Pages

Monday, October 25, 2010

TIPS MURAH REZEKI



Photo 12 of 125   Photos of MNour · MNour's Profile

Lapangan angkasa pertama



NEW MEXICO - Industri pelancongan angkasa lepas semakin hampir menjadi realiti selepas sebuah landasan baru dibina di lapangan kapal angkasa pertama dunia di New Mexico, Amerika Syarikat. 

Pemilik syarikat penerbangan di Britain, Richard Branson merasmikan pembukaan landasan sepanjang 3.2 kilometer itu di Lapangan Angkasa Amerika, Jumaat lalu. 

Branson mengumumkan pembukaan landasan itu menandakan 'permulaan era angkasa kedua' semasa majlis perasmian yang turut dihadiri oleh Gabenor New Mexico, Bill Richardson. 

"Saya bangga menjadi penyokong industri ini. Mungkin selepas ini syarikat saya akan menawarkan penerbangan harian ke angkasa lepas," katanya. 

Kapal angkasa dengan enam tempat duduk, SpaceShipTwo, dijadual akan mula membawa penumpang yang telah membayar harga tiket sebanyak AS$200,000 (RM620,000) seorang ke angkasa lepas, bermula pada 2012. 

Kapal sepanjang 18 meter itu mempunyai kabin dengan saiz yang sama seperti jet eksekutif Falcon 900 bagi memberikan ruang maksimum kepada angkasawan untuk terapung dalam keadaan tanpa graviti.

Lapangan angkasa pertama



NEW MEXICO - Industri pelancongan angkasa lepas semakin hampir menjadi realiti selepas sebuah landasan baru dibina di lapangan kapal angkasa pertama dunia di New Mexico, Amerika Syarikat.

Pemilik syarikat penerbangan di Britain, Richard Branson merasmikan pembukaan landasan sepanjang 3.2 kilometer itu di Lapangan Angkasa Amerika, Jumaat lalu.

Branson mengumumkan pembukaan landasan itu menandakan 'permulaan era angkasa kedua' semasa majlis perasmian yang turut dihadiri oleh Gabenor New Mexico, Bill Richardson.

"Saya bangga menjadi penyokong industri ini. Mungkin selepas ini syarikat saya akan menawarkan penerbangan harian ke angkasa lepas," katanya.

Kapal angkasa dengan enam tempat duduk, SpaceShipTwo, dijadual akan mula membawa penumpang yang telah membayar harga tiket sebanyak AS$200,000 (RM620,000) seorang ke angkasa lepas, bermula pada 2012.

Kapal sepanjang 18 meter itu mempunyai kabin dengan saiz yang sama seperti jet eksekutif Falcon 900 bagi memberikan ruang maksimum kepada angkasawan untuk terapung dalam keadaan tanpa graviti.

Vatican tuntut PBB tamat jajahan Israel



VATICAN - Sekumpulan paderi dari T:imur Tengah yang diundang ke Rome oleh Vatican menuntut Israel menerima usul Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya pendudukan haram rejim itu di atas tanah milik Palestin ditamatkan. 

:Paderi itu juga menegaskan Israel tidak boleh menggunakan konsep kitab Injil dengan mendakwa Baitulmaqdis adalah tanah yang dijanjikan Tuhan kepada penganut Yahudi sebagai alasan untuk merampas kota suci itu daripada penduduk Palestin. 

"Penggunaan kata-kata Tuhan untuk menghalalkan sesuatu yang tidak adil adalah tidak boleh diterima sama sekali," menurut kumpulan paderi itu. 

Menerusi ucapan akhir selepas bermesyuarat selama dua minggu, kumpulan paderi itu turut berharap penyelesaian dua negara antara Israel dan Palestin menjadi kenyataan. 

Baitulmaqdis menjadi punca pertelingkahan utama di mana Palestin menuntut kota itu dipulangkan untuk dijadikan sebagai ibu negara Palestin merdeka selepas rejim Zionis menjajah bandar itu dan mengisytiharkannya sebagai ibu negara Israel 'buat selama-lamanya', pada 1967.

Kubur penduduk Palestin jadi mangsa vandalisme



TEBING BARAT - Golongan pelampau Yahudi bertindak di luar batasan apabila menyembur cat dan menconteng slogan ke atas beberapa kubur penduduk Palestin di tanah perkuburan di utara Tebing Barat, Jumaat lalu. 

Pendatang haram Yahudi itu turut menulis nama ketua pelampau Yahudi, Rabbi Meir Kahane pada salah sebuah batu nisan di kubur itu. 

Pasukan keselamatan Palestin memaklumkan perbuatan itu kepada tentera Israel selepas saksi melaporkan melihat tiga suspek di tanah perkuburan itu. 

Perkataan 'tanda harga' adalah salah satu daripada slogan yang diconteng, istilah yang digunakan golongan radikal Yahudi untuk menggambarkan kempen membalas dendam terhadap sekatan ke atas pembinaan penempatan haram Israel di Tebing Barat.

Wanita Taiwan kahwini diri sendiri




TAIPEI - Seorang wanita Taiwan, Chen Wei-yih bersedia untuk sesi fotografi dengan memakai gaun putihnya dan memilih perancang perkahwinan serta menyewa dewan untuk majlis perkahwinan yang akan dihadiri 30 rakannya. 

Tetapi tiada pengantin lelaki yang akan terlibat dalam perkahwinan itu kerana Wei-yih akan mengahwini dirinya sendiri. 

Wei-yih, 30, mengambil tindakan itu kerana tidak berminat dengan lelaki yang ditemuinya tetapi menghadapi tekanan masyarakat supaya berkahwin kerana umur yang meningkat. 

"Saya bukannya antiperkahwinan, tetapi saya harap dapat memberikan idea yang berbeza kepada masyarakat," katanya.

Ketua tentera disoal



BAITULMAQDIS - Tentera Israel dilaporkan menyoal siasat seorang pegawai tinggi tentera yang didakwa meluluskan serangan udara yang membunuh 22 ahli sebuah keluarga semasa perang Gaza pada 2008-2009. 

Kolonel Ilan Malka yang mengetuai salah satu unit tentera semasa perang itu didakwa membenarkan serangan peluru berpandu ke atas sebuah bangunan di kawasan kejiranan Zaitun, di Bandar Gaza. 

Serangan kejam itu membunuh 22 ahli keluarga Samuni, dengan 10 daripada mangsa adalah kanak-kanak, pada 5 Januari tahun lalu. 

Pembunuhan itu digambarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai 'paling berdarah' sepanjang operasi serangan Israel ke atas Gaza bermula pada Disember 2008 hingga Januari 2009. 

Menurut sumber, tentera rejim turut menyoal siasat beberapa pegawai tentera udara yang mendakwa telah memberi amaran awal kepada Malka mengenai kewujudan orang awam di kawasan serangan itu, dakwaan yang ditolak oleh kolonel tersebut. 

Siasatan mengenai pembunuhan orang awam itu dimulakan beberapa minggu lalu oleh mahkamah tentera, iaitu langkah yang ditentang oleh bakal ketua tentera Israel, Yoav Galant. 

Hampir 1,400 rakyat Palestin dan 13 penduduk Israel terbunuh semasa peperangan selama 22 hari itu yang dilancarkan atas alasan untuk menghentikan serangan peluru berpandu dari Genting Gaza.

Rooney batal sambutan hari jadi RM439,757




WAYNE Rooney dan isterinya di sebuah lapangan terbang di Manchester kelmarin.


LONDON – Bintang bola sepak kelab Manchester United (MU), Wayne Rooney dan isterinya berlepas secara senyap-senyap di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), lapor sebuah akhbar semalam.
Rooney turut membatalkan sambutan hari lahirnya yang ke-25 yang melibatkan kos sebanyak £90,000 (RM439,757) walaupun tempahan ribuan makanan dan minuman telah dibuat.
Khemah besar yang didirikan di rumah mereka bernilai £4.5 juta (RM21.98 juta) di Cheshire untuk sambutan hari jadi tidak akan digunakan kerana mereka bercuti selama lima hari.
Rooney bercuti dengan kos sebanyak £10,000 (RM48,861) ke Dubai selepas dia hampir meninggalkan MU untuk berhijrah ke kelab Manchester City.
Namun, Rooney membuat keputusan untuk kekal bersama MU kelmarin.
Semasa desas-desus dia mahu meninggalkan kelab MU, para peminat fanatiknya marah sehingga Rooney menerima ancaman bunuh.
Rooney yang kemudian berubah fikiran menandatangani kontrak baru dengan MU pada Sabtu lalu dengan pendapatannya meningkat kepada £200,000 (RM977,238) seminggu.
Kontrak itu menyebabkan dia menjadi pemain bola sepak yang mempunyai pendapatan paling tinggi dalam sejarah.
Rooney turut meminta maaf kepada rakan-rakan sepasukan dan peminatnya ekoran kekalutan yang berlaku sebelum ini.
Pemain itu yang ketika ini cedera telah meminta kebenaran daripada pengurus MU, Sir Alex Ferguson untuk bercuti.
Rooney dan isterinya, Coleen sebelum ini bercuti ke Prague sebagai usaha untuk memperbaiki hubungan mereka yang retak akibat pendedahan media mengenai skandal bintang MU itu.
Beberapa minggu lalu, seorang pelacur, Jennifer Thompson mendakwa dia dibayar £1,200 (RM5,863) untuk melakukan hubungan seks dengan Rooney semasa isterinya sedang hamil lima bulan.
Pendedahan itu menyebabkan hubungan antara Rooney dengan Coleen retak sebelum bintang MU itu diberikan peluang kedua untuk hidup bersama oleh isterinya.
Pasangan itu dipercayai akan tinggal di Hotel Burj Al Arab yang menawarkan bilik penginapan pada harga £1,200 (RM5,863) satu malam.
Hotel itu pernah didiami oleh rakan sepasukan Rooney dalam skuad England, John Terry bersama isterinya, Toni selepas rumah tangga mereka retak akibat skandal Terry dengan seorang wanita, Vanessa Perroncel. – Agensi

Brand hadiahkan Perry seekor harimau betina




HARIMAU betina yang dibelikan Rusell Brand untuk isterinya, Katy Perry.


RANTHAMBORE, India - Pelawak dari Britain, Russell Brand memberikan hadiah seekor harimau betina kepada isterinya, Katy Perry yang merupakan penyanyi lagu I Kissed a Girl, lapor sebuah akhbar semalam.
Harimau yang diberi nama Machli itu dibeli pada harga ribuan dolar.
Haiwan itu tinggal di Taman Negara Ranthambhore, India yang menjadi lokasi pasangan tersebut melangsungkan perkahwinan.
Brand dikatakan memilih Machli daripada puluhan harimau yang berkeliaran di taman itu selepas ia dianggap oleh seorang renjer taman tersebut sebagai cantik.
Bagaimanapun, Perry akan meninggalkan haiwan itu berkeliaran di hutan itu.
Wang yang digunakan suaminya untuk membeli harimau tersebut akan dilaburkan untuk skim pemuliharaan taman berkenaan.
Sementara itu, majlis resepsi perkahwinan pasangan itu diadakan di Jaipur semalam sehari selepas mereka melangsungkan perkahwinan.
Brand yang membintangi filem Forgetting Sarah Marshall dan Get Him to the Greek berkahwin dengan Perry kelmarin dalam satu majlis tertutup di taman negara tersebut.
Majlis perkahwinan mereka dipenuhi dengan ciri-ciri budaya India dengan Brand mendahului acara apabila dia menaiki kuda diekori berpuluh ekor gajah dan unta.
Antara tetamu selebriti yang dikatakan menghadiri majlis itu ialah penyanyi Rihanna dan hos bual bicara popular, Jonathan Ross.
Majlis resepsi yang diadakan di Hotel Taj Rambagh palace di Jaipur semalam mempunyai tema Timur bertemu Barat.
Penyanyi rap, P. Diddy dan beberapa penari klasik India membuat persembahan dalam majlis itu.
Brand, 35, dilaporkan melamar Perry, 25, di hotel itu semasa cuti tahun baru selepas mereka berkenalan. - Agensi

Elia hilang hak lawat Sultan Ismail



ELIA SUHANA


KOTA BHARU - Isteri kedua Sultan Ismail Petra, Elia Suhana Ahmad hilang perintah hak lawatan terhadap suaminya selepas Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam menerima permohonan bantahan awal Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Hamid.
Hakim Mohammed Yusoff Awang dalam penghakimannya bersetuju dengan permohonan isteri pertama bekas Sultan Kelantan itu berhubung dengan hak lawatan yang diperoleh secara exparte oleh Elia Suhana pada 4 Februari lalu.
Dalam keputusan itu, mahkamah memutuskan Elia Suhana hilang hak lawatan tersebut kerana penyampaian atau perintah hak lawatannya ke Singapura tidak sah kerana mahkamah di sini tidak mempunyai bidang kuasa melangkau sempadan dua negara.
"Mahkamah Syariah hanya mempunyai bidang kuasa untuk penyampaian (melaksanakan perintah) di luar Kelantan tetapi masih dalam Malaysia.
"Mahkamah turut menerima permohonan Tengku Anis untuk mengetepikan perintah lawatan yang diperoleh secara exparte oleh Elia Suhana sebelum ini tanpa memberikan penjelasan lanjut," katanya.

Gunting rambut tanpa pakai baju



GAMBAR menunjukkan seorang tukang gunting rambut wanita yang tidak memakai baju menggunting rambut seorang lelaki di salun Hotcuts, Sydney baru-baru ini.


SYDNEY - Sebuah salun di sini menawarkan perkhidmatan tukang gunting rambut wanita yang menggunting rambut lelaki tanpa memakai baju, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Salun itu diberi nama Hotcuts dan idea untuk membukanya adalah ilham daripada pemiliknya yang dilahirkan di Poland, Wojtek Wasilewski, 26.
Menurut Wasilewski, dia mengambil masa selama 18 bulan untuk mencari empat wanita yang menjadi tukang gunting rambut yang sanggup mendedahkan payu dara.
"Perniagaan semakin laris. Telefon selalu berdering (tempahan)," katanya yang merupakan seorang lelaki.
Wanita-wanita akan mendedahkan payu dara dan memakai seluar pendek atau seluar dalam semasa mereka menggunting rambut lelaki. - Agensi

Kenderaan 130 tahun rempuh dinding




GAMBAR menunjukkan kenderaan penunda berusia 130 tahun merempuh sebuah dinding di Ford, Britain baru-baru ini.


FORD, Britain - Sebuah kenderaan penunda berusia 130 tahun yang menggunakan enjin stim merempuh dinding sebuah taman di sini. Pemandu kenderaan itu hilang kawalan di sebuah bukit menyebabkan ia terbabas dan melanggar dinding tersebut baru-baru ini.
Tiga orang yang menaiki kenderaan tersebut tidak cedera namun anggota-anggota bomba di lokasi kejadian pada mulanya berasa bimbang enjin stim itu akan meletup.
Semasa kejadian, kenderaan itu cuma selaju lapan kilometer sejam.
Kenderaan penunda itu mempunyai nama S Kavanagh dan kontraktor jalan Surrey.
Semasa kejadian, kenderaan itu menarik sebuah karavan sebelum ia merempuh dinding pada pukul 9.30 pagi.
Kenderaan penunda itu yang diberi gelaran lokomotif jalan menjadi popular di Britain pada tahun 1850-an.
Ia kerap digunakan untuk mengangkut kenderaan berat dan bergerak pada kelajuan antara 4.8 kilometer sejam hingga 6.4 kilometer sejam. - Agensi

Pramugara milik koleksi 1,760 sudu




DIETER KAPSCH bersama 1,760 koleksi sudunya.


LONDON - Seorang pramugara warga Austria, Dieter Kapsch mempunyai koleksi 1,760 sudu dari 447 pesawat penerbangan, lapor sebuah akhbar semalam. Dia menjelaskan hobinya itu bermula semasa dia bercuti bersama saudara perempuannya, Gunda ke Sepanyol.
Semasa bercuti, Kapsch berkata, saudara perempuannya menyatakan adalah lebih baik untuk memiliki sebatang sudu semasa dalam percutian.
"Selepas pulang ke rumah, dia (saudara perempuannya) meninggalkan sebatang sudu dan saya menggunakannya di dapur dan saya menyukainya.
"Sudu tersebut membuatkan saya selalu mengingati cuti yang menyeronokkan itu," katanya.
Pramugara itu menyatakan sejak itu, dia memutuskan untuk menyimpan sudu dari setiap penerbangan.
Salah satu daripada sudu tertua dimilikinya ialah dari Syarikat penerbangan Imperial Airways yang beroperasi dari 1924 hingga 1939.
"Rakan-rakan saya meminati koleksi saya dan mereka memberikan sokongan.
"Saya berharap akan terdapat sudu yang akan datang lagi (diperolehnya)," kata pramugara itu. - Agensi

Guna batang mancis bina 20 model kapal




DAVID REYNOLDS bersama beberapa model kapal yang dibinanya dengan menggunakan batang mancis.


SOUTHAMPTON, Britain - Seorang bekas pekerja pelantar minyak, David Reynolds menghabiskan masa selama 10 tahun untuk membina 20 buah model kapal legenda dengan menggunakan batang mancis, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Reynolds, 51, menggunakan masa lebih 10,000 jam melekatkan 250,000 batang mancis untuk membina model kapal itu seperti Titanic, Queen Mary QE2, Cutty Sark, May Flower, USS Constitution, HMS Victory dan yang terbaru Mary Rose.
Dibina dengan menggunakan batang mancis standard dan gam PVC, setiap model kapal itu melibatkan kos antara £300 (RM1,465) dan £400 (RM)1,954) untuk dibina.
"Bahagian yang melibatkan masa paling lama untuk dibina ialah blok dan kelengkapan kapal," katanya.
Menurutnya, dia memulakan hobi itu selepas seorang anak lelakinya, Mark, 23, membelikannya satu alat pembinaan model selepas dia diberitahu bapanya terpaksa berehat di dalam rumah selama beberapa bulan kesan daripada satu pembedahan. - Agensi

Hantu guna telefon bimbit untuk berkomunikasi




GAMBAR menunjukkan seorang wanita menggunakan telefon bimbit di Tokyo pada Jumaat lalu. - Gambar hiasan


LONDON - Seorang penyiasat paranormal, Phil Hayes percaya hantu kini menggunakan telefon bimbit untuk berkomunkasi, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Menurutnya, panggilan yang dibuat oleh hantu itu selalunya mempunyai suara tidak jelas dan didengar sayu--sayup seolah-olah dari jarak terlalu jauh.
Sembilan daripada sepuluh panggilan yang dibuat oleh hantu itu mempunyai nombor 000000000000.
Statistik menunjukkan dua pertiga daripada fenomena paranormal itu menampilkan bunyi dengan 20 peratus melihat imej hantu dan 15 peratus lagi berdasarkan bau.
Satu penyelidikan terbaru menunjukkan satu daripada tiga rakyat Britain mendakwa melihat jelmaan hantu dalam gambar atau merakamkan imej paranormal menerusi telefon bimbit.
Kajian yang dilakukan oleh syarikat Tesco Mobile mendedahkan terdapat 70 peratus peningkatan bukti paranormal pada tahun lalu disebabkan oleh orang ramai menggunakan telefon bimbit untuk berkomunikasi.
Lebih separuh daripada warga Britain mendakwa pemilik telefon bimbit cuba merakamkan gambar hantu tetapi seorang daripada lima orang mengaku mereka akan menjadi takut dan melarikan diri apabila ternampak hantu.
Hayes berkata: "Terdapat bukti yang menyatakan bahawa hantu boleh menggunakan telefon untuk berkomunikasi, dengan terdapat laporan-laporan orang ramai menerima panggilan telefon daripada saudara yang telah meninggal dunia."
Ketua Pegawai Eksekutif Telsco Mobile, Lance Batchelor berkata: "Kami mencadangkan kepada sesiapa yang cukup berani untuk merakamkan sebarang gambar hantu supaya menghantar mesej perkhidmatan multimedia (MMS) atau e-mel gambar yang dirakamkan mereka kepada persatuan paranormal untuk dilakukan siasatan." - Agensi

AS tertekan ekoran maklumat perang Iraq



LONDON - Amerika Syarikat (AS) semalam semakin tertekan ekoran desakan supaya menyiasat dakwaan mengenai dokumen Perang Iraq yang dibocorkan oleh laman WikiLeaks.
Dokumen itu mendedahkan perbuatan tentera AS selepas Iraq diceroboh atas arahan Presiden AS ketika itu, George W. Bush dan disertai oleh Britain pada 2003.
Alasan serangan itu adalah untuk menggulingkan Saddam Hussein yang menjadi pemimpin Iraq pada masa itu yang dikatakan menyimpan sejumlah senjata pemusnah besar-besaran.
Fail yang dibocorkan pada Jumaat lalu itu mendedahkan maklumat penderaan, pembunuhan orang awam dan pengawal-pengawal Iraq memukul tahanan.
Dalam maklumat itu, terdapat sejumlah wanita yang dibunuh di pusat pemeriksaan tentera AS di Iraq.
Berhubung peranan Iran di Iraq, fail itu mendedahkan Teheran didakwa menggunakan militia untuk membunuh dan menculik askar-askar AS.
Sebuah pertubuhan pemantau kemanusiaan, Human Right Watch menyatakan pemerintah Iraq sepatutnya menyiasat laporan penderaan terhadap tahanan itu.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Britain, Nick Clegg menganggap dakwaan itu terlalu serius dan menyatakan orang ramai mahu mendapatkan jawapan terhadap apa yang mereka telah dengar mengenai maklumat tersebut.
"Saya menganggap pentadbiran AS akan menyediakan jawapannya sendiri. Adalah bukan bagi kami untuk memberitahu anda (pemerintah AS) cara untuk melakukannya (memberi jawapan)," kata Clegg.
Jurucakap Human Right Watch, Malcolm Smart berkata, kebocoran maklumat itu mencetuskan kebimbangan bahawa pihak berkuasa AS melakukan satu perlanggaran serius undang-undang antarabangsa apabila ia menyerahkan ribuan tahanan kepada pihak berkuasa keselamatan Iraq yang mendera dan menyeksa tahanan dalam skala mengejutkan. - AFP

Budak 11 tahun tidak pernah makan nasi




ROHANA memberi Muhamad Helmi biskut kerana dia didakwa enggan makan nasi sejak 10 tahun lalu ketika ditemui di Jerteh, Besut semalam.


BESUT – Seorang budak lelaki berusia 11 tahun mendakwa tidak pernah makan walau sesuap nasi dan hanya menjadikan kuih dan makanan berasaskan gandum sebagai makanan rujinya.
Muhamad Helmi Ghazali dari Kampung Seberang, Jerteh juga dikatakan begitu takut untuk menyentuh makanan asasi itu sejak dilahirkan 11 tahun lalu.
Ibu Muhamad Helmi, Rohana Jusoh, 47, berkata, keganjilan anak keempat daripada enam adik-beradik itu mula diketahui ketika dia menjangkau usia enam bulan.
Pada masa itu, katanya, dia cuba memberi makanan bubur daripada bijiran beras kepada Muhamad Helmi, tetapi anaknya itu enggan makan walau sesuap.
“Dia tidak menghadapi apa-apa masalah ketika dilahirkan dan tumbesarannya juga normal, malah dia tetap aktif dalam kehidupan seharian,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Lindsay tak mampu tanggung kos rawatan pemulihan

LOS ANGELES: Lindsay Lohan jelas lega semalam apabila Hakim Alden Fox mengarahkannya ke pusat pemulihan semula, bukan ke penjara.
Bagaimanapun, persoalan timbul mengenai bagaimana selebriti berusia 24 tahun itu akan menjelaskan bayaran AS$53,000 (RM164,000), kos yang dikenakan terhadapnya selama tiga bulan dia di pusat berkenaan.

LINDSAYdi Mahkamah Beverly Hills, California, kelmarin.
LINDSAYdi Mahkamah Beverly Hills, California, kelmarin.


Lindsay diarah tinggal di Klinik Betty Ford sehingga 3 Januari depan.

Menurut laporan hukuman percubaan terhadapnya, Lindsay membayangkan dia tidak mampu untuk meneruskan bayaran program rawatan itu dan dia perlu bekerja.
Dia juga berkata, fesyen pakaian jenamanya merosot kerana dia tidak dapat mengawasi produk berkenaan.

Walaupun, klinik tempat dia menjalani rawatan itu amat berkesan dalam merawat penagih, bayaran yang dikenakan amat mahal.

Permohonannya untuk berpindah ke pusat jagaan harian ditolak oleh hakim. - Agensi

Rakyat Amerika cetek mengenai al-Quran



Oleh Hasliza Hassan
hazlisa@bharian.com.my
2010/10/25

Muslim perlu fikirkan cara jelas salah faham kitab suci kepada bukan Islam

APABILA Universiti Utara Carolina di Chapel Hill, Amerika mencadangkan buku Approaching the Qur’an oleh Michael Sells untuk bacaan pelajar sempena program Bacaan Musim Panas pada 2002, ia menerima bantahan banyak pihak.
Malah, pihak universiti berdepan tuntutan di mahkamah kononnya berniat menukar agama pelajar, ada mengancam menarik balik dana penganjuran program itu. Media termasuk televisyen datang membuat liputan di kampus hingga menimbulkan tanda tanya di kalangan pelajar.
Itulah antara reaksi bukan Islam. Jadi, tidak hairan jika rasa kurang senang atau tidak suka kepada al-Quran yang menjadi pegangan umat Islam sebagai panduan hidup, masih menebal dalam hati mereka.

Profesor di Jabatan Pengajian Agama Universiti Utara Carolina, Prof Dr Carl W Enst, yang menceritakan pengalaman itu bagaimanapun cukup mengagumi ketegasan canselor universiti, James Moeser untuk meneruskan atas asas kebebasan akademik.

Beliau menyampaikan ceramah umum bertajuk ‘Al-Quran Dalam Imaginasi Popular Rakyat Amerika’, mengakui kebanyakan rakyat negara itu mempunyai pengetahuan rendah mengenai al-Quran walaupun hakikatnya al-Quran sudah dikenali sejak 1841 apabila subjek bahasa Arab dan Pengajian Islam diajar di Universiti Yale.

“Anggapan kabur mengenai al-Quran ialah, ia sama dengan Injil tetapi bezanya, anggapan itu bukan dalam cara yang baik. Anggapan Kristian terhadap al-Quran adalah untuk mempertahankan Injil ialah al-Quran bukan wahyu yang sah kerana diterima selepas Jesus Christ. 
“Ada juga anggapan jika isi dalam al-Quran berbeza dengan Injil, maka al-Quran mesti salah. Oleh kerana semua Muslim membaca al-Quran yang mengandungi suruhan Allah, maka itu menjelaskan semua tindakan orang Islam,” katanya.

Ceramah umum itu anjuran bersama Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam Malaysia (IAIS) dan Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya (UM).

Enst berkata, tindakan mempersendakan al-Quran oleh sesetengah pihak seperti dilakukan penulis Salman Rushdie dalam bukunya Satanic Verses menjurus kepada lebih banyak tanggapan salah hingga sukar memberi kefahaman mengenai al-Quran dengan cara yang baik kepada rakyat Amerika.

Katanya, kontroversi yang mendapat perhatian antarabangsa tidak banyak membantu. Antaranya, penghinaan al-Quran di penjara Guantanamo dan pemimpin anti-Islam Belanda, Geert Wilders yang cuba mengharamkan al-Quran di Belanda.

Terbaru, Paderi Terry Jones yang tiba-tiba terkenal dan menjadi perhatian dunia apabila memberitahu rancangannya untuk membakar beberapa naskhah al-Quran sebagai memperingati peristiwa serangan 11 September.

Ditanya kenapa mereka suka membangkitkan kemarahan orang Islam, katanya, mereka tidak kisah perasaan Muslim. Ini cara mereka menunjukkan apa dikatakan kebebasan bersuara sedangkan sebenarnya mereka tidak mengiktiraf Muslim sebahagian daripada rakyat negara itu.

Justeru, katanya, Muslim perlu mengambil kira pandangan bukan Islam mengenai al-Quran kerana ia buka soal kepercayaan umat Islam semata-mata, tetapi Muslim ingin mempunyai hubungan baik dengan bukan Islam.

“Oleh itu, mereka perlu memikirkan bagaimana caranya hendak menjelaskan salah faham atau pandangan salah mengenai al-Quran dan usaha itu perlu dilakukan dengan bijak supaya dapat diterima secara positif dan tidak disalah tafsir,” katanya.

Pada masa sama, katanya, Muslim juga mempunyai imaginasi mengenai Injil dengan beranggapan bahawa kandungan Injil sudah dirosakkan. Jadi mereka tidak perlu tahu mengenai isi kandungannya selain Injil tidak membantu ke arah memahami al-Quran.

Katanya, tanggapan seumpama itu juga menyebabkan wujudnya jurang antara Muslim dan bukan Islam dalam melihat kepentingan memahami kitab suci masing-masing.

Ernst berkata, kajian dilakukan Pusat Forum Penyelidikan Pew mengenai agama dan kehidupan awam bertujuan menggalakkan pemahaman mendalam berkaitan isu pertembungan agama dan kehidupan awam menunjukkan, kebanyakan rakyat Amerika tahu sedikit saja mengenai agama orang Islam.

Daripada kajian itu, 55 peratus mengatakan mereka tidak tahu sangat (tidak tahu langsung 30 peratus dan 25 peratus tidak tahu agama dan amalannya); tahu sedikit mengenai agama (35 peratus) dan tahu banyak (9 peratus). Peratusan ini tidak berubah sejak 2007.

Di tengah kontroversi cadangan pembinaan Pusat Kebudayaan Islam dan masjid berhampiran tapak Pusat Dagangan Dunia (WTC), lebih ramai rakyat Amerika bersetuju dengan pihak yang membantah daripada yang menyokong (51 peratus membantah berbanding 34 peratus menyokong).

Bagaimanapun, 62 peratus berkata, Muslim patut mempunyai hak sama rata dengan kumpulan agama lain untuk membina rumah ibadat mereka manakala 25 peratus berkata, masyarakat setempat yang tidak mahu boleh menghalang pembinaan masjid di kawasan mereka.

Celine Dion lahir bayi kembar pramatang





2010/10/25

Celine Dion
Celine Dion
MIAMI: Penyanyi Celine Dion selamat melahirkan bayi kembar pramatang di Pusat Perubatan St Mary, di West Palm Beach semalam secara pembedahan. 

Pakar perbidanan Celine, Dr Joshua Ackerman, yang dipetik majalah Us berkata: “Sebagai doktor dan rakan Celine serta suaminya Rene Angelil, saya mengumumkan bahawa bayi kembar lelaki selamat dilahirkan secara pembedahan pada jam 11.11 dan 11.12 malam dengan berat badan 2.29 dan 2.32 kilogram.
Dr Ackerman berkata, Celine dijadual melahirkan bayinya pada November depan, tetapi sejak 18 Oktober lalu penyanyi itu ditempatkan di pusat perubatan berkenaan untuk pemerhatian, sebelum beliau memutuskan proses melahirkan perlu dipercepatkan berikutan beberapa masalah.
Kedua-dua bayi kini ditempatkan di dalam inkubator, manakala Celine sedang berehat ditemani Rene bersama anak sulung mereka Rene Charles. 
Mei lalu, Celine mengumumkan beliau hamil selepas menjalani rawatan kesuburan in-vitro sebanyak enam kali. 

“Kami percaya kami patut mencuba sekali lagi. Jika doktor memberitahu bahawa tubuh saya terlalu ‘letih’ saya mungkin berputus asa dan menghentikannya,” kata penyanyi itu kepada majalah French, baru-baru ini. – Agensi