Pages

Wednesday, June 29, 2011

Seorang gadis 10 tahun selamat dari pemerkosaan dengan membaca Al Qur'an


JEDDAH (Arrahmah.com) - Korban terbaru dari pemerkosaan berantai mengatakan dia membaca Al Qur’an untuk menghentikan ulah bejad penyerang yang ingin memperkosanya, lapor harian Al Madinah pada pekan lalu.

Gadis berusia 10 tahun mengatakan kepada harian tersebut bahwa ia mampu melindungi dirinya dari perbuatan jahat terhadap dirinya dengan membaca lima ayat dalam kitab suci Al Qur’an.
“Setiap kali dia mendekatiku, aku mulai membaca Al Qur’an dan dia akan menarik diri,” ujarnya.
Gadis kecil berusia 10 tahun yang bernama MMS, mengatakan pemerkosa meminta ia untuk berhenti membaca Al Qur’an, tetapi ketika dia menolak dan terus memperdengarkan lantunan ayat-ayat suci, penyerang memukul-mukul wajahnya. “Kerana hafalan saya, ia enggal menyentuh saya,” lanjutnya.
Korban diculik dari sebuah gedung pernikahan di kota. “Lelaki itu mengetuk pintu aula pernikahan. Sebagai penjaga pintu yang membantu melayani tamu, aku membukakan pintu untuknya, percaya bahwa ia adalah salah satu tamu.”
Dia mengatakan ia memintanya untuk ikut bersamanya kerana dia ingin memberikan hadiah untuk pengantin.
“Dia mengajak saya keluar gedung, mengatakan bahwa hadiah berada di dalam mobil. Dia meminta saya untuk pergi bersamanya ke mobilnya di dekat pintu masuk lorong,” katanya.
“Saya protes tapi dia memaksa saya untuk mengikutinya dan berkata aku tidak boleh mengeluarkan suara apapun. Saya pikir drama akan berakhir saat itu juga, tapi dia mendorong saya dan memaksa saya masuk ke dalam mobil di kursi belakang dan memaksa saya untuk berbaring serta menutupi wajah saya.”
Dia memperingatkan untuk tidak membuat kegaduhan saat mobil mulai melaju.
“Namun, saya bisa melihat marka jalan dan keterangan tempat. Ketika kami sampai di sebuah rumah, ia meminta saya untuk ikut karena hadiah berada di apartemennya,” ujarnya.
“Dia mengatakan kepada saya bahwa kami akan mengambil hadiah dan kembali ke tempat pernikahan.
Saat aku memasuki apartemennya, ia mendorong saya masuk dan mengunci pintu. Sampai saat itu, aku tidak mengerti apa yang ia akan lakukan padaku.”
Dia mengatakan dia akan mulai mempersiapkan shisha dan mengatakan bahwa ayah saya sangat baik, menambahkan bahwa ia akan meneleponnya dan mengatakan kepadanya untuk tidak khawatir. Dia mengatakan dia akan mengantarkan kembali ke tempat pernikahan setelah semuanya berakhir.
“Dia menelepon dengan telepon genggamnya dan mengatakan bahwa ia berbicara dengan ayah saya.
Saya memintanya untuk membiarkan saya berbicara dengannya tapi dia mematikan telepon dan memukul wajah saya dan menyuruhku diam,” ujarnya. “Dia mencoba menyerang saya tapi saya mulai membaca Qur’an. Dia kemudian mundur. Ini berlanjut sampai matahari terbit.”
MMS mengatakan setelah matahari terbit sang penculik mulai menonton televisi sampai sekitar pukul 08.00. Ia kemudian mengatakan kepada MMS bahwa ia akan membawanya ke sebuah rumah di mana ia akan menemukan kerabatnya.
“Dia menjatuhkan saya di dekat klinik di distrik Al-Muntazahat dan meminta saya untuk masuk ke dalam sebuah bangunan di mana saya akan menemukan keluarga saya. Aku masuk ke dalam gedung tapi aku tidak menemukan siapa pun. Aku kembali tapi dia sudah pergi.”
Gadis itu mengatakan ia melihat seorang pria membawa kantong sampah. Ia menghentikannya dan memintanya untuk menolongnya.
“Dia berbicara kepada ayahku dan mereka sepakat untuk bertemu di sebuah tempat. Dia membawa saya bertemu dengan ayah saya yang mulai menangis ketika ia melihat saya.”
Beberapa waktu kemudian, seorang guru telah ditangkap sehubungan dengan rangkaian perkosaan yang terjadi selama periode tiga tahun sejak tahun 2008. (haninmazaya/arrahmah.com)
ustazcyber online: Allahu Akbar...Seorang gadis 10 tahun selamat dari pemerkosaan dengan membaca Al Qur'an

Askar upahan Blackwater dipenjara 30 bulan

WASHINGTON 28 Jun - Seorang askar upahan syarikat Blackwater Worldwide hari ini dijatuhi hukuman penjara selama 30 bulan, selepas didapati bersalah membunuh seorang lelaki warga Afghanistan pada 2009 di Kabul.
Hukuman tersebut dijatuhkan oleh hakim persekutuan terhadap tertuduh, Justin Cannon, 29, di Norfolk, Virginia termasuk dua tahun tempoh pemantauan.
Sebelum ini, Cannon dan tertuduh kedua, Christopher Drotleff dituduh menembak dua warga Afghanistan di dalam kereta dan seorang lelaki yang ketika itu sedang membawa anjingnya bersiar-siar.
Berikutan itu, seorang daripada penumpang kereta berkenaan dan lelaki yang membawa anjingnya maut, manakala seorang lagi cedera.
Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh terlepas tuduhan lebih berat iaitu memiliki senjata api dan melakukan serangan, namun didakwa membunuh penumpang di dalam kereta.
"Walaupun Cannon berada di Afghanistan untuk menyokong tentera Amerika Syarikat (AS), namun tindakannya memburukkan misi ketenteraan malah merosakkan kepercayaan rakyat negara itu," kata Neil Macbride, seorang peguam di Daerah Timur Virginia.
Dalam pada itu, Drotleff dijatuhkan hukuman penjara selama 37 bulan pada awal bulan ini dan kedua-dua tertuduh ditugaskan untuk membekalkan senjata latihan kepada Tentera Kebangsaan Afghanistan.
Sementara itu, komander tentera AS di Afghanistan, Jeneral David Petraeus menulis kepada mahkamah menyatakan insiden tembakan tersebut menjadi 'penghalang' kepada kejayaan misi ketenteraan di negara itu dan meletakkan nyawa anggota yang berkhidmat dalam bahaya. - ReutersUtusan Malaysia Online - Luar Negara

Perisik Rusia belot dipenjara 20 tahun




Anna Chapman, seorang daripada 10 perisik yang didedahkan oleh Poteyev kepada CIA. – AGENSI


MOSCOW 28 Jun - Seorang perisik kanan Rusia, Kolonel Alexander Poteyev melarikan diri dari negara kelahirannya itu kerana bimbang ditangkap selepas membocorkan identiti perisik rejim di Amerika Syarikat (AS).
Ketika dia melarikan diri, Poteyev menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada isterinya yang berbunyi ''Mary, cuba bertenang ketika membaca mesej ini. Saya akan pergi buat selamanya''.
SMS itu dibacakan semalam di sebuah mahkamah tentera di sini yang mendapati Poteyev bersalah kerana mengkhianati 10 ejen perisikan Rusia di AS dalam perbicaraan tanpa kehadirannya.
Kes itu dilaporkan oleh media di seluruh dunia yang menjadi peringatan bahawa pengintipan oleh ejen-ejen perisikan Rusia di negara asing masih berlaku walaupun komunisme di negara ini telah tamat.
Pendedahan mengenai perisikan Rusia itu yang berlaku beberapa hari selepas pertemuan Presiden, Dmitry Medvedev dengan Presiden AS, Barack Obama, merupakan perkara memalukan kerajaan Kremlin yang ingin memperbaiki hubungan dengan AS.
Seorang daripada ejen perisikan Rusia yang dikhianati oleh Poteyev dan dibebaskan dalam satu pertukaran dengan AS, Anna Chapman ketika memberi keterangannya berkata, dia mengenali Poteyev sebagai lelaki yang mengkhianatinya bersama ejen perisikan lain.
Wanita itu berkata, dia mengetahui identitinya didedahkan apabila seorang lelaki tidak dikenali dan dipercayai ejen perisik Rusia meminta bantuannya dalam satu operasi di AS.
Mahkamah tentera itu menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun ke atas Poteyev yang berpangkat kolonel dalam Perkhidmatan Risikan Luar Rusia (SVR) kerana mendedahkan maklumat mengenai kewangan dan komunikasi Moscow dengan ejen perisikannya di luar negara, kepada CIA.
Poteyev turut dikenakan hukuman penjara tambahan selama lima tahun kerana melarikan diri daripada tugas.
Poteyev melarikan diri dari Rusia ke Belarus sebelum dibawa ke AS oleh ejen perisikan negara itu.
Perbicaraan di mahkamah tentera di Moscow itu diadakan secara tertutup tetapi pembacaan keputusan dilakukan secara terbuka.
Pendedahan mengenai dunia pengintipan Rusia itu menjadikan Poteyev sebagai ejen paling kanan mengkhianati badan perisikan itu sejak berdekad lalu dan melemahkan kepimpinan ketua SVR, Mikhail Fradkov.
Kesemua 10 ejen Rusia ditangkap di AS dan mengaku bersalah sebelum dihantar pulang ke Rusia sebagai pertukaran kepada empat orang yang dipenjarakan kerana mempunyai hubungan dengan agensi perisikan Barat. - ReutersUtusan Malaysia Online - Luar Negara

Iran ada pelancar peluru berpandu bawah tanah




peluru berpandu Zelzal dilancarkan pada hari kedua latihan tentera yang dipanggil Latihan Rasul Agung-6 oleh Pasukan Pengawal Revolusi Iran di satu lokasi yang tidak diumumkan, semalam. - AFP


TEHERAN 28 Jun - Pasukan Pengawal Revolusi Iran hari ini mendedahkan satu projek 'tempat pelancar peluru berpandu bawah tanah' bagi membolehkan pasukan tentera elit negara ini melakukan pelancaran peluru berpandu jarak jauh.
Siaran itu memaparkan tapak pelancar tersebut di sebuah lokasi yang tidak diketahui dan projek itu digelar sebagai Shahab-3.
Pendedahan tersebut dilakukan selepas pasukan pengawal memulakan latihan ketenteraan sebagai persediaan untuk melancarkan pelbagai jenis peluru berpandu.
"Teknologi yang digunakan untuk mencipta pelancar tersebut adalah asli," jurucakap pasukan pengawal, Kolonel Asghar Ghelich-Khani.
Peluru berpandu Shahab-3 mampu dilancarkan sejauh 2,000 kilometer dan secara teorinya, ia boleh melepasi sempadan Israel, malah sampai di pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Asia Barat.
Dalam pada itu, Iran menjelaskan latihan ketenteraan terbarunya akan membawa 'mesej keamanan dan persahabatan' kepada negara serantau.
Program peluru berpandu negara ini dikawal sepenuhnya oleh pasukan pengawal termasuk projek angkasa lepasnya dan perkara itu menjadi kebimbangan negara Barat.
Sementara itu, kuasa-kuasa Barat turut bimbang sekiranya program peluru berpandu yang dikeluarkan oleh negara ini mampu menghasilkan peluru nuklear. Malah Barat mengesyaki Iran berselindung di sebalik projek nuklearnya. - AFPUtusan Malaysia Online - Luar Negara

Greece lumpuh ekoran mogok




Ahli-ahli kesatuan sekerja yang menjadi sekutu Parti Komunis Greece berarak menuju ke bangunan Parlimen Greece, semalam. - AFP


ATHENS 28 Jun - Greece hari ini lumpuh ekoran mogok umum selama 48 jam dengan kerajaannya berdepan dengan ancaman bankrap setelah cuba melakukan langkah penjimatan yang besar.
Perkhidmatan pengangkutan awam tidak beroperasi di Athens dan jalan-jalan sekitarnya lengang apabila ramai penduduknya membuat keputusan untuk tidak bekerja bagi menyertai mogok umum keempat yang disifatkan kedua terbesar di negara ini.
"Langkah penjimatan yang diambil kerajaan tidak bagus untuk pekerja awam. Mereka potong gaji, pencen dan perkhidmatan awam untuk diberikan kepada bank-bank bagi tujuan perniagaan," kata wakil pekerja. - AFPUtusan Malaysia Online - Luar Negara

Michelle diusir dari Myanmar


YANGON: Kerajaan Myanmar mengusir aktres Hollywood kelahiran Malaysia, Michelle Yeoh, yang bercadang membawakan watak pemimpin gerakan prodemokrasi negara itu, Aung San Suu Kyi, dalam filem terbarunya.
Pegawai imigresen Myanmar semalam berkata, Michelle ditahan pihak berkuasa sebaik saja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon pada 22 Jun lalu.

Katanya, aktres yang pernah berganding dengan Pierce Brosnan dalam filem James Bond, Tomorrow Never Dies, menaiki pesawat meninggalkan Myanmar melalui penerbangan berikutnya.

“Michelle diusir pada hari sama kerana namanya disenarai hitam,” katanya.

Sebelum itu, Michelle, 48, berada di Thailand, Britain dan Perancis bagi menjayakan penggambaran filem The Lady - gelaran dikaitkan dengan Suu Kyi di Myanmar.


Pemenang anugerah Nobel dan ikon demokrasi di Myanmar, Suu Kyi berjuang menentang pemerintahan diktator tentera di negara itu.

Dia bertemu dengan Michelle bagi membincangkan filem berkenaan di kediamannya di Yangon pada Disember lalu - tiga minggu selepas dibebaskan daripada tahanan dalam rumah selama tujuh tahun.

The Lady mengisahkan cerita cinta Suu Kyi dengan bekas suaminya, Michael Aris, seorang warga Britain.

Filem itu turut menceritakan kehidupan mereka yang terpisah ketika Suu Kyi ditahan pada 1989.


Dinafikan hak mendapat visa bagi bertemu Suu Kyi, Aris disahkan menghidap kanser pada 1997 dan meninggal dunia dua tahun kemudian. - ReutersmyMetro | Michelle diusir dari Myanmar

Tuah wanita malang

LIZ bersama sebahagian daripada hadiah dimenangi.
LIZ bersama sebahagian daripada hadiah dimenangi.
NOTTINGHAM: Walaupun mengalami masalah otot dan bergantung sepenuhnya kepada kerusi roda bermotor untuk bergerak, Liz Denial, sangat bernasib baik.
Meluangkan masa menyertai pertandingan dalam talian, Liz memenangi beratus-ratus daripadanya.

Berasal dari Stapleford, Liz memenuhkan rumahnya dengan pelbagai hadiah diperoleh daripada pertandingan berkenaan, termasuk televisyen LCD 37 inci, sistem teater rumah, dua permainan X-Box dan beratus-ratus barangan bilik mandi serta pencuci rumah.

Bekas pekerja bank berusia 51 tahun itu juga pernah memenangi percutian ekslusif lima bintang ke Kenya.

Melalui pertandingan televisyen Deal Or No Deal, Liz mendapat lebih RM80,300 bagi melengkapkan gaya hidup mewahnya.


Media semalam melaporkan, tuah mula menyebelahi Liz sejak Oktober tahun lalu apabila dia memenangi pertandingan setiap hari.

Katanya, sejak berhenti daripada kerja akibat penyakit fibromyalgia, dia terpaksa bergantung kepada hadiah pertandingan untuk menyara hidup.

“Saya tak ada kerja dan kerusi roda ini memerlukan biaya besar untuk digunakan,” katanya.

Mengenai tuahnya, Liz mengakui dia kadang-kadang berasa seperti bermimpi.

“Barangkali takdir saya begini. Dalam kesakitan amat sangat akibat fibromyalgia, nasib menyebelahi saya,” katanya.


Selain hadiah lumayan, Liz tidak mengetepikan hadiah lebih kecil seperti syampu dan produk pencucian.


Katanya, jika tidak diperlukan, hadiah berkenaan dijual kepada rakannya.


“Apabila saya memenangi hadiah melancong ke Kenya, saya langsung tidak mempercayainya kerana ia benar-benar di luar dugaan,” katanya.


Liz berkata, setakat ini hadiah paling pelik pernah diterimanya ialah kad gergasi memaparkan pelawak dan penerbit terkenal Britain, Ricky Gervais.



“Memang ada hadiah sangat pelik, tetapi yang lain ternyata banyak membantu saya,” katanya. - DMmyMetro | Tuah wanita malang

Petra bukan anak bapa

HARTA TERBARU...kediaman Petra yang baru dibeli di Los Angeles dikatakan termahal di AS.
HARTA TERBARU...kediaman Petra yang baru dibeli di Los Angeles dikatakan termahal di AS.

Foto

SEKALI imbas, tiada sesiapa menjangka gadis jelita yang bersiar-siar di tengah London itu bukan sembarangan orang.
Bersikap bersahaja dan mengelak perhatian, Petra Ecclestone - tanpa pernah mendapat wang melalui gaji - kini dalam perancangan membeli rumah kedua di kota metropolitan itu.

Rumah pertama Petra, 22, terletak di Chelsea dan dia membelanjakan hampir RM272 juta dan sehingga kini belum diduduki kerana masih menjalani proses pengubahsuaian.
SAMA TAK SERUPA...walaupun rapat, perwatakan Petra dengan bapanya, Ecclestone, jauh berbeza.
Rumah terbaru Petra - dikenali sebagai The Manor di Holmby Hills, Los Angeles, dan pernah dimiliki penerbit televisyen terkenal, Aaron Spelling - dikatakan kediaman paling mahal di Amerika Syarikat.

Untuk memiliki kediaman itu, Petra membelanjakan hampir RM442 juta.


Jurucakap Petra, Eliot Sandford, berkata setakat ini dia tidak dapat mengesahkan butiran pembelian rumah itu kerana perjanjian jual beli belum dimuktamadkan.

"Cuma, saya dapat sahkan kedua-dua pihak sedang berunding," katanya.

Sebenarnya, Petra sendiri tidak pernah bercadang untuk tinggal sepenuh masa di rumah agam berkenaan kerana keberatan menetap di AS.

Lokasi itu, kata sumber, tidak menyenangkan Petra kerana jauh dari London yang menjadi tempatnya membesar selama ini.

Ia juga jauh dari kelab malam yang digemarinya, Tramp dan Annabels.


Menetap di Los Angeles juga bermakna Petra berada jauh dari sahabat karibnya, Puteri Beatrice dan Puteri Eugenie.


Pendirian itu bermakna rumah agam di Los Angeles itu akan terbiar kosong pada kebanyakan masa.


Kata Sandford, ia adalah sebahagian daripada "perbelanjaan strategik" bagi kekayaan Petra.


Petra - yang gemar mengumpul beg tangan Hermes Birkin bernilai kira-kira RM49,000 setiap satu, selain karya seni Damien Hirst serta lima anjing peliharaan - memang mudah berbelanja.


Anak bongsu pemilik Formula 1 itu adalah pewaris kekayaan keluarga berkenaan.


Setakat ini, keluarga Ecclestone dianggarkan memiliki harta kekayaan lebih RM11.6 bilion dan tersimpan rapi dalam akaun di bank Switzerland.


Berdasaran cara perbelanjaan Petra, tidak nampak sebarang tanda kekayaan itu sedang mengalami kemerosotan.


Walaupun akrap dengan bapanya, Bernie Ecclestone, pemerhati berkata, sifat dan kecenderungan Petra jauh berbeza daripada bilioair itu.


Pada usia 80, Ecclestone dianggap tidak pernah kenal penat bekerja dan sentiasa ghairah mengumpul kekayaan.


Pada masa sama, Ecclestone tidak gemar menampilkan diri sebagai hartawan sombong.


Bersama isterinya, Slavica (sehinggalah mereka bercerai selepas 24 tahun bersama), mereka tidak memiliki pembantu rumah atau pengasuh.


Sehingga kini, makanan kegemaran Ecclestone hanyalah telur goreng dengan sos.


Sementara itu, Petra dikatakan sangat boros berbelanja.


Selain tidak teragak-agak mengeluarkan wang asalkan mendapat apa saja yang diingini, dia juga berbangga dengan cincin berlian bernilai lebih RM388,000 dihadiahkan tunangnya, James Stunt.


Petra berpacaran dengan bekas pengendali firma perjudian itu selama empat tahun dan mereka dijadual berkahwin pada Ogos ini.


Dalam majlis pertunangan di Battersea baru-baru ini, penyanyi Rihanna diupah RM1.2 juta untuk mengadakan persembahan menghiburkan tetamu terpilih.


Sementara itu, Ecclestone dilaporkan bimbang Petra dan kakaknya, Tamara, gagal menguruskan kekayaan yang bakal diwarisi mereka dengan baik.


Sumber berkata, kedua-dua beradik itu boleh dianggap tidak ada apa-apa yang bermakna dalam hidup.


"Tanpa pekerjaan dan cita-cita, mereka tiada apa yang bermanfaat dapat dilakukan," katanya.


Justeru, katanya, rumah agam di Los Angeles dibeli Petra itu mungkin dapat mengubah sedikit hidupnya.



"Hakikatnya, walaupun rumah itu dibeli dengan harga amat mahal, kekayaan Petra tidak susut," katanya.myMetro | Petra bukan anak bapa

Kerajaan Libya kecam waran tangkap Gaddafi


TRIPOLI: Kerajaan Muammar Gaddafi semalam mengecam Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC ) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap pemimpin veteran itu dengan menyifatkan tribunal itu sebagai alat kuasa Eropah.
Pertubuhan hak asasi manusia dan Barat mengalu-alukan langkah berkenaan yang dibuat sempena hari ke-100 kempen pengeboman Nato terhadap negara itu.

Libya menolak waran tangkap terhadap Gaddafi, 69, anaknya, Seif al-Islam dan Ketua Perisikan Libya, Abdullah al-Senussi, 62, yang dikeluarkan kerana kekejaman yang mereka lakukan sepanjang tunjuk perasaan yang bermula pertengahan Februari lalu.

“Waran itu adalah perlindungan untuk Nato yang masih berusaha untuk membunuh Gaddafi,” kata Menteri Kehakiman, Mohammed al-Gamudi.

Timbalan Menteri Luar, Khaled Kaaim berkata, ICC menjadi alat dasar luar Eropah.



“Ia adalah mahkamah politik yang berkhidmat untuk Eropah. Mahkamah kami akan membicara sendiri sebarang pencabulan hak asasi dan jenayah lain yang dilakukan sepanjang konflik di Libya,” katanya. - AFPmyMetro | Kerajaan Libya kecam waran tangkap Gaddafi

Iran hantar monyet ke angkasa


TEHERAN: Iran merancang menghantar monyet ke angkasa lepas bulan depan, perkembangan terbaru program peluru berpandu dan angkasa lepas yang mencemaskan Israel dan sekutu Baratnya.
Agensi berita rasmi Iran, IRNA memetik ketua Agensi Angkasa Lepas negara itu sebagai berkata, lima monyet kini menjalani ujian sebelum seekor daripadanya dipilih untuk menaiki roket Kavoshgar-5. - ReutersmyMetro | Iran hantar monyet ke angkasa

Mesir henti ujian dara


KAHERAH: Tentera Mesir berikrar untuk menghentikan ujian keperawanan di kalangan penunjuk perasaan wanita, kata pertubuhan hak asasi manusia Amnesty International, semalam.
Kenyataan itu dibuat selepas seorang pegawai kanan Mesir berkata ujian itu diperlukan bagi menangani kemungkinan tuduhan rogol Ketua Perisikan Mesir berjanji kepada Amnesty International bahawa tentera tidak akan melakukan ujian kedaraan secara paksa selepas pelaksanaannya ketika kedua-dua pihak bermesyuarat Ahad lalu. Mejar Jeneral Abdel Fattah al-Sisi Abdel Fattah berbincang mengenai isu itu dengan Setiausaha Agung pertubuhan berkenaan, Salil Shetty.

Beliau ialah anggota Majlis Tertinggi Angkatan Tentera yang mengambil alih kuasa selepas kebangkitan rakyat menggulingkan Presiden Hosni Mubarak Februari lalu.

Jeneral berkenaan adalah pegawai tentera Mesir pertama mengaku ujian kedaraan secara paksa dilakukan.


“Beliau berkata, ujian itu dilakukan untuk melindungi tentera dan berkata, tentera tidak merancang untuk menahan wanita lagi,” kata Amnesty. - APmyMetro | Mesir henti ujian dara

Latihan tentera AS, Filipina bermula


PUERTO PRINCESA (Filipina): Filipina dan Amerika Syarikat akan melaksanakan latihan tentera bersama pada Selasa ini berhampiran perairan Laut China Selatan ketika ketegangan terus memuncak di antara China dan Vietnam di situ.
Enggan mengaitkan perkembangan semasa sebagai alasan latihan itu, dua negara sekutu rapat terbabit mendakwa ia adalah acara tahunan bagi mengukuhkan hubungan pertahanan.

Ketua latihan selama 11 hari itu, Kapten David Welch, berkata tentera laut Filipina dan AS mempunyai sejarah kerja sama yang panjang.

“Latihan ini memberi peluang kepada kami memantapkan kemahiran,” katanya.


Bagi Manila pula, latihan itu sesuai untuk mempamerkan hubungan akrabnya dengan AS. - AFPmyMetro | Latihan tentera AS, Filipina bermula

JAHEAIK buka fail siasat Kajol

ALBUM...Kajol menunjukkan dua album irama dikir baratnya.
ALBUM...Kajol menunjukkan dua album irama dikir baratnya.
KOTA BHARU: Kontroversi membabitkan penyanyi mak nyah tersohor Kelantan, Kajol, 25, kini memasuki episod baru apabila dia disiasat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) akibat keceluparannya mengaku bukan Islam ketika dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah, 21 Jun lalu.
Pegawai JAHEAIK Jajahan Tanah Merah, Nik Ahmad Zuhdi Nik Yaacob berkata, tindakan itu diambil selepas mendapati penyanyi yang terkenal dengan lagu berentak Bollywood itu melakukan kesalahan serius apabila mengaku bukan Islam.

“Segala bukti mengenai pengakuan penyanyi itu sudah diperoleh dan fail siasatan mengenainya sudah dibuka dan dihantar ke ibu pejabat JAHEAIK.

“Kami mengambil tindakan segera membuka fail siasatan kerana Kajol secara sedar mengaku bukan Islam walaupun pada pengenalan dirinya menunjukkan agamanya Islam,” katanya.

Sebelum ini, muka depan Harian Metro melaporkan, Kajol atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Jeffri dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 atau lima bulan penjara jika gagal membayar denda selepas mengaku salah terhadap pertuduhan berperwatakan seperti wanita dan berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai ketika mengadakan persembahan di sebuah tapak ekspo di Tanah Merah, 15 April lalu.


Bagaimanapun, hukuman itu ditangguhkan selepas Kajol merayu semua hukuman dijatuhkan ke atasnya dikemukakan semula kepada Mahkamah Tinggi Syariah untuk dibicarakan semula pada prosiding akan datang.

Kajol yang berseluar jeans biru dan berbaju panjang berwarna hitam mengaku salah atas pertuduhan serta fakta kes dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Syarie, Aris Fadhilah.

Ketika nasihat diberikan, Kajol dilihat menyampuk dengan berkata: “Saya bukan orang Islam, tetapi Orang Asli”, menyebabkan hakim bertegas kerana dokumen dikemukakan di hadapannya mengesahkan Kajol beragama Islam.

Menurut Nik Ahmad Zuhdi, beliau tidak dapat mengulas lanjut kerana kes berkaitan Kajol sedang disiasat.

“Apa yang penting, kami sudah buka fail siasatan dan penyanyi itu akan disiasat atas perbuatannya,” katanya.


Sebelum dijatuhi hukuman itu, Kajol pernah mencetuskan kontroversi apabila mengaku lebih rela mati daripada berubah menjadi lelaki sejati.


Muka depan Harian Metro pada 20 April lalu melaporkan, Kajol memberi alasan bukan sengaja mahu menjadi wanita, tapi naluri wanita memang wujud dalam dirinya sejak zaman kanak-kanak lagi.


Kajol turut mengakui dia ‘lemas’ dengan pelbagai dugaan menimpanya, termasuk ditahan penguat kuasa jabatan agama menyebabkan dia mengambil keputusan nekad untuk tidak lagi membuat persembahan di Kelantan.


“Saya manusia biasa dan tidak mahu terus terseksa. Saya sedar, saya seperti diharamkan di Kelantan. Daripada terus ditahan, lebih baik saya berhenti daripada membuat persembahan di Kelantan.



“Justeru, kepada semua peminat yang memberi sokongan setiap kali saya membuat persembahan di Kelantan, saya ucapkan ribuan terima kasih. Kita tidak akan berjumpa lagi di Kelantan,” katanya yang mendakwa mempunyai 25 album.myMetro | JAHEAIK buka fail siasat Kajol

Ramadan mulai 1 Ogos

DUBAI: Umat Islam akan mula berpuasa sempena Ramadan pada 1 Ogos depan, kata ahli astronomi terkenal Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Ebrahim Al Jarwan, pakar astronomi Sharjah berkata ‘hilal’ (anak bulan) Ramadan dijangka akan terbit pada 30 Julai dan berakhir pada 31 Julai.

“Ia kemudian akan terbentuk kira-kira 21 jam dan 23 minit selepas itu, sukar untuk melihat anak bulan dari UAE tetapi Ramadan akan bermula pada 1 Ogos,” katanya.
Ebrahim berkata, Ramadan pada tahun ini akan disambut umat Islam genap 30 hari.

“Ini bermakna Aidil Fitri akan disambut pada 31 Ogos,” katanya.

Kebiasaannya sepanjang bulan Ramadan, semua restoran di UAE dan negara Teluk lain akan ditutup pada waktu siang dan semua penduduk tanpa mengira agama dilarang makan dan minum di khalayak umum.

Sementara itu, purata suhu maksimum sepanjang bulan Ramadan di negara itu dijangka di antara 38 hingga 42 darjah Celsius. – Agensi
Berita Harian Online | Ramadan mulai 1 Ogos

Pelajar dapat 7A maut di sekolah




Hao Zheng ditemui mati selepas diberi nasihat oleh guru kaunseling.


KAJANG – Ratusan pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yu Hua disini dikejutkan dengan kejadian seorang pelajar lelaki tingkatan enam sekolah itu yang maut selepas mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat empat bangunan sekolah.
Sebelum kejadian pada pukul 9.20 pagi itu, mangsa Nge Hao Zheng, 18, dikatakan baru berjumpa guru kaunseling lelaki sekolahnya di tingkat empat bangunan sama bagi membincangkan aduan seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sekolah itu yang mendakwa dicabul mangsa.
Ekoran aduan itu, Hao Zheng, pelajar aliran sains tingkatan enam rendah, masuk ke bilik kaunseling kira-kira pukul 8 pagi dan berbincang mengenai perkara itu.
Sebaik keluar dari bilik guru kaunseling itu, mangsa didakwa terus memanjat tembok beranda di tingkat empat tidak jauh dari bilik kaunseling sebelum dia terjatuh.
Pelajar-pelajar lain yang sedang mengikuti sesi pelajaran di sekolah itu dikejutkan dengan bunyi objek jatuh.
Mangsa kemudian ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan sudah tidak bernyawa di tepi bangunan sekolah.Kosmo! Online - Negara

Empat jutawan Malaysia pemurah






KUALA LUMPUR - Empat rakyat Malaysia iaitu Datuk Vijay Eswaran dari Kumpulan Ql, Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya, pengasas IJM Corporation, Koon Yew Yin dan arkitek terkemuka Hijjas Kasturi adalah antara 48 orang yang dinamakan sebagai Wira Dermawan Forbes Asia.
Senarai itu disusun oleh Forbes setiap tahun dengan tujuan memperkenalkan tokoh-tokoh terkemuka di rantau Asia.
Mereka disenaraikan bersama-sama jutawan Asia terkemuka yang lain seperti aktor Jackie Chan dari Hong Kong dan Vivek Oberoi dari India serta arkitek Tadao Ando dari Jepun.
Senarai tahunan itu memperkenalkan dermawan yang belum pernah ditonjolkan oleh Forbes Asiasebelum ini.
Vijay, Pengerusi Eksekutif dan pengasas bersama Kumpulan QI, terpilih kerana sumbangan meluas bernilai jutaan dolar bagi pelbagai tujuan di seluruh dunia termasuk inisiatif program kesihatan awam, pendidikan dan kebudayaan.Kosmo! Online - Negara

20 ekor lembu terlepas dari kandang


SEJUMLAH lembu meragut rumput di halaman beberapa buah rumah di kampung Tredegar, Wales, baru-baru ini.


TREDEGAR, Wales - Sejumlah 20 ekor lembu terlepas dari kandang di sini menyebabkan haiwan itu mengerumuni halaman rumah untuk meragut rumput, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut seorang penduduk di kampung ini, lembu itu juga memakan pokok bunga yang ditanam menyebabkan satu dana terpaksa diwujudkan untuk menanam semula pokok tersebut.
Ekoran kejadian itu yang berlaku baru-baru ini, majlis perbandaran di kawasan berkenaan menegaskan tindakan undang-undang akan dilaksanakan terhadap penternak yang gagal mengawal pergerakan haiwan mereka.- AgensiKosmo! Online - Dunia

Motosikal terbang pertama di dunia




CHRIS MALLOY menguji sebuah motosikal terbang yang diciptanya di Sydney, baru-baru ini.


SYDNEY - Seorang bekas juruterbang helikopter, Chris Malloy mencipta sebuah motosikal terbang yang pertama di dunia di dalam garaj miliknya di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Malloy, 32, mencipta motosikal seberat 270 kilogram itu dengan menggunakan bingkai udara carbon-fiber dan sebuah enjin kereta BMW.
Motosikal itu yang mengambil masa selama dua setengah tahun untuk dicipta boleh terbang pada ketinggian 3,048 meter dan mampu bergerak pada kelajuan 160.93 kilometer sejam.
Satu tangki minyak penuh akan membolehkan motosikal itu bergerak sejauh 148.05 kilometer selama 45 minit manakala ia mungkin dijual pada harga lebih AS$71,809 (RM218,981) sebuah.
Malloy enggan mendedahkan jumlah kos sebenar untuk menghasilkan motosikal itu tetapi dia menyatakan dia membelanjakan AS$223.51 (RM681.03) seminggu.
Dia berkata, prinsip asas motosikal itu ialah dia bergerak sama seperti sebuah helikopter Chinook dan sebuah motosikal biasa.
Setakat ini, tali diikat pada motosikal itu semasa ujian dilakukan bagi mengelak ia terbang terlalu tinggi. - AgensiKosmo! Online - Dunia

Eksekutif bank curi RM59.4 juta



GARY FOSTER didakwa membeli sebuah rumah mewah di Englewood Cliffs, New Jersey.


QUEENS - Seorang bekas eksekutif kumpulan perbankan Citigroup, Gary Foster didapati menggelapkan wang sebanyak AS$19.5 juta (RM59.4 juta) dalam tempoh 18 bulan dan menggunakan wang itu untuk membeli sebuah banglo berharga AS$3 juta (RM9.1 juta), membayar AS$1.93 juta (RM5.8 juta) untuk sebuah apartmen dan beberapa kereta mewah.
Sebuah akhbar melaporkan Foster, 35, turut didakwa menggaji seorang pemandu untuk memandu kereta Maserati GranTurismo dan sebuah BMW 550i miliknya selain telah menempah sebuah kereta Ferrari apabila dia ditahan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Ahad lalu.
Sumber-sumber berkata, Foster ditahan semasa dia turun dari sebuah pesawat dari Bangkok di Lapangan Terbang Kennedy, New York
"Defendan menggunakan pengetahuannya tentang operasi Citigroup untuk menggelapkan wang dari dalam bank," kata seorang pendakwa raya, Loretta Lynch semasa mengumumkan dakwaan menipu terhadap Foster yang berkhidmat dengan Citigroup selama 12 tahun sebelum dia meletak jawatan pada Januari lalu.
Foster memperoleh pendapatan AS$100,000 (RM304,700) setahun sebagai pembantu naib presiden di sebuah pejabat perbendaharaan dan kewangan Citigroup di sini yang menguruskan pelaburan bank tersebut.
Pihak berkuasa bagaimanapun mendakwa mulai Mei 2009 hingga Disember tahun lalu, Foster memindahkan AS$19.2 juta daripada beberapa akaun dalaman Citigroup ke dalam akaun peribadinya di bank Chase.
Dia didakwa cuba menutup penipuan itu dengan mewujudkan kontrak pelaburan palsu supaya pemindahan wang itu dilihat tidak melanggar peraturan syarikat. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Remaja jadi penggodam diikat jamin




RYAN CLEARY bersama ibunya keluar dari Mahkamah Mahkota Southwark Crown Court, Britain semalam.


WICKFORD - Seorang penggodam yang didakwa menggodam sistem komputer Agensi Jenayah Terancang Serius Britain (Soca) pulang ke rumahnya semalam selepas ibunya berjanji tidak akan membenarkan dia melayari Internet, lapor sebuah akhbar semalam.
Penggodam tersebut, Ryan Cleary, yang didakwa orang penting dalam kumpulan penggodam antarabangsa, LulzSec, bertemu semula dengan ibunya, Rita selepas dia dibenarkan ikat jamin oleh hakim sebuah mahkamah setelah tujuh hari ditahan reman polis.
Remaja berusia 19 tahun yang gemar menyendiri itu ditangkap dalam operasi bersama polis Britain dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di rumah ibunya di sini, England pada Isnin lalu kerana disyaki mensabotaj beberapa organisasi kerajaan termasuk Soca.
"Saya berasa amat lega kerana dapat membawa anak saya pulang. Sepanjang tujuh hari dia ditahan, ia merupakan hari paling panjang dalam hidup kami," kata Rita.
"Dia memberitahu saya bahawa dia mungkin gila berada dalam tahanan," tambahnya.
Cleary yang diperintahkan memakai penanda elektronik, berdepan lima dakwaan di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer dan Akta Jenayah Britain.
Kumpulan LulzSec pula dikaitkan dengan serangan siber ke atas beberapa laman web termasuk Perkhidmatan Kesihatan Britain (NHS), Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan syarikat permainan komputer Sony serta Nintendo.
- AgensiKosmo! Online - Dunia