Pages

Friday, December 16, 2011

Israel buka semula jambatan kayu ke Masjid Al-Aqsa

GAMBAR menunjukkan jambatan kayu menuju ke perkarangan Masjid Al-Aqsa  di Baitulmaqdis.
GAMBAR menunjukkan jambatan kayu menuju ke perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.

BAITULMAQDIS: Israel semalam membuka semula jambatan kayu ke Masjid Al-Aqsa, selepas menutupnya 48 jam sebelum itu atas alasan keselamatan mencetuskan kemarahan penduduk Islam.

“Ia dibuka semula pagi tadi, termasuk pelancong, baik Kristian mahupun Yahudi,” kata jurucakap polis, Micky Rosenfeld.


Menurutnya, tidak ada kerja dilakukan tetapi menegaskan, sebuah kereta bomba ditempatkan berhampiran dan pada masa sama, beberapa langkah keselamatan turut diambil.

“Kerja belum dimulakan lagi. Belum ada pihak yang mengubah sesuatu. Majlis Perbandaran memutuskan ia boleh digunakan semula,” kata Rosenfeld.


Struktur itu mencetuskan perbalahan antara majlis berkenaan dengan masyarakat Yahudi dan Islam yang masing-masing bertanggungjawab menjaga Tembok Ratapan dan perkarangan Masjid Al-Aqsa yang bersebelahan dengannya.


Majlis itu sebelum ini mendakwa, jambatan itu terdedah kepada kebakaran dan ia mungkin runtuh di ruang untuk wanita di Tembok Ratapan. - AFP

myMetro | Israel buka semula jambatan kayu ke Masjid Al-Aqsa:

Lelaki curi 860 seluar dalam wanita sepanjang 2 tahun

WELSHPOOL: Sebuah mahkamah di sini diberitahu, polis menemui 860 seluar dalam wanita daripada seorang lelaki yang mencurinya di ampaian.

Petani, Geoffrey Wilde, 48, bapa lima anak, mencuri seluar dalam itu sepanjang tempoh dua tahun.


Mahkamah menjatuhkan hukuman melarang dia keluar waktu malam selama enam bulan ke atasnya kerana kesalahan itu.

Ketika dia ditangkap dan diarah menukar pakaiannya, polis mendapati dia memakai seluar dalam wanita biru.


Wilde yang ditahan selepas dilihat berkelakuan ganjil di jalan raya di Welshpool, mengaku dia memerlukan bantuan ketika disoalsiasat oleh polis.


Seorang pemilik rumah menelefon polis selepas melihat lelaki itu membawa lampu suluh dan tiga seluar dalam wanita. Sebahagian seluar dalam yang ditemui itu milik wanita tua. - Agensi

myMetro | Lelaki curi 860 seluar dalam wanita sepanjang 2 tahun:

Lelaki gila seks ditahan

BANGKOK: Polis semalam menahan seorang lelaki yang disyaki mensasarkan pelajar sekolah sebagai mangsa seksual selepas mendekati mereka melalui laman web sosial.

Ketua Polis Daerah Nakhon Ratchasima's Muang, Padungkiat Siripornwiwat berkata, suspek perogol berusia 37 tahun itu adalah penduduk Phuket yang diburu polis. Polis diberitahu oleh guru sekolah di Nakhon Ratchasima, seorang lelaki yang mempunyai akaun di bawah nama ‘Dan Sida’ dan ‘Nakrob Dan Tai’ (Wira Selatan) di Facebook menggoda dan memperkosa seorang gadis bawah umur iaitu pelajar berusia 14 tahun. Suspek mengugut mangsa dengan rakaman klip video untuk mengelak mangsa melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa. Mangsa menjadi hamba seks suspek selama lebih tiga bulan. Polis juga mendapat tahu suspek turut merogol dua lagi pelajar di sekolah sama selepas berhubungan dengan mereka di Facebook.

myMetro | Lelaki gila seks ditahan:

Budak selamat selepas dicampak bapa dari tingkat 10

TOKYO: Seorang kanak-kanak berusia setahun terselamat selepas dicampak oleh bapanya dari tingkat 10 sebuah apartmen, semalam.

Kanak-kanak itu jatuh di atas pokok renek di bawah bangunan itu, tempat dia ditemui menangis oleh anggota polis yang berkejar ke tempat kejadian.


Polis menahan bapa kanak-kanak berkenaan yang berusia 37 tahun atas tuduhan cuba melakukan pembunuhan.

Menurut media, lelaki itu, Shingo Hashimoto, berulang kali mengaku melakukan jenayah itu.


“Saya cuba membunuh anak saya. Saya cuba mencekiknya dan mencampakkannya ke bawah menerusi tingkap biliknya,” kata polis, memetik kata-kata lelaki itu.


Polis berkata, kanak-kanak berkenaan hanya mengalami calar sedikit di mukanya dan Hashimoto sendiri menelefon polis selepas kejadian.

Keluarga suspek memberitahu polis, dia baru-baru ini kelihatan tertekan kerana kerja.


Menurut media, Hashimoto berada bersendirian an bersama-sama anaknya ketika kejadian. - AFP

myMetro | Budak selamat selepas dicampak bapa dari tingkat 10:

‘Masak’ kucing kerana balas dendam

LONDON: Seorang wanita Britain yang membunuh seekor anak kucing dengan memasukkannya ke dalam gelombang ketuhar kerana membalas dendam, semalam dijatuhi hukuman penjara 168 hari.

Gina Robins, 31, memasukkan haiwan berusia 10 minggu itu ke dalam ketuhar selepas pemiliknya membuat laporan polis terhadap teman lelakinya.


Gina yang berasal dari Tor- quay, barat daya England, didapati bersalah atas tuduhan melakukan kekejaman terhadap haiwan selepas dibicarakan bulan lalu.

Dia melakukan perbuatan itu pada 15 Februari tahun lalu ketika berada di rumah pemilik anak kucing itu, Sarah Knutton, beberapa hari selepas bekas sahabatnya itu membuat laporan polis membabitkan teman lelakinya di luar rumah yang sama.


Selain hukuman penjara, mahkamah juga mengenakan hukuman melarang Gina memelihara binatang untuk tempoh 10 tahun. - Agensi

myMetro | ‘Masak’ kucing kerana balas dendam:


Suami cemburu isteri ke kolej

DHAKA: Polis akan mendakwa seorang lelaki yang bekerja di luar negara yang dituduh memotong tangan isterinya selepas wanita itu mula belajar untuk mendapatkan ijazah di sebuah kolej tanpa kebenarannya.

Rafiqul Islam dilapor mengikat isterinya yang berusia 21 tahun dan menutup mulutnya dengan pita sebelum memotong lima jari tangan kanannya, beberapa jam selepas kembali dari Emiriah Arab Bersatu.


“Dia berang kerana tidak suka isterinya belajar di kolej. Dia cemburu kerana dia hanya lulus sekolah menengah sementara isterinya melanjutkan pelajaran di kolej,” kata Ketua Polis, Mohammad Salauddin.

Rafiqul, 30 mengaku melakukan jenayah itu selepas ditangkap di Dhaka, kata Mohammad.


Beliau juga berkata, polis sudah menamatkan siasatan dan akan mendakwa Rafiqul.


Lelaki berkenaan berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

Isterinya, Hawa Akhter, yang sudah menjalani rawatan, kini berada di rumah ibu bapanya dan masih berminat untuk meneruskan pengajian meskipun selepas kejadian itu menimpanya.


“Tangan kanan saya sudah dipotong tetapi saya masih lagi boleh mengguna tangan kiri,” katanya kepada akhbar berbahasa Inggeris, The Daily Star.

Serangan itu adalah keganasan rumah tangga terbaru di Bangladesh yang mensasarkan wanita berpelajaran tinggi.


Jun lalu, seorang suami yang menganggur mencungkil mata isterinya, penolong profesor di Universiti Dhaka kerana berang dengan keputusannya untuk melanjutkan pengajian di sebuah universiti Kanada.


Kumpulan hak asasi manusia berkata, kes berprofil tinggi terhadap wanita meningkat sejak beberapa tahun lalu.


Selepas berkurangan selama lapan tahun berturut-turut, jumlah serangan asid meningkat pada 2010 walaupun ia masih tidak mengatasi rekod tertinggi yang dicatatkan 10 tahun lalu, menurut sebuh yayasan kebajikan persendirian, Yayasan Mangsa Serangan Asid. - AFP

myMetro | Suami cemburu isteri ke kolej:

Remaja dipaksa melacur seminggu

Gadis diperdaya suami isteri, teman lelaki

SEREMBAN: Seorang gadis 19 tahun melalui pengalaman ngeri apabila dipaksa menjadi pelacur selama tujuh hari bulan lalu selepas diperdayakan sepasang suami isteri dan teman lelakinya sendiri.
Mangsa dari bandar ini, dipaksa melacurkan diri di hotel bajet sekitar bandar ini dan Rantau serta Bahau di Jempol tetapi berjaya melarikan diri pada 27 November lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid, berkata mangsa yang berasal dari keluarga miskin dan tamat sekolah rendah, bukan saja dikurung dan tidak diberi wang, malah turut didera.

Katanya, teman lelaki mangsa bersama pasangan suami isteri itu berjanji membantu mendapatkannya kerja sebagai pembantu rumah.

“Mangsa bukan saja tidak mendapat pekerjaan, sebaliknya dipaksa menjadi pelacur,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini, semalam.

Bagaimanapun, Hamdan berkata, mangsa berjaya melarikan diri dari hotel bajet di Bahau dan kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran.
Berikutan itu, katanya, polis menahan teman lelakinya dan sepasang suami isteri berusia antara 24 hingga 28 tahun yang akan didakwa mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran di Mahkamah Majistret Kuala Pilah, hari ini.

Sementara itu, beliau meminta orang ramai tidak membuat spekulasi negatif berhubung kejadian pagar sebuah masjid di Mantin dekat sini disimbah cat merah, pagi semalam.

Katanya, kejadian itu disedari dua anggota polis kereta peronda selepas menunaikan solat subuh di masjid itu, kira-kira jam 6 pagi.

“Mereka menemui kesan cat di bahagian dalam dan luar pagar, lalu melaporkan kes itu di Balai Polis Mantin,” katanya.

Setakat ini, katanya, tiada unsur negatif seperti gerakan pelampau berhubung kejadian itu dan polis sedang menyiasat semua kemungkinan, termasuk perasaan tidak puas hati terhadap pengurusan masjid.
Berita Harian Online | Remaja dipaksa melacur seminggu:

Gunung Berapi Anak Krakatau sembur asal tebal

JAKARTA: Gunung berapi Anak Krakatau di perairan Selat Sunda yang masih diletakkan di peringkat amaran siaga, kerap menghembus asap tebal sejak beberapa hari kebelakangan walaupun aktiviti kegempaannya semakin berkurangan.

Asap tebal yang dihembuskan gunung berapi itu mencapai ketinggian antara 50 dan 100 meter, kata Andi Suardi, seorang petugas di sebuah pos pemantauan Anak Krakatau, di Lampung Selatan, Sumatera.
"Dalam tempoh itu, aktiviti kegempaan di gunung berapi berkenaan berkurangan menjadi hanya ratusan kali sehari berbanding ribuan kali sehari sebelum itu, namun keadaan itu cenderung berubah pada bila-bila masa sehingga aktivitinya sukar diramalkan," katanya seperti dipetik media tempatan hari ini.
Pusat Volkanologi Mitigasi dan Bencana Geologi (PVMBG) Indonesia meningkatkan peringkat amaran bagi gunung berapi Anak Krakatau ke peringkat siaga sejak 30 September lalu apabila aktiviti kegempaannya mencatat ribuan kali sehari dan peringkat amaran itu kekal sehingga hari ini.

Sehubungan itu, nelayan dan pelancong dinasihatkan menjauhkan diri dari Anak Krakatau dan hanya melakukan aktiviti di luar radius dua kilometer dari gunung berapi itu kerana ada kebimbangan letusan besar boleh berlaku pada bila-bila masa. - BERNAMA
Berita Harian Online | Gunung Berapi Anak Krakatau sembur asal tebal:

Duit rompakan biayai militan

PENGURUP wang menyusun wang kertas Rs10  dan Rs20 di ruang niaga di  kawasan komersial di Karachi, Pakistan, semalam. - Foto AFP
PENGURUP wang menyusun wang kertas Rs10 dan Rs20 di ruang niaga di kawasan komersial di Karachi, Pakistan, semalam. - Foto AFP
Pihak berkuasa syak ada kumpulan pengganas terbabit

KARACHI: Empat lelaki merompak sebuah bank sebanyak Rs5.2 juta (RM306,556.02) di sebatang jalan sibuk di bandar raya ini semalam sekali gus meningkatkan kebimbangan pihak berkuasa keselamatan bahawa wang itu mungkin digunakan untuk membiayai militan dan pengganas.
Rompakan itu antara 17 kes berprofil tinggi sejak beberapa bulan kebelakangan ini yang sudah menyebabkan kerugian kira-kira Rs650 juta (RM38.32 juta) secara keseluruhan.
Lelaki bersenjata terbabit menumpaskan pengawal keselamatan di pintu masuk Soneri Bank di cawangannya di Business Recorder Road, sebatang jalan sibuk di pinggir bandar ini.

Tidak seperti rompakan sebelumnya, penjenayah tidak dapat merampas rakaman CCTV dan ini membolehkan pihak polis memburu dan mengenal pasti mereka.

Rakaman CCTV menunjukkan seorang perompak yang berjambang berada di sisi peti simpanan wang bank itu dengan sepucuk senapang di tangannya dengan wajah yang tenang.

Saksi menyatakan empat lelaki mengacukan senjata kepada kakitangan dan mengarahkan mereka meletakkan tangan di atas kepala. Mereka mengambil 15 minit untuk melakukan rompakan itu.
“Penjenayah sudah dikenal pasti dan pasukan khas kami sedang berkerja dalam kes itu selepas mengenal pasti samseng terbabit,” kata penasihat keselamatan kepada erajaan wilayah, Sharfudding Memon.

Memon berkata corak rompakan sama dengan kebanyakan rompakan sebelumnya menjadikan penyiasat percaya ada satu kumpulan di sebaliknya.

Unit Penyiasatan Khas (SIU) dalam polis Sindh, ditugaskan untuk menyiasat kes itu dan menahan mereka yang terbabit dalam militan dan keganasan. Pihak berkuasa menemui maklumat bahawa kumpulan seperti itu terbabit merompak bank.

“Ya, tidak syak ada kumpulan yang kami kenal pasti mempunyai kaitan dengan organisasi yang dianggap pengganas dan militan,” kata Memon.

Ia juga termasuk kumpulan dikaitkan dengan Al-Qaeda dan Taliban yang memfokuskan menambah dana bagi mengekalkan organisasi mereka.

“Selain rompakan bank, kumpulan itu juga melakukan penculikan untuk mendapatkan wang tebusan bagi menambah dana aktiviti jenayah mereka,” kata Memon. – Agensi
Berita Harian Online | Duit rompakan biayai militan:

AS akhiri misi di Iraq

PANGLIMA pasukan tentera Amerika di Iraq, Leftenen Jeneral Lyod Austin melipat bendera pasukan itu pada upacara menandakan berakhirnya misi tentera Amerika di Pangkalan Udara Sather, semalam. - Foto Reuters
PANGLIMA pasukan tentera Amerika di Iraq, Leftenen Jeneral Lyod Austin melipat bendera pasukan itu pada upacara menandakan berakhirnya misi tentera Amerika di Pangkalan Udara Sather, semalam. - Foto Reuters
BAGHDAD: Selepas hampir sembilan tahun, sekurang-kurangnya 4,500 rakyat Amerika Syarikat maut, 32,000 cedera dan lebih AS$800 bilion dibelanjakan, kata pihak berkuasa negara itu yang secara rasmi bersiap sedia untuk menamatkan misinya di Iraq.

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Leon Panetta tiba di negara itu semalam bagi menyertai satu majlis simbolik di mana bendera tentera Amerika Syarikat-Iraq secara rasmi diturunkan, mengikut tradisi tentera.
Ketika singgah di Afghanistan minggu ini, Panetta berkata bahawa Amerika Syarikat boleh berbangga dengan misi mereka yang tamat di Iraq sambil menyifatkan kos bagi membiayai perang terbabit memang berbaloi.
“Kita menumpahkan banyak darah di sana. Ia bertujuan mencapai satu misi menjadikan negara berdaulat dan bebas dan mampu untuk memerintah dan mengawal keselamatan sendiri,” katanya.

Beliau berkata ia adalah satu sumbangan kepada semua pihak yang berjuang dalam perang demi mencapai misi yang diinginkan.

Panetta mengulangi janji Presiden Barack Obama bahawa Amerika merancang untuk meneruskan kehadiran diplomatik di Iraq, memupuk hubungan yang mendalam dan berkekalan. – AP
Berita Harian Online | AS akhiri misi di Iraq:

Sebuah lagi masjid dibakar

KUMPULAN wanita Palestin dari perkampungan Burqa berhampiran Ramallah melihat kerosakan di Masjid An-Nur yang dibakar pelampau. - Foto EPA
KUMPULAN wanita Palestin dari perkampungan Burqa berhampiran Ramallah melihat kerosakan di Masjid An-Nur yang dibakar pelampau. - Foto EPA
Pelampau Yahudi dipercayai turut conteng dengan patung Hebrew

RAMALLAH: Perosak harta benda awam membakar sebuah lagi masjid di Tebing Barat semalam dan mencontengnya dengan patung Hebrew. Kejadian itu disyaki dilakukan pelampau Yahudi yang menjadi dalang di sebalik keganasan meningkat ke atas rakyat Palestin dan tentera Israel.
Gabenor Ramallah, Laila Ghanam, berkata perosak mencurah minyak tanah di masjid perkampungan Burqa sebelum membakarnya.
Perosak mencurah minyak tanah di masjid perkampungan Burqa sebelum membakarnya. - Laila Ghanam, Gabenor Ramallah
Perkataan Yahudi untuk ‘perang’ dan ‘kumpulan Yitzhar’ satu rujukan kepada penempatan radikal Yahudi, diconteng dengan warna merah pada dinding, manakala permaidani dan kerusi dibakar.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penduduk penempatan menyerang rakyat Palestin dan tentera Israel sebagai tentangan terhadap operasi kerajaan Israel yang dilihat mereka sebagai bersimpati kepada rakyat Palestin.

Awal pagi semalam, pasukan keselamatan Israel merobohkan dua struktur di satu penempatan luar Yahudi tidak diluluskan di Tebing Barat digelar Mizpe Yitzhar.

Peningkatan serangan, jumlah tangkapan yang jarang berlaku dan kekurangan pendakwaan mencetuskan tuduhan bahawa kerajaan Israel tidak bertindak cukup tegas ke atas pelampau selepas dua tahun mengganas.
Kelmarin, selepas satu serangan ke atas pangkalan tentera Israel, Perdana Menteri Benjamin Netan-yahu meluluskan langkah mengetatkan kawalan ke atas pelampau, termasuk memberi tentera kuasa membuat tangkapan dan melarang pelampau daripada kawasan perbalahan.

Sementara itu di BAITULMAQDIS, Israel semalam membuka semula laluan kayu kontroversi ke perkarangan masjid Al-Aqsa kira-kira 48 jam selepas ia ditutup atas sebab keselamatan dalam satu langkah yang mencetuskan kemarahan penduduk Islam.

“Ia dibuka semula pagi ini,” kata jurucakap polis, Micky Rosenfeld kepada AFP, sambil menyifatkan ia dibuka seperti biasa kepada pelawat Kristian dan Yahudi.

Beliau berkata tiada kerja dilakukan untuk menstabil atau meminda laluan terbabit, tetapi sebuah kereta bomba diletakkan berhampiran dan tempat lain yang tidak dinyatakan sebagai langkah pengawasan. – AP/AFP
Berita Harian Online | Sebuah lagi masjid dibakar:

Jom Baca Surah Al-Kahfi (setiap Hari Jumaat) !

Betapa banyak orang lalai dari amalan yang satu ini ketika malam Jum’at atau hari Jum’at, yaitu membaca surat Al Kahfi. Atau mungkin sebagian orang belum mengetahui amalan ini. Padahal membaca surat Al Kahfi adalah suatu yang dianjurkan (mustahab) di hari Jum’at karena pahala yang begitu besar sebagaimana berita yang dikabarkan oleh orang yang benar dan membawa ajaran yang benar yaitu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Hadits-hadits yang membicarakan hal ini adalah sebagaimana di bawah. Semoga bermanfaat.
Hadits pertama:
مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ فِيمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيقِ
“Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada malam Jum’at, dia akan disinari cahaya antara dia dan Ka’bah.” (HR. Ad Darimi. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih sebagaimana dalam Shohihul Jami’ no. 6471)
Hadits kedua:
مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ فِى يَوْمِ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ مَا بَيْنَ الْجُمُعَتَيْن
“Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada hari Jum’at, dia akan disinari cahaya di antara dua Jum’at.” (HR. An Nasa’i dan Baihaqi. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih sebagaimana dalam Shohihul Jami’ no. 6470)
Inilah salah satu amalan di hari Jum’at dan keutamaan yang sangat besar di dalamnya. Akankah kita melewatkan begitu saja. Disiplinkan diri, membaca Surah Al-Kahfi setiap hari Jumaat, Insya Allah hidup kita sepanjang umur akan senantiasa diterangi cahaya.Semoga Allah selalu memberikan kita ilmu yang bermanfaat dan dimudahkan untuk beramal sholeh sesuai tuntunan Nabi-Nya shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Artikel asal (dengan sedikit tambahan) dari:http://rumaysho.com/belajar-islam/amalan/1823-jangan-lupakan-membaca-surat-al-kahfi-di-hari-jumat.html
Artikel ini ditulis oleh Ahmad Zaki Amiruddin.

Hamas sambut ulang tahun ke-24

Hamas sambut ulang tahun ke-24 - Global - Sinar Harian:


Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : December 16, 2011
hamas

Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyah melambai tangan kepada penyokongnya sempena sambutan ulang tahun ke-24 penubuhan kumpulan pejuang Hamas di Al Kateeba di Bandar Gaza, kelmarin. Puluhan ribu penduduk turut berhimpun di Dataran Bandar Gaza sebagai tanda sokongan kepada Hamas

Ditumbuk dalam Operasi 'Gagak Hitam'

Ditumbuk dalam Operasi 'Gagak Hitam' - Jenayah - Sinar Harian:

Oleh : BERNAMA
Tarikh : December 16, 2011

MELAKA - Seorang pegawai Imigresen cedera dalam pergelutan dengan dua warga Afika ketika bertugas dalam Operasi 'Gagak Hitam' di Kota Laksamana di sini, semalam.

Pengarahnya, Kamalludin Ismail, berkata pegawainya itu, R Kunalan, 29, cedera di bahagian rusuk kiri, lutut dan lengan akibat ditumbuk dan dilempar dengan kerusi dalam operasi kira-kira jam 1.45 tengah hari.

"Beberapa anggota lain turut mengalami kecederaan kecil seperti terseliuh dan lebam di beberapa anggota badan di lokasi lain di tempat yang sama dalam operasi sehari itu yang bermula jam 1 tengah hari hingga 8.30 malam," katanya kepada pemberita di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di Ayer Keroh di sini hari ini.

Katanya dalam kejadian berasingan, seorang warga Afrika turut mengalami kecederaan serius di kepala apabila terlanggar tiang ketika cuba melarikan diri daripada pemeriksaan Imigresen.

Sementara itu beliau berkata hasil operasi sehari yang melibatkan 16 anggota Imigresen itu berjaya menahan tujuh warga Afrika berusia antara 21 hingga 51 tahun yang disyaki memiliki pas palsu dan tiada dokuman pengenalan.

"Siasatan awal mendapati tiga daripadanya memiliki pas palsu sementara empat lagi tiada dokumen pengenalan diri. Kita juga akan menyiasat sekiranya mereka turut terlibat dalam aktiviti tidak sihat atau menyalahi undang-undang negara," katanya.

Kamalludin berkata mereka terdiri daripada enam warga Nigeria dan seorang warga Afrika Selatan di mana lima daripadanya ditahan di sekitar Kota Laksamana sementara dua lagi di sekitar Pasaraya The Store, Jalan Tun Ali di sini.

Turut dirampas sebuah kereta jenis Proton Saga milik salah seorang suspek yang ditahan.

Beliau berkata kesemua yang ditahan itu telah dibawa ke Depot Tahanan Machap Umboo untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki memiliki cop palsu, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan Seksyen 56(1)(g) akta sama iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugasan.

Pelampau serang masjid


Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : December 15, 2011
Pelampau serang masjid

BAITULMAQDIS - Sekumpulan penyerang tidak dikenali, semalam cuba untuk membakar sebuah mas­jid yang sudah tidak lagi digunakan di Baitulmaqdis Barat dan turut menconteng pelbagai tulisan memaparkan sentimen anti-Arab pada dindingnya.

Serangan terbaru ke atas tempat ibadat itu dipercayai telah didalangi kumpulan pelampau Yahudi yang sememangnya menyasarkan orang Arab dan Palestin kononnya sebagai tindakan untuk membalas dendam.

Mereka turut melakukan vandalisme dan bertindak biadab de­ngan menconteng kata-kata kesat terhadap Nabi Muhammad SAW dan penduduk di rantau Arab.

Dalam satu kenyataan, polis Israel menyatakan mereka telah melakukan siasatan awal di lokasi kejadian.

Jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata, sebahagian dinding masjid telah terbakar dan beberapa saluran paip turut dipecahkan.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku dalam tempoh 24 jam selepas sekumpulan pelampau Yahudi menyerang pangkalan tentera di utara Tebing Barat dan turut merosakkan kenderaan di situ.

Dalam satu kejadian berasi­ngan, sebuah kereta milik penduduk Palestin juga diserang sebelum dibakar oleh mereka.

Pelampau serang masjid - Global - Sinar Harian:

Israel buka laluan ke Masjid Al-Aqsa


Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : December 16, 2011
Israel buka laluan ke Masjid Al-Aqsa

BAITULMAQDIS - Keputusan Israel menutup laluan ke Masjid Al-Aqsa, Ahad lalu dengan memberi alasan kononnya atas sebab keselamatan mencetuskan kemarahan Jordan dan Palestin.

Bagaimanapun dalam tempoh 48 jam, Rejim Zionis akhirnya membuka semula laluan jambatan kayu itu, kelmarin dan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu turut mengarahkan laluan sedia ada diperkukuhkan supaya ia lebih selamat.

Jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata, majlis perbandaran telah memutuskan untuk membuka laluan Mughrabi tersebut dan mereka masih belum membuat sebarang pengubahsuaian berikutan bantahan beberapa pihak kerana tindakan merobohkan jambatan itu akan menjejaskan tapak warisan Islam dan kestabilan kawasan sekitar Al-Aqsa.

Sebelum ini, Israel memutuskan untuk merobohkan laluan utama tersebut kerana kononnya kawasan di Tembok Barat itu didakwa berisiko terbakar dan boleh roboh secara tiba-tiba.

Dalam satu kenyataan, jurucakap presiden, Nabil Abu Rudeina berkata, tindakan Israel tersebut dilihat sebagai satu lagi helah untuk menggagalkan usaha menyambung semula rundingan damai antara kedua-dua negara.

Israel buka laluan ke Masjid Al-Aqsa - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Terkejut rakam wajah misteri

Terkejut rakam wajah misteri - Utara - Sinar Harian:


Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : December 15, 2011
Terkejut rakam wajah misteri

LANGGAR - Seorang pelanggan sebuah gerai minum di pekan Langgar secara tidak sengaja merakam gambar satu kepulan asap yang menyerupai wajah manusia beberapa hari lalu sewaktu bersantai di kedai berkenaan.

Usahawan, Zul Azri Abdul Khalil, 34, berkata, sewaktu kejadian kira-kira jam 5 petang, dia hanya mahu menguji kamera telefon bimbitnya sahaja dan mengambil gambar beberapa kali.

Menurutnya, selepas beberapa ketika dia meneliti kembali gambar yang diambil dan terkejut apabila mendapati terdapat satu kepulan asap seolah-olah menyerupai wajah manusia.

“Terdapat seolah-olah kepulan asap yang menyerupai wajah manusia semasa gambar diambil.

“Selepas itu, saya menunjukkan kepada beberapa kawan yang lain dan ternyata mereka juga turut terkejut,” katanya.

Pengalaman pertama kali merakam gambar aneh sedemikian ternyata turut menarik perhatian pelanggan-pelanggan yang berada di kedai berkenaan.

Zul Azri berkata, dia tidak menyangka bahawa dengan hanya mengambil beberapa gambar menggunakan telefon bimbitnya, dia dapat merakam gambar aneh.

Seorang lagi pelanggan kedai minum itu, Yusof Hat, 40, mengakui masih belum pernah melihat benda aneh yang dirakam secara tiba-tiba.

Menurutnya, bagaimanapun perkara demikian tidak perlu diambil serius kerana langsung tidak memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat di kawasan sekitar.

“Serius saya katakan memang tidak pernah melihat kejadian seumpama ini, sedangkan gambar berkenaan pula dirakamkan pada waktu siang,” katanya.

Cina Melarang Muslim Uigur Berjanggot dan Berjilbab

Sumber [eramuslim.com] Pemerintah Cina melakukan kampanye di kota di barat daya yang mayoritas muslim mencegah jilbab dan jenggot panjang yang tumbuh secara massal, dan langkah ini sebagai upaya mengilangkan "kesadaran religius", laporan media, Kamis.
Larangan pemerintah Cina terhadap kota Uigur dari Yining yang diupload oleh beberapa situs berita Cina, dan Televisi Phoenix berbasis di Hong Kong. Meskipun, kemudian menghilang dari website pemerintah Yining itu (www.yining.gov.cn).
Banyak orang Uighur, berbahasa Turki yang merupakan muslim asli Turkestan Timur atau Xinjiang, sangat membenci penindasan Cina. Muslim Uigur ingin mewujudkan budaya agama dan bahasa Islam mereka, dan di wilayah
telah sering terjadi kekerasan terhadap Muslim Uigur secara rutin. Pemerintah Cina dengan kekuatan militer yang dimiliki terus melakukan penindasan, dan tidak memberikan hak-hak kaum Muslim di wilayah itu. Bahkan, Pemerintah Cina telah berusaha menghapus Muslim Uigur dengan memasukkan orang-orang Cina dari suku Han masuk ke wilayah barat daya Cina itu.
Di distrik Dunmaili dari Yining di mana pemerintah memutuskan untuk lebih menerapkan kegiatan Partai (komunis) untuk menghapus kesadaran agama dan menganjurkan "gaya hidup beradab dan sehat", yang ada dalam doktrin komunisme.
Salah satu tujuan kampanye, katanya, adalah untuk mengakhiri "fenomena abnormal" perempuan etnis minoritas dan pemuda mengenakan pakaian Arab, memelihara jenggot panjang atau menutupi wajah mereka jilbab.
Wanita yang sudah "telah berjilbab" akan diundang untuk mengadakan pembicaraan membahas pengalaman mereka, dan mereka diiming-imingi pekerjaan dengan gaya yang lumayan, asal mereka meninggakan pakaian muslim mereka. Pejabat pemerintah Yining menolak berkomentar ketika dihubungi melalui telepon.
Hou Hanmin, juru bicara pemerintah Xinjiang, mengatakan kepada Reuters ia tidak tahu kebijakan pemerintah itu, tetapi umumnya orang-orang di wilayah itu "bebas" memakai apa yang mereka inginkan, termasuk etnis minoritas.
"Namun, untuk pekerjaan tertentu dan dalam pendidikan ada aturan tentang apa yang anda tidak bisa memakai hanya sebagai masalah kenyamanan," katanya melalui telepon.
Yining, juga dikenal sebagai Ghulja atau Yili, memiliki populasi 515.000 orang, sekitar 46 persen di antaranya adalah Muslim Uighur, menurut angka sensus 2010. Jauh sebelumnya, pernah terjadi kerusuhan yang hebat di Uigur, tahun l997, yang menelan banyak korban, bagi kaumMulim Uigur.
Sebaliknya, orang-orang Cina di negeri-negeri Muslim menikmati kehidupannya, mereka secara bebas melaksanakan hak-hak dasar mereka, dan bahkan mereka dapat menguasai ekonominya, melalui cara-cara yang tidak layak "menyogok" para pejabat untuk mendapatkan keuntungan ekonomi, yang kemudian mereka memperbudak para pemimpin negeri-negeri Muslim itu. (mh/wb)ustazcyber online: Cina Melarang Muslim Uigur Berjanggot dan Berjilbab:

Gagal jejak mayat ahli perniagaan Korea





KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan Korea, Kim Chong-Yong (gambar), 53, yang hilang sejak Oktober lalu dipercayai telah dibunuh dan mayatnya dicampak di sekitar kawasan hutan di Gombak oleh rakan senegaranya.

Ekoran petunjuk itu, sepasukan polis melancarkan gerakan mencari mayat mangsa di 12 lokasi. Lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan adalah dari kawasan Sungai Cincin, Gombak hingga ke Karak, Pahang dan lokasi di sepanjang jalan lama Gombak menghala ke Bentong.

Bagaimanapun, operasi yang diketuai oleh Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa yang bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga pukul 6 petang semalam tidak menemui apa-apa maklumat mengenai Chong-Yong.

Satu sumber berkata, usaha mengesan mayat mangsa dibuat selepas polis mengesan satu panggilan telefon dibuat oleh rakan senegara mangsa yang juga merupakan orang terakhir bersamanya berada di Sungai Cincin, Gombak sebelum telefon bimbit itu terus dimatikan.

Berikutan kehilangan Chong-Yong juga, polis telah mengambil keterangan 12 individu yang terdiri daripada ahli keluarga mangsa, rakan-rakan dan pihak pengurusan sebuah kondominium di Ampang dekat sini, tempat terakhir Chong-Yong dilihat memasuki bangunan itu.

Polis turut mengambil cap jari pada kereta Mercedes Benz CLS 350 berwarna hitam milik Chong-Yong yang ditemui di tempat letak kereta di kondominium tersebut.

Kosmo! Online - Negara:

Anak ingat pesanan Jackson

PARIS (kiri) diwawancara oleh Ellen DeGeneres di studio stesen televisyen NBC di Burbank, California kelmarin. - AP


LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Penyanyi terkenal, Michael Jackson pernah memberitahu anak perempuannya Paris bahawa: "Jika saya mati esok, sentiasa ingat akan pesanan saya."

Paris berkata, bapanya yang bergelar Raja Pop itu turut memberi galakan supaya dia mengembangkan bakat lakonannya.

Dalam wawancara solo kali pertama di televisyen kelmarin, Paris yang akan membintangi filem pertamanya tidak lama lagi menyatakan, dia minat untuk berlakon sejak kecil.

Menurut remaja berkenaan, pada awalnya dia menganggap perbuatan bapanya memaksa dia dan adik beradik lain memakai topeng sebagai 'bodoh'.

"Saya pada mulanya berfikir, bodohnya, mengapa saya perlu memakai topeng muka?" katanya sebelum menambah. "Apabila saya semakin berusia saya akhirnya sedar bahawa dia cuma mahu melindungi kami." kata Paris.

Menurutnya, dia dan adik-beradiknya iaitu Prince Michael dan Blanket dipaksa memakai topeng muka sewaktu kecil bagi melindungi identiti mereka.

Paris muncul dalam rancangan bual bicara popular AS yang dihoskan oleh Ellen DeGeneres semasa diwawancara itu.

"Saya tahu bapa saya pandai menyanyi tetapi saya tidak tahu dia boleh berlakon. Apabila saya melihat lakonannya dalam filem Moonwalker (1988) saya berkata, hebatnya, saya mahu menjadi sepertinya (Jackson)," ujar gadis itu.

"Kami berlatih berlakon bersama, dia akan memberikan beberapa senario dan memberi arahan seperti dalam adegan ini kau akan menangis dan saya akan terus menangis," tambahnya.

Ditanya sama ada dia boleh menangis secara spontan, Paris memberitahu: "Ya, walaupun kerap kali saya bukan benar-benar menangis."

"Bapa saya berkata, jika dia mati esok, sentiasa ingat pesanannya dan saya mengingati dan menurut semua pesanan itu." ujarnya.

Paris yang berusia 11 tahun ketika Jackson meninggal dunia pada 25 Jun 2009 akan membintangi sebuah filem animasi, Lundon's Bridge and the Three Keys yang diadaptasi daripada sebuah siri buku cerita remaja. - AFP

Kosmo! Online - Dunia:

Mak nyah jadi pramugari di Thailand



EMPAT mak nyah yang bertugas sebagai pramugari untuk syarikat penerbangan PC Air ialah Chayathisa Nakmai (kiri), Dissanai Chitpraphachin (dua dari kiri), Nathatai Sukkaset dan Phuntakarn Sringern (kanan). - Reuters


BANGKOK - Empat mak nyah bertugas sebagai pramugari untuk syarikat penerbangan PC Air bagi laluan Bangkok ke wilayah Surat Thani, Thailand.

Syarikat penerbangan itu pada mulanya hanya mahu menggaji lelaki dan wanita sebagai pramugari serta pramugari.

Namun, ia mengubah rancangan selepas menerima lebih 100 permohonan daripada golongan mak nyah.

Menurut syarikat penerbangan tersebut, kelayakan untuk menjadi pramugari itu adalah sama buat mak nyah iaitu memerlukan ciri-ciri kewanitaan dan mempunyai daya penarik.

Empat mak nyah itu ialah Chayathisa Nakmai, 24, Dissanai Chitpraphachin, 24, Nathatai Sukkaset, 26, dan Phuntakarn Sringern, 24. - Reuters

131 mati minum samsu haram


DUA jururawat merawat seorang mangsa samsu haram di sebuah hospital di Diamond Harbour, India semalam.


KOLKATA, India – Seramai 143 orang mati di timur India selepas meminum samsu yang dipercayai dicampurkan dengan bahan kimia beracun dan metanol, kata seorang pegawai semalam.

Beberapa hospital di daerah 24-Parganas, 30 kilometer ke barat bandar Kolkata dipenuhi pesakit yang meminum samsu haram itu.

Kebanyakan mereka yang menjadi mangsa samsu itu terdiri daripada buruh dan pengayuh beca yang tidak mampu membeli arak yang berjenama.

Samsu diminum secara meluas di India kerana harga minuman itu yang murah.

Seorang penduduk di lokasi terbabit memberitahu agensi berita AFP bahawa 0.5 liter samsu dijual pada harga cuma 6 rupee (RM0.35).

Majistret daerah 24-Parganas, Narayan Swarup Nigam melalui wawancara telefon berkata, ramai lagi mangsa kini kritikal akibat meminum minuman keras haram itu.

Katanya, metanol iaitu sejenis alkohol yang digunakan sebagai bahan antibeku atau bahan api industri, ditemui di dalam organ 20 mayat mangsa yang dibedah siasat oleh beberapa doktor sekali gus mengukuhkan dakwaan bahan kimia itu menjadi punca kematian mereka.

Metanol boleh menyebabkan hilang penglihatan, kerosakan hati dan akhirnya kematian.

“Metanol ditemui dalam organ sekurang-kurangnya 20 orang mangsa. Ia mungkin bukan satu-satunya punca kematian mereka. Kami masih menyiasat,” kata seorang pegawai sebuah hospital tempatan, Chiranjib Murmu.

Setakat ini, empat orang telah ditangkap berhubung kematian tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee mengumumkan bahawa satu siasatan akan dijalankan manakala keluarga setiap mangsa akan diberikan pampasan sebanyak 200,000 rupee (RM11,831).

“Saya mahu mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang membuat dan menjual arak haram (samsu),” kata Mamata dalam satu temu bual bersama sebuah stesen televisyen semalam. – Agensi

Kosmo! Online - Dunia: