Pages

Sunday, March 29, 2015

Sukar buang hajat kecil


China: Pelanggan lelaki di sebuah restoran mengadu mereka sukar kencing kerana patung model yang diletakkan dalam tandas restoran itu begitu realistik dan terlampau seksi.

Tiga patung model itu diletakkan di depan tempat kencing lelaki, menyebabkan beberapa pelanggan berkata, mereka sukar buang hajat kecil.

Restoran itu terletak di bandar Taiyuan, Shanxi, wilayah di utara China.

Untuk membolehkan mereka menggunakan tandas, pelanggan lelaki perlu berdiri di sebelah panel kaca yang menempatkan tiga patung model itu.

Seorang pelanggan, Sun Kao, 24, memberitahu stesen televisyen tempatan: “Saya keluar dari tandas itu apabila melihat wanita di dalamnya kerana menyangka saya silap masuk. Tetapi apabila saya mengesahkan ia memang tandas lelaki, saya masuk balik. Tetapi saya tidak boleh melepaskan hajat kecil saya.

“Walaupun patung, ia kelihatan macam betul, menyebabkan saya tak selesa.”

Gambar tandas berkenaan menjadi viral dalam sekelip mata di media sosial China dengan ramai pengguna menyuarakan simpati terhadap tetamu yang merasakan privasi mereka terganggu.

Seorang pengguna menulis: “Saya dapat bayangkan pelanggan yang merasa malu apabila hendak membuang hajat kecil mereka.” - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Mac 2015 @ 5:14 AM

GAMBAR menunjukkan seorang lelaki cuba membuang air kecil di tandas restoran di Shanxi itu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/39849#sthash.9EbMpagN.dpuf

100 ulat berenga hidup dalam hidung lelaki tua



Rakaman gambar ulat berenga dalam salur pernafasan warga emas tersebut.


SAO PAULO, Brazil – Pemeriksaan rapi ke atas seorang lelaki berusia 65 tahun di sebuah hospital di sini menemui lebih 100 ekor ulat berenga di dalam saluran pernafasan pesakit berkenaan.
Penemuan ganjil itu dibuat tidak lama selepas dia menjalani satu pembedahan bagi membuang ketumbuhan.
Seorang doktor dari Hospital Clinics di sini terkejut melihat ulat-ulat itu ketika menjalankan pemeriksaan perubatan ke atas lelaki tersebut.
Lelaki itu datang ke hospital berkenaan selepas seminggu hidungnya berdarah tanpa henti. Dia turut mengadu rasa kebas di sebelah kiri saluran pernafasan, susah bernafas dan hidung berbau busuk.
“Lelaki itu didapati menghidap penyakit myiasis salur pernafasan iaitu jangkitan kulit oleh ulat. Rawatannya melibatkan menyapu air garam dan membuang larva ulat pada setiap hari dengan alat endoskop,” jelas kenyataan yang dikeluarkan hospital tersebut.
Jangkitan itu mula surut selepas empat hari dan warga emas itu dilaporkan telah pulih daripada pengalaman yang pasti tidak dapat dilupakan seumur hidupnya. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0328&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3VmdOfehP 
Hakcipta terpelihara 

Aksi gajah selamatkan anak dirakam


Seekor Ibu gajah cuba mengeluarkan anaknya selama 11 jam selepas terperangkap di dalam perigi berham
Seekor Ibu gajah cuba mengeluarkan anaknya selama 11 jam selepas terperangkap di dalam perigi berhampiran Chatra, di India, baru-baru ini. – AGENSI
MUMBAI 28 Mac – Kasih ibu gajah kepada anaknya membuatkan haiwan itu tidak sanggup untuk meninggalkannya meskipun telah lebih 11 jam cuba menyelamatkan anaknya daripada maut akibat terperangkap di dalam sebuah perigi.
Dalam kejadian menyayat hati berhampiran daerah Chatra di India baru-baru ini, ibu gajah itu dilihat cuba menyelamatkan anaknya dengan menggunakan belalai dan kaki bermula pukul 9 malam sehingga 8 pagi keesokan harinya.
Agak malang, usaha ibu gajah itu menjadikan keadaan lebih buruk selepas dia secara tidak sengaja menolak lebih banyak lumpur ke dalam perigi sehingga hampir membunuh anaknya.
Bagaimanapun, anak gajah itu akhirnya berjaya diselamatkan dengan bantuan penduduk kampung yang bergegas ke lokasi kejadian selepas mengetahui kejadian terbabit.
Menurut Jitendra Tiwari yang merakam kejadian itu dan membantu operasi menyelamat, mereka menggunakan beberapa buah lori pisang dan meletakkannya berhampiran perigi itu bagi mengalih perhatian ibu gajah daripada berada dekat dengan anaknya untuk beberapa ketika.
“Rancangan itu berjaya dan kami menggunakan masa yang ada untuk membuang longgokan lumpur yang memerangkap anak gajah tersebut,’’ katanya sebagaimana lapor Mail Online.
Selepas timbunan lumpur itu dipindahkan, ibu gajah kemudian menghampiri anaknya dan menggunakan belalai bagi mengeluarkan anaknya dari perigi itu sebelum kedua-dua haiwan tersebut beredar dari lokasi kejadian.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/aksi-gajah-selamatkan-anak-dirakam-1.74668#sthash.H0mO306k.dpuf

Tanda angka 12 pada dahi bayi


Hanru van Niekerk dari Afrika Selatan mempunyai tanda lahir nombor
Hanru van Niekerk dari Afrika Selatan mempunyai tanda lahir nombor 12 pada dahinya. AGENSI
CAPE TOWN 27 Mac - Doktor di Afrika Selatan dilapor bingung dengan penemuan tanda lahir yang tertera nombor 12 pada dahi seorang bayi lelaki berumur empat bulan di Johannesburg.
Tanda lahir nombor 12 itu tertera dengan jelas pada dahi Hanru van Niekerk, meskipun dia dilahirkan pada 11 November tahun lalu, sekali gus mengandaikan bayi itu merancang untuk keluar dari rahim ibunya 24 jam kemudian.
Keluarga Van Niekerk, bagaima­napun gagal untuk mengesan tanda lahir itu sebelum perkara itu di­sedari kakak kepada bayi itu, tidak lama selepas bayi itu dilahirkan, sebagaimana lapor portal Mirror.co.uk
“Anak perempuan bongsu saya, merupakan individu pertama yang melihat tanda lahir itu dan memaklumkan kepada kami terdapat nombor satu dan dua pada dahi bayi saya.
“Kami bagaimanapun tidak risaukan tentang tanda lahir itu kerana doktor yang merawatnya menyakinkan tanda itu akan hilang apabila bayi itu meningkat dewasa,’’ kata nenek bayi itu, Catherine Jooste, 70 tahun.
Sementara itu, pakar Dermatologi, Patrice Hyde memberitahu pemberita bahawa bayi boleh mempunyai tanda lahir sebelum atau sejurus kelahirannya.
“Hemangioma adalah sekumpulan saluran darah kecil yang tumbuh di beberapa kawasan tertentu pada kulit yang mengakibatkan kulit kelihatan berwarna merah atau ungu, manakala saluran darah adalah saluran kecil yang membawa darah ke seluruh badan.
“Tidak ada siapa yang tahu apa yang mengakibatkan saluran darah membentuk, namun adalah baik untuk mengetahui bahawa ke­ba­nyakan tanda lahir bukanlah petanda sakit dan biasanya tidak menyakitkan,’’ katanya, sambil menambah kata, kebanyakan tanda lahir akan hilang sendiri atau melalui rawatan tertentu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tanda-angka-12-pada-dahi-bayi-1.74357#sthash.N1lJ4Xe0.dpuf