TUMPAT: Curiga terdengar tangisan bayi dari sebuah bilik asrama sebuah sekolah agama dekat Pasir Pekan di sini, membongkar rahsia kelahiran seorang bayi lelaki masih bertali pusat yang dilahirkan pelajar tingkatan enam hingga menggemparkan pengurusan sekolah berkenaan, pagi semalam.
Kejadian kira-kira jam 10 pagi itu disedari seorang pekerja sekolah terbabit selepas pelajar perempuan berusia 18 tahun itu ditemui bersama bayi lelakinya yang baru dilahirkan di atas katil dalam bilik asrama tingkat satu bangunan itu.
Menurut sumber, curiga dengan tangisan itu, pekerja berkenaan memanggil rakannya untuk memeriksa bilik asrama sekolah dan terkejut mendapati dua beranak terbabit berada di atas katil.
Beliau berkata, pelajar berkenaan kelihatan lemah, selain bimbang dengan kejadian berkenaan selepas melahirkan bayi di sekolah.
“Bimbang dengan keselamatan pelajar itu, pekerja berkenaa memaklumkan kepada pihak sekolah dan yang kemudian mendapatkan bantuan ambulans,” katanya.
Pelajar berasal dari Pasir Mas itu dipercayai melahirkan bayi di dalam tandas sebelum membawa anaknya yang masih bertali pusat ke dalam bilik tidur asrama sebelum terlantar akibat keletihan.
Pelajar terbabit dikatakan pernah mengadu sakit perut pada malam sebelum kejadian, namun dia mendakwa hanya sakit senggugut sebelum dipercayai meminta kunci bilik daripada pengawal keselamatan untuk naik ke bilik asrama.
“Pelajar itu mendakwa tertinggal barang dan meminta kunci bilik daripada pengawal keselamatan untuk naik ke biliknya.
“Dia pernah mengadu sakit perut kepada rakannya, namun bila ditanya dia kata senggugut, malah rakan-rakanya tidak mengesyaki apa-apa dan turut terkejut ," kata sumber.
Sementara itu Ketua Polis Daerah, Superintendan Khalid Munap, ketika dihubungi memberitahu tidak menerima sebarang aduan berhubung kejadian berkenaan.
“Setakat ini, kita belum menerima sebarang laporan dan tidak pasti kejadian itu berlaku di kawasan ini atau sebaliknya. Bagaimanapun siasatan akan dilakukan sekiranya laporan berhubung kejadian itu diterima,” katanya.hmetro