Pages

Saturday, September 6, 2014

Panggil bomba pindah pesakit obes 280kg


Difahamkan, lelaki berkenaan dipindahkan dari Wad Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, untuk dibawa pulang ke rumahnya di Bandar Baru Farlim, Air Itam, jam 3.50 petang semalam.
Berat badan lelaki itu menyukarkan usaha kakitangan HPP memindahkannya sebelum pihak pengurusan memutuskan untuk meminta bantuan bomba.Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Jalan Perak Mohd Daud Mad Disa berkata, sejurus menerima panggilan sebuah jentera bersama lapan anggota menuju ke HPP untuk membantu usaha memindahkan lelaki berkenaan.

Foto
ANGGOTA bomba memberi bantuan kecemasan kepada M Balagi ketika dibawa turun dari wad untuk dihantar ke rumahnya.

Beliau berkata, lelaki berkenaan M Balagi, 47, diangkat menggunakan pengusung berikutan tidak mampu berdiri dan sukar dipapah.

"Kami mengambil masa satu jam bagi melakukan persiapan mengusung lelaki itu sebelum dia dibawa turun dari tingkat satu bangunan wad berkenaan dan dipindahkan ke dalam van sebelum dihantar ke rumahnya," katanya. "Dengan bantuan semua ahli, kakitangan HPP dan lelaki itu sendiri, tugasan itu dilakukan dengan lancar tanpa masalah, "katanya. Bagaimanapun, katanya, anggota bomba melakukan tugasan itu dengan berhati-hati bagi mengelakkan berlaku sebarang kejadian tidak diingini. Difahamkan, bomba turut membantu memindahkan lelaki berkenaan untuk dibawa naik ke rumahnya di tingkat sembilan sebuah rumah pangsa di Bandar baru Farlim. Kisah mengenai lelaki berkenaan yang mempunyai masalah obesiti mendapat perhatian umum selepas dia terjatuh ketika berjalan ke tandas di rumahnya pada 26 Oktober tiga tahun lalu.





Artikel ini disiarkan pada: 2014/09/06

Impian kahwin waktu kecil jadi kenyataan


fairytale-romance1
fairytale-romance2
Malah, dia memberitahu ibunya, dia akan berkahwin dengan kanak-kanak perempuan itu.
Walaupun ramai akan menganggap ia hanya cinta monyet yang tidak akan membawa ke mana-mana, Wang tidak pernah lupa ikrarnya.
Dia mengambil masa 18 tahun untuk menunaikan janjinya itu.
Mereka berdua menetap di bandar Zhenghzou di wilayah Henan ketika kecil, belajar di tadika sama, bermain pondok-pondok bersama termasuk menjadi pasangan suami isteri dan tidak boleh dipisahkan.
Ibu bapa kedua-dua kanak-kanak itu sempat merakam gambar mereka dalam pakaian pengantin sebelum keluarga Wang berpindah ke bandar lain.
Sejak beberapa tahun lalu, Wang yang tidak dapat melupakan Xixi berusaha menjejaki buah hati sewaktu kecilnya itu, tetapi gagal kerana keluarganya juga berpindah ke bandar lain.
"Saya tidak tahu nama penuhnya.
Saya hanya memanggilnya Xixi saja.

Dalam hati, saya sentiasa teringatkan dia dan berazam mencarinya,” kata Wang.
Tetapi, jika sudah jodoh memang tidak akan ke mana.
Kebetulan baru-baru ini, ibu Wang bertemu seorang saudara keluarga Xixi.

Menerusi pertemuan itu, Wang memperoleh alamat dan nombor telefon buah hatinya.
"Saya menelefonnya dan ternyata dia juga mengingati saya.

Kami mula berpacaran dan akhirnya memutuskan untuk berkahwin,” kata Wang.
Pada hari perkahwinan mereka baru-baru ini, Wang dan Xixi kembali ke jambatan sama tempat mereka bergambar dulu, untuk merakam potret mereka bersama, kali ini untuk gambar perkahwinan mereka sebenar.

- Agensi
Artikel ini disiarkan pada: 2014/09/06

Askar terselamat dibunuh selepas pura-pura mati



GAMBAR yang diambil dalam satu rakaman video yang disiarkan oleh kumpulan IS menunjukkan Ali Hussein (dalam bulatan) terbaring bersama mayat-mayat askar Iraq yang dibunuh di Tikrit pada Jun lalu.


BAGHDAD - Seorang askar Iraq yang ditawan kumpulan militan Negara Islam (IS) terselamat dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai askar negara itu di Tikrit pada Jun lalu selepas dia berpura-pura mati, lapor The New York Times kelmarin.
Askar tersebut, Ali Hussein Kadhim yang merupakan satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kejadian pembunuhan seramai 560 askar Iraq yang dianggap paling kejam dilakukan oleh militan IS.
Katanya, dia terselamat selepas peluru yang ditembak oleh seorang militan IS ke arah kepalanya tersasar.
"Selepas menyedari peluru itu tersasar saya berpura-pura mati dan terbaring bersama berpuluh-puluh mayat yang lain.
"Selepas militan IS beredar, saya kemudiannya melarikan diri pada waktu malam dan terpaksa bersembunyi di beberapa kampung selama beberapa minggu bagi mengelak dikesan," katanya.
Ali Hussein, 23, memberitahu, dia menyertai tentera Iraq pada awal Jun lalu kerana tidak mempunyai pekerjaan dan ditempatkan di sebuah pangkalan tentera di Tikrit.
"Apabila IS menawan Mosul yang terletak kira-kira 240 kilometer dari Tikrit kami bimbang mereka akan menawan pangkalan kami menyebabkan saya dan beribu-ribu askar yang lain melarikan diri.
"Bagaimanapun, ketika separuh perjalanan kami ditangkap oleh militan IS dan dibawa ke satu lokasi berhampiran Sungai Tigris sebelum ditembak," ujarnya.
Lelaki itu yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak yang masih kecil memberitahu, dia terpaksa memakan cacing untuk hidup serta berlindung di sebuah perkampungan di Tikrit sebelum berjaya pulang semula ke kampung halamannya di Erbil.
"Saya kini membantu pakcik saya menguruskan sebuah ladang kurma di sini dan saya tidak akan kembali menyertai tentera lagi," jelasnya. - Agensi


Artikel terpelihara  
 

Lelaki ketagih terbang maut atas gunung



ANTARA aksi terjunan bebas yang dilakukan oleh Duncan.


SYDNEY - Seorang penggemar aktiviti terjunan bebas terbunuh semasa melakukan aksi berbahaya itu di Banjaran Aps, Switzerland pada Selasa lalu, lapor Daily Telegraph.
Alex Duncan (gambar), 26, yang berasal dari Perth, Australia dipercayai sudah melakukan lebih daripada 500 terjunan bebas di seluruh dunia.
Dalam temu bual sebelum ini, Duncan berkata, dia ketagih dan seronok terlibat dalam sukan ekstrem itu.
"Saya ketagih untuk terbang. Jika boleh saya mahu melayang di udara sepanjang masa, tetapi sudah pasti sut terbang yang dipakai ini tidak boleh berbuat demikian," katanya.
Kemalangan berlaku ketika Duncan melompat dari puncak Croix de Fer pada ketinggian 2,243 meter sebelum dia tersasar daripada laluannya dan terhempas pada batu kira-kira 300 meter sebelum sempat mendarat. - Agensi


Artikel terpelihara  
 

RM24 bilion bina semula Gaza


PENDUDUK Palestin melihat kesan runtuhan rumah mereka yang sedang dibersihkan menggunakan jentolak di kawasan kejiranan Shejaiya di Bandar Gaza kelmarin.


RAMALLAH - Pembinaan semula infrastruktur di Semenanjung Gaza yang musnah akibat dibedil tentera Israel selama 50 hari dijangka menelan belanja lebih AS$7.7 bilion (RM24.5 bilion), kata beberapa pakar Palestin kelmarin.
Majlis Ekonomi bagi Pembangunan dan Pembinaan Semula Palestin yang memantau pelaksanaan projek-projek dibiayai penderma berkata, proses pembinaan semula itu akan mengambil masa lima tahun.
Begitupun, proses berkenaan bergantung jika Israel sedia melepaskan semua sekatan terhadap seluruh Gaza.
Sejak tahun 2006, Gaza dikenakan sekatan dalam beberapa perkara seperti larangan kemasukan bahan-bahan binaan yang dikatakan boleh digunakan oleh militan untuk membina terowong dan kubu.
Berdasarkan perjanjian gencatan senjata yang dimeterai di Kaherah baru-baru ini, sekatan tersebut sepatutnya ditarik balik.
Bagaimanapun, masih belum ada bahan-bahan binaan dibenarkan masuk melalui sempadan Gaza.
Konflik yang melanda di semenanjung itu menyebabkan lebih 2,140 penduduk Gaza terkorban.
Malah, turut memusnahkan ribuan rumah dan merosakkan loji jana kuasa elektrik dan berpuluh-puluh kilang pula hangus terbakar.
Antara 1.8 juta hingga 2.2 juta tan metrik sisa binaan akibat kerosakan bangunan mungkin boleh digunakan untuk menambak laut, menurut satu laporan yang dilakukan oleh 13 pakar Palestin.
Satu persidangan mengenai pembiayaan antarabangsa mengenai pembangunan semula di Gaza akan diadakan di Mesir atau Norway pada hujung bulan ini. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0906&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3CTgTVk3P 
Hakcipta terpelihara