Pages

Saturday, February 23, 2013

Kingdom Tower tertinggi di dunia

London: Syarikat Britain yang membina bangunan The Shard memperoleh kontrak menguruskan pembinaan bangunan yang akan menjadi binaan paling tinggi di dunia.

Syarikat Mace yang berpangkalan di London memenangi kontrak bernilai 780 juta pound (RM2.4 bilion) membina Kingdom Tower di Jeddah, Arab Saudi yang akan mempunyai ketinggian melebihi 999.7 meter.


Buat masa ini, The Shard ialah bangunan tertinggi di Eropah Barat dan Mace turut memainkan peranan penting membina beberapa mecu tanda terkenal di London, termasuk London Eye. Mace akan bekerjasama dengan syarikat EC Harris dari Britain membina Kingdom Tower yang dijangka siap pada 2018. Kingdom Tower berukuran 500,000 meter persegi bakal mempunyai ketinggian empat kali lebih tinggi berbanding The Shard.

Bangunan itu menghadap Laut Merah dan dijangka mengambil alih gelaran Burj Khalifa di Dubai sebagai bangunan pencakar langit tertinggi di dunia. Projek diumumkan bilionair Saudi, Putera Al-Waleed bin Talal adalah sebahagian projek pembinaan semula utara Jeddah bernilai 13 bilion pound (RM40.3 bilion).


Ia akan mempunyai 59 lif dengan pergerekan terpantas pada kadar 10 meter sesaat dan hotel lima bintang Four Season. - Agensi

Tak tahu otak bayi disimpan 13 tahun



Seorang ibu menyuarakan rasa kesal dan sedihnya ketika menceritakan bagaimana anggota polis tiba-tiba muncul di rumahnya untuk memaklumkan bahawa mereka menyimpan otak anaknya sejak 13 tahun lalu.

Hannah Cheevers, 34, berkata, dua pegawai polis mengetuk pintu rumahnya secara tiba-tiba untuk memberitahu otak Rhys, bayinya yang mati akibat serangan sakit jantung, masih disimpan di Hospital Southampton.


Kanak-kanak lelaki itu berusia dua hari ketika dia meninggal dunia pada 1998 dan keluarganya memberi kebenaran bedah siasat dilakukan, tetapi mereka mengandaikan tubuhnya lengkap ketika mengebumikan mayatnya.

Hannah memberitahu program Today radio 4 BBC: “Kami mengadakan upacara pengebumian dan meneruskan kehidupan seperti biasa dan 13 tahun kemudian kami diberitahu bahawa otak Rhys disimpan di hospital Southampton.” Hannah yang tinggal di Wimbourne, Dorset berkata, dia terkejut dan ‘tidak tahu bagaimana untuk berdepan dengan hakikat itu.’ “Kami sangkakan dia sudah dikebumikan bersama otaknya. Kami tidak tahu-menahu mereka menyimpan otak Rhys,” katanya. Polis memberitahunya otak Rhys disimpan di setor hospital tanpa disentuh, tetapi tidak dapat menyatakan sebabnya.


Hannah berkata, mereka sekeluarga memutuskan untuk mendermakan otak Rhys untuk penyelidikan hospital selepas diberitahu terdapat dua pilihan sama ada memusnahkan otak itu atau mengebumikan bersama tubuhnya. Hannah berkata: “Saya tidak mahu mengadakan satu lagi pengebumian. Saya sudah ada anak lain sekarang. Sukar untuk bercakap mengenainya lagi dan saya tidak mahu menjelaskan kepada anak saya yang lain mengapa kami perlu mengadakan upacara pengebumian lagi.


“Dan saya tidak mahu kubur Rhys digali semula hanya untuk mengebumikan otaknya. Saya tidak suka memikirkan kubur seorang kanak-kanak digali semula selepas dia dikebumikan selama 13 tahun.” Kisah itu terbongkar selepas siasatan BBC menemukan bahagian tubuh daripada hampir 90 kanak-kanak disimpan oleh polis tanpa memaklumkan ibu bapa mereka.

Tahun lalu badan audit nasional mendapati pasukan polis menyimpan hampir 500 bahagian tubuh yang bertarikh sehingga 50 tahun lalu.

Pasar cengkerik menyanyi di Beijing




SEORANG peniaga menunjukkan seekor cengkerik yang dijualnya


BEIJING - Sejumlah penjaja menjual cengkerik di dalam botol yang mengeluarkan bunyi di sebuah pasar di sini.
Orang ramai hanya mendengar bunyi cengkerik itu tetapi serangga tersebut dianggap 'menyanyi' oleh para peminat haiwan berkenaan.
Terdapat juga pembeli yang menggunakan gulungan kertas yang diletakkan dekat dengan botol tersebut untuk mendengar cengkerik menyanyi.
Para peniaga serangga itu menggunakan serpihan buluh yang diketuk dekat botol bagi memastikan cengkerik itu menyanyi.
Harga seekor cengerik itu boleh mencecah sehingga 50 yuan (RM24.84).
Mendengar bunyi cengkerik merupakan hobi tradisi dalam kalangan penduduk China sejak zaman pemerintahan dinasti Qing. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0223&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2LgUQTW4I 
Hakcipta terpelihara