Pages

Sunday, October 25, 2015

CEO Twitter beri 6.8 juta saham untuk naikkan semangat pekerja





SAN FRANCISCO – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter, Jack Dorsey (gambar) berusaha menaikkan semangat saki-baki pekerjanya dengan memberikan 6.8 juta sahamnya di firma ber­kenaan kepada mereka.
Tindakan itu dibuat selepas Dorsey membuang lebih 300 pekerja menamatkan perkhidmatan 8 peratus tenaga kerja di Twitter dalam usaha membawa keuntungan pertama kepada syarikat itu selepas sembilan tahun penubuhannya.
Beliau melepaskan pegangan saham ber­kenaan yang bernilai lebih AS$200 juta (RM861 juta) untuk diagihkan kepada kakitangannya, menurut dokumen yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa kelmarin.
“Saya lebih gemar memiliki sebahagian kecil daripada sesuatu yang besar berbanding sebahagian besar daripada entiti kecil.
Saya yakin kita boleh membuat Twitter besar,” kata CEO itu di akaun Twitternya.
Dorsey masih memiliki seba­nyak 15 juta saham Twitter bernilai AS$460 juta (RM1.98 bilion) berdasarkan harga pasaran semasa.
Beliau sedang berusaha menjadikan Twitter lebih menarik kepada orang ramai, melangkaui sejumlah 300 juta pengguna setianya.
Laman sosial paling popular di dunia, Facebook pula mempunyai seramai 1.5 bilion pengguna. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1025&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3pWfgBLaj 
Hakcipta terpelihara