Pages

Thursday, April 9, 2015

Kanak-kanak autisme lukis peta dunia


Kanak-kanak autisme lukis peta dunia
Kanak-kanak yang sedang melukis peta dunia.
Kanak-kanak autisme lukis peta dunia
Peta dunia yang dilukis oleh seorang kanak-kanak autisme.
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Siapa sangka, seorang kanak-kanak Autisme mampu untuk melukis peta dunia tanpa merujuk mana-mana buku atau imej.

Perkara tersebut telah dibuktikan oleh seorang kanak-kanak lelaki Autisme yang berusia 11 tahun apabila dia melukis sebuah peta dunia merangkumi pulau-pulau kecil di atas sebuah papan putih di dalam sebuah kelas.

Perkara tersebut dikongsi oleh salah seorang pengguna laman perkongsian Reddits yang menggunakan nama Bobitis.

Menurut Bobitis yang juga salah seorang bapa kepada pelajar kelas terbabit memberitahu, kanak-kanak tersebut adalah anak kepada seorang profesor yang mengajar anak perempuannya.

“Dia datang ke dalam bilik darjah dan melukis peta dunia tersebut.

"Saya sangat kagum dengan bakat yang ditunjukkan pelajar ini terutamanya sebagai salah seorang bapa yang mempunyai anak autisme,” katanya dipetik Metro.uk.

Sementara itu, ScienceAlert melaporkan bahawa sesetengah pakar percaya kebolehan mengingat kanak-kanak Autisme berkaitan dengan perubahan dalam otak mereka namun begitu pemahaman penuh mengenai perkara ini masih belum dipastikan.

Gumpalan rambut dalam perut budak


Gumpalan rambut seberat hampir dua kilogram yang menyekat sistem
Gumpalan rambut seberat hampir dua kilogram yang menyekat sistem pencernaan Niuniu, dikeluarkan melalui pembedahan oleh doktor di China, baru-baru ini. AGENSI
BEIJING 8 April - Perubahan sikap seorang kanak-kanak perempuan di China yang tidak berselera untuk makan, mengejutkan pakar perubatan yang melakukan pemeriksaan kesihatan apabila mendapati terdapat gumpalan rambut seberat hampir dua kilogram di dalam badan budak itu.
Menurut laporan New York Daily News, kanak-kanak bernama Niuniu Liang berusia lapan tahun itu sering mengadu sakit apabila cuba menjamah makanan, menyebabkan ibu ba­panya membawa dia ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.
Hasil ujian imbasan doktor mendapati, gumpalan rambut yang besar menyekat sistem pencernaan Niuniu disebabkan kanak-kanak terbabit sering me­ngunyah rambut sendiri.
Bapanya, Cai Liang, 36, berkata, dia dan isteri sering menasihati anaknya agar tidak meng­amalkan tabiat buruk tersebut, tetapi tidak pernah terfikir perbuatan itu akan menjejaskan sistem penghadaman anak mereka.
“Gumpalan rambut itu seberat hampir dua kilogram. Jadi tidak hairanlah anak saya tidak mahu menjamah makanan,” katanya.
Niuniu dibesarkan oleh datuk dan neneknya di sebuah kampung dekat bandar Zhoukou di wilayah Henan, tengah China, manakala ibu bapanya sering ke luar kawasan untuk bekerja.
Cai hanya me­nye­dari perubahan fizikal Niuniu yang se­makin kurus pada Tahun Baharu Cina yang lalu apabila melawat anaknya itu.
“Saya difahamkan doktor bahawa tabiat Niuniu yang sering mengunyah rambut di­sebabkan tekanan perasaan kerana saya dan isteri tiada bersamanya.
“Kejadian ini membuatkan saya dan isteri memberi lebih masa agar anak kami tidak lagi merasa tertekan dan tidak me­ngunyah rambutnya,” kata lelaki terbabit.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/gumpalan-rambut-dalam-perut-budak-1.79016#sthash.RGbl6xnb.dpuf