Pages

Friday, April 5, 2013

18 SEBAB JIN MERASUK MANUSIA



WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.

Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka dan ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

"Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya".

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya. Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.

2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah

3. Meninggikan suara dalam bilik air

4. Menangis dan merintih sebelum tidur

5. Membuang air panas ke dalam bilik air

6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah

7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan

8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan

9. Selalu bertengkar suami isteri

10. Terlampau marah

11. Mengikut hawa nafsu

12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah

13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir

14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah

15. Perempuan suka bersolek

16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir

17. Jin jatuh cinta pada manusia

18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

Selsema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat,? katanya.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.

Sila SHARE semoga bermanafaat buat semua

Korea Selatan, Jepun sasaran

Korea Selatan, Jepun  sasaran
Kenderaan tentera membawa peluru berpandu Korea Utara pada perhimpunan besar-besaran di Pyongyang. Peluru berpandu Korea Utara dihalakan kepada sekutu Amerika

Seoul: Korea Utara meletakkan peluru berpandunya yang mempunyai jarak sasaran jauh di pantai timurnya yang dipercayai menyasarkan lokasi di Korea Selatan dan Jepun.

Menteri Pertahanan Korea Selatan, Kim Kwan-jin menolak laporan media Jepun bahawa peluru berpandu itu adalah KN-08 sebaliknya menegaskan bahawa senjata berkenaan tidak berupaya sampai ke Amerika Syarikat.
Tentera Korea Utara memberi amaran bahawa ia mendapat kebenaran melancarkan serangan terhadap Amerika menggunakan senjata nuklear lebih kecil dan ringan.


Retorik perang terbaru

Ia adalah retorik perang terbaru Pyongyang terhadap Washington dalam tempoh beberapa minggu.

Kim berkata, dia tidak tahu alasan Korea Utara mengambil langkah itu dan ia mungkin ‘hanya latihan tentera’.

Kim memberitahu ahli perundangan di sebuah jawatankuasa Parlimen bahawa peluru berpandu itu ada jarak yang baik tetapi tidak mungkin sampai ke Amerika.
Beliau percaya, peluru berpandu dinamakan ‘Musudan’ itu mempunyai jarak sasaran 3,000 kilometer.

Ini menjadikan Jepun dan Korea Selatan sasaran berpotensi selain markas tentera Amerika di dua negara itu.

Jabatan Pertahanan Amerika pula mengumumkan ia akan menempatkan sistem pertahanan peluru berpandu di Guam untuk mempertingkat perlindungan daripada serangan menerusi kerjasama serantau.

Ada pakar yang berkata, Korea Utara belum menunjukkan keupayaan peluru berpandunya mengenai jarak sasaran mahupun ketepatannya. - AP

Pelajar ada masalah sedu setiap dua saat




London: Januari lalu, seorang pelajar mengalami sedu yang dianggapnya biasa ketika dia dalam perjalanan ke sekolah.

Bagaimanapun, sejak itu hidup Emily Marsh mula berubah apabila sedu itu tidak berhenti sehingga kini, malah dia mengalaminya setiap dua saat.


Gejala itu, kata Emily, 13, turut berlaku walaupun ketika dia tidur. Pakar perubatan kebingungan untuk menjelaskan masalah yang dihadapi Emily dan belum menemui penyelesaian bagi mengatasinya. Seminggu sejak menyedari keanehan itu, kata Emily, dia menjalani beberapa ujian perubatan dan kesnya dirujuk kepada Hospital St Helier di Epsom, Surrey.


“Saya melalui beberapa siri imbasan, X-ray dada, pemeriksaan endoskopi, ujian pernafasan serta kajian gastrik,” katanya. Doktor juga, kata Emily, memberinya pelbagai jenis ubat yang setakat ini belum menampakkan sebarang hasil. “Saya juga pernah mencuba kaedah rawatan hipnosis tetapi masih belum berhasil,” katanya. Dia juga mencuba pelbagai jenis ubat-ubatan alternatif. Kata Emily, selain menyakitkan, gejala itu memang memenatkan apabila terpaksa tersedu dalam kekerapan yang tinggi.


Disebabkan masalah itu, Emily diberi perlepasan setiap tengah hari di sekolahnya untuk membolehkan dia berehat sebelum menyambung semula pembelajarannya. Sementara itu, ibu Emily, Cathy Barrett, 45, berkata dia rela mencuba apa saja kaedah perubatan asalkan anaknya kembali ke keadaan asal. - Daily Mail

Lelaki taksub jadi ikan duyung

Foto
DUCHARME berenang dengan memakai ‘ekor’ ikan duyung.
Foto
PELBAGAI gaya Ducharme sebagai ikan duyung.


Tallahassee (Florida): Disebabkan taksub kepada ikan duyung, seorang lelaki Florida menghabiskan masa lebih satu setengah jam tiga kali seminggu untuk ‘menukar’ dirinya menjadi makhluk mitos itu.

Bagi Eric Ducharme, menjadi seperti ikan duyung memang menjadi impiannya sejak terpesona dengan keunikan makhluk berkenaan. Justeru, dalam kesempatan yang terluang, Ducharme akan menyarung ‘ekor’ khas dari kaki hingga ke pinggangnya untuk berenang serta menyelam.


Memiliki sijil sebagai penyelam, Ducharme, 22, boleh menahan nafas sehingga empat minit setiap selaman bagi membolehkan dia menikmati pengalaman sebagai ikan duyung.

Kata Ducharme, dia mengamalkan gaya hidup seperti ikan duyung dan ia adalah pilihannya sendiri.


“Saya adalah ikan duyung yang makan, bernafas dan tidur.


“Apabila memakai ekor, saya berasa seperti mengalami perubahan dan memasuki dunia berbeza sebaik saja memasuki air,” katanya.


Menurut Ducharme, dia mengambil masa yang sangat lama untuk memahami dirinya sendiri.


Katanya, apabila berada di dalam air, dia berasa seperti dibawa ke dunia lain. Sementara itu, teman lelaki Ducharme yang enggan dikenali berkata, dia mula diberitahu mengenai ketaksuban penyelam itu pada pertemuan pertama mereka lagi.

Katanya, dia sangat terkejut apabila dimaklumkan mengenainya oleh Ducharme. “Apabila kami berenang, kami membawa diri masing-masing dengan Ducharme bermain-main di kawasan sendiri.


“Ia adalah waktu untuk Ducharme melupakan seketika dunia sebenar,” katanya. Sesekali, kata teman lelaki Ducharme, orang ramai juga kehairanan melihat aksi kekasihnya itu.


“Biasanya orang tertanya-tanya kerana sebelum ini ikan duyung yang mereka kenali adalah wanita,” katanya. - The Sun

Bangunan tertinggi di Grozny terbakar



SEORANG lelaki menyaksikan bangunan apartmen setinggi 40 tingkat terbakar di Grozny, Republik Chechen kelmarin.


MOSCOW - Bangunan tertinggi di bandar Grozny yang merupakan ibu negeri Republik Chechen di Rusia terbakar kelmarin.
Sejumlah anggota bomba mengambil masa selama tujuh jam untuk memadamkan kebakaran bangunan apartmen setinggi 40 tingkat itu yang tidak berpenghuni tetapi masih dalam pembinaan.
Menurut pemerintah republik itu, kebakaran tersebut berlaku akibat litar pintas pada sistem pendingin hawa.
Setakat ini tiada laporan tentang kematian dan kecederaan ekoran kebakaran itu.
Seorang penduduk, Temila Sagaipova berkata, bangunan itu menjadi simbol keamanan dan tamatnya peperangan di Chechen.
Dia menyatakan, bangunan tersebut merupakan satu-satunya daya tarikan di bandar ini.
"Saya berharap bangunan itu akan dibina semula dengan segera," katanya yang merupakan antara 600 orang yang menyaksikan kebakaran tersebut.
Republik itu sebelum ini dilanda peperangan melibatkan golongan pemisah dengan tentera Rusia sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1994 hingga 1995. Peperangan kedua bermula pada 1999 sebelum ia berakhir sepenuhnya pada tahun 2009. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0405&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2PXU25oUM 
Hakcipta terpelihara 

Harimau kumbang dilepaskan ke hutan




HARIMAU itu kemudian meninggalkan kurungan itu.


MIAMI - Beberapa kakitangan Suruhanjaya Pemuliharaan Hidupan Liar dan Perikanan Florida membebaskan seekor harimau kumbang jantan yang berusia dua tahun di sebuah kawasan hutan simpan di Florida kelmarin.
Harimau kumbang itu dilepaskan selepas ia dibesarkan di Pusat Pemuliharaan White Oak sejak berusia lima bulan.
Anggota-anggota suruhanjaya itu menangkap haiwan tersebut selepas mereka menemuinya di daerah Collier.
Anggota-anggota suruhanjaya itu menemui harimau kumbang tersebut bersama seekor lagi harimau betina.
Kedua-dua haiwan itu merupakan anak seekor harimau betina yang mati pada 2011.
Haiwan jantan tersebut dilepaskan dari kurungan ke dalam hutan di kawasan hidupan liar Rotenberger di sempadan Palm Beach dan daerah Broward. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0405&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2PXTmjU2w 
Hakcipta terpelihara 

Wanita buta huruf mahu jadi wakil rakyat




BADAM (kanan) duduk bersama seorang saudaranya di Khar, Bajaur pada 1 April lalu.



KHAR - Seorang suri rumah Pakistan yang tidak tahu membaca dan menulis mencipta sejarah di negara ini apabila dia akan bertanding menjadi wakil rakyat di kubu kuat Taliban pada 11 Mei depan.
Suri rumah itu, Badam Zari, 53 yang merupakan isteri seorang guru besar mempunyai peluang tipis untuk menang.
"Saya bertanding dengan penuh keterujaan dengan hati yang suci dan suara hati yang jelas.
"Keazaman saya adalah untuk mendidik generasi masa depan, kanak-kanak perempuan dan wanita serta berkhidmat untuk mereka," katanya kepada agensi berita AFP menerusi telefon dari daerah Bajaur.
"Saya mengetahui bahawa saya merupakan wanita pertama yang akan bertanding dan berharap akan menang," tambahnya.
Dia akan bertanding atas tiket bebas di daerah tersebut.
Daerah itu terletak di kawasan pergunungan dan merupakan antara yang paling miskin dan ramai penduduknya tidak berpendidikan.
"Saya tidak berasa takut. saya tidak pernah menerima ancaman daripada mana-mana pihak," katanya.
Beberapa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya menyatakan kelmarin, permohonannya untuk bertanding telah diterima.
Undang-undang Pakistan tidak melarang calon yang buta huruf bertanding untuk menjadi wakil rakyat.
Bajaur merupakan kubu kuat kumpulan Taliban, Al-Qaeda dan beberapa pertubuhan militan lain.
Daerah tersebut menjadi lokasi pertempuran antara tentera Pakistan dengan kumpulan militan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0405&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2PXSNqJeh 
Hakcipta terpelihara