Pages

Sunday, July 25, 2010

3 Kezaliman, yang diampuni dan tidak diampuni



http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs262.snc3/27765_103276499718406_100001081701678_28420_4270824_n.jpg
3 Jenis Kezaliman :
  1. Kezaliman yang tidak diampuni adalah Syirik kepada Allah SWT.
  2. Kezaliman yang diampini adalah kezaliman seorang hamba kepada Allah SWT.
  3. Kezaliman yang Allah SWT tidak lupai adalah kezaliman sesama manusia.
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ الله عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "الظُّلْمُ ثَلاثَةٌ، فَظُلْمٌ لا يَغْفِرُهُ الله، وَظُلْمٌ يَغْفِرُهُ، وَظُلْمٌ لا يَتْرُكُهُ، فَأَمَّا الظُّلْمُ الَّذِي لا يَغْفِرُهُ الله فَالشِّرْكُ، قَالَ الله: {إنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ} وَأَمَّا الظُّلْمُ الَّذِي يَغْفِرُهُ فَظُلْمُ العِباَدِ أَنْفُسَهُمْ فِيمَا بَيْنَهُمْ وَبَيْنَ رَبِّهِمْ وَأَمَّا الظُّلْمُ الَّذِي لا يَتْرُكُهُ الله فَظُلْمُ الْعِبَادِ بَعْضِهِمْ بَعْضًا حَتَّى يُدَبِّرُ لِبَعْضِهِمْ مِنْ بَعْضٍ". أخرجه الطيالسي (ص 282 ، رقم 2109) . وأخرجه أيضًا: أبو نعيم فى الحلية (6/309) ، وحسنه الألباني في " السلسلة الصحيحة " (4 / 560).

Mereka yang telah memandikan jasad Rasulullah SAW



http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs060.ash2/36366_118307911548598_100001081701678_115306_777040_n.jpg
سؤال محرج انت كمسلم ماذا تعرف عن دفن رسول الله ؟ 
لا إله الإ الله .. محمد رسول الله 
ماذا تعرف عن غسل وكفن ودفن الحبيب محمد صلى الله عليه وسلم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بعد وفاة الرسول صلى الله عليه وسلم ،أقبل ابي بكر الصديق والصحابه على تجهيز الحبيب صلى الله عليه وسلم، 
فتولى غسله آل البيت وهم
Mereka yang telah memandikan Jasad Rasulullah SAW adalah  Ahli  Keluarga Baginda SAW :
1-Ali bin Abi Tolib. 
2-Abbas bin Abi Tolib. 
3-Anak ibnu Abbas. 
4-Usamah bin zaid
dan beberapa orang sahabat,  Usamah bin Zaid telah menyiram jasad Junjungan dengan air, Usamah tidak sampai hati menyentuh Jasad Rasulullah SAW, Beliau hanya mampu memandikan Rasulullah SAW di atas baju Baginda sahaja, Rasulullah SAW telah dikafankan  dengan 3 helai kain, Saidina Abu Bakar telah memegang kepala Rasulullah SAW dengan penuh kehormatan, lalu meletakkan tanah dengan penuh kemulian ke atas wajah Baginda Junjungann kita, setengah riwayat setelah Baginda wafat selama 2 bulan, masih ada lagi para sahabat dari seluruh dunia datang menziarahi Kubur Rasulullah dengan penuh kesedihan kerana mereka tidak sempat melihat wajah Rasulullah SAW yang mulia.
Kepada saudara-saudariku seagama, tanamlah sifat kecintaan kepada Rasulullah SAW  dalam jiwa anak-anak kecil kita semenjak kecil lagi, agar benih kecintaan tersebut subur mekar di masa, anak-anak kita dewasa nanti.
Cintailah Rasulullah SAW kerana kecintaan kepada Baginda tidak merugikan kehidupan kita di dunia dan juga di Akhirat.
علي بن أبي طالب
والعباس بن عبدالمطلب
والفضل 
وقثم ابنا العباس
واسامه بن زيد 
وشقران مولى رسول الله صلى الله عليه وسلم.
فكان العباس وولداه يقلبان الحبيب صلى الله عليه وسلم 
واسامه وشقران يصبان الماء 
وعلي يغسله بيده فوق ثيابه 
فلم يفض بيده إلى جسده الطاهر قط، فلم ير من رسول الله صلى الله عليه وسلم ما يرى من الميت، وكان علي يغسله ويقول : بأبي أنت وأمي ما أطيبك حياً وميتاً.
وكفن الحبيب صلى الله عليه وسلم في ثلاث أثواب 
، ثوبين صحاريين وبُرد حبرة أدرج فيها إدراجاً . ومن آيات نبوته صلى الله عليه وسلم أنهم اختلفوا هل يغسلونه كما يغسل الرجال بأن يجرد من ثوبه، فأخذهم النوم وهم كذلك وإذا بهاتف يقول : غسلو رسول الله صلى الله عليه وسلم وعليه ثيابه، ففعلوا . ولما أرادو دفنه اختلفوا في موضوع دفنه، فجاء أبو بكر رضي الله عنه وقال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : (( ما قبض نبي إلا دفن حيث قبض )) فرفع فراشه صلى الله عليه وسلم وحفر في موضعه وذلك بأن حفر له أبو طلحة الأنصاري لحداً، ثم دخل الناس يصلون عليه فرادى الرجال ثم النساء ثم الصبيان. ولما فرغوا من الصلاة عليه دفن صلى الله عليه وسلم وذلك ليلة الاربعاء وكان الذي نزل في قبره علي بن ابي طالب والفضل وقثم ابنا العباس وشقران. وأثناء ذلك قال أوسن بن حولي الأنصاري لعلي بن ابي طالب : أنشدك الله وحظنا من رسول الله صلى الله عليه وسلم ( أي أن تأذن لي في النزول إلى قبر رسول الله صلى الله عليه وسلم، فأذن له بالنزول في القبر معهم فنزل وسووا عليه التراب ورفعوه مقدار شبر عن الارض. وقبض الحبيب صلى الله عليه وسلم وعمره 63 سنه ولم يخلف من متاع الدنيا ديناراً ولا درهماً بل مات ودرعه مرهونة في كذا صاعاً من شعير. فصلى الله عليه وسلم يوم ولد ويوم مات ويوم يبعث حياً أنشرها.. فانك لا تعلم متى وأين تموت.. فتجدها إن شاء الله لك شفيعة يوم القيامه

3 Perkara yang akan dilakukan oleh pemilik akal yang sempurna



http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs098.ash2/38259_139128952775450_100000350392863_311709_553694_n.jpg
Yahya juga berkata: "Seorang yang sempurna akal iaitu yang berbuat tiga perkara iaitu:
  • Meninggalkan dunia sebelum ditinggalkannya
  • Membangun kubur sebelum dimasukkannya
  • Mengerjakan apa yang diridhai Allah s.w.t. sebelum menghadap kepadaNya

4 Hati yang tidak akan mendapat Hikmah daripada Allah SWT



http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs077.snc4/35201_139140502774295_100000350392863_312045_824142_n.jpg
Yahya bin Mu'adz Arrazi berkata: "Hikmat itu turun dari langit masuk kedalam semua hati kecuali hati yang ada empat macam iaitu:
  • Yang condong (cintakan )kepada dunia
  • Risau (tidak percaya ) kepada  hari esok
  • Hasad kepada saudara
  • Ingin (cintakan )kepada pangkat kedudukan

3 Sebab Nabi Ibrahim A.S. mendapat gelaran Khalilullah



http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs031.ash2/34895_139127399442272_100000350392863_311634_6855053_n.jpg
Nabi Ibrahim a.s. ketika ditanya: "Mengapa Allah s.w.t. menjadikan engkau khalilullah?" Jawabnya: Kerana tiga sebab iaitu:
  • Tiada aku disuruh memilih dua macam melainkan saya pilih yang untuk Allah s.w.t. dari yang lain-lainnya
  • Saya tidak pernah risau hati terhadap apa yang dijamin oleh Allah s.w.t. dalam urusan rezekiku
  • Tidak pernah makan siang atau malam melainkan bersama tetamu

Epilepsi perlu dirawat

MASIH terbayang kekecohan di kantin sekolah apabila salah seorang pelajar darjah empat tiba-tiba rebah dan menggelupur, terbaring di lantai di celah bangku panjang, mulutnya berbuih tidak sedarkan diri. Cikgu yang kebetulan makan bersama segera bangun, mengarahkan murid lain supaya tidak berkerumun dan mengiringkan badan pesakit.


TANDA... penyakit pada sistem saraf yang menyebabkan gangguan otak.
TANDA... penyakit pada sistem saraf yang menyebabkan gangguan otak.
KAWAL...epilepsi kadangkala boleh membahayakan pesakit.
KAWAL...epilepsi kadangkala boleh membahayakan pesakit.


Sejak hari itu, kami memang memberi lebih perhatian kepada pesakit dengan memastikan dia sentiasa ditemani seorang rakan walaupun ke tandas untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Malah cikgu juga sentiasa mengingatkan kami apa yang perlu dilakukan sekiranya pesakit berkenaan mendapat serangan lagi, terutama supaya tidak mengerumuni pesakit kerana ia boleh menyebabkan dia sesak nafas.

Epilepsi atau sawan ialah penyakit pada sistem saraf yang menyebabkan gangguan berulang atau tidak dijangka pada fungsi otak akibat penghasilan cecair berlebihan pada otak. Keadaan inilah yang menyebabkan seseorang pesakit mengalami serangan sawan. Kenapa dan bagaimana boleh berlaku pengeluaran cecair berlebihan pada otak, tiada siapa yang benar-benar tahu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan satu hingga dua peratus penduduk dunia atau kira-kira 50 juta orang menderita akibat epilepsi. Ramai beranggapan epilepsi adalah penyakit kanak-kanak tetapi tahukah anda bahawa ia juga boleh menyerang orang dewasa walaupun mereka tidak pernah mengalami masalah ini ketika kecil.

Menurut Dr Perunding Neurologi Kanak-kanak, Dr Wong Sau Wei, walaupun epilepsi boleh terjadi pada semua peringkat umur tetapi lebih 50 peratus kes bermula sebelum pesakit berumur 25 tahun. Gangguan ini biasanya bermula pada zaman kanak-kanak dan boleh berlanjutan hingga dewasa. Bagaimanapun dengan kemunculan pelbagai ubat baru, serangan epilepsi boleh dikawal dan dihentikan.

Kebanyakan kes epilepsi kanak-kanak tidak diketahui puncanya (dipanggil epilepsi idiopatik) namun ada beberapa faktor lain yang boleh menyebabkan masalah ini seperti trauma fizikal ketika dilahirkan, demam panas, kecederaan kepala, jangkitan pada otak, kekurangan oksigen pada otak atau berlaku gangguan pada perkembangan otak.
Pada orang dewasa pula gangguan sistem saraf ini boleh berpunca daripada kecederaan di kepala atau apabila bahan kimia otak mengalami perubahan contohnya akibat penyalahgunaan dadah dan alkohol, strok, serangan jantung atau penyakit Alzheimer (nyanyuk), kata Perunding Neurologi, Datuk Dr Raymond Azman Ali.

Tempoh serangan sawan berbeza antara pesakit antara beberapa saat, minit atau jam. Jenis gejala juga bergantung kepada bahagian otak yang mengalami gangguan. Gangguan aktiviti bahan kimia otak ini jika dibiarkan tanpa rawatan boleh menjejaskan fungsi otak.

Epilepsi yang muncul selepas dewasa juga membolehkan doktor mengesan sejarah penggunaan ubat anti kemurungan, pendedahan kepada plumbum, karbon monosida atau bahan kima lain; juga mungkin kesan kekurangan tidur yang berpanjangan, tekanan dan perubahan hormon. Walaupun anda mungkin pernah mengalami kecederaan di bahagian kepala, tidak semestinya anda akan mendapat epilepsi.

Antara punca yang dipercayai boleh menyebabkan epilepsi ialah:


  • Demam panas (hingga menyebabkan kerosakan pada kawasan otak yang dipanggil lobus temperal iaitu bahagian yang mempunyai fungsi membuat penilaian bunyi, bahasa dan pertuturan) 





  • Mesial sklerosis - yang mengakibatkan sawan pada kanak-kanak dewasa atau orang dewasa 





  • Kecederaan atau kehadiran darah beku pada otak - gejala epilepsi bergantung kepada bahagian dan sejauh mana teruknya kecederaan otak yang dialami seseorang 





  • Jangkitan atau keradangan pada otak seperti meningitis atau ensefalitis (akibat jangkitan virus atau bakteria). Seseorang itu juga boleh mengalami sawan jika berlaku pengumpulan nanah dalam otaknya yang berpunca daripada jangkitan di hidung atau jantung 





  • Strok (sama ada dengan kehadiran darah beku atau sebaliknya) 





  • Ketumbuhan otak benigna (tidak merebak) atau malignan (cepat merebak). Masalah juga boleh berlaku jika ada ketumbuhan merebak dari satu bahagian ke bahagian otak yang lain 





  • Kehadiran darah beku tidak normal pada otak. Antara penyebab kehadiran darah beku ialah pembentukan salur darah tidak lengkap (AVM) yang menghubungkan salur darah vena dan arteri. Individu yang ada AVM mempunyai salur darah penghubung yang bergumpal dan ini adalah masalah kongenital, iaitu seseorang itu dilahirkan dengan keadaan begini. Kira-kira 50 peratus pesakit yang ada masalah AVM mengalami sawan 





  • Keturunan - walaupun ada kemungkinan, tetapi risiko epilepsi disebabkan keturunan adalah sangat kecil


    Jenis dan gejala epilepsi
    Ada kalanya sesetengah pesakit boleh mengetahui mereka akan mengalami serangan sawan. Antara amaran ini ialah bau, bunyi, berasa sensasi pada kepala atau perut mahu pun kebas. Semua `perasaan' ini dipanggil `aura', tetapi ia biasanya hanya berlaku pada pesakit yang mengalami sawan separa. Antara gejala paling biasa akibat gangguan ini ialah sawan, pitam (tidak sedarkan diri), perubahan perlakuan atau emosi.

    Epilepsi boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

    A. Sawan keseluruhan yang membabitkan kedua-dua belah otak (kiri dan kanan). Apabila mendapat serangan, pesakit biasanya pitam atau tidak sedarkan diri secara tiba-tiba. Antara gejalanya ialah:





  • Tonik-klonik - sawan keseluruhan badan yang menjadikan badan kejang dan pesakit akan jatuh. Tangan dan kaki kelihatan seperti `ditarik-tarik' atau tersentak-sentap, air liur meleleh, terkencing dan kadangkala pesakit tergigit lidah sendiri ketika serangan sawan. 





  • Sawan tonik - otot menjadi kejang dan menyebabkan pesakit jatuh, tetapi tidak mengalami gejala tersentak. 





  • Sawan atonik - otot tiba-tiba dalam keadaan rehat yang mengakibatkan pesakit terduduk di atas lantai. 





  • Sawan mioklonik - otot kaki (sebelah atau kedua-duanya) tersentak seketika. Gejala ini juga boleh berlaku pada seluruh badan. 





  • Termangu - pesakit juga boleh jadi termangu dan hilang kesedaran seketika secara tiba-tiba. Pada ketika ini pesakit tidak tahu apa terjadi di sekeliling mereka dan sedar beberapa saat kemudian.

    B. Sawan separa - yang membabitkan hanya sebelah otak. Jenis epilepsi ini boleh dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu:





  • Sawan separa ringkas - keadaan ini bergantung kepada bahagian otak yang terbabit. Ia boleh menyebabkan pesakit takut, dapat mengesan bau atau rasa yang sangat kuat. Pada masa sama, pesakit mungkin mengalami pergerakan sentakan pada bahagian kepala atau kaki secara tiba-tiba, pergerakan mata yang pelik atau rasa kebas pada sebelah badan. Kadangkala ia juga menyebabkan pesakit ternampak kilasan cahaya. 





  • Sawan separa kompleks - keadaan ini boleh bermula dengan gejala sawan separa ringkas. Pesakit menjadi kurang peka pada persekitaran atau tingkah lakunya. Malah, pesakit mungkin hilang kawalan pada pergerakan tangan, mengunyah, menelan, bercakap dengan cepat, berlari, menari atau melakukan beberapa pergerakan pada satu masa. Keadaan ini dipanggil automatisme. 





  • Sawan keseluruhan sekunder - Ia biasanya bermula dengan sawan separa (membabitkan hanya sebelah otak) yang kemudian merebak ke keseluruhan otak. Apabila keadaan ini berlaku, pesakit mengalami sawan tonik-klonik (keseluruhan badan).


    Kesan epilepsi
    Perkataan sawan itu sendiri sudah memberikan impak negatif kepada pesakit sama ada dewasa atau kanak-kanak. Namun epilepsi kanak-kanak lebih rumit kerana penyakit ini memberi kesan negatif terhadap otak yang sedang berkembang, yang secara langsung mempengaruhi perkembangan sosial, pembelajaran dan kelakuan pesakit.

    Dr Wong berkata, walaupun epilepsi dianggap antara masalah yang lazim tetapi masyarakat masih prejudis dan mempunyai stigma negatif terhadap pesakit. Perkara inilah yang membuatkan pesakit lebih menderita kerana pesakit kanak-kanak biasanya dibuli, diejek dan dipulaukan sehingga menyebabkan mereka tertekan, tidak mahu ke sekolah dan pelajaran merosot.

    Bagi pesakit dewasa pula, antara masalah yang dihadapi ialah diskriminasi dalam pekerjaan kerana ada majikan tidak mahu mengambil pekerja yang 'sakit'. Kalau dulu pesakit epilepsi dianggap gila dan diletakkan di hospital mental, dikurung, tidak dibenarkan berkahwin atau mempunyai anak kerana bimbang penyakit itu menjadi warisan keluarga.


    Diagnosis
    Bukan mudah untuk menentukan seseorang mengalami epilepsi atau tidak. Doktor perlu membuat pemeriksaan terperinci, termasuk mengetahui sejarah serangan sawan, tempoh serangan, sama ada pesakit hilang kesedaran atau tidak ketika diserang, adakah ia membabitkan pergerakan tangan dan kaki atau hilang kawalan air liur, pergerakan mata yang lemah serta tidak dapat mengawal pundi kencing.

    Oleh kerana pesakit biasanya tidak ingat apa berlaku, bantuan dan pemerhatian ahli keluarga diperlukan. Lebih baik jika pesakit atau ahli keluarga dapat merekod semua butir ini setiap kali pesakit mengalami serangan sawan. Untuk mengenal pasti, doktor akan melakukan ujian elektroensefalogram (EEG) untuk merekod aktiviti elektrik otak. Otak individu yang mengalami epilepsi menunjukkan perubahan pada gelombang otaknya, walaupun ketika tidak diserang sawan. Bagaimanapun, ujian ini tidak begitu tepat kerana ia gagal mengesan 40 hingga 50 peratus kes pesakit epilepsi.


    Rawatan
    Pesakit epilepsi perlu diberi rawatan segera. Ini kerana setiap kali mendapat serangan, otak kekurangan oksigen. Jika dibiarkan, keadaan pesakit boleh menjadi semakin teruk. Kekurangan oksigen pada otak bukan saja menjejaskan proses pembelajaran, terutama pada kanak-kanak, tetapi boleh menyebabkan kerosakan sel otak.

    Rawatan yang ada kini membolehkan pesakit menjalani kehidupan normal sebaik orang lain dan lebih 80 peratus pesakit boleh mengawal serangan sawan dengan pengambilan ubat secara teratur mengikut dos ditetapkan doktor.

    Dr Raymond berkata, untuk membolehkan pesakit mempunyai kehidupan normal, pesakit akan diberikan ubat anti epilepsi (AED). Ubat AED terbahagi kepada dua kumpulan: generasi pertama dan kedua. Ubat generasi pertama seperti phenytoin, phenobarbitone, carbamazepine, sodium valproate, clobazam and clonazepam biasanya akan diberikan dulu dalam rawatan awal epilepsi.

    Ubat ini juga digunakan untuk merawat pesakit yang mengalami sawan separa atau sepenuhnya. Ubat generasi pertama ini bagaimanapun ada kekurangannya kerana ia mempunyai kesan sampingan serius seperti muka menjadi kasar, berat badan bertambah, jerawat, nodus limfa bengkak, pening, hilang keseimbangan, tulang menjadi lembut dan pertumbuhan lebih sel normal pada gusi.

    Ubat AED generasi kedua (ubat baru) yang kurang kesan sampingan diperkenalkan pada awal 1990-an. Kemasukan ubat seperti lamotrigine, oxcarbazepine, topiramate, tiagabine, gabapetin dan levetiracetam ke negara kita agak lewat iaitu hanya pada 2004. Namun kesan ubat ini berbeza antara pesakit. Ada yang dapat mengawal penyakit mereka sejurus selepas mengambil ubat tetapi ada yang tidak menunjukkan sebarang perubahan.

    “Rawatan anti epilepsi biasanya ada risiko kecil seperti perubahan perlakuan dan fikiran termasuklah mempunyai keinginan membunuh diri. Justeru itu setiap pesakit yang mengambil ubat AED perlu melaporkan segera kepada doktor jika mereka mengalami perubahan emosi yang teruk, terfikir atau ada keinginan mencederakan atau membunuh diri.

    “Inilah sebabnya pesakit mesti berbincang dengan doktor terlebih dulu sebelum menjalani sebarang program rawatan anti epilepsi. Pakar perubatan perlu mengenal pasti jenis serangan sawan, umur pesakit, keperluan untuk mengelakkan berlakunya interaksi antara ubat anti epilepsi dengan ubat lain yang diambil pesakit, keadaan kesihatan pesakit dan sama ada pesakit hamil atau pun mengambil ubat pencegah kehamilan,” katanya.

    Kebanyakan rawatan dimulakan dengan satu jenis ubat dan dosnya diubah mengikut keperluan. Kekerapan pengambilan ubat juga berbeza mengikut keperluan setiap pesakit. Sesetengah pesakit mungkin hanya perlu mengambil ubat sehari sekali, tetapi ada juga pesakit perlu makan ubat dua hingga tiga kali sehari. Jadi, jangan bandingkan kekerapan atau dos ubat ahli keluarga anda dengan pesakit lain.

    Dalam sesetengah kes, pesakit memerlukan lebih daripada satu jenis ubat untuk mengawal penyakit mereka dengan baik. Pada masa sama pesakit juga perlu berjumpa doktor mengikut jadual ditetapkan untuk menjalani ujian darah bagi mengukur paras ubat AED. Ada pesakit perlu diuji seminggu selepas rawatan dimulakan kerana kebanyakan ubat mengambil masa seminggu untuk mencapai tahap yang boleh diuji.

    “Pesakit perlu selalu berhubung dengan doktor untuk memastikan ubat yang diambil benar-benar berkesan. Selain itu pesakit diingatkan supaya kekal dengan ubat berjenama (berpaten) yang dibekalkan doktor dan tidak beralih kepada ubat generik (ubat yang tiada paten, dihasilkan mana-mana pengeluar ubat selepas paten ubat asal tamat tempoh). Kajian mendapati sesetengah ubat anti epilepsi generik kurang berkesan dan menyebabkan serangan sawan pada ramai pesakit,” katanya.


    Isu keselamatan dan bantuan
    Kebanyakan orang sering terlepas pandang perkara kecil apabila membabitkan isu keselamatan. Bagi pesakit epilepsi, semua perkara adalah penting dan perlu diberi perhatian. Ia boleh dibahagi kepada dua kategori iaitu:





  • Perlindungan kepada pesakit yang mengalami serangan sawan, ia mungkin disebabkan kecederaan ketika rebah atau tidak sedarkan diri 





  • Perlindungan daripada kemalangan yang membabitkan serangan sawan, yang turut membabitkan orang lain

    Individu yang mengalami sawan berhadapan dengan pelbagai di banyak tempat dan keadaan. Bagaimanapun kecederaan ini boleh dikurangkan dengan membuat beberapa perubahan atau pengubahsuaian mudah pada persekitaran dan cara pesakit melakukan sesuatu kerja.

    Walaupun kita tidak mempunyai ahli keluarga yang menghidap epilepsi, tetapi tidak rugi jika mengambil tahu serba sedikit mengenai penyakit ini termasuklah bantuan yang boleh diberi jika pesakit mengalami serangan sawan seperti:





  • Pastikan persekitaran pesakit selamat dan tidak sesak. Elak berkumpul mengeliling pesakit kerana ketika ini otak pesakit kekurangan oksigen dan mereka memerlukan banyak oksigen. 





  • Jangan ubah kedudukan pesakit jika tidak perlu. Bagaimanapun, jika pesakit jatuh di tempat yang kurang selamat, baru boleh dialihkan. 





  • Jangan masukkan sesuatu ke dalam mulut pesakit. Tidak mengapa jika dia tergigit lidahnya kerana serangan sawan biasanya berakhir dalam masa beberapa saat hingga minit. 





  • Jika pesakit adalah wanita, jaga kehormatannya.
    Biar sawan berakhir sendiri. Jangan cuba `betulkan' atau luruskan tangan mahu pun kakinya yang mengalami kekejangan. 





  • Biasanya selepas mengalami serangan sawan, pesakit akan tertidur seketika. Justeru, pastikan pesakit dalam keadaan selamat - termasuk harta bendanya. 





  • Jika serangan berlaku melebihi tempoh biasa atau pesakit mengalami serangan berulang, segera bawa ke hospital. 





  • Bagi pesakit sendiri, sentiasa bawa nombor telefon rumah atau ahli keluarga yang boleh dihubungi jika berlaku kecemasan. Untuk keterangan lanjut mengenai epilepsi orang dewasa dan kanak-kanak, anda boleh layari laman web www.epilepsy.org.my.
  • Bakal isteri keempat

    KUALA LUMPUR: Didikan agama diberi secukupnya manakala batas pergaulan sentiasa dipantau keluarga, namun angkara cinta buta, seorang gadis rela menggadai maruah sehingga melahirkan anak luar nikah.

    ALEEYA... tewas dalam dakapan suami orang.
    ALEEYA... tewas dalam dakapan suami orang.


    “Saya bukan jenis liar sebab ayah dan ibu menjaga saya dengan sempurna. Saya diberi didikan agama manakala batas pergaulan saya sentiasa dipantau keluarga.
    “Entah bagaimana, perkenalan dengan seorang lelaki berusia 30-an membuatkan saya hanyut. Saya lupa keluarga... lupa dosa dan pahala,” kata Aleeya ketika ditemui baru-baru ini.
    Baginya, lelaki itu membuatkan hidupnya bahagia sehingga dalam tempoh singkat dia dengan rela hati menyerahkan tubuhnya.

    “Bukan saya tidak tahu perbuatan itu (seks sebelum berkahwin) berdosa. Saya juga tahu apa dibuat itu boleh membuatkan mengandung.

    “Bagaimanapun, apabila nafsu menguasai diri, saya lupa segala-galanya. Saya merelakan diri diperlakukan seperti isteri,” katanya.

    Menurutnya, lelaki ditemuinya disifatkan sangat baik dan bijak berkata-kata, membuatkan dia pasang impian untuk hidup bahagia.

    “Saya berkenalan dengan lelaki itu di kedai makan ketika melanjutkan pelajaran di sebuah kolej di ibu kota dua tahun lalu. Perkenalan singkat itu membuahkan cinta sehingga kami kerap keluar bersama.

    “Dia terlalu baik dan budiman. Selepas beberapa kali bertemu, secara terus terang dia beritahu dia sudah berkahwin dan ada anak, namun kerana perasaan sayang yang mendalam, saya rela menerimanya,” katanya.

    Keyakinan Aleeya terhadap lelaki itu semakin kukuh apabila turut diperkenalkan dengan isteri lelaki terbabit.

    “Isteri lelaki itu menerima saya seadanya. Itu membuatkan saya rela menjadi isteri lelaki itu, sekali gus hidup bermadu. Namun hasrat bergelar isteri tidak kesampaian kerana keluarga tidak membenarkan saya berkahwin, sebaliknya mahu saya menumpukan kepada pelajaran,” katanya yang mengakui hubungannya dengan lelaki itu diketahui keluarganya.

    Aleeya berkata, keluarganya meminta dia memberi tumpuan kepada pelajaran dan melupakan cintanya, tetapi dia tetap meneruskan hubungan terlarang itu.

    “Setahun melakukan hubungan seks terlarang, saya dapati berlaku perubahan pada diri saya. Saya tidak datang haid selama dua bulan. Apabila melakukan pemeriksaan menggunakan alat ujian kehamilan, rupa-rupanya saya mengandung,” katanya.

    Perasaan panik menyelubungi Aleeya, namun dia tidak merujuk masalahnya kepada sesiapa melainkan kepada kekasihnya.

    “Lelaki itu mahu bertanggungjawab dan segera mengahwini saya. Dia ajak pulang ke kampung saya dan memberitahu perkara sebenar kepada keluarga saya, namun saya tidak berani.

    “Ketika itu saya berasa selamat kerana lelaki itu menunjukkan kesungguhannya mahu bertanggung jawab,” katanya.

    Ketika mabuk bercinta, dia mendapat tahu bahawa lelaki itu sebenarnya mempunyai bukan seorang tetapi tiga isteri.

    Aleeya turut difahamkan, lelaki itu berkahwin lebih daripada satu menggunakan sindiket.

    “Maklumat itu diperoleh daripada pihak tertentu. Saya berterus terang dengan lelaki itu dan dia menafikannya,” katanya.

    Dia terus menaruh keyakinan dengan kejujuran lelaki itu sehingga sanggup menipu keluarga tidak pulang ke kampung ketika cuti semester kononnya mahu bekerja.

    “Lama kelamaan saya tertekan dengan keadaan sedemikian. Saya akur dengan permintaan lelaki itu yang mahu membawa saya pulang ke kampung. Lelaki itu menjadi jurucakap saya kerana saya tidak berani berterus terang,” katanya.

    Selepas rahsia terbongkar, lelaki itu menyatakan hasrat mahu memperisterikan Aleeya, namun tidak dipersetujui keluarga.

    “Mereka (keluarga) tidak mahu melihat saya menderita, apatah lagi selepas mengetahui sisi gelap lelaki itu, termasuk dakwaan kononnya dia beristeri empat,” katanya.

    Menurut Aleeya, itu kali terakhir dia bertemu lelaki itu, namun cinta yang mendalam membuatkan mereka tetap berhubung.

    “Isteri lelaki itu turut sentiasa bertanya khabar saya. Apa pun saya sedar, saya masih perlukan keluarga. Saya bersyukur keluarga masih menerima saya dan mahu memelihara anak yang dikandungkan.

    “Saya sedar pengorbanan keluarga terlalu besar... mereka sanggup menanggung malu dan memberi semangat untuk terus kuat membina hidup baru,” katanya.
    Aleeya berkata, keluarganya mahu dia meneruskan pelajaran dan berjaya dalam hidup.

    “Apabila di samping keluarga, perasaan menyesal menerpa tak sudah-sudah. Saya hanya mampu menangis dan menyesali apa dibuat,” katanya.

    Penuntut liar

    KUALA LUMPUR: Umpama penari bogel yang sinonim dengan ‘joget tiang’, segelintir penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) masa kini dikesan rela menggadai maruah melakukan perbuatan keji itu di pusat hiburan.

    pix_middle
    Perkara itu didedahkan seorang penuntut IPT yang aktif berfoya-foya di disko, termasuk menari tiang, sehingga membiarkan tubuh dibaluti pakaian ketat dan singkat dijadikan ‘santapan mata’ lelaki hidung belang.

    Mahu dikenali sebagai Rozita, 23, tiada siapa sangka dia yang sopan pada siang bertukar liar apabila tiba malam.

    “Siang saya rasakan diri ini mulia, terutama ketika menuntut ilmu, tetapi apabila malam menjelma saya akui diri ibarat syaitan. Kehidupan di disko bagaikan syurga kerana itu tempat paling sesuai untuk melepaskan tekanan.

    “Apabila mabuk, setakat melakukan tarian tiang untuk tontonan pengunjung disko bukan masalah untuk saya. Ketika itu saya hanya mahu seronok, tetapi berasa ‘glamor’ juga sebab jadi perhatian,” katanya.

    Menurut Rozita, tujuan ke disko pada mulanya sekadar berseronok, termasuk mabuk, kemudian buat tarian tiang, tetapi lama-kelamaan mengambil pula pil khayal.
    “Kesudahannya apabila mabuk dan khayal, pulang beriringan bersama pasangan ke hotel atau rumah sewa,” katanya.

    Lebih mengejutkan, Rozita mengakui dia dan beberapa rakan yang ‘satu kepala’ dengannya sanggup menggadai tubuh demi mendapatkan wang untuk menampung perbelanjaan berhibur dan pengajian di IPT.

    “Apabila habis wang, saya sanggup meminta ‘perkhidmatan’ yang diberi dibalas dengan wang. Dengan wang itu dapatlah saya tampung perbelanjaan untuk berhibur dan belajar.

    “Apapun, bukan bermakna saya selalu buat begitu, sebaliknya kalau dah ‘sesak’ saja,” katanya.

    Jika ada bajet lebih, dia dan rakan menganjurkan parti bebas yang dihadkan kepada tetamu tertentu saja.

    Parti itu dipenuhi aktiviti menghisap ganja, minum arak dan seks bebas.
    “Akibatnya, pelajaran saya hampir musnah dan terpaksa mengulang subjek yang gagal kerana sering ponteng kelas.

    “Akibat terlalu memikirkan keseronokan, ada rakan saya mempunyai ‘sugar daddy’ yang membelikan mereka telefon bimbit canggih, pinjamkan kereta mewah dan kadangkala tidur di rumah besar,” katanya.

    Seorang lagi pelajar IPT yang mahu dikenali Zura, 23, berkata, dia ke disko kerana terpengaruh dengan rakan daripada golongan berada.

    “Saya masuk ke kelab malam sebab mahu menari, tidak kira menari biasa atau menari tiang, dan saya tidak perlu bayar sebab rakan belanja.

    “Inilah untungnya bila berkawan dengan orang kaya, semuanya dibelanja, termasuk bayaran masuk ke disko dan arak, “katanya.

    Zura mengakui bukan aneh jika melihat ramai penuntut IPT menjadi pengunjung tetap disko, dengan ada antara mereka pandai melakukan tarian tiang dalam keadaan mabuk.

    Tertelan nyamuk masa baca berita


    RAKAMAN menunjukkan detik ketika seekor nyamuk (dalam bulatan) 
    terbang memasuki mulut Ching.


    TAIPEI - Seorang penyampai berita televisyen Taiwan, Huang Ching dikejarkan ke sebuah hospital selepas tertelan seekor nyamuk yang muncul ketika dia sedang membaca berita secara langsung di udara, lapor sebuah akhbar semalam.
    Wanita tersebut tercekik diserang asma apabila serangga itu tersangkut di kerongkong dan menyebabkan pengurusan stesen China Television Co. memutuskan siaran berita dengan iklan selama empat minit.
    Dia masih meneruskan tugas walaupun kelihatan nafasnya tercungap sebelum siaran diputuskan seketika dan seorang lagi rakan penyampai berita segera mengambil alih tempat Huang Ching yang sedang menerima rawatan kecemasan.
    "Saya tidak pernah menjangka penangan seekor nyamuk boleh memberi kesan amat besar dan menjadikan hari itu bertukar sebagai begitu teruk," kata Huang Ching yang menghabiskan masa beberapa hari di sebuah hospital tempatan. - Agensi

    Hamas kutuk saranan PBB


    BANDAR GAZA 24 Julai - Hamas hari ini mengutuk saranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar bantuan ke Gaza dihantar melalui jalan darat dan bukan kapal laut sebagai 'tidak boleh diterima'.
    "Seruan PBB kepada pertubuhan antarabangsa agar menggunakan jalan darat ke Gaza dan bukan laut tidak dapat diterima dan adalah haram," kata jurucakap Hamas, Sami Abu Zahri.
    Hamas menyifatkan pendirian PBB itu sebagai 'persubahatan dengan penjajah Israel'.
    "Kumpulan yang cuba menghantar bantuan kepada perairan kawasan Hamas ini perlu meneruskan usaha ke Gaza melalui jalan laut sehingga sekatan dipecahkan," tegasnya lagi.
    Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak semalam mengulangi amaran yang tentera laut Zionis akan menghalang kapal-kapal Libya dari membawa bantuan ke Gaza. - AFP

    Ulama benar wanita Islam dedah muka


    RIYADH 24 Julai - Seorang ulama popular Arab Saudi menyatakan wanita yang tinggal di negara bukan Islam yang mengharamkan pemakaian penutup muka perlu mematuhi peraturan tersebut.
    Ulama tersebut, Sheikh Aedh Al-Garni pada masa sama mengkritik usaha Eropah untuk mengharamkan kelengkapan wanita Islam berkenaan.
    Dia berkata demikian bagi menjawab persoalan dari wanita tempatan yang berada di Perancis mengenai pengharaman burqa dan niqab ke atas wanita Islam yang dikeluarkan oleh kerajaan negara tersebut. Pengharaman serupa juga sedang dipertimbangkan di Sepanyol dan Belgium.
    Al-Garni menjelaskan, orang Islam tidak berhak untuk mencabar atau membantah undang-undang yang dikuatkuasakan oleh negara berkenaan dalam fatwanya yang disiarkan dalam akhbar Al-Hayat hari ini.
    Sebilangan negara Eropah menghadapi masalah untuk menyeimbangkan percanggahan identiti asal negara mereka dengan peningkatan penduduk Islam dengan amalan budaya hidup mereka. - AP

    Iran rancang bina reaktor nuklear baru


    TEHERAN 24 Julai - Iran hari ini menyatakan rancangan membina reaktor eksperimen lakuran nuklear, lapor televisyen negara, ketika Barat mendesak Teheran menghentikan kerja-kerja nuklear yang sensitif.
    Pada 2006, Iran menegaskan yang ia mahu mengadakan ujian penyelidikan pelakuran nuklear, sejenis reaksi atomik yang masih belum dibangunkan untuk penjanaan kuasa komersial, namun ini adalah kali pertama sejak bertahun lamanya ia diteruskan.
    "Kami memerlukan dua tahun untuk melengkapkan kajian mengenai pembinaan dan 10 tahun lagi untuk mereka bentuk dan membina reaktor tersebut," kata ketua Pusat Kajian Pelakuran Nuklear, Asqar Sediqzadeh kepada Press TV.
    Amerika Syarikat (AS) dan sekutu Eropahnya mengesyaki Iran cuba membangunkan bom atom dan telah mengenakan sekatan untuk mendesak Iran menghentikan usaha nuklearnya itu. Teheran berulang kali menegaskan ia adalah untuk tujuan awam.
    Ketua nuklear Iran, Ali Akbar Salehi berkata, Iran sedia bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa dalam Projek Tenaga Pelakuran Kebangsaan, lapor agensi berita Iran, ISNA tanpa menyatakan rancangan pembinaan reaktor tersebut.
    "Fasa saintifik projek penyelidikan tenaga pelakuran ini telah dilancarkan tanpa sebarang had belanjawan," kata Salehi lagi.
    Reaktor nuklear komersial bergantung kepada proses pembelahan yang menjana tenaga dari pembelahan atom. - REUTERS

    Korea Utara ancam guna nuklear


    SEOUL 24 Julai - Korea Utara hari ini mengancam untuk menggunakan 'pencegahan nuklear berkuasa tinggi' sebagai respons kepada latihan bersama tentera laut Korea Selatan-Amerika Syarikat (AS) ketika ketegangan semakin meningkat berikutan insiden kapal perang Seoul yang karam Mac lalu.
    "Korea Utara bersedia untuk satu tindakan balas perang," kata Suruhanjaya Pertahanan Kebangsaan (NDC) yang dipengerusikan oleh pemimpin tertinggi, Kim Jong-Il dalam satu kenyataan yang dilaporkan Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).
    AS dan Korea Selatan mengumumkan satu latihan bersama tentera laut yang bermula esok, dalam satu tindakan yang disifatkan sebagai cubaan mencegah perlakuan agresif Korea Utara.
    "Semua tindakan ini tidak bermaksud apa-apa kecuali provokasi bertujuan menyekat Korea Utara menggunakan tentera bagi pelbagai tujuan dan maksud.
    "Tentera dan rakyat Korea Utara akan menggunakan pencegahan nuklear berkuasa tinggi untuk membalas latihan perang nuklear terbesar yang akan dijalankan AS serta tentera boneka Korea Selatan," lapor NDC.
    Ulasan itu dibuat selepas Korea Utara semalam mengancam untuk melaksanakan satu 'respons fizikal' terhadap latihan ketenteraan itu ketika AS menuduh Pyongyang melancarkan kempen provokasi.
    Topik berkaitan perang menguasai forum sidang kemuncak keselamatan Asia Pasifik di Hanoi yang dihadiri Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton dan Menteri Luar Korea Utara, Pak Ui-Chun semalam.
    Ketegangan kian memuncak di semenanjung Korea berhubung kejadian kapal perang Korea Selatan yang karam Mac lalu, meragut 46 nyawa.
    Korea Selatan dan AS menuduh Korea Utara melancarkan torpedo, mengakibatkan kapal perang itu karam berhampiran sempadan Laut Kuning yang menjadi pertikaian.
    Dalam satu pertunjukan kekuatan, dua negara sekutu itu mengumumkan satu latihan tentera laut bersama bermula esok melibatkan 200 pesawat dan 20 kapal termasuk sebuah kapal pengangkut pesawat di Laut Jepun.
    Kementerian Pertahanan Korea Selatan menyatakan ia adalah yang pertama dalam kira-kira 10 siri latihan tentera laut yang akan berlangsung selama beberapa bulan.
    Pyongyang menafikan pembabitan dalam insiden kapal perang Cheonan yang karam dan telah memberi amaran perang sekiranya ia dihukum, memetik kenyataan Majlis Keselamatan PBB pada 9 Julai lalu yang mengutuk serangan tersebut namun tidak menyatakan dalangnya.
    China selaku sekutu kuat Korea Utara juga menentang latihan ketenteraan tersebut dan meminta semua pihak bertenang.
    Jepun bagaimanapun memberi sokongan malah menghantar empat pemantau tentera.
    AS turut mengumumkan lebih banyak sekatan bagi menghalang Korea Utara dari menjual senjata nuklearnya atau sebarang bahan berkaitan. - AFP

    BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL


    TURUTAN gambar menunjukkan nahas udara di Lapangan Terbang Lethbridge County di Alberta, Kanada, semalam. – AP

    ITULAH yang dapat dikatakan bagi menggambarkan nasib juruterbang, Kapten Brian Bews dalam nahas jet pejuang CF-18 Hornet yang terhempas sebelum berkecai dalam letupan bebola api.
    Kemalangan udara ini berlaku semalam ketika Bews menjalani latihan penerbangan menjelang pertunjukan udara di Lapangan Terbang Lethbridge County, Alberta di Kanada esok.
    Seramai lapan juruterbang tentera udara Kanada maut dalam beberapa insiden melibatkan 17 pesawat tempur ini, namun Bews terselamat daripada menjadi korban kesembilan.utusan

    Isteri curang bijak simpan rahsia




    WANITA bijak menyimpan rahsia hinggalah kecurangan mereka terbongkar.

    KISAH isteri curang atau suami menangkap isteri berkhalwat dengan lelaki lain semakin kerap dilaporkan media kebelakangan ini.
    Kes terbaru berlaku di Kuantan, Pahang, 5 Julai lalu. Seorang suami, dikenali sebagai Muhammad yang mengesyaki isterinya bermain kayu tiga bertindak memasang perangkap dengan pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).
    Menurut Muhammad, pada mulanya beliau tidak mengesyaki apa-apa kerana wanita itu sibuk dengan perniagaan butiknya.
    Namun, saya sendiri yang menangkapnya ketika dia berdua-duaan dengan seorang lelaki lain di sebuah bilik sewa yang terletak di atas sebuah restoran, cerita beliau.
    Bagi Halim (bukan nama sebenar) pula, dia tidak menyangka isterinya Halimah (nama samaran) yang berperwatakan baik sanggup menjalin hubungan sulit dengan suami orang.
    Sepanjang hidup bersamanya, tidak sedikit pun saya meragui kesetiaannya memandangkan perkahwinan kami atas dasar suka sama suka, katanya dalam ruangan forum Internet.
    Halim memberitahu, ketika dia bersusah payah membangunkan perniagaan, Halimah merupakan menjadi sumber inspirasinya.
    Isterinya juga melayannya dengan penuh kasih sayang dan rumah tangga mereka bertambah bahagia selepas dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia sembilan tahun.
    Namun, ada juga rakan memberitahu Halim mereka pernah melihat Halimah bersama lelaki lain dalam keadaan mencurigakan tetapi tidak diendahkan Halim.
    Pada suatu hari, kereta yang dipandu Halim rosak dan beliau terpaksa pulang ke rumah untuk mengambil sebuah lagi keretanya.
    Di rumah, Halim terkejut besar melihat kelibat seorang lelaki keluar dari pintu belakang. Dengan segala kudrat, Halim mengejar lelaki itu dan berjaya menangkapnya.
    Meningkat
    Tetapi apa yang menyedihkan, Halim mendapati isterinya berada dalam keadaan kusut dan memakai baju tidur tanpa coli di ruang tamu. Mereka berdua akhirnya bercerai.
    Menurut seorang peguam syarie, Musa Awang, kes perceraian akibat isteri curang seperti yang dilalui Muhammad dan Halim itu meningkat 20 peratus setiap tahun.
    Perkara ini cukup serius terutama bagi pasangan suami isteri yang menetap di bandar besar. Saya berpendapat antara puncanya ialah isteri banyak menghabiskan masa di tempat kerja.
    Mereka kurang bersama suami dan jika ada masalah rumah tangga, mereka akan berkongsi dengan orang ketiga yang suka mengambil kesempatan, katanya yang berpengalaman lebih 10 tahun mengendalikan kes cerai di mahkamah syariah.
    Beliau berpendapat, perkara-perkara itu boleh menyebabkan hubungan suami dan isteri renggang, bergaduh dan akhirnya memilih cerai sebagai jalan untuk keluar daripada konflik rumah tangga.
    Musa tidak menyalahkan isteri seratus peratus. Suami juga, katanya, mungkin menjadi punca isteri curang, misalnya suami tidak menunaikan tanggungjawab zahir dan batin.
    Selain itu, suami sendiri mungkin curang terlebih dahulu hingga menyebabkan isteri beralih cinta kepada orang lain. Begitu juga jika suami berpoligami tanpa kebenaran, berperwatakan kasar dan suka memukul isteri, terang beliau.
    Musa memberitahu, dalam keadaan itu, perceraian dianggap penyelesaian terbaik.
    Bagi Pengarah Bahagian Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat (KPWM), Linda Jamaluddin, masalah bermula apabila si isteri mengadu kepada orang lain yang tidak berkaitan.
    Katanya, wanita lebih terdorong untuk berjumpa teman sepejabat atau jiran-jiran untuk meluahkan perasaan.
    Cinta sepejabat
    Daripada situlah timbul perasaan kasihan lebih-lebih lagi kawan lelaki hingga membibitkan cinta terlarang, katanya.
    Linda berpendapat kecurangan berlaku disebabkan masalah komunikasi dalam rumah tangga. Suami tidak memahami isteri dan begitulah sebaliknya. Faktor lain ialah suami tidak mahu berkongsi kerja dan tugas menguruskan rumah tangga.

    MEDIA akhir-akhir ini kerap melaporkan kisah suami menangkap isterinya berdua-duaan dengan lelaki lain.

    Kesilapan paling utama adalah apabila suami atau isteri berkongsi masalah rumah tangga dengan orang lain hingga menimbulkan masalah lain khususnya curang, hujah beliau.
    Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali memberitahu, kecurangan merupakan salah satu punca perceraian di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
    Beliau bagaimanapun tidak memberikan angka yang tepat berhubung kes cerai yang melibatkan isteri curang.
    Kes cerai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan ialah sebanyak 15 hingga 18 peratus berbanding jumlah perkahwinan yang didaftarkan setiap tahun, katanya.
    Che Mat memberitahu, faktor kewangan suami yang tidak stabil selain cabaran kehidupan di bandar besar juga boleh mengakibatkan isteri curang.
    Dahulu, rata-rata isteri menjadi suri rumah tetapi kini kebanyakan mereka bekerja. Pergaulan di pejabat juga menjadi sebab isteri bermain kayu tiga selain waktu yang singkat bersama suami sendiri.
    Lagipun tempoh perkahwinan selama satu hingga lima tahun merupakan tempoh yang kritikal dan pasangan suami isteri yang dapat menghadapinya dengan baik mungkin perkahwinan mereka akan berkekalan hingga ke akhir hayat, katanya.
    Pakar psikologi, Dr. Suradi Salim pula berpandangan manusia sebenarnya tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.
    Manusia bukan malaikat. Seperti curang seorang lelaki, wanita juga boleh melakukannya, katanya. Namun, menurut Suradi lelaki lebih cenderung bersikap curang kerana sikap ego mereka.
    Wanita dikenali dengan kesetiaan tetapi lebih berbahaya kerana mereka bijak menyimpan kecurangan mereka, terang beliau.
    kredit : kosmo.com.my

    Iran hantar roket, angkasawan 2019




    GAMBAR fail pada 18 April lalu menunjukkan Mahmoud (dua dari kiri) diberi penerangan ketika menyaksikan sebuah roket untuk misi projek angkasa lepas pada perbarisan tentera Iran.

    TEHERAN – Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad kelmarin mengumumkan negara itu kini bersedia melancarkan misi pertama kapal angkasa ulang-alik sendiri yang lengkap dengan pasukan angkasawan menjelang 2019, lapor stesen Press TV.
    Misi itu katanya, perlu disegerakan dalam tempoh lima tahun bagi tujuan pertahanan ekoran tindakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan sekatan baru bulan lalu susulan projek nuklear Iran yang dipertikaikan.
    “Kita berharap boleh menghantar angkasawan ke bulan bagi menyaingi musuh-musuh kita dalam bidang pertahanan aeroangkasa,” kata Mahmoud merujuk kejayaan Iran melancarkan sendiri roket Kavoshgar-3 yang membawa satelit negara itu.
    Tahun lalu, Iran berjaya melancarkan satelit Omid buatan tempatan buat kali pertama ke orbit angkasa lepas bagi kegunaan telekomunikasi dan penyelidikan secara aman. – AP
    kredit : kosmo.com.my