Pages

Friday, July 3, 2015

Pasangan Mati Bersama Selepas 75 Tahun Berkahwin


Diterbitkan: Jumaat, 3 Julai 2015 12:41 PM

HASRAT sepasang warga emas yang telah berkahwin sejak 75 tahu lalu untuk mati bersama tercapai apabila mereka meninggal dunia selang beberapa jam.
Jeanette Toczko, 96, dan suaminya  Alexander Toczko, 95, dari San Diego, California, ditemui meninggal dunia di atas katil sambil berpegangan tangan.

RM500 untuk 5 kilometer

Makkah: Motosikal menjadi kenderaan amat penting di Makkah sepanjang Ramadan ini kerana mudah ditunggangi dan boleh menyelit di tengah kesesakan pusat bandar raya ini, khususnya kawasan sekitar Masjidil Haram.
Walaupun jumlah pengangkutan awam yang disediakan untuk jemaah umrah berulang-alik dari hotel ke masjid berkenaan mencukupi, jemaah lebih gemar memilih membonceng motosikal kerana lebih cepat.
Tidak menghairankan jika pemilik motosikal di bandar suci ini mengambil kesempatan dengan mengenakan caj tinggi melampau.
Beberapa penduduk berkata, caj yang dikenakan akan meningkat pada 10 hari terakhir Ramadan dengan kebanyakan pemilik motosikal mengenakan bayaran sehingga SR500 (RM500) untuk perjalanan sejauh lima kilometer.
Seorang pemilik Imran Al-Yazidi berkata, dia dan rakannya mengenakan bayaran semahal itu kerana ia satu-satunya masa untuk mereka meraih pendapatan lumayan.
“Kami tidak memaksa. Jika mereka sanggup bayar harga itu, kami akan membawa mereka. Mereka boleh memilih pengangkutan lain jika tidak mahu. Dan mereka juga perlu sedari tentang risiko jika membonceng kami,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Julai 2015 @ 6:55 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/61473#sthash.F3bThubc.dpuf

Nama pelik

Jakarta: Nama dianggap satu doa dan menunjukkan sifat peribadi seseorang.
Bagaimanapun, terdapat ibu bapa yang mempunyai pendapat berbeza dengan enggan menamakan anak mereka dengan nama yang biasanya digunakan.
Ibu bapa ini memilih untuk menamakan anak mereka dengan nama yang luar biasa seperti nama adi wira.
Namun, nama unik berkenaan hanya membuatkan orang ketawa mendengarnya.
Sudah pasti nama berkenaan bakal menghantui anak mereka seumur hidupnya.
Sebuah akhbar Indonesia semalam menyiarkan sebahagian daripada pemilik nama pelik di negara itu untuk tetapan pembaca. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Julai 2015 @ 7:09 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/61484#sthash.umfDSxn6.dpuf

Hartawan Arab Saudi sumbang harta RM121 bilion untuk kebajikan



ALWALEED


RIYADH – Seorang hartawan Arab Saudi, Putera Alwaleed Talal akan menyum­bangkan hartanya berjumlah AS$32 bilion (RM121 bilion) untuk projek-projek kebajikan.
Sumbangan itu merupakan yang terbesar di rantau ini dengan mengikut model bantuan yang ditubuhkan oleh pengasas Microsoft, Bill Gates di Amerika Syarikat.
Menurut Alwaleed, projek itu bertujuan membina jalinan persefahaman budaya, pembangunan masyarakat, memperkasakan kaum wanita dan golongan belia, bantuan bencana alam dan mewujudkan persekitaran dunia yang bertole­ransi.
“Dana itu akan diagihkan secara teratur mengikut perancangan yang rapi sepanjang tahun-tahun akan datang dengan tiada sekatan masa sumbangan akan diberikan,” kata Alwaleed.
Beliau menambah akan mengetuai lembaga pemegang amanah bagi mengagihkan dana tersebut yang diteruskan selepas kematiannya.
Putera berusia 60 tahun itu merupakan keturunan keluarga diraja Arab Saudi dan anak saudara kepada Raja Abdullah yang meninggal dunia pada 23 Januari lepas.
Alwaleed memberitahu, beliau sudah mendermakan sebanyak AS$3.5 bilion (RM13.24 bilion) sepanjang 35 tahun lalu menerusi badan kebajikannya, Alwaleed Philanthropies.
Projek kebajikan akan diwariskan kepada dua orang anaknya, Putera Khaled dan Puteri Reem yang akan menyandang jawatan sebagai Presiden dan Timbalan Presiden badan berkenaan selepas kemangkatannya. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0703&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3em84Zph9 
Hakcipta terpelihara