Pages

Wednesday, September 14, 2016

Ketulan Meteorit Seberat 27,215 kilogram Ditemukan


Diterbitkan: Rabu, 14 September 2016 9:40 AM

BUENOS AIRES: Penduduk kampung di Argentina, digemparkan dengan penemuan seketul meteorit besar pada awal minggu ini, dipercayai kedua terbesar yang pernah dijumpai.
Menurut portal Mail Online, meteorit yang ditemukan pada 10 September di kampung kecil Gancedo itu mempunyai berat kira-kira 30 tan.
Presiden Persatuan Astronomi Chaco, Mario Vesconi berkata, pihaknya terkejut dengan berat batu meteorit tersebut yang mencecah 30 tan atau 27,215 kilogram.
"Meteorit itu dipercayai jatuh ke bumi kira-kira 4,000 tahun lalu ketika dunia dilanda hujan meteor," katanya.

Batu angkasa itu merupakan serpihan asteroid yang dianggarkan seberat 800 tan yang terletak di antara Lingkaran Utama Asteroid antara planet Marikh dan Jupiter.
Asteroid terbabit berpecah menjadi ketulan meteorit meliputi kawasan seluas 320 kilometer persegi.
Ketulan meteorit terbesar yang pernah ditemukan mempunyai berat 66 tan di Namibia oleh seorang petani pada tahun 1920.
Berita asal: http://www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-3787510/Giant-30-tonne-meteorite-discovered-Argentina-second-heaviest-found.html

Cedera dibedil keli jatuh dari langit




LISA melihat ikan keli yang jatuh dari langit dan menghempap kepalanya. - Agensi



Philadelphia (Amerika Syarikat): Seorang wanita di sini cedera ringan selepas dihempap ikan keli seberat lebih dua kilogram yang jatuh dari langit.

Lisa Lobree berkata, ketika kejadian dia berjalan di taman Fairmount Park dengan seorang rakannya sebelum seekor ikan keli tiba-tiba menghempap kepalanya.

“Ikan itu sungguh berat sehingga menyebabkan saya terjatuh.

“Saya terkejut dan menjerit apabila melihat objek yang menghempap kepala saya adalah seekor ikan keli,” katanya.

Menurutnya, dia mengalami luka kecil di bahagian matanya akibat terkena duri ikan keli berkenaan.

“Saya tidak tahu bagaimana ikan ini boleh jatuh dari langit dan menghempap kepala saya.

“Beberapa pengunjung memberitahu mereka melihat sekumpulan burung terbang di atas saya sebelum kejadian itu.

“Mungkin ikan itu ditangkap burung berkenaan di tasik berhampiran tetapi terjatuh ketika ia terbang melintasi kawasan ini,” jelasnya.

Menurutnya, dia bernasib baik kerana hanya mengalami luka kecil di kelopak mata.

“Bayangkanlah sekiranya ikan ini menghempap seorang kanak-kanak, mungkin kecederaannya lebih serius,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 September 2016 @ 8:39 AM