Pages

Wednesday, February 1, 2012

6 Perkara yang wajib kita sibukkan diri...



1- Jika manusia sibuk memperbanyakkan amal, maka hendaklah kamu sibuk menyempurnakan sebaik-baik amal.

2- Jika manusia sibuk dengan perkara-perkara sunat, maka hendaklah kamu sibuk menyelesaikan perkara-perkara fardhu.

3- Jika manusia sibuk memperbaiki perkara-perkara zahir, maka hendaklah kamu sibuk memperbaiki perkara-perkara batin.

4- Jika manusia sibuk mencari kesalahan orang lain, maka hendaklah kamu sibuk mencari kesalahan diri sendiri.

5- Jika manusia sibuk mencari kesenangan dunia, maka hendaklah kamu sibuk mencari kemakmuran Akhirat.

6- Jika manusia sibuk mencari keredhaan dunia, maka hendaklah kamu sibuk mencari keredhaan Akhirat.


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 849.

Gempa bumi sederhana gegar Samar, Filipina

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter menggegar Samar, Filipina pada pukul 12.30 tengah hari ini.

Menurut satu kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu berlaku di 22km utara Pulau Samar di Filipina dan 1,032km timur laut Sandakan, Sabah.
Gempa bumi tiada membawa ancaman tsunami. -- BERNAMA

Gempa bumi sederhana landa selatan Sumatera

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana dengan kekuatan 5.9 pada skala Richter melanda bahagian selatan Sumatera, Indonesia pada pukul 3.14 petang Rabu.

Jabatan Meteorologi Malaysia berkata gempa bumi itu berlaku di 31km selatan Sumatera, 31km barat daya Bengkulu, Indonesia dan 631km barat daya Pontian, Johor.
Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami, kata kenyataan itu. -- BERNAMA

Langkah ketat berjaya halang pengguguran janin perempuan

TAIPEI: Pihak berkuasa kesihatan Taiwan berkata semalam, pemeriksaan ke atas pengguguran memilih jantina yang menyalahi undang-undang, berjaya menghalang hampir 1,000 pengguguran janin perempuan, tahun lalu.

Pihak berkuasa kesihatan mengetatkan larangan pengguguran haram tahun lalu, memberi amaran kepada doktor yang didapati bersalah melakukan amalan itu atau lesen mereka akan ditarik balik.
Pegawai Biro Promosi Kesihatan, Lee Tsui-feng berkata, “Langkah tersebut berjaya.”

Walaupun pengguguran pemilihan jantina haram, amalan ini dipercayai menjadi sesuatu yang normal kerana tradisi yang mengutamakan anak lelaki.


Lee berkata, ia mungkin empat atau lima tahun lagi sebelum mereka berjaya menghentikan amalan ini sepenuhnya. - AFPmyMetro | Langkah ketat berjaya halang pengguguran janin perempuan:

'via Blog this'

AS perluas pelan hukum Iran

WASHINGTON: Kecewa dengan kedegilan Iran terhadap tekanan global untuk menghentikan program nuklearnya, ahli politik utama Amerika Syarikat semalam menggariskan pelan sekatan ekonomi dan politik tambahan baru ke atas Teheran.

Pengerusi Jawatankuasa Perbankan Senat Demokrat, Tim Johnson, dan pemimpin panel itu dari Republikan, Richard Shelby, berkata mereka akan mengundi untuk “Akta Sekatan, Akauntabiliti dan Hak Asasi Manusia Iran” pada Jumaat ini.


Menurut Johnson, Iran terus berdegil terhadap tanggungjawab perundangan antarabangsa dan keengganan mendedahkan program nuklearnya mendorong pemimpin serta negara itu dipulaukan lagi.

Shelby pula berkata, akta berkenaan akan memberi isyarat jelas kepada Iran supaya meninggalkan program senjata nuklearnya.


“Iran juga mesti menghentikan rancangannya menyebarkan keganasan antarabangsa,” katanya.


Melalui akta itu, sekatan ekonomi dan politik sedia ada akan diperluas ke atas individu dan firma yang menjalankan perniagaan dengan Iran atau dilihat membantu republik berkenaan memajukan program nuklearnya.

Langkah itu mewajibkan larangan perjalanan ke AS dan membekukan aset individu serta firma yang menyediakan teknologi untuk Teheran - daripada peluru getah hingga peralatan perisikan - yang digunakan untuk menekan penentang kerajaan.


Ia juga akan mengetatkan sekatan ke atas Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC), termasuk larangan perjalanan ke AS, pembekuan aset dan menyasarkan “sesiapa yang membantu secara material pasukan tentera elit itu.

Ia memerlukan firma yang bersaing untuk memperoleh kontrak kerajaan AS mendapat pengesahan bahawa mereka dan anak syarikat tidak menjalankan sebarang transaksi signifikan dengan IRGC atau sebarang entiti yang berkaitan dengannya.


Akta terkini itu juga membolehkan Presiden Barack Obama mengenakan sekatan baru ke atas mana-mana eksekutif kanan sesebuah firma yang berdepan dengan sekatan atas tindakan mereka berurusan dengan Iran.


Sekatan juga boleh dikenakan ke atas pemegang saham utama firma itu. - AFPmyMetro | AS perluas pelan hukum Iran:

'via Blog this'

Kerajaan nafi beri kebenaran wanita Arab Saudi kunjungi stadium saksi sukan

JEDDAH: Pegawai Kebajian Belia Arab Saudi menafikan laporan media mendakwa kerajaan membenarkan wanita memasuki stadium dan menyaksikan sesuatu perlawanan sukan.

Pengarahnya, Ahmad Rawzi, berkata jabatan itu setakat ini tidak mengeluarkan sebarang arahan berkenaan.


“Jika ada arahan rasmi membenarkan wanita memasuki stadium, ia mesti diumumkan pihak berkuasa,” katanya.

Kenyataan Ahmad itu dibuat sebagai reaksi terhadap laporan media mendakwa wanita dibenarkan menyaksikan perlawanan Kejohanan Bola Baling Lelaki Asia yang kini dilangsungkan di Jeddah.


Menurut Ahmad, wanita yang hadir menyaksikan perlawanan itu adalah wartawan dari beberapa akhbar harian tempatan.


“Wartawan wanita biasanya hadir dalam majlis sebegitu,” katanya. Sementara itu, seorang daripada wanita yang hadir menyaksikan perlawanan bola baling itu berkata, ia sangat simbolik walaupun jumlahnya tidak ramai.

Katanya, dia sangat gembira ketika pengacara televisyen - untuk kali pertama - mengalu-alukan kedatangan wanita ke perlawanan berkenaan.


“Saya masih ingat bagaimana pengacara lelaki itu memulakan pengumuman dengan berkata: Tuan-tuan dan puan-puan,” katanya.

Perlawanan pertama di kejohanan itu berlangsung di antara Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.


Penyelia kejohanan, Turki al-Khilaiwi, juga gembira apabila wanita Arab Saudi hadir untuk menyokong pasukan negara itu.


“Ini satu kemajuan dan menandakan wanita negara ini mungkin dibenarkan menyaksikan semua perlawanan selepas ini,” katanya. - AN

Israel tingkat operasi rahsia

TEL AVIV: Laporan terbaru mendedahkan, rejim Israel meningkatkan jumlah operasi rahsia seberang laut di beberapa negara seperti Sudan, Lubnan dan Iran sejak tahun lalu.

Akhbar Israel, Jurusalem Post, melaporkan kebanyakan butiran operasi itu dirahsiakan, termasuk jumlah sebenarnya.


“Bagaimanapun, menurut laporan asing, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) beroperasi di Sudan, Lubnan dan Iran,” kata Jurusalem Post.

Akhbar harian itu mendakwa, tentera Israel memiliki “sejumlah unit yang dikhususkan dalam operasi rahsia.” Menurut Jurusalem Post, Panglima Tentera Israel, Benny Gantz, pada Disember lalu menubuhkan “Kor Sulit” satu unit baru yang memantau operasi di tengah-tengah wilayah musuh.


Laporan itu disiarkan selepas pegawai Iran beberapa kali mendakwa Israel mendalangi serangan ganas ke atas saintisnya.


Pada 11 Januari lalu, saintis nuklear Iran, Mostafa Ahmadi Roshan, terbunuh selepas seorang penunggang motosikal melekatkan bom ke kereta dinaikinya. - Press TV

Mahmoud rasmi saluran televisyen terbaru berbahasa Sepanyol

TEHERAN: Presiden Mahmoud Ahmadinejad semalam melancarkan secara rasmi saluran berita berbahasa asing terbaru Iran yang menyasarkan penutur bahasa Sepanyol di seluruh dunia.

Mengadakan siaran 24 jam sehari, saluran HispanTV itu merancang “berhubung dengan jutaan penonton di Amerika Latin, Amerika Syarikat dan Eropah.


Saluran itu berikrar untuk mengamalkan ketelusan dalam programnya usaha mereka memperkenalkan realiti kebudayaan Iran, Timur Tengah dan Amerika Latin.

Ia menyertai saluran Press TV yang bersiaran menggunakan bahasa Inggeris tetapi operatornya di London kehilangan lesen pada Januari lalu atas alasan, kandungan editorialnya dikawal dari Teheran.


Selain Press TV dan Hispan TV, Iran juga membiayai saluran berbahasa Arab, al-Alam, dan tiga lagi saluran yang menawarkan program berbahasa Turki, Perancis dan Urdu.


Ketika di hujung ucapannya, Mahmoud mengakhiri perasmian itu dengan kata-kata: “Viva Espa�a, viva America Latina.” Menurut Teheran, siaran berbahasa asing itu bertujuan menangkis laporan berat sebelah ke atas Iran, terutama dari media Barat dan Arab. - AFPmyMetro | Mahmoud rasmi saluran televisyen terbaru berbahasa Sepanyol:

'via Blog this'

Bapa, ibu tiri kurung anak 9 tahun didakwa

BAITULMAQDIS: Pejabat Pendakwa Raya di Wilayah Tel Aviv semalam, memfailkan tuduhan ke atas pasangan Arab-Israel kerana mengurung anak mereka selama sembilan tahun.
Menurut dakwaan yang dibuat di Mahkamah Daerah Petah Tikva, ayah dan ibu tirinya, mengurung gadis yang berusia 20 tahun itu di dalam bilik mandi atau bilik kecil dalam tiga rumah yang berbeza di Tebing Barat.

Mereka dikatakan pertama kali mengurung gadis itu ketika usianya 11 tahun dan hanya dibenarkan keluar pada waktu malam untuk membersihkan rumah, membasuh pakaian dan memasak.

Bapanya didakwa memukul gadis itu dan kadang-kadang dibuat atas dorongan isterinya.

Pasangan itu juga dikatakan menggalakkan gadis itu untuk membunuh diri, malah berkata dia perlu menggunakan pisau cukur ayahnya untuk berbuat demikian.

Kedua-duanya akan didakwa kerana mendera kanak-kanak, mengurung dan percubaan mendesak seseorang untuk membunuh diri.

Bapa gadis itu ditahan oleh pasukan keselamatan Palestin di bandar Qalqilya di Tebing Barat, awal bulan ini.

Jurucakap pasukan keselamatan berkata, lelaki itu “membuat keputusan mengurung anaknya kerana bimbang menjadi mangsa penderaan seksual.”

Gadis itu dihantar ke khidmat sosial Palestin dan kemudian diserahkan kepada ibu kandungnya, seorang warga Palestin yang tingga di Tebing Barat dan bercerai dengan bapa anaknya beberapa tahun lalu.

Ibu tiri gadis itu ditahan di Israel. - AFPmyMetro | Bapa, ibu tiri kurung anak 9 tahun didakwa:

'via Blog this'

Asteroid 433 Eros paling dekat sejak 37 tahun

Asteroid 433 Eros paling dekat sejak 37 tahunSHAH ALAM - Asteroid 433 Eros berada pada kedudukan paling hampir dengan bumi sejak 37 tahun lalu di mana ia bergerak merentasi langit malam dalam buruj Leo, Sextans dan Hydra pada kedudukan kira-kira 26.7 juta kilometer.

Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara, asteroid bersaiz 34 kilometer ini dapat dilihat, walaupun menerusi teleskop kecil dengan kecerahannya sekitar magnitud lapan dan mencecah sehingga magnitud tujuh.

"Asteroid 433 Eros tidak pernah berada sedekat sekarang sejak 1975, melainkan akan berlaku semula, kemungkinan pada 2056.

"Kejadian kali ini memberikan peluang baik untuk melakukan pencerapan kerana ianya boleh membantu kita melakukan pengiraan jarak dari Bumi ke Matahari dengan lebih tepat," katanya dalam kenyataan semalam. Imej Asteroid 433 Eros dirakamkan pada 30 Januari 2012 menerusi teleskop berdiameter 20 inci di Observatori Negara Langkawi ini dijumpai pada 13 Ogos 1898, oleh ahli-ahli astronomi Carl Gustav Witt di Berlin dan Auguste Charlois di Nice.Asteroid 433 Eros paling dekat sejak 37 tahun - Nasional - Sinar Harian:

'via Blog this'

Lelaki ateis mahu bertaubat

Lelaki ateis mahu bertaubatJAKARTA - Seorang pengguna laman sosial, Facebook yang sebelum ini mencetuskan kemarahan orang Islam di Indonesia kerana tidak percaya dengan kewujudan Tuhan mungkin bakal berhadapan dengan dakwaan baru, menurut polis, semalam.

Ketua Polis Dharmasraya, Chairul Aziz berkata, Alexander Aan, 31, dituduh memalsukan dokumen kerana mengaku dirinya sebagai orang Islam semasa dia memohon jawatan sebagai penjawat awam.

Akhbar dalam talian, Padang Ekspres turut mendedahkan semasa Alexander disoal siasat polis, pemilik akaun ‘Ateis Minang’ itu telah menyatakan hasratnya untuk memeluk agama Islam dan menolak kepercayaan Ateisme.

“Dia mahu memeluk agama Islam dan bertaubat tetapi kami masih belum dapat memastikan bila dia akan melaksanakan perkara tersebut,” menurutnya.

Chairul berkata lagi, walaupun Alexander sudah insaf dan ingin bertaubat, dia tetap akan didakwa kerana menghina agama dan bakal berhadapan hukuman lima tahun penjara jika didapati bersalah. Sebelum ini, Majlis Ulama Indonesia (Mui) mendakwa Alexander telah mencemari kesucian agama Islam dengan menggunakan beberapa ayat dari Al-Quran untuk menolak kewujudan Tuhan yang dipaparkan menerusi halaman Facebook miliknya.Lelaki ateis mahu bertaubat - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Populasi di Jepun makin mengecil pada 2110

Populasi di Jepun makin mengecil pada 2110TOKYO - Populasi di Jepun dijangka akan mengecil kepada dua pertiga dari jumlah pada masa ini dalam tempoh seabad lagi, menurut laporan kerajaan, kelmarin.

Laporan Kementerian Kesihatan dan Kebajikan menunjukkan jumlah penduduk dijangka akan menurun dari 127.7 juta kepada 86.7 juta menjelang 2060 dan terus berkurangan 42.9 juta pada 2110 jika keadaan masih tidak berubah.

Unjuran oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Sosial dan Populasi Penduduk meramalkan secara purata hanya 1.35 bayi akan dilahirkan dalam tempoh 50 tahun lagi. Laporan itu juga menyebut bencana berganda di utara-timur Jepun, Mac lalu yang telah menyebabkan lebih 19,000 orang maut atau hilang tidak menjejaskan jangka hayat purata sebaliknya dijangka akan terus meningkat.Populasi di Jepun makin mengecil pada 2110 - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Mangsa kapal Costa Concorda tuntut pampasan RM1.3b

Tragedi kapal karam ragut tiga nyawaGIGLIO, Itali - Mangsa kapal pelayaran, Costa Concorda yang karam di perairan Itali dua minggu lalu menuntut pampasan AS$460 juta (RM1.3 bilion) daripada pemilik kapal, Costa Cruise Lines, lapor The Guardian.
Tuntutan pampasan dikemukan lebih dua minggu selepas nahas yang menyebabkan 17 penumpang maut dan sekurang-kurangnya 16 penumpang masih hilang.
Kapal itu karam pada 13 Januari lalu.
Seorang peguamdari New York, Mitchell Proner berkata, firmanya Proner & Proner, bersama gabungan beberapa peguam antarabangsa lain akan mewakili lebih 500 penumpang yang terlibat.
Beliau mengumumkan perincian awam mengenai tuntutan undang-undang yang difailkan di Florida, pada satu sidang media di Genoa, Italy, semalam, kata laporan BBC.
Syarikat kapal terbabitmembuat tawaran awal pampasan AS$14,460 (RM43,000) kepada penumpang kerana kehilangan bagasi dan trauma psikologi.
"Mereka mesti bertanggungjawab untuk apa yang mereka lakukan.
“Merekasengaja meletakkan penumpang yang berada dalam bahaya. Kami percaya bahawa kami boleh menang di Florida dan kita akan pergi sehingga mereka tidak tahu apa yang melanda mereka ... sama seperti kapal Concordia,” kata Mitchell.Mangsa kapal Costa Concorda tuntut pampasan RM1.3b - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

'Suara dari langit' terjawab

LangitSHAH ALAM - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) menafikan dengkuran kuat diselang seli bunyi nyaring frekuensi radio di Kota Semarahan pada 11 an 12 Januari lalu berpunca daripada High Frequancy Active Auroral Research Programme(HAARP) yang dijalankan di Amerika Syarikat.
Sebaliknya bunyi berkenaan datang daripada sebuah kilang kelapa sawit di Kampung Endap.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Fadillah Yusof berkata, kilang berkenaan telah membuat pengujian terhadap tekanan dandang secara automatik pada 11 dan 12 Januari 2012 sehingga menyebabkan kewujudan bunyi seolah-olah orang sedang menjerit dan mengejutkan penduduk kampung di sekitarnya.
“Ekoran itu, Mosti telah menubuhkan satu jawatankuasa Siasatan Ngauman Langit (Sky Roar) dikendalikan Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM). Siasatan mendapati aduan beberapa penduduk berkaitan bunyi yang tidak diketahui bukan seperti yang disangka.
“Ia juga tiada kaitan dengan gempa bumi di Sumatra dan High Frequancy Active Auroral Research Programme(HAARP) yang dijalankan di Amerika Syarikat,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Dalam laporan muka depan Sinar Harian 21 Januari lalu, mengatakan bunyi berkenaan berkait dengan HAARP, iaitu program penyelidikan ionosfera dan dinaungi sepenuhnya oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA).
DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat.
HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca.
Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research Instrument (IRI).
Fadillah berkata, pihaknya telah melakukan beberapa siasatan dengan menemu bual saksi-saksi kejadian, orang kampung dan membuat siasatan mengenainya serta mendapatkan khidmat pakar untuk menganalisis bunyi itu.
Bagi membuktikan kebenaran ini, katanya, Penolong Pengurus kilang, Yusmizan Desa mengakui kilangnya ada melakukan penentu kuran secara berkala yang melibatkan perlepasan wap secara besar-besaran dan menghasilkan tekanan sehingga muncul ‘Nyauman Langit’.
“Yusmizan memberitahu pihak kami tujuan perlepasan tekanan dandang dilakukan semasa aktiviti pemprosesan kelapa sawit. Kami diberi penjelasan melalui corong lepasan wap ke arah kampung itu dan mereka juga melakukan demonstrasi untuk membuktikan perkara ini.
“Pihak kami dan juga saksi-saksi, terutama penduduk kampung telah berpuas hati dengan demonstrasi itu. Begitu pun, kami masih menjalankan analisis secara saintifik untuk mengkaji frekuensi itu,” katanya.'Suara dari langit' terjawab - Nasional - Sinar Harian:

'via Blog this'

Tahanan Palestin nekad mogok lapar

Khader AdnanTEL AVIV - Tahap kesihatan seorang pejuang Palestin yang berada dalam tahanan Israel dilaporkan semakin merosot selepas dia nekad untuk melakukan mogok lapar selama 46 hari, menurut aktivis antarabangsa, kelmarin.

Ketua gerakan Jihad Islam di Tebing Barat, Khader Adnan, 34, telah ditahan oleh tentera rejim Zionis pada 17 Disember lalu dan dipenjarakan tanpa melalui sebarang proses perbicaraan yang adil.

Adnan yang berang dengan tindakan melulu Israel kerana memenjarakannya tanpa sebab bertekad melakukan protes dengan memutuskan untuk mogok lapar sehari selepas dia ditahan di bawah ‘tahanan pentadbiran’ rejim Zionis itu.

Sebuah kumpulan aktivis hak asasi manusia mula menyuarakan kebimbangan mereka dengan menyatakan kesihatan dan sistem tubuh Adnan akan semakin terjejas jika dia masih berdegil untuk meneruskan mogok lapar tersebut. Bagamainapun, dalam satu kenyataan, jurucakap perkhidmatan penjara Israel, Sivan Weizman berkata, doktor di pusat tahanan itu kini sedang memantau tahap kesihatan Adnan dan dia dilaporkan stabil.Tahanan Palestin nekad mogok lapar - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Naikkan harga minyak 44%

JAKARTA 31 Jan. - Naib Menteri Tenaga Indonesia, Widjajono Partowidagdo berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk meningkatkan harga minyak sehingga 44 peratus pada tahun ini.
Menurut beliau, tindakan itu diambil bagi mengurangkan beban kerajaan yang menanggung subsidi tinggi dan menumpukan kepada pembangunan infrastruktur.
"Idea itu telah mendapat sokongan daripada orang awam, ahli akademik, ahli perniagaan dan beberapa penggubal undang-undang," tambah Widjajono.
Namun di Indonesia, sebarang kenaikan harga minyak memerlukan perubahan dalam undang-undang dan kelulusan Parlimen serta Presiden.
Beberapa penggubal undang-undang turut menentangnya kerana bimbang akan melonjakkan inflasi serta menyebabkan ketegangan sosial.
Harga minyak subsidi di Indonesia pada ketika ini ialah 4,500 rupiah (RM1.52) seliter, hampir separuh daripada harga sebenar dan antara terendah di Asia.
Kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak 161.8 trilion rupiah (RM55 bilion) setahun dan pakar ekonomi berpendapat, lebih baik wang itu digunakan untuk memperbaiki infrastruktur yang teruk di negara ini.
"Kami akan meningkatkan harga minyak antara 1,000 hingga 2,000 rupiah (34 sen hingga 68 sen) tahun ini. Namun peningkatan itu akan dibincangkan terlebih dahulu di Parlimen," kata Widjajono. - REUTERSUtusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Ki-moon desak Palestin-Israel kembali berunding

AMMAN 31 Jan. - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon, hari ini memulakan misi damai Asia Barat bagi meningkatkan tekanan ke atas kepimpinan Palestin dan Israel untuk kembali ke rundingan secara terus.
Menurut pegawai, Ki-moon akan mengadakan rundingan di Amman dengan Raja Abdullah II dan Menteri Luar Jordan, Nasser Judeh.
Beliau juga dijangka menghadiri pertemuan utama esok dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Baitulmaqdis dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas di Tebing Barat.
Rundingan terus Palestin-Israel terhenti sejak September 2010. Kedua-dua pihak itu bertemu di sini bulan ini, tetapi rundingan masih tidak mencapai sebarang perkembangan.
"Kehadiran saya pada ketika ini amat penting. Saya akan menggalakkan pihak terlibat supaya bersungguh-sungguh mengadakan rundingan dan mewujudkan persekitaran positif agar kemajuan dapat dicapai," katanya pada satu sidang media di New York minggu lalu.
Menurut pegawai PBB, Ki-moon juga akan bertemu Presiden Israel, Shimon Peres serta beberapa pegawai dari kedua-dua pihak sepanjang kunjungannya.
Ketua Polisi Luar Kesatuan Eropah (EU), Catherine Ashton minggu lalu berkunjung ke Baitulmaqdis dan Ramallah bagi mendesak Netanyahu serta Abbas menyambung semula rundingan terus. Diplomat berkata, Amerika Syarikat (AS) juga meletakkan tekanan diplomatik ke atas Palestin dan Israel.
PBB merupakan antara Kuartet diplomatik yang menjadi pengantara rundingan damai Asia Barat bersama-sama EU, Rusia dan AS.
Palestin menghentikan rundingan terus pada 2010 sebagai membantah keengganan Israel untuk melanjutkan tempoh pembekuan sementara projek pembinaan rumah haram Yahudi di wilayahnya.
Ketika kuasa-kuasa antarabangsa terus mengutuk tindakan Israel tersebut, kebuntuan itu digunakan Palestin untuk mendapatkan pengiktirafan antarabangsa yang menyokong Palestin sebagai negara bebas selain permohonan sebagai anggota penuh PBB. - AFPUtusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Pemberontak Karen harap kedamaian kekal dengan Myanmar

WANITA Karen mengantungkan kalungan bunga kepada tentera KNU semasa sambutan ulang tahun ke-63 Hari Revolusi Karen di kampung Oo Kray Kee di negeri Karen, dekat sempadan Thai-Myanmar, semalam. - AFP
BANGKOK 31 Jan. - Presiden Kesatuan Karen Kebangsaan (KNU), Saw Tamla Baw hari ini menggesa pengikutnya agar terus berdoa agar rundingan damai dengan kerajaan Myanmar mencapai kejayaan namun tetap 'bersedia untuk sebarang kemungkinan buruk'.
Pada 12 Januari lalu, KNU menandatangani perjanjian gencatan senjata dengan kerajaan di Pa-an, ibu kota Karen selepas berpuluh-puluh tahun konflik perang saudara.
"Perjanjian tersebut merupakan satu langkah awal dalam rancangan ke arah gencatan senjata, keamanan dalaman, perdamaian negara, pindaan perlembagaan 2008 dan penubuhan sebuah kesatuan sejati.
"Masih banyak yang diperlukan untuk mencapai keamanan yang kukuh. Saya mengingatkan anda semua agar terus berfikiran kritis dan berharap yang terbaik tanpa ragu-ragu tetapi dalam pada masa yang sama, bersedia menghadapi sebarang kemungkinan buruk," katanya.
Dalam pada itu, lebih 200 pemberontak KNU berkumpul di perkampungan Oo Kray Kee hari ini sebagai memperingati ulang tahun ke-63 perjuangan revolusi mereka.
"Walaupun perjuangan revolusi KNU telah berlarutan selama 63 tahun, kami tetap akan meneruskannya selagi tidak mencapai matlamat yang diidamkan oleh seluruh warga Karen iaitu kebebasan dan keamanan," ujar Baw.
Selain itu, pemimpin kumpulan pemberontak tersebut Baw menjelaskan keamanan dapat dicapai berdasarkan 'pemikiran luas' Presiden Thein Sein yang mula berkuasa pada Mac tahun lalu.
Sejak 16 tahun lalu, pergolakan di Karen telah menyebabkan lebih 145,000 warganya melarikan diri ke kem-kem pelarian di negara jiran Thailand.
Selain menandatangani perjanjian awal dengan KNU, kerajaan Myanmar turut membuat perkara yang sama dengan kumpulan pemberontak Shan dan Chin. Bulan ini menyaksikan kerajaan mengemukakan perjanjian gencatan senjata dengan Pertubuhan Kemerdekaan Kachin, namun gagal.
Demokrasi Barat sebelum ini menggesa Myanmar agar menghentikan penentangan terhadap kumpulan pemberontak sebagai satu daripada syarat untuk mewujudkan hubungan positif di antara pro-ketenteraan dengan bekas-bekas jeneral. - dpa

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Sukar tidur amat berisiko

LONDON 31 Jan. - Satu kajian baru mendapati, golongan yang sukar tidur malam berisiko enam kali lebih tinggi menghidap kencing manis dan penyakit jantung.
Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature Genetics itu sekali gus memperlihatkan kesan lebih serius akibat gangguan tidur selain keletihan dan cepat marah.
Penyelidikan melibatkan hampir 20,000 koresponden itu mendapati, simptom-simptom kencing manis boleh dilihat pada seseorang individu yang mengalami gangguan tidur hanya selama tiga malam.
Penemuan terbaru itu boleh menjelaskan kajian sebelum ini yang menunjukkan mengapa individu yang bekerja pada waktu malam lebih terdedah kepada kencing manis jenis 2 dan penyakit jantung.
Saintis berkata, protein yang rosak dikenali sebagai MT2, boleh menganggu hubungan antara kitaran biokimia, fisiologi dan kelakuan dengan pengeluaran hormon insulin, mengakibatkan kawalan luar biasa kepada paras gula dalam darah yang digelar kencing manis jenis 2.
Profesor dari Kolej Imperial London, Philippe Froguel berkata, kawalan gula dalam darah merupakan satu daripada kebanyakan proses yang mengawal kitaran biologi badan.
"Kajian ini boleh memahamkan kita tentang bagaimana genetik yang membawa komponen utama dalam kitaran badan, boleh mempengaruhi risiko kencing manis individu tertentu.
"Kita juga dapat mengenal pasti jenis genetik MT2 yang sangat jarang ditemui yang membawa kesan lebih besar berbanding jenis biasa yang ditemui sebelum ini," katanya.
Pengarah Pusat Diabetes United Kingdom, Dr Iain Frame berkata, kajian genetik seperti yang dilakukan itu sangat berguna kerana ia menjelaskan bagaimana bentuk genetik seseorang boleh mempengaruhi risiko mereka menghidap kencing manis jenis 2.
"Risiko kepada penyakit itu tidak dikawal oleh satu genetik. Kita juga tahu perubahan genetik lain seperti faktor cara hidup besar kemungkinan boleh memberi kesan kepada keadaan kompleks ini," katanya. - AGENSIUtusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Obama akui guna drone

WASHINGTON 31 Jan. - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam mengesahkan pesawat tanpa juruterbang atau drone AS telah membedil kedudukan Taliban dan al-Qaeda di wilayah Pakistan, kali pertama operasi seumpama itu diakui secara rasmi oleh Washington.
Obama ditanya mengenai penggunaan drone oleh pentadbirannya dalam perbualan dengan pengguna web di Google+ dan YouTube.
"Banyak serangan itu dilancarkan di FATA iaitu Kawasan Kabilah Pentadbiran Persekutuan di Pakistan.
"Sebahagian besarnya adalah serangan yang sangat tepat ke atas kedudukan al-Qaeda dan sekutunya, dan kita sangat berhati-hati dalam menggunakan pesawat itu," jawab Obama.
Presiden itu mengesahkan zon kabilah yang berada di luar kawalan kerajaan Pakistan menjadi sasaran serangan drone, apabila beliau menjelaskan banyak serangan dilancarkan ke atas militan al-Qaeda di kawasan yang sukar ditembusi oleh tentera negara itu.
Pegawai AS berkata, kawasan kabilah Pakistan menjadi tempat berlindung bagi militan Taliban yang memerangi kerajaan pusat di Afghanistan sejak 10 tahun lalu, kumpulan al-Qaeda yang merancang serangan ke atas Barat, militan Taliban Pakistan yang kerap melancarkan serangan bom di Pakistan dan pejuang asing lain.
Sejumlah 64 serangan peluru berpandu AS (dengan drone) dilaporkan di kawasan kabilah Pakistan pada tahun lepas, menurun daripada 101 yang dilaporkan pada 2010, menurut kiraanAFP.
Sebuah badan penganalisis berkecuali di Washington, New America Foundation berkata, serangan drone di Pakistan sejak lapan tahun lalu membunuh sekurang-kurangnya 1,715 orang, dan mungkin seramai 2,680 orang.
AS sebelum ini enggan membincangkan serangan tersebut secara terbuka, tetapi program drone kendalian Agensi Perisikan Pusat (CIA) itu telah dipertingkatkan secara mendadak ketika pentadbiran Obama merancang untuk mengundurkan semua askar tempur asing dari Afghanistan menjelang akhir 2014.
Pada Oktober lalu, Setiausaha Pertahanan AS, Leon Panetta mengakui kewujudan program drone CIA itu tetapi tidak menyatakan sama ada serangan dilancarkan di Pakistan. - AFPUtusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Imej mumia berpenyakit kanser



IMEJ mumia yang dikesan mempunyai kes penyakit kanser prostat.


LISBON, Portugal - Satu mumia yang mempunyai kes kanser prostat dan hidup pada zaman Mesir purba dipamerkan di sini sejak Isnin lalu.

Seorang profesor Amerika Syarikat dari Universiti Amerika di Kaherah, Mesir, Salima Ikram menyatakan, penemuan penyakit kanser prostat itu pada mumia berusia 2,200 tahun lalu itu menunjukkan penyakit tersebut berpunca daripada genetik dan bukan disebabkan alam sekitar.

Menurutnya, mumia itu adalah seorang lelaki berusia 40-an.

Mumia itu adalah yang kedua di dunia yang diketahui menghidap penyakit tersebut.

Menurut satu kenyataan universiti itu, kes penyakit itu yang paling tua adalah daripada tulang berusia 2,700 tahun yang merupakan milik seorang raja di Rusia. - AgensiKosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Monteiro menang ratu cantik gemuk

BEBERAPA peserta pertandingan Ratu Cantik Tambahan Saiz termasuk Barbara Monteiro (kanan).

SAO PAULO, Brazil - Seorang wanita yang mempunyai tubuh yang gempal, Barbara Monteiro menang pertandingan Ratu Cantik Tambahan Saiz di sini kelmarin, lapor agensi berita AP.
Dia mewakili negeri Mato Grosso do Sul dalam pertandingan yang disertai sejumlah peserta termasuk ibu yang memiliki tubuh yang besar.
Dalam pertandingan itu, para peserta turut bertanding dengan memakai pakaian bikini. - AgensiKosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Bilangan haiwan kurang kerana ular sawa

BEBERAPA penyelidik Universiti Florida memegang seekor ular sawa seberat 73.6 kilogram di Taman Negara Everglades, Florida pada 14 November 2009.

WEST PALM BEACH, Amerika Syarikat (AS) - Hasil satu kajian kelmarin mendapati populasi rakun, oposum, kucing hutan dan mamalia lain hampir pupus di Taman Negara Everglades, Florida dan kawasan sekitarnya kerana dibaham ular sawa bersaiz besar terutamanya ular sawa Burma.
Kajian tersebut yang disiarkan dalam Pembentangan Akademi Sains Kebangsaan kelmarin mendapati terdapat pengurangan drastik hingga 99 peratus dalam bilangan mamalia bersaiz sederhana di Everglades yang banyak dihuni ular sawa.
Menurut laporan berkenaan, kebanyakan ular sawa itu merupakan haiwan peliharaan yang dibuang kerana menjadi terlalu besar.
Saintis-saintis bimbang ular-ular sawa itu akan menjejaskan rantaian makanan di Everglades, negeri Florida sekali gus merosakkan imbangan alam sekitar dalam bentuk yang sukar untuk diramalkan.
"Kesan kemerosotan populasi mamalia ke atas keseluruhan ekosistem Everglades yang melangkaui sempadan taman negara adalah mendalam," kata seorang pengarang bersama kajian berkenaan dari Universiti Virginia Tech, John Willson.
Puluhan ribu ekor ular sawa Burma yang berasal dari Asia Tenggara, dipercayai hidup dan membiak dengan cepat kerana iklim panas lembap di Everglades.
Ular sawa Burma boleh membesar hingga 8 meter panjang dan berat lebih 90 kilogram dengan ia mampu membaham haiwan bersaiz besar termasuk buaya.
Perkhidmatan Taman Negara AS merekodkan sebanyak 1,825 ular sawa itu telah ditangkap di sekitar Taman Negara Everglades sejak tahun 2000.
Antara yang terbesar setakat ini adalah seekor ular sawa Burma sepanjang lima meter dengan berat sekitar 70kg dan sepanjang lima meter yang ditangkap pada awal bulan ini. - AgensiKosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Hampir 100 maut di Syria


GAMBAR diperoleh semalam menunjukkan askar-askar Syria yang belot dan
 menyertai Tentera Pembebasan Syria yang dianggotai penduduk awam
 bagi menentang pemerintahan Presiden Syria, Bashar Al-Assad di Idlib, Syria.
DAMSYIK - Pihak penentang di Syria mengisytiharkan "hari perkabungan dan kemarahan" selepas hampir 100 orang kebanyakannya penduduk awam dilaporkan terkorban dalam tindakan ketenteraan pemerintah Syria menjelang resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) lewat semalam.
Mereka yang terkorban itu adalah akibat pertempuran antara penduduk tempatan yang bangkit menentang pemerintah Syria dengan tentera negara ini.
Majlis Kebangsaan Syria (SNC) dalam satu kenyataan di muka surat Facebooknya menyelar masyarakat antarabangsa kerana lambat bertindak bagi melindungi orang awam dengan "apa jua cara".
Ia meminta "hari perkabungan dan kemarahan" diadakan semalam untuk memperingati mangsa pembunuhan beramai-ramai dan menggesa pihak masjid dan gereja menyokong perjuangan rakyat dengan mengadakan solat dan membunyikan loceng.
Rayuan tersebut dibuat ketika Setiausaha PBB, Ban Ki-moon berada di Jordan untuk berbincang tentang pelan damai Asia Barat.
Ki-moon dalam satu kenyataan memberitahu, beliau berharap persidangan Majlis Keselamatan berhubung krisis Syria akan membuahkan hasil supaya badan tersebut dapat memenuhi harapan masyarakat antarabangsa.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton mengetuai kuasa Barat untuk memberi tekanan kepada Rusia supaya menyokong tindakan Majlis Keselamatan untuk menghentikan operasi tentera Syria terhadap orang awam yang menyebabkan 5,400 orang terbunuh sejak 10 bulan lalu.
Draf resolusi itu meminta Presiden Syria, Bashar Al-Assad menyerahkan kepimpinannya kepada timbalannya. - AgensiKosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'