Pages

Sunday, December 30, 2012

Mujahidin mahu perintah Syria

BEIRUT: Kumpulan jihad, Barisan Al-Nusra berkata semalam, pemerintahan Islam mesti dilaksanakan di seluruh Syria selepas penggulingan Presiden Bashar al-Assad.

Kumpulan itu yang dilabel oleh Amerika Syarikat sebagai pengganas, turut menuduh Washington berusaha mengekalkan kerajaan Bashar.


Al-Nusra yang mendakwa bertanggung jawab terhadap kebanyakan serangan berani mati sepanjang konflik di Syria sejak 21 bulan lalu, dianggotai oleh pejuang yang sebahagian besarnya warga asing.

Dalam rakaman audio yang dimuatnaikkan di Internet semalam, Ketua Al-Nusra, Abu Mohammed Al-Jawlani berulang kali menegaskan, kumpulan jihad mesti memerintah Syria selepas kejatuhan Bashar.


“Kejatuhan rejim itu akan meninggalkan kekosongan dan kumpulan Islam adalah yang terbaik untuk mengisi kekosongan itu,” kata Abu Mohammed.


Dalam mesejnya bertajuk: ‘Rakyat Syria, kami korbankan jiwa kami untuk anda,’ beliau berkata: “Kami menawarkan kepada anda darah kami untuk mempertahankan agama dan tanah anda. Kami akan terus melakukan pengorbanan selepas ini.

“Kami akan terus berkorban untuk membolehkan rakyat Syria menjalani kehidupan dengan bermaruah dan memiliki semula apa yang diambil daripada mereka, sehingga mereka boleh hidup di bawah pemerintahan panji Islam,” katanya.


Beliau turut menyelar masyarakat antarabangsa, khususnya Amerika Syarikat.

“Barat tidak sepatutnya dibiar meraih keuntungan hasil daripada pengorbanan yang telah kita lakukan,” katanya. - AFP

Janet Jackson peluk Islam

       
DOHA: Penyanyi, Janet jackson dilapor bertunang secara sulit dengan bilionair Qatar, Wissam Al-Mana dan pasangan itu merancang berkahwin di bandar raya ini pada 2013.

Menurut majalah hiburan UsWeekly, Wissam menghadiahkan adik Michael Jackson itu sebentuk cincin yang amat mahal, membuatkan Janet terlalu bimbang dan sentiasa memastikannya ia disimpan dengan selamat.


Bilionair itu yang keluarganya terbabit dalam perniagaan hartanah dan media ialah Pengarah Urusan Perniagan Al Mana Retail yang mewakili A/X Armani Ex- change. Dia juga adalah pemegang saham dalam Saks Fifth Avenue.

Pasangan berkenaan dikatakan akan berkahwin dalam satu majlis secara Islam.


Pengarang terkenal Turki, Adnan Oktar yang juga dikenali sebagai Harun Yahya berkata, Janet sudah memeluk Islam dan memilih untuk merahsiakannya daripada peminat.


Menurut sumber dalaman, majlis perkahwinan itu akan menjadi acara terbesar dalam sejarah.

Ia termasuk rancangan Janet untuk membawa semua anggota keluarga dan rakannya dengan menaiki pesawat persendirian bagi menghadiri majlis itu.


Mereka dilapor akan membelanjakan kira-kira RM9 juta untuk membawa 500 tetamu dari seluruh dunia sementara Wissam akan menghadiahkan mereka jam Rolex berharga RM30,000 setiap seorang.

“Wissam akan berbelanja besar apabila mengahwini Janet kelak. Ia akan menjadi majlis perkahwinan abad ini.” kata sumber itu.


Pasangan itu berkenalan pada Disember 2009 selepas Janet membuat persembahan istimewa di Asia Barat.


Penyanyi berusia 46 tahun itu yang pernah berkahwin dua kali, sebelum ini menegaskan tidak ada salahnya wanita bercinta dengan lelaki muda selagi kedua-duanya bahagia. - Agensi

Roboy, si pembantu mekanikal

Roboy
Kumpulan jurutera di Universiti Zurich berharap Roboy dapat direalisasikan dalam tempoh sembilan bulan.

ZURICH - Jurutera di Makmal Kecerdasan Buatan Universiti Zurich kini sedang mencipta robot yang berfungsi untuk membantu manusia melakukan tugas harian mereka.

Robot menyerupai kanak-kanak setinggi 1.2 meter digelar Roboy itu dikatakan dapat  membantu pesakit atau warga emas dengan bertindak sebagai pembantu mekanikal.

Bagi membolehkan ia bergerak dengan lebih mudah, kumpulan terdiri daripada lebih 40 jurutera tersebut turut mencipta tendon tiruan (urat tebal yang menyambungkan otot dan tulang manusia) pada setiap bahagian 'otot' Roboy.

Ketua kumpulan itu, Profesor Rolf Pfeifer berkata, rancangan bercita-cita besar tersebut hanya boleh direalisasikan selepas ia mendapat tajaan 15 rakan kongsi yang telah menandatangani perjanjian untuk membiayai projek itu.

Roboy juga diharap dapat menjadi rangka tindakan bagi mencipta robot perkhidmatan untuk membantu manusia. - MailOnline

Planet kembar Bumi ditemui 2013?

planet Bumi
Lebih 800 exoplanet sesuai didiami makhluk Bumi dikenal pasti berada di luar Sistem Suria. Foto: ESA/Hubble, NASA
SAN JUAN - Planet asing yang sesuai didiami makhluk Bumi akan dikenal pasti pada tahun depan, menurut laporan terbaru saintis baru-baru ini.

Saintis di Universiti Puerto Rico di Arecibo, Abel Mendez berkata, mereka yakin akan menemui planet 'kembar' Bumi yang pertama dalam masa terdekat memandangkan ahli astronomi telah menemui beberapa exoplanet (planet di luar Sistem Suria) sejak beberapa tahun lalu.

Difahamkan, pertama kali exoplanet ditemui pada tahun 1995 dan sejak itu lebih 800 dikenal pasti berada di luar Sistem Suria. Teleskop angkasa Kepler milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) juga telah mengesan lebih 2,300 planet asing berpotensi untuk didiami sejak Mac 2009. - SPACE.com

12 rangka manusia purba ditemui

Antara rangka manusia purba dipercayai berusia 800 tahun, yang boleh dilihat di tapak penggalian di Cholula, kira-kira 120 kilometer dari Mexico City, kelmarin. - AFP

CHOLULA, Mexico 29 Dis. - Ahli arkeologi di Mexico, menemukan rangka 12 kanak-kanak dan seorang dewasa yang dipercayai ditanam 800 tahun lalu, kata pakar Institut Antropologi dan Sejarah Nasional.
Rangka-rangka itu ditemui ketika ahli arkeologi berkenaan memantau pemasangan sistem perparitan di kawasan perumahan di Cholula, kira-kira 120 kilometer dari ibu negara Mexico.
Tengkorak pertama ditemui pada 8 Disember lalu dan pakar kemudian berjaya menggali kesemua 12 rangka, kelmarin.
Ahli arkeologi, Ashuni Romero Butron berkata, rangka manusia tersebut ditemui beberapa sentimeter di bawah satu bahagian yang diturap.
Beliau berkata, kebanyakan 12 rangka manusia tersebut lengkap dan jantina mereka akan ditentukan selepas pemeriksaan di makmal.
Etnik rangka manusia itu juga masih belum ditentukan, namun Butron menyatakan kawasan itu diduduki oleh etnik Tolteca-Chichimeca dan Olmeca-Xicalanca kira-kira 800 tahun lalu.
April lalu, satu lagi kawasan pengebumian yang mengandungi 17 rangka manusia yang dipercayai berusia 700 tahun telah ditemui berdekatan kawasan tersebut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121230/lu_03/12-rangka-manusia-purba-ditemui#ixzz2GUlCtmwP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

DOKTOR YANG SANGAT TERKENAL DI AMERIKA INI IALAH SEORANG MUSLIM.





Penonton acara talk show popular Amerika, The Oprah Winfrey Show, pasti sudah tidak asing lagi dengan Doktor Oz. Seorang doktor yang kerap mengisi segmen kesihatan dalam talk show paling popular di dunia itu.

Selain di acara Oprah, Oz juga kerap mengisi sagmen Larry King Live. Sejak tahun 2009, Doktor Oz mempunyai program acara televisyen yang dihasilkan Harpo Productions berjudul The Dr Oz Show.

Namun, tahukah anda siapa sebenarnya doktor yang paling terkenal di Amerika saat ini dikenali Dr Oz atau nama lengkapnya Dr Mehmet Cengiz Oz. Dia adalah pakar bedah jantung dari Harvard University.

Dari namanya, orang boleh meneka bahawa Oz alias Mehmet mempunyai darah Turki. Ibunya bernama Suna dan berayahkan Mustafa Oz. Kedua-duanya merupakan orang yang dihormati di Turki. Ayah dan ibu Oz kemudian berhijrah ke Amerika pada 1955. Lima tahun selepas itu, lahirlah Oz.

Dalam sebuah wawancara yang disiarkan The Root, Oz mendedahkan bahawa sejak kecil dirinya didik oleh dua gaya muslim berbeza. "Saya dididik oleh ibu yang Islam sekular, Namun ayah saya sangat teguh memegang prinsip Islam," ujarnya.

Hingga kini, dia mengaku masih memeluk Islam. Oz mengatakan bahawa gaya sufi islam sangat mempengaruhi dirinya. Walaupun menjadi doktor yang paling terkenal di Amerika ketika ini, Oz tidak melupakan identitinya sebagai seorang Turki.

Oz bahkan tetap mempertahankan kewarganegaraan Turkinya bersama statusnya sebagai seorang Amerika. Dalam cintanya pada Turki, Oz rela menjadi sukarelawan di tentera Turki.sumber

Gempa bumi bermagnitud 5.5 melanda Jepun

TOKYO: Gempa bumi bermagnitud 5.5 melanda timur laut pesisir pantai Jepun, semalam, dan kira-kira 123 kilometer (km) di wilayah timur utara bandar Sendai.

Jabatan Kaji Selidik Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa yang dicatatkan pada kedalaman 40 km pada jam 11.59 malam (waktu tempatan) tidak mengakibatkan sebarang kerosakan.
Sementara itu, awal bulan ini, gempa kuat bermagnitud 7.3 mengegarkan dasar laut di pesisir timur laut negara itu sehingga mencetuskan tsunami setinggi satu meter. - AFP