• Individu berkelayakan berpeluang menjadi imam di Arab Saudi.Individu berkelayakan berpeluang menjadi imam di Arab Saudi.

RIYADH - ARAB SAUDI. Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi membuka peluang kepada individu berkelayakan untuk menjadi imam sepanjang Ramadan ini.

Jurucakap kementerian, Salman Al-Atawi berkata, kebenaran bersyarat itu harus dari kalangan pekerja Persatuan Kebajikan Hafalan al-Quran.

“Segala syarat tertakluk pada peraturan ketat kementerian. Azan pula masih kekal dengan syarat lama iaitu hanya dilaungkan warga tempatan”, katanya.

Menurutnya, keputusan itu dibuat bagi membenarkan imam bercuti ketika Ramadan.

“Azan pula akan diperlahankan supaya tidak mengganggu penduduk sekitar,” katanya.

Tahun lalu, Saudi mengeluarkan peraturan, semua tugasan imam dan azan hanya boleh dilakukan warga tempatan.

Sementara itu, jemaah haji diingatkan kekal berwaspada terhadap penularan virus Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers) sungguh pun berlaku penurunan angka jangkitan.

Jurucakap kementerian kesihatan berkata, jemaah dinasihatkan mengambil langkah pencegahan di negara masing-masing sebelum tiba ke nagara ini, laporan dipetik dari Arab news.