Pages

Wednesday, September 10, 2014

Masjid berkuasa solar


http://detikislam.blogspot.com | .
Sesuai  dengan perkembangan teknologi semasa, teknologi kuasa solar telah mendapat permintaan yang tinggi di negara-negara maju. Mungkin anda agak terkejut dengan tajuk di atas...
Tetapi inilah realitinya... masjidpun menggunakan kuasa solar... menarik bukan!!!
Di antaranya ialah masjid ini...

1. Turki
Masjid ini terletak di Büyükeceli. Sistem solar masjid ini yang berkapasiti 2.25KW, cukup untuk kegunaan seluruh masjid, bahkan tenaganya turut disalurkan ke grid kebangsaan. Ia dipasang dalam tempoh 10 hari dengan bantuan sukarelawan Greenpeace yang turut menderma sistem solar tersebut.

2. Serbia.
Masjid ini terletak di Prishtina, Kosovo, Serbia. Tentu mengejutkan anda... tidak sangka sebuah negara yang satu masa dulu tersangat anti-Islam sehingga tercetusnya perang Bosnia, mempuyai masjid yang teramat cangih...

Ia telah diilhamkan oleh seorang arkitek Itali, Paolo Venturella.
3. Abu Dhabi
Masjid Sheikh Sultan Bin Zayed di Abu Dhabi, UEA berkapasiti 55KW. Cukup untuk sebuah masjid, malah turut disambungkan ke grid kebangsaan.
 
* Sumber dari www.tayibah.com

Bayar RM250 naik ambulans


Kuala Lumpur: Bayar RM250 jika mahu hantar pesakit ke hospital. Itu sogokan diminta seorang pemandu ambulans sebuah hospital milik kerajaan kepada seorang keluarga pesakit yang dalam kecemasan.
Kejadian yang berlaku pada 31 Ogos lalu itu turut tersebar di laman sosial Facebook hingga menyebabkan ramai pihak terkejut dan marah.

Berdasarkan rakaman video yang disebarkan melalui Rednews itu, seorang lelaki tempatan mendakwa dia menghubungi talian 999 selepas ibunya jatuh pengsan.
Bagaimanapun, anak mangsa terkejut apabila pemandu ambulans itu yang tiba di rumahnya meminta bayaran RM250.

Berikutan tidak mempunyai wang, mangsa dengan bantuan rakannya menghantar mangsa ke hospital menaiki kereta.

Sebaik tiba di hospital, anak mangsa dikatakan terserempak dengan pemandu ambulans itu sebelum meminta penjelasan terhadap bayaran perkhidmatan untuk ambulans hospital kerajaan.
Foto
RAKAMAN pemandu ambulans didakwa minta duit jadi viral di Facebook.
Pemandu ambulans itu kemudian menjawab, “awak nak tanya apa, kalau kita tak ambil, kita tak ada income (pendapatan), govt (kerajaan) bagi sikit satu bulan RM800. Anak nak minum susu.

“Kita driver je bukan doktor, saya ambil itu bukan untuk saya, duit saya kena bagi dalam itu ada empat nurse (jururawat) lagi, satu orang RM50 saja ma, empat orang baru RM200, tak mahal sebenarnya,” katanya dalam rakaman itu.
Sementara itu jurucakap hospital berkenaan ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah mengetahui berhubung rakaman video yang sudah tersebar itu dan pihaknya sedang mengumpul maklumat lanjut.

“Kami akan memberi kenyataan rasmi esok (hari ini),” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/10

Ibu sumbat dua mayat bayi dalam peti beku


Serville (Sepanyol): Seorang wanita akan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh selepas dua mayat anak yang baru dilahirkannya ditemui di dalam peti beku.

Kedua-duanya ditemui berbungkus dalam plastik oleh bapa mereka ketika membersihkan peti berkenaan.

Satu mayat itu dipercayai disimpan di dalam peti itu sekurang-kurangnya sejak 18 bulan lalu.

Polis berkata, kedua-dua bayi itu dilahirkan hidup tetapi dibunuh.

Wanita berkenaan mengaku melahirkan bayi pertama di dalam tab mandi tetapi mendakwa keguguran.

Wanita itu berkata, dia menyembunyikan kehamilannya daripada pengetahuan suami kerana bimbang lelaki berkenaan berang disebabkan mempunyai anak yang ramai.

Selepas mayat itu ditemui, polis melancarkan gerakan mencari di sekeliling rumah pasangan itu, termasuk di laman dan telaga.

Wanita itu yang hanya dikenali sebagai Sara LH berkata, dia meletakkan mayat anaknya di dalam peti beku itu kerana tidak sanggup untuk berpisah dengan mereka.



- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/10

Gunting kemaluan sampai habis


Fuzhou (China) : Ia berlaku lagi. Seorang wanita di sini dilapor memotong kemaluan suaminya yang berusia 35 tahun sebelum membuangnya ke dalam tandas, semalam.

Wanita berkenaan bertindak demikian kerana mengesyaki mangsa menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain.

Suaminya terselamat dalam kejadian itu dan dibawa ke hospital untuk dirawat, lapor akhbar Sina News.

Menurut sumber, kejadian bermula apabila si suami pulang dalam keadaan mabuk kira-kira jam 3 pagi.

“Selepas buka pintu, si isteri mengambil gunting lalu menggunting kemaluan suaminya dan membuangnya ke dalam tandas,” katanya.

Menurut sumber, si isteri mengesyaki mangsa berfoya-foya dengan wanita lain.

Sebaik bapa lelaki berkenaan mengetahui, dia menelefon polis.

Apabila mangsa tiba di hospital, doktor mendapati tidak ada langsung kemaluannya yang tinggal.

Mereka memberitahu bapa mangsa, jika ditemui dan disambung semula sekalipun, ia tidak akan berfungsi dengan baik.



- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/10

3 tahun dikurung dalam bilik air


New Delhi: Seorang wanita berusia 25 tahun dikurung dalam bilik air sejak tiga tahun lalu selain dilarang menemui anaknya kerana melahirkan anak perempuan.

Wanita itu yang ditemui dengan keadaan kuku kaki serta tangan yang terlalu panjang dan pakaian koyak tidak dapat membuka matanya apabila terkena cahaya matahari.


Dia juga menangis teresak-esak apabila anaknya sendiri tidak mengenalinya.

Polis merempuh masuk ‘penjara’ wanita itu di Darbhanga selepas ayahnya melaporkan kes itu, lapor International Business Times.


Jurucakap polis Seema Kumari berkata, wanita itu diseksa berulang kali sejak berkahwin pada 2010 selepas keluarga mentua tidak berpuas hati dengan wang hantarannya.


Keadaan menjadi lebih teruk selepas dia melahirkan anak perempuan sehingga akhirnya dia dikurung keluarga suami.

“Dia terlalu sukar membuka mata bila terkena cahaya matahari kerana tinggal dalam ruang yang kecil, sempit dan gelap sejak tiga tahun lalu.

“Mangsa berkata dia diheret masuk ke bilik air sebelum ditinggalkan di situ.

“Dia juga dilarang menemui anaknya dan hanya diberi makan sekali-sekala, itupun sisa yang tidak habis dimakan keluarga suami. Mereka seolah-olah membalas dendam kerana hantaran dan jantina anak yang dilahirkan tidak memuaskan,” kata Seema ketika ditemui.

Pemberian hantaran sebenarnya diharamkan di India sejak tahun 1981, namun sehingga hari ini masih ramai yang mengamalkannya.

Sementara itu, Seema berkata mangsa juga tidak dibenarkan menemui ibu bapanya.

“Setiap kali keluarganya datang melawatnya di Darbhanga, mereka dihalau.

“Sebaik dibebaskan dia meminta untuk menemui anak perempuannya yang kini berusia tiga tahun. Malangnya, kanak-kanak itu langsung tidak mengenalinya menyebabkan dia menangis,” kata Seema.

Menurut jurucakap itu, suami mangsa Prabhat Kumar Singh kini berada dalam tahanan polis.

Ibu bapanya Dhirendra Singh dan Indra Devi juga akan disoal siasat selepas keluarga mangsa menuntut supaya tindakan undang-undang diambil terhadap mereka.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/10

Lawak bodoh dikecam


Sambil mengacau dia berkata: “Ini yang akan kami makan malam ini.” 
Rakaman video itu yang disiarkan media tempatan menujukkan bayi itu yang hanya berusia empat bulan, dimasukkan ke dalam periuk itu dan kemudian ditutup sebelum di tempatkan di atas dapur.

Kemudian kedengaran suara seorang wanita yang menyuruhnya berhenti berbuat demikian.
Foto
KEADAAN bayi itu yang diletakkan di dalam periuk bersama sayur-sayuran.

Akhbar Sabq yang melaporkan kejadian itu bagaimanapun tidak menyebut di mana rakaman itu dibuat dan tidak dapat dipastikan sama ada lelaki itu bergurau atau serius.

Bagaimanapun, pembaca mengecam tindakan lelaki itu serta menggesa pihak berkuasa menjejaki dan menghukumnya. 

Seorang pembaca menulis: “Hati sebahagian besar manusia kini sudah keras seperti batu. Semoga Allah tidak mengampunkan dosanya.” - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/10

Penyakit boleh tersebar di pejabat

BUTANG lif yang terdapat di pejabat merupakan antara tempat kuman mudah tersebar. - GAMBAR HIASAN
NEW YORK 9 Sept. - Satu kajian terbaharu mendapati jangkitan kuman boleh merebak kepada lebih separuh tenaga kerja di tempat kerja melalui tombol pintu pejabat dalam tempoh dua jam sahaja.
Portal berita Mail Online melaporkan, sehubungan itu, kajian yang dijalankan oleh Persatuan Mikrobiologi Amerika turut menyarankan supaya amalan membasuh tangan secara kerap perlu dilakukan bagi menghalang jangkitan kuman akibat memegang tombol pintu yang tercemar.
Menurut ketua kajian tersebut, Dr. Charles Gerba, dalam tempoh setiap dua jam, mereka menguji 60 hingga 100 permukaan objek yang boleh menjadi lokasi kuman berjangkit seperti suis lampu, butang lif, sinki dan komputer.
Jelas Gerba, keputusan ujian selepas dua jam seterusnya menunjukkan, 40 hingga 60 peratus objek terbabit dicemari virus.
"Kajian kami mendapati penyebaran virus boleh berlaku dengan pantas dan pekerja perlu mengambil langkah mudah untuk mengatasi masalah itu.
"Cara terbaik adalah mengelap permukaan yang tercemar dengan pengelap anti bakteria, selain membasuh tangan dengan kerap," katanya.
Kajian sebelum ini oleh Gerba pada 2010 menunjukkan pelbagai objek yang sering disentuh oleh orang ramai mengundang risiko penyebaran virus dengan lebih pantas.
Gerba berkata, ramai orang fikir virus tersebar melalui batuk dan bersin, tetapi jumlah objek yang disentuh hampir setiap hari di pejabat juga boleh menjadi faktor penyebaran kuman.
"Objek yang melibatkan proses menekan butang seperti yang terdapat pada lif, papan kekunci komputer dan telefon adalah antara objek yang perlu diberikan perhatian.
"Namun, tindakan yang paling penting adalah berehat di rumah jika anda tidak sihat bagi mengelakkan penyebaran virus kepada orang lain,'' katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140910/lu_10/Penyakit-boleh-tersebar-di-pejabat#ixzz3CrRtjsWS
© Utusan Melayu (M) Bhd