Pages

Saturday, July 5, 2014

Pencuri minta maaf lepas 8 tahun curi kasut


Riyadh: Seorang pencuri yang menyesal dengan perbuatannya meminta maaf daripada seorang lelaki Arab Saudi kerana mencuri kasutnya lapan tahun lalu.

‘Pencuri insaf’ itu menghantar wang SR500 (RM424) di dalam sampul yang disertakan nota memohon maaf.

Mangsa, Abu Abdul Rahman berkata, kasutnya dicuri ketika dia menghadiri majlis perkahwinan di rumah saudaranya.

Menurutnya, kasut berkenaan baru dibeli dan kali pertama dipakai ke majlis itu tetapi malangnya ia dicuri dan dia terpaksa pulang berkaki ayam.

“Saya terkejut apabila menerima sampul yang dihantar ke pejabat saya oleh seorang budak lelaki Rabu lalu.



Sebaik membuka sampul berkenaan, saya menemui nota pencuri itu yang menyatakan dia sangat menyesal mencuri kasut saya dan memohon maaf sempena bulan Ramadan ini,” katanya.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/05

Penunggang basikal kudung kena saman kerana satu brek


“Basikal kamu tidak selamat, kamu tidak mempunyai brek kanan,” kata Ionescu, memetik kata-kata polis berkenaan. 
“Saya tahu, tetapi saya mempunyai brek kiri dan kaki supaya saya boleh menghentikan roda belakang,” katanya kepada polis terbabit. 

Polis berkenaan bagaimanapun enggan menerima alasan itu, sebaliknya menyaman Ionescu sebanyak kira-kira AS$34 (RM104).
Foto
IONESCU bersama basikalnya.

Menurut media, basikal itu bagaimanapun didapati tidak melanggar undang-undang dan polis terpaksa mengembalikan wang saman berkenaan.

Ia bagaimanapun tidak berakhir di situ. Polis hanya memulangkan wang sebanyak AS$7 (RM22) dengan alasan lampu basikal berkenaan rosak. 

Tetapi setelah diperiksa, dakwaan polis itu didapati tidak benar dan polis akhirnya memulangkan baki wang Ionescu. 

“Kami berharap perkara ini tidak berlaku lagi,” kata polis kepada media. 

Selain itu, ketua polis Cologne Wolfgang Albers dilapor merancang akan memohon maaf kepada Ionescu. 

“Ini berita hebat, dan saya gembira,” kata Ionescu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/05

Kembar siam tertua di dunia


NEW YORK 4 Julai - Sepasang kembar siam dari Ohio, Amerika Syarikat (AS) bakal dinobatkan sebagai kembar siam tertua di dunia yang masih bercantum dan hidup.
Pada hari ini, usia Ronnie dan Donnie Galyon mencecah 62 tahun, lapan bulan, tujuh hari, sekali gus mengatasi rekod pasangan kembar siam Thailand, Chang dan Eng Bunker, yang meninggal dunia pada usia 62 tahun, lapan bulan dan enam hari di Carolina Utara pada 1874.
Malah hujung tahun ini, pasangan Galyon itu berharap mereka akan diiktiraf sebagai kembar siam tertua di dunia yang masih bercantum dan hidup apabila mencapai usia 63 tahun tidak lama lagi.
Rekod dunia Guinness sebelum ini dipegang oleh kembar siam dari Itali, Giacomo dan Giovanni Battista Tocci yang lahir pada 1877 dan meninggal dunia pada usia 63 tahun, walaupun tarikh kematian mereka pada 1940 tidak dapat disahkan.
Kembar Galyon yang dilahirkan pada Oktober 1951 di Dayton, Ohio mempunyai empat kaki, empat tangan, dua jantung dan perut tetapi perlu berkongsi saluran pencernaan, pangkal paha, rektum dan kemaluan yang dikawal oleh Donnie.
Mereka terpaksa tinggal di hospital selama dua tahun ketika doktor mencari jalan untuk memisahkan Ronnie dan Donnie.
Bagaimanapun ibu bapa kembar siam berkenaan memutuskan untuk ti­dak meneruskan pembedahan bagi memisahkan mereka apabila dimaklumkan bahawa peluang anak mereka untuk hidup sangat tipis jika mereka dipisahkan.
Namun, kembar Galyon menganggap keputusan ibu bapa mereka itu adalah yang terbaik dan membuka peluang untuk mereka mencatat rekod dunia.
Mereka bercantum pada bahagian perut dan saling menghadap antara satu sama lain, tetapi keadaan itu tidak menghalang kembar berkenaan keluar memancing, menonton perlawanan bola keranjang dan makan di restoran.
Donnie dan Ronnie juga mengakui, walaupun segelintir pihak mengejek mereka tetapi ada juga individu yang baik hati untuk belanja mereka makan dan bercakap dengan mereka dengan baik.
Kembar siam hanya berlaku sekali dalam setiap 200,000 kelahiran dan tahap kelangsungan hidup mereka adalah antara lima peratus dan 25 peratus.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140705/lu_10/Kembar-siam-tertua-di-dunia#ixzz36XYV7Nyj
© Utusan Melayu (M) Bhd