Monday, March 28, 2011
gambar gempa bumi di Myanmar
Gambar Gempa Bumi di Myanmar 2011
Gambar Gempa Bumi di Myanmar 2011
Gambar Gempa Bumi di Myanmar 2011
Gambar Gempa Bumi di Myanmar 2011
Gambar Gempa Bumi di Myanmar 2011
Gambar Gempa Bumi di Myanmar 2011
Gambar Gempa Bumi di Myanmar 2011
Gambar Gempa Bumi di Myanmar 2011
Gambar Gempa Bumi di Myanmar 2011
Gambar Gempa Bumi di Myanmar 2011
Gambar Gempa Bumi di Myanmar 2011
Gambar Gempa Bumi di Myanmar 2011
Gambar Gempa Bumi di Myanmar 2011
Gambar Gempa Bumi di Myanmar 2011
Gambar Gempa Bumi di Myanmar 2011
Kebocoran air radioaktif di loji Fukushima merebak
Berita Harian Online
2011/03/28
OSAKA: Air dengan radioaktif tahap tinggi bocor dari satu turbin reaktor di loji nuklear Fukushima Daiichi di Jepun, sekali gus menambah kebimbangan cecair itu meresap ke persekitaran.Pegawai Tokyo Electric Power (TEPCO) berkata air terbabit yang ditemui di terowong bawah tanah yang menghubungkan reaktor nombor dua di loji berkenaan menunjukkan bacaan radiasi melebihi 1,000 milisievert sejam.
Dianggarkan terdapat beribu meter padu air itu di torowong terbabit.
“Kami perlu memeriksa jika air berkenaan boleh mengalir terus ke laut," katanya.
Setiap bangunan turbin reaktor dihubungkan dengan terowong penyelenggaraan yang cukup besar untuk pekerja berjalan melaluinya.
Dalam kes terowong reaktor nombor dua, air berkenaan meningkat hampir satu meter ke paras atas terowong setinggi 15.9 meter itu yang terletak 55 meter dari laut, menyebabkan kebimbangan ia akan melimpah.
Semalam, paras iodine radioaktif 1,850 kali ganda daripada had yang dibenarkan undang-undang dikesan dalanm air laut beberapa meter dari pantai tetapi pihak berkuasa menolak ia memberi ancaman segera terhadap kehidupan marin dan keselamatan makanan laut.
Sebelum ini, radiasi melebihi 1,000 milisievert sejam dikesan pada air dalam bangunan turbin reaktor nombor dua, sekali gus melengahkan kerja membaikpulih sistem penyejukan bagi memulihkan kawalan terhadap loji nuklear berkenaan. - AFP
Pentingnya Solat Istikharah dalam kehidupan harian kita
Oleh: Ismail Abu Bakar
(Petikan dari http://darussyifa.org/index.php)
Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.
Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;
Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:
“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”
Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.
Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar.
Kisah-1
Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.

Kisah-2
Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Show room untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.

Kisah-3
Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.

Kisah-4
Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah.

Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.
Kisah -5
Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000. Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar. Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.

Kisah-6
Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa “Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna”. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.

Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikharah ini.
Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000. Bayaran balik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut macam-macam perkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah tersebut, pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat dan memudahkan segala urusan. Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah, Alhamdulillah segala urusan menjadi mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebih awal daripada yang dijangkakan.
Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita, jauhilah segala bentuk pinjaman yang ada unsur-unsur riba’ seperti dari sistem konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam semoga Allah memberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya sepanjang tempoh pinjaman di buat. Yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.
Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;
- Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
- Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
- Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
- Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
- Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).
Terjemahan Doa’ :
Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada kita semua.
Wallah hu ‘alam
Wallah hu ‘alam
Cara Membuka Pintu Rezeki
Dato’ Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata …..
” setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup atau telah tiada )”……… nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…
Berdasarkan Hadith Nabi :
“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”
Huraian hadith:
jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. …tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua k ita , termasuk guru2 k ita dan mereka yang banyak menolong k ita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah"
Cara Membuka Pintu Rezeki | Me, The Muslimah: "
Orang tidak solat dibangkitkan seperti babi hutan yang hitam
Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”
Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya. ” Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya.
Setelah mengikut orang itu,maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.” Kemudian RasulullahS. A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah W.T, kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”
Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak.
Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”
Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”
Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk solat
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama…
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk solat
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama…
Maka inilah balasannya”.
Bandar pemburuan paus musnah
AYUKAWA (Jepun): Gambar yang diambil pada 24 Mac lalu ini menunjukkan pemandangan sebuah bandar pemburuan ikan paus, Ayukawa, di wilayah Miyagi.Usaha pemburuan haiwan yang semakin pupus di perairan bandar itu sudah berdekad lamanya berupaya melawan kemarahan kumpulan- kumpulan pencinta alam sekitar, namun ia tidak berdaya melawan pukulan tsunami yang membinasakan industri itu, mungkin untuk selama-lamanya.Sebagai salah satu daripada empat masyarakat di Jepun yang masih memburu dan memakan daging paus, kini hanya ada satu syarikat yang masih beroperasi di bandar ini iaitu Ayukawa Whaling.Namun, tsunami pada 11 Mac lalu telah meranapkan sebahagian besar Ayukawa, di pantai timur laut Jepun, memusnahkan 80 peratus rumah dan menyebabkan 400 daripada 1,400 penduduknya hilang.Tsunami itu juga merosakkan kemudahan simpanan Ayukawa Whaling dan merosakkan beberapa kapal pemburuannya.Jepun masih terus memburu ikan paus yang makin pupus atas alasan 'kajian saintifik', namun banyak daging haiwan itu yang akhirnya dijual secara terbuka di kedai-kedai dan restoran. -- AFP.
Pemberontak Libya mara
SEORANG anggota tentera pemberontak mengibarkan bendera Libya ketika berjalan di hadapan kereta kebal yang musnah dibedil dalam serangan udara Tentera Bersekutu di bandar Ajdabiya, kelmarin. - AFP |
BENGHAZI 27 Mac - Pemberontak Libya hari ini meneruskan kemaraan selepas menawan semula empat bandar utama daripada tentera Muammar Gaddafi dalam kemenangan pertama mereka sejak kuasa Barat melancarkan serangan udara.
Pemberontak yang sebelum ini berada di ambang kekalahan di kubu kuat mereka, Benghazi di timur Libya sebelum serangan tentera bersekutu dilancarkan pada 19 Mac lalu, menawan semula Ajdabiya dan Brega, 160 dan 240 kilometer ke barat, semalam sebelum kembali menguasai bandar minyak Ras Lanuf hari ini.
Bandar Bin Jawad, kira-kira 50 kilometer ke selatan Ras Lanuf turut berjaya di tawan hari ini selepas mengambil kesempatan daripada serangan udara Perancis yang memusnahkan kereta kebal tentera Gaddafi.
Mendapat dorongan daripada serangan udara itu, mereka hari ini mensasarkan pekan Al-Bisher, 30 kilometer lagi ke barat, di jalan menghala ke bandar kelahiran Gaddafi, Sirte.
Di Tripoli, jurucakap kerajaan Mussa Ibrahim malam tadi berkata, serangan udara tentera bersekutu bukan sekadar membunuh askar tetapi juga penduduk awam di sepanjang jalan di antara Ajdabiya dan Sirte.
"Malam ini serangan udara ke atas negara kami diteruskan dengan sehebat-hebatnya dan kami mengalami banyak korban jiwa di kalangan anggota tentera dan orang awam," kata Ibrahim.
Beliau mengulangi seruan supaya gencatan senjata diisytiharkan dan sidang tergempar diadakan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang meluluskan campur tangan ketenteraan itu bagi menghalang rejim Gaddafi daripada menyerang penduduk awam.
Namun Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Robert Gates dalam wawancara disiarkan hari ini menuduh tentera Gaddafi menempatkan mayat 'penduduk yang dibunuhnya' di lokasi serangan udara tentera bersekutu, bagi menggambarkan seolah-olah merekalah mangsa serangan itu.
Serangan udara tentera bersekutu itu diperhebatkan semalam dengan 160 misi serangan, berbanding 153 kelmarin, menurut Pentagon.
Di barat Libya, jet pejuang Perancis memusnahkan sekurang-kurangnya lima pesawat perang dan dua helikopter tentera Gaddafi di kawasan Zintan dan Misrata semalam, sementara lima kereta berperisai Libya di musnahkan dalam serangan udara pesawat Britain di Ajdabiya dan Misrata kelmarin.
Semalam, pemberontak dengan bantuan bedilan udara Barat itu membanjiri Ajdabiya, di mana kereta kebal dan kenderaan tentera yang musnah berselerak di jalan raya. - AFP
7 maut kekacauan di Syria
PARA penyokong Presiden Bashar al-Assad berarak di ibu kota Damsyik sebagai tindak balas terhadap protes anti kerajaan, kelmarin. - REUTERS |
DAMSYIK 27 Mac - Keganasan yang meragut nyawa meletus lagi di Syria semalam apabila tujuh orang dilaporkan terbunuh termasuk dua yang ditembak mati oleh penembak curi manakala penunjuk perasaan membakar sebuah pejabat Parti Baath pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Keganasan itu berlaku pada hari ke-12 protes di Syria, negara yang dikenali kerana kawalan keselamatan yang sangat ketat.
Pihak berkuasa bagaimanapun membebaskan 260 tahanan politik dalam usaha untuk meredakan kemarahan penunjuk perasaan, yang mengenakan tekanan paling hebat ke atas Assad sejak beliau mengambil alih kuasa pada 2000.
Pegawai mengesahkan 27 terbunuh, 20 daripadanya penunjuk perasaan, dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dengan pasukan keselamatan di beberapa bandar termasuk Homs, Sanamen, Daraa dan Latakia sejak protes bermula pada 15 Mac.
Aktivis bagaimanapun berkata, angka kematian melebihi 126 orang, termasuk lebih 100 yang maut pada Rabu lalu apabila pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan di Daraa, bandar selatan yang telah menjadi simbol protes antirejim.
Di bandar pelabuhan Latakia, 350 kilometer ke barat laut Damsyik, aktivis mendakwa sekurang-kurangnya tujuh orang maut termasuk dua yang dibunuh oleh penembak curi semasa protes besar-besaran lewat semalam.
Di Tafas, ke selatan ibu negara, penduduk membakar sebuah balai polis dan ibu pejabat Parti Baath cawangan tempatan.
Di Daraa, bersempadan dengan Jordan, kira-kira 300 pemuda memanjat runtuhan patung bapa Bashar al-Assad, Hafez al-Assad sambil melaungkan slogan antirejim.
Penunjuk perasaan di Daraa meruntuhkan patung itu kelmarin sebelum membakar kediaman bekas gabenor, yang dipecat selepas tunjuk perasaan awal bulan ini.
Kerajaan Assad mengumumkan pelbagai pembaharuan untuk meredakan kemarahan penunjuk perasaan, termasuk kemungkinan menarik balik perintah darurat yang dikenakan sejak 1963, tetapi aktivis berikrar untuk meneruskan protes sehingga tuntutan mereka bagi mendapatkan kebebasan lebih luas dipenuhi. - AFP/dpa
Paras radiasi terlampau di reaktor Fukushima
KITAKAMI 27 Mac - Paras radiasi yang terlampau tinggi dikesan dalam air yang bocor dari sebuah reaktor di loji nuklear Fukushima, timur laut Jepun hari ini, memberi tamparan terbaru kepada usaha untuk menamatkan krisis di kompleks yang rosak teruk dalam gempa bumi dan tsunami baru-baru ini.
Operator loji, Tokyo Electric Co. (TEPCO) berkata, petugasnya telah mengesan paras radiasi 10 juta kali lebih tinggi daripada biasa dalam air yang bocor di reaktor No. 2, sementara wap putih terus kelihatan daripada loji tersebut.
Paras radiasi didapati 1,000 milisievert sejam, memaksa pekerja dikeluarkan dari bangunan turbin reaktor kerana keadaan terlalu berbahaya untuk mereka terus berada di sana, kata TEPCO.
"Paras radiasi terlalu tinggi dan besar kemungkinan air bocor daripada reaktor," kata jurucakap agensi keselamatan nuklear, Hidehiko Nishiyama mengenai bacaan terbaru itu.
Satu dos 1,000 milisievert boleh menyebabkan sakit radiasi sementara termasuk loya dan muntah-muntah.
Pendedahan kepada 100 milisievert setahun dianggap paras terendah yang boleh menunjukkan kenaikan risiko dihidapi kanser.
Ketika timbul kebimbangan mengenai kebocoran kolam rod tenaga atau kebocoran injap dan paip kolam itu, ketua jurucakap kerajaan, Yukio Edano mengakui kemajuan untuk mengawal loji itu kurang menggalakkan.
"Kami mahu memberikan gambaran lebih jelas tentang bila krisis ini akan diselesaikan, tetapi saya tidak boleh bersikap lebih optimis daripada realiti yang berlaku," katanya.
Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Yukiya Amano turut memberi amaran, krisis nuklear Jepun mungkin berlarutan selama berminggu-minggu, kalau tidak berbulan-bulan, memandangkan loji itu mengalami kerosakan teruk. - AFP

6 orang awam maut ditembak
DERAA: Pasukan keselamatan Syria didakwa membunuh enam orang awam dalam tempoh dua hari ketika negara itu berdepan protes rakyat di bandar pelabuhan Latakia.
Aktivis reformasi yang berada di luar negara, Ammar Qurabi, berkata sekurang-kurangnya dua dibunuh di Latakia apabila pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan yang cuba membakar bangunan Parti Baath.
“Saya berhubung dengan penduduk Syria menggunakan tiga telefon bimbit dan Internet,” katanya.
Jumaat lalu, pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan di bandar Deraa. - Reuters

Tentera masuk Latakia
DAMSYIK: Tentera Syria semalam memasuki bandar Latakia selepas penembak tepat membunuh empat orang awam dan meningkatkan lagi ketegangan di negara itu yang bergelut dengan tuntutan reformasi.
Akhbar prokerajaan, al-Watan, melaporkan tentera itu dikerah ke bandar itu bagi menamatkan ‘kemusnahan dan pembunuhan.’ Akhbar sama melaporkan, dua anggota keselamatan dibunuh kelmarin dan 70 tentera kerajaan cedera di bandar terletak 350 kilometer di barat daya Damsyik itu.
Seorang pegawai kanan Syria berkata, penembak tepat membunuh dua mangsa pada kelmarin.
Setakat ini pihak berkuasa menuduh pelarian Palestin dari kem berhampiran cuba mencetuskan ketegangan di antara penganut Kristian, Islam dan Alawiyyah - berfahaman Syiah - di Latakia yang didiami kira-kira 450,000 orang.
Pertumpahan darah kelmarin adalah keganasan terbaru melanda Syria sejak negara itu berdepan kebangkitan rakyat menuntut reformasi menyeluruh pada 15 Mac lalu.
Protes besar-besaran itu memberi tekanan besar kepada Presiden Bashar al-Assad dan Parti Baath yang memerintah Syria dengan dasar kuku besi selama hampir lima dekad.
Pegawai kerajaan mengesahkan 28 orang terbunuh di seluruh negara sejak protes bermula, tetapi aktivis mendakwa, korban sebenar mencapai 126 orang.
Penunjuk perasaan mendakwa, 100 orang terbunuh dalam keganasan pihak berkuasa di Deraa pada Rabu lalu.
Akhbar harian kerajaan, Tishrin, melaporkan 150 orang cedera dalam keganasan di Latakia pada Jumaat dan kelmarin. - AFP

Ras Lanuf tumbang
SEMAKIN MARA...seorang pejuang pemberontak berjalan dalam kawasan terminal petroleum yang ditawan mereka di Zueitina, 850 kilometer di timur Tripoli, semalam. |
SUKAR DIKENALI...sebahagian daripada mayat tentera Gaddafi yang rentung diangkut dengan lori ketika pasukan keselamatan meninggalkan bandar Ajdabiya di timur Libya, semalam. |
RAS LANUF: Sebuah lagi bandar jatuh ke tangan pejuang pemberontak semalam dan mereka dilaporkan terus mara ke arah barat sambil menghambat tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi.
Menurut saksi, keseluruhan bandar Ras Lanuf kini dikuasai pemberontak.
“Semua pos pemeriksaan kini dikendalikan pemberontak,” katanya.
Ras Lanuf terletak 370 kilometer di barat kubu kuat pemberontak, Benghazi, dan 210 kilometer dari Ajdabiya - bandar pertama ditawan daripada tentera Gaddafi sejak Libya diserang tentera Bersekutu.
Terdahulu, wartawan turut mengesahkan pejuang pemberontak menawan satu lagi bandar petroleum yang strategik, Brega, yang terletak berhampiran pantai di antara Benghazi dan Tripoli.
Tiada sebarang tanda kerosakan besar pada kemudahan petroleum di Ras Lanuf yang sebelum ini dikuasai tentera Gaddafi pada 12 Mac lalu.
Saksi berkata, senjata ditinggalkan di atas jalan dan sesetengah bangunan rosak - membayangkan tentera Gaddafi kini berundur ke barat menuju tempat lahir pemimpin Libya itu, Sirte.
“Pemberontak nampaknya kini menguasai seluruh timur Libya, manakala tentera kerajaan berundur dari Ras Lanuf,” katanya.
Menurut saksi terbabit, pelbagai kenderaan membawa pejuang pemberontak menuju bandar berkenaan.
Bagaimanapun, tanpa kelengkapan berat seperti kereta kebal, mereka dijangka sukar mempertahankan bandar itu jika diserang tentera sekali lagi.
Sementara itu, pemberontak meraikan kejayaan menawan Ras Lanuf dengan melepaskan tembakan ke udara, termasuk menggunakan grenad.
Seorang daripada mereka, Attia Hamad, 34, berkata pada peringkat awal tentera kerajaan memberi sedikit tentangan ketika pemberontak mara ke bandar itu subuh semalam.
“Akhirnya tentera berundur dan meninggalkan sesetengah rakan mereka,” katanya. - AFP
Tentera Bersekutu lakukan 160 misi
WASHINGTON: Serangan tentera Bersekutu ke atas Libya terus berlangsung dengan pantas semalam, dengan 160 misi dilaksanakan berbanding 153 sehari sebelumnya.
Menurut Pentagon, dua pertiga - atau 96 penerbangan - dibuat untuk melakukan serangan udara, manakala selebihnya sekadar pelaksanaan zon larangan penerbangan.
Selepas mengetuai serangan udara di Libya, AS dijangka menyerahkan mandat menguatkuasakan zon larangan terbang di negara itu kepada Nato.
Sejak operasi bermula awal pagi 20 Mac lalu, tentera Bersekutu melakukan 1,257 penerbangan dengan 540 daripadanya membabitkan serangan.
AS menyempurnakan 787 penerbangan serangan berbanding 470 lagi dilakukan sekutunya, iaitu Perancis, Britain, Kanada, Itali, Sepanyol, Belgium, Denmark dan Qatar. Sementara itu, saksi berkata, tentera Gaddafi terus mengebom bandar Misrata yang masih dikuasai pemberontak.
“Serangan itu menyebabkan menyebabkan beberapa kematian di pihak pemberontak,” katanya. - AFP

Perancis musnahkan 7 pesawat kerajaan di Zintan, Misrata
PARIS: Jet pejuang Perancis memusnahkan sekurang-kurangnya lima kapal terbang dan dua helikopter tentera Libya dalam serangan semalam, kata pegawai semalam.
Dalam kenyataan disiarkan laman sesawang tentera Perancis, misi ke atas Libya itu disasarkan kepada bandar Zintan dan Misrata.
Maklumat awal menyatakan, siri serangan itu memusnahkan ‘sekurang-kurangnya lima jet Galeb dan dua helikomter MI-35 yang bersiap sedia melaksanakan misi di kawasan berkenaan.’ Tentera udara Perancis, AS dan Britain mula melancarkan serangan ke atas rejim Gaddafi sejak awal pagi 20 Mac lalu.
Operasi itu mendapat restu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ‘bagi melindungi orang awam.’ - AFP

‘Barat tak peduli nyawa orang awam Libya’
TRIPOLI: Serangan udara terbaru tentera Bersekutu ke atas Libya bukan saja membunuh tentera, malah orang awam, kata jurucakap kerajaan, semalam.
Sambil menggesa diadakan gencatan senjata dan persidangan khas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Moussa Ibrahim berkata, serangan dilakukan itu dalam skala besar.
“Kali ini serangan berlangsung tanpa henti berjam-jam dan menyebabkan banyak kematian,” katanya.
Menurut Moussa, serangan disasarkan ke laluan di antara tempat lahir Muammar Gaddafi, Sirte, dan Ajdabiya.
Katanya, dipercayai antara mangsa pengeboman itu adalah beberapa keluarga yang melarikan diri dari bandar berkenaan menaiki kereta.
Kata Moussa, ada banyak bandar di sepanjang laluan di antara Sirte dan Ajdabiya.
“Libya berpendapat tindakan ini adalah pembunuhan, tidak bermoral, haram dan di luar mandat PBB.
“Nampaknya tentera Barat tidak mempedulikan berapa banyak nyawa orang awam terkorban demi matlamat mereka,” katanya. - AFP

Kematian mangsa di Myanmar meningkat
2011/03/28
TARLAY: Pasukan penyelamat semalam berusaha untuk ke kawasan yang teruk terjejas berikutan gempa bumi kuat yang melanda timur Myanmar tiga hari lalu, ketika pekerja bantuan berkata mereka bimbangkan angka kematian akan terus meningkat.Pihak berkuasa berkata, 75 terbunuh berikutan gempa bumi berukuran 6.8 yang melanda berhampiran sempadan Thailand dan Laos lewat Khamis lalu, menyebabkan kediaman dan bangunan kerajaan runtuh dan menyukarkan beribu-ribu penduduk.“Apa yang kami ketahui angka kematian akan terus meningkat,” kata seorang pekerja bantuan di negara itu kepada AFP.
Taichileik, bandar berhampiran sempadan Thailand-Myanmar dan berhampiran Tarlay dan Mong Lin di Shan, Myanmar dikatakan paling teruk terjejas berikutan gempa bumi yang dapat dirasakan sejauh ke ibu negara Vietnam, Hanoi.
“Kita tidak tahu berapa ramai orang yang terjejas. Kami masih cuba untuk mendapatkan angkanya,” kata seorang pegawai Myanmar semalam.
“Pengangkutan adalah sukar. Kami masih tidak sampai ke beberapa tempat, kami masih tak tahu apa berlaku kepada mereka dan kami tidak tahu berapa ramai yang tinggal di kawasan pergunungan terbabit,” katanya. – AFP
Subscribe to:
Posts (Atom)