Pages

Sunday, September 4, 2016

Khunsa lahir anak lelaki guna rawatan permanian beradas

AHAD, 4 SEPTEMBER 2016 @ 8:37 AM

EVAN Hempel.

BOSTON: Seorang lelaki yang memiliki dua jantina atau khunsa, Evan Hempel selamat melahirkan anak lelaki sulungnya musim bunga lalu menerusi rawatan permanian beradas.

Hempel, 35 yang dilahirkan lebih kepada lelaki mengesahkan dirinya khunsa ketika berusia 19 tahun.

 Beliau menjalani rawatan hormon tetapi tetap mengekalkan organ reproduktif wanita termasuk buah dada, sebagai persediaan sekiranya mempunyai anak sendiri suatu hari nanti. Tiga tahun lalu, beliau dan teman wanitanya mengambil keputusan untuk menambah ahli keluarga.

Evan terus berhenti mengambil suntikan testosteron dan doktor meneruskan dengan rawatan persenyawaan melalui permanian beradas.

Akhirnya musim bunga lepas, Evan melahirkan seorang anak lelaki.

Kehamilan boleh menjadi sesuatu yang sukar bagi seorang lelaki khunsa termasuk membawa kepada kekeliruan identiti dan kemurungan.

Evan, bagaimanapun mengakui melalui pengalaman yang hampir keseluruhannya positif termasuk berupaya menyusukan bayinya sendiri.

"Ia satu perjudian. Orang yang bukan khunsa sering bercakap mengenai terperangkap dalam tubuh sendiri.

"Hakikatnya saya adalah Evan. Saya memang mempunyai organ ini dan saya sentiasa merasa yang diri ini adalah seorang lelaki," katanya. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/189562

Jambatan kaca terpanjang dunia ditutup selepas 2 minggu dibuka






GAMBAR fail pada 21 Ogos lalu menunjukkan orang ramai menggerumuni jambatan kaca terpanjang di dunia di wilayah Hunan, China. - AFP

BEIJING – Jambatan kaca terpanjang di dunia di sini ditutup semula selepas kira-kira dua minggu dibuka sehingga menjadi tumpuan ribuan pengunjung.

Lebih 10,000 pengunjung dalam sehari dikatakan membanjiri lokasi itu yang mencatatkan nama dalam Guinness World Records.

Jambatan itu kini sedang menjalani proses ‘menaik taraf sistem dalaman’, lapor agensi berita Xinhua yang memetik kenyataan beberapa pegawai.

Bagaimanapun, mereka tidak mendedahkan butiran lanjut bila jambatan sepanjang 430 meter dan tergantung pada ketinggian 300 meter itu akan dibuka semula.

Berikutan jumlah pengunjung yang terlalu ramai untuk menyaksikan jambatan itu, pihak pengurusan kawasan berkenaan berhasrat untuk mengehadkan jumlah pengunjung tidak lebih daripada 8,000 orang sahaja sehari.

Dalam satu pengumuman melalui laman media sosial, syarikat itu memohon maaf atas kesulitan kepada kebanyakan pelancong yang telah membuat tempahan untuk melawat kawasan berkenaan.

“Anda telah menipu pelanggan. Saya kini berada dalam kereta api untuk ke sana. Saya tidak boleh me­nukar rancangan ini atau mendapat bayaran semula.

“Anda membuatkan dunia hilang harapan. Saya melihat anda sebagai penipu nombor satu dunia,” luah seorang pengguna yang tidak berpuas hati dengan penutupan itu. – AFP



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0904&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz4JEuZ93HX
Hakcipta terpelihara