Pages

Saturday, May 31, 2014

Beban 10 tahun berakhir


Stefan Zoleik mengidap penyakit ganjil - Madelung - yang menyebabkan lemak fiber membesar di mukanya. 
Doktor berjaya menjalankan pembedahan membuang sekurang-kurang enam kilogram tumor itu baru-baru ini. 

“Ia amat merimaskan,” katanya.
Foto
ZOLEIK sebelum pembedahan.

Foto
WAJAH Zoleik selepas pembedahan.

Selepas menderita selama lebih 10 tahun, akhirnya dia berpeluang membuang ketumbuhan itu.

“Ia mengganggu saya setiap kali saya memusingkan kepala,” katanya. 

Pembedahan itu mengambil masa lima jam dan doktor yang membedahnya, Igor Homola berjaya membuang hampir semua ketumbuhan itu. 

“Muka saya lebih baik sekarang. Dulu ia begitu dahsyat. Sekarang ia menakjubkan,” katanya. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/31

Tak percaya guru mati


Isteri dan anak lelaki Shri Ashutosh Maharaj yang dipercayai meninggalkan harta berjumlah £100 juta (RM538 juta) memfailkan tuntutan mahkamah untuk menuntut mayatnya selepas berkata dia mati Januari lalu. 
Pengikutnya di Divya Jyoti Jagrati Sansthan (Misi Kebangkitan Cahaya Tuhan) menegaskan dia masih ‘bermeditasi,’ dan menggesa pengikut lain mempertahankan ajaran berusia 31 tahun itu dalam apa jua keadaan. 

Ashutosh mengasaskan ajaran itu, serpihan daripada agama Hindu pada 1983 dan dipercayai berusia 70-an tahun.
Foto
ASHUTOSH

Dia mempunyai pengikut di seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Switzerland, Jerman dan juga di Britain.

Menurut laporan, doktor mengisytiharkan dia mati akibat sakit jantung pada 29 Januari lalu, tetapi pengikutnya menolak keputusan itu. 

Dengan menegaskan dia masih bermeditasi, mereka menempatkannya di dalam peti beku di Jalandhar, Punjab sementara menanti dia terjaga. 

Dan selepas empat bulan, mereka masih menanti. 

Dalam pada itu, pengikut Ashutosh berkata, pemimpin mereka berterima kasih selepas menerima banyak panggilan telefon, e-mel dan juga kunjungan peribadi. 

Isteri dan anaknya, Dilip Jha, 40, baru-baru ini memfailkan tuntutan di mahkamah bagi menuntut mayat lelaki itu untuk dibakar. 

Mereka juga menggesa polis menyiasat kematiannya. 

Sebelum ini, pengikutnya didakwa menyimpan mayat guru mereka di dalam peti beku yang dikawal supaya mereka boleh menuntut harta kekayaannya. 

Tuntutan itu dibuat selepas seorang lelaki yang mendakwa bekas pemandu Ashutosh memfailkan kes di mahkamah kerana membantah tindakan meletakkan mayat lelaki itu dalam peti beku. 

Jurucakap pengikutnya, Misi, Swami Vishalanand berkata dalam sejarah, ramai pemimpin kerohanian mampu bertahan selama beberapa bulan bermeditasi di Himalaya yang dikatakan mempunyai suhu seperti dalam peti beku. 

“Dia masih menghantar mesej menerusi pengikutnya melalui meditasi, meminta mereka menjaganya sehingga dia kembali,” kata Vishalanand.- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/31

Nenek 113 tahun langsung perkahwinan


Menurut laporan, Azatihan sebelum ini pernah menolak lamaran Aimti kerana merasakan dirinya terlalu tua. 
Aimti ketika ditemui wartawan selepas majlis perkahwinan itu berkata, dia tidak mempedulikan faktor usia.

“Saya yakin kami akan bahagia bersama. Saya tidak peduli sama ada dia lebih tua daripada saya. Dia menjaga saya dengan baik dan sanggup berkongsi makanan dengan saya sebelum ini.” - Agensi
Foto
AZATIHAN dan Aimti.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/31

Zoleik miliki wajah baharu selepas tumor dibuang



WAJAH Zoleik selepas tumornya dibuang.


BRATISLAVA - Tumor seberat enam kilogram (kg) yang terdapat pada leher seorang lelaki, Stefan Zoleik berjaya dibuang menerusi satu pembedahan di sebuah hospital baru-baru ini.
Menurut agensi berita Reuters, Zoleik menghidap penyakit yang dikenali sebagai Madelung itu sejak 10 tahun lalu.
"Ia (menghidap tumor itu) memang tidak menyenangkan. Tumor tersebut menyebabkan kehidupan saya terganggu setiap kali saya memusingkan kepala," katanya
Pembedahan untuk membuang tumor itu dilakukan di sebuah hospital dengan melibatkan masa selama lima jam.
Menurut Zoleik, wajahnya kini jauh lebih tampan sebelum tumor tersebut dibuang.
Dia menganggap pembedahan itu sebagai mengagumkan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0531&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz33F5SRwmR 
Hakcipta terpelihara