadap orang-orang Yahudi dan daripada hal tersebut mereka juga menyatukan orang-orang yang menganut agama pagan Rom dan Kristian.

tsar rusia


The Emperor of Russia
Gereja Ortodoks berasal dari Constantinople yang ditubuhkan oleh Emperor Constantine – Paus pertama. Setelah kejatuhan Emperor Constantine di Turki, mereka telah berpindah ke Moscow. Emperor Constantine membina sebuah ibu kota baru dan sebuah dinasti baru untuk Empayar Rom. Constantine adalah Rom ke-2. Ketika Constantinople jatuh, Moscow dikenali sebagai Rom ke-3.
Para Jesuit memasuki Rusia dari awal berusaha untuk menggulingkan gereja Ortodoks dan bermulalah Revolusi di seluruh dunia sehingga terjadinya Perang Dunia Pertama. Kemuncak kepada Revolusi apabila berlakunya pembunuhan Kaum Yahudi pengikut Gereja Ortodoks ini.
Maharaja di Constantinople menyebut dirinya sebagai Maharaja Rom walaupun mereka bertutur dalam Bahasa Greek dan tinggal di bahagian timur Empayar itu.
Maharaja di Rom telah digantikan dengan Paus dan pengikut Paus dikenali sebagai orang Latin …. bangsa Latin utama adalah: Itali, Perancis, dan Iberia (terletak di barat daya Eropah dan termasuk negara-negara Portugal, Sepanyol, Andorra dan Gibraltar dan wilayah kecil Perancis).
Semua orang Kristian sejati Timur dan Barat – awalnya menyebut diri mereka KATOLIK yang bermaksud UNIVERSAL bertentangan dengan perkumpulan Yahudi  tempatan dan terhad pada orang Yahudi maupun penganut agama sahaja.
Ketika Rom dan Constantinople terpecah kepada dua bahagian sekitar tahun 1054, gereja Latin mengambil kembali nama KATOLIK sementara Greek memakai nama Ortodoks yang bermaksud berpegang pada keyakinan yang mapan.
Pada masa berlakunya Reformasi, nama baru diberikan kepada mereka yang mengikuti ajaran Alkitab sendiri dan menolak tuntutan Rom …. Mereka disebut Protestan. . . tetapi mereka sebenarnya adalah KATOLIK dan Kristian Ortodoks.
Constantinople jatuh ke Tangan Turki pada tahun 1453
Pertempuran sengit yang diperangi oleh paus untuk menakluk Rom ke-2 kepada jemaat Latin. Semasa Perang Salib pada tahun 1204M orang Latin menyerang Constantinople dan bandar itu hancur samasekali.
Akhirnya pada tahun 1453, kepausan menggunakan Turki untuk menamatkan Dinasti Constantinean Rom. Pada masa itu telah terjadi ketidaksefahaman di antara Rom dan Constantinople. Gereja Latin mula memainkan peranan untuk menggulingkan Maharaja Rom Timur. Akhirnya pada tahun 1453, mereka menjadikan Empayar Uthmaniyyah untuk menawan Constantinople. Setelah kekalahan itu gereja Ortodoks berpindah ke Moscow dan menjadi Romke-3.
Gereja Ortodoks memelihara manuskrip dari Perjanjian Baru Greek …. Penaklukan Constantinople oleh Turki menyebabkan ramai sarjana melarikan diri ke Greece,Itali membawa manuskrip-manuskrip Perjanjian Baru itu bersama mereka.
Erasmus dari Rotterdam menggunakan naskah-naskah kuno yang sebenar untuk mempersiapkan edisi Bahasa Latin dan Greek Perjanjian Baru.
Saint Martin Luther dan para reformator lain yang menggunakan edisi Latin dan Greek Erasmus untuk menterjemahkan Alkitab ke dalam bahasa yang hidup dari Eropah
Setelah penaklukan Konstantinopel oleh orang Turki, Gereja Ortodoks berpindah ke Moscow dan Moscow dikenali sebagai Rom ke-3.
Penguasa Rusia pada masa itu mula dikenali dengan nama Tsar yang bermaksud Caesar. Caesar adalah Title kepada Maharaja Rom di Constantinople.
Ivan IV, Tsar atau Caesar Rusia pertama !
Ivan Vasilyevich adalah penguasa Russia pertama yang menyebut dirinya Tsar atau CAESAR …. Ini adalah kerana dia melihat dirinya sebagai pengganti dan pelindung Gereja Ortodoks Greek yang melarikan diri dari Constantinople.
Ivan The Terrrible sebenarnya tidaklah begitu MENGERIKAN. . .  sebelum Jesuit berusaha meracuninya.
PerkahwinanNya dengan Anastasia Romanovna menubuhkan Dinasti Romanov yang berlangsung sehinggalah digulingkan ketika Revolusi Bolshevik pada tahun 1917.
Pembentukan hubungan baik dengan Inggeris sudah cukup untuk memenangi bagi dirinya dari permusuhan abadi para Jesuit yang bertekad untuk menawan negara itu dengan tanpa disedari melalui “Invincible Armada”.
Pencerobohan Napoleon Rusia pada tahun 1812

Perkara Ini adalah sangat sukar bagi Jesuit untuk menembusi Ortodoks Rusia dari dalam, jadi usaha pertama mereka dengan menggulingkan dari luar yang dilakukan oleh Jesuit terhadap Napoleon Bonaparte.
Setelah ia dimahkotakan Maharaja Perancis, Napoleon memutuskan untuk menakluki Rusia untuk kerajaannya. Pada tarikh 22 Jun 1812, dia melancarkan serangan besar-besaran ke atas Rusia dengan lebih dari setengah juta tentera dari Perancis dan negara-negara lain sebagai pengikutnya.
Bonaparte’s Grande Armee benar-benar mejadikan semuanya jalan ke Moscow. Tentera Perancis melakukan kemusnahan dengan merompak dan membakar bandar-bandar yang dilaluinya. Pada ketika itu Alexander tidak bersedia untuk menyerah walaupun bandar keduanya telah jatuh. Tsar Alexander I menolak untuk berunding tetapi melawan terus dan Napoleon selepas beberapa ketika terpaksa untuk berundur kembali ke barat. Yang terjadi selanjutnya adalah kehancuran total tentera Napoleon, salah satu bencana terbesar dalam sejarah ketenteraan.
Ketika Napoleon sampai ke Moscow dan membakar bandar itu, Tsar mempunyai kebangkitan rohani yang besar dan menunjukkan sifat sebenarnya terhadap Napoleon Bonaparte:
‘Placing myself firmly in the hands of God I submit blindly to His will’, he informed his friend Golitsyn from Radzonow, on the Wrkra. ‘My faith is sincere and warms with passion. Every day it grows firmer and I experience joys I had never known before….It is difficult to express in words the benefits I gain from reading the Scriptures, which previously I knew only superficially… All my glory I dedicate to the advancement of the reign of the Lord Jesus Christ.‘ (Palmer, Alexander I Tsar of War and Peace, p.260).
Napoleon kembali di Perancis bersama ‘Grande Armee’-nya yang dikurangkan dengan 570.000 tentera yang terbaik …. Dia terpaksa turun takhta dan Alexander berhati-hati dalam membiarkan orang-orang Perancis memilih kerajaan mereka sendiri.
Tentera Sekutu Rusia menang dan memasuki Paris pada Mac 1814, diketuai oleh Tsar Alexander. Terinspirasi oleh iman Alexander mencadangkan ‘a Holy Alliance of peace and Christian charity’ di antara semua negara Eropah. Tetapi United Kingdom, Kota Vatican dan Turki menolak untuk menandatanganinya.
Sistem Monarki itu dikembalikan ketika Bourbon Raja Louis XVIII meyakinkan Tsar bahawa ia akan menghormati hak-hak berperlembagaan rakyat Perancis.Tsar The Great ini benar-benar ngeri dengan pembunuhan perang Napoleon jadi dia mencadangkan perjanjian persahabatan di antara semua negara-negara Eropah yang disebut “Holy Alliance”. Perikatan ini adalah untuk menanamkan kebajikan amal Kristian dan keamanan dalam kehidupan politik Eropah.
Bersama dengan British Bible Society, dia menetapkan terjemahan dan pengedaran Alkitab di seluruh Rusia. Ini menimbulkan kebencian yang amat sangat oleh Jesuit terhadap Tsar. Akhirnya ‘Holy Alliance’ dan pengedaran Kitab Suci berakhir dengan kematian mengejut Tsar disebabkan keracunan pada tarikh 1 Disember 1825, di bandar Taganrog, Rusia .
Grigori Rasputin—the Mad (Jesuit) Monk!!

Rasputin
Grigory Efimovich, kemudian dikenali sebagai Rasputin dilahirkan dalam sebuah keluarga petani pada 10 Januari 1869 di Pokrovskoye, sebuah desa yang terletak di wilayah Tobolsk, Siberia.
Dia mendapat reputasi tempatan sebagai seorang penasihat atau seorang guru yang suci, pengembaraan beliau membawanya jauh di luar Russia sehingga Semenanjung Athos di pantai Greek dan bahkan pernah sampai ke Baitulmaqaddis.
Grigori Rasputin Yefimovich – The Mad Monk -namanya sendiri menggambarkan tentang karektor beliau. Di Rusia ianya merupakan mimpi ngeri bagi sesiapa yang tahu perihal dirinya sehinggakan orang-orang tua di sana ingin menakutkan anak mereka, mereka akan menyebut nama Rasputin supaya anak-anak mereka tidak melakukan perkara yang yang di larang,ianya juga membayangkan seperti seekor hantu yang kelaparan yang sedang mencari mangsanya.
Rasputin seorang misteri, pandangan anehnya disebut Khlysts atau Khlysty iaitu seorang Jesuit tetapi membawa aliran yang berbeza:
“Pecahan golongan Khlysty menarik kekuatan terbesar di dalam misteri ini dan dalam rangka memelihara misteri ini, untuk melindungi kebenaran dari pencemaran apapun, pengasas doktrin baru menentukan bahawa pengikutnya harus mengamati keimanan palsu Gereja Ortodoks bahkan membezakan diri mereka dengan semangat khusus dalam ketaatan”
Pada tahun 1903, Rasputin tiba di Saint Petersburg di mana ia memperoleh reputasi secara berperingkat sebagai starets (orang suci) dengan kebolehan yang aneh.
St Petersburg merupakan pusat kekuasaan Russia dan tempat paling hampir untuk mendekatkan diri kepada Tsar dan keluarganya.Pada masa itu Pemerintahan adalah di bawah Emperor Nicholas II dan Keluarganya.
Keluarga kerajaan Rusia telah mewarisi tradisi memberi perhatian kepada orang-orang suci untuk mendapatkan nasihat dan campur tangan mereka dalam banyak hal termasuk dalam menentukan pewaris ketakhtaan Russia.
Kawalan sepenuhnya Rasputin ke atas Nicholas dan Alexandra
Pada awal Perang Dunia I, Rasputin menasihati Tsar untuk menimbulkan bencana-bencana di medan perang yang mengarahkan kepada pengeluaran kewangan Russia.
Pengaruh Rasputin semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat Rusia, dalam perihal Bishop dan juga di arena politik. Setelah 1911 pejabat-pejabat kerajaan dilantik semula dan sebahagian besar adalah mereka yang kurang cekap. Perang Dunia I pada tahun 1914 di dalam konflik ini, tentera Empayar Rusia dikerahkan bertentangan dengan orang-orang dari Jerman dan Austria. Ketika Maharaja Nicholas II pergi ke depan untuk mengambil alih komando peribadi di musim gugur 1915 Rasputin menjadi orang yang berpengaruh dalam menentukan kerajaan dan menasihati Alexandra pada urusan dalaman.
Pembunuhan Rasputin pada tahun 1916

Seperti juga di dalam kes David Riccio di Scotland, 2 orang patriotik Russia bernama Prince Felix Yusupov dan Grand Duke Dmitri Pavlovich memutuskan untuk menyingkirkan Rasputin dalam rangka untuk menyelamatkan negara mereka. Keadaan yang meragukan ini di sebabkan mereka tahu bahawa Rasputin seorang Jesuit yang menyamar dan mereka juga tahu ia adalah ancaman untuk keluarga kerajaan dan bangsa.
Pada tarikh 16 Disember 1916 dia dipujuk untuk menghadiri Moika Yusupov’s Palace dan melayani sejumlah besar hidangan tetapi isnya gagal dibunuh  sehinggalah ia ditembak beberapa kali dan tubuhnya dicampak ke dalam Sungai Neva.
Pengaruh Rasputin terhadap keluarga di Raja ikut bertanggung jawab di atas ketidakpuasan yang menyebabkan jatuhnya monarki dalam pergolakan dalam negeri yang serius dan kemuncaknya pada Revolusi Bolshevik tahun 1917.
Revolusi Rusia pada tahun 1917 adalah balasan atas pembunuhan Rasputin!
Pembunuhan Rasputin merupakan tamparan besar untuk aliran Jesuit untuk menukarkan fahaman Bangsa Rusia. Mereka kehilangan orang yang penting yang boleh menghasilkan pewaris takhta kerajaan yang bersekongkol dengan Katolik Rom.
Setiap kali bangsa menutup pintu untuk Jesuit hasilnya selalu rejim ateis untuk mengambil tempatnya. Di Inggeris, selepas Revolusi Agung mereka memperkenalkan ateisme dengan ajaran Charles Darwin. Pola yang sama diikuti di Rusia dengan Revolusi Bolshevik pada tahun 1917
Selepas kematian Rasputin, Jesuit memperkenalkan rejim ateis berdasarkan komunisme atau Leninisme Marxsis. Sangat mudah untuk mengatakan bahawa Jesuit berada di belakang Revolusi kerana “Komunis” mengguna pakai kalendar Gregory Paus.
Para Jesuit bergabung dengan rejim “Komunis”  untuk menyingkirkan Tsar dan keluarganya. Hal ini terjadi pada tarikh 17 Julai, 1918 ketika semua keluarga secara brutal ditembak dan tubuh mereka dibuang ke sebuah mineshaft. Dengan berkuasanya rejim Komunis , Russia sekarang secara rasmi ateis dan ini membuka jalan bagi pencerobohan ke atas Rusia oleh kuasa lain. Kali ini oleh Nazi Jerman untuk menyingkirkan fahaman agama Ketuhanan Russia!
Di sebalik Tabir Revolusi
Terdapat berbagai cerita mengenai Konspirasi mengenai Revolusi Bolshevik dan sering dikaitkan dengan nama-nama Yahudi sebagai dalang yang mencetuskan revolusi ini. Bolshevik adalah kumpulan parti politik majoriti dalam misi penting itu dan dari sinilah diambilnya nama mereka. Mereka akhirnya menjadi Parti Komunis Kesatuan Soviet. Bolshevik berkuasa di Rusia selama fasa Revolusi Oktober daripada Revolusi Rusia pada tahun 1917 dan kemudian menubuhkan Kesatuan Soviet.
Parti Bolshevik
Di antaranya yang sering dilihat terlibat dalam konspirasi ini adalah Jacob Schiff, senior partner di Kuhn, Leob & Co, dan bapa mertuanya dari saudara Max Warburg Felix juga membantu membiayai Leon Trotsky. Menurut New York Journal-Amerika 3 Februari 1949: ” Hari ini dianggarkan oleh cucu Jacob, John Schiff, bahawa dia manyalurkan sekitar 20.000.000 dolar untuk kemenangan akhir Bolshevisme di Rusia.”
Penyertaan Schiff dalam Revolusi Bolshevik itu terkenal di kalangan Allied intelligence pada saat itu. Kemudian bukti menunjukkan bahawa bankrolling Bolshevik dikendalikan oleh sindiket banking antarabangsa selain Schiff-Warburg termasuk juga kepentingan Morgan dan Rockefeller. Dikatakan ada dokumen menunjukkan bahawa organisasi Morgan menempatkan sekurang-kurangnya $ 1 juta di Red revolutionary kitty. Para juru bayar dana tersebut di Petrograd di mana Revolusi bermula adalah Lord Alfred Milner, kepala rahsia “Round Table” Kumpulan yang disokong oleh Lord Rothschild. De Goulevitch mendedahkan bahawa:
“Dalam wawancara peribadi saya diberitahu bahawa lebih daripada 21 juta rubles dihabiskan oleh Lord Milner dalam pembiayaan Revolusi Rusia”
Revolusi Bolshevik terjadi bukan kerana rakyat tertindas bangkit melawan eksploitasi bos sebagai komunis mengabadikan kebohongan besar, tetapi kerana orang yang sangat kuat di Eropah dan Amerika Syarikat menghantar Lenin di Switzerland dan Trotsky di New York ke Rusia untuk menetapkannya.
Di dalam pendapat yang lain pula mengatakan para pencatur di sebalik pengambilalihan komunis di Russia tidak mempunyai nama Yahudi. Mereka ini berada di Berlin dan mereka perancang dari Jerman. Seperti yang berlaku, kepala arkitek Revolusi Bolshevik itu tak lain adalah Menteri Luar Negeri Jerman, Arthur Zimmermann. Semasa Perang Dunia Pertama Bahagian Politik, Kementerian Luar Negeri Jerman telah menyusun rencana untuk membawa revolusi kepada Rusia. Itu adalah idea Zimmermann’s. Dari 1915-1917, German Secret Service mula menguatkan parti sosialis dari semua pihak. Baron von Gisbert Romberg, Menteri Jerman di Switzerland, mendesak bahawa Kaiser agar menyalurkan bantuan kewangan di belakang Lenin dan kaum Bolshevik-nya. Count Diego von Bergen, pegawai Jerman yang bertanggung jawab atas subversi politik di Russia, percaya bahawa jumlah wang yang cukup besar boleh membawa Lenin berkuasa.
Selain daripada sejumlah gambar Jerman dan dokumen mengenai perkara itu, Counter Intelligent Perancis mengesan persekongkolan antara Lenin dan Kaiser pada Mac 1917. Pejabat perisikan Kerajaan Sementara Rusia juga menemukan bukti Bolshevik bersekongkol dengan Jerman pada bulan Julai 1917. Setelah mengetahui bahawa sejumlah besar wang disalurkan kepada orang-orang Lenin di Rusia melalui Bank Siberia di Petrograd. wang ini dikesan kembali melalui Scandinavia ke Empayar Jerman. Karena penemuan ini, Lenin menyembunyikan diri bergerak secara  Underground untuk mengelakkan penangkapan beliau sebagai agen Jerman.
Mengapa Jesuit begitu tertarik di Rusia? Rusia adalah Pusat dari Gereja Kristian Ortodoks.Ianya dianggap musuh kepada Rom yang menolak pengajaran Katholik Rom. Pembentukan sebuah rejim komunis dan tidak toleran terhadap agama boleh berfungsi sebagai batu loncatan untuk penghancuran Gereja Ortodoks.
Vatican mengecam dengan keras melawan Bolshevisme. Maka kaum Bolshevik di Kremlin dan diplomat Vatican di Rom memulakan perundingan rahsia di mana Lenin telah bersetuju dengan Paus. Beberapa orang ahli gereja yang dipimpin oleh Amerika dihantar ke Bolshevik Russia, menyamar sebagai misi bantuan kelaparan untuk mengaburi mata umum.
Nazi Jerman menyerang Rusia pada tahun 1941
Pada abad ke-11 Benjamin dari Tudela telah menjumpai banyak komuniti Yahudi makmur di Greece. Sekitar 1400 orang Turki menduduki Greek. Yahudi Hungary datang ke Greek untuk mengelakkan penganiayaan berikut Black Death.
Portugal mengusir orang-orang Yahudi yang datang ke Greek. Mereka diikuti oleh orang-orang Yahudi diusir dari Sicily Itali dan Apulia, dan pada 1648 tiba pelarian Yahudi yang melarikan diri dari pembunuhan Cossack. Sultan Turki pernah berkata, “Mereka mengatakan bahawa para penguasa Kristian yang bijaksana. Tapi bagaimana mereka dapat bijaksana jika mereka mengusir orang-orang Yahudi yang memperkaya saya? “
Pada 22 Jun 1941-tepat 129 tahun dari pencerobohan Napoleon, tiga juta tentera Jerman menyerang Kesatuan Soviet. Pencerobohan ini yang disebut Operasi Barbarossa, merampas sejumlah besar wilayah termasuk negara-negara Baltik, Belarus, dan Ukraine.
Hitler seorang Jesuit dalam keturunan dari neneknya, Maria Anna Schicklgruber, yang telah diperkosa ketika bekerja di istana Rothschild di Austria. Hitler menandatangani concordat dengan Vatican pada tahun 1933 dan pasti akan dikembalikan Negara-negara kepausan jika ia telah memenangi perang.
Swastika(lambang Nazi) dan Skull and Bones adalah simbol Jesuit. Perkataan “swastika” berasal dari bahasa Sanskrit svastika – “su” yang bermaksud “baik,” “asti” yang bermaksud “menjadi”, dan “ka” sebagai suatu akhiran.Semenjak Nazi menggunakan simbol ini, swastika telah digunakan oleh banyak kebudayaan sepanjang 3.000 tahun terakhir untuk mewakili hidup, matahari, kekuasaan, kekuatan, dan kemenangan.
Alasan pertama mengapa Nazi menyerang orang Yahudi dan bersumpah untuk memusnahkan mereka secara fizikal dan rohani adalah kerana ajaran-ajaran Alkitab, baik Taurat dan Perjanjian Baru merupakan yayasan seluruh sistem etika Kristian.
Keyakinan Nazi menyimpang dapat dilihat dalam banyak gerakan fasis yang lain. Kumpulan-kumpulan neo-fasis banyak pada hari ini kepercayaan pagan yang terus mereka anggap ‘agama bangsa Arya’ dan mempunyai kebencian tertentu dari agama-agama yang diwahyukan seperti Kristian, Yahudi dan Islam, yang menggambarkan mereka sebagai “mitos Semit.” Dan kerana logik yang menyeleweng ini, kumpulan fasis telah berkembang di dunia Islam yang telah cuba untuk membangunkan anti-Semitisme baru.
Amalan-amalan fasis yang serupa juga padat dilihat dalam masyarakat pagan yang lain. Sistem ini dibentuk oleh fir’aun, penguasa Mesir kuno, dalam aspek-aspek tertentu mengingatkan fasisme Sparta. Para fir’aun Mesir membina sistem negara berdasarkan disiplin tentera yang kuat dan menggunakan mereka untuk menindas rakyat mereka sendiri. Pada masa Nabi Musa, Ramses II, penguasa kezaliman Mesir, memerintahkan agar semua anak laki-laki Yahudi harus dibunuh, kekejaman ini mengingatkan pada pembunuhan bayi di Sparta.

order of the knights templar


Yang memulakan Perang Salib adalah Paus Urban II. Pada tahun 1095, dia telah mengadakan Konsili Clermont, di mana doktrin Kristian sebelumnya yang cinta kepada kedamaian ditinggalkan. Perang suci diserukan, dengan tujuan untuk merebut tanah suci dari tangan orang-orang Islam. Sebagai tindakan lanjut dari pertemuan konsili, terbentuklah pasukan Pejuang Salib yang amat besar, terdiri dari para tentara, dan puluhan ribu rakyat biasa.
Para ahli sejarah percaya bahwa keupayaan Urban II didorong oleh keinginannya untuk mengatasi pencalonan seorang pesaingnya dalam kepausan. Sedangkan di balik sambutan penuh semangat dari para raja, pedagang, dan bangsawan Eropah atas seruan Paus, tujuan mereka pada dasarnya bersifat keduniaan. Sebagaimana diungkapkan oleh Donald Queller dari Universiti Illinois,
“Kesatria-kesatria Perancis menginginkan lebih banyak tanah. Pedagang-pedagang Italia berharap untuk mengembangkan perdagangan di pelabuhan-pelabuhan Timur Tengah…. Sejumlah besar orang miskin bergabung dengan ekspedisi sekadar untuk melarikan diri dari kerasnya kehidupan sehari-hari mereka”.
Sepanjang jalan, ekspedisi ketenteraan yang besar ini membunuh banyak orang Muslim, dan bahkan Yahudi, dengan harapan untuk menemukan emas dan permata. Pejuang-pejuang salib bahkan membelah perut korban-korban mereka untuk menemukan emas dan batu-batu berharga yang mungkin telah mereka telan sebelum mati. Begitu besarnya ketamakan para pejuang salib akan harta, sehingga tanpa sesal mereka merompak kota Kristian Konstantinopel (Istanbul) pada Perang Salib IV, dan melucuti daun-daun emas dari lukisan-lukisan dinding Kristian di Hagia Sophia, padahal mereka juga orang-orang Kristian.
Pejuang-pejuang salib membunuh semua yang hidup di tanah yang mereka taklukkan.
Setelah perjalanan yang panjang dan sulit, serta begitu banyak perampasan dan pembunuhan orang-orang Islam dan Yahudi, pasukan tentera campuran yang disebut Pejuang Salib ini tiba di Jerusalem di tahun 1099. Ketika akhirnya kota itu jatuh, setelah pengepungan selama hampir lima minggu, para Pejuang Salib masuk. Mereka melakukan kekejaman hingga ke tahap yang jarang disaksikan dunia. Semua orang Muslim dan Yahudi di kota itu mati di hujung pedang. Dalam cerita seorang ahli sejarah,
“Mereka membunuh semua orang Saracen (panggilan untuk orang-orang Arab ketika itu) dan Turki yang mereka temukan, baik lelaki maupun wanita”.
Salah seorang Pejuang Salib, Raymond of Aguiles, menyombongkan kekejaman ini:
“Nampaklah pemandangan yang menakjubkan. Sebagian orang-orang kami (dan ini lebih murah hati) memenggal kepala-kepala musuh; yang lainnya memanah mereka, sehingga berjatuhan dari menara-menara; yang lain lagi menyiksa lebih lama dengan melemparkan mereka ke dalam api. Tumpukkan kepala, tangan, dan kaki terlihat di jalan-jalan kota. Orang harus mencari jalan di antara mayat-mayat manusia dan kuda. Tetapi ini belum apa-apa dibandingkan dengan apa yang terjadi di Kuil Sulaiman (Solomon Temple), tempat kebaktian keagamaan biasanya dinyanyikan di dalam Kuil dan serambi Sulaiman, orang-orang berkuda berkubang darah hingga ke lutut dan tali kekang mereka”.
Selama dua hari, pasukan Pejuang Salib membunuh sekitar 40.000 Muslim dengan cara yang sangat biadab.Pejuang Salib kemudian menjadikan Jerusalem ibukota mereka, dan membangun Kerajaan Latin yang membentang dari perbatasan Palestin hingga ke Antioch (Antokiah).
Kemudian, para Pejuang Salib mulai berupaya untuk memperjuangkan posisinya di Timur Tengah. Untuk mempertahankan apa yang telah mereka bangun, mereka perlu membangunkan satu organisasi. Untuk itu mereka membentuk aliran-aliran ketenteraan, dalam bentuk yang belum pernah ada sebelumnya. Anggota aliran-aliran ini datang dari Eropah ke Palestin, dan tinggal di semacam biara, di mana mereka menerima latihan ketenteraan untuk memerangi orang Islam. Antara aliran yang terkemuka ketika itu ialah Order Of Knights Teutonic, Order of The Knights Hospitality, Order of The Knights St John dan sebagainya.
Sementara itu, salah satu dari aliran-aliran ini berbeza dengan yang lainnya. Ia mengalami perubahan yang akan mempengaruhi perjalanan sejarah. Namanya: Order of The Knights Templar.
Riwayat Knights Templar
Kesatria Templar, atau lengkapnya, Tentara Miskin Pengikut Jesus dan Kuil Sulaiman, dibentuk pada tahun 1118, dua puluh tahun setelah Tentara Salib merebut Jerusalem. Pengasas aliran ini adalah dua kesatria Perancis, Hugh de Payens dan Godfrey de St. Omer. Bermula dari sembilan anggota, aliran ini terus berkembang. Nama kuil Sulaiman digunakan kerana mereka membina pangkalan di gunung kuil, yakni lokasi reruntuhan kuil tersebut. Di sini pula berdiri Dome of the Rock (Qubah As-Sakhrah) .
Kesatria Templar menyebut dirinya ‘tentara miskin’, tetapi dalam waktu singkat mereka menjadi kaya-raya. Mereka mengawal penuh para penziarah Kristian (pilgrim) yang datangnya dari Eropah ke Palestin, dan hidup mewah dari wang para penziarah tersebut. Mereka pula yang pertama kali menyelenggarakan sistem cek dan kredit, menyerupai yang ada pada sebuah bank. Menurut penulis Inggeris, Michael Baigent dan Richard Leigh, mereka membangun semacam kapitalisme abad pertengahan, dan merintis jalan menuju perbankan moden dengan transaksi mereka yang berasaskan riba.
Kesatria Templar inilah yang paling bertanggung jawab atas serangan-serangan pejuang salib dan pembunuhan orang-orang Islam. Karena itulah, komandan besar Islam Saladin (Shalahuddin Al Ayyubi), yang mengalahkan pasukan salib pada tahun 1187 pada Pertempuran Hittin, dan kemudian membebaskan Jerusalem, menghukum mati para Kesatria Templar karena pembunuhan yang mereka lakukan, walaupun sebenarnya ia mengampuni banyak sekali orang Kristian. Namun, sekalipun kehilangan Jerusalem dan mengalami kekalahan besar, para Templar terus bertahan. Dan walaupun bangsa Kristian terus menyusut di Palestin, mereka meningkatkan kekuatan di Eropah bermula di Perancis, kemudian di negara-negara lain, menjadi negara dalam negara.
Tidak diragukan lagi bahwa kekuatan politik mereka menyusahkan raja-raja Eropah. Tetapi ada aspek lain dari Kesatria Templar yang segera mengganggu kalangan kependetaan: aliran tersebut sedikit demi sedikit telah menyeleweng dari agama Kristian, dan sewaktu di Jerusalem, mereka telah mengambil sejumlah doktrin mistik yang asing. Berkembang juga desas-desus bahwa mereka mengadakan ritual-ritual aneh sebagai amalan kepada doktrin mereka.
Kesatria Templar yang melarikan diri dari Gereja diberi perlindungan oleh Raja Scotland, Robert the Bruce.
Akhirnya, pada tahun 1307, Raja Perancis Philip le Bel memutuskan untuk menangkap anggota-anggota aliran ini. Sebagiannya berjaya melarikan diri tetapi kebanyakan mereka tertangkap. Paus Clement V juga bergabung dalam pembersihan ini. Setelah jangkamasa panjang perbicaraan, banyak anggota Templar mengakui keyakinan ‘bidaah’ mereka, bahwa mereka menolak kepercayaan Kristian dan menghina Jesus dalam misa mereka. Akhirnya, para pemimpin Templar, yang dinamai “Imam Besar” (Grand Master), mulai dari yang terpenting dari mereka, Jacques de Molay, dihukum mati pada tahun 1314 atas perintah Gereja dan Raja. Kebanyakan mereka dimasukkan ke dalam penjara, dan aliran tersebut tumpas dan secara rasminya musnah.
Bagaimanapun , perbicaraan para Kesatria Templar berakhir dengan tumpasnya aliran tersebut. Tetapi, walaupun sudah dibubarkan ‘secara rasmi’, ia tidak benar-benar musnah. Selama penangkapan tiba-tiba pada tahun 1307, beberapa Kesatria Templar terlepas, dan berjaya menutupi jejak mereka. Menurut tesis yang berdasarkan pada berbagai dokumen sejarah, sejumlah besar mereka berlindung di satu-satunya kerajaan di Eropah yang tidak mengakui kekuasaan Gereja Katolik di abad keempat belas, yaitu Scotland. Di sana, mereka menyusun kekuatan kembali di bawah perlindungan Raja Scotland, Robert the Bruce. Tak lama kemudian, mereka menemukan penyamaran yang tepat untuk melanjutkan gerakan rahsia mereka: mereka menyusup ke dalam gilda (persatuan sekerja) terpenting di Kepulauan Inggeris abad pertengahan, lodge-lodge Masonry dan segera, mereka menguasai lodge-lodge ini sepenuhnya.
Lodge Masonry berganti nama pada awal era moden, dengan ‘Lodge Masonic’. Scottish Rite (salah satu cabang dalam Freemasonry) merupakan cabang Masonry tertua, dan berasal di awal abad keempat belas, dari para Kesatria Templar yang berlindung di Scotland. Dan nama-nama yang diberikan kepada tingkat tertinggi dalam Scottish Rites adalah gelaran-gelaran yang diberikan kepada para kesatria dalam aliran Templar berabad-abad sebelumnya.
Kesimpulannya, para Kesatria Templar tidak tertumpas, sebaliknya falsafah serta berbagai kepercayaan dan upacara mereka tetap berlangsung di balik samaran Freemasonry. Pendapat ini didukung oleh banyak bukti sejarah, dan diterima saat ini oleh banyak ahli sejarah Barat, baik mereka anggota Freemasonry ataupun tidak.
Di tahun 1312, ketika Raja Perancis, di bawah tekanan Gereja, membubarkan aliran Knights Templar dan memberikan hak-hak mereka kepada para Kesatria St. John di Jerusalem, aktiviti para Knights Templar tidak berhenti. Sebahagian besar Knights Templar berlindung di pelbagai lodge Freemason yang beroperasi di Eropah pada saat itu. Pemimpin Knights Templar, Mabeignac, bersama beberapa anggota lainnya, mendapatkan perlindungan di Scotland dengan menyamar sebagai seorang tukang batu bernama Mac Benach. Raja Scotland, Robert the Bruce, menyambut mereka dan mengizinkan mereka mengembangkan pengaruh besar terhadap lodge-lodge Mason di Scotland. Sebagai hasilnya, lodge-lodge Scot meraih peranan penting dari segi keahlian dan idea-idea mereka.
Freemason masa kini menggunakan nama Mac Benach dengan penuh hormat. Para Mason Scot, yang mewarisi pusaka Knights Templar, mengembalikannya ke Perancis bertahun-tahun kemudian dan membangunkan dasar bagi cabang yang dikenal sebagai Scottish Rites di sana.
Bagaimana para Kesatria Templar mempunyai hubungan dengan Freemasonry?
Ikuti artikel akan datang bertajuk Hubungan Knights Templar dengan Freemasonry.

Jata Jesuit-Freemason

Jeneral Agung Jesuit (Society of Jesus) mengawal semua tahap tertinggi Freemasonry, termasuk kedua-dua Scottish Rite (Protestant) dan York Rite (Roman Catholic). Huruf G di tengah-tengah lambang Freemasonry ‘Jangka dan Sesiku’ merujuk kepada bukan sahaja ‘Generation’ dan ‘Gnosticism’ tetapi juga bermaksud ‘Gesu’. Gesu adalah nama kepada aliran Jesuit yang terbesar dan terkuat di gereja Rom. Oleh itu, aliran ini mengawal segala perancangan ke atas Islam, Protestant (Majlis Gereja Sedunia dan Majlis Gereja Kebangsaan), Yahudi, kebanyakan organisasi Baptis dan Majlis Paus dengan satu pihak yang dipanggil The Egyptian-Luciferian Craft of Freemasonry.
Di bawah ini adalah lambang, jata atau pingat-pingat yang ditempuhi di dalam organisasi Jesuit-Freemasonry.