Pages

Tuesday, October 27, 2015

Bintang YouTube kaya


Beli rumah RM18.9 juta hasil main permainan video

Pada usia 23 tahun, Jordan Maron mampu membeli rumah mewah bernilai RM18.9 juta hasil pendapatan bermain permainan video di YouTube. AGENSI
LOS ANGELES 26 Okt. - Seorang bintang YouTube, membuktikan sesiapa sahaja boleh berjaya jika mempu­nyai keazaman apabila dia membeli sebuah rumah mewah di atas bukit bernilai AS$4.5 juta (RM18.9 juta) menerusi hasil pendapatannya bermain permainan video, Minecraft di laman perkongsian video itu.
Rumah agam tiga tingkat milik Jordan Maron, 23, itu atau lebih dikenali di YouTube sebagai CaptainSparklez terletak di Sunset Strip di Hollywood Hills, lapor portal Business Insider.
Kediaman itu turut mempunyai tiga bilik tidur, lima bilik air serta sebuah kolam renang.
Rumah seluas lebih 380 meter persegi itu terletak berhampiran dengan kediaman Marcus Persson, pencipta permainan Minecraft yang membeli sebuah kediaman di situ pada 2014 dengan harga AS$70 juta (RM295 juta).
Maron, menerusi saluran CaptainSparklez yang ditonton seba­nyak 1.9 bilion orang, mempunyai lebih 8.8 juta pelanggan.
Saluran CaptainSparklez memaparkan video menampilkan Maron sendiri yang bermain Minecraft sebelum dia menandatangani kontrak bersama Polaris, sebuah rangkaian pelbagai saluran Maker Studios, yang juga anak syarikat, The Walt Disney Company.
Semua permainan video itu jelas membawa tuah kepada Maron yang menerima hasil lumayan menerusi pekerjaan berkenaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/bintang-youtube-kaya-1.151006#sthash.OAqrFv4q.dpuf

Sewa mahal, kontena diubah jadi kediaman


Luke Iseman (kanan) dan Heather Stewart bersembang di dalam sebuah kontena yang diubah menjadi kediaman mereka. AGENSI
OAKLAND 26 Okt. – Kecewa dengan sewa bilik terlalu mahal di bandar San Francisco, sepasang kekasih mencari inisiatif baru dengan menukar sebuah kontena menjadi kediaman mereka berdua.
Menurut laman web Oddity Central, pasangan Luke Iseman dan Heather Stewart, sanggup mengeluarkan belanja semata-mata ‘membina’ sebuah rumah daripada kontena yang digelar sebagai ‘Containercopia’.
“Sewa bilik terlalu mahal sehingga mencecah AS$3,500 (RM14,700) sebulan, menyebabkan kami mencari idea untuk mereka rumah ini,” ujarnya.
Iseman dan Stewart mengeluarkan belanja sebanyak AS$2,300 (RM9,700) untuk membeli kontena di Pelabuhan Oakland sebelum ‘mengubahnya’ menjadi tempat berteduh mereka berdua.
“Kami juga hanya membelanjakan kira-kira AS$12,000 (RM50,600) bagi ‘menuka rkan’ kontena itu menjadi ‘Containercopia’, sebuah rumah yang dilengkapi dengan tandas, bilik air, bilik tidur, dan tingkap kaca,” ujarnya lagi.
Rumah diperbuat daripada kontena merupakan pemandangan biasa di perkampungan Oakland, di sini berikutan kos sara diri terlalu tinggi sehingga mereka tidak mampu menyewa rumah.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/sewa-mahal-kontena-diubah-jadi-kediaman-1.151004#sthash.OPQXtGwq.dpuf

Suami obses kasut jenama Adidas


JASON Oxlee sangat taksub dengan kasut jenama Adidas sehingga mengabaikan keluarganya. Agensi
LONDON 26 Okt. – Seorang lelaki di Leeds, London yang begitu obses mengumpul kasut sukan jenama Adidas sehingga mengabaikan keluarganya, kini mungkin terpaksa berdepan dengan penceraian.
Jason Oxlee, 44, yang dilapor memiliki 150 pasang kasut jenama tersebut, dikatakan sanggup berhabis duit bagi menambah koleksinya sehingga mengabaikan keluarga.
Mirror UK melaporkan, keadaan itu menyebabkan isterinya, Faye, 36, memberi kata dua kepadanya sama ada mahu memilih keluarga atau kasut kesayangannya.
Menurut Faye, setiap bulan, Oxlee yang bekerja sebagai pengurus membelanjakan 100 pound (RM650) hanya untuk memastikan dia memiliki kasut yang diingininya.
Tambah wanita itu, suaminya sanggup meminta anak-anak mereka berkongsi bilik kerana mahu menyimpan kasut di bilik berkenaan.
“Rumah kami sudah penuh dengan kasut termasuk kotaknya sekali. Saya tidak tahu bagaimana untuk melalui kehidupan seperti itu dengannya.
“Saya terpaksa memintanya memilih antara saya atau Adidas. Adalah tidak normal untuk memenuhkan kasut di setiap ceruk rumah,” katanya.
Faye berkata, suaminya menyimpan 50 pasang kasut di bawah katil mereka, 80 pasang di loteng, dan 20 pasang lagi di setiap ceruk dalam rumahnya.
Koleksi kasut Adidas edisi khas Oxlee juga dianggarkan bernilai hampir 15,000 pound (RM96,000).
Oxlee dan Faye yang berkahwin sembilan tahun lalu, mempunyai tiga orang anak berumur antara lapan hingga tiga tahun.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/suami-obses-kasut-jenama-adidas-1.151008#sthash.hgcL7xMf.dpuf