Pages

Saturday, November 26, 2011

Warga Pakistan dicekup khalwat


Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 26, 2011
Khalwat

AMPANG - Seorang lelaki warga Pakistan ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), dan pegawai Masjid Al-Azim kerana berkhalwat de­ngan seorang wanita warga Filipina di sebuah rumah kedai di Taman Kosas, semalam.

Pekerja kontraktor itu dicekup di bilik sewa kira-kira jam 3 pagi bersama wanita berusia 28 tahun itu.

Operasi tersebut dijalankan setelah pihak pegawai Masjid Al-Azim, menerima maklumat orang awam me­ngenai kehadiran wanita bukan Muslim di rumah berkenaan.

Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah, Ahmad Nawi Osman berkata, beliau dan anggotanya mengetuk pintu kediaman tersebut beberapa kali, sebelum pintu rumah dibuka rakan lelaki berkenaan.

“Kami mendapati lima lelaki sedang tidur di ruang tamu, manakala pasangan berkenaan tidur di se­buah bilik,” katanya.

Beliau berkata, lelaki berusia 34 tahun itu hanya berseluar pendek tanpa baju, manakala wanita itu memakai baju tidur.

“Wanita itu bekerja sebagai pembantu rumah telah mendiami rumah itu, selama dua minggu. Kami mengarah­kan wanita itu meninggalkan rumah tersebut, manakala lelaki itu diwajibkan hadir ke Masjid Al-Azim untuk sesi kaunseling esok,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menjalankan operasi ini di bawah Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Warga Pakistan dicekup khalwat - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Kereta terbabas, 2 terbunuh, 3 parah


Oleh : BERNAMA
Tarikh : November 26, 2011
eksiden

SEREMBAN - Dua lelaki maut manakala tiga lagi parah apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam dan terbalik dalam parit di Kilometer 247 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke utara berhampiran Plaza Tol Pedas-Linggi dekat sini, awal pagi tadi.

Jurucakap polis berkata dalam nahas kira-kira 4.45 pagi itu, Toh Peng Kee, 54, yang memandu Nissan Sentra, tercampak keluar setelah keretanya terbabas.

Mangsa yang cedera parah di badan dan kepala, meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang lagi mangsa yang maut ialah penumpang iaitu D. Devanesen, yang juga penolong Ketua Penyunting akhbar The Star.

Devanesen, 57, yang cedera parah di badan dan kepala, meninggal dunia pada 6.15 pagi semasa dirawat di wad kecemasan Hospital Tuanku Jaafar di sini.

Tiga penumpang lain iaitu dua anak kembar Devanesen, Devakumaran dan Devadevan, 13, serta seorang wanita warga Perancis, Neagu Srancine, 81, cedera parah dan dirawat di hospital sama.

Mayat mangsa yang maut dibawa ke hospital berkenaan untuk bedah siasat.

Kemalangan berlaku ketika semua mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Singapura menghala ke Kajang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Superintendan Yusof Awang ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata punca kemalangan masih disiasat. - Bernama

Kereta terbabas, 2 terbunuh, 3 parah - Nasional - Sinar Harian:

'via Blog this'

Naik bot solat Jumaat

DEMI IBADAH...penduduk menggunakan sampan secara bergilir-gilir.
DEMI IBADAH...penduduk menggunakan sampan secara bergilir-gilir.
BERSEDIA...sampan yang mengangkut jemaah menunaikan solat Jumaat di Masjid Mukim Simpangan Hilir, semalam.
BERSEDIA...sampan yang mengangkut jemaah menunaikan solat Jumaat di Masjid Mukim Simpangan Hilir, semalam.

TUMPAT: Kira-kira 70 penduduk Kampung Simpangan Hilir, Pengkalan Kubor, dekat sini, terpaksa menaiki bot dan sampan untuk menunaikan solat Jumaat selepas kampung mereka ditenggelami banjir.

Tinjauan Harian Metro di kampung itu, semalam mendapati, penduduk terpaksa menaiki bot berenjin dan mendayung sampan secara bergilir-gilir dan terpaksa turun di pintu masjid selepas pekarangan masjid ditenggelami air sedalam kira-kira tiga meter.


Imam Masjid Mukim Simpangan Hilir, Ismail Awang Mat, 61, berkata, sudah menjadi tradisi penduduk kampung itu menggunakan bot dan sampan sebagai pengangkutan bagi menunaikan solat Jumaat dan solat berjemaah di masjid pada musim banjir.

Katanya, penduduk tetap menunaikan tanggungjawab masing-masing walaupun terpaksa bersusah payah ke masjid “Setiap tahun penduduk akan menghadapi banjir, malah menaiki bot atau sampan ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat atau solat berjemaah sudah menjadi tradisi sejak masjid ini di bina pada 1991.


“Kita bernasib baik air tidak pernah melimpah ke dalam masjid dan penduduk masih dapat menunaikan solat Jumaat dan solat berjemaah seperti biasa,” katanya.


Penduduk, Mat Razi Mat Ail, 50, berkata, 10 bot berenjin termasuk beberapa sampan milik orang kampung dijadikan pengangkutan menghantar penduduk ke masjid kira-kira 800 meter dari jalan besar.

Katanya, penduduk menggunakan pengangkutan itu secara bergilir-gilir kerana sebuah bot atau sampan hanya mampu memuatkan antara lima hingga enam orang penduduk kampung.


Sementara itu, Pemangku Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Pengakalan Kubor, Ahmad Mazdan Jusoh, ketika dihubungi berkata, 10 penduduk membabitkan dua keluarga di kampung berkenaan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Kubor 2.

Katanya, operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir di kampung itu turut dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).


“Jumlah mangsa banjir di kampung itu dijangka bertambah berikutan paras air Sungai Golok semakin meningkat dan kita sudah bersedia melakukan kerja menyelamat,” katanya.

myMetro | Naik bot solat Jumaat:

'via Blog this'

Kotai hangus

MARAK...rumah kongsi yang terbakar di tapak projek pembangunan di Kampung Kerinchi, semalam.
MARAK...rumah kongsi yang terbakar di tapak projek pembangunan di Kampung Kerinchi, semalam.

KUALA LUMPUR: Puluhan rumah kongsi (kotai) tapak projek pembangunan di Kampung Kerinchi, di sini, hangus terbakar dalam kejadian jam 12 tengah hari semalam dan api yang marak dengan cepat hampir merebak ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai hanya beberapa meter dari lokasi kebakaran.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Zakaria Syed Yusof, berkata bomba lambat menerima maklumat kebakaran itu dan setibanya di tempat kejadian hampir 70 peratus kawasan rumah kongsi berkenaan sudah terbakar.


Menurutnya, tidak kurang 25 rumah kongsi didirikan di kawasan itu namun tiada sebarang kecederaan ataupun kehilangan nyawa kerana kawasan itu dikosongkan ekoran kerja pembinaan selesai sebulan lalu.

“Kami menerima panggilan kecemasan jam 12.16 tengah hari dan tiba di lokasi kurang 10 minit kemudian. Ketika jentera pertama tiba, kebakaran merebak hampir di keseluruhan kawasan rumah kongsi berkenaan dan kami percaya kebakaran itu terjadi lebih awal sebelum dimaklumkan kepada bomba.


“Api dikawal daripada merebak ke kawasan berhampiran 15 minit selepas itu, bagaimanapun semua rumah kongsi itu musnah,” katanya yang ditemui di tempat kejadian.


Katanya, punca kejadian belum dikenal pasti dan pihaknya menjalankan siasatan bagi mengetahui bagaimana api tercetus di kawasan itu sedangkan ia sudah lama tidak didiami.

myMetro | Kotai hangus:

'via Blog this'

Bekas menteri kritik Kabinet baru Libya

TRIPOLI: Seorang tokoh kanan dalam kerajaan sementara Libya mengecam kepemimpinan baru negara itu kerana menerima sokongan elit kuasa asing.

Bekas Menteri Minyak dan Kewangan, Ali Tarhouni, berkata dia enggan menerima tawaran menyertai Kabinet Perdana Menteri, Abdurrahim el-Keib, kerana yakin mereka yang berkuasa tidak mewakili suara warga Libya, selain menerima bantuan kewangan, senjata dan perhubungan awam dari negara asing.


“Suara yang kita lihat kini adalah suara golongan elit,” katanya pada sidang media, semalam.

Mendapat pendidikan di AS, Ali adalah antara tokoh paling berpengaruh dan dihormati dalam kepemimpinan revolusi Libya.


Ali tidak menamakan secara khusus negara asing yang dimaksudkannya.


Kenyataan itu dibuat beberapa jam selepas Kabinet Abdurrahim mengangkat sumpah dengan kebanyakan tokoh pilihan terdiri daripada ahli politik veteran dan tidak dikenali.

Mereka mesti menyediakan Libya untuk mengadakan pilihan raya umum dalam tempoh tujuh bulan. - AP

myMetro | Bekas menteri kritik Kabinet baru Libya:

'via Blog this'

Hamas selaras tindakan tentang Israel

KAHERAH: Pejuang Islam Hamas berkata, mereka menggerakkan penentangan popular terhadap Israel tanpa mengetepikan hak mereka menggunakan senjata.

Menurut pemimpin Hamas, Khaled Meshaal, setiap rakyat berhak menentang penjajahan melalui apa saja cara.


“Namun, pada ketika ini kami mahu bekerjasama dengan penentangan popular semasa.

“Kami percaya kepada perjuangan bersenjata tetapi penentangan popular mempunyai persamaan dengan kumpulan Palestin lain,” katanya beberapa jam selepas bertemu pemimpin Fatah, Mahmoud Abbas, dalam usaha memuktamadkan perjanjian kedua-dua mereka Mei lalu. - AFP

myMetro | Hamas selaras tindakan tentang Israel:

'via Blog this'

Ulama sokong demo

KAHERAH: Ketika ribuan penunjuk perasaan membanjiri Dataran Tahrir bagi menuntut tentera menyerahkan kuasa kepada orang awam, Imam al-Azhar mengambil langkah luar biasa dengan menyatakan sokongan terhadap desakan itu.

Melalui tindakan yang tidak pernah diambil sebelum ini, Imam al-Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayyeb dilaporkan menyokong dan mendoakan kejayaan penunjuk perasaan di pusat bandar raya Kaherah itu.


Pembantu kanan Sheikh Ahmed, Hassan Shafie, berkata pegawai tertinggi Universiti al-Azhar yang dilantik kerajaan itu memang mengharapkan desakan orang awam terhadap pemerintah tentera Mesir mencapai kejayaan.

Tidak cukup dengan itu, ulama terkenal juga mengetuai ribuan penunjuk perasaan mendirikan solat di dataran yang menjadi simbol kejayaan Mesir menyingkirkan Hosni Mubarak sebelum mendesak kuasa pemerintahan diserah kepada kerajaan awam.


Ulama berkarisma terbabit, Sheikh Mazhar Shahin, berkata mereka akan terus menduduki Dataran Tahrir sehinggalah tuntutan penyerahan kuasa itu ditunaikan tentera.


“Tiada pilihan lain kecuali kerajaan keselamatan kebangsaan ditubuhkan dengan diberi kuasa seperti seorang presiden,” katanya dalam ucapan digelar “syarahan revolusi” berkenaan.

Kekacauan politik di Mesir berterusan selepas orang awam berang dengan tindakan ganas pihak berkuasa menyuraikan protes di Dataran Tahrir baru-baru ini.


Insiden itu turut menyebabkan beberapa orang maut.

Sementara itu, menjelang pilihan raya parlimen pertama selepas era Hosni dijadual Isnin ini, tentera menamakan bekas perdana menteri, Kamal al-Ganzuri, 79, mengetuai kabinet baru Mesir.


Rumah Putih pula berpendapat, peralihan kuasa kepada kerajaan awam mesti dilakukan secara adil dan inklusif secepat mungkin sebagai memenuhi kehendak warga Mesir.


Jurucakap Rumah Putih, Jay Carney, berkata AS sangat yakin kerajaan baru Mesir perlu diberi kuasa sebenar dengan segera. Kenyataan itu dibuat sebelum Kamal dilantik. - AFP

myMetro | Ulama sokong demo:

'via Blog this'

Jurunikah berdebar nikahkan Ibas, Aliya di hadapan Presiden Indonesia

MERIAH... Susilo (dua dari kiri) dan isterinya Ani (kiri) memerhatikan upacara pernikahan mengikut adat istiadat Sumatera di antara anaknya Ibas dan pasangannya, Aliya.
MERIAH... Susilo (dua dari kiri) dan isterinya Ani (kiri) memerhatikan upacara pernikahan mengikut adat istiadat Sumatera di antara anaknya Ibas dan pasangannya, Aliya.

JAKARTA: Bukan setakat pasangan Edhie Baskoro Yudhoyono dan Siti Ruby Aliya Rajasa yang berasa berdebar-debar menjelang perkahwinan mereka, malah, jurunikah turut merasa cemas kerana acara itu dihadiri oleh ramai menteri negara dan disiarkan secara langsung oleh beberapa stesen televisyen.

“Syukur, saya mampu melaksanakan tugas dengan baik dan lancar. Saya sangat takut dan pasti gementar ketika melaksanakannya kerana membawa imej Indonesia,” kata Muhtar, dari Pejabat Urusan Agama Cianjur, semalam.

“Saya berlatih dari pagi hinggalah hampir bermulanya akad nikah rasmi itu,” katanya.

Ada tiga jurunikah yang disediakan Pejabat Urusan Agama Cianjur untuk pernikahan Ibas dan Aliya. Mereka turut bersama-sama dalam latihan.


“Saya bangga kerana dapat berjumpa dengan menteri Indonesia. Ini adalah pengalaman pertama saya menjadi jurunikah untuk keluarga Presiden Indonesia,” katanya.


Sebelum pernikahan Ibas dan Aliya, Muhtar berkata, dia diberi tempat penginapan di sebuah hotel mewah. - DH

myMetro | Jurunikah berdebar nikahkan Ibas, Aliya di hadapan Presiden Indonesia:

'via Blog this'

Iran pecat pegawai tertinggi berikutan tragedi bom Basra

BASRA: Pentadbir Wilayah Basra hari ini mengumumkan pemecatan tiga pegawai tertinggi keselamatan wilayah itu, sehari selepas tragedi tiga letupan bom di pasar harian Basra yang mengorbankan 19 orang setakat ini.

Tindakan itu diambil selepas pentadbir wilayah berkenaan mengadakan mesyuarat tergempar, kata Ketua Pentadbiran Wilayah Basra, Sabah al-Bazuni kepada pemberita di bandar pelabuhan barat berkenaan.
Ketiga-tiga mereka ialah Komander Regimen Kecemasan, Brigadier Jeneral Mazin Abdulwahid dari angkatan tentera Iraq, ketua Jabatan Jenayah Berat, Brigadier Jeneral Ali Khairallah dan Ketua Hal Ehwal Dalaman Polis, Kolonel Oda al-Jaberi.
Bazuni berkata, pihaknya juga akan mengemukakan cadangan kepada Perdana Menteri, Nuri al-Maliki supaya Ketua Penyelaras Operasi Basra, Mejar Jeneral Mohammed Jawad Huwaidi turut dipecat.

Tiga bom meletup serentak di Basra, semalam, membunuh 19 orang termasuk seorang pegawai tertinggi tentera dan pegawai polis serta mencederakan
sekurang-kurangnya 65 orang. - AFP
Berita Harian Online | Iran pecat pegawai tertinggi berikutan tragedi bom Basra:

'via Blog this'

Syria masih berdiam diri terima misi pemerhati

DAMSYIK: Liga Arab memberi tarikh akhir kepada Damsyik sama ada untuk menerima pemerhati atau menghadapi sekatan hari ini sekiranya negara itu masih berdegil tanpa membuat kata putus susulan laporan aktivis mengenai banyak kematian ketika rusuhan anti-rejim.

"Sehingga ini, tiada tindak balas daripada kerajaan Syria," kata sumber Liga Arab di Kaherah memberitahu AFP selepas tarikh akhir pada jam 11 pagi (waktu tempatan) tamat.
Turki menyatakan, kegagalan Syria untuk membuka pintu kepada misi pemerhati meningkatkan kebimbangan bahawa Damsyik cuba untuk menyembunyikan situasi kemanusiaan yang semakin meruncing.
Pemerhati Syria bagi Hak Asasi Manusia menyatakan, sekurang-kurangnya enam orang terkorban ketika ribuan penunjuk perasaan melakukan demonstrasi di beberapa bandar seluruh negara. - AFP
Berita Harian Online | Syria masih berdiam diri terima misi pemerhati:

'via Blog this'

7 askar Pakistan maut serangan helikopter NATO

KHAR (Pakistan): Pegawai Pakistan berkata, tujuh anggota tenteranya terbunuh dalam serangan helikopter NATO di sebuah pusat pemeriksaan di sempadan utara negara itu dengan Afghanistan.

Serangan awal hari ini terhadap kawasan penempatan terpencil Mohmand itu turut mencederakan lima anggota tentera.
Serangan itu dilakukan pada pada sebelah malam waktu tempatan.
Tahun lalu, helikopter Amerika Syarikat secara tidak sengaja membunuh dua tentera Pakistan berdekatan sempadan Pakistan sehingga kerajaan Pakistan bertindak menutup sementara kawasan sempadan terbabit daripada kemudahan askar NATO di Afghanistan. - AP
Berita Harian Online | 7 askar Pakistan maut serangan helikopter NATO:

'via Blog this'

Pelantikan semula Ganzouri PM Mesir, tentera serah kuasa

KAHERAH: Kamal Ganzouri, sebelum ini pernah dilantik Perdana Menteri Mesir di bawah pemerintahan Presiden Hosni Mubarak, dilantik semula menjawat jawatan itu, Jumaat (waktu tempatan), ketika ibu kota negara itu berdepan dengan bantahan ribuan penunjuk perasaan.

“Kami berada di sini demi untuk berkhidmat kepada negara ini,” kata Ganzouri kepada wartawan di sini, hari ini.
Ganzouri berkata, Kepimpinan Tentera bagi Majlis Tertinggi Pasukan Keselamatan, Hussein Tantawi, yang juga tonggak utama dalam menjamin keselamatan Mesir sejak Hosni Mubarak digulingkan Februari lalu, menjelaskan bahawa beliau tidak berminat untuk kekal berkuasa.
Katanya, sekiranya kenyataan Tantawi berlainan, beliau tidak akan menerima tanggungjawab itu.

“Saya sudah meminta sedikit masa bagi membolehkan Kabinet baru dibentuk dan ia akan diterima semua pihak,” katanya.

Ganzouri menerima tanggungjawab yang diberikan kepadanya selepas pemerintahan tentera Mesir mengarahkan beliau membentuk kerajaan ‘Kebangsaan yang selamat’ - CNN
Berita Harian Online | Pelantikan semula Ganzouri PM Mesir, tentera serah kuasa:

'via Blog this'

Lelaki Indonesia aktif seks

Tinjauan syarikat farmaseutikal Pfizer babit 10 negara Asia

JAKARTA: Lelaki Indonesia mengungguli senarai golongan paling kerap melakukan hubungan seks dalam perbandingan yang dibuat di 10 buah negara Asia, lapor satu tinjauan.

“Hasil ‘Tinjauan Seks Ideal di Asia’ terbaru yang dilakukan syarikat farmaseutikal Pfizer, lelaki Indonesia didapati melakukan hubungan seks secara purata 9.8 kali setiap bulan,” kata laporan itu.
Tempat kedua lelaki Filipina, yang melakukan hubungan seks 9.4 kali sebulan, lelaki India purata melakukan 8.8 kali sebulan, manakala lelaki Thai melakukan hubungan seks kira-kira 7.7 kali sebulan.
Penemuan tinjauan itu didedahkan di sebuah hotel di Bangkok semalam. Tinjauan itu membabitkan 1,658 lelaki dan 1,624 wanita di China, Hong Kong, India, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Taiwan dan Thailand.

Semua responden berusia antara 31 dan 74 tahun dan melakukan hubungan seksual sejak 12 bulan lalu.

Bagi responden perempuan, wanita India dilaporkan mencatat kekerapan tertinggi hubungan seks 8.7 kali sebulan secara purata. Ia diikuti wanita Indonesia dan Malaysia, kedua-duanya melakukan hubungan seks 6.8 kali sebulan.

Tinjauan itu menyatakan wanita Thai melakukan hubungan seks hanya 5.7 kali sebulan.
Perunding Pakar Bedah Urologi Universiti Monash Kuala Lumpur Prof Madya Dr George Lee, berkata tinjauan itu mendapati ketegangan zakar kekal menjadi faktor utama kepuasan dalam hubungan seks di kalangan rakyat Asia.

“Sebagai contoh, sehingga 90 peratus lelaki Malaysia menyenaraikan faktor ini sebagai penting,” katanya.

Beliau berkata hanya satu pertiga responden merasakan tempoh hubungan seksual sebagai faktor penting apabila dikaitkan dengan kepuasan.

Pakar kesihatan terkenal dan pakar sakit puan di Thailand, Prof Madya Dr Pansak Sugkraroek, berkata dianggarkan kira-kira 2.7 juta lelaki Thai mengalami masalah mati pucuk (ED).

“Hanya 27,000 lelaki datang untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Pansak berkata selain ubatan, perubahan gaya hidup mungkin membantu mengatasi ED. – Agensi
Berita Harian Online | Lelaki Indonesia aktif seks:

'via Blog this'

Musharraf pulang 2012

DUBAI: Bekas Presiden Pakistan, Pervez Musharraf dianggap mengambil langkah mengejutkan untuk pulang lebih awal ke tanah air pada 31 Januari 2012, bukan 23 Mac.

Krisis politik yang semakin serius dan peningkatan mendadak populariti Imran Khan di Pakistan kononnya menyebabkan Musharraf membuat keputusan itu.
Musharraf yang tinggal dalam buangan, melancarkan parti politiknya sendiri Liga Islam Pakistan (APML) Oktober lalu dalam cubaan memberi pilihan ketiga dalam pilihan raya Pakistan. “Kami hampir memuktamadkan struktur organisasi parti di Pakistan dan memberi laluan untuk kepulangan pemimpin kami,” kata jurucakap APML, Fawad Chaudhry, kepada Gulf News.

Apabila ditanya mengenai kepulangan awal Musharraf, beliau tidak mengesahkan tarikh itu namun mengakui keputusan diambil supaya Musharraf kembali lebih awal. Beliau berkata rancangan rasmi kepulangannya akan diumumkan akhir bulan depan.

Kira-kira lima pesawat dipenuhi penyokong akan menemani Musharraf ke Pakistan. Beliau akan memulakan perjalanannya dari London dan sampai ke Pakistan menerusi Dubai. Bagaimanapun, satu keputusan belum diambil sama ada beliau akan mendarat di Karachi atau Islamabad.

Sementara itu, seorang pegawai kanan kerajaan Pakistan mendedahkan kepada Gulf News bahawa Islamabad sudah memaklumkan kepada Musharraf mengenai ancaman terhadapnya jika pulang.
“Kami menasihatkannya tidak pulang kerana ada ancaman terhadap dirinya bukan hanya daripada pelampau namun pihak lain,” kata pegawai itu. – Agensi
Berita Harian Online | Musharraf pulang 2012:

'via Blog this'

Jari Saif al-Islam perlu dibedah segera

ZINTAN: Anak lelaki Muammar Gaddafi, Saif al Islam perlu dibedah untuk membuang daging mati akibat kudis di ibu jari dan jari lain kerana beliau boleh jatuh sakit jika tidak dirawat.

Saif al-Islam diberi rawatan akibat kecederaan di tangan kanan akibat serangan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), beberapa minggu lalu. Tiada maklumat lanjut diperoleh berhubung keadaan ibu jari, jari telunjuk dan tengah Saif yang berbalut.
“Lukanya tidak berada dalam keadaan baik dan jarinya perlu dipotong. Bahagian lukanya sudah mati dan semakin merebak,” kata doktor kelahiran Ukraine, Andrei Murakhovsky yang merawatnya selama tiga hari di Zintan, tempat Saif ditahan.
Pejuang dari pergunungan barat Libya menangkap Saif di kawasan gurun Sabtu lalu dan membawanya ke kubu kuat di Zintan untuk menunggu menyerahkannya kepada kerajaan sementara.

Jari tengah Saif tidak perlu dibedah tetapi dua lagi cedera dan mengeluarkan nanah, kata Murakhovsky.

“Jari telunjuknya terkoyak sehingga sampai ke tulang jari tengah (tulang jari), tulangnya berkecai. Begitu juga dengan ibu jari,” katanya.

Ketika gambar jari berbalut Saif disiarkan, ramai rakyat Libya menyangka mereka yang menangkap anak Gaddafi itu sudah memotong jarinya sebagai hukuman. Bagaimanapun, Murakhovsky, berkata keadaan kecederaan itu menunjukkan ia akibat terkena bahan letupan.

Pembedahan yang diperlukan agak mudah dan boleh dilakukan di Zintan dengan bius di tempat kecederaan, kata Murakhovsky.

Tetapi, tentera di situ bimbang ada pihak yang akan membunuh Saif jika mereka membawanya ke hospital.

Perdana Menteri Libya, Abdurrahim El-Keib berkata Saif kini menerima rawatan terbaik walaupun tidak dijaga kerajaan sementara.

Pejuang Zintan berkata, mereka akan menyerahkan Saif sebelik kerajaan sementara ditubuhkan. Kabinet mengangkat sumpah Khamis lalu dengan Menteri Pertahanan dipegang ketua majlis ketenteraan Zintan.

Murakhovsky berkata, hanya sebahagian kecil ibu jari dan jari telunjuk Saif akan dibuang dan beliau berkata pembedahan tidak perlu segera.

Bagaimanapun, jika dibiarkan tanpa dirawat, jangkitan akan merebak ke salur darah dan membawa kepada jangkitan tulang sum-sum yang seterusnya menjejaskan kesihatannya secara keseluruhan, kata Murakhovsky. – Reuters
Berita Harian Online | Jari Saif al-Islam perlu dibedah segera:

'via Blog this'

Mugabe gelar PM Britain 'syaitan'


HARARE 25 Nov. - Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe menggelar Perdana Menteri Britain, David Cameron sebagai 'syaitan' selepas bantuan dari Britain mungkin disekat ekoran negara Afrika itu tidak menghormati hak golongan gay.

Mugabe dalam ucapannya berkata, tindakan Cameron sangat teruk dan tidak ubah seperti syaitan kerana mahu negara lain menerima golongan gay jika ingin mendapatkan bantuan dari Britain.

"Ia merupakan tawaran yang bodoh dengan syarat-syarat yang tidak masuk akal," katanya ketika berucap di sebuah pekan perlombongan di Shurugwi, 300 kilometer di selatan Harare, kelmarin.

Pada sidang kemuncak Komanwel pada Oktober lalu, Cameron berkata, negara-negara yang menerima bantuan dari Britain perlu menghormati hak asasi manusia termasuk golongan gay.

Isu tersebut timbul ketika Zimbabwe merangka Perlembagaan baru, yang menimbulkan perdebatan, sama ada mengikut model negara jirannya Afrika Selatan dan termasuk hak golongan gay.

Mugabe menentang kegiatan homoseksual sejak berpuluh-puluh tahun lalu dan dalam ucapan terbarunya, beliau turut memberi amaran untuk menghukum golongan gay di Zimbabwe.

"Jangan terjerumus dengan golongan tersebut (homoseksual). Anda semua merupakan golongan muda dan jika didapati terlibat, kami akan menghukum kamu.

"Ia merupakan perbuatan terkutuk. Malah ia lebih teruk daripada khinzir dan anjing," katanya. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Ganjaran tangkap monyet



SEEKOR monyet melihat beberapa ekor haiwan itu dalam kurungan di bandar Shimla pada 13 November lalu.


SHIMLA, India - Pihak berkuasa negeri Himachal Pradesh menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak AS$9.50 (RM30.30) untuk setiap ekor monyet yang ditangkap oleh orang awam.

Langkah itu dibuat dalam usaha pihak pemerintah negeri Himachal Pradesh mengawal bilangan monyet.

Haiwan-haiwan itu semakin menyusahkan penduduk setempat terutamanya penduduk di ibu negeri Himachal Pradesh, Shimla.

Monyet-monyet tersebut mengganggu orang ramai dan haiwan yang lalu-lalang dan menyelongkar tong sampah untuk mencari makanan.

Monyet yang ditangkap akan dibawa ke salah sebuah daripada empat pusat pemandulan di Himachal Pradesh untuk dimandulkan sebelum dibebaskan di kawasan ia ditangkap.

Menurut bancian primat terbaharu yang dibuat dalam tahun 2000, terdapat sekurang-kurangnya 317,000 ekor monyet di negeri berkenaan. - Reuters

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Kereta tua ditukar dengan permit import



SEORANG lelaki berdiri dekat kereta Volkswagen semasa dia mahu mendapat permit import kereta baharu di sebuah pejabat lesen kenderaan di Yangon pada 29 September lalu.


YANGON- Para pemilik kereta yang berusia 30 hingga lebih 40 tahun di Myanmar yang mempunyai nombor pendaftaran sah boleh menukar kenderaan mereka untuk memperoleh permit untuk mengimport model baharu.

Namun, model yang diimport itu adalah kenderaan yang dikeluarkan tidak awal dari tahun 1995.

Myanmar yang mempunyai 60 juta penduduk melakukan perubahan dalam peraturan mengimport kereta bagi membolehkan jalan-jalan raya tidak dipenuhi dengan kenderaan tua. - Reuters

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Miller akui hidap gangguan mental



SIENNA MILLER (depan kiri) tiba untuk memberi keterangan di Mahkamah Keadilan Diraja di tengah London kelmarin.


LONDON - Aktres Sienna Miller memberitahu satu inkues etika media di Mahkamah Keadilan Diraja di sini kelmarin bahawa dia diserang gangguan mental dan dihantui ketakutan selepas bertahun-tahun menjadi sasaran akhbar tabloid.

Aktres berusia 29 tahun itu berkata, kumpulan paparazi sering menghendap di luar rumahnya dan perbualan telefon bimbitnya turut dicuri dengar.

Miller berkata, intipan media di samping pelbagai cerita buruk tentang dirinya dalam akhbar tabloid menyebabkan dia menuduh rakan dan anggota keluarganya mendedahkan maklumat dirinya kepada media.

Namun, kata Miller, apa yang terjadi ialah mel suara telefon bimbitnya telah digodam oleh akhbar tabloid News of the World milik bilionair Rupert Murdoch.

Miller memberitahu, dia ibarat 'makanan ruji' akhbar tabloid semasa bercinta dengan aktor Britain, Jude Law.

"Kerana itu, saya tak henti dikejar oleh sepuluh hingga 15 lelaki (jurugambar) hampir setiap hari," kata Miller. "Saya juga diludah dan dicerca," tambahnya.

Miller yang membintangi filem Layer Cake dan Alfie merupakan antara beberapa selebriti pertama yang memberi keterangan tentang perbuatan mengintip perbualan telefon yang didakwa dilakukan oleh akhbar News of the World.

Pada Mei lalu, akhbar tabloid itu bersetuju membayar AS$160,000 (RM510,478) kepada Miller sebagai ganti rugi berhubung dakwaan telefonnya telah digodam. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Tiga cedera rebut BlackBerry diskaun


SEORANG lelaki pengsan selepas beratur untuk membeli telefon bimbit BlackBerry pada harga diskaun di pusat beli-belah Pacific Place, Jakarta semalam.


JAKARTA – Promosi harga diskaun untuk telefon pintar BlackBerry semalam bertukar kecoh apabila beribu-ribu warga Indonesia menyerbu premis perniagaan di sini dengan menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang cedera manakala beberapa yang lain pengsan.

Promosi harga murah itu bertempat di sebuah premis perniagaan di pusat beli-belah Pacific Place di sini.

Sekitar 300 anggota polis dan anggota separa tentera dikerahkan ke lokasi berkenaan selepas sesi promosi itu bertukar kecoh.

Pengeluar telefon BlackBerry, Research in Motion (RIM) mengumumkan seminggu lalu bahawa model baharu BlackBerry Bold 9790 akan dilancarkan di sini semalam pada separuh harga untuk 1,000 pelanggan pertama.

Namun, sekitar 5,000 peminat BlackBerry berkumpul dalam cuaca panas di luar pusat beli-belah berkenaan untuk mendapat peluang membeli model terbaharu itu pada harga AS$260 (RM831) selepas diskaun.

Sebahagian mereka sudah beratur sehari sebelum promosi berkenaan berlangsung, kata polis.

“Promosi itu menjadi huru-hara menjelang tengah hari apabila beribu-ribu orang saling menolak untuk mendekati pusat beli-belah tersebut. Kami terpaksa mengarahkan penganjur supaya menghentikan sesi promosi itu,” kata jurucakap polis Jakarta, Baharudin Djafar.

Seorang wanita berusia 32 tahun dikenali sebagai Sherly yang menunggu sejak awal pagi semalam adalah antara yang pengsan dalam kekecohan tersebut.

“Orang ramai seperti gila dan mula menolak antara satu sama lain, saya dihimpit sehingga tidak sedarkan diri,” dia dipetik sebagai berkata oleh laman berita Jakarta Globe.

Indonesia adalah pasaran telefon BlacBerry terbesar di luar rantau Amerika Utara. – AFP

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'