Pages

Tuesday, February 15, 2011

Tips Untuk Mendapatkan Pahala Yang Berlipat-Lipat


Di antara nikmat Allah yang dianugerahkan kepada kita adalah bahwa setiap amalan yang diperintahkan kepada kita atau yang dilarang telah ditentukan pahala dan ganjarannya. Hal itu dikemas dalam bentuk anjuran, kabar gembira, atau bersegera agar diamalkan, yang terkadang dituturkan pada awal, pertengahan atau bahkan di akhir kalimat. Dan diantara kemuliaan Allah atas hamba-Nya adalah Dia melipatgandakan amal kebaikan sampai sepuluh bahkan tujuh ratus kali lipat. Pahala-pahala tersebut dapat dikelompokkan sesuai dengan kelipatan pahala dari amalan-amalan tertentu, antara lain:

1. Satu Pahala Kebaikan
Pahala ini diberikan kepada para hamba-Nya yang ia melakukan suatu amalan baik akan tetapi keinginan itu belum tercapai atau orang yang ingin melakukan kejahatan akan tetapi tidak tercapai. Hal ini diterangkan oleh hadits Nabi:
"Sesungguhnya Allah telah menetapkan kebaikan-kebaikan dan keburukan, lalu menguraikannya; barang siapa yang berkeinginan melakukan suatu amal baik, sementara ia belum dapat melakukannya maka baginya pahala yang sempurna. Jiak ia sampai mengamalkannya maka Allah akan memeberikan pahala sepuluh kebaikan, sampai berlipat tujuh ratus kebaikan, bahkan lebih banyak. Jika ia berkeinginan melakukan suatu kejahatan sementara ia tidak melakukannya maka baginya pahala satu kebaikan penuh. Dan jika berkeinginan melakukan suatu kejahatan dan ia melakukannya maka baginya satu ganjaran keburukan." (Bukhari-Muslim)

2. Pahala 10x kebaikan
Pahala ini diberikan kepada orang-orang yang melakukan kebajikan-kebajikan sebagai berikut:
a. Setiap satu huruf dari bacaan Al-Quran mengandung 10 kebaikan bila kita membaca Al-Quran
"Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah maka ia akan mendapat pahala satu kebaikan, satu kebaikan sama dengan sepuluh kali lipat. Aku tidak mengatakan 'Alif Laam Miin' adalah satu huruf, akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf." (Tirmidzi)

b. Mengucapkan shalawat Nabi
"Barangsiapa bershalawat kepadaku satu kali maka Allah akan bershalawat kepadanya sepuluh kali."(Muslim)

c. Orang yang mengucapkan salam
Diriwayatkan oleh husain bin Umar, ia menuturkan:
"Seseorang datang kepada Nabi sambil mengucapkan 'Assalamualaikum', Nabi membalas salamnya dan ia pun langsung duduk, lalu beliau mengucapkan 'Baginya pahala sepuluh kebaikan'. Lalu datang orang lain kepada Nabi sambil mengucapkan 'Assalamualaikum Warahmatullah', Rasul pun membalasnya lalu berkata,'Baginya pahala dua puluh kebaikan'. Kemudian datang orang ketiga mengucapkan,'Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh', Rasul pun membalas salamnya dan orang itu pun langsung duduk, lalu beliau berkata,'Baginya pahala tiga puluh kebaikan.'"(Abu Daud)

3. Pahala 20x kebaikan
Pahala yang diperuntukkan bagi orang yang mengucapkan, 'Assalamualaikum Warahmatullah', sebagaimana disebutkan dalam hadits di atas.

4. Pahala 30x lipat
Pahala ini dapat diraih cukup hanya dengan mengucapkan salam secara sempurna, 'Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh', sebagaimana tersebut dalam hadits di atas.

5. Pahala 100x lipat
Pahala yang dapat diraih oleh orang yang membunuh toke dengan satu pukulan
"Barangsiapa membunuh toke dalam satu kali pukulan maka baginya seratus pahala kebaikan sedangkan dalam dua kali pukulan baginya kurang dari itu dan pada pukulan ketiga pahalanya kurang dari itu." (Muslim)

6. Pahala 100 Tingkatan Surga
Yaitu bagi orang yang melakukan amal kebaikan berupa jihad di jalan Allah.
"Sesungguhnya di dalam surga terdapat seratus tingkat yang disiapkan Allah bagi orang yang berjihad fi sabilillah. Jarak antara satu tingkat ke tingkat lainnya seperti antara langit dan bumi." (Bukhari)

7. Pahala 1000x kebaikan
Pahala ini diperuntukkan bagi orang yang mengucapkan tasbih 100x. Rasulullah bersabda:
"Adakah di antara kalian tidak mampu untuk mendapatkan pahala seribu kali kebaikan setiap hari?" Seorang sahabat yang berada di majelisnya bertanya."Bagaimana mendapatkan pahala seribu kali kebaikan?" Rasul menjawab,"Bertasbih seratus kali, niscaya akan mendapatkan pahala seribu kali kebaikan, atau dihapuskan darinya seribu dosa." (Ahmad dan Muslim)

8. Pahala 27x lipat
Pahala ini diperuntukkan bagi orang yang mendirikan shalat berjamaah
"Orang yang melakukan shalat berjamaah baginya tambahan pahala dua puluh tujuh derajat."(Muslim)

9. Pahala 1000x lipat
Pahala ini diperuntukkan bagi orang yang melakukan shalat di masjid Nabawi.
"Shalat di masjidku lebih utama seribu kali shalat di masjid yang lain kecuali masjidil Haram." (Bukhari-Muslim)

10. Pahala Satu Gunung Emas
Pahala ini diperuntukkan bagi orang yang mengiringi jenazah dan menyalatkannya.
"Barangsiapa yang turut mengiring jenazah seorang muslim dengan keimanan dan mengharap ridha Allah dan menyolatkannya serta turut mengiringinya sampai ke liang lahad maka baginya pahala dua karat, satu karat sebesar gunung Uhud. Adapun orang yang turut mengiringinya sampai menyalatkannya tanpa ikut serta ke pemakamannya baginya pahala satu karat." (Bukhari)

11. Pahala Dua Gunung Emas
Mengiringi jenazah sampai usai pemakaman sebagaimana tersebut dalam hadits di atas.

12. Pahala 700x lipat
Pahala ini diperuntukkan bagi :
1. Orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah
"Barangsiapa yang berinfak di jalan Allah maka baginya pahala 700x lipat." (Tirmidzi)

2. Orang Yang berislam dengan Baik
"Jika Seseorang diantara kalian berislam dengan baik, maka setiap kebaikan yang diperbuat mendapatkan pahala sebesar 10 kali sampai 700 kali lipat. Sedangkan setiap kejahatan yang diperbuat mendapat ganjaran sebesar kejahatan yang dilakukan sampai ia menghampiri Allah." (Muslim)

REFERENSI:

Jawaiz Qayyimah Ala A'mal Hayyinah (Edisi Indonesia: Amalan Ringan Pahala Besar Kiat Rasulullah Meraih Surga) Karya Syeih Yasin Sabitani
catatanlepas.com - Tips Untuk Mendapatkan Pahala Yang Berlipat-Lipat

Bakar Bashir dakwa ada konspirasi




Abu Bakar Bashir menghadiri perbicaraan di Jakarta Selatan atas tuduhan membiayai kumpulan militan ala al-Qaeda di Acheh, semalam. - AFP


JAKARTA 14 Feb. - Guru agama Indonesia, Abu Bakar Bashir hari ini menyifatkan tuduhan keganasan terbaru ke atasnya sebagai satu konspirasi, apabila perbicaraan kesnya kerana didakwa membiayai kumpulan militan ala al-Qaeda disambung semula.
Abu Bakar, 72, yang didakwa menjadi pengasas pertubuhan Jemaah Islamiah (JI) tersenyum dan melambaikan tangan ke arah penyokongnya yang melaungkan takbir setibanya dia di mahkamah di Jakarta Selatan.
"Saya faham bahawa pada dasarnya saya dituduh menjadi ketua sebuah kumpulan militan di Aceh.
"Dakwaan sedemikian telah diada-adakan dan hanyalah omong kosong," katanya kepada panel hakim selepas mendengar tuduhan dibacakan kepadanya.
Di bilik penjaranya sebelum perbicaraan, Abu Bakar memberitahu wartawan, semua tuduhan hanyalah rekaan dan dia tidak melakukan apa-apa sekadar mempertahankan Islam.
Pendakwa berkata, Abu Bakar mengumpulkan lebih AS$140,000 (RM434,000) untuk sebuah kumpulan baru dikenali sebagai 'al-Qaeda di Aceh' yang dikesan menjalankan latihan di wilayah Aceh pada Februari tahun lepas.
Menurut kertas pendakwaan, dia menemui ketua operasi kumpulan, Dulmatin dan menghasut anggota supaya melancarkan serangan melibatkan pembunuhan dan rompakan atas nama jihad.
Polis membunuh Dulmatin pada Mac tahun lepas dan puluhan anggota kumpulan Aceh itu ditembak mati atau ditangkap.
Jika sabit kesalahan, Abu Bakar boleh menghadapi hukuman mati.
Inilah kali ketiga dia dibicarakan atas tuduhan berkaitan keganasan, bermula dengan serangan bom di Bali pada 2002 yang membunuh lebih 200 orang.
Abu Bakar menjalani hukuman penjara hampir 26 bulan kerana konspirasi berkaitan serangan bom itu sebelum dibebaskan pada 2006 dan kemudian dibebaskan daripada tuduhan terlibat dengan letupan itu. - AFP
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Korea Selatan dilanda salji tebal



SEOUL 14 Feb. - Korea Selatan hari ini mengarahkan beribu-ribu kakitangan kerajaan untuk membersihkan timbunan salji yang melanda Gangwon.
Kementerian Pertahanan berkata, 9,800 askar dikerahkan untuk membersihkan salji dan helikopter pula membawa makanan ke kawasan perkampungan terpencil.
Ahli Kaji Cuaca berkata, sehingga 100 sentimeter salji melitupi beberapa kawasan gunung di pelabuhan Samcheok selama dua hari k Jumaat lalu.
Bandar Gangneung berdekatan Pyeongchang yang dicadangkan sebagai gelanggang Sukan Olimpik Musim sejuk, menerima 77.7 sentimeter salji pada Jumaat lalu.
Pasukan pemeriksaan Suruhanjaya Olimpik dijangka tiba di Pyeongchang hari ini untuk menilai kawasan tersebut untuk temasya sukan itu pada 2018.
Menurut Pentadbiran Kaji Cuaca Korea, salji berhenti semalam, namun wilayah itu diramalkan menerima sehingga 50 sentimeter salji lewat hari ini.
Ribut salji tersebut menyebabkan beratus-ratus kereta terkandas dan merosakan kawasan tanaman.
Pihak berkuasa wilayah Gangwon berkata, kerosakan harta benda dilaporkan bernilai kira-kira 4.8 bilion won (RM13.33 juta) dan jumlah itu dijangka meningkat secara mendadak. - AFP
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

PM Palestin letak jawatan




Salam Fayyad (tengah) mempengerusi mesyuarat Majlis Jemaah Menteri di bandar Ramallah, Tebing Barat, semalam. - AFP


RAMALLAH 14 Feb. - Perdana Menteri Palestin, Salam Fayyad, hari ini mengumumkan peletakan jawatannya dan membubarkan kerajaan, kata seorang menteri kepada AFP.
Pengumuman itu dibuat beberapa bulan sebelum Palestin mengadakan pilihan raya umum yang dijadual pada September ini.
Para pegawai berkata, tindakan itu yang diumumkan selepas mesyuarat Kabinet awal pagi ini di Ramallah, Tebing Barat, telah diketahui sejak akhir November lalu, tetapi ia ditangguhkan ekoran rusuhan di Tunisia dan Mesir.
''Fayyad memberitahu Majlis Jemaah Menteri bahawa kerajaan kami sudah dibubarkan.
''Fayyad menyatakan: Saya akan bertemu dengan Presiden, Mahmoud Abbas untuk menyerahkan surat rasmi menyatakan kami sudah meletakkan jawatan,'' kata menteri itu yang enggan namanya disiarkan.
Berikutan tindakan itu, Abbas dijangka meminta Fayyad membentuk sebuah kerajaan baru dengan segera, kata seorang pegawai kanan, lewat malam tadi.
Fayyad yang dijangka mengekalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri yang dipegangnya sejak 2007, kini masih mengadakan perbincangan dengan menteri-menteri hari ini, kata pegawai.
Sabtu lalu, Pihak Berkuasa Palestin menyatakan bahawa pilihan raya umum dan pilihan raya Presiden Palestin akan diadakan menjelang September, dibantah oleh Hamas yang menguasai Genting Gaza.
Rancangan untuk mengadakan pilihan raya umum pada Januari tahun lepas dibatalkan selepas dibantah oleh Hamas yang tidak menerima pemerintahan Abbas.
Minggu lepas, kepimpinan Palestin juga merancang mengadakan pemilihan majlis tempatan pada 9 Julai ini yang merupakan kali pertama Palestin mengadakan pilihan raya sejak 2006.
Hamas menolak semua bentuk pilihan raya yang akan diadakan oleh Pihak Berkuasa Palestin, yang bermaksud semua pilihan raya itu hanya akan melibatkan Tebing Barat saja. - AFP
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Rakan latihan judo PM Rusia antara orang terkaya




MOSCOW 14 Feb. - Jutawan yang pernah menjadi rakan pelatih judo kepada Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin, Arkady Rotenberg (gambar) dan adik lelakinya melonjak 17 anak tangga dalam senarai orang paling kaya di Rusia yang dikeluarkan oleh sebuah majalah terkemuka negara ini.
Menurut majalah Finans hari ini, Rotenberg, 59, yang semasa remaja menjadi rakan berlatih judo dengan Putin di St. Petersburg, meningkat dalam senarai tersebut untuk menjadi orang ke-63 paling kaya di Rusia dengan memiliki kekayaan dianggarkan berjumlah AS$1.75 bilion (RM5.43 bilion).
Rotenberg yang mengendalikan kelab judo Yavara-Neva di St. Petersburg, di mana Putin menjadi Presiden Kehormat, mengetuai syarikat perkhidmatan tenaga Stroygazmontazh yang diberi kontrak untuk membina sebahagian saluran paip gas Nord Stream bernilai AS$12 bilion (RM37.2 bilion) merentasi Laut Baltik.
Beliau juga memegang saham dalam konglomerat pembinaan Mostotrest, yang mengumpul sebanyak AS$388 juta (RM1.2 bilion) dalam terbitan awam pada tahun lepas dan mendapat kontrak lumayan di pusat peranginan Sochi, Laut Hitam menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014.
Adik lelaki dan rakan niaga Rotenberg, Boris yang juga pakar judo, berkongsi di tangga ke-63 bersama abangnya.
Kelompok teratas dalam senarai itu tidak menyaksikan banyak perubahan, kerana jutawan industri keluli Vladimir Lisin yang memiliki Novolipetsk Steel, kukuh di tempat pertama dengan kekayaannya meningkat daripada AS$18.8 bilion (RM58 bilion) pada permulaan 2010 kepada AS$28.3 bilion (RM87.7 bilion).
Pertambahan kekayaan itu selaras dengan kenaikan nilai saham logam dan indeks saham Rusia.
Tidak ada muka baru di kalangan 10 tokoh paling kaya di Rusia.
Seorang lagi jutawan logam, Mikhail Prokhorov, dengan aset berjumlah AS$22.7 bilion (RM70.4 bilion), kekal di tangga kedua, manakala jutawan telekom, Alisher Usmanov menyingkirkan pemilik kelab bola sepak Chelsea, Roman Abramovich dari tangga ketiga. - Reuters Malaysia Online - Luar Negara

Cerun Merah Jambu ditemui semula




Dua imej illustrasi artis mengenai Cerun Merah Jambu dan Putih, tempat ajaib kelapan dunia yang ditemui semula oleh saintis Amerika dan New Zealand. - Agensi


WELLINGTON 14 Feb. - Tarikan pertama ke New Zealand yang dipanggil "tempat ajaib kelapan dunia" oleh pelancong asing pada lewat abad ke-19 ditemui semula selepas 125 tahun tertimbus akibat letusan besar gunung berapi di kawasan itu.
Saintis New Zealand dan Amerika Syarikat (AS) berkata, mereka menemui semula Cerun Merah Jambu dan Putih (Pink and White Terraces) 60 meter di bawah Tasik Rotomahana kira-kira 30 kilometer dari Rotorua.
Cerun tersebut digambarkan seperti satu kipas tangan berwarna-warni yang dilitupi warna merah jambu dan putih dan apabila dilihat dari tasik, ia seolah-olah seperti kek perkahwinan yang besar, yang tertimbus akibat letusan gunung berapi berhampirannya, dikenali sebagai Gunung Tarawera yang meletup pada 10 Jun 1886.
Letupan selama lima jam itu turut membelah gunung setinggi 1,111 meter itu kepada dua bahagian dan turut menghemburkan debu dan lava ke kawasan sekitarnya yang turut memusnahkan tiga buah kampung serta kira-kira 153 orang penduduk terbunuh.
Saintis daripada organisasi Sains Geologi dan Sains Nuklear Kebangsaan (GNS) dan Institut Oceanografic Woods Hole dari Cape Cod, Massachusetts, AS berkata, mereka telah menemui sebahagian daripada cerun tersebut ketika memeta 8 kilometer persegi permukaan tasik Rotomahana dan kini sedang menyiasat sistem geotermalnya.
Gambar sonar yang diambil oleh dua kenderaan autonomi di bawah air (AUVs) menunjukkan tangga kotor yang berwarna merah jambu berbentuk bulan sabit setinggi 1 hingga 2 meter setiap satunya dan 70 meter ketinggian keseluruhannya.
"Gambar sonar pertama telah memberikan isyarat terhadap struktur cerun tersebut, jadi kami mengimbas lebih dua kali imej tersebut.
"Kini kami telah 95 peratus pasti bahawa imej tersebut adalah Cerun Merah Jambu," kata ketua penyelidikan, Cornel de Ronde daripada GNS. - DPA
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Habibie masih ingat Ainun




2011/02/15


  • Foto
    MUKA depan buku nukilan BJ Habibie.
  • Foto
    HABIBIE setia di sisi Ainun yang terlantar sakit di hospital sebelum meninggal dunia.
Bekas Presiden Indonesia cerita rahsia perkahwinan dalam buku

MAKASSAR: Bekas Presiden Indonesia, BJ Habibie melancarkan buku kisah riwayat hidupnya bersama isteri, Ainun Hasri, kelmarin dengan berkongsi pandangan dan rahsia perkahwinan serta perasaan cintanya yang mendalam terhadap isterinya dalam satu perbincangan terbuka di sini.
Foto
HABIBIE setia di sisi Ainun yang terlantar sakit di hospital sebelum meninggal dunia.
Ketika perbincangan buku bertajuk Habibie dan Ainun itu, bekas pemimpin berkenaan menasihatkan: “Perkara utama ialah prihatin kepada pasangan. Apabila isteri menyuruh suaminya makan, sambutlah dengan baik. Itu pengalaman saya bersama Ainun membina rumah tangga.”
Selain itu, katanya, perkara paling penting diamalkan beliau suami isteri selama 48 tahun 10 hari hidup bersama ialah selalu berdoa ketika bertentangan mata, yang berbunyi: “Terima kasih Ya Allah, Engkau lahirkan aku untuk Ainun, dan Ainun untukku. Terima kasih Engkau mempertemukan kami dan menyemai benih cinta yang Engkau tanam pada diri kami. Terima kasih Engkau memberikan kekuatan dan kemampuan menyiram benih cinta itu dengan kasih sayang kami.

“Terima kasih Engkau perkenankan kami bernaung di bawah titipan cinta. Terima kasih Engkau memberikan kami kesempatan merasa, menikmati dan melihat benih cinta itu tumbuh. Ya Allah, Engkau yang memberikan semua itu kepadaku dan Ainun, dan kepada Engkaulah semuanya akan kembali.”

Habibie berkata, beliau sentiasa menyebut doa itu tidak kira di mana saja termasuk ketika bertugas.

Dalam satu laporan laman web, bekas Menteri Penyelidikan dan Teknologi itu juga bersemangat menceritakan kisah rumah tangganya bersama Ainun.
Habibie berkata, kehidupan rumah tangganya berteraskan lima perkara itu cinta murni, suci, sejati, sempurna, dan abadi.

Katanya, wanita lain tidak menarik minatnya selepas Ainun bertanya kepadanya mengenai jelingan wanita di Eropah kepadanya.

Perbincangan dengan Habibie itu berlangsung dua jam. Habibie menulis 37 bab dalam buku mengulas perjalanannya bersama Ainun yang meninggal tahun lalu.
“Saya selalu merasakan Ainun ada bersama saya. Dengan adanya buku ini, saya akan terus ada perasaan itu pada kehidupan ini,” ujarnya. – Agensi
+Berita Harian Online | Habibie masih ingat Ainun

Kisah cinta William, Kate dijadikan komik





2011/02/15

MUKA depan buku komik, Kate and William: A Very Public Love Story.
MUKA depan buku komik, Kate and William: A Very Public Love Story.
Buku dijangka diterbit sebelum majlis perkahwinan 29 April

LONDON: Kisah percintaan bakal pasangan diraja Britain kini dijadikan bahan cerita menerusi komik pula.
Sebuah buku komik mengisahkan percintaan Putera William dan Kate Middleton dijangka diterbitkan April ini, menyertai kumpulan buku lain dan memorabilia yang membanjiri pasaran sebelum majlis perkahwinan diraja 29 April ini.
“Sering ada satu tradisi di negara ini mengenai komik untuk kalangan gadis yang mengimpikan bertemu seseorang terkenal dan jatuh cinta,” kata Mike Collins, artis yang membuat ilustrasi untuk komik Kate and William: A Very Public Love Story.

“Dalam kes ini, ia ialah apa yang berlaku dan realiti sebenar,” katanya.
Novel grafik itu akan diterbitkan dalam dua edisi, yang pertama mengisahkan kehidupan putera raja itu di sekolah berasrama eksklusif sehinggalah pengembaraannya dalam Tentera Udara Diraja (RAF).

Separuh lagi mengupas kisah Middleton dengan tulisan diari fiksyen yang membayangkannya sebagai pelajar dilamun cinta yang kemudian berhadapan dengan naik turun menjadi teman wanita bakal raja.
Kedua-dua kisah itu akan digabungkan dalam satu edisi terkumpul yang dikeluarkan sebagai buku selakan dan termasuk perancangan fiksyen majlis perkahwinan (serta kucupan).

“Pasangan itu sangat sesuai digambarkan sebagai superhero dan heroin buku komik itu,” kata Collins.

“Beliau (Middleton) memiliki rambut beralun yang amat cantik untuk dilukis dan beliau (William) memiliki wajah seseorang yang terkemuka,” katanya.

Rich Johnston, yang menulis skrip komik berkata, beliau tidak fikir William dan tunangnya peduli kisah percintaan mereka dibukukan dalam bentuk komik. – AP
Berita Harian Online | Kisah cinta William, Kate dijadikan komik

Polis dijadikan tawanan perang



2011/02/15

FOTO NPA menunjukkan Sabatin yang ditawan dan digelar tawanan perang.
FOTO NPA menunjukkan Sabatin yang ditawan dan digelar tawanan perang.
Pemberontak kemuka syarat pembebasan selepas isytihar gencatan senjata

ZAMBOANGA: Pemberontak komunis Filipina menggelar seorang anggota polis yang ditawannya sebagai 'tahanan perang' sebelum mengisytiharkan gencatan senjata menjelang rundingan dengan kerajaan bertujuan menamakan kempen keganasan sejak beberapa dekad lalu.
Tentera Baru Rakyat (NPA) yang memiliki kekuatan 4,700 anggota mengeluarkan gambar dan klip audio Jorge Sabatin, yang dikatakan ditawan sebagai tebusan selepas melakukan serbuan ke atas pos kawalan polis di selatan Filipina awal bulan ini.
“Tolong bantu saya dalam keadaan sukar sekarang dan berusaha mendapatkan pembebasan awal untuk saya,” kata Sabatin menurut klip itu.

“Tolong hentikan operasi tentangan polis dan tentera supaya mereka dapat mempercepatkan pembebasan saya,” katanya.

Jurucakap Polis Nasional, Ketua Superintendan Agrimero Cruz, mengesahkan Sabatin hilang selepas serbuan pada 1 Februari lalu.

“Rundingan sudah dimulakan untuk pembebasannya dan saya tidak dapat mengulas lanjut,” kata Cruz.
Roel Agustin, jurucakap NPA di rantau selatan, berkata Sabatin akan dibebaskan jika siasatan mereka menunjukkan dia tidak melakukan kesalahan ke atas pergerakan revolusi itu dan orang awam.

NPA terkenal mengadakan perbicaraan sendiri ke atas tahanan perangnya.
Penganalisis keselamatan, Boogie Mendoza dari Institut Penyelidikan Keamanan dan Keganasan, berkata penahanan Sabatin adalah cubaan meraih perhatian umum dan tidak akan menjejaskan rundingan damai.

“Penculikan pegawai oleh NPA secara strategik untuk memaksimumkan propaganda,” kata Mendoza.

Dalam satu kenyataan lain, pihak polis berkata, sekumpulan tentera dihantar untuk menyelamatkan Sabatin tersalah anggap satu unit komando polis sebagai pejuang NPA Jumaat lalu, mencetuskan satu pertembungan yang menyebabkan kematian seorang askar dan mencederakan tiga yang lain.

Sementara itu, pemberontak mengisytiharkan perjanjian sebelah pihak semalam sejajar rundingan enam hari bersama kerajaan yang bermula di Norway hari ini.

“Arahan gencatan senjata berkenaan dikeluarkan atas alasan kemanusiaan dan sebagai tanda persahabatan bagi membolehkan arahan, unit dan kakitangan menunjukkan sokongan mereka untuk rundingan damai,” kata kenyataan yang dikeluarkan pemberontak. – AFP
Berita Harian Online | Polis dijadikan tawanan perang

Anak lelaki Mubarak hampir bertumbuk





2011/02/15


  • Foto
    GAMBAR fail pada tahun lalu Alaa (kiri) bersama Gamal ketika menyaksikan perlawanan bola sepak.
  • Foto
    KAKITANGAN kerajaan menurunkan potret Mubarak di pejabat Kabinet di Kaherah.
KAHERAH: Dua anak lelaki Hosni Mubarak hampir bertumbuk Khamis lalu apabila bekas presiden Mesir itu memberi ucapan terakhirnya dalam usaha untuk kekal berkuasa, lapor akhbar kerajaan, Al-Akhbar, kelmarin.

Alaa Mubarak menuduh adiknya Gamal, yang memegang jawatan kanan dalam parti pemerintah, memusnahkan detik akhir pemerintahan bapa mereka, 82, kerana mempromosi rakan perniagaannya dalam kehidupan berpolitik.
Alaa dilaporkan berkata, perkara itu mengubah pandangan rakyat Mesir ke atas bapa mereka, yang berkuasa sejak 1981.
“Kamu rosakkan negara apabila buka jalan kepada rakan dan inilah akibatnya. Kamu membantu menghancurkan imejnya pada hari terakhir kuasanya, membantu merosakkan imejnya dengan perbuatan ini,” akhbar itu memetiknya sebagai berkata.

Akhbar itu tidak memberitahu sumber, hanya mengatakan ia ‘diberitahu,’ mengenainya. Tiada cara untuk mengesahkan laporan terbabit.

Pertengkaran itu berlaku di istana presiden di sini ketika Mubarak merekodkan ucapan terakhirnya, yang diharapkannya dapat memujuk penunjuk perasaan untuk bertenang dan berjanji memberi peluang untuk satu perubahan ketika bulan terakhir Mubarak sebagai presiden.

Pegawai kanan terpaksa campur tangan untuk meleraikan mereka. Gamal Mubarak, 47, menghabiskan 11 tahun bekerja di Bank of America di sini dan London, dan ada banyak pengaruh dalam kerajaan selepas Mubarak melantiknya mengetuai jawatankuasa dasar Parti Demokratik Nasional (NDP) yang memerintah, pada 2002.
Penganalisis berkata, beliau memudahkan laluan rakan perniagaannya kepada jawatan kanan dalam NDP dan ke dalam kabinet Ahmed Nazif, perdana menteri yang disingkir Mubarak beberapa hari selepas bantahan besar-besaran meletus di Mesir, 25 Januari lalu.

Ramai rakyat Mesir menganggap Mubarak melatih Gamal sebagai penggantinya. Sebelum Gamal, ada spekulasi pada 1990-an bahawa Mubarak mahukan Alaa, seorang ahli perniagaan untuk menggantikannya. – Reuters
Berita Harian Online | Anak lelaki Mubarak hampir bertumbuk

'Saya hanya pertahankan Islam'




2011/02/15

PENYOKONG Bashir menonton skrin video di luar mahkamah. Gambar kecil, Abu Bakar Bashir.
PENYOKONG Bashir menonton skrin video di luar mahkamah. Gambar kecil, Abu Bakar Bashir.
Bashir nafi semua tuduhan keganasan, anggap dakwaan sudah 'dirancang'

JAKARTA: Guru agama terkenal Indonesia, Abu Bakar Bashir semalam dibicarakan di mahkamah atas dakwaan terbaru merancang keganasan ketika negara dengan penduduk Islam paling ramai di dunia itu berhadapan dengan ketegangan agama selain ancaman militan.
Bashir, 72, tiba di Mahkamah Daerah Jakarta Selatan dengan kawalan ketat. Beliau, bagaimanapun, menafikan semua tuduhan beliau ada kaitan dengan kegiatan militan sebaliknya menyifatkan bahawa semua pertuduhan terhadapnya itu adalah ‘dirancang’.
“Apa yang saya mahu lakukan adalah untuk mempertahankan Islam,” katanya dengan sambutan laungan ‘Allah Akbar’ oleh lebih 100 penyokongnya. Perbicaraan berkenaan dijangka mengambil masa sebulan.

Bashir yang juga disifatkan sebagai pemimpin pergerakan Jemaah Islamiyah (JI) yang dikaitkan dengan al-Qaida berhadapan dengan hukuman maksimum iaitu dihukum mati jika didapati bersalah kerana membantu membiayai sebuah kem militan di wilayah Aceh dan merekrut militan.

Dakwaan lain ialah beliau mengumpul 1 bilion rupiah (RM341,937) untuk membeli senjata api, peluru dan merancang pembunuhan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Bashir juga dituduh memberi 5 juta rupiah (RM1,790) dan AS$5,000 (RM15,000) kepada orang kepercayaannya, Joko Pitono di Ngruki, Jawa Tengah, menurut pendakwaan ke atas defendan di mahkamah Jakarta Selatan.
Pendakwa berkata, tertuduh juga mengarahkan anggota Jamaah Anshorud Tauhid (JAT) di beberapa kawasan menderma wang untuk tujuan melakukan keganasan.

Mereka didakwa mengumpul 80 juta rupiah di daerah Bima, 160 juta rupiah di Surakarta, 25 juta rupiah di Jawa Timur dan 250 juta lagi di Bekasi.

Turut dituduh termasuk Thoyib, Syarif Usman, Hariyadi Usman, Abul Hakim, Uqbah, Afif Abul Majid, Abdul Haris, Yudo dan Ubaid.

Wang yang dikumpul oleh Ubaid kemudian diberi kepada Dulmatin untuk tujuan membeli senjata api termasuk senapang AK-47, pistol, peluru dan latihan senjata.

Pendakwa juga berkata, senjata itu digunakan dalam rompakan bank CIMB Niaga dan kafe internet Newnet di Medan.

JI dipersalahkan atas beberapa serangan bunuh diri termasuk letupan bom Bali pada 2002 yang membunuh 202 orang kebanyakannya pelancong Barat.

Pihak berkuasa menemui kawasan kem baru militan itu di Aceh kira-kira setahun lalu.

Bashir yang pernah ditahan sebanyak dua kali sebelum ini sejak sedekad lalu pernah menjalani hukuman penjara selama 26 bulan di penjara atas dakwaan terbabit dalam keganasan dan beliau dikenali melalui ceramahnya yang penuh semangat. – Agensi
Berita Harian Online | 'Saya hanya pertahankan Islam'

Hosni Mubarak jatuh sakit




SEBAHAGIAN kecil penunjuk perasaan Mesir masih berada di Dataran Tahrir di Kaherah semalam.


KAHERAH - Media Mesir mengeluarkan pelbagai laporan berhubung tahap kesihatan presiden Mesir yang disingkirkan, Hosni Mubarak, lapor sebuah akhbar semalam.
Kelmarin, sebuah akhbar Bahrain, Alwasat News menyatakan, Hosni kini tidak sedarkan diri. Sebuah lagi akhbar tempatan, Al Masry Al Youm pula melaporkan pemimpin tersebut tidak sedarkan diri sejak Sabtu lepas dan beliau berada di bawah penjagaan perubatan yang rapi.
Sebuah akhbar tempatan lain melaporkan Hosni jatuh sakit tetapi beliau enggan menerima rawatan perubatan.
Agensi berita rasmi Roee Nahmias semalam menafikan bekas presiden Mesir itu kini koma tetapi mengakui bahawa beliau jatuh sakit.
Bekas presiden berusia 82 tahun itu mengalami tekanan mental yang teruk dan menolak untuk dirawat walaupun beliau jatuh sakit, lapor sebuah lagi akhbar, Al-Gomhuria yang memetik beberapa sumber yang rapat dengan Hosni.
Menurut laporan tersebut, Hosni kini dipercayai berada di resort tepi pantai di Sharm el-Sheikh.
Dalam perkembangan berkaitan, Duta Mesir ke Amerika Syarikat (AS), Sameh Shoukry semalam tidak menolak bahawa kesihatan Hosni semakin terjejas ketika ditanya berhubung laporan media bahawa beliau mungkin diserang strok atau berada dalam keadaan koma.
"Saya mengikuti desas-desus dan laporan media tentang kesihatan beliau (Hosni) dan mendapat maklumat yang menunjukkan kesihatan beliau kini terjejas," kata Sameh dalam satu temu bual dengan program bual bicara Today Show terbitan NBC.
Bagaimanapun, duta berkenaan menegaskan: "Saya tidak mendapat maklumat mencukupi. Justeru saya tidak mahu membuat spekulasi tentang punca Hosni jatuh sakit."
Pada tahun lalu, Hosni berkunjung ke Jerman untuk menjalani pembedahan pundi hampedu.
Hosni meletak jawatan dan menyerahkan kuasa kepada tentera Mesir pada Jumaat lalu selepas 18 hari berdepan tunjuk perasaan anti-pemerintah.
Kepimpinan tentera yang baru telah membubarkan Parlimen dan menggantung perlembagaan negara kelmarin.
Sementara itu, pihak tentera yang memerintah negara itu selepas Hosni meletakkan jawatan meminta semua pekerja tidak melancarkan mogok dan protes di Dataran Tahrir.
Permintaan itu dianggap sebagai satu amaran sebelum pihak tentera melarang semua bentuk perhimpunan dan mogok.
Semalam, askar-askar membersihkan sampah sarap dan timbunan bangkai kereta serta khemah di Dataran Tahrir yang menjadi tempat para penunjuk perasaan berkampung sejak 25 Januari lalu bagi menuntut Hosni meletakkan jawatan. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Aksi spontan juruterbang dalam jet




GAMBAR menunjukkan bentuk jet Typhoon yang dirakamkan jurugambar, Peter Bailey di Cadair Idris,Wales baru-baru ini.


CADAIR IDRIS, Wales - Seorang juruterbang sempat melambaikan tangan ke arah seorang jurugambar semasa dia berada di dalam sebuah jet tempur yang bergerak pada kelajuan 804 kilometer sejam di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Juruterbang itu melambaikan tangannya ke arah jurugambar tersebut, Peter Bailey yang berada kira-kira 91.44 meter dari jet tersebut di kawasan pergunungan Cadair Idris baru-baru ini.
Bailey sempat merakamkan gambar juruterbang Tentera Udara Diraja Britain itu yang duduk di dalam ruang kokpit jet Typhoon berharga £68 juta (RM332 juta).
Semasa gambar itu dirakamkan, jet tersebut melakukan satu latihan ketenteraan. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Hak cipta kasut terkenal dunia cuma RM30,535






SYDNEY - Sejenis kasut yang dinamakan but Ugg memperoleh hasil jualan £500 juta (RM1.5 bilion) setahun dan amat popular dalam kalangan selebriti Hollywood, lapor sebuah akhbar semalam.
Namun, lelaki Australia yang mencipta but tersebut, Shane Stedman tidak menjadi kaya raya dengan hasil ciptaanya itu seperti sangkaan ramai orang.
Stedman, 69, menjual idea ciptaannya pada harga cuma £10,000 (RM30,535) dan dia hanya diberikan tiga pasang But Ugg baru secara percuma pada setiap tahun untuk sepanjang hayatnya.
Dia menjual hak cipta but itu kepada jenama kasut dari Amerika Syarikat, Deckers pada 1983.
Lebih dua dekad kemudian, but tersebut yang diperbuat daripada kulit kambing menjadi popular dan dipakai oleh ramai selebriti seperti Kate Moss, Jennifer Aniston dan Sarah Jessica Parker.
Sebuah kedai di London yang menjual but itu pada kebiasaannya dipenuhi dengan wanita yang mahu membelinya pada harga lebih £120 (RM586.60) sepasang.
Walaupun gagal bergelar jutawan daripada ciptaannya, Stedman dalam satu wawancara di sini baru-baru ini berkata, dia tetap berbangga kerana rekaannya menjadi fenomena global sekali gus setanding dengan kasut ciptaan pereka dari Malaysia, Jimmy Choo.
"Saya berbangga kerana memainkan peranan dalam menjadikan but ini popular di seluruh dunia. Kejayaan ini adalah baik untuk Australia," kata Stedman.
Dia kini menghasilkan 500 papan luncur ombak setahun di sebuah bengkel kecilnya tanpa memakai sebarang kereta mewah.
Stedman tinggal di banglo tiga bilik di bandar Mona Vale, utara Sydney.
Pada mulanya dia menjual but itu pada harga murah untuk para peluncur ombak memanaskan kaki mereka selepas meluncur. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia