Pages

Friday, June 13, 2014

Tiada Lagi Orang Lihat Saya Penuh Nafsu -Model Inggeris Pilih Islam.


Kisah Model Ternama Inggris Jadi Mualaf Lalu Berhijab










 Sebelum dan selepas berhijab

KEHIDUPAN serba glamor selalu identik dengan Carley Watss. Maklum dia seorang model ternama di Inggeris. Saban malam dia tak pernah hadir pergi ke kelab malam, pesta dengan para Sosialita lain. 

Namun, kehidupannya mula berubah ketika dia bercuti ke Tunisia. Berawal ketika wanita yang berusia 24 tahun itu bertemu dengan seorang lelaki asal Tunisia. Lelaki itu bernama Mohmmed Salah. Bermula dari perkenalan itulah mulai terjalin hubungan diantara mereka.

Mohammed Salah adalah lelaki yang beragama Islam. Dia kemudian mula mengenalkan Islam kepada Carley. Dari situ Carley mula tertarik dengan ajaran Islam. Dalam Islam, kata dia, wanita sangatlah dimuliakan. Carley pun merasa selama ini hidupnya begitu 'liar'.Akhirnya, dia mula bertekad memeluk Islam. 

Meski keluarga, teman dan peminatnya tak menyokong. Hal itu tidak menyurutkan niatnya untuk memeluk Islam. Bahkan, dia bersedia meninggalkan masa lalunya termasuk kerjayanya dalam dunia modeling.Setelah menjadi menjadi Islam Jun 2013, Carley menukar namanya menjadi Fatima Saleh.  

Dia kemudian membina rumah tangga dengan Salah dan berhijab. Kini ia pindah dari Inggeris, menetap di Tunisia.

 "Dengan berhijab, hati nurani dan batin terasa puas serta damai. Tidak ada lagi orang yang melihat saya dengan penuh nafsu, kini saya merasa dihormati," komen ibu beranak satu itu dikutip Islamic News Daily. (IH)

Tak pernah serik


Hamilton: Seorang lelaki ditahan semalam selepas didakwa melakukan seks dengan pelampung rakit di tepi jalan raya.

Ini kali keempat dia ditahan atas kesalahan serupa.


Menurut sumber, pada 2011, Edwin Tobergta, 35 pernah ditahan kerana menanggalkan seluar dan melakukan seks dengan pelampung rakit berwarna merah jambu milik jirannya.



“Dia dipenjara tetapi kemudian ditahan sekali lagi pada 2013 kerana melakukan seks dengan rakit sama,” katanya.


Kejadian 2013 itu berlaku di rumah Tobergta tetapi dia dituduh dan mengaku bersalah kerana melakukan perbuatan tidak sopan di tempat terbuka yang boleh disaksikan kanak-kanak.


Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada kesalahan terbaru Tobergta membabitkan rakit yang sama.

Sementara itu, pada 2002, Tobergta ditahan kerana melampiaskan nafsunya dengan ‘permainan labu angin’ di depan khalayak ramai.


Walaupun ia bukan permainan kolam, namun Tobergta pandai mencari kepelbagaian cita rasanya.

Dalam satu gambar terbarunya, Tobergta memakai kemeja-T yang bertulis, “Saya tidak waras. Sila tinggalkan pesanan.” - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/13

Makan hati kekasih teman wanita


Cape Town: Seorang lelaki yang cemburu, menikam kekasih baru teman wanita, memotong mayat mangsa dan mengeluarkan hatinya sebelum memakannya.

Polis bergegas ke tempat kejadian di sebuah rumah di bandar Gugulethu, di sini semalam selepas menerima aduan daripada jiran yang ketakutan. “Di tempat kejadian, mereka menemui suspek, warga Zimbabwe, sedang asyik memakan hati mangsa dengan mengguna pisau dan garpu,” kata jurucakap polis Frederick van Wyk kepada akhbar Cape Times.


Wanita yang menjadi tumpuan dalam cinta tiga segi itu memberitahu polis, kekasih lamanya datang ke rumah yang didiaminya bersama kekasih baru dan mereka berbual sebelum dia memberinya duit dan menyuruhnya membeli arak.



Van Wyk berkata, sekembalinya ke rumah, dia terkejut mendapati kekasihnya Mbuyiselo Manona, 62, terlantar kerana ditikam.


Jiran yang menyedari kekecohan di rumah itu berkata, mereka mengintai menerusi tingkap dan ternampak suspek memotong hati mangsa dan memakannya.


“Kami tidak percaya melihat apa yang berlaku. Kami menjerit menyuruhnya dia berhenti tetapi dia tidak mengendahkannya. “Polis yang tiba juga takut untuk masuk ke dalam rumah itu,” katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/13

Penjara 11 tahun kerana masak kari mayat


Mereka melakukan demikian setahun selepas dibebaskan atas kesalahan sama.

Farman Ali dan Mohammad Arif ditahan April lalu selepas polis menemui kepala bayi berusia dua hari di rumah mereka.
Mereka mencuri mayat bayi itu dari tanah perkuburan di kampung mereka di Darya Khan, kira-kira 300 kilometer ke selatan Islamabad.

Menurut polis lagi, kedua-dua beradik itu yang berusia lewat 30-an, memasak dan memakan kari yang dimasak daripada mayat berkenaan.

Mereka pernah ditahan kerana memakan mayat di kampung sama pada 2011 dan menjalani hukuman penjara dua tahun serta menjalani rawatan psikiatrik. - Agensi
Foto
SUSPEK yang dihukum penjara semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/13

Diperkosa di balai polis


Lucknow: Seorang wanita semalam mendakwa dirogol empat anggota polis di sebuah balai di Uttar Pradesh.

Kejadian itu ialah kes terbaru dalam siri serangan seksual yang mengejutkan di India.


Menurut wanita itu, dia pergi ke balai di daerah Hamirpur malam Isnin lalu untuk meminta suaminya dibebaskan dari lokap sebelum dia diserang polis yang berada di situ.



“Pada 11.30 malam (waktu tempatan) ketika tiada orang di situ, keempat-empat anggota itu membawa saya ke sebuah bilik dan merogol saya bergilir-gilir,” katanya.


Wanita berkenaan melaporkan kejadian berkenaan kepada seorang pegawai kanan kelmarin dan mendakwa ia berlaku selepas dia enggan memberi rasuah yang diminta untuk membebaskan suaminya.


Jurucakap polis, Virendra Kumar Shekhar berkata, siasatan akan dijalankan bagi mengenalpasti dan menahan suspek terbabit.

“Kami akan mengikut prosedur, mangsa sudah membuat laporan dan mereka yang bersalah akan ditahan tidak lama lagi,” katanya, semalam.


Sub-Inspektor Balbir Singh berkata kes membabitkan empat pegawai dari balai berkenaan diletakkan di bawah kes jenayah.

Kes serangan seksual terbaru di Uttar Pradesh itu meningkatkan lagi tekanan politik ke atas ketua menterinya, Akhilesh Yadav.


Hujung bulan lalu, dua gadis berusia 12 dan 14 tahun dirogol beramai-ramai sebelum dibunuh dan mayat mereka digantung pada pokok.


Kejadian berlaku selepas mereka keluar untuk membuang air di kawasan lapang kerana rumah mereka tidak mempunyai tandas.


Keluarga mereka enggan menurunkan mayat berkenaan sebagai tanda protes kepada polis yang enggan bertindak kerana gadis itu datang dari keluarga kasta rendah. Perdana Menteri Narendra Modi kelmarin menggesa semua ahli politik bekerjasama bagi melindungi wanita, kenyataan pertamanya sejak kejadian itu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/13

Azab lapan tahun wanita VIP


Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Rizal Abdullah
Kajang: Tidak tahan dipaksa menjadi pelacur kelas atasan oleh bapa tirinya sejak lapan tahun lalu menyebabkan seorang wanita jelita bertindak nekad membuat laporan polis minggu lalu.

Wanita terbabit yang kini berusia 25 tahun mendakwa mula dipaksa menjual tubuhnya kepada pelanggan lelaki kaya ketika dia baru menamatkan persekolahan pada usia 18 tahun.

Sumber polis berkata, mangsa mendakwa dipaksa melayan nafsu kira-kira 800 lelaki sejak bergelar pelacur berdasar rekod disimpannya secara sulit.



“Berdasarkan maklumat, bapa tiri mangsa yang berusia 40-an memaksa wanita terbabit menjadi pelacur dengan kadar bayaran minimum RM300 hingga RM500 bagi sekali perkhidmatan.

“Bagaimanapun duit hasil kegiatan pelacuran itu mencecah puluhan ribu sebulan diambil sepenuhnya oleh bapa tiri mangsa.

Mangsa hanya diberikan sedikit wang bagi membeli keperluan diri sahaja,” katanya.

Menurutnya, mangsa bagaimanapun memberitahu menyimpan rekod identiti membabitkan nama pelanggan, nombor telefon, harga perkhidmatan dan lokasi pertemuan diadakan.

“Dia (mangsa) menyimpan semua maklumat itu di dalam diari khas termasuk jumlah wang dibayar oleh pelanggannya sebelum ini.

“Berdasar rekod dikumpul, mangsa mendakwa sudah dilanggani kira-kira 800 lelaki sepanjang menjadi pelacur sejak tahun 2006,” katanya.

Malah agak mengejutkan apabila pelanggan yang pernah mendapatkan khidmat mangsa adalah dikalangan kenamaan, ahli politik, peguam dan ahli perniagaan tempatan.

“Mangsa yang tidak tahan dipergunakan oleh bapa tirinya untuk mendapatkan wang mudah kemudian tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini, untuk membuat laporan polis minggu lalu.

“Polis sudah mengambil keterangan daripada mangsa sebelum memulakan siasatan terhadap kes itu.


Susulan itu polis memberkas bapa tiri mangsa sebelum ditahan reman awal minggu ini,” katanya.

Menurutnya, kertas siasatan kes itu sudah diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/13

Remaja kena rogol, disamun anggota tentera


2014/06/13 - 00:44:43 AM
Pontian: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun menjadi mangsa rogol seorang anggota tentera manakala rakan lelakinya berusia 16 tahun disamun dalam kejadian di tepi pantai berhampiran Pontian Besar di sini, Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa bersama rakannya dikatakan bersiar-siar di tepi pantai sebelum ditahan sekumpulan enam lelaki berpakaian seragam tentera dan menuduh pasangan itu melakukan perkara tidak baik.

Remaja perempuan itu dikatakan menafikan perkara itu sebelum diarah melakukan hubungan seks dengan seorang daripada suspek.

Keengganan remaja berkenaan berbuat demikian menyebabkannya dirogol suspek berkenaan.

Difahamkan, seorang rakan suspek memaksa remaja perempuan itu melakukan seks oral manakala telefon bimbit rakan lelakinya turut disamun.

Kedua-dua remaja itu dilepaskan kira-kira sejam selepas itu manakala suspek dikatakan berada bawah pengaruh dadah ketika melakukan jenayah itu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, mengesahkan penahanan enam lelaki bagi membantu siasatan.