Pages

Sunday, June 12, 2011

Paras radiasi lebihi had dikesan pada produk teh di Shizuoka

TOKYO: Pihak berkuasa Jepun telah mengesan radiasi pada paras melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang pada produk teh yang ditanam di Shizuoka, pusat perusahaan teh hijau Jepun, kata para pegawai, semalam, sambil menuding jari ke arah loji nuklear Fukushima yang dijejas kejadian gempa dan tsunami pada Mac lalu.

Sebuah syarikat teh di sana mula memanggil balik produk teh keringnya selepas ia menunjukkan bacaan bahan sesium sekitar 679 becquerel bagi setiap kilogram (Bq/kg) pada daun-duan teh di sebuah kilang teh di bandar Shizuoka, kata para pegawai wilayah.
Had bacaan radiasi yang dibenarkan undang-undang ialah pada paras 500 Bq/kg.Awal bulan ini, Jepun melarang pengiriman daun-daun teh hijau dari semua atau sebahagian daripada empat wilayah lain di sekitar Tokyo - Chiba, Ibaraki, Kanagawa dan Tochigi - selepas bahan radioaktif sesium ditemui pada paras melebihi had yang dibenarkan undang-undang ditemui dalam beberapa sampelnya.Wilayah Shizuoka akan menjalankan ujian sampel ke atas sekitar 100 lagi kilang teh lain di kawasan itu pada minggu depan, walaupun bahan sesiumnya adalah pada paras yang tidak mungkin menjejas kesihatan manusia, kata wilayah tersebut.Ia adalah pengesanan bahan radiasi yang pertama di atas paras had dibenarkan pada produk teh yang ditanam di wilayah Shizuoka, di barat laut Tokyo, kawasan sekitar 35,000 tan teh kering dihasilkan setiap tahun.'Kami percaya sumber radiasi itu adalah dari loji kuasa nuklear Fukushima,' kata seorang pegawai wilayah.Eksport teh hijau Jepun hampir terhenti disebabkan kekurangan tempahan, lapor akhbar Asahi Shimbun.Loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi, yang terletak kira-kira 220 kilometer ke timur laut Tokyo dan 360 kilometer dari Shizuoka, lumpuh akibat bencana alam yang berlaku pada Mac lalu.Sejak itu, kebocoran radiasi berlaku di loji berkenaan dan tersebar di udara, darat dan laut, manakala para jurutera berkata ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya lagi setengah tahun untuk menstabilkannya.Pemerintah pusat Jepun telah melaksanakan larangan ke atas pelbagai jenis sayur-sayuran dan produk tenusu dari beberapa bahagian wilayah Fukushima dan beberapa wilayah berdekatannya, serta melarang kegiatan perikanan di sekitaran kawasan loji tersebut. -- AFP.Cyberita Online Luar Negara

Pakistan arah siasatan lepas lelaki ditembak renjer


SEBAK: Anggota keluarga Encik Sarfaraz, yang ditembak tidak dapat menahan sebak dalam upacara pengebumiannya di Karachi, kelmarin. -- Foto AP


KARACHI: Pihak berkuasa Pakistan telah mengarahkan satu siasatan dijalankan ke atas peristiwa penembakan seorang lelaki tidak bersenjata oleh kakitangan pasukan separa tenteranya yang dirakam dalam sebuah video, kata para pegawai, kelmarin.Klip video yang disiarkan menerusi sebuah stesen televisyen Pakistan menunjukkan sekumpulan renjer sebuah pasukan separa tentera menembak ke arah lelaki muda berkenaan dari jarak dekat, yang kemudian dikenali sebagai Encik Sarfaraz Shah.Para renjer itu pada mulanya menyifatkan insiden itu sebagai satu pertembungan dengan seorang penjenayah yang bersenjata, kata seorang pegawai polis kepada agensi berta Reuters.Namun, video itu tidak menunjukkan sebarang bukti bahawa lelaki berkenaan mempunyai senjata apabila penembakan itu berlaku.Pada satu ketika, beliau kelihatan bergerak ke arah salah seorang renjer itu seakan-akan untuk merayu tetapi beliau ditolak ke belakang dan ditembak oleh salah seorang daripada renjer tersebut.Encik Sarfaraz kemudian mati akibat kecederaannya.Kelmarin, sekitar 300 orang yang berkabung dengan perasaan marah menghadiri upacara pengebumiannya.'Memandangkan rekod pendakwaan Pakistan yang amat lemah terhadap pembunuhan yang membabitkan para pegawai penguatkuasa undang-undang, adalah penting bagi pihak berkuasa untuk menyiasat kes ini dan memastikan mereka yang bersalah dibawa ke muka pengadilan,' kata kumpulan hak asasi, Amnesty International.Seorang pegawai dari Pejabat Perdana Menteri Pakistan, Encik Yusuf Raza Gilani, menukil beliau sebagai berkata bahawa satu siasatan akan dijalankan dan mereka yang bertanggungjawab akan dihukum. -- Reuters.Cyberita Online Luar Negara

Peugeot Citroen timbang tutup dua kilang


Foto AFP


GAMBAR di atas yang diambil semalam di bandar utara Perancis, Lieu-Saint-Amand, menunjukkan kawasan tempat letak kereta bagi pembuat kereta Perancis, syarikat PSA Peugeot Citroen.Peugeot Citroen sedang menimbangkan menutup dua kilangnya menjelang 2014.Langkah ini dijangka menjejas 6,200 pekerjaan, menurut para perwakilan kesatuan sekerja bagi syarikat itu.Kesatuan Sekerja CGT mendedahkan kepada media dokumen perancangan yang memperincikan saranan-saranan untuk menutup kilang di Aulnay-sous-Bois berdekatan Paris dan kilang Sevelnord di bahagian utara Perancis itu.Mereka juga mendakwa ratusan pekerjaan di kilang di Madrid kini terancam.Cyberita Online Ekoniaga

Tinjauan: Satu dalam enam siswa Aust pernah dirogol

SYDNEY: Sekitar satu dalam enam pelajar wanita universiti Australia pernah dirogol dan ramai lagi yang diserang atau diganggu secara seksual, menurut satu tinjauan yang dikeluarkan semalam.Dapatan terkandung dalam tinjauan Kesatuan Pelajar Kebangsaan ke atas lebih 1,500 pelajar wanita di universiti di negara itu.Ia mendapati bahawa 17 peratus daripada responden pernah dirogol dan 12 peratus pernah mengalami pengalaman percubaan merogol, walaupun serangan-serangan itu tidak semestinya berlaku ketika mereka di universiti.

Pegawai wanita kesatuan itu, Cik Courtney Sloane, berkata tinjauan dalam talian itu menunjukkan kejadian keganasan terhadap wanita adalah tinggi.Wanita di universiti adalah daripada kumpulan sosial kelas pertengahan dan kelas pertengahan lebih tinggi dan tinjauan ini menunjukkan mereka pernah mengalami serangan seksual, gangguan dan kelakuan keterlaluan seseorang,' kata beliau kepada akhbar Sydney Morning Herald.
Kajian itu mendapati 67 peratus daripada responden telah melalui pengalaman seksual yang tidak diingini, dengan 31 peratus berkata mereka pernah mengadakan hubungan seks walaupun mereka tidak mengizinkannya.Sekitar 17 peratus yang menjalani tinjauan antara September tahun lalu dan Mac lalu itu berkata mereka pernah mengalami kelakuan keterlaluan daripada seseorang seperti yang dilakukan seorang pemburu wanita.Dalam kebanyakan kes serangan seksual (atau 56 peratus), pesalahnya adalah rakan atau kenalan, dan dalam 22 peratus daripada kes, mangsa kenal penyerangnya secara dekat, lapor tinjauan itu. -- AFP.Cyberita Online Luar Negara

Pemberontak, askar tempur di selatan Yaman

MASIH ADA YANG SOKONG: Para penyokong Presiden Ali Abdullah Saleh mencium potret beliau di Sanaa kelmarin, sambil mengharapkan beliau akan pulang ke Yaman dalam masa terdekat untuk menyambung pemerintahannya. -- Foto REUTERS


PERGOLAKAN DI DUNIA ARAB
ADEN: Kumpulan-kumpulan yang disyaki dianggotai oleh puak-puak pemisah menyerang sebuah pusat pemeriksaan tentera Yaman di selatan negara itu, semalam, menyebabkan lima askar dan tiga pemberontak terbunuh, kata para pegawai dan saksi.Para pemberontak menyerang kawasan pinggiran al-Habilayn, sebuah bandar di wilayah Lahj di selatan Yaman, tempat satu gerakan bersenjata sedang berusaha agar wilayah itu dibebaskan atau mendapat kuasa autonomi serantau yang lebih luas.Ia adalah pertempuran pertama yang berlaku di kawasan itu sejak sekitar tiga bulan lalu, kata para pegawai.Yaman pernah mengalami perang saudara pada 1994 selepas penyatuan bahagian utara negara itu yang dipimpin Presiden Ali Abdullah Saleh, dengan Yaman Selatan, yang ketika itu dipimpin sebuah republik yang disokong Soviet Union.Para penduduk di selatan itu mendakwa pemerintah Yaman mengabaikan mereka.Negara jirannya, Arab Saudi, dan Amerika Syarikat bimbang Yaman mungkin runtuh dan menjadi huru-hara, serta memberi jalan kepada kumpulan Al-Qaeda bertapak, berikutan protes yang diadakan sejak berbulan-bulan lamanya bagi menggulingkan Encik Saleh, yang telah memerintah negara itu selama tiga dekad.Para penyokong Encik Saleh, yang cedera dalam satu serangan ke atas istana beliau minggu lalu dan terpaksa mendapatkan rawatan pembedahan di Arab Saudi, berkata beliau akan pulang untuk memerintah Yaman semula, sementara para penentangnya pula berkata beliau tidak akan dapat mengekalkan kuasanya.Sementara itu, di Sanaa, para aktivis pro dan antirejim di Yaman mula berkumpul bagi mengadakan perhimpunan baru semalam, sedang media milik pemerintah negara itu berkata presidennya sudah keluar daripada unit rawatan rapi di sebuah hospital di Riyadh, Arab Saudi.Para pemberontak yang menentang Encik Saleh dan mereka yang mahu menggantikan beliau dengan sebuah majlis pemerintah sementara mula berkumpul di Dataran Universiti Sanaa, yang kini digelarkan sebagai 'Dataran Perubahan' dan kawasan berdekatan di Sittin Street menggesa diadakan peralihan kuasa segera. -- Reuters, AFP.Cyberita Online Luar Negara

Keluarga enam nelayan terkejut

PONTIAN 11 Jun - Ahli keluarga enam nelayan yang ditahan di Indonesia melahirkan rasa terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Pekan Baru yang menolak rayuan mereka untuk membebaskan nelayan terlibat daripada tuduhan menceroboh perairan negara itu.
Menurut bapa kepada seorang nelayan yang ditahan, Ariss Baba, dia masih mengingati janji Koordinator Informasi Sosial dan Budaya Kedutaan Indonesia, Surayana Sastradiredjo, yang menyatakan kesemua mereka akan dibebaskan melalui saluran diplomatik.
"Kami sekeluarga berharap, rayuan terakhir ini akan memihak kepada mereka yang sudah hampir empat bulan terpisah daripada keluarga masing-masing sejak ditahan pada Mac lalu," ujarnya.
Sementara itu, abang kepada Ibrahim Mohd. Kassim, Tahir Mohd. Kassim berkata, mereka kecewa dengan keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah di Pekan Baru itu.
Katanya, mereka sekeluarga telah mengeluarkan kos yang banyak bagi menampung segala perbelanjaan semasa adiknya mula ditahan di Bengkalis, seterusnya di Pekan Baru sejak tiga bulan yang lalu.
"Kami sekeluarga masih menaruh harapan supaya kesemua mereka dapat dibebaskan agar dapat menyambut puasa serta Hari Raya Aidilfitri bersama-sama," ujarnya.
Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Hukuman enam nelayan kekal




Dua orang anak Redzuan Ariss, nelayan yang ditahan di Indonesia iaitu Hasif Nur Firdaus (kiri) dan adiknya Haziq Fadilah melihat keratan akhbar mengenai kes penahanan bapa mereka di rumah mereka di Pontian Besar, semalam. – MINGGUAN/MUHD ZIKRI


PONTIAN 11 Jun – Mahkamah Tinggi Pekan Baru, Indonesia mengekalkan hukuman penjara 30 bulan ke atas enam nelayan tempatan dan seorang warga negara Indonesia yang menceroboh perairan negara tersebut pada 8 Mac lalu.
Ia sekali gus menolak rayuan yang dikemukakan setelah Mahkamah Bengkalis pada 5 Mei lalu menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan ke atas mereka, selain denda RM350 (Rp 1 juta) atau berdepan tambahan hukuman penjara tiga bulan.
Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, beliau telah dimaklumkan mengenai keputusan tersebut oleh pegawai di Pejabat Konsul Malaysia di Pekan Baru semalam.
“Rayuan mereka seterusnya akan didengar di Mahkamah Agung di Jakarta Isnin ini yang merupakan jalan terakhir sama ada mereka dibebaskan, dikurangkan hukuman atau sebaliknya.
“Pihak pembelaan bersama pegawai-pegawai Wisma Putra dan Konsul di Pekan Baru telah mengemukakan bukti serta keterangan bagi menyokong rayuan, namun ditolak oleh pihak mahkamah berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mereka yang dijatuhkan hukuman terdiri daripada tekong, Ibrahim Mohd. Kassim bersama awak-awak kapal, Redzuan Ariss, 35; Mohamad Zamri Hamzah, 26; dan Subani Samsudin, 40, yang juga warga Indonesia.
Tiga lagi nelayan adalah dari sebuah lagi bot yang diketuai tekong Zainudin Hamzah, 53, dan awak-awak Rosli Abd. Rashid, 34, dan Jamil Mat Top, 53.
Kesemua mereka berpangkalan di Pangkalan Nelayan Pontian Besar di sini ditahan oleh Polis Air (Pol-Air) Republik Indonesia di 12.5 batu nautika dari perairan Senggarang, Batu Pahat pada 8 Mac lalu.
Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian menambah, pihaknya berharap Mahkamah Agung negara jiran dapat membuat keputusan yang sewajarnya dan membebaskan mereka supaya dapat pulang menemui ahli keluarga.
“Berdasarkan pada hubungan baik kedua-dua negara, pertimbangan hendaklah diberikan, walaupun mahkamah di Bengkalis telah menjatuhkan hukuman ke atas mereka sebelum ini,” ujarnya.
Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

10 terbunuh dalam dua serangan berasingan di Baghdad

BAGHDAD 12 Jun - Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dalam dua kejadian berasingan serangan bom kereta dan kumpulan bersenjata di Mosul dan Samarra, Iraq, kata pegawai kerajaan semalam.
Katanya, dua serangan bom kereta berlaku di tengah bandar Mosul, terletak 390 kilometer ke utara Baghdad, membunuh enam orang termasuk anggota tentera Iraq dan mencederakan 60 yang lain.
Di Samarra yang terletak 100 kilometer ke timur Baghdad, sekumpulan lelaki bersenjata menyerang rumah seorang guru, sebelum membunuh guru tersebut dan empat ahli keluarganya yang lain. - REUTERS
Utusan Malaysia Online - Terkini

Ibu rayu anak perempuan pulang






KUALA LUMPUR 11 Jun - Seorang ibu merayu supaya anak perempuannya yang menghilangkan diri sejak dua bulan lalu supaya pulang ke rumah kerana dia bimbangkan tentang keselamatan anaknya itu.
Azilawati Mamat, 38, dari Bukit Sentosa, Rawang, juga khuatir jika anak keduanya itu daripada lima beradik, Nur Nadira Syahira Rozali (gambar), 17, diambil kesempatan oleh individu tidak bertanggungjawab untuk tujuan jenayah.
Jelasnya, kejadian bermula April lalu apabila Nur Nadira didapati keluar rumah ketika dia dan suaminya pergi menghantar anak sulungnya ke kolej di Shah Alam, Selangor.
Katanya, Nur Nadira keluar tanpa meninggalkan sebarang pesan kepada semua ahli keluarga serta tidak membawa kad pengenalan dan pakaian.
"Apa yang merisaukan kami sekeluarga adalah dia (Nur Nadira) seorang yang mudah mengekori orang yang tidak dikenali. Ketika meninggalkan rumah, dia tidak membawa MyKad dan hanya membawa wang tunai RM200," katanya ketika ditemui di pejabat Mingguan Malaysiadi sini hari ini.
Tambah Azilawati, Nur Nadira ada menghubunginya selepas seminggu menghilangkan diri dan berpesan supaya tidak risau kerana dia kini telah bekerja.
Katanya, namun apa yang menjadi tanda tanya bagaimana anaknya itu diterima bekerja walaupun tiada sebarang dokumen.
"Macam mana majikan dia boleh terima atau ambil dia bekerja sedangkan MyKad Nur Nadira ada dalam simpanan saya.
"Dia juga berpesan agar saya sekeluarga tidak melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa dan berkata dia dalam keadaan selamat," katanya.
Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali remaja terbabit diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Azilawati di talian 012-9549742 dan 019-6351354.
Utusan Malaysia Online - Kota

Hanggat !! Trio Datok T dipenjara 3 tahun .....?





Nah !!..bukti berita yang membuat rakyat semakin meluat dengan Kerajaan UmPROno. Bukan apa Mamat mangkok hayun ( gambar) dalam masa tiga hari kes beliau beres dan terus dijatuhkan hukuman pejara 3 tahun kerana tayang video lucah . Memang cekap , memang telus memang ekfisen .

Satu persoalan menarik disini adakah Mamat Mankok hayun ini tersilap pemikiran atau percaturan ? mungkin beliau rasa perbuatan nya mungkin x bersalah kerana ia merasakan penayangan video lucah tidak salah disisi undang2 Msia, kerana ada penayangan secara terbuka di Carcosa Seri Negara . Jadi Mamat ini merasakan perbuatanya munkin betul dan halal .

Tetapi Percaturan Mamat ini tersilap mungkin dia lupa bahawa dia bukan Ahli BN serta mempunyai imuniti seperi Trio Datuk T . Maka padahnya dalam masa tiga hari kes beliau selesai dan di sumbat ke Penjara selama 3 tahun .

Tetapi yang menarik kita disini kes yang hangat dan terlampau sekarang dalam negara yang berkait dgn Trio The Three stogges .

Hingga kini Polis buntu untuk menangkap dan mendakwa Trio ini yang secara terang menayang video lucah . isu bertambak kronik bila video yang dikata hanya ada satu salinan origanal oleh Trio Three Stogges ini telah dimuat naik dalam internet dan di sebar kepada orang awam secara percuma .

Persoalan menarik juga disini seperti ada kes terpilih dan seperti antara dua darjat antara Mamat Mankok Hayun dengan Trio Three Stogges kenapa ?

Jawapanya memang haram jadah , meluat dan haprak. Aku pun tak faham , cuma yang aku nampak intergeriti polis Malaysia hancuss. Aku respek dgn Polis Diraja Msia kerana cekap menyelesaikan kes besar seperti Rompak , Rogol Bunuh dan lain lagi . Tapi bila kena kes Trio Three Stogges ini Polis seperti buntu atau semacam dah terkena Bomoh hingga tak tau nak buat apa sehingga tak nampak pertunjuk untuk menyelesaikan kes yang terhangat dan terlampau ini.

isu disini anda boleh lihatlah kenapa malangnya Mamat Mankok Hayon ini dan alang bahagia nya Trio Datuk T. dan inilah iklim polik M'sia macam sial.
Batu vs Kayu: Hanggat !! Trio Datok T dipenjara 3 tahun .....?:

Cikgu Shida hebat


BERBAKAT... Cikgu Shida berlakon dalam telemovie WWW.Cikgu Shida.Com.
BERBAKAT... Cikgu Shida berlakon dalam telemovie WWW.Cikgu Shida.Com.

PARIT: “Bukan sekadar ‘miming’, malah dia juga bakal menjadi pelakon hebat,” begitulah reaksi awal pengarah telemovie WWW.Cikgu Shida.Com, Isqandar Jebat ketika ditanya mengenai penampilan sulung ratu miming, Roshida Abd Aziz atau lebih dikenali sebagai Cikgu Shida yang berjaya menambat hati hampir dua juta peminat laman web Youtube kerana aksi gila-gilanya.
Malah, gelagat kelakar dan penampilan bersahaja Cikgu Shida yang melakonkan pelbagai watak ketika sesi penggambaran turut ‘memecahkan perut’ kru hingga terpaksa dihentikan buat seketika.

Telemovie WWW.Cikgu Shida.Com menampilkan pelbagai watak Cikgu Shida bermula daripada penarik kereta, gadis kampung cantik, menjadi bomoh serta ketua kampung, bakal menemui penonton untuk tayangan Aidilfitri tahun ini melalui saluran Astro.

Cikgu Shida ketika ditemui di lokasi penggambaran berkata, dia penat namun penampilan pertama dalam bidang lakonan sungguh menyeronokkan.

“Mana tak penatnya, kadangkala ‘shooting’ (penggambaran) habis jam 3 pagi. Besok ‘scene’ (babak) baru kena hafal dialog lagi.

“Mujur tuan director (pengarah) orangnya baik... asyik-asyik ‘cut’ (potong). Mungkin dia tak tahan melihat aksi (kelakar) saya,” katanya menceritakan detik awal babak pertama menjadi penarik kereta.myMetroCikgu Shida hebat

Pemuda Kuwait desak PM letak jawatan


KUWAIT: Beratus-ratus pemuda Kuwait semalam menunjuk perasaan, mendesak perdana menteri negara yang kaya dengan minyak itu meletak jawatan dan mengadakan pembaharuan secara demokratik sebagai jalan menyelesaikan kemelut politik yang melanda negara itu.
Tunjuk perasaan yang masuk hari keempat beturut-turut itu juga mahukan penyigkiran Timbalan Perdana Menteri, Sheikh Ahmad Fahad Al-Sabah.

Perdana Menteri, Sheikh Nasser Mohammad al-Ahmad Al-Sabah dan Sheikh Ahmad, kedua-duanya anggota kanan keluarga diraja Kuwait dilapor terbabit dalam perebutan kuasa.

Dokumen yang diedarkan di perhimpunan semalam mengandungi tandatangan 16 anggota Parlimen, mendakwa kegiatan rasuah yang berleluasa serta kegagalan perdana menteri dan Kabinetnya mentadbir negara.

Kuwait berdepan dengan pertelingkahan politik sejak lima tahun lalu menyebabkan pembangunan terjejas meskipun kaya. - AFP

myMetroPemuda Kuwait desak PM letak jawatan

Zionis cipta gempa hapus al-Aqsa




ANGGOTA polis Israel meronda pekarangan masjid al-Aqsa menyebabkan belia Palestin marah dan melontar batu ke arah mereka.
ANGGOTA polis Israel meronda pekarangan masjid al-Aqsa menyebabkan belia Palestin marah dan melontar batu ke arah mereka.

Aktivis Palestin dedah rancangan Yahudi gali terowong bawah masjid

TEHRAN: Kerajaan Israel sentiasa cuba menguasai semula masjid al-Aqsa yang didakwa dibina di tapak kuil Yahudi dan antara rancangannya untuk memiliki semula tempat itu ialah mencipta gempa bumi palsu, kata aktivis Palestin.
Sehubungan itu, Hasan Khater menggesa semua negara Islam menunjukkan bantahan terhadap rancangan Israel terhadap kiblat pertama umat Islam itu.
“Ada beberapa senario bagi mengenai rancangan Yahudi memusnahkan masjid al-Aqsa.

“Tetapi, semua negara Arab dan Islam selain masyarakat antarabangsa memegang hak menjaganya dan bukannya Zionis yang menentukan masa depan sesuai bagi masjid itu,” kata Hasan yang juga Setiausaha Agung Barisan Islam Kristian al-Quds.

“Pihak berkuasa Zionis mencari jalan menguasai masjid al-Aqsa dan mengeluarkan arahan bagi kemusnahannya melalui gempa bumi palsu bagi membolehkan Zionis meneruskan operasi menggali dan me-ngorek di bawah masjid berkenaan,” kata Khater.

Beliau kemudian membidas negara Islam kerana terus menutup mulut berhubung tindakan jahat Israel di bumi Palestin dan percaya tindakan berdiam diri umat Islam menggalakkan Tel Aviv meneruskan rancangan mereka itu.
April lalu, Yayasan Warisan dan Kebajikan Al Aqsa (Wakaf) Islam melaporkan Israel meneruskan penggalian di bawah masjid Al Aqsa untuk mewujudkan rangkaian terowong sekitar masjid itu.

Yayasan itu menyebut bahawa aktiviti menggali itu menjejaskan kawasan di bawah masjid dan sekitarnya melalui kerja yang ditingkatkan sejak beberapa bulan lalu.

Yayasan itu mendedahkan, kerja menggali dan mengorek berkenaan dijalankan di bawah Tembok Al Boraq (Tembok Ratapan bagi orang Yahudi) berhampiran Moghrabi Gate (Bab Al Magharba, Al Silsila Gate (Gate of the Chain), dan Al Mat-hara Gate.

Dalam kejadian terbaru yang bertujuan menaikkan kemarahan penduduk Palestin dan Islam, pelampau Yahudi sengaja memecahkan sebotol arak di pekarangan al-Aqsa, Khamis lalu.

Pegawai masjid berkata, satu kumpulan pelawat Yahudi dilihat minum wain dan didakwa memecahkan beberapa botol arak di pekarangan al-Aqsa ketika menyambut upacara agama diberi nama ‘Shavout.’ – Agensi


Berita Harian Online | Zionis cipta gempa hapus al-Aqsa

Mangsa cimpanzi jalani rawatan muka


WAJAH Nash sebelum  serangan cimpanzi dan wajah selepas serangan (gambar kiri).
WAJAH Nash sebelum serangan cimpanzi dan wajah selepas serangan (gambar kiri).


BOSTON: Seorang wanita Amerika Syarikat yang diserang seekor cimpanzi pada 2009 menerima satu pemindahan muka penuh, pembedahan ketiga seumpamanya dijalankan di Amerika Syarikat, kata hospital terbabit.

Charla Nash dari Connecticut cedera selepas seekor cimpanzi peliharaan seberat 91 kg, Travis milik seorang rakannya mengamuk.
Bagaimanapun binatang terbabit akhirnya ditembak dan dibunuh pihak polis.
Wajah Nash dibentuk semula bulan lalu oleh sepasukan ahli perubatan membabitkan lebih 30 orang doktor, jururawat, pakar bius dan residen di Brigham and Women’s Hospital, Boston.

Dalam pembedahan lebih 20 jam itu, pihak hospital berkata, pasukan mereka meletakkan semula hidung, bibir, kulit muka, otot wajah dan saraf Nash.

Hospital itu berkata, pembedahan tangan berganda juga pernah dilakukan tetapi ia tidak berjaya.

Brigham and Women’s, sekutu Sekolah Perubatan Harvard, berjaya melakukan dua pembedahan pemindahan wajah penuh sebelum ini yang dilakukan awal tahun ini.
Dallas Wiens, yang berusia 26 tahun yang menjalani pembedahan pemindahan wajah pertama di Amerika Syarikat pulang ke Texas bulan lalu untuk bersama anak perempuannya, masih meneruskan pemulihan otot wajahnya dan meneruskan kehidupan normal.

Pembedahan pemindahan wajah penuh pertama dunia dilakukan di Sepanyol pada 2010. – Agensi Berita Harian Online | Mangsa cimpanzi jalani rawatan muka

Gadis 18 tahun kahwin 11 kali



FITRIASIH ditahan dalam satu serbuan pelacuran oleh pihak berkuasa di Puncak, Rabu lalu.
FITRIASIH ditahan dalam satu serbuan pelacuran oleh pihak berkuasa di Puncak, Rabu lalu.

Kemiskinan jadi alasan bernikah melalui perkahwinan kontrak

JAKARTA: Dalam usia baru 18 tahun, Fitriasih dilaporkan sudah mengahwini sebanyak 11 kali dalam tempoh 11 bulan lalu, dengan lelaki Arab yang berbeza dalam satu-satu masa.
Namun ketika ditanya apa yang menyebabkan beliau mempunyai rekod sedemikian, remaja terbabit hanya akan menjawab beliau terdesak berikutan masalah kemiskinan.
Fitriasih adalah seorang daripada ramai wanita yang terbabit dalam perkahwinan kontrak di mana lelaki Islam akan membayar sejumlah wang untuk bernikah dengan wanita tempatan dalam tempoh singkat sebelum menceraikan mereka.

Perkahwinan dikenali sebagai nikah siri itu didakwa diiktiraf di bawah hukum Islam tetapi tidak di bawah undang-undang negeri. Ini bermakna si isteri tidak boleh membuat tuntutan perundangan terhadap kekayaan atau harta suaminya selepas mereka mengakhiri perkahwinan berkenaan.

Perkahwinan yang tidak didaftarkan itu sering kali disalah gunakan oleh lelaki yang hanya mahu menjalinkan hubungan seks selain perkahwinan pertama mereka tetapi tidak mahu bertanggungjawab penuh sebagai seorang suami, kata pakar.

Amalan berkenaan juga digunakan kebanyakan lelaki Indonesia yang mahu mengamalkan poligami tetapi gagal mendapatkan persetujuan isteri pertama, kata Maria Ulfa Anshori, ketua sayap wanita Nahdlatul Ulama, kumpulan Islam terbesar Indonesia kepada akhbar Indonesia, Jakarta Globe.
Sebelum beliau ditahan Rabu lalu dalam satu serbuan pelacuran oleh pihak berkuasa di Puncak, Fitriasih meraih pendapatan lumayan dengan berkahwin dan bercerai lelaki Asia barat dengan mendapat bantuan seorang orang tengah dipanggil Mami.

Perkahwinan terbabit biasanya bertahan antara seminggu hingga lima minggu dan Fitriasih menerima sejumlah Rp 5 juta (RM1,772) seminggu bagi ‘tugas isteri’ yang dipikulnya. Daripada jumlah itu 20 peratus diserahkan kepada Mami yang mengendalikan tawaran dan rundingan.

“Saya mempunyai seorang ‘orang tengah’. Beliau memberi tunjuk ajar kepada saya,” kata Fitriasih ketika ditahan di pejabat daerah Cisarua di Jawa Barat untuk soal siasat.

Tugasan terakhir Fitriasih katanya adalah menunggu seorang ‘unta’ - terma yang digunakan orang tengahnya bagi pelanggan Arab - di Tjokro Villas di kampung Ciburial berhampiran Bandung.

Katanya, beliau sepatutnya mengahwini seorang lelaki Arab dalam satu majlis diuruskan seorang guru agama dipilih oleh Mami.

“Saya sekadar mengulangi apa yang dikatakan guru agama itu. Ia adalah ijab kabul,” kata Fitriasih. “Saya tidak tahu dari mana beliau berasal. Saya hanya tiba di tempat yang dijanjikan Mami. Majlis itu biasanya diadakan di sebuah villa atau sebuah apartmen di mana tetamu Arab itu akan tinggal.

“Ia biasanya dilakukan di Jakarta. Sebaik saja berkahwin kami akan terus ke Puncak. Untuk berkomunikasi dengan mereka, saya boleh bercakap sedikit bahasa Arab dan Inggeris,” katanya. – Agensi Berita Harian Online | Gadis 18 tahun kahwin 11 kali

Turki sedia 'larikan' Gaddafi




KUMPULAN pemberontak Libya melepaskan tembakan ke arah tentera kerajaan di Qalaa.
KUMPULAN pemberontak Libya melepaskan tembakan ke arah tentera kerajaan di Qalaa.


Pemimpin Libya diberi jaminan keselamatan untuk ke mana sahaja

TRIPOLI: Turki menawarkan Muammar Gaddafi jaminan keselamatan untuk meninggalkan Libya dan pergi ke mana-mana pemimpin Libya yang berdepan pemberontakan rakyat itu pilih.
Namun setakat semalam Ankara belum menerima sebarang jawapan balas dari Gaddafi, ketika pihak pemberontak mendakwa pasukan setia kerajaan membunuh 20 orang dalam serangan di Misrata.
Serangan terbaru NATO turut menyebabkan asap tebal menyelubungi Tripoli kelmarin di mana terletak kediaman pemimpin kuku besi itu dan ibu pejabatnya.

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata kerajaannya sudah menawarkan jaminan keluar kepada pemimpin Libya yang cuba digulingkan pihak pemberontak sejak Februari lalu berikutan pertumpahan darah akibat protes daripada kumpulan propembaharuan.

“Gaddafi sudah tiada pilihan selain meninggalkan Libya, dengan jaminan yang diberikan kepadanya,” kata Edrogan dalam televisyen NTV.

“Kami perlu memberi jaminan ini kepada beliau. Kami memberitahu dia yang kami akan membantu menghantar beliau ke mana saja beliau mahu pergi,” tambahnya tanpa menjelaskan lebih lanjut.
“Bergantung kepada maklum balas yang akan diperoleh daripada beliau, kami akan membawa isu ini dengan sekutu NATO tetapi malangnya sehingga kini, kami masih belum menerima sebarang jawapan daripada pihak Gaddafi,” katanya.

Komen itu dibuat selepas sehari pertumpahan darah berdekatan bandar pelabuhan Misrata, kawasan yang ditawan pemberontak di barat Libya kira-kira 200 kilometer dari Tripoli.

Pasukan Gaddafi sudah mengebom kawasan pinggir Misrata, Dafnia dengan roket Grad, senjata berat dan kereta kebal, kata pemberontak.

“Kira-kira 20 orang termasuk orang awam dan pemberontak terbunuh, manakala 80 lagi cedera di kawasan 35 kilometer dari Misrata, katanya.

Di PARIS, anak perempuan Gaddafi, Aisha memfailkan aduan jenayah perang kali kedua terhadap NATO dan Perancis berikutan serangan udara yang membunuh anggota keluarganya termasuk tiga kanak-kanak, kata peguamnya.

Aisha memfailkan aduan serupa di Brussels pada Selasa berhubung serangan NATO pada 30 April di Tripolo yang menurut pegawai rasmi Libya mengakibatkan kematian anak bongsu Gaddafi dan tiga cucunya. – AFP Berita Harian Online | Turki sedia 'larikan' Gaddafi

2 cedera dalam letupan di gedung IKEA

BERLIN: Dua orang cedera ringan dalam letupan di gedung perabot IKEA di timur Jerman, menurut polis negara itu.

Agensi berita DAPD melaporkan polis Dresden sebagai berkata letupan itu berlaku di bahagian perabot dapur petang semalam.

Menurut polis, mangsa mengalami trauma letupan dan beberapa perabot rosak.
Tiada maklumat berhubung pihak yang bertanggungjawab terhadap letupan itu. - AP
Berita Harian Online | 2 cedera dalam letupan di gedung IKEA

Basikal elektrik boleh lipat




BASIKAL Voltitude apabila dilipat (kanan) dan dibuka (kiri).


ZURICH - Sebuah basikal elektrik keluaran Swtizerland boleh dilipat seperti pisau lipat, lapor sebuah akhbar semalam.
Basikal jenama Voltitude itu dilabel sebagai penjimat ruang yang unggul.
Direka untuk kegunaan bandar, basikal kompak seberat 18.5 kilogram itu memiliki panjang 0.8 meter apabila ia dilipat dan 1.09 meter selepas dibuka.
Kenderaan itu boleh dibuka dalam masa cuma satu saat.
Masa empat jam diperlukan untuk mengecas basikal berharga £2,650 (RM8,000) itu dengan menggunakan soket elektrik di rumah.
Ia yang boleh dibeli di laman web Voltitude, berupaya mencapai kelajuan 24 kilometer sejam dengan jarak perjalanan 40 kilometer sebelum perlu dicaj semula. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Saudi tahan 6 wanita pandu kereta

RIYADH 10 Jun - Pihak berkuasa Arab Saudi menahan enam orang wanita semalam yang memandu kereta di ibu negara bagi mencabar undang- undang yang hanya membenarkan lelaki sahaja untuk memandu di negara itu.
Arab Saudi tidak mempunyai undang-undang rasmi yang mengatakan wanita dilarang untuk memandu tetapi lesen memandu hanya dikeluarkan kepada lelaki sahaja.
Protes terhadap pemisahan yang menyebabkan wanita seakan tiada hak dalam masyarakat itu telah dibangkitkan oleh media apabila dua orang wanita yang memandu kereta ditahan bulan lalu.
Wakil wanita yang ditahan itu, Rasha Al-Duwaisy berkata, kumpulan itu mengandungi wanita berusia antara 21 dan 30 tahun dan mereka telah berjumpa di Riyadh semalam untuk saling mengajar bagaimana untuk memandu kereta.
Mereka dibawa ke balai polis dengan segera dan diarahkan untuk meminta penjaga lelaki mereka untuk membebaskan mereka.
"Ini bukan pertama kali kami melakukan semua ini. Ia adalah hak saya untuk memandu dan mengetahui cara memandu.
"Saya berdepan dengan kesusahan kerana saya tidak boleh memandu dan terpaksa bergantung kepada pemandu yang dikongsi bersama empat orang lagi," katanya.
Kebanyakan keluarga di Arab Saudi mempunyai sekurang-kurangnya seorang pemandu yang diberi upah sebanyak AS$533 (RM1900) setiap bulan. - Reuters
Utusan Malaysia Online - Luar Negara