Pages

Friday, September 2, 2016

Cef Britain pekak akibat makan 'mi maut'

JUMAAT, 2 SEPTEMBER 2016 @ 12:28 AM



BEN Sumadiwiria menunjukkan mi paling pedas di dunia di sebuah gerai kecil di tepi jalan di Jakarta. - Sumber SWNS.com

JAKARTA: Seorang cef Britain yang makan mi paling pedas di dunia, 4,000 kali ganda lebih pedas berbanding sos Tabasco, pekak selama dua minit selepas menjamah hidangan itu.

Ben Sumadiwiria, 22, dari London menemui hidangan itu di sebuah gerai kecil di tepi jalan di ibu kota ini. Mi yang digelar 'mi maut' itu mengandungi 100 biji cili api burung digiling bersama, memberinya penarafan Scoville (ukuran kepedasan) sebanyak 20 juta berbanding sos Tabasco yang berskala 5,000. Sebiji cili api burung diberi 200,000 unit Scoville.

Selepas Ben melahap makanan itu, badannya mula berpeluh, rasa berpusing dan terpaksa merendam kepalanya dalam air, malah pekak selama dua minit. Cef itu berkata: "Ini adalah makanan paling pedas pernah saya makan. Dalam masa beberapa saat memakannya, badan saya berpeluh dan merasa tidak sihat. "Sesiapa saja yang mencubanya akan muntah ke longkang.

Ia dikenali sebagai 'mi maut' dan sesetengah penduduk tempatan mampu menghabiskan semuanya, ...agak gila," katanya. Ben, seorang cef sepenuh masa dan pembuat video yang mana ibu bapanya berasal dari Indonesia, melawat keluarganya di kawasan itu, membayar Rp34 (RM0.01) untuk sepinggan mi dan telur goreng.

Cili jenis Carolina Reaper direkodkan antara paling pedas di dunia dengan penarafan unit Scoville sebanyak 2.2 juta, namun apabila dicampurkan dengan cili lain ke dalam sepiring makanan, ia seperti mi maut yang menghasilkan kepedasan melampau. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/188990

Hidupan terawal di Bumi dianggar berusia 3.7 bilion tahun






AFP - NUTMAN (kiri) bersama rakan pengkaji, Prof. Madya Vickie Bennett menunjukkan spesimen batu yang mengandungi stromatolit berusia 3.7 bilion tahun di Greenland dalam gambar yang disiarkan semalam.

SYDNEY – Saintis dari Australia semalam menganggarkan hidupan paling awal Bumi ini berusia 3.7 bilion tahun berdasarkan kajian terhadap penemuan satu fosil purba.

Struktur fosil yang dipanggil stromatolit itu tersimpan di dalam batu purba di Greenland yang dipercayai 220 juta tahun lebih berusia daripada pemegang rekod terdahulu.

Menurut Ketua Pengkaji daripada University of Wollongong, Allen Nutman, pe­nemuan itu membuktikan bahawa kehidupan bermula beberapa ratus juta tahun selepas Bumi terbina kira-kira 4.5 bilion tahun lalu.

“Penemuan ini menjadi tanda aras baharu kepada bukti tertua mengenai kehidupan di Bumi.

“Struktur dan geokimia daripada batuan baharu tersebut menunjukkan ke­semua ciri-ciri yang terdapat pada batu-batu muda bagi memberi hujah mengenai asal-usul biologi. Ia menunjukkan kemunculan hidupan di Bumi,” ujar pengkaji bersama daripada University of New South Wales, Prof. Martin Julian Van Kranendonk.

Stromatolit Isua setinggi satu hingga empat senti­meter itu terdedah selepas pencairan salji di Isua Greenstone Belt. Ia menyamai bukti biologi lain dalam evolusi kod genetik pada tempoh masa sama.

Beliau menambah, pene­muan tersebut dapat membantu pencarian hidupan di planet Marikh yang menjadi lokasi berkemungkinan besar sesuai untuk hidupan mikrob berbanding planet-planet lain di Sistem Solar. – AFP



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0902&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz4J3HbHUoQ
Hakcipta terpelihara 

'Wajah sempurna' gabung selebriti

DUNIA KHAMIS, 1 SEPTEMBER 2016 @ 2:09 PM

LONDON: Gabungan hidung isteri Putera William, Kate Middleton, kelopak mata milik pelakon Keira Knightley, pipi aktres Angelina Jolie dan dahi selebriti kontroversi, Miley Cyrus, membentuk wajah paling sempurna di dunia, menurut pakar.

Pakar pembedahan plastik Pusat Kosmetik Wajah dan Pembedahan Plastik Lanjutan, Dr Julian De Silva, mewujudkan 'wajah sempurna' itu dengan menggabungkan permintaan daripada 1,000 pesakit wanita sejak 10 tahun lalu.

Hidung Duchess of Cambridge antara yang paling popular diminta untuk ditiru, diikuti kelopak mata bintang 'Pirates of the Caribbean' itu.

Ciri lain yang popular termasuk dagu penyanyi Selena Gomez, rahang selebriti veteran Cher dan kening pelakon Jennifer Lopez. De Silva berkata, Kate memiliki hidung paling popular kerana ia hampir sempurna secara matematik.

 Menurut pakar bedah itu, bahagian atas hidung bakal Ratu England itu mempunyai putaran 106 darjah dan penyelidikan baru-baru ini menunjukkan hidung antara 104 hingga 108 darjah adalah yang tercantik. - AGENSI

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/188800