Pages

Saturday, November 16, 2013

AZABNYA JURURAWAT INI MENERIMA SEKSAAN KETIKA DI TANAH PERKUBURAN LAGI

Islamic Articles


KISAH PENGAJARAN

Seksaan dalam kubur itu benar. Tetapi masih ramai lagi yang alpa dengan perintah Allah SWT. Banyak kejadian pelik yang Allah tunjukkan kepada kita tentang balasan orang yang tidak mengikut perintahNya. 

Antaranya yang telah berlaku di Makkah. Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang berada di sana dan menyaksikannya di depan matanya tentang seekor ular yang tiba-tiba berada dalam lubang kubur.

Ular tersebut sangat besar dan mampu menelan jenazah dalam sekelip mata. Semoga kisah ini menjadi iktibar kita bersama.

“Dialah yang memperlihatkan kepadamu tanda tanda kekuasaanNYA dan menurunkan untuknya rezeki dari langir. Dan tiadalah mendapat pengajaran kecuali orang orang yang kembali kepada ALLAH” Surah al-Mukmin, ayat 13.

Ustaz Zainul Fata Hashim, 38, adalah khatib Masjid Rahman di Banyu Urib, Surabaya. Ketika usinya 14 tahun dia merantau ke Makkah untuk menuntut ilmu dengan ditemani abangnya, Hj.Yassin Hashim. Setelah 17 tahun menetap di Tanah suci dia kembali ke kampung halamannya pada 1997 dan mengajar di sekolah sekolah agama di kampung kelahirannya.

Lantaran ingin berkongsi pengalaman menarik ketika menetap di Mekah, Ustaz Zainul diterbangkan khas dari Surabaya untuk temu bual ekslusif dengan wartawan Mastika, Norimanah Seman.

Perkuburan Ma’ala di Makkah yang terletak berhampiran makam Siti Khadijaah riuh rendah. Suara orang bercakap dalam nada cemas dan menjerit jerit menyebabkan tumpuan saya yang ketika itu sedang solat, terganggu.

Suara abang saya, Hj. Yassin yang mengimami solat Asar juga tenggelam timbul. Terus terang saya katakan, saya tidak dapat bersolat dengan khusyuk. Suara orang bercakap dan menjerit jerit itu menggangu tumpuan. Selesai salam, saya terus ke tingkap yang menghadap ke kawasan perkuburan. Saya lihat penjaga kubur berdiri tercegat di tepi lubang, orang ramai yang mengiringi jenazah bertempiaran lari. Ada yg tertonggeng kerana tersepak batu, yg merangkak pun ada.

“Tolongggggggg, anak saya!” jerit seorang wanita apabila melihat anaknya berdiri hampir dengan liang kubur. Seorang lelaki sedang berlari sempat menyambar kanak kanak itu dan diserahkan kembali kepada emaknya.

“Apahal ribut ribut tu?” tanya abang yang tiba tiba sudah berdiri dibelakang saya. “Entah,” jawab saya. Lantas saya dan abang bergegas ke kawasan kuburan itu yg jaraknya hanya beberapa meter sahaja dr rumah sewa kami. Walaupun sudah tiga tahun menyewa rumah berhampiran kawasan perkuburan tetapi belum pernah saya lihat urusan pengkebumian jadi kelam kabut.

Saya berjalan menghampiri penjaga kubur, Ahmed berbangsa Afrika. Hanya dia seorang saja yg berani berdiri di situ sedangkann orang ramai yang mengiringi jenazah sudah lari bertempiaran. Mereka berdiri jauh di tepi pagar. Muka Ahmed kelihat cemas, matanya tajam memandang ke dalam liang.

“Apa masalahnya, ni?” tanya saya dalam bahasa Arab. Lelaki itu hanya menuding jarinya keliang lahad tanpa mampu berkata apa apa. Seekor ular besar dengan mulut ternganga luas hingga menampakkan taring tajam yang panjang kelihatan tersembul di pintu lubang kubur. Badannya sahaja sebesar pemeluk orang dewasa! Saya dan abang segera mengundur. Ahmed mengelak beberapa tapak apabila ular itu menjulurkan kepalanya seperti hendak menerkam jenazah yang dipikul oleh kawan kawannya. Setelah gagal untuk mencekup jenazah, ular yang bercampur aduk warnanya itu memasukkan semula kepalanya ke dalam lubang.

Namun apabila kawan kawan Ahmed cuba melangkah, ular itu akan menerkam semula dengan mulut terngangga menampakkan lidah yang panjang. Saya memgucap panjang apabila mata ular itu yang merah bercahaya merenung tajam ke arah jenazah yang diletakkan di atas pengusung.

“Ya Allah, janganlah mayat tu ditelah,” doa saya. Hati bertambah bimbang apabila melihat mulut ular itu terngangga luas boleh memuatkan sebuah motosikal. Serentak mereka mengundur untuk menyelamatkan diri. “Kalau kecil boleh juga saya kais dengan kayu. Tapi ini besar, mulutnya saja sama besar dengan lubang kubur. Kalau saya masukkan juga jenazah itu bukan kebumi namanya tetapi campak ke rahang ular,” kata Ahmed, tercunggap cunggap.

Orang ramai lari bertempiaran. Ada yang terjerit jerit akibat terlalu takut. Beberapa minit kemudian mereka terus menutup semula lubang kubur itu. Ahmed berjalan ke sebuah lagi kubur , lima meter saja jaraknya dari kubur tadi. Perlahan lahan dia menarik penutup nya yang diperbuat daripada batu.

Di Mekah kedaan kuburnya yang berlainan dengan di Malaysia. Disana lubang kubur sudah siap digali dan disimin dindingnya kecuali lantai. Dan disimin dindingnya kecuali lantai. Setelah jenazah di kebumikan ia ditutup semula. Pintunya diperbuat dari besi atau batu.

Setahun kemudian kubur itu akan dibuka semula untuk diisi dengan jenazah baru. Biasanya satu liang boleh digunakan untuk enam jenazah. Namun ada juga boleh memuatkan hingga seratus. Jenazah baru hanya akan ditanam di dalam lubang itu jika jenazah yang ditanam setahunlalu sudah tiada ataupun hanya tinggal tulang. Tulang tulang itu akan dikuis ke tepi untuk memberi ruang pada jenazah baru.

Ahmad membuka lubang tersebut dengan berhati hati. Apabila terbuka sepenuhnya, segera dia melenting. Ular yg sama terpacul lagi ditengah tengah lubang kubur!

Ahmed melompat ke belakang, kawan kawan nya lari lintang pukang. “Lain macam je ular ni, bang. Ular sawa bukan, tedung pun bukan, anaconda tidak mungkin. Ular apa ni bang” bisik saya pada abang. “Inilah agaknya ular al-Syujak al-Aqra seperti yg pernah nabi sebut sebut dalam sabdanya, yang akan menyiksa sesiapa yang meninggalkan solat dan melakukan maksiat,” kata abang. Aneh sekali, bagaimana ia boleh berada di dalam lubang kubur itu.

“Tutup balik,” Ahmed bersuara meminta tiga orang lagi rakanya membantu. Ahmed beralih pula ke kubur lain. Dia mengagak lubang itu sudah dua tahun tidak digali semula. Orang lain yg pada mulanya ramai tidak berani mendekati. Mereka hanya berdiri di tepi pagar tembok. Tinggallah kami berenam, Ahmed dan kawan kawannya, abang serta saya.

SYYYYYYYYYYY!! Bunyi desiran dari arah lubang pada pintu kubur yang terbuka sedikit. Ahmed dan rakan rakannya segera berhenti mengangkat penutup lubang kubur tersebut. Masing masing terdiam dan memasang telinga . Setelah beberapa minit menunggu tidak ada lagi bunyi yang kedengaran. “Ahhhh!! Bunyi pasir runtuh agaknya,” beritahu Ahmed sambil tersenyum cuba menyedapkan hati. Ahmed lantas mengajak kawan kawannya menyambung kerja. Perlahan lahan mereka membuka penutup lubang kubur hingga terbuka luas.

“Alhamdulillah …” Ahmed bersyukur, tidak ada lagi ular besar yang menganga di muka lubang. Di bahagian dasar lubang hanya tinggal tengkorak dan beberapa tulang yang belum reput. Ahmed masuk ke dalam kubur untuk mengumpul tulang tulang itu dan diletakkan di sudut, kemudian naik semula untuk mengangkat jenazah wanita itu.

Perlahan lahan Ahmed dan tiga kawan kawannya megusung jenazah wanita tersebut ke tepi lubang. Saya hanya memerhati sahaja mereka melakukan kerja.

“Berhenti!!!!” tiba tiba Ahmed menjerit. Dua orang kawannya yg memikul jenazah terkejut. Nyaris nyaris jenazah tercampak. Segera jenazah dibawa keluar dan diletakkan diatas pasir. Mereka hanya tercegat memerhati. Ahmed menggeleng geleng kepala, tidak percaya dengan apa yang berlaku. Orang ramai bercempera sekali lagi.

“Subhanallah ….. ular lagi,” terpacul dari mulut saya. “Kamu pasti ular itu tidak ada disitu, tadi?” tanya abang. Ahmed termenung memerhatikan rahang ular yang terbuka luas. Di wajahnya ternampak keletihan. Dia pun sudah hilang punca untuk menjawab peryanyaan saya tadi. “Subhanallah,” hanya itu sahaja yang terkeluar dari mulutnya sambil menoleh ke arah saya. Ahmed menggaru garu kepala, tak tahu apa yang perlu dibuat. Menurutnya, tidak ada lubang pun di dinding liang yang boleh dilalui oleh ular sewaktu dia mengumpulkan tulang tadi.

“Mungkin tanah haram tak mahu terima jasadnya,” kata abang. Ahmed mengangguk dan bersetuju dengan kata kata abang. “Kalau begitu mengapa tak dikebumikan saja di Jeddah?” saran saya kepada Ahmed. “Seharusnya begitu, mungkin ada yang tak kena,” kata abang. Jeddah? Ya, hanya Jeddah sahaja tanah halal yang paling hampir.

Ahmed, saya dan abang menaiki satu kereta untuk bersama sama mengiringi jenazah ke Jeddah. Dalam samar sama hari yang sudah merangkak senja jenazah itu dikebumikan. Alhamdulillah! Semuanya dapat disempurnakan dengan selamat.

Dalam perjalanan pulang ke Mekah, tiada lain yang kami bualkan kecuali kejadian itu. Saya benar benar insaf dan gerun akan kekuasaan Allah. “Salah satu keistimewaan umat Muhammad ialah seksaan atas dosa dosa mereka akan ditangguhkan sehingga akhirat.

Namun tidak mustahil ALLAH akan membalasnya sewaktu didunia. Itu tidak lain sebagai ingatan pada yang masih hidup,” tegas abang. Kata kata itu membuat saya berfikir kembali rahsia di sebalik kejadian yang baru kami alami. Kepada kenalan rapat arwah perempuan itu saya tanyakan asal usulnya.

Menurut mereka wanita itu berasal dari Mesir, bertugas sebagai jururawat di Hospital Aziziah. Ia memang seorang yang rajin, taat, cantik dan lunak suaranya apabila melayan pesakit. Namun apabila malam menjelma, pakaian seragam jururawat ditanggalkan. Maka terserlah lah kecantikannya yang meruntun hati setiap lelaki yang memandang.

Bibirnya, mata, rambut ikal mayang, berkening lebat dan berhidung mancung menjadi bonus untuk memikat hartawan. Dengan kelebihannya dia sering menggunakan nya untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan.

Daripada cerita kawan kawannya yang saya temui, si gadis manis berusia 25 tahun itu menjadi ‘perawat jiwa’ kelas atasan. Setiap malam dia menerima jemputan daripada saudagar kaya yang menawarkan bayaran tinggi. Selama bertahun tahun kerjanya tidak ada siapa yang mengetahui.

Namun hari tidak selalu panas, kadang kadang hujan ditengah hari. Di tengah kemashuran namanya meniti di bibir para hartawan, wanita itu diserang penyakit misteri. Tidak ada ubat moden yang mampu menyembuhkannya. Tiga bulan dia terlantar di wad tempatnya berkerja. Yang menginsafkan setiap kali kawan kawan setugas datang menziarahi, dia kan bercerita segala kegiatannya selama ini.

Peristiwa itu sesungguhnya menginsafkan betapa siksa kubur itu jangan dipermainkan, sebagaimana hadis yang di riwayatkan oleh Ibnu Abbas, katanya: ketika Rasulullah s.a.w melalui dua buah kubur beginda bersabda:

“Ingatlah, sesungguhnya dua mayat ini sedang diseksa, tapi bukan kerana melakukan dosa besar. Seorang diseksa kerana dahulunya dia suka membuat fitnah dan seorang lagi kerana tidak membersihkan dirinya daripada air kencing.”

Itu baru dosa kecil yang nabi sebutkan, sudah mendapat seksa kubur yang cukup azab. Inikan pula dosa yang besar seperti berzina, melacur, tentunya lebih azab lagi.

Barnett lebih bijak daripada Einstein

Barnett lebih bijak daripada Einsteinmempunyai kepakaran dalam bidang fizik.
SEORANG Seorang kanak-kanak penghidap autisme, dikatakan memiliki taraf kepintaran dengan IQ 170 melebihi saintis teragung, Albert Eistein.

Jacob Barnett, 14, disahkan menghidap sindrom Asperger ketika berusia dua tahun dan dikatakan tidak mungkin boleh bercakap atau membaca buat selama-lamanya.

Namun, telahan itu silap apabila Barnett muncul individu paling bijak terutama dalam bidang fizik kuantum dan memiliki Sarjana dari Universiti Indiana-Purdue Indianapolis (IUPUI) pada usia 10 tahun.

Kini, beliau sedang meneruskan pengajian memperoleh Ijazah Kedoktoran dalam bidang sama.

Ibunya Kristine Barnett berkata, mereka sekeluarga berusaha mengubati penyakit Barnett.

“Saya berharap, dia boleh memberi inspirasi kepada kanak-kanak autisme lain bahawa pada suatu hari nanti mereka juga boleh berjaya,” katanya dipetik SundayMail

Jurutaip 12 jari

Jurutaip 12 jariVijay Singh menunjukkan enam jari tangan dan kaki (gambar kecil) dan berhasrat ke Britain untuk mencari pekerjaan.
JURUTAIP warga India mampu menaip 100 patah perkataan seminit dengan menggunakan 12 jarinya.
Vijay Singh, 48, berasal dari Agra, Utara India berkata, kelebihan yang dimiliki itu bagaimanapun menjadi halangan buatnya untuk mendapatkan pekerjaan di India.

“Majikan hanya mahu jurutaip wanita, berwajah cantik dan bukannya lelaki. Kini saya sedang berusaha untuk mendapatkan pekerjaan di Britain selepas lebih 50 percubaan mencari kerja di sini gagal,” katanya dipetik DilyMail

Sing mengalami sindrom polydactyly sejak lahir menyebabkan jari tangan dan kaki mempunyai satu lebihan jari sekali gus menjadikan setiap tangannya mempunyai enam jari kiri dan kanan.

Kebanyakan kes, lebihan jari biasanya hanya mengandungi tisu lembut namun ada juga yang mempunyai tulang  tetapi tidak mempunyai sendi.

Kecekapan Sing menaip menandingi jurutaip terpantas dunia Michael Shestov apabila beliau boleh menaip dalam 27 bahasa dengan mencapai kelajuan 17 perkataan sesaat.

Pesta buru harta karun di Aceh


SEORANG penduduk menunjukkan syiling emas daripada mata wang dirham yang ditemukan di kawasan muara sungai Gampong Pande, Banda Aceh. - AGENSI
BANDA ACEH, Sumatera - Beratus-ratus penduduk di Gampong Merduati, daerah Kutaraja, di sini membanjiri kawasan muara sungai di Gampong Pande untuk memburu harta karun selepas digemparkan dengan penemuan sejumlah syiling emas lama, baru-baru ini.
Tinjauan Tribunnews.com di lokasi penemuan mendapati, ramai penduduk menggunakan jaring penangkap ikan dan dulang untuk mencari syiling emas terbabit yang bermata wang dirham.
Seorang penduduk yang ditemui, Siti Hajar berkata, dia baru mendapat sekeping syiling emas selepas beberapa jam menghabiskan masa di muara terbabit.
"Sejak awal pagi saya mencari, akhirnya berjaya mendapatkan sekeping syiling emas dan menjadikan jumlah yang ditemukan setakat ini 16 keping," katanya.
Menurut Siti, sekeping syiling emas bersaiz butang baju bernilai antara 350,000 rupiah (RM96) sehingga 400,000 rupiah (RM110).
Jelasnya, ukuran syiling emas bersaiz syiling biasa pula boleh mencapai nilai 800,000 rupiah (RM220) sekeping.
"Hasil jualan 15 syiling emas yang saya perolehi sebelum ini bernilai 3 juta rupiah (RM827)," katanya.
Pesta memburu harta karun itu melibatkan ramai orang termasuk kanak-kanak yang sanggup berendam di dalam air dan lumpur semata-mata mahu mencari syiling emas itu.
Penemuan awal dilaporkan berlaku pada 11 November lalu di Kuala Krueng Doy, Gampong Merduati, Banda Aceh, sekali gus mendorong penduduk tempatan mencari emas di sepanjang aliran Krueng Doy itu.
Dalam pada itu, pakar sejarah Aceh, Dr. Husaini Ibrahim berkata, beliau tidak hairan dengan penemuan emas di kawasan berkenaan.
"Dulu kawasan itu merupakan satu daripada pusat kerajaan Aceh sebelum zaman pemerintahan Kerajaan Aceh Darussalam," katanya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131116/lu_07/Pesta-buru-harta-karun-di-Aceh#ixzz2kmOwqtO8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Berhenti sekolah kerana terlalu pintar


RIZKI mahu bersekolah kerana dia masih dahagakan ilmu pengetahuan. - AGENSI
AGAM, Sumatera Barat - Kerana terlalu pintar, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di daerah ini berhenti sekolah setelah tahap kepandaiannya melebihi rakan sebayanya.
Muhammad Rizki Ramadan hanya sempat bersekolah rendah selama enam bulan selepas dia dikatakan sering mengganggu proses pembelajaran murid-murid lain.
Menurut ayah Rizki, Mayunis, pada usianya yang masih muda, anaknya sudah fasih berbahasa asing antaranya bahasa Inggeris, India dan Mandarin.
Katanya, semua bahasa yang dikuasai Rizki dipelajarinya sendiri tanpa bantuan guru.
"Dulu dia bersekolah di tadika Simpang Balai, semasa kami tinggal di Cangkiang dan menamatkan pelajarannya sehingga habis.
"Namun setelah memasuki Sekolah Rendah Cangkiang, dia hanya belajar selama enam bulan. Hal ini kerana, Rizki tidak mahu menerima penerangan tentang sesuatu subjek lebih dua kali dan sekiranya lebih, dia terus mahu keluar dari kelas,'' kata Mayunis kepada okezone.com.
Mayunis berkata, kepintaran Rizki mula dikesan sejak dia mula pandai bercakap pada usia dua tahun.
"Dia belajar daripada buku dan televisyen. Sekiranya stesen televisyen menyiarkan filem, Rizki tidak mahu menontonnya kerana dia lebih menggemari rancangan berita, politik dan bola sepak.
"Sejak kecil lagi, Rizki sudah petah berbicara, membaca, melihat televisyen sekali lalu dan memahami perkara yang disampaikan serta membaca begitu sahaja tanpa belajar atau diajarkan,'' katanya.
Ketika ini, Rizki ingin kembali bersekolah, namun keadaan ekonomi keluarganya menghalang niat murninya itu. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131116/lu_08/Berhenti-sekolah-kerana-terlalu-pintar#ixzz2kmOACZlD
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Hanya minum Coca-cola sejak remaja


Pero Ajtman minum Coca-Cola bagi menggantikan minuman alkohol. - AGENSI
ZAGREB 15 Nov. - Janji seorang anak kepada mendiang ibunya supaya dia tidak lagi mengambil minuman keras membuatkan seorang lelaki Croatia memilih untuk hanya minum minuman berkarbonat, Coca-Cola sejak empat dekad lalu.
Menurut Pero Ajtman, 75, dari kampung Karanac, dia memilih Coca-Cola bagi menggantikan minuman beralkohol.
''Ibu saya tidak suka saya minum arak semasa saya remaja apatah lagi dia seorang yang kuat pegangan agamanya.
''Dia membuatkan saya berjanji untuk tidak minum arak lagi dan saya memilih Coca-Cola untuk menggantikannya,'' katanya.
Ajtman yang mengaku ketagihan minuman berkarbonat itu berkata, dia minum beberapa gelas Coca-cola setiap hari.
''Saya akan minum segelas Coca-Cola pada waktu pagi, sebelum dan selepas makan tengah hari, makan malam serta sebelum tidur.
''Saya tidak akan minum minuman lain daripada Coca-Cola,'' tegas lelaki itu.
Doktor menasihatkannya supaya mengurangkan minum minuman berkarbonat secara kerap kerana kandungan gulanya yang banyak boleh merosakkan kesihatan.
Bagaimanapun, kata lelaki itu, dia masih belum mengalami sebarang masalah serius ekoran minum minuman tersebut dan akan terus meminum Coca-cola sehingga dia mati. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131116/lu_05/Hanya-minum-Coca-cola-sejak-remaja#ixzz2kmMzuOve
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tak pernah percaya tunang

London: Kecelaruan psikologi dikenali sebagai sindrom Othello menjadikan seorang wanita mengalami masalah cemburu melampau.
Keadaan itu bukan saja menyusahkan dirinya sendiri, malah menjadi khabar buruk kepada tunangnya.
Justeru, Debbi Wood akan mengesyaki tunangnya, Steve, berlaku curang atau liar jika dia berada jauh daripada pandangan.

Untuk mengatasi kebimbangan itu Debbi, 42, mewajibkan Steve memakai alat pengesan bohong setiap kali keluar rumah,
Foto
STEVE terpaksa membiarkan Debbi memeriksa akaun peribadi, e-mel dan telefon bimbitnya beberapa kali sehari.

Tidak cukup dengan itu Debbi juga memeriksa telefon bimbit Steve selain e-mel dan akaun bank lelaki terbabit beberapa kali sehari.

Namun, setakat ini Debbi tidak pernah berjaya membuktikan Steve berselingkuh dengan wanita lain.

Kata Debbi, dia khuatir Steve bermain mata atau tergoda dengan wanita lain walaupun sekadar pembantu kedai.

“Saya cuma mahu tahu apa berlaku pada Steve jika dia berjauhan daripada saya,” katanya.

Menurut Debbi, Steve seorang lelaki yang hebat.

Namun, itu bukanlah kebimbangan utamanya.

“Apa yang penting ialah sama ada saya boleh mempercayai Steve tidak akan bermain mata dengan wanita lain atau tidak.

“Saya tak mahu Steve berasa dia seorang lelaki menarik,” katanya.

Walaupun bagi sesetengah orang menghidap sindrom Othello adalah suatu bencana, Debbi sebaliknya menganggap ia satu “rahmat.”

Sindrom Othello - diambil sempena nama watak cerita ciptaan William Shakespeare yang membunuh isteri kerana disyaki curang membolehkan Debbi mengawasi tunangnya.

Kecemburuan Debbi amat melampau sehingga Steve, 30, terpaksa menggunakan nama keluarga Debbi.

Steve juga dihalang daripada menonton televisyen memaparkan wanita dalam siarannya.

Bagi Steve pula, dia rela dicurigai Debbi demi cintanya kepada wanita terbabit.

Sementara itu pakar berkata, mereka yakin sindrom itu berpunca daripada kegagalan seseorang dalam hubungan silam. - Agensi

Kaum Muslimin akan mewarisi dunia ini - Paderi Rusia


Khamis, November 14, 2013 

Seorang Paderi di Rusia mengakui, dalam sebuah video yang tersebar di internet yang diupload bulan Mac lalu (lihat video pengakuan paderi di bawah), bahawa masa depan adalah milik kaum muslimin, mereka akan mewarisi dunia ini dan mengisinya."

Paderi Rusia tersebut menyebutkan bahawa sebab di sebalik semua itu adalah kerana ketekunan mereka dalam menyembah Allah sepenuhnya, dia mengatakan, "ketika melaksanakan Sholat Ied, Kaum Muslimin "meneror" lalu lintas dari lingkungan mereka, dan beribu-ribu orang sujud merendah diri di hadapan Tuhannya."

Paderi melanjutkan, "pemandangan ini yang telah hilang dari kita" dan kita tidak melihat kecuali hanya orang tua yang pergi ke gereja."

Dalam pengakuannya tersebut, Paderi menceritakan seorang wanita Rusia bercerita tentang pemandu teksi beragama Muslim, dia berkata: "Pemandu teksi muslim tidak mengambil bayaran dari saya, dan dia mengatakan kepada saya: "anda seperti ibu saya dan seorang anak tidak mengambil dari ibunya sesuatu pun terutama ketika dia pergi ke tempat berdoa. "Sementara jika pemandu teksi kristian, dia akan mengambil bayaran dan mengatakan; "ini sudah menjadi pekerjaan saya."

Perlu dicatat bahawa jumlah muslim di Rusia mencapai kira-kira 20 juta orang, setelah kemerdekaan lima belas tahun yang lalu dari republik Kesatuan Soviet, sedangkan di bandar Moscow jumlah muslim telah mencapai satu juta orang.